Assalamualaikum
fosterbrook neighbourhood, 9.07 pagi
Pagi ni memang nekad nak belajar sepanjang hari selepas semalam seharian aku tidak pegang buku gara-gara pergi menonton hockey match ireland vs malaysia. even the result was draw and malaysia tak dapat ke olympic, however it was a good game indeed. well done malaysia!!
nekad nekad pun, jari jemari aku memang tak tahan nak menconteng sesuatu di laman blog yang agak sunyi recently, tentang sesuatu.
Exam is just around the corner and everybody is so busy preparing and doing their best, so do I. This is my toughest exam sepanjang 7 tahun pengajian aku untuk memegang ijazah kedoktoran, insyaAllah im giving my best right now. Tapi hati dan fikiran tak dapat lari dari memikirkan masalah tipikal wanita sebaya aku yang masih bujang.
Aku bukanlah wanita yang ingin mencanang kisah ceritera diri pada satu dunia. Aku bukanlah wanita yang mahu menjaja kisah cinta. Aku diam tidak semestinya aku tidak kisah. Aku bisu tidak semestinya aku tidak mahu. Biarlah bahagia itu, luka itu, senyuman itu dan tangisan itu menjadi rahsia aku dan DIA.
Lebih-lebih lagi rancak benar rentak hidupku sejak kebelakangan ini asal saja aku bertemu rakan taulan, soalan tipikal yang aku tidak dapat lari ialah, "Fasya, bila walimah?". Aku tak bohong, kadang2 dalam sehari berpuluh-puluh kali soalan yang sama dilontar, buat telinga aku jadi kebal, hati jadi mual. Aku bertanya pada Suha, rakan serumahku, "Suha, muka akak ni ada muka orang yang desperate nak kawen ke?". Jawab Suha, "Tak adalah desperate, cuma muka akak memang ada muka orang nak kahwin". kriiikkk kriikk kriiikkk (0_0)
Baru-baru ini seorang sahabatku dilanda masalah. Dirinya seolah-olah tidak tentu arah. Asyik gelisah dan resah. Bila aku bertanya, sahabat ku mengatakan yang dia mempunyai masalah yang tidak mungkin ada jalan keluarnya. Aku katakan padanya, tidak ada masalah yang tidak ada jalan keluar, kerana setiap jalan keluarnya ialah Allah swt. Aku bimbang sungguh melihat dirinya kerana kami sama-sama akan menduduki exam yang hanya seminggu dari sekarang. Aku tidak mahu melihat dia gagal.
Masalah sahabat ini adalah kerana cinta. Kerana perhubungan. Masalah tipikal untuk mana-mana gadis seusia aku. Lebih-lebih yang masih belum menjejak gerbang perkahwinan yang dikatakan cukup indah itu. Namun aku percaya dalam perkahwinan juga masalah tidak lenyap, ia tetap ada. Cuma bezanya bagaimana kita berhadapan dengan masalah tersebut.
Bohonglah sekiranya aku tidak mempunyai masalah ini. Masalah yang hebat sungguh impaknya kepada WANITA SEPERTI AKU. Siapa kata aku tidak punya masalah? Aku juga ada. Siapa juga kata yang aku tidak mahu berkahwin? Aku juga mahu. Punya suami, punya zuriat, punya sebuah syurga dunia. Kalau nak diikutkan masalah ni, hati memang resah, bimbang dan macam-macam lagi. Masalah aku memang besar, bukan kerana aku duduk bimbang diri tak laku, bukan juga bimbang kerana tidak ada yang mahu, tapi masalah aku ni lain dari yang lain dan agak susah nak diselesaikan. Tapi boleh diselesaikan. Cuma penyelesaiannya pasti akan melukai hati beberapa pihak. Tapi masalahnya, aku cukup malas nak fikir. Baik concentrate exam yang bakal menjelang.
Secara jujurnya, hati ni kadang-kadang jadi beku sedikit. Asal saja berjumpa berkumpul dengan teman-teman, topik kahwin ni pasti akan naik. Tak tau kenapa memang tak boleh nak elak. Mungkin juga sebab umur 24 tahun memang peak orang duk rancak bernikah dan sana-sini tiap-tiap hari bertimbun-timbun jemputan ke walimatul urus. Apa lagi untuk orang-orang yang masih solo semuanya pasti jadi kaget. Kata orang after 25 tahun atau apabila tamat degree dan balik malaysia nanti lelaki yang baik seusia kami pasti sudah habis menjadi suami orang. Apatah lagi kami ini bakal menjadi doktor, lulusan luar negara, takut orang nak datang meminang, itulah yang selalu didoktrin kepada kami. Jadi no wonderlah ada yang sudah mula tidak sedap duduk. Nak lagi ada rakan lelaki kami yang bermulut sedikit 'jahat' berkata " Aku tak nak kahwin perempuan yang doktor, nanti tak ada orang jaga anak-anak aku, aku nak kahwin dengan cikgu." Berbisa sungguh dialog itu (^_^)
Again secara jujurnya, aku sebenarnya tak adalah bimbang sangat. Aku pun actually tak kisah sekiranya ditakdirkan aku tidak menemui jodoh. Dulu, memang terasa tekanannya, tapi, aku sedar semua qadarnya ini telah direncanakan dengan cantik dalam kitab lauh mahfuz, dan apa saja yang tertulis di dalamnya, aku akan redha. Ini bukan kata-kata 'cover line' or anything like that, tapi itulah yang benar-benar aku rasa. Like I said, siapa yang tak nak menjejak dunia indah itu, semua pun mahu. Tapi, aku tidak mahu isu ini menjadi punca aku hilang arah, atau merasa gelisah. Dulu, isu ini pernah membuat jiwa aku sedikit kacau, namun, as the time goes by, dan aku menjadi semakin dewasa dan makin memahami erti hidup, aku semakin tenang dan redha.
Kerana sesungguhnya aku tahu, arah tujuan sebenar kehidupan ini adalah untuk mengejar cinta Allah. Perkahwinan juga adalah untuk mengejar cinta Allah. Itulah sebenarnya matlamat puncak setiap tindakan dan keperluan. Rasa cinta dan kasih sesama manusia adalah fitrah, yang mana aku juga memilikinya, jadi bohonglah sekiranya mengatakan yang aku tidak ada. Cuma, aku tidak mahu isu ini menjadikan aku menjadi wanita yang lemah dan hilang punca. Aku suka benar pada kata-kata seorang rakanku padaku, "Belum terbukti kekuatan iman seseorang itu selagi dia belum diuji".
Ingin sekali aku katakan kepada rakanku itu, yang terlalu menyintai, tetapi terluka apabila menyedari cinta itu mungkin tidak kesampaian, dek berbagai-bagai masalah baik pihak keluarga, kewangan mahupun keserasian. Aku berkata-kata kerana aku juga merasainya, aku juga pernah menyintai dan dilukai. Aku tahu benar rasa itu. Aku familiar benar dengan luka itu. Cuma, aku tidak biarkan rasa atau luka itu menjadikan aku wanita yang lemah dan lumpuh. Aku biarkan rasa dan luka itu menjadi dinding yang kukuh dan tiang yang tegap agar semangat dan iman ini tidak pernah runtuh atau jatuh.
Tidak salah untuk merasa bimbang, hakikatnya di akhir zaman ini memang wanita ternyata jauh lebih ramai dari lelaki, yang semestinya menjadi salah satu hikmah dan asbab mengapa Islam membenarkan poligami. Setiap wanita punya hak merasakan kebimbangan itu. Sebegitu juga aku. Untuk memiliki seorang IMAM dan NAKHODA yang mulia dalam kehidupan, semestinya menjadi impian paling diidami. Namun disinilah Allah sedang menguji, sejauh mana kebergantungan kita padaNya, sejauh mana kita meyakini ketentuanNya.
Telah tertulis cantik perjalanan kehidupan kita sejak azali, siapa jodoh kita, bila kita mendapat zuriat, apa kerjaya kita, dan bila kita mati, semuanya sudah direncana Allah swt sejak kita masih belum dilahirkan. Memiliki seorang suami yang menyintai dan membahagiakan, sudah semestinya akan tetap menjadi impian dan angan-angan untuk wanita seperti aku. Apatah lagi aku terlalu ingin merasai apakah rasanya melahirkan seorang zuriat dan menjadi seorang ibu, subhanallah, hanya Tuhan saja yang tahu keinginan itu dalam hati ini. Biarpun orang kata melahirkan itu amat menyakitkan, namun aku ingin sekali merasai menjadi mujahid dalam kesakitan itu. Namun, untuk detik dan ketika ini, biarlah ia tetap menjadi angan-angan dan impian semata-semata, sehingga waktu yang direncana itu tiba.insyaAllah, dengan izinNya.
Tiada rasa yang lebih indah dan asyik, melainkan rasa tawakkal dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepadaNya. Aku, menyerahkan segala urusan ini padaNya. Aku telah berusaha, aku telah melakukan apa yang aku mampu, selebihnya, hanya dengan kehendakMu jua Ya Rabb. Aku boleh saja mengikut perasaan, ingin maratap sedih dan melayan kecewa apabila impian tidak kesampaian, namun, aku bukan orang yang begitu. Ibu dan ayah tidak pernah mendidik aku menjadi orang yang lemah. Aku harus kuat. Aku harus gagah.
Aku punya tanggungjawab pada ibu ayah dan keluarga. Aku disini atas amanah rakyat, yuran pengajian ku ini dibayar rakyat. Aku memikul amanah. Aku tidak boleh lemah atau mengikut kata hati sendiri sahaja. Aku juga punya impian untuk membela anak-anak yatim dan membuka sekolah untuk kanak-kanak yang memerlukan. Aku punya impian untuk mencontohi Rasulullah saw yang bersifat belas kepada yang memerlukan. Aku punya impian menjadi doktor muslimah yang bukan saja ingin mengubati fizikal pesakit, malah rohani mereka jua. Impian-impian ini juga penting buat diriku selain impian membina sebuah mahligai rumahtangga. Jadi kerana itulah, urusan jodoh ini aku serahkan padaNya yang lebih tahu apa yang terbaik buatku. Biar DIA saja yang menjawab soalan cepumas dari rakan-rakanku itu. Jadi aku kena fokus dan beri yang terbaik dalam pengajianku ini. Kejayaan tidak akan datang bergolek.
Aku telah berjanji pada diri untuk menjadi wanita yang gagah. Sepuluh tahun dari sekarang, sekiranya aku membaca balik entry ini, tidak kiralah pada waktu itu aku sudah berkeluarga atau belum, aku akan tersenyum dan aku tetap akan bersyukur atas segala limpah rahmat yang diberi olehNya. Telah cukup banyak nikmatNya buatku, tidak tergamak aku untuk merintih untuk apa-apa lagi. Ya Allah, Kau pandulah hidupku, jangan biarkan aku menentukan hidupku sendiri kerana sesungguhnya aku tidak mungkin akan mampu melakukannya. Sesungguhnya hidupku, ibadahku, matiku hanyalah padaMu jua.
p/s : mohon doa, mohon doakan kejayaanku dalam exam yang bakal menjelang. dengan izinNya.
~~::SeUNtAi kAtA UnTuK diRaSa::~~
~~coretan hamba yang muflis tanpa belas kasihMu Tuhan~~
Sunday, March 18, 2012
Tuesday, March 13, 2012
An awesome story. May it becomes reality. With Allah's will.
Bukan hak peribadi saya, dipetik dari sebuah sumber. Dikongsi semoga bermanfaat. An awesome story.
Menuju Ustaziatul 'Alam
Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.
"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya.
Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr. Johar, orang besar negara ini.
"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu mata tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang-siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka. Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.
"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladdin, budak Arab dengan lampu ajaibnya, teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar.
Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. "Assalamualaikum. Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.
Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa? Dia nak marahkan aku?
"Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan?" tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.
"Oh, oh maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.
Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula-Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.
"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni."
"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itu pun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa."
Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.
"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."
Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi Jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat."
Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah! Seksa neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.
Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas. Lega. Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan, "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga. "Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki". "Ceh! Diskriminasi, double-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan".
Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".
Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan", terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.
"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni!" "MasyaAllah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah. ..." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng-gelengkan kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan!" ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya! Apa peliknya?". "Baik, tuan. Tapi semua orang berebut- rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr. Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.
"Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan.
"Macam tak lalu makan saja, anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja.
"Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit. Malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita", keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.
"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Ana pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk ana daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya, saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan.
Datuk Dr. Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan, berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram. "Tuan, mana ada hospital sekarang. Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insyaAllah. Kita tak perlu hospital."
"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya."
"Batalkan saja order saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang. Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya. "Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar-KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh... Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.
Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer, 'RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.. Kepala Datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?
"Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. "Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..." "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran... "Eh ...ni suara orang mengaji," "Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema, "Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta, stanza hati merindu Ilahi..."
Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. "Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah" Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata "Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."
"Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka." "Ah, aku tak nak dengar semuanya. Makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.
Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Juruterbang helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas : "KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy, meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek.
Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. "Kenapa?". Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.
"Datuk..! Datuk! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr. Johar bangun. Dia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah?" tanya Datuk Dr. Johar. "Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya.." "Habis, mereka mahu apa?". "Mereka mahu Islam, Datuk!". "Islam? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya terlihat sepanduk di hadapan tertulis, "ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI". "Pasakkan Sabat Teguhkan Istiqamah!".
"Tak mungkiiinnnn!!!". Datuk Dr. Johar jatuh pengsan.
subhanallah.

Labels:
HE saw you 24/7
Thursday, March 8, 2012
...CUBA , ubah cara kita melihat dunia dan kehidupan...
Cara kita memandu arah hidup kita, adalah bergantung kepada bagaimana cara kita melihat dunia dan kehidupan..
Dunia, pada zahirnya memang indah. Penuh dengan keseronokan dan hiburan. Tetapi, hakikatnya, dunia ini penuh muslihat dan tipu daya.
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal" (al mukmin : 39)
Kita kadangkala tidak sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanya sekejap, hanya sekadar mengumpul bekal untuk kampung akhirat. Maka betapa ruginya orang-orang yang terlalu menyintai dunia, sehingga terlupa bekalan untuk akhirat kita masih terlalu sedikit.
Maka ubahlah cara kita melihat dunia dan kehidupan. Terlalu pasti, segala isi dunia ini satu hari nanti akan hancur berkecai dan mati, dan tidak ada yang kekal melainkan Allah Yang Satu. Biarlah kita sengsara di dunia sementara ini, namun kenikmatan menanti kita di akhirat kelak.
Sungguh! Aku cemburu pada rakyat Palestine yang setiap hari, roh-roh syuhada sedang terbang kelangit menemui RabbNya. Hakikatnya kita lihat mereka merana dan terseksa, hidup bagai tidak hidup, dan hati kita berkata, "Aku tidak mahu hidup seperti itu." Namun tahukah kalian, mereka sedang diberi Allah jalan paling mudah untuk ke syurga! Tahukah kalian betapa beruntungnya mereka! Sedangkan kita, sedikit demi sedikit sedang mengheret diri kita sendiri jatuh ke neraka!
Jangan terlalu lama terpana melihat syurga dunia. Ia tidak pernah kekal. Sedarlah, kita punya banyak tanggungjawab. Pada Allah swt, pada agama, dan pada manusia sejagat!
Jangan pernah mengaku kita ini hambaNya yang tahu apa erti SYUKUR, sekiranya kita masih hanyut dalam dunia kebahagiaan sendiri tanpa memikirkan ada insan yang bertarung nyawa setiap hari untuk sesuap nasi, malah bukan untuk diisi kedalam perutnya, tetapi anak cucunya.
We bought all the branded stuffs to make us look elegant and stylish, we only wear GUESS and LV, sedangkan dengan nilai sebuah beg tangan kita itu, kita dapat membantu menampung perbelanjaan tahunan seorang fakir miskin. Cuba. Ubah cara kita melihat dunia dan kehidupan. Ubah perspektif diri untuk mendefinisi apa erti 'elegant' dan 'bergaya' disisi Allah.
Beg tangan dan barang2 branded itu, jika dibeli, makin dipakai akan makin lusuh, satu hari ia tidak berguna lagi. Namun, sedeqah jariah dan infaq, menjadi tuaian kita di akhirat kelak, menyelamatkan kita dari panas api neraka, melindungi dari paluan dasyat di alam kubur.
Cuba. Cuba. Fikirkan dan ubah cara kita melihat dunia dan kehidupan.
Semoga kita tidak sekali-kali lalai dengan dunia ini, serahkanlah hati , diri , cinta dan segalaNya pada Allah. Kerana tanpaNya, kita tidak punya apa-apa. Tidak walau hanya satu cell di badan kita.
p/s : Sedang dalam usaha menjayakan program untuk anak-anak keluarga besar Puan Norlina Alawi (PERNIM) team jelajah di Dublin dan Malaysia. Impian ku hanya ingin melihat anak-anak suci yang kehilangan ibu bapa ini berjaya dan menjadi yang terbaik biarpun mereka di duga Allah ujian yang mungkin aku sendiri tidak mampu menghadapinya. Ya Allah, tolong berikan kami kekuatan!

Friday, March 2, 2012
....ipad2 dan AYAH....
Assalamualaikum...
1020 pagi, fosterbrook neighbourhood.
Di tengah-tengah kekalutan dan kecuakan aku study untuk menghadapi exam yang kurang dari sebulan dari sekarang, aku tersengih2 sendirian. Malah tiba-tiba perlahan-lahan air mataku gugur sembunyi-sembunyi menuruni pipi. Dan aku tersenyum semula apabila aku teringat kisah ayah, ya kisah IPAD 2 dan ayah.
*******3 bulan sebelumnya (akhir november 2011)************
Aku mendail nombor-nombor Malaysia kepunyaan adik beradikku, along, anis dan wawa. Tersenyum sendirian sementara menunggu panggilanku dijawab.
"Assalamualaikum, hehehe along buat apa tuh?"
"Waalaikumussalam. Hehe aku kat atas kapal ni. Tengah duty. Ha, kenapa call?" garau suara along, kedengaran sedikit keletihan.
"HEHEHEHEHEHE, along, adik ade projek baek punya adik balik bulan 12 ni. Kan birthday ayah nanti, mau join sekaki..Joinla..joinla...tengah kontang ni.." Pujuk aku. Rindu juga sebenarnya dengan abang sulungku yang jarang sekali dapat aku jumpa sejak kami dewasa. Maklumlah dua2 sibuk.
"Banyakla projek ko. haaa ceciter cepat! " balas along. Seakan akan tau fiil pelik aku yang satu ni.
"Camni..adik ingat nak belikan ayah ipad2..Ibu kan dah pakai tablet, ayah je tak beli2 lagi.. jom ar..kite tong2 la..adik bayar 900, along 500, anis 50, wawa 50. okeh? Nanti adik bayar dulu pun takpe, bila along da dapat gaji along bayar ar.." suaraku excited.
"Hmmmm ok2 on2..Nanti papehal ko update along ar k..Aku pun nak ipad 2 gak.. Dah lama mengidam ni.." gurau along.
"Loh, ko kan baru beli iphone4, lek2 dulu. nanti tahun depan along nak beli adik tong2 la sket..takde hal.."
"ok2, papehal update k! jaga diri. belajar elok2." pesan along...sementara aku ligat mendail nombor anis dan wawa pula.
Yes!! Terbayang-bayang wajah ayah didepan mata kala keexcited-an aku dengan planku itu. Nak beli sendiri memang susah juga, handbag ibu aku kena beli hehe. Begitulah hobiku setiap kali cuti makin menghampiri. Kepalaku ligat memikirkan buah tangan apa yang ingin aku bawa pulang untuk keluarga tercinta. Aku tak pernah lokek untuk mereka,katakan apa saja, aku akan usahakan. Asalkan mereka sentiasa gembira. Bagi aku duit boleh dicari, tetapi kasih sayang dan kebahagiaan tidak terbanding dengan wang ringgit. Biar aku tidak membeli apa2 untuk diriku sendiri tak mengapa, asalkan ibu mesti merasa handbag baru lagi kali ini. Dan ayah dengan ipad 2!
*************januari 2012**********************
Tung..tung...teng..teng..tung tung..teng..teng...
Skype di laptopku berbunyi nyaring. Kucelikkan mataku yang tadinya tertutup rapat. Mencapai handphone mengerling melihat jam, pukul 4 pagi. Siapa pula yang call aku di awal pagi begini.. Aku mengangkat muka sepenuh tenaga, menatap papan skrin laptop miniku. Nama 'HJ ZAKARIA ABU' terpapar di skype. Ayah call. Nape ek.. Aku menekan butang answer. Pantas aku terdengar suara ayah dan suara beberapa orang lelaki yang lain rancak bersembang.
"Assalamualaikum ayah.. Kenapa ayah.." Aku menyapa ayah. Namun ayah masih rancak bersembang. Antara butir2 bicaranya, seperti tengah berbincang tentang ipadnya...perisian dan sewaktu dengannya..
" Ayah?.." Soal aku kepelikan lagi. Haih, ayah ni tahu ke, atau ayah tertekan butang call? Blur aku sebentar.
" Ya pah! Buat apa tu? Tidur ke? Bukak la video.." Tegur ayah.
" Ok2...ni pukul 4 pagi kat sini ni yah... muka tengah selebet..Nak buka video juga ke.." Tanya aku pantas mencapai tudung menyelibung kepala.
" Oh pukul 4 pagi ye..Ni ayah kat pejabat ni..saja call..Ni ada kawan2 ayah ni.." Jawab ayah, tersenyum dalam segak uniform tenteranya. Kemudian ayah kembali bersembang dengan rakan2nya. Aku blur sebentar. Tersenyum. Ayah2... Rindu aku agaknya! (^_^)
Tiba2 aku terdengar antara bicara ayah pada rakan2nya, 'This is my daughter.. Dia ada kat Ireland sekarang ni tengah buat medic..' Riang benar riak suara ayah. 'Yeke, ooo bagus tu medic di Ireland!' Sambut suara yang satu lagi..
"Ayah.." perlahan aku mengingatkan ayah yang ayah masih on call. hihi blur juga aku sebentar..
"Ok2 pah..dah gi sambung tidur..belajar elok2 ye..ayah nak bersembang dengan kawan2 ayah.."
" OK ayah, minta maaf banyak2, doakan adik ye..sayang ayah..assalamualaikum.." Call diletak. Aku bingkas bangun, alang2 dan bangun pagi, boleh juga kalau dirikan solat sunat dan belajar. Tersengih2 aku teringat gelagat ayah tadi.
********************************************************************
Itu bukanlah kali terakhir ayah membuat panggilan pelik pada pukul 4 pagiku begitu, yang mana di malaysia pukul 12 tengahari, waktu lunch ayah. Minggu lepas ayah call lagi, perkara yang sama, dan dialog yang sama, 'She is my daughter, kat ireland tu tengah buat medic'. Ayah keep on cakap begitu kerana kawan2 ayah bertanya pada ayah tentang aku. Lama2 aku dah tak kisah dan aku sangat suka bila ayah menutur dialog itu.
Ada dua perkara yang aku sangat treasure dan betul2 bahagia tentang panggilan skype yang pelik dari ayah;
Yang pertama, aku tahu yang ayah sangat gembira dengan ipad 2 pemberian kami adik beradik pada hari jadi ayah. Ayah sangat sukakannya. Ayah beli casing yang mahal untuknya, ayah pasang 3G, ayah bawa kemana ayah pergi. Kami sangat gembira bila ayah sukakannya. Terasa sangat berbaloi menghabiskan sejumlah wang untuk ipad2 itu. Biarpun terpaksa mengikat perut sedikit. Teringat aku kata-kata ayah sewaktu dia menerima ipad2 itu, ketika itu kami makan seafood di restoran kegemaran kami di kampung baru,
" Ayah sebenarnya dah lama dah nak beli ipad 2 ni. Kawan2 ayah semua dah pakai, semua suruh ayah beli. Bising2 kat ayah suruh pakai satu. Tapi ayah bukan tak nak beli, ayah boleh je beli..tapi ayah tahu dah ayah mesti akan dapat dari anak2 ayah..Ayah cakap dengan kawan2 ayah, aku nak tunggu birthday aku tahun ini. InysaAllah aku akan dapat ipad2 tu ni dari anak-anak aku!"
Agaknya kan ayah, kata - kata ayah itu memang satu doa yang telah menggerakkan hati adik untuk membelinya untuk hari jadi ayah. Walaupun adik masih belajar, taklah banyak duit pun, tapi Allah murahkan rezeki kami adik-beradik, untuk memampukan kami beli ipad2 ini untuk ayah. Dan kami rasa sangat bahagia, bila ayah dan ibu bahagia. Kami sangat puas, bila kami dapat tunaikan impian ibu dan ayah. Biarpun ipad kepunyaan adik yang baru beli sama2 ngan ayah aritu hilang di kota london bulan lepas, tapi, hati ini rasa terubat bila adik tengok ayah sangat seronok dengan ipad2 ayah itu..
Yang keduanya, aku sangat suka pada dialog ayah, 'she is my daughter, belajar medic kat ireland'. Ayah, ayah tahu tak, whenever u repeat that dialogue, semua kekusutan, stress, tekanan, kesunyian, tunjuk perasaan, rasa homesick, rasa tak happy adik sepanjang menuntut ilmu dibumi dublin ini hilang sekelip mata. Terasa macam disuntik semangat dan diberikan kekuatan baru dalam diri. Because i know how proud u are when i study my medicine here. I know how proud u are of myself. Adik tahu kawan2 ayah selalu bertanya pada ayah tentang anak2 ayah, sebab ayah lelaki yang sangat baik. Ayah mungkin tak pernah cakap pada adik, but i know it.Sebab tu adik tak boleh main-main, adik kena berusaha sedaya yang adik mampu for this study, supaya adik tidak akan berhenti membuat ibu dan ayah gembira dan bahagia. Adik tak boleh gagal sebab itu akan menyebabkan ibu dan ayah bersedih. This is my promise. Ill do whatever it takes so that i can make u both happy for the rest of my life!
Duit, harta, kebendaan tak kan dapat membeli nilai kasih sayang. Aku selalu berkata kepada diriku, adik2 ku dan bakal teman hidupku, kita mesti berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat mereka, kerana, sekiranya kita menjadi yang soleh solehah buat mereka, kelak apabila kita mempunyai zuriat sendiri, anak-anak kita akan berbuat perkara yang sama. Lagipun, redha Allah itu terletak pada redha mereka. Sekiranya kita ditakdirkan mati pada esok hari, sekurang2nya perkara terakhir yang kita tinggalkan buat ibu dan ayah kita adalah SENYUMAN dan KEBAHAGIAAN.
p/s : Aku tahu ayah nak sangat memiliki sebuah kereta BMW. Ibu pula nak beg LV banyak2. InsyaAllah kalau Allah masih memberikan aku kekuatan dan rezeki, pasti akan akan usahakan agar impian ibu dan ayah jadi kenyataan. Dan impian untuk menghantar ibu dan ayah menunaikan HAJI di kota Mekah menggunakan duitku sendiri. insyaAllah!!

coretan seorang anak
Saturday, February 25, 2012
Jalan mudah ke syurga..(..a man with a wheelchair..)
Assalamualaikum,
Sycamore Close, county wexford. 10.17 pagi.
Aku masih setia di bilik. Cerah mentari diluar masih belum dapat memikat hati untuk keluar menuju ke hospital. Kalau aku ke hospital pun, aku tidak berbuat apa-apa. Senior registrar ku sudah berpesan pada aku dan James supaya tidak perlu susah-susah menyertai ward round. " You guys can take as many histories as u can and study on your own". Begitulah katanya penuh sopan walau pun maksud tersirat dapat kami baca yakni, 'tak payahlah mengekor kami ke hulu kehilir, pi buat keje demo sendiri'. (-_-")
Begitulah di hospital luar bandar yang bukan teaching hospital. Kalau kami di vincents di dublin, kalau sekiranya kami ponteng team schedule pasti dah kena sound. Tapi tak mengapalah, aku anggap ini sebagai breakaway sebentar setelah separuh nyawa menempuh surgery week 6 minggu yang lepas.
Actually in this entry, I wanted to share a story of an uncle with a wheel chair. Honestly aku tak tahu apa yang buat aku tertarik dengan pak cik ni, tapi beginilah ceritanya..
Inilah pak cik tu..
Pada hari isnin yang lepas, aku merayau-rayau di medical ward di wexford general hospital. Sedang aku merayau-rayau, aku lalu disebuah lorong kecil yang agak curam sedikit laluannya, yang menghubungkan medical wards dan tangga utama. Sedang aku berjalan membelek nota kecilku menuju ke restroom di tingkat 4, aku ternampak seorang pak cik tua berkerusi roda berhempas pulas memutar roda kerusinya untuk menuju ke depan di lorong yang sedikit curam itu. Dia kelihatan begitu keletihan. Pantas aku berlari mendekati pak cik tersebut, dan aku bertanya sopan, "May I help you?, where are you heading to?". Pak cik tua itu memandang tepat ke arah aku, dan dia mula berbicara, " wawasi na wa to doktor wa na wanawa..". Aku blur sebentar. Hanya perkataan 'doktor' sahaja yang dapat ku tangkap. Dia tidak boleh berbicara dengan betul. Mungkin pak cik ini baru diserang stroke that caused his speech centre become impaired!
inilah lorong yang agak curam itu..
Maaf pak cik, saya betul2 tak faham apa pak cik cakap, desas aku dalam hati. Aku bertanya lagi sambil mula membuat2 bahasa isyarat dengan harapan pak cik tua ini faham pertanyaanku. "Where do you want to go?". Sekali lagi bicaranya langsung tidak aku fahami. Aku kecewa. Namun aku yakin bahawa pak cik ini tentunya BERJUTA JUTA JUTA lagi lebih kecewa dariku kerana dirinya hilang keupayaan untuk berbicara. Satu nikmat pancainderanya telah ditarik. Subhanallah. Ya Allah, kuatkan hati pak cik ini Ya Allah!
Sebak benar hatiku, namun aku begitu mahu membantu. Pak cik tua itu masih cuba dan cuba lagi berbicara dengan pertuturan yang amat amat amat sukar sekali aku fahami. Cuba memberitahu aku kemana arah tujunya. Kebetulan ketika itu, seorang staff hospital menghampiri kami. "I think this patient wanted to say something but I couldnt understand what he is trying to say", jelas aku kepada staff lelaki tersebut. " Oh dont worry, I'll take care of him", balasnya ramah sambil menolak kerusi roda pak cik tua itu meninggalkan aku sendirian terpinga-pinga, sedikit kecewa.
Keesokan harinya, pada waktu yang sama, aku bertembung lagi dengan pak cik tua yang sama dalam keadaan yang sama, berhempas pulas menolak kerusi rodanya melalui lorong curam itu. Aku berlari sekali lagi ke arahnya, namun kali ini, sebaik sahaja aku menawarkan pertolongan pak cik ini terus tersenyum padaku seolah-olah memberi kebenaran. Dan aku terus menolak kerusi roda pak cik tua itu menuju ke medical ward, arah tujunya setiap hari.
beliau berlalu setelah aku melepaskan kerusi rodanya..
Hari yang berikutnya perkara sama juga berlaku seolah-olah aku telah menjadi penunggu setia kehadirannya supaya aku dapat menolak kerusi rodanya melepasi lorong curam itu. Entah rasa kasih dari mana datang menyentuh hati, namun aku begitu gembira dapat menolak kerusi roda miliknya. Dia juga seolah-olah telah 'redha' aku menolak kerusi rodanya setiap hari.
Petang itu, sedang aku membelek-belek chart patientku, aku ternampak pak cik ini sedang berusaha untuk memberitahu sesuatu kepada nurse disitu. Masih, dia bercakap bahasa yang tidak dapat kami fahami, dia tidak lagi dapat berbicara dengan normal. Suaranya begitu kuat sehingga dapat didengari dari nurse station dihujung ward. Begitu beria-ia dia berbicara, mungkin penting agaknya. Namun nurse itu meninggi suara kepada pak cik itu, sedikit marah. Apa agaknya yang ingin diberitahunya? Mungkinkah dia ingin beritahu yang dadanya sakit, atau perutnya sakit? Mungkin kah dia hendak memberitahu yang dia lapar? Aku tidak tahu. Aku tertanya-tanya. Aku terasa sebak. Ya Allah, insaf aku dengan kurniaanMu yang begitu melimpah ruah. Seandainya aku berada di tempat pak cik tersebut, bagaimana hendak aku meneruskan hidup..Sungguh, manusia sentiasa lupa untuk bersyukur!
Pada hari khamis, aku bertembung lagi dengan pak cik tua itu, kali ini di ward. Apabila aku menghampirinya, aku melemparkan senyum, dan tiba-tiba aku lihat dia tersenyum padaku dan mengucapkan, "Halo" dalam nada sedikit pelat. Aku terkesima seketika. Sewaktu dia terus bergerak melepasiku, aku memandangnya penuh sayu. Aku berdoa agar pak cik bersabar dengan dugaan yang menimpa, dan semoga pak cik mati dalam Islam!
Cuma satu yang aku perasan sepanjang aku memerhatikan pak cik tua ini. Beliau, tidak pernah mempunyai pelawat. Setiap hari, beliau akan merayau-rayau seorang diri bersama kerusi rodanya disekeliling ward dan cuba berkata-kata, namun tiada sesiapa yang dapat memahaminya. Aku yakin pasti kecewa bukan kepalang apabila diri tidak difahami waima seoarang manusia pun lagi.Hatiku tertanya-tanya dimanakah anak-anaknya? Dimanakah keluarganya? Tahukah mereka bahawa Allah sedang memberi mereka jalan mudah ke syurga? Setiap kali aku melihat warga tua terbiar begini, aku tertanya-tanya dimanakah 5,6 ,7 anak-anak yang telah mereka besarkan suatu ketika dahulu? Adakah mereka semua sudah lupa diri setelah mempunyai kehidupan sendiri?
Tahukah kita bahawasanya sekiranya kita menjaga ibu bapa kita, apatah lagi dalam keadaan sakit dan kurang upaya begini, kita sebenarnya telah diberikan Allah jalan yang begitu mudah ke syurgaNya. Ya, aku tidak nafikan memang susah untuk menjaga mereka lebih2 lagi sekiranya mereka telah nyanyuk atau hilang keupayaan untuk menguruskan diri, tapi ketahuilah bahawa Allah telah membuka jalan ke pintu syurga yang telah dibuka seluasnya untuk kita sekiranya kita menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sehingga ke hujung nyawa. Aku juga begitu takut sekiranya aku sendiri lupa diri namun aku sentiasa berdoa kepada Allah swt yang bisa membolak balikkan hati, jadikan diriku dan zuriatku menjadi anak-anak yang soleh solehah dan taat pada kedua ibu bapanya. Supaya aku dapat menjaga mereka sehingga kehujung nyawa.
Ingat kisah Nabi Musa mencari jirannya disyurga, dan baginda bertanya kepada Allah swt tentang bakal jirannya itu. Nabi Musa begitu ingin tahu keistimewaan jirannya itu sehinga darjatnya benar-benar diangkat oleh Allah sehingga dijanjikan menjadi jirannya disyurga. Setiba dirumah lelaki tersebut, setelah mempelawa Nabi Musa as duduk lelaki tersebut terus masuk kedalam bilik dan membawa keluar dua ekor babi yang sangat besar ke bilik air, dan lelaki tersebut memandikan kedua-dua ekor babi tersebut dan merapinya dengan begitu kasih sayang. Nabi Musa as begitu terkejut mengapa jirannya disyurga ini membela haiwan yang haram disentuh yakni babi, lantas terus baginda bertanya kepada lelaki tersebut perihal yang dilihatnya. Lelaki itu menerangkan bahawa dua ekor babi besar itu ialah kedua ibu bapanya yang suatu masa dahulu telah dihukum kerana berbuat kesalahan terhadap Allah swt. Subhanallah, lihatlah betapa tingginya darjat yang diberikan Tuhan kepada seorang anak yang soleh.
Semoga kita semua ditetapkan iman dan hati untuk tetap menjadi anak yang soleh solehah biar apapun yang terjadi, biar sejahat manapun kedua orang tua kita pada kita. Sekiranya kita sudah menjadi isteri orang, pastikan kita menjadi isteri yang sentiasa memastikan suami kita sentiasa menjadi anak yang soleh. Kerana sekiranya kita menyintai suami kita, kita mahu kesyurga bersamanya, dan syurga seorang lelaki itu adalah dibawah tapak kaki seorang ibu.
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu ia pagi-pagi ia taat dan baik pada keduanya melainkan Allah s.w.t. membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah s.w.t. ridho padanya jika salah satu ibu atau bapanya murka kepadanya sehingga mendapat redha dari keduanya. Ditanya: Meskipun orang tua itu zalim? Jawabnya: Meskipun zalim. Dan didalam hadis marfu' ada tambahan: Dan tiada pagi-pagi ia durhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah s.w.t. membukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka satu."
Subhanallah, jom jadi anak soleh solehah. Siapalah kita tanpa ibu dan ayah! rindu sgt ibu dan ayah!
p/s : nak layan lagu rabbani ni..berderai air mata setiap kali dengar!! (T_T)

the doctor's story
Friday, February 17, 2012
How a deed can WINS a heart!
Assalamualaikum wbt..
Fosterbrook neighbourhood, 8.51 am.
Pagi ini aku kecewa dengan diriku sendiri. Suria sudah mula mengintai dari ufuk timur, aku baru mencelikkan mata bergegas lintang pukang menuju ke bilik air mengambil wudhu mengerjakan solat subuh. Permulaan yang buruk, astaghfirullah al azim. Ampuni kelemahan hambaMu yang hina ini Ya Allah!
Aku sebenarnya agak ragu-ragu ingin menulis entry ini. Bimbang pula dikata orang aku ini ingin riak atau yang sewaktu dengannya. Tapi aku cukup ingin berkongsinya dengan rakan semua, kerana bagaimana peristiwa membuat aku terkesan dan memberi impak dalam hidupku, begitu juga aku ingin ia menyentuh hati sahabat semua. Aku anggap ia satu hadiah manis dari Allah swt, dan sebagaimana ia menyentuh nuraniku, sebegitu juga aku ingin ia menyentuh hati kalian, agar kita lebih cinta dan kasih kepada Allah dan Islam yang kita miliki. Masih lagi ragu aku dikatakan ingin menunjuk-nunjuk amalan sewaktu berkongsi entry ini, tiba-tiba aku teringat bahawa , "Tidak melakukan ibadah kerana takut dikatakan riak adalah riak". Biarlah hanya Allah swt yang mengetahui nawaituku.
Begini, sekarang aku sedang menjalani 3 minggu medicine rotation di countryside iaitu wexford yang lebih kurang 2 jam jauhnya dari Dublin. Seperti biasalah, akulah satu-satunya malaysian yang ke sana dan rakan yang lain semuanya Irish. Jujurnya, aku tak suka sangat bila kena away dari dublin, sebab aku tahu aku akan jadi cowok kesepian jugalah. Aku berkawan saja dengan rakan-rakan lain, cuma tidaklah sampai aku kena hangout dengan mereka setiap masa untuk ke bar atau bila mereka beriadah lelaki dan perempuan. Aku ditempatkan di sebuah rumah Indian nurse disana dan hanya aku yang ditempatkan dirumah tersebut sedangkan rakan-rakan lain semuanya mempunyai rakan-rakan seangkatan kami menetap di tempat yang sama. Jadi memang kena survive sendiri, pergi balik hospital memang seorang dirilah, tapi tak mengapa Allah ada bersama maka aku tidak bimbang.
How a deed can wins a heart. Ceritanya begini, di wexford hospital, aku telah dimasukkan dalam respiratory team yang diketuai olah Mr Colm Quigley bersama seorang registrar, Mr Damien dan dua orang senior house officer. Nak dijadikan cerita, mereka ni semua memang baik, masalahnya mereka ni terlalu busy sangat kot sampai mereka tak berapa nak hiraukan kami yang dalam team ni. Mereka tak berapa mengajar sangat dan susahlah mereka nak luangkan masa untuk dengar patient history dari kami. Tapi tak mengapalah, kami ikut sajalah the 3 hours ward round and after habis ward round, kami pergi buat kerja sendiri. Kadang-kadang cemburu juga tengok rakan-rakan dalam team lain yang dapat doktor yang suka mengajar dalam ward round, sedangkan kami ada tak apa, tak ada pun mereka tidak kisah. Sedih juga sebab kalau mereka ni suka mengajar mesti banyak benda yang aku boleh dapat dari rotation disini.
Semalam, seperti biasalah aku bangun sudah seawal 4 pagi untuk belajar (tengoklah bangun pagi untuk belajar bukan main aku ni. Kan elok kalau aku bangun seawal pagi untuk dirikan solat sunat! sekarang aku sedang berusaha ubah perspektif diri bangun seawal pagi solat sunat dahulu dan baru mula belajar! Mohon doakan! [-_-"] ). Aku pun belajarlah dari pukul 4 pagi hingga 6, dan aku pun mendirikan solat subuh. Biasanya habis saja solat subuh aku akan baca yaasin setiap pagi tapi entah kenapa pagi ni, aku malas pula nak baca yaasin dulu dan aku fikir kemudianlah baca yaasin, aku nak breakfast dulu (buruknya perangai aku ni..). Dan aku pun breakfastlah dan habis saja breakfast, rasanya syaitan-syaitan duk bergayut-gayut kat mata aku, aku mula rasa mengantuk, lalu aku terlelap. HODOH sungguh perangai anak dara ni kan, dahlah tak baca yaasin lagi, makan pagi then tidur balik!
Aku terjaga semula pukul 830 pagi, maka kelam kabutlah aku bersiap-siap untuk ke hospital. Sedang aku bersiap-siap, aku teringat yang aku belum baca yaasin. Mungkin kerana sudah terbiasa membacanya setiap pagi, maka sekiranya aku tidak membacanya, hati aku akan terasa susah dan gelisah. Teringat aku akan hadis Nabi, "Sebaik-baik amalan ialah amalan yang sentiasa atau istiqomah dilakukan sekalipun sedikit." Maka inilah istiqamah aku, biarpun kecil namun berterusan. Maka sebaik aku melangkah keluar menuju ke hospital, aku mula membaca yaasin di sepanjang perjalananku ke hospital, dengan harapan aku bisa menghabiskan bacaanku sebaik sampai disana. Tapi aku memang selalu saja begini, alasanlah kat rumah tak sempat nak baca, aku akan baca sewaktu dalam perjalananku ke universiti atau dalam perjalananku ke city. Manusia hina seperti aku selalu begini, kalau menghadap benda-benda lagha depan laptop tu beberapa jam pun tak mengapa, tapi kalau nak beribadah, banyak benar alasannya. Bukan lama sangat pun nak menghabiskan surah yaasin tu, biasanya 10 minit sudah selesai. Tapi kita selalu begini, memiliki seribu satu alasan..
Maka terkumat kamitlah mulut aku dengan bacaan yaasin ku, seperti biasalah, orang-orang putih disekelilingku ni biasanya kepelikan melihat mulutku terkumat kamit membaca sesuatu bersama senaskhah al quran kesayanganku di tangan. Sampai saja di hospital, aku mengambil lif untuk ketingkat empat, untuk meletakkan semua barangku didalam locker di education research centre. Dan aku masih tekun menghabiskan surah yaasin tanpa mempedulikan orang sekeliling. Tanpa aku sedari, dalam lif itu, seorang senior house officer ku terpacak berdiri tegak memerhatikan tingkahku yang berdengung-dengun membaca ayat-ayat suci al quran. Dahlah aku tak greet dia dengan sebaiknya, sebaliknya aku sibuk menghabiskan ayat-ayat terakhir surah tersebut. Sampai ditingkat empat, beliau tersenyum memandangku dan aku tersipu-sipu malu kerana tidak mempedulikannya sejak tadi. Aaaahhh sudah! Mestilah dia akan kata aku sombong sebab kami akan jumpa semula dalam ward round nanti!
Namun sebaliknya pula yang berlaku. Dari sikapnya yang sangat tak mempedulikan aku sejak hari pertama aku di wexford ini, tiba-tiba SHO ku ini jadi extreme baik kepadaku! Tiba-tiba dia mengajar aku setiap benda yang kami jumpa pada hari tersebut, dia membukakan pintu untuk aku, dia asyik tersenyum-senyum melihat gelagatku sepanjang ward round. Dia bertanya, " Are u a muslim? " Aku jawablah, " Yes I am, Im from Malaysia". Dan dia masih sentiasa melemparkan senyum kepadaku sehinggalah kami tamat ward round. Aku ingatkan dia akan marah padaku kerana aku tidak hormat kepadanya dalam lif tadi, tapi sebaliknya pula yang berlaku. Dan semalam memang best sebab dia mengajar aku banyak perkara! Maybe the qoran touches his heart!
Aku ini bukanlah muslimah sejati. Banyak lagi kekhilafanku dan kelemahan ku yang membuatkan aku belum layak menjadi muslimah idaman para syuhada. Namun aku masih mencuba, kerana aku percaya semakin aku menghayati indahnya Islam, semakin aku jatuh cinta dan hanyut dalam kenikmatannya. Seperti yang pernah aku katakan dalam entry sebelum ini, a heart can be touched to be near to Islam just by looking at a good muslim! Even im not a good muslim yet, tetapi aku tahu aku sedang membawa nama Islam dengan perbuatanku dan amalanku. Lebih2 lagi bila aku dicampak keseorangan begini, maka aku telah dilantik menjadi duta kecil Islam dan bertanggungjawab to show how beautiful Islam is to the world!
Kita harus tahu yang sebenarnya orang bukan Islam tertanya-tanya, semangat apakah yang telah dimiliki oleh muslims sehinggakan dalam apa keadaan sekalipun kita solat biarpun di tepi-tepi jalan, kita sanggup berpuasa menahan lapar dahaga, kita sanggup menyembunyikan kecantikan dengan memakai hijab, kita sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk bersedekah. Mereka tertanya-tanya dari manakah datangnya kekuatan dan kepercayaan pada Allah yang tidak berbelah bahagi sedangkan kita tidak dapat melihat Tuhan kita, sampaikan mereka berkata, " What spirit has got into you?"
Kalaulah kita dapat berkongsi indahnya rasa keimanan ini, sungguh kita akan memberi mereka sedikit dari rasa indahnya taqwa itu. Namun hidayah itu milik Allah swt, tapi kita harus berusaha untuk memperlihatkan keindahan Islam itu. This is our responsibility. Remember, Islam is a deen, is a way of life!
Bersyukurlah dilahirkan sebagai Islam, maka jangan biarkan kita mati dalam keadaan kita meninggalkan Islam. Maka nikmat terbesar milik kita bukanlah harta jutaan ringgit, tapi keimanan. Ingat, tidak semestinya kita lahir sebagai Islam, kita akan mati sebagai Islam juga! Kdang-kadang kita tidak sedar, perkara-perkara kecil itulah yang memberikan impak pada orang lain. Sekiranya kita melakukan sesuatu yang buruk, maka kita sendiri sedang mencalari imej Islam di mata yang lain. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk memperbaiki diri dan mempertingkatkan lagi amalan agar kita dicalonkan untuk menjadi penghuni syurga di akhirat kelak insyaAllah! Semoga bermanfaat!

Sunday, February 12, 2012
bukti UTAMA dan PERTAMA (no excuses!)
Assalamualaikum wbt,
Fosterbrook neighbourhood. 11.55 pagi. (mode : otak tepu, mata dah kabur-kabur asyik menghadap buku medic!)
Nak bercakap tentang bukti UTAMA dan PERTAMA dalam percintaan kita dengan-NYA. Eh, betulkah kita tengah bercinta dengan-NYA? Kita kata kita cinta, kita sayang namun apa buktinya? (-_-)
Ni orang bercinta katalah, kalau sayang kena ada bukti. Kalau kasih, kena tunjuk melalui perbuatan. Tak bolehlah asyik nak kata, "di hati ini..hanya Tuhan yang tahu.."( macam yang in team nyanyi tu). Orang yang mabuk bercinta harus sanggup melalui apa saja untuk yang dicintainya! Benarkah?
Dalam entry ni, aku tak nak bincang lah pasal cinta dua insan macam Minah dan Dolah tu, cinta Kiah dan Samad! Letihlah, sebab kalau nak diikutkan, aku ni masih belum berkahwin, so tak pernahlah lagi aku merasai kemanisan cinta yang indah sangat macam orang-orang yang dan bersuami dan beristeri.(walau dalam hati masih ternanti-nanti saatnya tiba! =p ) Kalau cintan cintun di luar perkahwinan ni, dah banyak kali aku garap dalam entry-entry sebelum ni, memang tak ada kemanisan! Aku tahu, sebab aku pernah merasainya! (Bercinta dengan Allah lagi manis! SUNGGUH!!)
Actually dalam entry ni, aku nak bercakap tentang suatu topik yang sebenarnya sangatlah familiar pada kita. Terlalu familiar sampai kadang-kadang kita tak buat pun. Terlalu familiar sampai kadang-kadang kita selalu ambil mudah dan ambil ringan saja. Aku nak berbicara tentang bukti cinta kita pada Allah, yang paling UTAMA dan PERTAMA, yakni SOLAT.
Aku yakin, ramai antara kita yang tahu apa itu solat (walau masih ada yang tidak tahu). Tambah yakin juga aku, dengan pendidikan sekolah agama seawal prasekolah, kita telah dididik untuk bersolat sejak kecil. Kata-kata 'solat itu tiang agama', sudah tentunya sudah sebati dengan jiwa. Ramai juga semestinya tahu bagaimana untuk mendirikan solat. Namun persoalannya kini, masihkah kita menyempurnakan solat-solat itu tanpa meninggalkannya? Dan persoalan paling penting yang harus dijawab ialah, adakah roh solat itu hadir dirasa, dan adakah kita memahami mengapa kita harus mendirikan solat?
"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman (yaitu) orang-orang yang khusu’ dalam sembahyangnya" (Al Mu’minuun, 1-2)
Aku sedar, aku tidaklah layak membincangkan dengan begitu mendalam hikmah-hikmah dan zat rahsia roh solat. Ilmu ini tidak sebanyakpun setitis air di lautan luas. Terlalu sedikit sehingga kadang-kadang terasa betapa jahilnya aku dalam meneruskan kehidupan di bumi Allah ini, asyik saja aku buat salah dan dosa. Cuma rasa terpanggil untuk aku menulis mengapa solat itu harus aku tunaikan walau dalam apa keadaan sekalipun. Biarlah Allah Maha Pengasih yang menggerakkan jari jemari ini mengikut lantunan hidayahNya..
Aku begitu ralat apabila memerhatikan masih ada antara kita yang tidak mahu menunaikan solat, sedangkan masih mengaku kita menyintai Allah dan Islam. Tidak kurang juga yang lalai dan melengahkannya (termasuklah aku! [T_T] ). Kita berbangga mengucapkan syahadah, mengaku diri seorang muslim, namun rukun Islam yang kedua itu terabai, malah dilupakan! Kita kata, kita sayang Allah, kita mahu kesyurganya namun solat yang paling asas itupun sudah tunggang langgang!
Sungguh kita sebenarnya sudah hilang sifat malu kepada Allah. Sedarkah kita (terutamanya aku) sudah hilang sifat malu kepada Allah. Dalam kata-kata lainnya, kita memang tidak tahu malu langsung di hadapan Allah swt. Mengapa aku katakan begini? Kerana fitrah manusia, dalam keadaan bahagia dan senang, kita selalu lupa kepada Allah swt. Kita tidak solat. Kita tidak mengingati dan mensyukuri dengan menutur, 'segala pujian hanya bagi Allah'.Kita anggap semua nikmat itu atas usaha kita. Kita anggap kalau bukan atas titik peluh kita, kita tidak mungkin mengecap kekayaan dan darjat yang tinggi.Kita hidup mengikut cara kita. Kita lupa bahawa pada asalnya kita tidak punya apa-apa. Kita lupa we are actually nothing and zero without HIM!
Tapi apabila dilanda musibah, apabila gagal, apabila orang-orang yang dulunya mendampingi sudah pergi, duit pun sudah habis, kita merangkak-rangkak kembali pada Allah. Pada ketika itulah baru teringat di mana letaknya sejadah. Pada ketika itulah wajah kita asyik merenung arah kiblat. Sungguh manusia itu bersifat pelupa. Kita beria-ia berdoa siang dan malam, meminta itu dan ini, minta nak jadi doktorlah (aku lagi huuuu..[T_T].. ), minta nak jadi kayalah, minta nak suami solehlah (aku lagi..[T_T]..), minta semua kebaikan di dunia dan di akhirat. Namun, mengapakah kita gagal dalam menyempurnakan hak Allah yang satu itu? yakni hak Solat.
Mengapa aku katakan solat itu bukti cinta yang UTAMA dan PERTAMA? Mengapa aku kata solat itu utama? Kerana tahukah kita, ketika kita solat itu, ketika itulah kita berhubungan dan berhadapan Allah secara langsung. Orang selalu mempersoalkan, dimana Allah? Bagaimana kita hendak bertemu denganNya? Tanpa kita sedar, kita sebenarnya menemui Nya lima kali sehari. Malah kalau diamalkan solat -solat sunat seperti Duha, Rawatib, Tahajjud, Hajat dan Taubat, kita bertemu Allah berkali-kali dalam sehari. Malah dalam solat itu, kita berbicara dengan Allah, kita menuturkan cinta, mengungkapkan rindu kita terhadapNya, kita merintih, kita mengadu sayu, kita memujiNya dan kita menyatakan bahawa menanti pertemuan kita denganNya di akhirat sana. Ya, dalam solat yang kita dirikan tidak sampai 10 minit itu, kita telah begitu dekat denganNya! Dan bagaimana bisa kita mengakui kita seorang muslim, kita hambaNya sedangkan kita begitu bongkak dari bertemuNya dengan tidak mendirikan solat? And how do we expect dan mahu doa kita dimakbulkan, sedangkan kita begitu angkuh ingin sujud kepadaNya? Seriusly, who do we think we are?
Dan mengapa aku katakan solat itu bukti paling pertama. Kerana ketahuilah sahabat, di padang mahsyar kelak, perkara pertama yang akan dihisab dan dinilai oleh Tuhan ialah our SOLAT. Maka sekiranya baik solat kita, maka baiklah juga proses hisab kita dalam perjalanan menuju ke syurga kelak. Malah dipermudahkan kita menempuh perjalanan di mahsyar yang serba dasyat itu.Namun sekiranya solat itu terlalu susah untuk kita tunaikan di dunia, awal-awal lagi kita sudah dicampak ke neraka. Tiada keraguan. Sungguh, tiada keraguan. Jadi untuk sesiapa yang ingin bersama-sama golongan kuffar lemas dalam banjir peluh seluruh umat manusia ketika matahari sejengkal di atas kepala di mahsyar kelak, teruskan dengan keangkuhan anda, teruskan menjauhi tikar solat.
Kadangkala kita tertanya-tanya sendiri. Duit sudah banyak, isteri sudah empat, anak sudah berbelas-belas, rumah sudah 4 5 buah, kereta paling mahal pun suydah dimiliki, dunia sudah dijelajah. Namun mengapa jiwa resah gelisah, hati tidak tenang. Apa saja dibuat semua serba tak kena, bagaikan kekayaan dunia itu masih belum memuaskan diri. Namun mengapa sang fakir miskin itu hidup merempat namun mereka bahagia dengan sesuap nasi, mereka damai dalam membina keluarga. Dimanakah silapnya?
"Jikalau di pintu seseorang diantara kamu ada sebuah sungai dimana ia mandi lima kali, maka apakah akan tinggal lagi kotorannya (yang melekat pada tubuhnya) ? Bersabda Rasulullah saw : ‘Yang demikian itu serupa dengan shalat lima waktu yang (mana) Allah dengannya (shalat itu) dihapuskan semua kesalahan’."(HR. Abu Daud)
Maka, solat itulah punca ketenangannya. Disitulah sumber keindahan segala perasaan. Malah sekiranya kita lengah dari solat, kita mula tidak senang duduk. Apa dibuat semua serba tak kena. Tapi apabila tugas solat sudah ditunaikan, segala yang susah bagai dipermudahkan! Bagi orang-orang yang beriman, sekiranya mereka lepa dari solat, terasa perasaan bagai luluh kerana belum bertemu Tuhan, lalu segera bergegas sujud kepada pemilikNya itu! Jika aku sedang belajar, dan waktu solat sudah masuk, aku selalu dalam dilema, sikit lagilah baca, sikit lagilah baca, setengah jam lagi baru aku berhenti untuk solat. Namun bodohnya aku, aku lupa bahawa yang memberi ilmu itu Allah Yang Esa, yang melekatkan fakta itu juga Allah swt, jadi mana bisa aku melalaikan hakNya! Jadi hak Allah swt itu mesti diselesaikan dahulu, maka sekiranya hak Allah diutamakan, maka Allah akan mengutamakan kita. Jagalah Allah maka Allah akan menjagamu!!
Jelas, sekiranya kita inginkan kebersihan hati, kemurnian akhlak, ketenangan jiwa, maka dirikanlah solat. Malah solat itu sendiri perlu diindahkan lagi dengan kekhusyukkan (di mana aku sendiri belum mampu untuk menunaikan solat yang sempurna dengan kekhusyukkan, lemahnya aku ini Ya Tuhan).. If you are thinking about being nice to the world, to other people, start it with solat. Kerana solat adalah kunci pembersihan seseorang manusia. Jangan lah kita menyangka yang kita ini baik dan mulia sekiranya solat tidak dijaga. Kalau kita ingin menjadi manusia yang baik setelah kejahatan kita di masa silam, mulakan dengan solat.Kerana inilah kuncinya.
'Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. (al-Ankabut: 54)
Ingat, Allah tidak pernah menyusahkan kita. Ingat kisah isra dan miraj ketika perintah solat di berikan kepada Rasulullah saw. Ingat pada awalnya solat itu adalah 50 kali sehari, tetapi dengan usaha Rasulullah saw solat telah diringankan sebanyak hanya lima kali. Cuba bayangkan sekiranya kita perlu melakukan nya 50 kali sehari? Jadilah malulah pada Allah yang telah meringankannya sebanyak 10 kali ganda, namun kita masih gagal menunaikan hakNya.
p/s : Cabaran perantau seperti kami untuk mendirikan solat;
1) Di tengah-tengah kota Dublin, kami tidak mempunyai surau untuk solat. Ada sebuah surau, namun hanya dikhaskan untuk lelaki sahaja (sampai sekarang aku masih tak faham kenapa begitu). Jadi, sekiranya kami ingin bersiar-siar di city, kami akan mengambil wudhu sambil berniat khuf dirumah, dan mulalah menahan diri dari melepaskan 'angin' atau berhadas yang boleh membatalkan wudhu kami dari awal pagi sampailah kepetang. Seksa juga sebenarnya menahan 'semua' itu, kerana kami payah mengambil wudhu di tandas-tandas awam kerana tandas mat saleh tidak suka kebasahan. Sekiranya kami mengambil wudhu dan berbasah-basah sedikit, tentunya kami akan diherdik oleh mak cik cleaner disitu!
2) Kami biasanya akan solat dalam fitting room di supermarket. Kadang-kadang fitting room tu memang sempit, memang sempit maka berlanggar-langgarlah tubuh kami dengan dinding dan bangku yang ada dalam fitting room tersebut.Biasanya pintu Fitting room ada lubang dibawah, maksudnya tak tertutup penuh. Yang lawaknya, kalaulah kiblat kami menghala ke arah pintu, maka apabila kami sujud, akan ternampaklah kepala kami dari luar kan. So memang agak suspenlah bila kami sujud tu sebab takut-takut orang nampak dan mereka meragui gerak geri kami. Pernah satu ketika, ketika kami solat, seorang anak mat saleh ternampak kepala kami dan dia menjerit, " Mom, somebody collapsed inside!" (-_-")
3)Sekiranya kami bermusafir di tempat yang tiada langsung fitting room, kami biasanya solat saja di taman-taman berbumbung kan langit luas dan beralaskan bumi Allah. Sukar nak gambarkan betapa indahnya solat yang sebegini, begitu lain feelingnya. Tambah-tambah lagi bila mat saleh lalu dan melihat kami solat, sungguh terasa IZZAH (bangga) sangat! terasa sungguh izzah! Seolah-olah nak melaungkan betapa kami mengingati Tuhan kami tidak mengira tempat dan waktu. Sepanjang aku menjelajah bumi Eropah, aku solat ditepi jalan, di tepi kedai, diceruk lorong sampaikan teringat aku ketika di Spain aku hampir ditangkap polis kerana solat di stesyen bas!
4) Sekiranya kami menjalani rotation surgery yang memerlukan kami berada dihospital pukul 630 pagi, kami akan solat subuh didalam perjalanan dalam bas. Ya, kami tiada kemudahan yang sempurna untuk solat, tetapi itu bukan alasan. Kewajipan tetap kewajipan. Selagi masih mampu kami gerakkan tubuh kami, walau hanya dengan isyarat mata, solat itu harus tertegak. Malah waima jika kami terpaksa terlibat dalam pembedahan yang berjam-jam lamanya sehingga habis waktu, kami akan menjamakkan solat. Kami berlari-lari mencuri 5 minit untuk sujud ke hadratNya kerana mat saleh ini bukan kirapun yang kita umat Islam harus solat. Kerana dalam perihal solat, sungguh perlu ditunaikan. Ia tidak berat, kita punya banyak rukhsah yakni keringanan, Jadi tiada alasan mengapa kita gagal manunaikannya!
Sungguh, aku masih tidak faham bagaimana artis yang menghadiri anugerah-anugerah dimana memerlukan mereka memasang make up 5 6 jam sebelum nya, mereka tega meninggalkan solat kerana tidak mahu menggangu make up yang telah di touch up. Kita tidak perlu make up tebal-tebal untuk tampil jelita. Kita hanya perlukan kosmetik dari jernihnya air wudhu dan serinya wajah yang sentiasa sujud memohon redhaNya. Percayalah, wajah orang yang menunaikan solat sentiasa berseri-seri walau tanpa secalit bedak. Allah memelihara wajah yang tunduk sujud takut akan ngerinya seksa neraka!
Sahabat, mohon doakan aku dapat memperbaiki solatku yang masih banyak cacat celanya. Jemari ini menulis bukan untuk menyinggung sesiapa, lebih kepada untuk memberi peringatan kepada diri ini sendiri. Ayuh, perbaiki solat kita!
wallahualam

Subscribe to:
Posts (Atom)