... I am A restless brain ...

Friday, December 8, 2017

Menanti ZURIAT (EMPAT) : Allah berikan 'teman' untuk berjuang!

Assalamualaikum w.b.t.



****this entry is a continuation of series of thoughts. better to read it from the first entry so you can understand better =)


EMPAT : Allah berikan 'teman' untuk berjuang!



Allahuakbar, segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi.


Aku tamat pengajian. Aku sudah bergelar doktor perubatan.



Hidupku kini berada di puncak. Alhamdulillah.





Terngiang-ngiang potongan ayat dari Surah Ar Rahman. "Maka nikmat TuhanMu yang mana yang Engkau dustakan?"


Aku 'move on' to the next phase of life.


"JODOH."


Aku fikirkan, ya, pasti Allah akan mengujiku dari soal jodohku.



Aku tahu wanita seperti aku sukar mendapat jodoh.

Semasa aku kecil, ibu sendiri selalu kata, aku akan bertemu kesulitan bertemu JODOH yang 'serasi'.


Apabila ibu dan ayah beranggapan begitu, aku mula ragu akankah aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang bisa menjadi pendamping hidup.


Siapalah yang mahu gadis panas baran dan keras kepala sepertiku?


Nak kata cantik jelita itu tidaklah seberapa.

Lemah lembut sopan gemalai macam perempuan melayu terakhir pun tidak.




Makanya aku mempersiapkan diri. Sekali lagi.

Pasti di sinilah UJIAN yang Allah sediakan untukku.


UJIAN menjadi anak dara tua. UJIAN sepi tiada teman hidup.


Maka dengan 'confident'nya aku sudah membuat 'exit' plan : >> cecah sahaja umur tiga puluh, kalau tiada jodoh hadir buatku, aku akan teruskan hidup ini seperti orang lain, dengan redha.


Tanpa penyesalan. Tanpa pertanyaan, "mengapa aku, Tuhan?"


Aku wanita gagah. Aku tidak perlukan lelaki untuk men'definisi'kan erti kebahagiaan dalam hidup.


Malah aku merancang yang aku akan ambil dua orang anak angkat menemani aku hingga tua.
Seorang lelaki dan seorang perempuan. That will be my "solid" plan.


Berkali-kali aku ingatkan pada diri, Dunia ini sifatnya sementara, maka akhirat yang kekal abadi. Tiada jodoh di dunia, maka akan aku nantikan jodohku di akhirat nanti!





Namun sangkaan aku sekali lagi jauh meleset.


Manusia sifatnya suka merancang, namun Allah juga merancang. Dan perancangan Allah lah yang sebaik-baik rancangan.


Siapa sangka siapa menduga. Gadis comot keras kepala, kepala batu dan kayu seperti aku..
Menjumpai calon suami seawal usiaku lapan belas tahun!





Aku jumpa satu-satunya lelaki yang aku mahu kahwini seawal usia remajaku.


Pada mulanya aku ragu dan aku tidak percaya.


Lelaki itu, yang sebaik sahaja mengenaliku, terus menyatakan hasratnya untuk menikahiku. Walaupun pada ketika itu kami terlalu muda belia!


Lelaki itu ialah suami ku yang aku nikahi kini. Amir Afif Bin Suhaimi.




Setiap wanita pastinya mempunyai kriteria suami idaman. Ya. Aku tidak terkecuali.


Beragama. Rajin. Bertanggungjawab. Jujur. Dan yang paling penting dia penyabar dan suka mendengar. Iyalah, suami aku mestilah penyabar untuk 'cope' dengan perangai 'baran' aku ni. Kalau dapat yang kacak tu kira bonus lah kan.



Aku tak ligat pun mencari, macam yang aku dah terangkan pada entry aku sebelum ini, EGO aku ni tinggi melangit mengalahkan lelaki. Kirim salam lah aku nak terhegeh-hegeh mencari teman hidup.



Tidak dalam seribu tahun pun aku terfikir yang Amir akan menjadi suamiku. Tidak sama sekali.

Semasa di kolej persediaan dahulu, dia adalah kawan bergaduh. Ketika itu kami sekelas. Mula-mula kenal, nak pandang dia pun aku tak sudi.



Kalau dari luarannya, Amir serba serbi tak kena pada mataku. Sifatnya pendiam, tak banyak bergaul dengan orang. Macam dalam dunia sendiri saja. Orang kata, 'mysterious'.





Yang selalu menjadi tunjang pergaduhan seawal perkenalan kami dahulu ialah sifatnya yang kelihatannya seperti 'malas belajar'. Muka hari hari kena bebel dengan cikgu kelas, assignment tak berhantar, memang muka dialah yang kerap kena marah.


Cikgu sound, cikgu marah, dia buat muka tak bersalah. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.



Bukan dia tak pandai, kalau tak pandai tak kanlah dapat offer ijazah kedoktoran ke luar negara. Takkanlah dapat berderet SPM gred A1. Cuma masa tu aku rasa dia tengah ada masalah. 'Konflik Remaja' kot. Entah. Mulanya benda-benda tu yang buat aku menyampah dengan Amir, dengan malasnya, dengan sambil lewanya.


Orang sekeliling dah banyak kali ingatkan aku, yang kami tidak pernah akan serasi. Bezanya kami bagai langit dan bumi. Aku seorang gadis lincah, bercita-cita tinggi, rajin dan komited mengejar cita-cita.


Amir pula lelaki yang seakan "malas" dan selalu bersikap acuh tidak acuh. Hidup dalam dunia khayalan sendiri. Dia tidak ambil pusing pun apa orang cakap pasal dia. Pada aku ketika itu, segalanya tentang dia nampak serba tak kena.



Pernah satu ketika salah seorang cikgu kelas kami pernah berkata kepadanya;

"Awak ni memang tak ada masa depan!"


Amir hanya tunduk dan diam sahaja. Dan aku hanya melihat nya dari jauh. Entah kenapa pada ketika itu lah aku dapat rasakan satu perasaan yang berlainan tentangnya.


Mungkin itulah waktunya, aku menyedari Amir bakal menjadi seorang manusia yang teramat penting dalam hidupku.



Aku tahu Amir sedang "lemas". Seolah-olah hilang arah. Anda bayangkanlah exam date dah makin dekat, seketul assignment pun dia tak nak hantar. Nak mengulangkaji jauh sekali. Amir macam give up. Dia macam dah mengalah sebelum berjuang. Seolah-olah dia sedang marah pada sesuatu, dan perkara itu sedang memakan dirinya.



...That is the time when I stepped up dan ajak dia belajar bersama-sama menuju ke hari peperiksaan akhir kami. Ada satu 'urge' dalam diri aku untuk heret dia belajar dan berjaya bersama-sama aku. Walaupun perasaan aku pada dia ketika itu sangat samar-samar, tapi entahlah. Aku begitu terluka melihat dia begitu.



Jauh di sudut hati, aku tahu Amir seorang yang sangat pintar dan outstanding. He just needs the right friend, and the right supporter. He just needs a RIGHT PUSH. Masa inilah aku mula mengenali Amir dengan lebih dekat. Walau hati menafikan, suatu perasaan sayang bercambah. Makin aku tolak, makin ia terasa. Allahuakbar.




Perasaan dan kasih sayang ialah kerja Tuhan. Kalau Dia nak letak dalam hati, biarlah seribu keburukan pun terpamer, kebaikan dia juga yang kita nampak dengan jelas. Keindahan dia juga yang akan melekat kuat-kuat dalam hati.


Amir seorang lelaki yang lemah lembut dalam kata-katanya. Mengambil berat. Yang paling aku suka tentang Amir, ialah dia ialah seorang pendengar yang baik. Dia akan mendengar dengan mata yang penuh prihatin, hati yang berlapang dada tanpa prasangka. Itulah yang aku paling suka tentang Amir.


Amir berkali-kali menyatakan perasaan nya pada aku, namun aku tolak. His answer on every rejections is the same;

"Saya akan tunggu awak. Saya tak akan paksa awak, tapi saya tetap hanya mahu awak menjadi isteri saya."



Perseverance. Patience. Loving. === The best RECIPE to win a woman's heart!


Adoi. (-_-')



kami sewaktu zaman kolej pada jamuan hari raya sewaktu aku pulang bercuti raya di malaysia


Rencana Allah itu rahsia, lama-kelamaan perasaan benci dan menyampah menjadi perasaan kasih dan sayang.



Cut long story short, disebabkan kelekaan Amir masa belajar kat kolej dulu, walaupun dia dah pun dapat tawaran ke universiti yang sama dengan aku di Dublin, Allah tak izinkan dia 'terbang' bersama aku. Baru merancang nak kahwin ketika belajar seperti yang di canang-canang senior sebelum ni. haha. Hasrat terkubur. Amir masih berjaya meneruskan pengajian kedoktorannya di universiti dalam negara sahaja.



Walaupun Amir gagal 'terbang' bersama aku, aku masih percaya Amir boleh berjaya seperti orang lain. Allah letakkan keyakinan itu dalam jiwa aku kepada Amir supaya aku tidak putus asa terhadapnya, walaupun lima tahun kami akan terpisah jauh antara benua.





Kami bersangka baik terhadap takdir perpisahan kami. Ada bagusnya Allah menjarakkan kami. Supaya perhubungan kami lebih terjaga. Supaya kami berdua dapat lebih fokus kepada cita-cita kami untuk menjadi seorang doktor perubatan dan menamatkan pengajian tanpa sebarang masalah.






Namun sifat sedikit malas dan lewa Amir juga harus aku betulkan, jadi aku meletakkan syarat. "Saya tak minta awak jadi pelajar paling cemerlang, saya just nak awak lulus. Awak gagal graduasi, kita tak akan kahwin."


Maka kelam kabutlah lelaki ini belajar tunggang langgang untuk menggenggam segulung ijazah, juga untuk memperisterikan aku.



Alhamdullillah kami di akadkan sebaik 2 bulan selepas hari graduasi aku di dublin. Sepanjang lapan tahun perkenalan kami, lima tahun dengan jarak beribu batu, kami disatukan dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang. Itulah hari yang terbahagia buat aku dan Amir.







Kau tahu apa yang membuatkan wanita itu menjadi wanita yang terbahagia?


Apabila satu satunya lelaki bergelar suami itu matanya sentiasa memandang engkau dengan penuh perasaan CINTA.


Pada waktu dulu aku wanita yang tidak pandai bergaya, tidak jelita kurus dan langsing, pakaian tidak pernah up to date kepada fesyen semasa, muka naked tanpa makeup, lipstick dan mascara.


Tapi Amir tak pernah kritik aku comot, aku selekeh, baju tak cantik, pinggang tak ramping, muka pucat macam mayat. Tidak pula rajin memuji.


Dan dari pandangan matanya yang memandang aku seolah-olah membuatkan aku terfikir aku ialah wanita yang tercantik di dunia. Cara dia memandang aku selalu buat aku rasa macam aku ini miss universe!


Membuatkan aku yakin dan percaya dia bukan menyintai aku pada yang terzahir sahaja. Dia mencintai aku pada hati dan diri aku yang sebenarnya.





Bukan aku hendak menjaja baiknya atau amazing nya suami yang aku punya ini, tetapi nanti kalian akan faham mengapa aku nyatakan ini dalam entry-entry aku yang seterusnya. Kalian akan faham kerana ini adalah insan yang senantiasa kan ada dalam "pertarungan" yang bakal aku ceritakan nanti.



Berkahwin dengan lelaki yang memandang cacat cela kita sebagai kesempurnaan adalah satu lagi nikmat Allah yang amat aku syukuri. Segala puji bagi Allah yang sifatnya Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, aku dikurniakan nikmat paling tidak ternilai ini.


Jadi UJIAN ku bukanlah pada jodohku.



Dan semakin sesak di dada aku memikirkan. Jadi UJIAN yang dijanjikan buat ku ialah pada UJIAN ZURIAT. Ujian zuriat!


Dengan jangkaan yang tidak enak ini, sebelum kami memeterai dan melafazkan akad pernikahan, aku sudah menggelupur kebimbangan. Memang itulah sifatku, banyak sangat memikir benda yang masih kurang pasti. Tapi aku mahu Amir tahu tentang ini. Gilanya aku beberapa hari sebelum pernikahan kami, aku katakan pada Amir untuk mencari wanita lain kerana hati aku kuat merasakan perjalanan fasa seterusnya akan sukar. Sanggupkah dia bertahan dengan ku?





Namun Amir tidak pernah melepaskan tanganku.


Tahun demi Tahun berlalu.. Apa yang aku jangkakan semakin menjadi nyata.


Kasih nya Allah, sebelum dia menggegar dunia ku, menggoncang genta ' sabar' di dadaku, Dia memberikan aku 'teman paling setia' untuk menemani perjuangan ini. Yakni suamiku.


Hari meniti hari, bulan dan tahun silih berganti.


Zuriat buat kami tidak juga kunjung tiba...



Inilah dia!



BERSAMBUNG...

Monday, November 27, 2017

Menanti ZURIAT (TIGA) : UJIAN berupa NIKMAT!

Assalamualaikum w.b.t.


****this entry is a continuation of series of thoughts. better to read it from the first entry so you can understand better =)



TIGA : UJIAN berupa NIKMAT!


Yes, I know. THE TEST is coming.


But which one? When will it comes?


Im preparing myself now, Ya Tuhan.


Aku pernah mendengar hadith, besarnya ujian seseorang itu adalah tergantung kepada keimanannya.


Dari Mush’ab bin Sa’id -seorang tabi’in- dari ayahnya, ia berkata,


“Wahai Rasulullah, manusia manakah yang paling berat ujiannya?”


Baginda s.a.w menjawab,

“Para Nabi, kemudian yang semisalnya dan semisalnya lagi.
Seseorang akan diuji sesuai dengan kondisi agamanya.
Apabila agamanya begitu kuat (kukuh), maka semakin berat pula ujiannya.
Apabila agamanya lemah, maka ia akan diuji sesuai dengan kualiti agamanya.
Seorang hamba senantiasa akan mendapatkan cubaan sehingga dia berjalan di muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”


Allahuakbar.




O Allah, I am not tough.




***************************************************************


Zaman kanak-kanak zaman persekolahan, walau ada ranjau dan duri, aku tempuh dengan jayanya.


Nothing was too tough for me.


Aku pula gadis yang penuh semangat dan keazaman. Komited mencapai impian yang telah aku tanamkan sejak mula mengenal dunia.


Tambahan pula aku dikurniakan keluarga yang penyayang yang sentiasa menyokong aku dari belakang.
Ibu dan ayah yang mencinta.
Bukanlah aku dari keluarga yang kaya raya, namun aku cukup segala-gala. Alhamdulillah.




Maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kamu dustakan??



Belajar separuh nyawa, menjadikan aku salah seorang insan terpilih yang berjaya melanjutkan pelajaran di tanah impian semua bakal-bakal doktor. Yakni bumi Dublin, Ireland.





Pertama-tamanya aku terfikir.

...Mungkin Allah akan menguji aku pada study ku?


Mungkin 'fail' satu atau dua semester?

Masalah dengan guru yang racist mungkin?


Atau ujian terpengaruh dengan rakan-rakan yang melencongkan aku dari agamaMu?

Duduk di negara barat, you can do whatever you want. Nobody cares.


Lelaki keluar masuk rumah mahupun bilik kau pun, tak ada pencegah maksiat nak tangkap.


Nak pergi kelab, nak minum arak? Buatlah sesuka hati.


Kalau tidak kental keimanan dan jati diri, memang hanyutlah jawabnya.


Maka aku mempersiapkan diri.



Namun sangkaan aku meleset.


My study was a smooth sailing for me!






Malah aku diberi kelapangan dada, keluasan hati untuk menerima dan menceduk segala bentuk ilmu yang tersedia di sana.


Lidah belacan yang dulunya cakap english tergagap-gagap, lancar mudah menutur bahasa mereka.



Aku tidaklah sehebat mana berbahasa Ingeris seperti teman-teman seperjuangan, tapi alhamdulillah syukur kepada Allah aku mampu mendapat A+ pada ujian essay yang di geruni oleh pelajar pelajar Asia sepertiku!



Alhamdulillah juga, gadis biasa seperti aku, tidak pernah terfikir akan berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik MARA untuk dua dari lima tahun pengajian ketika di Dublin.



Aku tidaklah sehebat rakan-rakan seperjuangan yang lebih berjaya, namun Allah telah membuka mata aku bahawa tiada apa yang terlalu berat untuk di tempuh, asalkan kita percaya, usaha, yakin dengan rahmatNya.


aku ketika mengambil anugerah pelajar cemerlang MARA


Bukanlah aku bercerita untuk membangga diri atas apa jua. Aku tuliskan telus setiap nikmat dan rahmat yang Allah telah beri pada aku kerana setiap rahmat inilah yang akan aku simpan sebagai 'PERINGATAN', untuk menempuh ujian yang lebih besar nanti.


Maka nikmat TuhanMu yang mana yang engkau dustakan?



Malah..


Allah juga tidak menguji pada rapuhnya keimanan.


Aku tidak 'SESAT' langsung sepanjang lima tahun aku disana. Aku tidak hilang.


Malah aku dibawa mendekati Nya.


Tidak sesekali aku jatuh cinta terhadap kebebasan yang tiada sekatan. Makin aku dibebaskan, makin aku rapat semula dengan Dia!


Sesungguhnya betapa Allah menjaga!


Disana aku duduk serumah dengan teman-teman seperjuangan yang sentiasa mengingatkan aku padaMu Ya Allah.


Aku teringat pada suatu hadith Rasulullah s.a.w.



“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”
--(Hadis riwayat Abu Daud)


Maka aku berusaha mencari pendamping yang baik-baik di sana.


Alhamdulillah ditemukan aku dengan rakan-rakan rumahku yang amat aku sayangi pada tahun kedua pengajian. Allahuakbar aku telah dikurniakan sahabat dan teman yang baik di sepanjang perjuangan.


Kami bertujuh tinggal di rumah yang kami namakan "Sab'ah Jamilah". Tujuh yang cantik.




Bukan kami mahu cantik hanya pada rupa, tapi dicantikkan pada iman nya.


Berjemaah dan membaca mathurat di setiap Subuh dan Maghrib.


Berjemaah di mana dan dalam apa jua keadaan.




Ber'bulatan' gembira di setiap sudahnya berjemaah, usrah dan tarbiyah yang tidak pernah henti.


Di sana, aku terasa nikmatnya setiap ibadah dan solat. Terasa terisi di setiap pertemuan usrah.


Rohani yang selalunya haus terasa terisi dan begitu melegakan.


Bagai musafir yang haus di sua kan minuman.


Dan akulah musafir dahaga itu yang sedang berjalan di bumi Tuhan!







Perjalanan mengenali zat dan kebesaranNya merupakan nikmat yang terbesar sepanjang 5 tahun aku bermastautin di bumi Ireland. Suatu nikmat yang tiada tolok tandingnya.


Allahukabar!


Maka nikmat TuhanMu yang mana yang mahu Engkau dustakan?



Malah..


Dalam perjuangan menuntut ilmu dan mendekati Tuhan itu, aku diberi kesempatan kesihatan dan kekuatan untuk berjalan mengelilingi dunia!


United Kingdom, Sepanyol, Italy, Austria, Switzerland, Germany, Perancis, bumi Mesir, Czech Republik, Venice, Australia, Jepun semua telah aku jajah.


Keinginan untuk menunaikan umrah telah kutitipkan juga, namun belum juga tercapai juga. Tak apalah, aku pasang angan-angan untuk ke sana bersama suamiku nanti.









Dan aku tamat pengajian dengan jayanya.


Alhamdulillah!





Dan aku berjaya mencapai impianku membuat kedua orang tuaku bangga!




Maka nikmat TuhanMu yang mana yang aku dustakan?!


Alhamdulillah atas limpah kurnia dan kasih sayangNya.


Namun... Semakin banyak nikmat yang diberikan, semakin aku rasa gentar.




Adakah Allah sebenarnya sedang menyediakan aku dengan ujian yang lebih besar??


Dapatkah aku membeli syurga yang dijanjikan dengan this easy peasy life?





Terdetik satu kesedaran bahawa kenikmatan itu juga adalah satu UJIAN! Allah menguji dengan nikmat kekayaan kesejahteraan dan kesenangan untuk melihat adakah kita lupa kepadaNya dan terus hanyut mencintai dunia.


Allah berfirman dalam surah Al anfal ayat 28;

""Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.""


Namun. Aku tahu sesuatu yang besar bakal mendatangiku! Dan aku harus kuat.


Ujian itu masih tertangguh!


Mungkinkah pada jodoh?!!!



BERSAMBUNG..




Tuesday, November 21, 2017

Menanti ZURIAT (DUA) : hidup yang EXTRAORDINARY!

Assalamualaikum w.b.t.



****this entry is a continuation of series of thoughts. better to read it from the first entry so you can understand better =)


DUA : hidup yang EXTRAORDINARY!


Aku harus bercerita tentang di mana peganganku dan sedalam mana aku memahami tentang UJIAN ALLAH.


Kerana inilah kefahaman yang membuatkan aku tabah dan lebih memahami tentang erti SABAR.


Tanpa tunjang kefahaman, hati manusia tidak mungkin mampu memahami rahsia ketentuan yang telah Allah aturkan untuk setiap dari kita.


Kefahaman ini akan membunuh persoalan,

"Why me, Allah?"
"Why it should be me, Ya Allah?"




Semasa aku remaja, aku selalu berdoa kepada Allah agar memberikan aku perjalanan hidup yang EXTRAORDINARY.


Aku kononnya tak mahu hidup dengan timeline biasa; lahir >> graduasi >> kahwin >> ada anak >> ada cucu >> ada cicit >> meninggal dunia.


Aku mahu menjadi SOMEBODY. Seseorang yang dapat menjadi inspirasi. Melakukan sesuatu untuk agama dan ummah keseluruhannya.



Aku ingin menjadi BERGUNA, walau kepada hanya seorang manusia yang lain.


Cita-cita aku yang paling besar sekali ialah aku sangat bercita-cita pada suatu hari nanti aku ingin membuka sebuah pusat pendidikan.


Bukan seperti sekolah biasa- biasa, tapi sebuah institusi yang dapat memberikan pendidikan dan ilmu kepada insan yang mencarinya. Dimana disini ilmu dapat ditimba secara percuma.


Untuk menjadi extraordinary dan mencapai cita cita ini, aku perlu jadi kaya!


Dan untuk jadi kaya, masih panjang perjalanannya!




Dan aku sedar untuk menjadi orang yang hebat bukannya mudah.


Ranjau perjalanan hidup yang aku telah lalui, walaupun kadangkala payah..

Masih belum cukup menguji iman dan takwa yang selama ini aku bangga banggakan.


Dari kecil aku seolah-olah memiliki segala-galanya.


Rupa paras, kebijaksanaan, keluarga yang mencinta. Aku belum pernah hidup susah dan daif.


Bagaimana untuk menjadi EXTRAORDINARY sekiranya keimanan belum di uji?


Sedangkan Rasulullah kecintaan umat manusia juga diuji dengan ujian yang maha dasyat.


Bilal Bin Rabah, di hempap batu besar di padang pasir di saat melaungkan kalimah AHAD.


Siti Khadijah isteri Rasulullah, dari kaya raya menjadi miskin harta dunia lantaran membelanjakan seluruh harta benda bahkan sanggup memberikan tulang belulangnya demi menaikkan Islam di muka bumi.


Sumayyah di rejam dengan tombak demi keimanan.


Umat manusia di Syria dan Palestin bergadai nyawa setiap hari untuk bergelar syuhada.


Umat Islam Rohingya di seksa dan dibunuh dalam usaha mempertahankan akidah.




Dan aku fikir untuk menjadi HEBAT adalah semudah itu?

Dan kita lupa bahawa syurga itu MAHAL.



Dan tanda-tanda Allah menyayangi seseorang hambaNya, mereka akan diuji, dilatih, menuju negeri akhirat yang pasti.







Ya kita tahu dan sedar.


Bahawa SYURGA Allah itu mahal.


Dan menjejaki syurga bukan percuma.



Surah Al-Ankabut ayat 2-3

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:
"Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."



Aku sebenarnya,
............. belum benar-benar diuji lagi.






Untuk menjadi manusia hebat.


Maka mereka tahu ujian itu pasti akan datang!



Allah!

Ujian yang dijanjikan sudah datang.
Ujian aku pedih sekali, menggoncang segenap iman dan kesabaran.



Kuatkan aku!



BERSAMBUNG...

Tuesday, November 14, 2017

Menanti ZURIAT (SATU) ; TOSSING OUT MY EGO... and THIS IS MY STORY..

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warhamatullahiwabarakatuh.


Menanti ZURIAT (SATU) ; TOSSING OUT MY EGO... and THIS IS MY STORY..


Sudah lama aku tulis nukilan hati ini, namun jariku rasa berat sekali untuk menekan butang 'post'.


Kalaulah dapat aku buangkan jauh jauh segala yang ingin aku pendamkan dalam dalam. Namun.. biarlah setiap bait ayatku menjadi inspirasi untuk wanita-wanita yang merasai apa yang aku rasa ini.


Aku menempuh setiap hari dengan kekuatan dan ketabahan yang berganti ganti. Berdoa setiap hari Allah akan memberikan kekebalan hati yang tidak berbelah bahagi.


And THIS IS MY STORY.






Berat sangat rasanya aku untuk tulis coretan dengan tajuk yang sebegini.

Dan aku rasa ralat.

Kerana...

Selagi aku hidup, tidak akan sekalipun aku akan buka pekung di dada ini. Tidak akan sekalipun akan aku suarakan pada dunia jerih, pedih, kekecewaan, kelemahan, kekalahan dalam hidup yang aku tempuh.


Walau jiwa aku ranap di dalam, aku tidak membenarkan sesiapapun melihat diri aku yang kalah.


Luka dan airmata, aku simpan diam-diam. Aku tidak seharuslah kelihatan goyah di mata dunia.


Aku percaya bahawa segala yang berlaku di dunia hanyalah bersifat sementara. Apalah yang hendak di tangiskan? Apalah yang hendak di keluh kesahkan? Sesungguhnya, akhirat juga yang kekal abadi.


Itulah peganganku.


"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)



Maka,

Jika aku menangis, aku menangis tanpa suara. Jika aku kecewa, jeritan aku tidak akan kau dengar. Kau hanya akan lihat aku yang ketawa, aku yang tersenyum, aku yang berjenaka. Tak akan aku biar sesiapa melihat aku dalam keadaan aku yang paling rapuh. Paling lusuh. Paling terpuruk.


Aku wanita tapi ego aku mengalahkan sang lelaki. Terlihat lemah bagiku bererti kalah.


Janjiku pada diri. La Tahzan. Jangan bersedih. Sesungguhnya dunia ini bersifat sementara.





Namun pada hari ini aku mencampak jauh keegoan diri apabila aku membuat keputusan untuk menulis coretan ini. Bercerita tentang hal peribadiku yang paling sulit dan bererti aku bersedia untuk mempertontonkan pada dunia sisi diri aku yang lemah.


Bahawa, aku bersedia memperlihatkan pada dunia kecacatan diri yang cuba aku lindungi. Aku akan merobohkan perisai kegagahan hati yang sedaya upaya aku pamerkan untuk menutup setiap tangisan dan air mata.



Saat kalian membaca entry ini, pada ketika ini pastinya aku dan suami sudah nekad untuk membuat satu keputusan yang terbesar dalam hidup kami. Kerana aku telah berjanji bila tiba waktunya, akan aku kongsikan pengalamanku menjadi wanita tanpa zuriat untuk sekian lama. Tiba waktunya untuk aku membantu wanita wanita lain juga melaluinya.



Akan aku ceritakan perjalanan aku untuk TTC (trying to conceive)..

Saat aku menjalani rawatan dan rintangan yang menghalanginya..

Saat aku jatuh sakit dan melalui fasa depression..

Dan menangani orang orang sekeliling yang tidak memahami..

Dan momen momen Allah menunjukkan kepada aku insan insan yang setia disisiku menempuh perjalanan TTC yang getir ini.

Dan yang paling penting.. akan aku ceritakan segala ibrah yang telah Allah tunjukkan kepada aku..


Dalam suatu perjalanan mencari Tuhan..

Menguji keimanan dan kesabaran..


And this is my story..


...BERSAMBUNG...



Wednesday, April 26, 2017

..TIGA MITOS JURURAWAT MALAYSIA..

Assalamualaikum.



Entry yang aku tulis ini khas untuk para jururawat tercinta yang baru mula, sedang dan sudah tamat berkhidmat. Sudah lama sebenarnya saya ingin menulis tentang ini, tetapi asyik tertangguh tangguh. Maklumlah, sejak akhir-akhir ini saya sangat sibuk dengan kerja-kerja di klinik.



Jujur secara peribadi, saya merasakan kerjaya jururawat adalah satu kerjaya yang paling saya hormati dan kagumi. Kalau anda tanya pada saya sendiri mahukah aku menjadi seorang jururawat, aku akan jawab,;

“Mahu, tapi aku tidak mampu!”


Ya, bukan semua manusia mampu menjadi seorang jururawat. Aku sendiri tidak mampu. Kerjaya jururawat bagi adalah satu tugas yang paling payah dan mencabar. Nampak sahaja mudah. Namun percayalah, ia amat susah untuk dilakukan. Menjadi seorang jururawat memerlukan kesabaran dan sifat ihsan yang tinggi Yang amat tinggi.


Kepada yang suka mencaci dan menghina tugas seorang jururawat, tolong fikir semula selepas kiranya anda membaca coretan saya ini. Perspektif saya sebagai seorang doktor terhadap jururawat sepanjang tiga tahun setengah saya bertugas sebagai pegawai perubatan di Malaysia. Walaupun baru setahun jagung kiranya khidmat saya di dalam kementerian kesihatan, tetapi banyak yang saya telah lihat dan lalui yang membuatkan saya bertambah hormat dan sayang kepada jururawat-jururawat yang pernah berkhidmat bersama saya.


Mereka sangat awesome!


Pada zaman media sosial tanpa batasan dewasa ini, saya dapati banyak pihak tanpa segan silu dan tanpa rasa malu menghina dan mencaci staff-staff kesihatan, tidak kiralah sama ada staff yang bekerja di hospital atau pun di klinik klinik kesihatan. Ada yang tanpa menyelidik terlebih dahulu menghentam dan menabrak para petugas kesihatan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah.


Saya tahu sebagai manusia biasa, ada cacat cela nya di sana sini di dalam perkhidmatan yang diberi. Tapi bukanlah itu satu alasan untuk memukul rata dan menjatuhkan profesion kami sebagai para petugas kesihatan. Sebelum anda mengeluarkan sebarang ketidak puas hati an tentang cara kami bekerja, benarkah anda telah memeriksa dan menyelidik terlebih dahulu? Atau anda terus menghukum hanya kerana apa yang anda lihat atau rasa sahaja?



Terus terang saya katakan, menjadi staff kesihatan yang bekerja menyelamatkan nyawa manusia, berada disisi anda ketika anda sedang terlalu uzur dan cedera, menjadi pendamping anda ketika anda sudah hilang segala upaya dan hanya mampu terlantar, dan kami jugalah yang berada di samping anda ketika menghadapi kematian. Percayalah, bukan suatu tugas yang mudah. Kerjaya kami bukanlah kerjaya yang banyak gurauan dan canda, kerana ramai yang mempersoalkan wajah kami yang kadangkala masam dan muram. Yang kadangkala berkerut kerana stress dan kepenatan. Tidak dapat kami memenuhi hasrat anda untuk tersenyum 24 jam, percayalah, adakalanya kami memang tidak mampu.



Dalam entry ini, saya ingin memberi highlight kepada kerjaya para jururawat yang sering dipandang sepi oleh masyarakat. Tahukah anda tanpa jururawat, tidak akan terwujud hospital dan tidak akan ada sistem kesihatan yang kukuh. Para doktor sendiri tidak dapat memberi khidmat yang terbaik tanpa adanya para jururawat.


INI TIGA MITOS POPULAR JURURAWAT DI MALAYSIA.



MITOS PERTAMA : Mitos jururawat ialah orang suruhan anda di hospital.


Mereka bukan orang suruhan sesiapa pun di hospital. Bukan orang suruhan doktor, doktor pakar, matron, sister, dan bukan orang suruhan pesakit!


Okay. Saya akan mulakan point saya ini dengan memberi situasi kepada anda.

Saya hendak tanyalah kepada anda yang membaca. Sekiranya pada suatu hari, seorang saudara anda yang sudah lanjut usia meminta pertolongan dan perlindungan di rumah anda. Dan anda memberikan mereka perlindungan. Tetapi, anda dapati, saudara anda ini mempunyai masalah ‘incontinence’, yakni mereka tidak dapat mengawal pundi kencing dan sistem pencernaan mereka. Mereka asyik terkencing membasahkan katil dan terberak di dalam seluar. Even anda telah beri mereka pampers, tapi masih akan terbocor hingga ke tilam. Setiap hari pun begitu. Sehari dua ke tiga kali perkara ini berlaku.

Soalan saya.

Sanggupkah anda menghadapi situasi ini setiap hari. Dia bukan ayah dan ibu anda, malah bukanlah seorang ahli keluarga yang akrab dengan anda. Sanggupkah anda mencuci dan membersihkan najis mereka setiap hari dengan sabar?


Tidak. Jangan katakan saudara, saya percaya kalau itu ibu dan bapa anda pun, ada antara kita yang tidak sanggup.



Ramai orang memandang rendah kedudukan dan status seorang jururawat. Ada di antara mereka menganggap jururawat ini seolah-olah orang suruhan untuk menguruskan saudara mereka yang sakit.


Sebenarnya anda semua tahu atau tidak tugas hakiki seorang jururawat?


Ini pengalaman saya bertugas di Hospital Melaka selama dua tahun. Hospital adalah tempat orang-orang sakit. Boleh saya katakan juga hospital menjadi tempat berakhirnya hidup kebanyakan dari mereka. Pesakit sangat tua, atau sangat uzur atau pun sudah kritikal. Perkara perkara asas pun seperti kencing dan berak pun mereka sudah tidak mampu lagi.


Semasa saya bergelar seorang houseman yang mentah dan terkial-kial dahulu, selalu saya perhatikan gelagat para pelawat yang datang menziarah.



‘Misi, ayah saya kencing! Tolong tukarkan pampers!’
‘Akak nurse, ibu saya terberak dalam seluar. Nanti tolong cuci ya!’
‘Akak misi, mak saya tu dah nak terkecing nak ke toilet, tolong lah papahkan ke toilet.’
‘Misi, ayah saya nak makan. Nanti jangan lupa suapkan makanan Dia tu tangan dah mengigil tak boleh suapkan sendiri.’


Ada yang baru sahaja melangkah masuk ke wad, tanpa salam tanpa senyuman;

'Misi kenapa pampers ayah saya ni tak tukar lagi? Takkan tak perasan dia dah berak sejak tadi?'


Seriously people??




Ada waris anak cucu yang menziarah di sebelah katil. Tapi sedang sibuk bermain handphone di tangan. Ambil gambar selfie. Post di facebook;


‘Uuuuu ayahku sedang sakit. Anak-anaklah yang patutnya berkorban menjaga ayah bila mereka tua. Sayang ayah till jannah!’


Syahdu sangatlah. Padahal topeng oksigen ayah anda dah senget pun anda tak sudi nak betulkan. Ayah yang stroke itu air liurnya meleleh dibiarkan. Basah kuyup kolar leher sang ayah tadi.



Tidak cukup dengan post facebook tersebut, ada pelawat yang curi-curi mengambil gambar para jururawat yang sedang melakukan passover pada waktu pertukaran shift, selalunya pada pukul 1.50 petang. Pada pandangannya, jururawat-jururawat itu sedang berkumpul dan bersembang bersuka ria. Di post nya gambar jururawat tadi dengan caption.



‘Lihatlah para penjawat awam yang makan gaji buta. Masuk kerja duduk berkumpul bersembang beramai-ramai siap bergelak ketawa. Kebajikan para pesakit di abaikan. Only in Malaysia.’





Tahukah anda apa itu passover? Tulah, lain kali kalau tak tahu, TANYA. Bukan semberono sahaja menuduh tanpa usul periksa.


Passover ialah rutin setiap shift yang dilakukan oleh semua jururawat di dalam dunia ini setiap kali shift mereka bermula dan berakhir. Setiap pesakit keperluan, ubat, tahap severity penyakit mereka adalah berbeza setiap hari, dan semua ini perlu di passover kan dengan teliti oleh shift sebelum kepada shift yang selepasnya. Bukan mereka sengaja berkumpul tidak tentu hala.



Sebab itu jangan datang di tempat orang, tahu hendak menjadi salah sahaja! Budaya fitnah tanpa usul periksa begini seolah sudah menjadi norma masyarakat. Menyedihkan.



Seusai waktu melawat tamat, beredarlah para pelawat tadi. Maka datanglah jururawat yang bersifat ihsan dan kasihan membersihkan mulut pak cik tadi yang berlumur air liur. Satu jam waktu melawat disisi ayah anda, tetapi bubur di meja tidak di beri. Sibuk dengan handphone dan bersembang dengan para pelawat lain. Inilah kerenah anak-anak zaman sekarang.



Maka datanglah jururawat yang penuh rasa ihsan dan belas kasihan itu, menyuap bubur ke mulut pesakit yang sudah tua dan uzur itu. Gelojoh lah pak cik tadi mengunyah dan menelan bubur yang sudah sejuk itu. Kelaparan. Ingatkan anak anak datang melawat untuk memberi ayah makan, tetapi sangkaannya meleset. Nasib baik lah ada jururawat yang di fitnah tadi.


Kerja mereka sebenarnya ada banyak lagi, mahu buat report pesakit, mahu bagi ubat, mahu indent ubat, mahu bancuh ubat, belum lagi mahu membuat arahan arahan special dari doktor yang bertugas. Tetapi dia berasa kasihan kepada pesakit yang uzur tadi. Maka dia meluangkan lima belas minit berharga mereka untuk memberi pesakit itu makan.



“Nak, pak cik minta maaf tapi pak cik terberak dalam pampers ni. Tak sempat nak bangun nak, dah tercirit. Tadi dah beritahu anak yang datang tadi, tapi dia suruh saya tunggu misi buatkan. Minta maaf pak cik susahkan anak.” Sayu luah pesakit itu sambil muka yang merah menahan malu.



“Takpe pak cik. Nanti saya tukar pampers pak cik.” Seusai habis menyuap makanan, si jururawat tadi terus berlari mendapatkan pampers dan baju baru, menarik tirai dan membersihkan najis pesakit yang bukan darah dagingnya itu.



Kalau diikutkan kesibukan wad pada hari itu, boleh sahaja dia bertangguh membersihkan najis pesakit tadi. Lagipun pesakit di dalam wad ini bukan seorang dua, tetapi boleh mencecah 40 orang. Setiap shift jururawat mungkin ada lima ke enam orang sahaja. Tapi atas kerana rasa ihsan dan belas kasihan sesama manusia, di tukarkan pesakit itu pampers dan pakaian baru. Kalau dibiarkan lama pak cik itu akan merasa tidak selesa. Punggungnya akan mula melecet. Berlinanganlah air mata pak cik tua tadi menahan malu apabila pampers terpaksa ditukar oleh orang yang bukan darah dagingnya.



Saya nak tanya pada Tuan dan Puan yang bukan main mengecam kami di wad dengan pelbagai kecaman dan tohmahan. Anda ingat sembarangan orangkah yang sanggup mencuci najis orang lain? Memimpin orang tua anda ke tandas penuh sabar. Menjadi pendengar setia pesakit yang sedang dalam kesakitan? Menjaga melayan para pesakit dengan penuh lembut, penuh sabar. Menjaga orang yang sakit bukannya mudah ye tuan tuan dan puan puan sekalian. Mampukah anda?







Dan helo Tuan dan Puan yang saya hormati!



Anda kena tahu yang tugas mencuci berak dan kencing orang tua anda bukanlah tugas hakiki para jururawat di wad. Menyuap makanan ke mulut orang tua anda yang sedang sakit bukanlah tugas kami sebenarnya tapi tugas anda! Itu adalah tugas anda sebagai anak-anak. Itu ialah ibu dan bapa anda. Orang yang mencuci najis anda semasa anda kecil. Orang yang membesarkan anda.



Saya dah lihat ramai manusia yang bila tiba waktu-waktu perayaan, di hantarnya orang tua mereka yang sudah ke hospital. Bila sudah di discharges, seorang anak pun tidak datang mengambil. Maka terkebil-kebillah orang tua mereka menanti salah seorang anaknya yang sepuluh orang itu mengeluarkan mereka dari wad. Mereka anggap hospital ini seperti rumah kebajikan. Sudahlah dibiar orang tua mereka begitu, jururawat pula dikecam seolah merekalah orang yang menganiaya ibu bapa mereka. Really??




MITOS KEDUA : Mitos jururawat Labour room garang macam singa.




Yang ini saya nak sentuh pasal para jururawat di Labour Room. Ramai orang kata jururawat labour room ni garang-garang macam singa. Ada yang kata mereka kasar lah, kurang ajarlah. Tak reti cakap lemah lembut lah. Ramai orang cakap jururawat tak ada hati perut, orang tengah sakit nak bersalin dia siap sindir-sindir, marah-marah. Tak ada belas kasihan. Betul ke?


Betul ke?


Masa saya bertugas di labour room hospital melaka dulu saya akui, jururawat dan misi di labour room semua memang orang yang otai-otai. Besar-besar badannya. Tua dan senior kebanyakannya. Tapi actually antara jururawat yang paling saya kagumi sekali ialah jururawat di labour room. Sebab mereka ni memang terer lah dalam bidang memberanakkan orang ni. Kebanyakan mereka adalah bidan bidan terlatih, tangan mereka ialah tangan rahmat yang menyambut sudah ratusan malah ribuan khalifah kecil yang lahir ke dunia. Tangan -tangan mereka adalah tangan tangan suci yang terpilih untuk menyentuh bayi anda buat kali pertamanya sebelum anda menyentuh anak anda sendiri.



Tuan tuan dan puan puan.


Tugas di labour room bukan tugas yang mudah. Labour room adalah sebuah tempat yang seperti roller coaster. Sekejap keadaannya aman dan tenteram . sekejap lagi boleh tunggang terbalik macam kapal karam. We are working under stress. Adalah perlu anda faham bahawa labour room hospital kerajaan sentiasa sibuk dengan pesakit yang bertali arus. Sebaik seorang ibu yang sudah hendak melahirkan masuk ke ruang labour room, maka bermulalah debaran dan tekanannya. Yang pastinya, hasrat dan impian setiap staff yang bekerja didalam labour room itu ialah, setiap ibu yang masuk, akan keluar berdua bersama anak mereka yang selamat dilahirkan.



Adalah anda perlu faham, terutamanya untuk sesiapa yang pernah melahirkan anak, proses kelahiran adalah proses yang menyakitkan, dan memerlukan semangat kuat dan kental, baik dari pihak sang ibu dan ayah, dan juga kerjasama mereka dengan staff yang terlibat. Di dalam kesakitan ibu yang sedang teramat sakit melahirkan, ada yang menjerit sekuat hati mereka, ada yang menangis, ada yang bagus berselawat dan berdoa supaya proses kelahiran berjalan lancar, ada juga ya yang mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Boleh saya katakan pesakit berada dalam keadaan yang sangat vulnerable ketika mereka hendak melahirkan. Keluarlah segala kerenah, segala perangai, segala ragam, segala attitude.




Teringat satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan ketika saya bertugas di Labour Room Hospital Melaka. Pernah pada suatu ketika, seorang ibu muda masuk ke labour room di saat bukaan os nya sudah 5 cm. Sebaik naik ke atas katil beliau berkata;


"Saya hanya mahu medical officer atau pakar sahaja yang menyambut anak saya. Saya tak mahu doktor pelatih atau jururawat. Saya hanya percayakan pakar dan pegawai sahaja." Sambil matanya memandang kami dan jururawat di sekeliling katil beliau.



Bongkak sungguh statement Puan yang seorang ini. Sudahlah anda hendak melahirkan, anda menyinggung pula perasaan orang mahu membantu anda. Saya buka fail pesakit. Besar sangatkah pangkat akak ni, sampaikan bongkak sangat lagaknya.


Pekerjaan : Seorang guru. Tidak semua guru bersikap begini, ada segelintir cuma. Ibu saya juga seorang guru, saya tahu seorang guru biasanya bepekerti mulia. Namun tidaklah kami berjauh hati dengan perkataan beliau, tetapi permintaan beliau kami penuhi dengan rasa hormat. Tak mengapalah, kami semua tidak layak menyambut kelahiran anaknya.





Ditakdirkan Tuhan entah mengapa, di saat os beliau semakin besar, beliau memekik-mekik kesakitan seperti orang hilang arah. Memekik sekuat kuat hati seperti meracau gayanya. "Sakittttttttttttttttttt!!!! Sakittttttttttt!!! Tolonglah aku sakitttt ni!!!" Begitulah lebih kurang jeritannya. Puaslah si suami di sebelah memujuk, tetapi beliau tetap menjerit sekuat hati.


Pegawai perubatan yang bertugas hanyalah seorang, sedang sibuk merawat pesakit lain yang sedang meneran keluar anaknya. Sudah pegawai kami periksa laluan si guru ini tadi, bukaan masih 7 cm. Belum cukup 10 cm untuk bearing down dan pushing. Kami di luar bilik beliau berpandangan sesama sendiri. Hendak kami menenangkan pesakit ini, sudah terang-terang dia mengatakan dia tidak mahukan kami menyentuh beliau. Alhamdulillah, akhirnya beliau selamat melahirkan zuriat beliau. Dan dengan ketentuan Allah, midwife kami yang paling senior dan seorang houseman lah yang menyambut kelahiran anak beliau dengan selamat, bukan pegawai yang bertugas atas sebab-sebab tertentu.




Semasa beliau selesai untuk di tolak pulang ke wad, berkali-kali beliau memohon maaf dari semua staff yang terlibat. Kami hanya tersenyum. Tak apa. Janji Puan dan anak Puan selamat.


Tahukah Puan-puan semua, semasa Puan menlahirkan anak, jururawat yang Puan kecam inilah yang membantu Puan membuang air kencing Puan di atas tilam, saat Puan meneran, dan yang keluar itu bukanlah bayi Puan tetapi najis puan, jururawat lah yang membersihkan. Ada di antara kami siap pernah 'mandi' lagi dengan air ketuban Puan. Mereka bersabar, mereka tersenyum dan sentiasa memberi semangat terhadap Puan. Mereka melayan kerenah Puan walaupun Puan memandang rendah keupayaan mereka untuk membantu. Apabila Puan mengatakan Puan berputus asa dan tidak mampu lagi menahan sakit, merekalah orangnya yang tidak berputus asa terhadap Puan. Mereka tetap memberi galakan dan semangat agar semuanya selamat.


Tidak kami minta medal atau penghargaan, hanyalah ucapan terima kasih. Ucapan yang cukup untuk membuatkan kami tetap bersemangat untuk meneruskan tugas kami setiap hari. Tanpa jemu.



MITOS TIGA : Jururawat suka merimaskan anda membuat lawatan rumah


Kenalkah anda pada jururawat berbaju dan bertudung putih, dengan jalur ungu di atas tudung kepalanya? Ya, mereka di kenali sebagai jururawat masyarakat. Bagi yang pernah melahirkan anak, atau mempunyai ahli keluarga yang terlantar sakit, mereka pasti cukup kenal dengan jururawat masyarakat. Salah satu skop kerja jururawat masyarakat adalah membuat lawatan rumah untuk pesakit-pesakit yang tidak dapat menghadirkan diri ke klinik atas alasan terlalu uzur atau sebab -sebab khusus yang lain.






Baru-baru ini banyak sekali statement-statement sentap yang dikeluarkan oleh rakyat marhean di media-media sosial, yang menyatakan mereka rimas dengan kemunculan jururawat mereka yang melawat ke rumah mereka.

"Menyibuk sahaja akak akak misi ni. Pagi-pagi dah terpacak di depan rumah aku!"

"Rimaslah asyik datang, tahulah aku jaga diri dan anak aku sendiri!"





Sejak saya bertugas di klinik kesihatan, saya mula berasa sanagat kasihan dengan para jururawat yang menjalankan lawatan-lawatan rumah. Tahukah anda, tidak semua negara mempunyai servis lawatan ke rumah rumah. SERVICE INI IALAH FREE YE TUAN DAN PUAN PUAN SEMUA.



Dinegara-negara lain, sebagai contoh di United Kingdom atau di tempat saya belajar dahulu di Ireland, health services adalah berbayar. Biasanya kos perubatan akan di tampung oleh insurans yang dibayar oleh rakyat jelata. Dulu masa di universiti, saya nak berjumpa dengan staff nurse sahaja saya disuruh bayar 20 euro. Belum lagi berjumpa doktor. Pernah sekali saya di masukkan ke emergency kerana severe gastritis, saya perlu membayar 300 euro untuk pendaftaran masuk, belum lagi admission dan ubat-ubat extra. Walaupun pada masa tersebut saya boleh sahaja claim duit MARA untuk elaun sakit, tapi saya rasakan semuanya satu pembaziran. Jadi sepanjang lima tahun pengajian, saya bertahan supaya tidak jatuh sakit.



Tapi di negara kita, misi dan kadangkala doktor sampaikan datang ke rumah! Yang lebih menyakitkan hati, ada antara pesakit kami yang SANGAT TINGGI BUDI BAHASANYA, nurse datang ke rumah mereka tidak buka pintu!


Ini saya nak tegur sedikit sikap ibu ibu moden dewasa kini, yang kebanyakan degil sungguh.


Satu kes baru baru ini, kes pesakit high risk pregnancy, blood pressure melambung tinggi siap ada protein ++ dalam urine. Tak mahu masuk hospital padahal dah nak melahirkan anak dah ni. Misi turun ke rumah sampai tak nak bukakan pintu, sudah buka pintu tetap berkeras tidak mahu ke hospital. Sampaikan hilang lah daya misi ini, di panggilnya doktor yang pada waktu itu TIDAK BERTUGAS untuk turun memujuk pesakit ini ke hospital!


Seriusly? Nak kena pujuk?

Kalau ikutkan hati kami yang kecewa dan marah, biar sahaja, biar berlaku sesuatu dan kamu tanggunglah sendiri. Suruh sahaja si ibu tandatangann surat discharge atas risiko sendiri, habis cerita. Tetapi, kami ini pasukan perubatan, dan kami tahu tiada apa yang lebih berharga selain nyawa seorang manusia. Dilayannya kami seperti sampah, tetapi kami kasihan pada kandungan yang Puan kandungkan itu!


Satu lagi kes, si ibu mempunyai sakit darah tinggi. Tidak mahu mengambil ubat, tidak mahu check ups. Ingin kandungan secara alami katanya. Misi datang ke rumah memujuk, tidak di endahkan. Akhirnya, si ibu sawan, anak meninggal di dalam perut, si ibu koma dan akhirnya meninggal dunia.








Ini belum lagi saya cerita tentang kes bayi jaundice. Yang ada antara ibu bapa yang menolak mentah mentah pemeriksaan jaundice. Kasihan pada anak yang dicucuk jarum. Anak itu dah nak bermuka oren dah, masih degil. Misi datang memujuk di bawa anak ke klinik untuk diperiksa, enggan. Sampaikan again, kena panggil doktor ke rumah anda untuk memujuk anda. Apabila datang, si ayah dah bercekak pinggang. Nak menasihatkan, keras kata-kata si ayah;

"Saya faham doktor, tak payah terang-terang banyak sangat. Mana nak sign meh saya sign je!" Sombong kata-kata si ayah.


Kami sebagai doktor dan misi, datang juga walau dilayan sebegini bukan kerana Encik. Tapi kami kasihankan ibu dan anak yang bau lahir itu. Mengandung kan dan melahirkan sangat payah, nanti kerana kedegilan encik, anak yang menjadi mangsa. Belum terkena. Encik belum terkena. Kalau kuning anak encik turun secara semulajadi alhamdulillah. Kalau di buatnya paras bilirubin naik dan sampai berkumpul di otak anak encik, maka akan lumpuhlah dan terencatlah bayi yang dilahirkan sihat itu.


Saya sebenarnya sangat ralit dengan attitude masyarakat Malaysia. Saya rasakan kita sebagai rakyat kurang rasa bersyukur atas perkhidmatan kesihatan yang baik, apatah lagi diberikan secara percuma. Kita tidak menghargai service yang tidak semua negara memilikinya. Anda ingat, berapa sen sangat lah elaun yang para jururawat dapat apabila melawat rumah anda. Ketika ekonomi gawat kini, minyak motor mereka pun guna duit sendiri kalau kenderaan jabatan tidak available. Mereka semua perempuan, sudahlah kena masuk keluar kampung, panjat bangunan tinggi tinggi itu belum kira lagi kalau mereka menagandung, sudah sampai ke depan rumah anda, anda buat buat tak dengar.Konon-konon tak ada di rumah, padahal kami boleh dengar bunyi TV dari dalam rumah. Ada yang buka pintu, tidak di beri masuk pula.


Adab mana adab?





Kalau anda menyampah sangat dengan muka kami, fine. Anda berterus terang, anda dengar penerangan kami dulu. Kiranya anda tetap berdegil, fine. Anda tandatangan surat atas risiko sendiri. Sekiranya berlaku apa-apa ke atas Puan atau anak Puan atau Tuan, jangan pula anda kecam sistem kesihatan, kritik dan menyalahkan para petugas kesihatan. Jangan anda canang seolah-olah kamilah yang membuatkan anak anda jatuh sakit. Nasihat saya, jangan membuka aib sendiri. Kami para petugas kesihatan boleh bersabar sekiranya anda tidak mahu mendengar nasihat, tetapi sekiranya kami difitnah dan air muka kami dijatuhkan, kami tidak akan berdiam diri.


Saya sangat berharap masyarakat dapat menghormati pada petugas kesihatan yang datang berjumpa. Apalah salahnya di hidangkan air kosong penghilang dahaga. Mereka datang ke rumah sudah menyenangkan anda dan keluarga. Jadilah masyarakat yang berakhlak mulia. Bersyukur dan saling menghormati. Petugas yang mengangkut sampah pun perlu kita hormati, besar jasa mereka pada kita. Tiada mereka, busuklah rumah kediaman kita berbau sampah. Sama juga kepada jururawat. Atau kepada pekerjaan yang lain.





Tuan tuan dan Puan puan,




Kami yang bekerja di klinik dan hospital dah melihat macam-macam kerenah manusia. Dari kes-kes anak derhaka si Tanggang moden sampailah kes - kes anak-anak yang meninggalkan ahli keluarga mereka berbulan-bulan di hospital. Kes anak yang datang menghantar ibu yang sakit terkial-kial di dalam bilik doktor, padahal anak di luar bermain handphone. Dihantarnya pagi, di jemputnya petang. Kadang-kadang kamilah yang menghantar si ibu tua tadi pulang. Kami menyaksikan kematian lantaran kedegilan. Kami tahu setiap aib dan kelemahan pesakit-pesakit yang kami jaga. Malah kami para doktor dan jururawat mengetahui segala rahsia gelap dan rahsia hitam semua pesakit kami.



Tetapi tugas kami untuk membantu anda, bukan menghukum atau menghakimi anda. Bukan untuk mengkritik kehidupan anda. Tidak seperti apa yang anda lakukan terhadap kami selama ini.


Tidak kami aib kan anda di media-media sosial. Tidak kami jaja wajah dan cerita anda yang membuat ibu bapa anda menangis. Tidak kami canang anda penghidap HIV, anda penagih dadah, anda penagih alcohol, anda pengamal seks bebas, anda mengandung anak luar nikah. Kerana itulah saya katakan, dalam kerjaya sifat IHSAN itu amat diperlukan. Sabar itu perlu. Tujuan dan komitmen perlu jelas.



Saya selalu membuat kesimpulan, bahawa telah Allah letakkan suatu sifat SABAR dan PENGASIH dalam hati setiap para jururawat di dunia ini. Supaya mereka tetap cekal menjalankan tugas. Supaya dapat meringankan penderitaan hamba-hambaNya yang sedang ditimpa musibah. Supaya mereka tetap terus sanggup menjulang amanah dan cita-cita. Tiada apa yang lebih penting dari harga sebuah nyawa dan kesihatan.



Rasulullah ï·º bersabda, “Tidaklah seorang muslim yang tertimpa gangguan berupa penyakit atau semacamnya, kecuali Allah akan menggugurkan bersama dengannya dosa-dosanya, sebagaimana pohon yang menggugurkan dedaunannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)


“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu sedangkan kamu mengetahui” [Al-Anfal : 27]



Niat kami, hanyalah untuk melihat anda sihat dan sejahtera bebas penyakit.





Akhir kalam, berbanggalah wahai para jururawat Malaysia dan seluruh dunia. Sekiranya manusia tidak menghargai penah lelah mu, maka Allah lah sebaik baik Penilai. Jangan diharap sanjungan dan pujian manusia, makin kita berharap makin kita akan kecewa. Niatkanlah baktimu kerana Allah, kalau bukan di dunia ini balasannya, akhirat pasti menjanjikan sejuta ganjaran. Ikhlaskan hati kita dalam menjalankan tugas, Allah mengira setiap keringat dan air mata kalian.






Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

In sha Allah.


Sunday, March 5, 2017

tips rajin memasak walaupun penat bekerja!!

Assalamualaikum.


Okay. Dah lama tak menulis ni. Blog aku ni memang sangat susah nak di update kalau tak ada benda yang dirasakan bermanfaat yang nak di share.
Actually entry ini adalah sambungan entry Homecooking is the best yang aku tulis january lepas.

Recently I have posted about the breakfast and lunch boxes that i have made daily for my husband. I know that there are many other women who are busy working and still capable to do the same thing I do everyday, preparing food for their loved ones. Not only for their husband but also for their kids. They are so amazing kan?




Bukanlah aku orang yang paling layak nak bagi tips ni, tapi ada beberapa kawan-kawan tanya some tricks yang aku buat untuk consistent sediakan sarapan, lunch dan dinner setiap hari. Some people might say alah, dia belum ada anak, bolehlah ada masa prepare makanan untuk husband dia je. Hmmm, bagi aku, even kau ada anak atau tak ada anak, tapi sebab kau bekerja kan, memasak ialah perkara yang sangat -sangat payah untuk dilakukan. Apalagi lepas kau balik kerja kau akan kepenatan, dan kalau membeli di luar can save a lot of energy kan, then why we must cook? The truth is, to be consistent berkerjaya tetapi masih ligat di dapur adalah sesuatu yang amat susah dilakukan oleh semua orang.


So here I will share some of the things that I do every single to maintain the habit. Penat atau tak penat. Susah atau tak susah. Tiap-tiap hari dapur aku memang tak pernah fail untuk berasap.



First sekali above all, again seperti yang aku pernah tekankan dalam entry sebelum ni, ialah NIAT. NIAT bila kita memasak, berpeluh-peluh di dapur adalah kerana Allah dan untuk membahagiakan orang-orang yang tersayang. Jangan sesekali buat sebab terpaksa, atau orang paksa. Atau buat untuk impress sesiapa. Buat sebab kita yang nak buat.


Actually my husband tak pernah pun paksa aku untuk masak complete 3 courses of meal for him everyday. Sebab dia faham my career same like him. Dia faham penat mental dan fizikal yang aku hadap setiap hari di tempat kerja. Tu belum lagi emosi aku terganggu dengan ibu-ibu mengandung yang degil tidak mahu dengar nasihat. Atau pak cik pak cik diabetic dengan gula melambung tinggi sebab tak makan ubat. Dia faham bila ku balik aku perlukan rehat yang secukupnya.


Tapi aku memang suka memasak. Dan aku suka melayan selera suami. Itu yang buat aku gembira. Itu yang buat aku rasa aku seorang isteri yang berbakti kepada suami. Di samping untuk membantu kewangan keluarga. Sebab itu aku boleh enjoy cooking everyday.




Okay here are some useful tips yang aku boleh share;

Pertama : Planning.


Planning is very important. Tak kiralah untuk masak ke, belajar ke, kerja ke, planning akan memudahkan semua perkara. U have to plan in advanced what kind of meals yang anda dan suami makan untuk pagi dan tengahari terutamanya sebab ini yang akan anda sediakan di waktu pagi. U can choose variety of things, sama ada roti, atau cereals and susu. Atau nasi lemak kalau anda rajinlah. Benda ni kena bincang elok- elok dengan suami, jangan syok sendiri. Nanti kalau dia tak makan, kita pula merajuk dan makan hati lepas tu tak nak masak lagi. Kita tak nak husband kita makan semata-mata nak menjaga hati kita. Kita nak dia makan sebab dengan gembira sebab dia suka.


My husband and I usually choose roti sandwich as our breakfast. Kadang kadang aku akan kukus pau kacang kegemaran dia. We will go for somethong light in the morning because I want to cut the amount of rice we eat everyday. Sebab biasanya kami akan makan nasi untuk lunch dan dinner. So biasanya roti with telur, atau roti with sausages, roti and tuna. Kalau suami nak makan pau lagi senang, letak pengukus atas stove and kukus je sementara bersiap. But bila memasak, aku sangat fussy untuk pastikan suami tak rasa jemu dengan makanan yang sama. So aku cuba variety kan masakan aku sebanyak yang boleh. Nak nak lagi cik abang aku ni tak makan sayur, so makes things a bit more difficult for me haha.


Same goes to lunch boxes. For lunch boxes, kita kena plan since awal bulan ( sebab time tulah kita beli barang-barang masak kan). What both of you prefers for your lunch. Kami berdua biasanya akan makan nasi dan lauk for lunch. To keep our tummy filled until dinner time. Or biasanya I will cook nasi goreng dengan telur mata atau ayam drummets. Again, untuk pastikan husband tak cepat jemu, I have to come up with different kinds of nasi goreng, and few simple lauks that can be done quickly sebelum pergi kerja.


So below are the lists of typical breakfast and lunch menus yang biasa aku buat hari hari;

BREAKFAST
-roti telur
-roti with sausages (sos and mayonnaise yummeh)
-roti with tuna
-pau
-cekodok goreng
-kuih jemput-jemput
-keropok lekor (if available)
- salads if u like

LUNCH
-nasi goreng cili padi
-nasi goreng ayam
-nasi goreng ikan bilis
-nasi goreng kampung
-nasi putih with ayam goreng atau telur mata
-nasi putih with sardine and telur mata
-nasi putih with ayam sambal dan tempe goreng
-nasi putih with ayam drummets and telur mata atau sambal telur


Aku jarang buat lauk sayur for lunch boxes sebab husband tak makan and preparation agak leceh. So most of my menus biasanya sangat senang untuk di prepare especially bila kau dah kelam kabut waktu pagi tu kan.


Ini adalah contoh contoh lunch boxes dan sarapan yang aku sediakan pagi-pagi sebelum aku pergi kerja. Tak delah cantik dan kemas-kemas macam selalu dalam facebook tu breakfast and lunch boxes aku. Biasanya inilah yang sempat aku sediakan pagi-pagi sebelum ke tempat kerja.




Kedua : Preparation.

This is the tricky part. Preparation is extremely important. Kalau kau memang setiap pagi sediakan makanan, preparation sangat crucial. For info, aku tak bangun masak pukul lima pagi eh. Bila preparation kena dengan caranya, it will takes only 30 minutes to get your breakfast and lunch boxes done. Biasanya aku akan bangun pukul 6.30 pagi, solat dan terus masuk dapur sediakan makanan. By 7.20 pagi semua boxes dah tersedia dan tinggal dibungkus je.



So setiap malam dah kena fikir dah esok nak makan apa. So that we will prepare everything in advanced. Usually masa aku masak makanan dinner hari sebelumnya, aku dah prepare bahan untuk makanan esok. Aku dah siap potong bawang, hiris ayam, potong carrots dan simpan dalam peti ais. So esok pagi-pagi terus campak semua bahan dalam kuali. Jangan pula esok pagi tu baru terkial-kial nak potong semua benda. Confirmlah tak sempat dan memenatkan kan.




So dah sediakan semua barang untuk masak pagi esok, simpan elok elok dalam freezer lah. Esok nak masak semua dah ready to go.




Then, bila kau pergi pasar awal bulan kan, atau sesetengah orang do their shopping setiap awal minggu, make sure that you already divides your fresh frozen food to according to portion for every dishes that you wanted to cook. Faham tak? Hmmm contoh, bila aku pergi pasar, katakanlah aku nak beli udang, aku literally counts the udang. Contoh katakanlah sekali aku masak udang aku akan masak dalam 14 ekor. Tujuh husband, tujuh ekor untuk aku untuk sekali makan. So bila balik and kita basuh udang-udang tu untuk disimpan, kita dah siap bungkus udang-udang tu empat belas ekor setiap plastik, so contoh bila kita plan nak masak udang, kita tak payah susah-susah kira atau basuh balik udang tu. Kita just ambil satu plastik, cairkan dan terus masak je. Faham tak?


Sama juga dengan masakan masakan lain. Ikan, bila beli je hujung minggu, make sure dah siap-siap siang, basuh and divides them into portion sekali makan. Sotong, basuh, buang dakwat hitam dia siap-siap dan bungkus elok-elok letak dalam peti sejuk. Sebab itulah peti sejuk rumah kami mestilah peti sejuk yang besar, sebab cara storage pun sangat penting. Memang dengar macam leceh dan renyah kan, tapi buat semua kerja basuh membasuh ni masa hujung minggu la, atau masa beli barang awal bulan tu. Sebab semua preparation akan memudahkan kerja masak memasak setiap hari.


ini ialah ikan patin yang aku dah basuh dan bahagikan kepada tiga bahagian that means tiga kali masakan. Biasanya buat benda ni hujung minggu masa kita banyak masa tu. So bila nak masak ambil bahagian yang perlu sahaja dan terus guna.

ini pula contoh udang yang dah siap di bahagikan untuk sekali masak. bahanp-bahan semua dah siap dibasuh dan dipotong.




Dan ini pun penting, sambal giling. Benda ni memang kena buat masa hujung minggu, tengah goyang kaki tengok TV dengan husband, tangan potong cili kering dan blender siap-siap. Buat sekali banyak lagi bagus, boleh simpan dan pakai lama.





haaaa nilah lagi sangat penting dalam kehidupan aku. Sambal belacan. Dah siap buat and simpan dalam freezer. Makan selagi dia tak rosak.


Ketiga : Perkakas Dapur


Okay, ini pun penting. Kepada suami-suami yang nak isteri anda memasak setiap hari untuk anda, maka lengkapkanlah keperluan dapur si isteri. In my kitchen, I already bought beberapa perkakas yang sangat memudahkan aku untuk memasak dengan laju dan pantas.

Sebagai contoh air fryer - menggoreng ayam drummets dalam kuali kan kerja yang renyah dan leceh. Nak nak lagi minyak akan meloncat sana sini, messy. So air fryer can save a lot of time and energy. Ambil drummets, masuk dalam air fryer, tekan butang, and they will be air fried. Then you can do other things at the same time. Air fryer agak mahal, tapi kepada yang mampu, buy yourself one, it can be so useful in our hectic daily lives.

Pengukus.
Periuk tekanan.
Oven.
Kuali besar dan kecil.

All of these kalau kena dengan cara gunanya memang sangat berguna.


Ini dapur kecil aku di rumah sewa di bentong sekarang. Haaa nampak tak, rak tu penuh dengan perkakas memasak. Air fryer, oven, microwave, blender. Semua benda-benda ni perlu ada.

And yang paling penting, we have to be comfortable in our own kitchen, cukup ruang dan semua benda senang di gapai. Biar simple, tapi kemas dan teratur.
Peti sejuk pun kena besar, cukup untuk storage yang teratur.


This is another tricks yang aku buat in my kitchen. Kalau lah aku still nak menggoreng juga, deep fried macam tu kan, there are two things yang I will consider most. Pertama, penjimatan masa. Kedua, penggunaan minyak.

So what I did, I will take my smallest pot atau kuali. Kan biasanya kita guna kuali tefal yang besar dan best tu kan. Tapi kalau kita nak buat kerja laju, you take a small pan, pour in the minyak. When we use smaller pan, pertama minyak akan lebih cepat panas. Kedua minyak yang digunakan lebih sedikit untuk memasak, sebab smaller pan needs lesser oil untuk fry things to make them tenggelam in the minyak when you deep fry them.Faham tak? Much more easier to handle, much more easier to clean up. Again save a lot of energy. Nak nak lagi aku tak guna minyak haiwan, aku beli minyak sunflower oil yang mahal tu untuk jaga cholesterol, lagilah kena jimatkan minyak haha.



When you cook, you have to modify a lot of things in the kitchen. Biasanya orang bijak pandai ni buat macam-macam benda yang innovative to make our tasks easier. Tak perlu jadi tradisional sangat. Simple twists in the kitchen can make a lot of things easier.



Keempat : multitasking


Haaaa untuk para wanita yang nak memasak dan bekerja dan jaga anak dan jaga rumah at the same time, skills ni ialah skills yang paling penting sekali. Dan aku rasa makhluk Allah bernama wanita je yang ada kepakaran multitasking ni. Setiap manusia dikurniakan kelebihan yang berbeza. Ada wanita jenis yang laju dan cekap je bila bekerja, ada juga perempuan yang cekap juga, tetapi lebih lembut dan perlahan apabila bekerja. Kenalpasti anda ni orang yang bagaimana, dan in what ways you can function at your best.


Aku jenis orang yang sangat multi tasking. I can do a lot of different things at the same time. Sometimes I overworked sampai I drained off. Memang sebab itulah di takdirkan aku kahwin dengan suami aku, suami aku ni pula jenis yang cool je. Rileks je. Semua benda dia buat slow and easy. So bila dia nampak aku buat kerja laju dan macam orang gila, dia tarik aku dan rehatkan aku. haha. Dulu masa mula-mula kahwin, bayangkanlah macam mana masing-masing nak catch up each other, seorang laju sangat, seorang lagi chill and easy. We took some time jugalah untuk memupuk keserasian haha.


Disebabkan aku buat kerja agak laju, so aku tak perlu bangun awal untuk masak breakfast and dinner sebab aku boleh mula buat semua benda pukul 6.30 pagi. Bangun je tidur, solat, masuk dapur, letak dia kuali atas stove. Stove aku ada dua je, bila dah kaya sikit nak beli stove yang ada empat dan lima biji tu, lagi cepat aku buat kerja. Letak dua kuali serentak, satu kuali masak nasi goreng atau lauk, sebelah lagi untuk buat roti sandwich atau telur. Sambil tu air panas sudah dijerang. Air kosong bekal semua dah tersedia dari malam sebelumnya. Bahan masak semua dah dipotong di malam sebelumnya, so semua campak je. See how smooth will it goes kalau semua dah prepared early?


Ni belum cerita lagi bila balik dari kerja untuk masak dinner. Dinner memang akan tanya cik abang setiap hari nak makan apa. Seronok cik abang setiap hari orang fulfil selera dia.

Nah belanja sikit masakan masakan dinner hari hari.




Kelima : kebersihan

Another thing that is important for me to emphasize ialah, bila kita masak masak kan, mesti lah kita akan fikir, masak satu perkara, then nak clean up everything after masak. Sebab kita tak nak lah kan, balik kerja dapur kita tunggang langgang bila balik dari kerja. Nanti nak prepare dinner pula kan. Hilang terus mood bila dapur tak kemas dan bersih. So what I can advised is, minimalisme in the kitchen. Macam yang aku cakap, prepare everything the night before, plan your meal, plan what u want to do. Dan jangan payah pakai banyak sangat perkakas dapur, kuali ambil yang kecil kecil je supaya senang dibasuh. Tak payah pakai pinggan mangkuk banyak banyak masa memasak. Terus lay out tupperware untuk bekal dan masukkan dalam tupperware terus tanpa gunakan pinggan. Work fast and smart. Kalau gunakan air fryer, make sure anda alas dengan alumunium foil supaya the drummets will cook atas aluminium foil dan minyak takkan kotorkan air fryer. So tak perlulah setiap kali pakai, setiap kali tu nak basuh. Remember, be innovative to make things easier.


Ingat, kebersihan dapur sangat penting. Dapur tempat kita memasak, so jangan masak beriya-iya, tapi stove sinki semua berkerak. Sebab kononnya masak beriya so dapur pun masha Allah kotornya. Work neat and clean, itu lagi satu kunci untuk memasak dengan gembira. haha. Lagipun my kitchen my rules, after setiap kali masak, WAJIB bersihkan! Cik abang tak terkecuali. haha




Above all, pokok pangkalnya hati kita kena suka apa yang kita buat hari hari. Keikhlasan mesti ada. Macam yang selalu aku cakap, kalau niat kita murni, Allah akan permudahkan semua urusan kita. Nanti bila ada rezeki anak, lelaki atau perempuan, dari umur dua tahun pun aku akan ajar masuk dapur. Dah pindah rumah Nilai nanti, dah kumpul duit nak buat dapur cantik cantik. In sha Allah.


Harap sangat tips tips di atas berguna untuk yang membacanya. Bila dah selalu masak ni, kena terima hakikatlah, tangan dan kuku ni takkanlah cantik macam selalu. Tangan memasak ni kasar haha. Kadang kadang bersiap pagi-pagi pun ala kadar je, tak sempat nak bersiap sampai sejam. Kalau jenis yang bersiap lama ni, kena bangun lagi awal lah.


Remember, homecooking is the best =)
selamat memasak dengan gembira!!