Assalamualaikum,
Pagi yang indah. Syukur ke hadratnya, satu hari lagi bonus buatku. Masih diberi kesempatan bernafas. Langit nampak suram, namun nikmat halus angin pagi dan turunnya malaikat membawa rezeki dari langit dapat aku rasa. Sebab itulah aku tidak suka tidur selepas subuh, rugi. Pagi adalah waktu paling indah, sunyi sepi, tenang, seakan suara hati bagai dapat didengar tanpa bibir. Mataku cerah, dadaku lapang sekali. Dan ketika inilah waktu paling lincah jari jemariku menari di atas papan kekunci laptopku ini.
Pagi ini sebenarnya kecoh dengan tersebarnya berita tentang bapa saiful bahari diruang muka buku. noted. satu lagi isu semasa yang perlu ku analisa, kaji dan teliti sebelum aku hadam sedalamnya kedalam kotak fikiran. Makin banyak berita, video dan coretan yang makin mengelirukan. Ya Allah, tunjukkan kami jalan menuju kesatuan ummah demi mengangkat kembali Islam ke tempat yang tertinggi.
Tapi pagi ini, bukan isu politik yang hendak aku coretkan diruang daif ini. Beberapa hari lepas ruang mesej peribadiku disergah seorang sister. Seorang sahabat. Kami tidak pernah bersua muka namun hati tertaut rapat dialam maya. Syukur alhamdulillah. Sejak beberapa tahun yang lepas kotak mesejku kerap dihujani nota salam perkenalan dari beberapa orang sisters yang tidak pernah aku kenali namun ingin menjalin ikatan hati. Biar hanya bertemu dialam maya, namun timbul rasa kasih sayang antara kami. Mungkin inilah anugerah tautan hati dari Ilahi yang sangat aku syukuri.
Seorang sister ini mahu aku menulis. Dan dia mahu aku menulis tentang sesuatu. Sister ini bertanya mengapa aku masih belum berkahwin hingga kini. Adakah aku masih belum bertemu yang benar-benar sesuai? Atau susahkah untuk aku mencari? Aku tersengih sendiri. Haaaiiiipp. Soalan panas! Sister ini menyambung lagi. Kalau benar masih mencari, dia mahu meng'keneng2'kan aku dengan abangnya. Haaaaiipppp!! tooiinkk2!!
Aku menjawab ringkas. 'Bila tiba waktu dan ketikanya, adik akan tahu juga. Bila jodoh sudah sampai, pasti akan akak beritahu satu dunia tentangnya'.
Aku tersengih lagi. Sister ini selalu berbicara denganku tentang soal hati dan perasaan. Katanya dia masih mencari yang sesuai, tapi bertahun pencarian hasilnya masih kosong. Dia tertanya-tanya bila aku bisu tentang hal hati dan perasaan adakah aku menidakkan fitrah manusia yang satu ini? Haaiiiippp! Baiklah dear, akak tuliskan satu entry untuk kamu. Akak tidak akan berselindung, akan akak tulis sejujurnya apa yang pernah akak alami dalam isu ini agar sedikit sebanyak membantu penantian dan pencarian adik nanti. Akak bukanlah alim ulama, harus akak tegaskan dahulu. Ini hanyalah pandangan peribadi berdasarkan pengalaman sendiri. Ini kisah benar akak, dik. Akak tuliskan khas untuk adik. Mana2 yang baik, ambil, yang buruk, buangkan jauh2. Dan adik juga akan banyak baca 'ibu saya kata' dalam tulisan akak ni. Akak memang tak pernah lupa satu pun kata-kata ibu akak. maklumlah. anak ibu.
Sebenarnya pada akak, kasih sayang ialah fitrah. Fitrah juga kita jatuh cinta kepada kaum adam kerana lelaki dan perempuan memang diciptakan untuk berpasangan. Tapi yang agak sulit ialah bagaimanakah aplikasinya perasaan itu. Itu kadangkalanya agak complicated. SANGAT COMPLICATED.
Isu mencari pasangan hidup. Itulah isu paling hangat dan hangit. Kisah cintan cintun dibangku sekolah bukanlah sesuatu yang asing. Bohonglah kalau akak katakan akak tidak pernah terjebak dalam soal hati dan perasaan begini. Surat menyurat, kad salam mesra (ketika di mrsm), cokelat dedication, pagi2 kekelas bawah meja ada bunga, nota2 kecil, main posmen2 hantar surat. Semua memang bukan perkara luar biasa.
Jujurnya dari akak sekolah rendah, dari form 1 hingga form 3 akak tak pernah serius dalam hal sebegini. Isu mencari pasangan hidup tidak pernah akak fikirkan. Couple2 ni perkara asing. Dibesarkan oleh ayah yakni seorang anggota tentera yang di masa mudanya garang amat, dididik dengan penuh disiplin. Mungkin sebab itulah bila akak ke asrama, akak jadi tak suka nak berhubungan dengan lelaki. Ada yang kata akak anti lelaki asal jumpa lelaki akak tarik muka. Nak tergedik-gedik lagilah akak tak pandai. Sampai ada yang gelar akak SOYA MASAM. Tapi akak tak kisah apa orang nak kata.
Adalah juga yang hantar salam perkenalan, coklat, kad surat, dan macam-macam lagi. Tapi akak buat endah tak endah. Sampai akak dikutuk diboikot. Katanya akak sombong, macamlah lawa dan hot sangat. Sedihlah juga, hati perempuan mana yang tak terguris diperlakukan begitu. Namun akak punya satu prinsip. Akak tidak suka melayan. Bila akak melayan dan memberi respon, bermakna akak memberi harapan kepada lelaki itu. Dan akak tidak tega untuk mematahkan hati siapa-siapa jadi lebih baik akak bertegas dalam pendirian akak. Itu akak rasakan yang terbaik untuk mereka dan akak. Biarlah mereka mengutuk akak bagai asalkan akak tidak melukakan sesiapa dikemudian hari.
...Dan dalam fikiran akak ketika itu hanya ada ayah dan ibu yang bekerja siang malam memenuhi keperluan akak. Thats why my study is my priority. Bagi akak, akak ada tanggungjawab di situ untuk belajar sampai pandai. Nak dapat 8A PMR. Akak begitu sampailah apabila akak dilantik menjadi deputy president student union, dimana akhirnya akak terpaksa juga berkomunikasi dan bekerjasama dengan kaum adam. Apatah lagi akak harus bekerja hand by hand dengan mr president dan ajk lain yang kebanyakannya lelaki. Dan dari situlah akak mula melembutkan persepsi yang keras, belajar bekerjasama dan belajar tidak bermasam muka dengan berlainan jantina.
Bila akak naik menengah atas di mrsm jasin, barulah isu mencari pasangan hidup ni timbul tak tenggelam tenggelam lagi. Menjadi signifikan tiba-tiba. Semuanya bermula begini. Di jasin sekali lagi akak memenangi pilihanraya badan perwakilan pelajar dan dilantik menjadi setiausaha agong. Ditambah aktif dengan pertandingan, minggu bahasa, pesta sukan dan sebagainya. Maka hidup akak ni memang sibuk sekali dengan hal study bagai nak gila untuk SPM, dengan hal kerja2 pentadbiran dan pertandingan yang banyak, plus personaliti akak juga sedikit berubah. Teringat kata ibu, apabila wanita di tampuk kepemimpinan dan sentiasa menaung di atas, ego mereka juga akan tinggi melangit. Akak juga perasan akan perubahan akak yang makin lama makin sukar mendengar kata dan asal berdebat nak menang saja. Ibu tidak suka perubahan akak ini. Ibu kata seorang perempuan tidak boleh terlalu semua benda nak 'memangkah lelaki'. Ibu bimbang akak akan susah mencari pasangan nanti. Ibu juga perasan akak jarang benar membawa cerita padanya tentang mana-mana lelaki yang akak minati disekolah, seolah akak macam tak berminat. Ibu juga tahu akak selalu jual mahal dan menolak. Suatu hari ibu berkata begini pada akak;
..."Nak cari teman hidup, carilah orang yang kita kenal benar latar belakangnya, siapa keluarganya, dan perangai dia bagaimana. Kalau boleh biar yang kita kenal dari sekolah. Adik pun dah nak habis sekolah, janganlah jual mahal sangat. Kalau ada yang baik, apa salahnya."
Akak tiada respon. Aaaiiikkk dulu ayah kata bercinta ialah a big NO NO time belajar. Sudah tukar pulak? Faham. Ibu tahu akak seorang yang sangat fokus dan bersungguh2. Dia tiada keraguan yang akak akan berjaya mengejar kerjaya impian akak, cuma dia sedikit bimbang akak tak ambil pusing soal teman hidup. Cuma akak fikir ia sedikit awal jika nak difikirkan ketika itu. Fokus akak hanyalah SPM. Tapi sejak itu, akak buka sedikit pintu hati yang tertutup ketat kalau-kalau ada lelaki yang baik seperti yang ibu katakan. Tambah-tambah lagi, akak memang susah sangat suka kat lelaki. Kalau adapun, memang akak tak cerita dengan orang. Akak simpan rapi jauh disudut hati. Malu lah. haha
Sampailah akhir form 4, dalam banyak-banyak salam perkenalan, akhirnya ada seorang lelaki yang baik yang berjaya juga ambil hati akak, itupun bila akak duk fikir dalam2 pesan ibu tempoh hari. Akhlaknya baik, berkepimpinan, kawan2 akak kata dia hensem (bagi akak hensem itu subjektif). Dari hujung form 4 sampai nak habis form 5, kami berhubung hanyalah melalui surat. Melalui posmen. Lawaklah ingat2 balik. Nak dikatakan banyaknya surat2 itu, macam boleh buat buku teks. Nak berjumpa depan2, kami malu. Pandang2 jeling2 je bila lalu kelas masing2 time prep. 'cliche' keh3.(hhaaaaiiihhhh tergelak sendiri kenang2 zaman kanak2). Tambah2 lagi akak ahli student union, dan dia pula ajk tinggi pengawas, banyak kena jaga. Kalau silap langkah, rosaklah nama badan kempimpinan yang kami sertai. Tapi cikgu2 semua tahu, baik pengetua, dah kata akak memang selalu keluar masuk bilik pengetua. Tapi pengetua baik cikgu semua cam sempoi je usik sakat akak. haha
Namun dik, itulah satu kesilapan akak. Akak ingat teman hidup tu mudah dicari semudah kita menutur kata-kata cinta. Asal lelaki itu baik, hensem, berharta, kita rasa itu sudah cukup untuk hidup bersama. Tapi realiti pencarian tidak semudah itu. Hubungan kami baik, sampailah kami tamat persekolahan dan masing2 berjaya dengan cemerlang. Masing2 mendapat tawaran belajar di eropah even dalam bidang yang berlainan. Dia juga berkata yang dia mahu berkahwin dengan akak sebaik menamatkan pelajaran. Sebaik kami tamat persekolahan, akak merasa as if something is just not right. Ada suatu rasa yang menolak kehadiran dia dalam hidup akak. Seolah-olah dia bukanlah orangnya yang akak cari. Akak cuba, tapi tetap hati akak berkata bukan dia. Subhanallah, pada mata akak dan orang lain dia cukup sempurna, cuma soal hati terlalu rumit untuk akak katakan.
Sebelum dia terbang ke eropah akak mengumpulkan keberanian untuk menceritakan hal sebenar kepadanya. Bahawa ternyata ini bukanlah yang terbaik untuk kami. Dia menolak sekerasnya keputusan akak. Tapi, akak tidak mahu memberi harapan dan melukakan hatinya dengan terus berpura-pura. He deserves someone better than me. Akhirnya dia akur dan akak tahu dia begitu kesal dengan apa yang berlaku. Itulah kesilapan yang paling besar yang akak lakukan, menghancurkan hati orang lain. Kalaulah akak diberi kesempatan, sejuta maaf ingin akak pohon, namun untuk berdepan dengan hati yang telah akak ranapkan itu, akak tiada keberanian. Akak hanya berdoa semoga dia akan bertemu yang lebih baik dari akak.
Sejak itu, akak berjanji dengan diri akak, no cintan cintun lagi, melainkan apabila akak benar-benar bersedia untuk ikatan perkahwinan. Sudah akak aktif dengan bulatan gembira sejak kecil, akak seharusnya sedar dari dulu percintaan sebelum perkahwinan hanyalah akan mengurangkan manis rumahtangga yang akan dibina. Dulu akak ingat dialah orangnya but i have learned my lesson, soal hati itu rumit. Istikharah haruslah didulukan, mohon petunjuk dari Tuhan. Bukan semudah dengan confessions dan perkataan 'I DO'. Ikatan hati adam dan hawa hanya diikat dengan lafaz pernikahan. Tautan cinta seorang adam dan seorang hawa biarlah dalam keadaan yang halal untuk meraih redhaNya.
Tamat sekolah, sebelum akak terbang keeropah, ada juga lelaki mohon untuk menunggu akak untuk diperisterikan akak namun akak tolak dengan baik. Sungguh akak bukan wanita terbaik, akak tidak mahu lagi mengulangi kesilapan akak yang satu itu. Sungguh mereka terlalu mulia untuk akak, sedang akak hanyalah muslimah yang penuh cacat celanya ini, akhlak pun belum cemerlang. Akak tidak layak. Ibu kata boleh saja akak jangan menolak tapi tidak menerima. Sekali lagi akak faham kebimbangan ibu. Kata ibu;
..."Makruh menolak lelaki soleh. Adik dahlah berpelajaran luar negara, doktor pula tu, tak ada siapa yang berani ambil jadi isteri. Nak2 lagi doktor yang sibuk memanjang, tak ada masa nak jaga rumah, jaga anak, sangat sedikit lelaki yang sanggup. Ni dah ada yang mahu, jangan ditolak2".
Sekali lagi ibu kesayangan akak ini, buat akak tersenyum. Dari pengalaman akak banyak belajar. Soal hati ni tak boleh nak dipaksa-paksa. Perasaan itu akan datang sendiri pada waktu dan orang yang tepat. Jangan memaksa hanya kerana takut kita tak laku. Cinta kita bukan murah, cinta kita mahal harganya. ibu dont worry-worry okayh, ada punya insha Allah! haha
Akak telah lihat ramai sahabat yang bermurung tentang hal pencarian ini, apatah lagi apabila umur dah setua akak (tualah jugak 25 tahun kan). Mungkin akak bukanlah insan yang layak memberi pendapat, jujurnya akak sendiri tidak pernah runsing mencari, alhamdulillah setakat ini, akak tidak diuji dengan kesukaran itu. Tapi suka akak katakan, kalau ya pun kita dalam misi memburu suami, jangan cepat terjatuh dengan cinta yang tidak didasari dengan matlamat PERKAHWINAN. Kerana akak sendiri kesal dengan masa dan kesilapan silam, yang mungkin akan mengurangkan manis rumahtangga yang bakal akak bina nanti. Kalaulah akak mampu merubah waktu, akan akak pangkah semua perasaan yang membuta tuli. Kerana makin banyak kita mencemarinya sebelum diijabkabulkan, semakin kuranglah nikmatnya dalam perkahwinan yang bakal dibina nanti. Kasihan bakal suami kita.
Manis lembut gelak manja kita biarlah hanya untuk suami sahaja. Tautan cinta rindu dendam hanyalah untuk pemilik tulang rusuk ini. Biar cantik luar dalam hanya untuk suami, walau manusia di luar tak pernah terlihat kecantikan hawa yang kita miliki ini. Biarlah depa nak kata kita sombong ka, apa ka, janji kita yakin ini yang terbaik buat kita.
Jangan bimbang tentang jodoh. Semuanya Allah yang tentukan. Kadang2 kita rasa yang itu baik untuk kita, tapi Allah tak rasa itu yang kita perlukan. Sebab kita yakin Allah beri apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu. Hal jodoh ini rahsia Allah, seorang muslimah yang bertaqwa pasti tetap yakin yang Allah lah yang memegang segalanya tentang dirinya, dan Allah telah merancang yang terbaik untuk dirinya. Percayalah, jodoh akan datang tanpa harus dikejar.
“Boleh jadi, kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah yang paling mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216)
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar-Rum [30] : 21)
Disini akak tidak menidakkan atau mengiyakan. Akak juga manusia, punya hati dan perasaan. Rasa sayang mesti ada. Perasaan kalau dah tersuka, aaaaiii susah nak cakap. Setiap orang punya kisah kesukaran dan jalan cerita cinta masing2. Berlainan setiap orang. Begitu juga akak. Apa yang penting bagaimana kita mengemudi perjalanannya. Soalan tentang mengapa akak masih belum kahwin, jeng3. haha ada sambungan sebenarnya cerita tadi, tapi sulit untuk diceritakan sekarang. Lebih baik akak diamkan dulu buat ketika ini. Kisah silam akak mana yang elok, adik ambillah. yang buruk, buangkan sejauhnya. Nantilah, tunggu masa dan waktu yang sesuai untuk diceritakan. Kalau sudah pasti dan jadi, jangan katakan adik, satu duniapun akan akak khabarkan. Bagi akak, kalau dah tak ada jodoh, kadi dah depan mata boleh tak jadi kahwin. Jadi selagi belum masa, selagi itu bisu-bisukan je. In sha Allah, Allah lah perancang terbaik.
all the best in your mission ye dik!
No comments:
Post a Comment