... I am A restless brain ...

Thursday, November 24, 2016

why HOMECOOKING is the best! - BAHAGIAN SATU

Assalamualaikum w.b.t.



Hehehe

Actually dah terlalu lama sangat dah aku nak menulis tentang ni. Ada beberapa rakan rakan yang bertanya macam mana nak sempatkan memasak even kau sibuk bekerja. Dulu masa aku belum jadi doktor, ramai yang kata aku tak akan dapat jadi seorang isteri yang sempat uruskan rumah kerana terlalu sibuk. Suami terabai dan cari lainlah dan bla bla bla. Tapi aku tak delah terkesan sangat dengan doktrin yang sebegitu. Sebab aku ni memang jenis yang rajin dalam segala apa yang aku buat sejak aku kecil. Belajar aku rajin, kemas rumah aku rajin, uruskan baju aku rajin, buat apa-apapun aku rajin. Lagi satu aku ni macam ada penyakit mild OCD. Obsessive Compulsive Disorder. Aku tak boleh tengok benda benda bersepah dan tak diuruskan. Nanti aku rasa macam nak mengamuk je. Jadinya sebelum kahwin lagi aku pasti kesibukan seorang doktor itu tak akan mampu merubah aku menjadi insan yang tidak terurus kelak.


Sebelum aku tulis dengan lebih jauh perlu aku tekankan yang aku bukanlah siapa-siapa yang hebat nak bagi anda tips bagai. Ramai lagi manusia hebat di luar sana yang anda harus kagumkan. Ni sekadar perkongsian aku je kalau-kalau bermanfaat untuk sesiapa yang berminat.


Dan ada orang yang akan kata eleh, memanglah senang bagi aku sebab aku belum ada anak. Ada anak confirm kau tak akan ada masak punya! Hmm. Tapi saya melihat ramai juga rakan rakan yang seangkatan yang ramai anak masih mampu memasak even anak berderet dan masih perlu bekerja. Sebab masak ni kalau kita dah biasa dia macam jadi satu rutin yang tak akan memakan masa yang banyak dan tak lah memenatkan pun. Bak kata orang alah bisa tegal biasa. Malah kita akan rasa seronok sebab setiap hari suami dan anak anak makan air tangan kita yang berencahkan kasih sayang dan cinta. Cewaahh. Ia macam jadi satu motivasi untuk kita rasa seronok menguruskan rumah tangga kita sendiri.




Seriusly setiap orang pandangan tak sama dan apa yang aku tulis ni hanyalah perkongsian peribadi. Yang baik ambillah, yang busuk buang jauh-jauh!


Ini antara sebab-sebab dan tips - tips kenapa kita kena menyukai homecooking;


SEBAB PETAMA : JIMAT



Ada orang kata mana ada jimat! Bahan mentah nak beli semua mahal zaman sekarang. Hmm. Statement tu ada betul dan ada salahnya. Tapi kan actually in my oppinion, masak di rumah sangat sangat jimat nak dibandingkan dengan makan di luar.

Boleh dikatakan berjimat ialah one of my biggest motivation to cook our own food. Ada orang kata eleh, suami isteri doktor gaji banyak mana mungkin tak ada duit! Hmm, tak juga tu. Kami ada beberapa commitments and investments, and also building up saving untuk pergi Haji and niat untuk travelling all around the world. Juga saving duit untuk impian yang belum tercapai tu. So sejak kahwin memang aku sangat particular pasal kewangan and how to control them. And then when we have kids kewangan pasti semakin bertambah.

Jangan kata duduk KL je makanan harga mahal. Kat Bentong ni pun dah boleh rasa peningkatan taraf hidup yang tak masuk akal ni.

Contoh harga makanan kalau tak masak langsung - BENTONG PUNYA RATE (kire yang paling basic punya food) :

BREAKFAST : nasi lemak atau roti canai = RM 3.50 (ni paling roughly calculated lah kalau air+nasi lemak berlauk)
LUNCH : nasi + ayam + sayur = RM 6.00
DINNER : nasi gorang kampung + air = RM 6.00


Total sehari untuk seorang = RM 15.50 (tak termasuk jajan atau cikedes untuk munching atau mentos dalam handbag tau)

Kalau aku suami isteri untuk makan sebulan = RM 15.50 X 2 x 30 hari = rm 930.00


Tu pun belum lagi anda makan di luar tambah GST + SERVICE TAX an etc. Gila mahal! (part ni yang menyebabkan sekarang aku dan husband sangat jarang makan di restoran-restoran mahal. sekali makan bayar hampir RM 20 untuk tax je. GILA! )


Dan ini pun tak termasuk lagi kalau tiba-tiba kitorang stress dengan patient kat klinik terus melencong masuk sushi king, hujung minggu terasa nak makan Seoul Garden. Eh rasa macam nak jadi sweet tooth lah, pergi beli kek secret recipe. Jalan jalan shopping mall mesti nak kena minum kopi coffee bean atau san franscisco coffee. WOW sedapnya bau famous amos kau pergi beli sebungkus cookies. Unpredictable okay selera manusia nih! Bila tiba -tiba kau sedarkan diri duit rm 300 yang kau withdraw tadi habis dalam masa sehari sahaja!




So kalau nak kira real figure untuk makan sahaja boleh cecah sampai RM 1500 untuk dua orang sahaja sebulan. Tupun belum kira yang ramai anak -anak. Kadang - kadang fikir kesiannya orang yang kerja seorang dalam keluarga gaji RM1500 anak lima orang. Macam manalah nak makan hari-hari. Tapi rezeki Allah mana kita tahu kan. Firman Allah s.w.t ;


“…… dan tidak satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya” (Surah Hud, ayat 6).


Jadi hakikatnya makan di luar bagi aku sangat mahal. Kadang kadang aku sampai boleh pandang besar kecil besar kecil je mak cik restoran tu bila aku ambil seketul ayam dengan sayur and nasi dia boleh charge sampai RM7! Aku memang tak boleh terima. Tapi tak tahulah anda kan. haha. Tapi kite kena faham juga, mak cik tu juga terkena juga kesan tempias kenaikan harga barang. Dia juga mempunyai tanggungan. Hendak salahkan dia sepenuhnya juga tidak adil.


Tapi sekiranya kita berjinak jinak dengan memasak di rumah, believe me, kita boleh mengawal aliran keluar masuk duit kita. Kita boleh set our budget and cook accordingly. Isu ni akan saya jelaskan dalam entry yang seterusnya.



SEBAB KEDUA : FOOD QUALITY CONTROL




Point ni sangat penting. Di sebab kan aku seorang doktor yang bekerja di klinik kesihatan aku rasa point ni amat penting. Kalau anda nak tahu diabetes mellitus (kencing manis), hypertension (tekanan darah tinggi) dan Ischemic heart disease (sakit jantung) bukan lagi penyakit orang tua. Semua penyakit ini telah menjadi sangat berleluasa dari lingkungan umur seawal 30 an. Baru tiga hari lepas suami aku dipanggil untuk post mortem seorang lelaki muda yang berusia muda 40 tahun. It turns out that dia mengalami serangan jantung. Bacaan darah tinggi dan kencing manis are sky-high! Bukan satu dua kes tapi sudah banyak kes!


So sepanjang duduk di klinik aku sendiri yang freaking out bila melihatkan penyakit orang tua yang kronik dah menjadi penyakit orang muda. Disebabkan oleh banyak faktor --- sedentary lifestyles, uncontrolled diet, burnt out, no proper stress management, depression. Yelah dengan taraf hidup yang sangat tinggi dewasa ini, sedikit sebanyak memberi banyak kesan kepada buruk kehidupan masyarakat. Tapi one the biggest reasons caused worsening health nowadays is due to our own DIET!


Kalau anda jenis yang rajin memasak, anda pasti serba serbi tahu tentang rencah perasa rempah ratus yang digunakan dalam masakan untuk menyedapkan makanan. Semua perisa maggi cukup rasa, ajinomoto, secukup rasa semua kadang kadang digunakan secara berlebihan dalam makanan. Yang ajaibnya, memang kalau kita bubuh perisa ni makanan kita kan jadi sedap, tak tahu mengapa haha! So be careful, sesetangah makanan yang dijual sedap sedap di luar itu we really have no idea berapa banyakkah these perencah ajinomoto have been used di dalamnya. Ayam KFC, Marrybrown, mc donalds and even makanan di gerai gerai yang sedap sedap itu kemungkinan mempunyai bahan penyedap yang diletakkan secara berlebihan. Itu belum kita cerita kandungan gula dan garam.


Sejak kenaikan harga barang yang mendadak aku perasan ramai pesakit yang datang dengan symptoms Acute gastroenteritis (cirit-birit). Kebanyakannya berpunca daripada makanan yang dibeli dari luar. Apabila anda ingin membeli makanan dari luar pastikan makanan yang dibeli elok dari segi rupa, bau, tekstur dan rasa. Ada peniaga yang akan keep on panaskan lauk yang sama berhari hari to cut cost. Aku pernah tengok sendiri di sebuah kedai mamak ayam masak merah dia ada selonggok telur lalat, bila aku tegur dia tak buang the whole lauk, dia hanya buang bahagian yang ada telur lalat tu je. Kembang tekak aku aku terus sumpah tak pergi kedai tu lagi. Sangat tak bertanggungjawab!




So bila kita memasak di rumah, perkara pertama yang kita akan fikirkan ialah kesihatan dan kesejahteraan ahli keluarga kita. Proses menyediakan makanan akan kita lakukan dalam keadaan yang bersih dan terbaik. Mengapa? Sebab ada perasaan kasih sayang. Actually kalaulah kita merupakan seorang peniaga dan kita menyediakan makanan dalam keadaan yang bertanggungjawab dan penuh kasih sayang, Allah akan melipat gandakan rezeki kita. Tapi ada peniaga yang hanya berorientasikan keuntungan semata-mata, dan itulah masalah utama yang sebenarnya.



Kebersihan dan kawalan kualiti makanan amat penting. Sebagai seorang isteri dan ibu, kita mesti akan memastikan keluarga kita makanan yang bersih dan berkualiti. Salah satu caranya adalah melalui homecooking. Kita boleh mengawal kandungan garam, gula, perasa dan minyak dalam masakan kita. Homecooking biasanya dilakukan dengan tangan yang bersih perkakas yang dijamin kebersihannya. Yang lebih membuatkan saya seronok ialah, kita boleh memastikan setiap suapan makanan ialah halalan toyyiban.


Surat Al Maidah : 88 yang ertinya:

“dan makanlah makanan yang halal lagi baik (thayib) dari apa yang telah direzekikan kepadamu dan bertaqwalah kepada Allah dan kamu beriman kepada-Nya”


Rezeki yang halal akan menjamin kebersihan hati dan kesucian keturunan. Tambahan pula, kalau anda merancang untuk diet, mengurang kadar cholesterol dalam darah, maka andalah yang berkuasa menentukan setiap sukatan makanan kita sehari-harian.


Rasa marvellous bukan?!





SEBAB KETIGA : MENGHAPUSKAN ANGGAPAN 'CAREER WOMAN IS A LOUSY HOMEMAKER'.


Ini ialah my personal reason. It does not applied to all women haha. Pepatah yang mengatakan bahawa " Perempuan belajar tinggi mana pun habis-habis nanti akan turun ke ceruk dapur juga". Ramai wanita moden yang sama sekali membangkang statement ini. Untuk wanita yang kurang gemar memasak, statement ini memang adalah tidak berasas sama sekali. Tetapi, untuk wanita yang gemar memasak, statement ini memang tepat. Bukanlah hina pun berada diceruk dapur kalaupun kita bergelar doktor pakar atau doktor falsafah. Malah ia adalah suatu perkara yang sangat membanggakan tau sebab walaupun kita berkarier dan belajar setinggi gunung everest, kita masih mampu hebat beraksi di dapur. Ia sekaligus menyangkal dakwaan bahawa jangan berkahiwn dengan perempuan berpelajaran tinggi, semuanya tak pandai jaga suami. haha. Kami boleh berjaya dalam karier, dan kami juga mampu menjadi isteri yang terbaik juga in sha Allah!







SEBAB KEEMPAT : REBUT PAHALA



Point ni pun ialah point personal. Betul ada banyak cara untuk merebut pahala selagi anda bergelar seorang isteri dan seorang ibu. Banyak cara untuk menggembirakan dan meraih redha suami. Dan percayalah, homecooking adalah salah satu cara anda menunjukkan dan memberikan kasih sayang dan cinta kepada yang tersayang. Sometimes masakan kita tak adalah hebat macam chef wan, tapi oleh kerana kita memasak dengan penuh kasih dan sayang dan penuh keikhlasan, masakan ikan goreng pun mampu memberi nikmat kelazatan yang sukar di jelaskan. Allah memasukkan redha Nya wa Rahmah Nya ke dalam setiap hidangan kita. Sebab itulah ada pepatah mengatakan, "cara mengikat suami adalah melalui perutnya". Suami kita akan nampak pengorbanan kita yang setelah seharian membantu mereka mencari rezeki, kita masih mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dan kita semua tahu setiap kali suami kita redha dan gembira dengan kita, syurgalah tempat kita in sha Allah.


Suatu petang ketika aku menghidangkan dinner selepas pulang kerja my husband kata, "Benda yang paling abang rindu bila kita duduk jauh ialah masakan ca. Abang penat, abang balik kerja, air sejuk dah terhidang makanan dah ready. Sometimes I forgot that U are also a doctor".

Dan segala penat lelah kau bekerja dari pagi sampai ke malam akan lenyap sekelip mata selepas mendengar statement 'rare' dari suami kau hahahaha. Percayalah, kalau niat dan nawaitu kau ikhlas dan benar, Allah akan hadirkan kekuatan maha hebat dan kelapangan masa yang luas walaupun sebenarnya masa kau sangat terhad sehari-harian.





SEBAB KELIMA : SELF LEARNING AND IMPROVEMENT


Masa mula-mula kenal dengan husband, husband pernah keluarkan satu statement.

'Tak kiralah dalam apa bidang pun lelaki tetap akan mengungguli setiap bidang termasuklah bidang masakan. Tengoklah, chef chef terkenal dunia kebanyakannya ialah lelaki seperti Gordon Ramsey, Heuston, Shahnon Bennet, George Columbaris, Chef Wan dan etc'.


Tercabar juga rasa. Tapi ada benarnya kata kata husband. For your information, my husband is my hardest critics. Dia jenis orang yang sangat honest bila mengkritik masakan aku. Kalau tak sedap dia akan cakap tak sedap. Masa mula mula kahwin bila dia being honest aku merajuk lah, yelah penat kot masak dah lah baru balik kerja. Esok oncall lagi. Tapi dia makan je, dia just cakap kurang masin kurang masam in a very good way. Dia sangat sukakan originality of flavours, kalau aku masak dua lauk, dia tak akan campur adukkan dua dua lauk dalam nasi. Dia akan makan separately to really enjoy the intensity of each flavours. Bila dia makan dia akan senyap je, aku yang selalu tanya ok ke tak. Tapi akulah yang selalu sentap kalau dia start kritik padahal aku yang tanya. Typical woman haha. LOL.



But lama lama, I took his comments positively. It is a learning process U know. Dulu aku belajar medicine sampai pandai, sekarang aku berazam nak belajar masak sampai aku expert. Aku memang genetik rajin belajar haha. Aku ambil ini sebagai suatu proses pembelajaran untuk menjadi tukang masak yang lebih hebat. His critics has made me a better cook. Sampaikan nanti bila aku dapat anak tak kiralah lelaki ke perempuan, aku nak ajar pegang sudip dan kuali start dia pandai jalan masuk dapur. Sekarang aku dah boleh buat masak berbagai jenis lauk dan juadah tanpa tengok resipi. Tak adalah hebat mana, cukuplah untuk memenuhi citarasa suami tercinta. Ianya boleh jadi satu kepuasan yang menggembirakan.



Berkata Muaz bin Jabal: “Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntutnya kerana Allah adalah satu bentuk ketakwaan, mencarinya adalah ibadah, mengulangkajinya adalah tasbih, mengkajinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah, menyampaikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan diri kepada Allah. Dia adalah teman kala keseorangan dan sahabat ketika bersendirian.”



Okay, itulah antara sebab sebab mengapa aku amat menyokong homecooking. Seriusly U do not have to agree with all of them, it is just my pure oppinion. Just sharing the fun of cooking at home. Memasak sangat mudah kalau kita biasa buat dan ada full motivation. Believe it or not, even ada yang mungkin kata aku tak sibuk mana pun sebab tak ada anak lagilah apalah, sebab tu lah boleh masak, tapi hakikatnya, even aku memasak 3 full course meal at home everyday, I just spent about only less than two hours in the kitchen everyday to prepare breakfast, lunch and dinner even on our oncall days. The rest of the time I spend untuk tulis novel, tolong husband oncall, buat locum, kemas rumah, berniaga kecil kecilan dan berehat. Sekarang tengah belajar mengait. LOL. Memang aku spesies orang tak boleh duduk diam. Haha.



Nanti in the next entry aku manusia yang tak berapa nak hebat ni nak share some of the tips untuk maintain kerajinan memasak di dapur and how to memasak dengan laju tanpa memenatkan diri sehari harian di dapur. Aku punya style masak moden punya style, kalau orang tua nampak cara aku memasak di dapur boleh disumpah-sumpahnya aku, tapi that way membolehkan aku memasak dengan lebih laju. Kalau sudi nak bacalah. Okay, sampai jumpa lagi!






Monday, November 21, 2016

referral storiesku di klinik kesihatan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Heh, lama sunguh tak menulis di blog yang usang ini. Selama lapan bulan ini sebenarnya aku sedang melalui satu fasa transisi hidup yang boleh dikatakan besar juga lah. Daripada bergelar seorang houseman cabuk, sudah di naik taraf kepada seorang medical officer. Kalau dulu nya bagai lembu dicucuk hidung saja, sekarang tanggung jawab dan peranan adalah lebih dari itu.


Alhamdullillah. Kesyukuran di atas nikmat yang melimpah ruah. Dengan izin dari Nya, aku dapat penempatan di klinik kesihatan. Actually aku nak further study untuk jadi physician. Maklumlah memang jenis orang kuat belajar dan berusaha ceewaahhh. Dah beritahu husband, tapi husband suruh aku rest kejap. Disebabkan masalah-masalah peribadi. Tup tup pula tiba tiba ditempatkan di klinik kesihatan. Lagilah semakin jauh je terasa impian dan sambung belajar tu hahahahaha



Sebenarnya berebut rebut doktor doktor lepasan houseman ni nak duduk di klinik kesihatan. Maklumlah, kerja di klinik kesihatan ni office hour je. Cukup masa je balik. Duduk klinik jumpa kes kes yang tak berapa nak cemas atau teruk. Kalau jumpa yang teruk teruk, kenalah refer ke tertiary hospital. Nak nak lagi KK yang tiada oncall (berada dekat dengan hospital besarlah ). Jadi keutamaan diberi kepada doktor doktor wanita yang berkahwin apatah lagi yang beranak pinak. So doktor wanita ni even sibuk di klinik pada office hour masih dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu di rumah.


Dulu sebelum aku jadi medical officer di klinik kesihatan, masa aku houseman dan medical student lah, aku pun mempunyai persepsi yang medical officer di klinik kesihatan ni semuanya tak berapa nak up sangat kalau nak di bandingkan dengan medical officer yang duduk di hospital hospital besar. Mungkin di sebabkan oleh tahap ke'kritikal'an pesakit jika nak dibandingkan di kedua dua level. Even masa aku jadi MO floating di ED hospital melaka semasa menuggu penempatan pun, ada beberapa KK MO yang membuatkan aku sedikit annoyed dengan sikap sambil lewa me'refer' bagai melepaskan batuk di tangga kepada hospital besar. Sampaikan ada beberapa MO yang aku memang 'mark' la kerana ke'tidak proper'an mereka dalam merefer kes haha.


Sebagai contoh ada referral yang selalu datang dari seorang MO di mana semua budak kecil bawah 2 tahun, even memang budak even demam selsema tapi masih aktif dan tolerating orally well yang mana boleh di discharge di peringkat klinik sahaja, tapi di refer kepada kecemasan untuk penilaian kedua. Lebih kurang macam tak nak di pertanggungjawabkan kalau berlaku sesuatu lah kerana pesakit di bawah umur 2 tahun. So nak juga hantar ke kecemasan untuk penilaian kedua ( yang sememangnya tak perlu pun). Jadinya makin bertambah tambahlah workload hospital dengan kes kes yang tidak kritikal. Ataupun kerenah MO kk yang sambil lewa me'refer' untuk rule out appendicitis, tapi tidak spoken dahulu dengan surgical team, terus menghantar patient ke green zone tanpa hairan pun nak buat UFEME (ujian air kencing) dan FBC (full blood count) di peringkat klinik. Ini dikatakan me'refer' bagai melepaskan batuk di tangga sahaja.


Sampailah masa aku sendiri merasai pengalaman bekerja di Klinik kesihatan di negeri pahang ini. Tapi aku berjanji pada diri, aku tidak akan jadi MO yang sebegitu. Belajar, bekerja semua mesti tip top! Nak refer, biarlah aku merefer dengan ilmu dan dengan tanggungjawab.

Nak cerita ni bukan untuk mencari kelemahan sesiapa. Kalau nak kata lemah, aku ni lagi banyak kelemahan. Sekadar berkongsi kalau ada antara kita pernah terlepas kata kata atau tidak perasan yang ianya berlaku.


Ada satu kejadian dua hari lepas yang memang membuatkan perasaan aku ni membuak - buak untuk menulis semula. HMMMM .

Ada satu kes yang agak kritikal yang perlu aku refer kepada satu team di sebuah hospital besar. Setelah berbincang dengan FMS ku, dengan semua investigations lengkap aku pun bersedialah nak menghubungi MO oncall team, berkenaan.



" Helo.. Saya Dr Farah dari KK *******. Saya nak refer satu kes kepada U boleh ke?" lembut suara aku dari hujung telefon.

" Whaattt??!! KK mana yang call I ni??" Kasar balasan dari sebelah sana.

" KK *******. My FMS asked me to refer a patient to your team for further management...." Belum habis kata-kata kedengaran herdikan dari hujung sana.

"Kenapa KK ******* refer pada i?! Anyway I dont take referrals from any klinik kesihatan. I only take referrals from hospital only! If U tak percaya U can ask my H.O.D **********. Okay?"


" Actually this patient is from your area, came to us because he is hiding his illness from his family at first. Im so soryy but my FMS kata usually untuk kes macam ni kita akan refer kepada primary team dulu straight away. Usually before this lebih senang macam tu because all the diagnosis and investigations all ready already.. Ke U nak dengar dulu kes apa ni I cerita dulu?.." Aku cuba mencari ruang supaya MO ini MENDENGAR kes hendak direfer ni.


" No!I dont want to listen to cases yang tak ada kena mengena dengan I! Hey U dont ever write my name suka suka hati U je ye kat letter U! Kalau U nak kes di refer pada my team, U refer kepada hospital berdekatan. Then biar doktor hospital je yang refer kes dengan I! Faham?!" bongkak sangat bunyinya di hujung sebelah sana tu.


" OKAY THANK YOU BYE." Kasar aku letak gagang telefon. Kembang kempis hidung aku ni menahan marah. Keinginan untuk memaki semula atas kekurang sopanan MO ini aku tahan sahaja. Cepat cepat aku beristighfar. Hebat sangat doktor *#*%*# ni. Diherdik herdiknya aku macamlah aku ni MO sampah yang tak setaraf dengan dirinya. Apalah salahnya bercakap dengan sopan dan menerangkan situasinya dengan baik. Tak adanya aku ingin sangat nak tulis nama awak atas referral letter aku. Kalaulah KK ni ada semua keperluan ubat dan perkakas untuk merawat pesakit disini, tak akan aku susah susahkan orang di hospital untuk take over rawatan pesakit ni.



Aku beritahu FMS ku apa yang terjadi. Dia juga bengang. "Sejak bila pula staff klinik kesihatan dah tak boleh refer kepada primary team ni!". Yelah bila kami call surgical untuk kes appendiks, ortho untuk kes fracture and ligament tear and even O&G untuk kes kes biasa, rileks je mereka menerima kes aku. Team O&G kami siap kena spoken dengan pakar lagi selalunya. Kalau salah kekadang tu memang padanlah kena marah dengan pakar haha. Siapa suruh tak banyak ulangkaji O&G haha. Jarang aku call team yang satu ni, bila call, begini pula caranya.


Melihatkan pesakit aku ni di reject dan ditolak tolak macam bola di antara kecemasan hospital daerah dan hospital tertiary, aku membuat keputusan untuk terus berhubung dengan pakar perubatan. Bila aku call pakar perubatan, lemah lembut sahaja suara mereka di hujung talian. Mereka mendengar kes ku dari A sampailah ke Z. Alhamdulillah, dapat juga aku admit pesakit ku yang agak tenat itu. Mahu juga pakar tadi mendengar kes dari MO KK yang cabuk ni. Pakar okayh. Tinggi budi bahasa. Kenapa yang anak buahnya macam singa, aku pun tak tahu. Kasihan pesakit aku tu, tahulah end stage AIDS ni rawatannya DIL/NAR sahaja, tapi treat them with some respect. Mereka juga layak menerima layanan yang baik di hujung usia mereka.


Teringat lagi satu kes aku refer seorang budak perempuan anak orang asli kerana kekurangan berat badan. Masa tu macam baru beberapa hari aku baru mula bekerja di klinik kesihatan, aku dah jumpa kes kes pelik dan tak menyenangkan ni. Bayangkanlah, budak tu umur 2 tahun tapi berat dia 5 KILO je! Kecil je budaknya. MO yang sebelum sebelumnya semua entah kenapa tak pernah refer kes budak ni.


Disebabkan blood IX semua dah ada dan aku dapati dia macam hypothyroidism, kemungkinan sebab itulah proses pembesaran nya terbantut. Aku ni dengan polosnya pun call lah MO oncall bertugas dengan niat suci murni hendak merefer kes ni.


Habis je merefer aku bagai diserang serangan pedang kata- kata. dah macam bom atom dah. Terkejut mak ni nakk oiii. Dahlah baru start kerja KK masa tu.

"Hey, bodoh ke mak bapak dia tu! Tak sekolah ke apa?! Kau tahu tak anak kangaroo lagi berat dari anak dia?! Gila betullah budak 2 tahun berat macam baby! Korang kat KK ni sekarang baru nak refer kat aku kan! Kenapa baru sekarang kau nak refer kat aku! Hisssshhh gila betullah mak bapak sekarang ni. Kau tanya sikit mak bapak dia sekolah mana meh aku nak ajar sikit!!"


Disebabkan dia sebut 'kangaroo' aku memang tak boleh lupa herdikan dia sampai sekarang. Mak budak ni actually dengar tau MO dalam telefon tu sebab dia duduk betul betul depan aku. Suara MO tu pula kuat. Bergenang genang air mata si ibu ni. Pastu bila MO ni dah macam out of control dia punya 'histeria', aku cakap, " Bertenang bertenang.. saya pun baru pertama kali jumpa pesakit ni, kenapa tak refer sebelum ni, saya tak dapat nak jawab. Parents pesakit ni ada masalah rumah tangga, sebab itulah kanak kanak ni terabai sikit.."


Barulah MO ni macam cool down sikit. Ayah budak ni memang tak beri izin refer anak anak nya ke hospital, entah sebab pemikiran ortodoks ke aku pun tak tahu. Dah anaknya tak membesar kecut je macam tu pun masih dengan kepercayaan hospital dan rawatan moden semua karut. Yang jadi mangsa sang ibu lah. Ibu pula nak anaknya dirawat dengan baik. Esoknya aku hantar ambulans depan pintu rumah okay untuk bawa anak kecil tu ke hospital. Punyalah usaha kami untuk membantu ibu dan anak yang dalam kesusahan.



Lagi satu last story aku masa merefer yang ni lagi best. Seorang bayi berusia 5 hari dimasukkan ke wad disebabkan demam campak teruk. Admitted for 2 weeks then discharged. Malangnya after discharged ibu nya pula terkena jangkitan chicken pox termasuklah semua ahli keluarganya berjangkit jangkit teruk. So aku rasa bimbang sangat untuk bayi ni sebab chicken pox jangkitan biasa untuk orang dewasa, tapi bagi anak kecil ni berisikolah.


Aku ingin start kan antiviral untuk si ibu, bagi cepat sikit chicken pox nya hilang, lagi lagi si ibu tadi datang cepat pada onset virus ini. Sebab dia tengah menyusukan bayi kecil nya itu. Disebab kan bayi tadi pun baru complete antiviral nya di hospital so aku jadi bimbang sebab tak sure samada boleh kah ibunya mengambil antiviral ketika menyusu badan. Sebab ubat itu akan masuk ke dalam susu ibu. Aku bertanya apada FMS ku, kami sendiri tidak pasti. Bertanya pada farmasi, mereka juga ralat. Aku dan Fms adalah research sikit di internet, tapi tak ada guidelines yang clear.


Jadi kami mengambil keputusan untuk bertanya pada yang lebih AHLI dalam hal ini. Itulah yang diajar oleh medical school ku dulu. Masih terngiang ngiang pesanan prof john, "ACT WITHIN YOUR AREA OF EXPERTISE". Kalau tak pasti, rujuklah kepada yang pakar dalam bidang bidang tertentu. Sekurang kurang nya kami membuat research dan berusaha sebelum menemui jalan buntu.


Again, teruk aku dimarahi yang disebelah sana. "What the heck are U talking about I dont understand! Now U be honest with me. U sengaja call I kan sebab U nak ambil nama I to cover your bloody ass kan! ".


Terkejut mak dek non haha. Sampai perkataan 'bloody ass' keluar dari mulut seorang professional. Seseorang yang aku hormati. Tupun kalau dah kena maki hamun berbakul bakul kalau dapat solution pun tak pe jugak, ni aku rasa dia pun tak tahu sebab tu dia tak nak aku babitkan nama dia kes ni. Kecewa sangat hokayh. Disebab kan aku ni MO yang tak pakar dan tak berapa pandailah aku bertanya kepada yang mempunyai kepakaran. Tapi entahlah di mana silapnya.


Last last aku suruh mak nya kurang menyusukan anak buat sementara waktu sewaktu dia on medications. Nak buat macam mana, niat kita hanyalah untuk melindungi ibu dan bayi. Dan susu ibu untuk beberapa bulan pertamalah adalah yang penting dalam proses bonding. Sedih sangat bila teringat balik. Tapi biasalah tu, ada sesetengah orang ingat MO KK ni memang sengaja nak lepas tangan atau ambil jalan mudah. Akibatnya pesakitlah yang terabai.




Aku tak nafikan ada juga MO KK yang bila dah lama 'mereput' di KK, sesetengah mereka memang ambil sambil lewa dalam rawatan pesakit, ataupun mengambil sikap acuh tidak acuh dalam merujuk pesakit ke hospital. Tapi jangan lah pukul rata kami semuanya. Alhamdullilah sepanjang aku duduk di KK, jarang sekali aku diherdik dan diperlakukan dengan teruk. Selagi kau buat kerja kau betul -betul, kau refer betul -betul, aku pasti MO di tertiary centre pun delighted to take your referrals. Dan aku sangat faham, kadangkala mereka stress dan penat bekerja di hospital hospital besar dan kawalan emosi memang sangat ke laut. Apatah lagi bila kau bekerja dalam O&G contohnya, respect sangat dengan MO - MO yang boleh ambil referrals aku dengan cool dan berhemah. Kita sama-sama ada stress tersendiri, siapalah kita untuk men'judge' sesama sendiri kan?



Kita sama - sama dalam bidang yang sama. Tidak semua MO di klinik kesihatan kerja mereka tidak mencabar. Walaupun baru setahun sahaja usiaku bekerja di klinik kesihatan, aku sudah merasai bekerja di 3 klinik yang lain pengalamannya. Satu di ceruk felda, satu di sebelah highway yang merbahaya alhamdulillah kini dipermudahkan sikit apabila dapat bekerja di klinik sebelah hospital. Semua berlainan cabarannya.



MO - MO yang bekerja di ceruk pedalaman berat tanggungjawab mereka. Kedudukan mereka yang jauh dari hospital besar menjadikan mereka frontline dalam menyelamatkan nyawa pesakit. Itu tak kira lagi dengan ubat ubatan yang sangat limited. Kadang kadang perkakasan pun tidak cukup. Aku pernah hantar pesakit yang tenat tetapi tidak ada spo2 monitoring, jadinya aku monitor pulse dengan jari jemar mulus ni je sepanjang perjalanan ke hospital. Kadangkala kami intubate patient dengan valium tanpa muscle relaxant. Bayangkanlah kena intubate patient yang fighting, kalau tak intubate desaturating pula. Kadangkala tengah - tengah malam terkial kiallah kami bertiga (doktor, seorang satff nurse, seorang ma) intubate and cpr patient. Nasib tak baik tinggal berdua. Pernah sekali kami perlu intubate pesakit yang beratnya lebih 120 kg dan kami semua perempuan, nak hengsotkan patient di atas katil pun kami tak mampu. Lain dari hospital besar yang mempunyai ramai kakitangan ketika kecemasan berlaku. So maafkanlah kami kalau patient yang kami hantar berada dalam keadaan serba kekurangan.



Ada seorang rakan ku yang dapat kes massive MVA (motovehicle accident), with complete amputation of leg, bayangkanlah keadaan kami yang hentikan bleeding dari major vessels di kaki tu. Nak prevent hypovolaemic shock. Perlu stabilizekan patient sebelum di hantar ke major hospital.Tuhan saja yang tahu betapa kelam kabutnya kami dengan equipments, kakitangan dan medications yang limited. Aim kami nak pastikan pesakit hidup sahaja semasa dikejarkan ke hospital.



Alhamdulillah so far rakan rakan colleague di hospital berdekatan kami sangat supportive dan memahami. Ada yang tak memahami tu, redha kan sajalah. Ada bila kami hantar tu siap kami dimarahi hantar patient dalam keadaan teruk, pun kami redha kan sajalah. Pernah di sergah dengan berbagai soalan kenapa tak buat tu, tak buat ni di tengah tengah malam dengan tak ada staff yang cukup di KK, pun kami telan saja. Asalkan pesakit kami selamat, kami bersyukur. Tak semua orang akan faham keadaan kita di klinik-klinik yang kadangkala daif dari segi equipments. Yang penting pesakit kami selamat.



MO di KK atau hospital daerah atau di hospital besar semua mempunyai peranan masing masing. Kami di frontline bertugas untuk mencegah penyakit dan menyebarkan pendidikan dan kefahaman tentang penyakit kepada orang awam. In sha Allah, even aku hanyalah mo cabuk di KK, setiap pesakit yang aku jumpa aku akan memberi education yang sebanyak mungkin untuk mencegah biarkan ia memakan sedikit masa untuk berleter panjang. Kerana walaupun kadangkala MO di KK ini di pandang sebelah mata, tapi kami memainkan peranan yang sangat besar dan penting mencegah penyakit dari peringkat akar umbinya. Usaha kita yang dipandang kecil dimata masyarakat sangat tinggi darjatnya disisi Allah. Kita bekerja bukan untuk mendapat sanjungan orang, tapi untuk mendapat keredhaan dariNya.



Tiga sahaja kes terpencil yang mungkin tidak disengajakan. Selainnya aku amat pasti rakan rakan seperjuanganku semua baik dan tinggi budi bahasanya. Jauh sekali aku ingin membandingkan budaya kerja ketika di ireland dan di malaysia kerana tekanan dan beban kerjanya terlalu berbeza. Malah saya amat menghormati rakan - rakan seperjuangan yang berjuang di bidang masing masing. Rasa teringin sangat nak masuk ke specialties dan belajar lebih tinggi, tapi buat masa ini ada cita cita lain yang sedang aku kejar. Please doakan usaha dan cita cita ku tercapai. Marilah kita sama saling lebih menghormati dalam bekerja. Terima kasih rakan rakan atas tunjuk ajar yang tak pernah habis pada diri ini.






Chaiyok chaiyok !









Tuesday, February 23, 2016

ayah saya tidak jahat, doktor!

Assalamualaikum w.b.t.


Perkara yang paling aku cintai bila aku bergelar doktor ialah apabila setiap hari aku terasa ditegur oleh Tuhan. Setiap hari dalam pekerjaan ini aku diberi peringatan. Setiap hari dalam melakukan tugas ini, aku diberikan amaran.


Dalam pekerjaan ini aku melihat kematian. Aku merasakan hembusan nafas terakhir insan. Aku melihat kejung dan detak jantung yang terakhir mereka. Setiap hari aku melihat kesakitan. Setiap saat aku diajar Tuhan supaya bersyukur atas setiap satu nafas yang dihembus. Setiap saat aku dididik mengenali ajal. Kerana itulah aku mencintai pekerjaanku. Kerana aku percaya, pekerjaan ini menjadikan aku dan mereka insan yang lebih baik.


Ada orang menegur aku, mengapa aku ceritakan kisah-kisah pesakitku pada dunia. Adakah niatku untuk mengaibkan? Atau menjaja keburukan orang?


Satu perkara yang aku faham tentang kehidupan. Pendidikan rohani banyak biasanya datang dari pemerhatian. Kerana Allah tunjukkan kuasanya melalui apa yang kita lihat dan apa yang kita fikirkan. Kerana itulah Allah berulang kali menyebutkan di dalam AL QURAN. Orang yang paling beruntung ialah orang yang melihat dan berfikir. Kita sama-sama berkongsi kisah dan pengajarannya, bukan menghakimi mengadili sesiapa.





Mari aku ceritakan tentang seorang lelaki bergelar ayah ini.


Satu pagi, anak gadis berusia 14 tahun berjalan masuk ke bilikku. Dia penghidap kencing manis jenis pertama (type 1 diabetes mellitus) yang berpunca daripada kekurangan hormones insulin yang dihasilkan oleh pancreas yang tidak dapat berfungsi seperti biasa. Bagi aku kes-kes beginilah yang paling kasihan. Di usia muda tubuh badannya menjadi mangsa jarum insulin yang empat kali sehari. Menjadi mangsa symptoms hypoglycaemia yang boleh menybabkan kematian sekiranya tidak dijaga.



Tidak lama selepas adik itu masuk, masuk seorang lelaki berusia 40 an. Barwajah letih dan layu. Memakai t-shirt lusuh. Bau badannya dapat ku hidu. Mungkin baru pulang dari kebun atau ladang. Mengekorinya perlahan dua orang anak kecil berusia sekitar 3 dan 4 tahun. Memegang seluar lelaki itu.

" encik siapa? " tanyaku.

" Dia ayah saya.." adik tadi menjawab. Lelaki tadi duduk jauh dari aku, mendiamkan diri.

Aku selak dua tiga muka buku hijaunya (buku pesakit diabetes). Banyak angka berwarna merah. Melambung2 ke langit kadar level gula adik itu. Banyak catatan doktor2 sebelumnya:

'not compliant to medications, not taking insulin'
'symptoms of diabetic ketoacidosis noted, but patient's dad refused patient to go to hospital. explained risk might be death, but dad refused.'

Aku selak dan selak, adik itu pandang aku tak berkedip-kedip. Tangannya digenggam2. Macam dia tengah sediakan diri untuk dibebeli pula.


"awak cucuk insulin ada tinggal tak? Gula hari ini masih tinggi".

" kadang-kadang cucuk kadang tak. Tak sempat doktor. Nak sekolah lagi, jaga adik lagi." jawab adik itu perlahan. ayahnya masih mendiamkan diri.


" Adik, doktor bukan nak marah tau. Tapi awak ni masih muda. Kalau gula awak macam ini, dalam 5 ke 10 tahun, buah pinggang, jantung dan mata semua boleh rosak tau. Dah dua tahun dah awak kena kencing manis. Awak pun dah besar dah boleh faham penyakit ni kan..Nanti kalau buah pinggang rosak, kena cuci darah guna mesin." sungguh2 aku terangkan sambil aku buka gambar2 buah pinggang, jantung dan mata yang rosak di google images. Sambil2 menoleh kepada ayah budak perempuan tersebut.

Dalm hal sebegini, aku rasa pemahaman ayahnya lebih penting. Kerana peranan yang akan dimainkan ayah tersebut sangat besar, apatah lagi adik tadi masih terlalu muda untuk penyakit chronic begini. Support sistem adalah perlu. Dari kedua ibu bapa khususnya.


" Saya tahu doktor. Tapi.. saya betul2 tak ada masa..." bergenang air mata anak gadis itu.


"Takpe doktor.. doktor bagi saja dia ubat.. pandai2lah dia makan nanti. Saya pun bagi dia makan ubat-ubat tradisional. Esok-esok oklah tu. " si lelaki tadi jawab sedikit terganggu sambil sibuk memujuk anak anaknya yang berdua itu.


"encik saya nak tanya.. kenapa masa bulan 12 haritu doktor nak masukkan anak ke hospital encik tak nak ye.. ni dah masuk dua kali kena gula tinggi macam ni. bahaya kalau dibiar saja.." aku beranikan diri tanya.


" Doktor saya ni kerja siang malam tak henti-henti. kalau anak saya ni masuk hospital siapa yang nak jaga adik2 dia ni?! Isteri dah meninggal dua tahun lepas. Anak saya enam orang. Yang ini sakit kencing manis pula! Muda-muda dah kencing manis! Haih! " lelaki bersuara garau itu bagai melepas rasa kecewa. Nadanya tertekan. Aku diam. Adik itu juga diam. Dia menangis. Mungkin dia merasakan bahawa dia adalah beban.


Lelaki tadi keluar dari bilik ketika itu juga. Mungkin keluar untuk menyorokkan air mata lelakinya dari pandangan aku dan anak perempuannya itu.


" mak meninggal kenapa? " aku pandang gadis muda yang sedang teresak2 dihadapanku.

" mak meninggal masa lahirkan adik."

"Bila mak meninggal ayah ke yang jaga semua adik beradik?" tanya aku lagi.


"ye.. ayah jaga semua. ayah kerja kontrak ladang je. Bila saya sakit, ayah lagi susah. Saya paling sulung, kalau saya masuk hospital, siapa nak tengokkan adik-adik. Kalau ayah tak kerja, nanti kat rumah tak ada makanan, nanti kena berhenti sekolah... Ayah saya bukan jahat doktor.. Bukan dia tak sayang saya.. Tapi dia macam tertekan sikit sejak mak dah tak ada...." tenang adik ni membela tindakan ayahnya.


Aku tahu dia juga terluka dan terasa. Dialah tulang belakang ayahnya, namun penyakit itu bagai beban yang tidak diundang.


Lima minit aku hanya diam dan biarkan saja adik ini menghabiskan sisa-sisa air matanya. Apabila dia kembali tenang, aku kembali menerangkan tentang masalah kencing manisnya. It is a hard truth, tough reality. But tetap perlu dihadapi.

"penyakit kencing manis bukan macam penyakit batuk selsema yang kita bagi ubat terus baik. Penyakit kencing manis seumur hidup. sekali kena, kita hanya boleh elakkan komplikasi saja. Nak ubat sepenuhnya dah tak mungkin. Yang kita mampu just make sure kesihatan awak maintain baik. Awak masih muda. Jauh lagi perjalanan. Adik beradik ramai. Sebelum awak jaga orang lain, awak kena jaga diri sendiri dulu.." aku pegang tangan adik ni.


Rasa bersalah pula aku bila aku bercakap soal kekuatan dan ketabahan dengan adik semuda itu. Bila aku terpaksa bercakap tentang tanggungjawab dan peranan di usia pada mana dia sepatutnya bergembira dan menikmati zaman mudanya. Kasihan, Sudahlah kematian ibu, dengan tubuhnya juga yang dihenyak penyakit kencing manis. Menggantikan peranan seorang ibu kepada 5 orang anak kecil yang sangat memerlukan kasih sayang dan belaian seoarang wanita. Allah beratnya rasa. Kalau lah aku ditempatnya, belum tentu aku setabah itu.



"Next time datang kita nak gula ni pakai pen hitam pulak ok?" adik itu mengangguk lemah. Aku harap, dia tidak jemu berjumpaku lagi. Aku tahu aku harus mendesak dia agar dia menjaga paras gulanya. Jika tidak, adik2 nya akan kehilangan seorang lagi 'ibu' mereka.


Kita rasa kita sudah cukup kuat dan mulia, walhal kita belum diuji dengan musibah hebat yang benar-benar akan menggoncang man kita. Ujian sebegitu hanya dikurniakan kepada orang-orang hebat, yang terpilih. Tolonglah malu pada diri sendiri, apabila kita belum pun diuji, tapi kita sudah merasakan kita sudah cukup beriman. Malah kita lupa untuk mensyukuri setiap nikmat yang kita telah perolehi.



Suatu ketika Imam Syafi’i pernah ditanya oleh seseorang, “Mana yang lebih hebat bagi seseorang, antara dikukuhkan (dimenangkan) atau diberi ujian.” Lalu Imam Syafi’i menjawab, “Ia tidak dikukuhkan sebelum diberi ujian” (لَا يُمَكَّنَ حَتَّى يُبْتَلَى) (Ibnu Al-Qayyim: 283).

Demikianlah sunnatullah terjadi pada orang-orang hebat di sisi Allah subhanahu wata’ala. Mereka tidak diberikan kemenangan sebelum diuji hingga berdarah-darah. Karenanya Rasul shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

أَشَدُّ النَّاسِ بَلاَءً اْلأَنْبِيَاءُ ثُمَّ اْلأَمْثَلُ فَاْلأَمْثَلُ يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلٰى حَسَبِ دِيْنِهِ فَإِنْ كَانَ دِيْنُهُ صَلَبًا اِشْتَدَّ بَلاَؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِي دِيْنِهِ رِقَةٌ اُبْتُلِيَ عَلٰى حَسَبِ دِيْنِهِ (رواه الترمذي وابن ماجه)

“Manusia yang paling dashyat cubaannya adalah para anbiya’ kemudian orang-orang serupa lalu orang-orang yang serupa. Seseorang itu diuji menurut ukuran agamanya. Jika agamanya kuat, maka cobaannya pun dashyat. Dan jika agamanya lemah, maka ia diuji menurut agamanya” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah).



Maka, nilailah sendiri diri kita, hebatkah ujian kita?





adik, please change your mind!

Assalamualaikum w.b.t.

It was a one fine day in my klinik kesihatan. This morning was a chaos. It's like so many wanita mengandung menyerang bilik aku dengan beberapa masalah gynaecology yang buat aku rasa pening. Perut terlebih besarlah. Kes blinded ovum. Air ketuban terlebih banyaklah. Rasa macam tengah duduk dalam department O&G sekejap haha. Overwhelmed by it but I admit I am so interested doing O&G as a specialty.


Then later in the afternoon, I met this beautiful young lady. She was 14 years old. Fair skinned with a sweetest smile. Lipstik warna pink gittew. Eyeliner, eyeshadow. Jeles mak. Aku pun tak reti nak calit benda-benda tu kat muka. Dah pernah belajar, tapi still fail. Mungkin make up tak ditakdirkan untuk muka aku haha

She greet me nicely when she came in. Then she sat down.

"Doktor, saya ni batuk. Sekarang dah kahak keluar darah."

Hmmm.. Batuk berdarah can suggests serious diagnosis, then i dig dig dig further her history making me ended up ordering TB work up for her. When I finished consulting her I asked her soalan biasa.

" adik nak time slip bagi kat sekolah kan?" Sambil pantas tangan aku mencapai time slip mula menulis namanya.

" Eh doktor saya dah tak sekolah".

"Kenapa?" Aku macam tak puas hati.

"Tak minat nak belajarlah doktor. Tak tau kenapa." selamba. Tapi aku tengok pakaian dia, makeup dia. Tak ada gaya orang yang terlalu daif dfan fakir sampai tak dapat bayar yuran sekolah.

" Habis tu sekarang buat apa? Kerja? " Sorry, aku ni memang manusia curious. Aku tak segan silu bertanya. Anak bangsa aku ni. Ingat apa yang aku pernah cakap? AMBIL PEDULI.

" Kerja mengasuh anak orang je..Tak lama lagi mungkin dah nak kahwin." Dia tersengih-sengih.

Aku diam sekejap. Pandang anak matanya dalam-dalam. Mencari pengertian. Masa akak umur kau dik, akak ni masih budak hingusan. Menangis-nangis lagi homesick dalam shower kat mrsm kuala klawang nun. meskipun time tu dah start jadi student union. Masa akak umur kau dik, masa tulah semangat belajar aku membuk-membuak macam gunung berapi tu. Pasang angan-angan. Pasang cita-cita.



"Kenapa tak minat sekolah?" Aku tanya lagi. Tengok patient kat luar tinggal sorang dua je lagi, aku luangkan masa berubah dari menjadi seorang doktor kepada seorang kakak untuknya.

"Entahlah kak. Tak minat. Tak seronok baca buku."

"Habis tu nanti kalau dah besar awak nak kerja apa? Macam mana nak cari duit? Sekarang semua benda dah mahal tau. Kita kena cari kerja. Kena baiki taraf hidup kita. Caranya belajar je. Tak bagus sangat pun tak apa, janji ada sijil. Kalau takpun, pergi masuk sekolah kemahiran. Menjahit ke, menenun ke, bertukang ke, apa-apa jelah." Nah. Bertubi-tubi soalan aku tembak. Rasa nak cubit je pipi dia yang tembam tu sebab geram.

"Entahlah doktor. Tak fikir sampai ke situ lagi. Pasni kahwin in sha Allah ok kot."

"Boyfriend awak habis sekolah tak? Sekarang dia kerja kat mana?" curious. Lagi.

"Eh boyfriend saya umur dah 44 tahun. Beza umur kitorang 30 tahun tau kak. Dia dah ada dua isteri, kalau kahwin saya ni nombor tigalah! " muka dia excited tiba-tiba. Aku pulak rasa macam dihempap konkrit. Tak sanggup lagi nak dengar. The bitter side of reality.

" Dia pernah sentuh awak dik? Buat benda-benda tak elok dekat awak?" tiba-tiba muka aku berubah menjadi lebih serius dan menakutkan. haha.

" Eh tak pernah kak. Sebab tulah mak saya suruh kahwin, sebab takut kitorang buat benda-benda tak elok." Muka dia pun dah start malu-malu. Kesian dia. Macam soal siasat polis pulak.

"Dik, umur boyfriend awak dah 44, awak baru 15 tau. Kalau tiba-tiba dia mati dulu, anak awak pulak ramai, awak nak bagi anak-anak awak makan apa kalau awak tak ada ilmu, tak ada kerja.." Satu lagi soalan berapi aku lontarkan. Saja nak bagi adik ni berfikir. Dia muda. Pemikiran cetek lagi. Semua tindakan dan keputusan tak ada rasional dan pandangan jauh. Semua pendek-pendek takat nak seronok-seronok saja.




" Dik, awak ni muda sangat lagi. Bersih lagi. Otak pun cekap lagi. Nasihat akak, belajarlah balik. Masuk sekolah. Belajar dengan kawan-kawan. Ilmu ni penting dik. Allah suka orang yang berilmu. Sebab tu darjat orang yang berilmu ni tinggi disisi agama. Perkahwinan ni pun satu ibadah, tapi nak membina rumah tangga ni pun bukan setakat cukup cinta dan nafsu je. Nak memelihara rumahtangga ni memerlukan ilmu, kebijaksaan, sifat rasional, tanggungjawab, kasih sayang untuk memastikan keharmonian, kestabilan kewangan dan perhubungan. Awak kena fikir semua tu.." Nah, panjang ceramah ustazah farah dah bagi.

Adik diam je, terkebil-kebil. Mungkin cuba nak hadam 'tazkirah' aku tadi.

"Adik tahu tak, orang wanita ni bila kahwin dia bukan setakat nak kena pandai cuci baju, cuci pinggan sapu rumah je. Nanti awak dah ada anak, awak kena didik anak awak. Jadi contoh yang baik. Semua tu perlukan ilmu. Dengan ilmu, orang tak akan pandang rendah kat kita. Perempuan ni kalau takat cantik muka je tak cukup, bila dia cantik, pastu pandai pulak tu, baik pulak tu, lagilah seksi hot dan meletup!" Bersemangat ucapan aku macam ucapan Presiden Obama. Maklumlah, bekas ahli forum negeri time sekolah dulu haha.



Adik tu terdiam. Lama. Kesian dia. Akak tegur sebab akak sayang. Kalau akak tak sayang anak bangsa akak, tolong anak bangsa akak, siapa lagi yang nak tolong. Kalau akak tak sayang, akak tak kan pedulikan awak. Takkan bazirkan masa untuk awak. Itu matlamat kita, menyumbang, mendidik tidak kira walau dengan seorang manusia.



Perbualan kami tamat lebih kurang 40 minit. Usai dia keluar, aku mengintai ke luar bilik melihat kellibat lelaki a.k.a boyfriend yang datang bersama gadis itu. Dalam hati aku terus menitip doa gar dibukakan pintu hati adik itu untuk menjaga maruah dan dirinya. Aku berdoa agar ibu bapanya melindungi anak gadis mereka yang masih polos dan mentah itu. Aku berdoa agar semangat menuntut ilmu itu masih membakar tidak banyak pun sedikit dalam jiwa anak muda itu.



Pernah aku bertanya kepada Amir suamiku, "Abang, sekiranya abang diberi pilihan abang mahu wanita yang bagaimana, yang cantik atau yang bijak? Pilih salah satu sahaja."

Lama suami aku diam. " Hmm.. Cantik tu penting. Tapi bagi abang cantik tu bonus. Abang lebih suka perempuan yang bijak so that she can helps me untuk uruskan rumah tangga. Perempuan yang kuat dan berdikari supaya bila abang kena kerja jauh-jauh, dia boleh jaga nak-anak abang dan harta abang. Bila abang boros tak tentu arah, dia akan tegur dan manage financial diam2, sampailah poket abang kering terduduk, dia saving kat belakang. Behind every succesful man there is a woman."

So kawan-kawan, ilmu itu penting. P.E.N.T.I.N.G.



the road bully! hmmph

Nak dijadikan cerita harini member aku yang oncall, aku tak oncall. Tapi staff asyik call aku sbb x dpt hubungi member aku ni. Padahal aku sedang bersenang lenang dirumah setelah 4 hari straight oncall di hari raya cina ini 😑

Kasihan pada staff yang meracau2 cari doktor utk merefer, aku pun mengvolunteerkan diri aku utk tlg. Jadi terjebaklah aku dalam jem bentong yang sangat menyeksakan dan macam siput. Yelah, harini kan cuti abes. 🚗🚕🚖🚘🚑🚒🚓🚔🚍🚌🚋🚈🚊

Sebab kasihan pada patient aku baby yg berusia 7 hari, dan ibunya yg dlm pantang, aku pun cuba sedaya upaya utk dtg cepat ke klinik. Yelah, mak die pun dlm pantang. So adelah aku potong2 sikit dlm trafik ni. Kereta aku xde siren ambulans utk mengatakan aku ada kecemasan. Dah sejam aku terperangkap dalam jem bentong.

Dari dua line bercantum menjadi satu line, aku cuba menyelit di antara kereta yg ada. Nak dijadikan cerita, kereta sebelah aku ni marah sgt aku nak masuk depan kereta dia. Aku nampak dah dia separuh mati menghimpit kereta depan aku x bagi masuk. So aku bawa jelah macam biase utk masuk line, agaknya die marah sgt tiba2 die hentak cermin tingkap aku dan side mirror aku. Aku pandang dia, buat muka biasa. Takut, tapi aku cuba jadi cool. Yelah samseng tu. Boleh pulak bukak tingkap hentak kereta orang tgh2 jem.

Aku bagi isyarat tangan, “kalau u pukul lagi, i call polis”. Pastu aku tunjuk tangan ‘jalanlah’ sambil stop kereta bg dia jalan Aku still berlagak cool. Tak guna aku pun jadi samseng macam dia. Yelah, semua org stress. Mentang2 aku perempua .Kereta2 lain lg banyak yg potong line, xkan kau nak hentak semua kereta? Mungkin salah aku nak ambil jalan dia, tapi kalau aku cakap aku doktor dan ada kecemasan, rasa2 dia ada rasional ke nak percaya? Belum apa2, dah hentak cermin kereta org sebelah. Kau lelaki kan pandai memandu, himpit jelah. Aku takkan langgar kereta kau pun. Entah apa2. 😑😑

Hati aku takut jugak, yelah org perempuan kan.. shaking jugak bertembung dgn org berlagak samseng macam tu. Teruslah aku call husband and cerita apa yg berlaku. Nak hilangkan trauma ngeh3 😏Sambil tu aku nampak dia tertinjau2 aku dari side mirror depan. Dah macamtu, aku pun berlagaklah seolah2 aku sedang mereport polis tentang apa yg berlaku td. Siap jeling2 nombor plat die konon2 report nombor plat kereta dia. Haa… padahal aku pun x lah semborono begitu. Kecil punya hal, xpayah besar2kan. Semua org tgh stress tu aku faham. Aku as a doctor nak attend emergency lglah rasa stress. Tapi kenalah keep the composure kan 🙌

Tiba2 dia bagi signal and patah balik. Lah, kan rugi tu. Dah stuck sejam dalam jem siap ko hentak kereta org lain demi sampai ke destinasi, ni kau pusing balik pulak. Aku rasa mgkn dia takut and ingat aku report polis kot, ramai saksi nampak kot die hantak kereta aku. Sebab tu die pusing balik, takut kot. Hmmm. Aku pulak yg rasa rugi sgt untuk dia.. 😣

So pengajaran dari cerita aku ni ialah ;

1) kena kawal rasa marah. Pesanan utk aku jugak sbb aku ni pun cepat marah. Rasulullah pun kata sekuat2 iman seseorg ialah org yg boleh kawal sifat marah. Kalau tak nanti tindakan ketika marah tu boleh merugikan diri sendiri mcm kereta yg pusing balik td. 😊

2) bila jumpa org tak rasional, jgn kita sekali go down to his level. Mengalah je. Yang penting safety. Ikut hati nak je buka tingkap marah balik, tapi my inner self said, stay away from harm. Fikir kena panjang baik buruk, bukan fikir takat baran time tu je. I feel sorry for that driver for the fact that die pusing balik setelah lama stuck dlm jem, tp nak buat macammana kan. It was his call 😌

3) mungkin ini dugaan dalam beribadah. Dahlah aku x oncall, stuck dlm jem nak attend kes yg patut nya bukan kes aku, siap kereta kena hentak lagi. Tapi nawaitu tu nak tlg org. Kalau hati dah ikhlas sejak keluar rumah td, semua dugaan tu berlipat kali ganda ganjarannya. Allahu.

Akhir cerita, baby dan mak tu selamat aku admitkan even lambat sgt aku sampai. Patient pun sabar menunggu. Alhamdulillah. ☺

Terima kasih sbb baca bebelan aku. Harap ambil pengajaran. 😁😁