... I am A restless brain ...

Showing posts with label bumi asing. Show all posts
Showing posts with label bumi asing. Show all posts

Saturday, May 11, 2013

..budak lidah BELACAN 'bertapa' di bumi MAT SALEH..

Assalamualaikum,


Sebulan blog sepi dan kontang. Maklumlah exam final. Otak 'jammed' selagi result tak keluar. Jangan kata nak tulis blog, mandiku tak basah, tidur pun tak lena. Semua 'jammed'.


Alhamdulillah semalam result kami keluar.

Tujuh tahun pengajian ku dalam bidang perubatan berakhir dengan baik sekali. 2 tahun di malaysia semasa zaman azab menjalani diploma International Baccaulereate. Dan lima tahun degree disini. Sekali lagi nikmat sebesar ini membuat aku semakin berasa rendah hati betapa PengasihNya Dia pada aku yang serba kekurangan. Tiada apa yang aku miliki kini ialah hak mutlakku, dariMu ia datang, kepadaMu jua ia akan kembali. Allahu.


Dan kurang sebulan dari sekarang aku bakal meninggalkan bumi Dublin yang penuh dengan tawa dan luka ini. Tidak pernah aku terbayang sewaktu aku pelat membaca di tadika seri desa dulu yang aku akan menuntut di bumi mat saleh yang selalu aku tonton di dalam TV sahaja. Apatah lagi untuk menjadi lulusan graduan dari tanah yang dulunya hanya ada dalam angan-angan dan cita-cita. Kini ia adalah nyata. Aku seorang graduan perubatan bumi Dublin, Ireland.



yang muka paling garang itu aku =)


Sungguh hidup penuh dengan kejutan dan keajaiban. Apatah lagi buat aku seorang gadis biasa dari keluarga yang sederhana. Lebih-lebih lagi menjadi doktor pertama dalam keluarga besarku. Jalan yang aku tempuh ini semuanya baru. Aku perlu bertatih, jatuh dan bangkit sendiri. Siapa sangka budak lidah belacan ini bisa 'bertapa' lama dan pulang membawa segulung ijazah perubatan dan pengalaman dari bumi asing yang penuh onak dan liku. Namun yang pasti aku masih farah syazana yang sama. Bertambah ilmu dan pengalaman, tidak bererti aku lupa berpijak di daratan. Istiqamahkan ku. Biar makin berisi makin tunduk.


Aku ingin kongsi ini cerita. Segan nak cerita, tapi nak cerita. Biar jadi perangsang untuk adik-adik yang kadang-kadang curiga untuk menghayun tangan mecorak dunia.


Perjalanan untuk ke bumi barat ini bukan mudah. Kita semua berjuang bermati-matian, ingin menempah tempat untuk terbang tinggi merentas benua. Malah aku sendiri pun tak pernah sedar betapa 'nerd' nya aku sedari kecil. Mungkin aku memang jenis budak rajin belajar. Kata ibu sewaktu sekolah rendah, aku tidak pernah dileteri pun untuk membuat kerja sekolah. Balik rumah 'steady' je homework semua dah settle kat sekolah. Pukul 9.30 malam aku dah syahid, bangun pagi kesekolah pun tak pernah liat. Plus,game is not my forte. Game simple cam game ular dalam nokia 3310 pun aku nak muntah bila main. Pendek cerita senanglah nak jaga aku, memang budak 'nerd' sejak azali. Tidak susah untuk membesarkan aku, begitulah kata ibu.


Cita-cita aku simple. Aku nak jadi apa saja yang boleh membahagiakan mak ayah aku. Semua orang kejar kebahagiaan dalam hidup. Kebahagiaan aku pula ialah kebahagiaan mak ayah aku. Bila orang-orang yang aku sayang happy aku pun happy.

Satu hari aku dapat tahu mak aku teringin nak ada anak bergelar doktor. Jadi doktorlah cita-cita aku. Masa tu tak ada siapa nak beritahu aku apa nak buat, jadi aku dengar-dengar je cerita kawan-kawan aku yang ada ayah, ibu, abang atau kakak yang dah jadi doktor. Dari situlah aku dengar tanah yang bernama Ireland. Jadi Irelandlah yang aku buru.

Alhamdulillah Allah mendengar nawaitu aku, dan Dia izinkan aku menapak disini. Inilah wajah-wajah aku pada minggu pertama aku jejaki Dublin. Excited, teruja, mentah, masih clueless apa yang bakal bumi ini janjikan untuk aku.




Satu rahsia aku mahu kongsi.

Jujur, ada ibrah Allah menempatkan aku dibumi ini. Medicine bukan agenda utama. Meneroka alam ciptaanNya prioriti kedua. Kerana ibrah terbesar aku disini ialah aku lebih mengenal Pencipta. Mengenali cara menyintai Dia. Dipisahkan aku dari ibu bapa yang selama ini menjaga, meletakkan aku 'direct' dibawah jagaan Dia. Bila semangat goyah dan patah, terasa sunyi dan sendiri, makin terasa aku tiada apa selain DIA.


Salah satu cara Allah mengajar aku menjadi hambaNya. Begini. Jujur, aku budak lidah belacan. Ya, ke'nerdy'an aku berjaya membuahkan hasil dalam setiap peperiksaan, tapi aku ada satu masalah berdepan dengan Ireland. Dulu, aku tidaklah 'speaking London' berhabuk macam sesetengah kawan-kawan aku yang lain. Ya, aku petah dan lantang, berbahas dan bersyarah. Tapi hebat dalam bahasa ibunda sendiri. Bahasa Inggeris, di dalam peperiksaan aku hebat. Tapi untuk berbicara, eheh kureng. Bukan sebab aku tak suka, tapi sebab tak amalkan. Cakap english hanya dalam kelas english disekolah. When u are conversing in English, u can't just translate the sentence, u have to know the art of the conversation. Write, Listen, Speak.


Masa masuk kolej mara banting, aku rasa itulah pertama kali 'esteem kendiri' aku merudum mendadak sedikit. Selama ni aku cukup bermotivasi tinggi, alhamdulillah menjadi antara yang teratas dalam carta disekolah. Masuk saja KMB, barulah 'buku bertemu ruas'. Disekeliling aku semuanya pelajar-pelajar terbaik seluruh Malaysia. Jentera yang bakal dihantar negara untuk menuntut di benua Eropah. Disinilah kami di'sedia'kan sebelum berangkat. Yang paling buat aku stress, semuanya 'speaking london'. Tu belum cerita lagi dengan subjek pelajaran level antarabangsa yang 'super susah' plus berjuta assignment yang kadangkala buat kepala aku rasa nak pecah. Sampai pernah satu tahap aku rasa nak terima je tawaran perubatan UIAM yang aku dapat selain offer ke luar negara ini.


bersama rakan-rakan KMB yang dah ber'sepah' diserata eropah =)

Haaaa tapi rencana Allah itu sempurna. Even perjuangan hidup Rasulullah pun tak pernah mudah, kerana manusia hebat dilatih dengan perjuangan yang hebat juga. Seperti motto hidup aku, "WHEN THE GOING GETS TOUGH, ONLY THE TOUGH GETS GOING". Yes, only the toughest. Dan di KMB juga lidah belacan aku di'transform' menjadi lidah mat saleh. Struggle juga aku nak 'catch up' dengan rakan-rakan yang kebanyakan anak orang 'ada-ada', yang english sudah menjadi bahasa rasmi isi rumah. Ibu bapa aku telah memberikan aku didikan cukup sempurna. Dan aku tidak pernah menyalahkan sesiapa atas ke'struggle'an ini. Anak gadis ibu dan ayah ini tiada istilah 'putus asa' dalam hidupnya.


Write. Listen. Speak. Semangat kena kental dik oi. Buat medic di tanah barat u have to be really fluent conversing in english. Because we are not learning with books and papers only. All the bedside teaching delivered verbally by the doctors. Our patients are the textbooks. Communication is the key. Good rapport with them make the whole thing even easier. Memang aku struggle. Lebih-lebih lagi di KMB. Malah pernah aku di'double standard'kan kerana ini. Tercabar sungguh aku yang pantang dicabar ini. Usaha dan usaha. Dengar radio English, listen to as much english as I can. Telinga aku menjadi deria paling tajam. Listen and absorb. Jangan malu untuk belajar. We learn from our weaknesses. Successful people know their strengths and weaknesses really well. Because success is achieved by developing our strengths, not by eliminating our weaknesses.


Dan alhamdulillah. Allah tak akan terlepas pandang usaha hambaNya. Masa aku dipangggil interview oleh pihak university Dublin untuk merebut placement yang super limited, Allah permudahkan. Satu doa yang aku selalu amalkan, "Demi Tuhan yang memegang lidahku dan hati interviewer/examiner itu, permudahkanlah. Permudahkanlah". Ingat, kita usaha sedasyat manapun, kita bijak segenius manapun, Allah penentuNya. Allah pemegangNya. Jangan lupa minta pada Dia. Percaya atau tidak semasa interview english keluar macam air dari bibir. Tenang dan confident. Jangan overconfident pula. Just be yourselves. Dont change to 'mat saleh style' to win the inetviewer. Dont pretend. They dont like it. U are the best 'acuan' yang telah diproduce oleh ibu bapa kita. Alhamdulillah, bumi Dublin itu telah ditentukan Tuhan untuk aku (^_^)




Sama. Dibumi Dublin, kadangkala aku dipandang sebelah mata oleh rakan-rakan mat saleh. Hanya kerana kita tidak dapat meng'ekspressi'kan diri dengan maksima ketika dimedan juang perubatan di tanah asing ini. Iyalah, mereka bercakap bahasa ibunda, laju macam bullet train. Kadang-kadang bila duduk beramai-ramai nak catch up pun penat. Accent mereka lagi. Satu saja prinsip yang aku pegang. Semua ini tidak pernah mematahkan motivasi diri. Jangan rasa yang kita ni lemah, tidak seangkatan, lalu duduk terperuk diceruk bucu. Be proud of our own nation guys. Kalau aku tidak setanding mereka, aku tidak berpijak dan bersaing dengan ribuan malaysians untuk bertapak disini. U cant compare the quality of a person just by their english. Advantage pada mereka, sebab mereka belajar sepenuhnya dalam bahasa yang mereka tutur dari mereka lahir. At least aku boleh bertutur bahasa mereka, mereka tidak boleh berbahasa melayu. So people, stop memijak keunggulan akar bangsa sendiri kerana terlalu asyik mengagungkan orang lain. We have to proud of our root.


Yes, aku tak nafikan, mempelajari bahasa Inggeris itu penting kerana ia menjadi perantaraan ilmu sedunia. Tapi tak bermakna orang speaking london ini super hebat dan orang bersastera melayu itu kurang cerdik. Tak bermakna dengan memartabatkan bahasa ibunda bangsa kita akan mundur. Sila betulkan persepsi. Untuk pengetahuan semua, sepanjang aku menjelajah eropah, kebanyakan orang di negara Italy, German, spain, even dikebanyakan tempat di France selain Paris, mereka semua tidak berbahasa Inggeris. Sampai bila aku tanya, mereka asyik cakap, "no english. no english". Memanjang je no english sampai sesat barat kami dibuatnya. Budaya ilmu mereka berkembang dengan bahasa ibunda. Namun bangsa mereka tetap maju. Setanding dan seiring dengan dunia. Lihat sahaja Jepun cukup mengagungkan bahasa mereka, lihat sahaja di mana mereka dipersada dunia. Jadi, di samping kita memantapkan bahasa inggeris kita, berbanggalah dengan bahasa dan bangsa kita kerana kita juga setanding mereka, cuma kita sahaja yang asyik di'doktrin'kan hebatnya mereka dan lemahnya kita. Sebab itu kita asyik lemah. Jangan jadi macam generasi muda Irish, nak berbahasa ibunda gaeligue pun sudah tidak tahu kerana asyik berbahasa inggeris. Jadi kita mantapkan bahasa Inggeris tapi kita juga pertahankan nilai bahasa, agama dan bangsa. Kita tidak perlu bertukar jadi mat saleh untuk catch up dengan mereka. Kita steady dengan nilai-nilai kita. Jangan biarkan mereka merubah kita, kita bawa nilai islam dan adat ketimuran untuk merubah mereka.



di madrid, barcelona dan czech republic


Dibumi Dublin ini, aku lebih belajar menjadi manusia. Berdikari di atas kaki sendiri. Jangan gentar biar kadangkala ketidakpastian dan ketakutan boleh membunuh semangat kita. Above all, aku belajar mengenali dan mencintai Allah sedalam-dalamnya. Dia bawa budak manja ronyok ini jauh dari ibu bapanya supaya aku bergantung hanya pada Dia untuk menjaga. Cukup terasa keberadaanNya. Dimana jua, tidak lagi gentar jika terpaksa away keseorangan jauh dari Dublin. Tidak goyah semangat sekiranya terkadang dipinggir dan disisih kerana hijab dikepala. Malah aku bertambah bangga bergelar muslimah ditengah Islam terasa asing. Izzah. Cukup Izzah.


Hari ini aku sudah bergelar seorang doktor. Ya aku usaha, berdoa. Tapi bagi aku anugerahNya hari ini adalah totally kerana kasih sayang dan pertolonganNya. Usaha aku hanya menyumbang terlalu sedikit. Macam yang aku cakap. Minta pada Dia. Sewaktu exam osce, longcase, communication and so on. Aku takut blackout tiba-tiba. Tapi minta pada Dia, "Demi Allah Tuhanku yang memegang lidahku, jiwaku, tubuhku, fasihkan lidahku, dan lembutkan hati examinerku". Dan Dia beri. Waktu exam, aku speaking dengan tenang dan confident kalah mat saleh. Aku speaking macam air, tanpa pelat lidah belacan. Tanpa Dia aku bukan siapa-siapa, tak punya apa-apa. Semua yang aku miliki hari ini semua kerana Dia, tidak sedikit datang dari diri sendiri.



Kuncinya. Kita nak berjaya dalam hidup bukan hanya sekadar kerana kehebatan dan kebijaksanaan kita. Kehebatan dan kebijaksanaan kita menyumbang kepada kejayaan kita hanya sebanyak 0.01%. Mungkin kurang dari itu. Kita berjaya hari ini kerana doa dan restu ibu dan ayah kita, doa dan restu guru-guru kita, doa dan restu orang-orang yang telah kita buat baik padanya, dan 99% adalah kerana kasih sayang dan rahmat dan kerana Allah itu bersifat Penyayang dan Pemberi. Tanpa semua ini kita muflis. Berbuat baiklah kepada ibu bapa, guru-guru dan masyarakat, in sha Allah hidup kita akan sentiasa berkat. Masih berpegang pada kata-kata seorang guruku, "Jadilah benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak kedarat menjadi gunung."


Ya Allah, berikan kami sifat istiqamah. Sifat taqwa. Jadikan kami bukan saja unggul dunia, tapi lebih unggul akhirat. Hidup bukan sekadar dunia. Tapi mengejar redhaNya. Perjuangan aku baru sahaja bermula, diberi Allah kurniaan dan nikmat yang besar, sumbang dan bakti perlu lebih super hebat. Ada lagi misi aku yang tertangguh. Beri kami kekuatan Ya Allah. Kekuatan yang tak pernah lelah. Berikan kami semangat perjuangan Rasulullah, yang hidup baginda tidak pernah berhenti memberi kepada yang memerlukan. Allahuakbar.


Bismillahirrahmannirrahim. Kepada perjuangan yang baru bermula =)

Sunday, March 24, 2013

Renungan yang tajam lagi menakutkan!

Assalamualaikum,

Malam sabtu. Malam kegemaran.

Aku ada sesuatu untuk dikongsi.


Sebelum aku cerita panjang lebar, aku perlu beritahu yang aku punya satu fiil. Ramai orang kadangkala salah faham dengan fiil aku ini. Fiil di mana, kadangkala aku lebih suka memilih untuk berseorangan dalam waktu-waktu tertentu. Sebagai contoh seminggu sekali aku akan ke Dublin city seorang diri, tanpa minta ditemani. Semasa di kolej, aku gemar keluar berseorangan berjalan mengelilingi padang kolej, hingga aku hilang dalam dunia sendiri. Di rumah pula, pantang ada peluang, aku akan start kereta dan meluncur laju seorang diri di kota syurga dunia kuala lumpur.


Bagi orang yang tidak mengenali aku, mereka mungkin beranggapan aku tidak mempunyai ramai teman. Iyalah, wanita biasanya lebih gemar berteman. Cukup takut berseorangan atau dipanggil kera sumbang. Di sekolah, budaya 'geng' atau 'klik' sudah cukup sinonim dengan perempuan. Aku pula lebih gemar menjadi 'parti bebas', semua kawan pun aku sayang, tak perlukan perbezaan. Alhamdulillah, setakat ini, aku tidak pernah kesunyian kerana Allah mengirim ramai sahabat sayang fillah buat aku, sahabat2 yang juga memahami, untuk waktu tertentu, farah syazana perlukan masa keseorangan untuk dia hilang dalam dunianya sendiri.


Ada sebab mengapa untuk waktu tertentu, aku perlu berjalan dibumi Allah sendirian. Kerana apabila aku sendirian, aku dapati diri aku lebih peka dan teliti dengan apa yang berlaku di sekeliling aku. Bila aku sendirian, aku sebenarnya telah keluar seketika dari lingkungan 'comfort zone' dan terjun melihat realiti hidup yang kadangkala sangat menakutkan. Apabila bersendirian, aku rasa lebih dekat dengan diriku sendiri, aku lebih dekat dengan Allah. Mengamati hakikat kehidupan, dan berfikir, dan berfikir, dan berfikir!!




Banyak yang telah aku fahami, dalam kembara soloku ini setiap kali. Ini salah satunya yang aku mahu kongsi.


Aku memulakan pengembaraan soloku yang setiap seminggu sekali dengan menaiki bas. Selalunya aku suka memilih untuk duduk di tingkat atas di bahagian hadapan sekali, betul2 di depan cermin besar tingkat dua bas supaya aku boleh tengok segala2nya dari situ sepanjang perjalanan ke city tanpa distraction penumpang bas yang lain. Satu contoh distraction yang paling aku pantang, kalau ada pula couple2 mat saleh yang sibuk bercumbu-cumbuan di dalam bas, macam dah tak ada rumah sendiri. Dahlah aku masih bujang, bergegar-gegar iman aku dengan perasaan tidak senang.


Ini bumi barat, tentunya yang dapat aku lihat ialah budaya barat yang cukup 'pure'. Even hakikatnya aku rasa lifestyle di Malaysia sudahpun jauh lebih dasyat dari lifestyle barat. Maklumlah, westernization in progress. Satu perkara yang aku kerap sangat perhati ialah pandangan 'membunuh' lagi 'menakutkan' dari kaum adam terhadap kaum hawa.



Gadis2 barat ni kebanyakannya seksi-seksi, cantik-cantik, dan stylo. Dari hujung rambut, sampailah hujung kuku kaki. Semua cantik. Mereka cukup menjaga penampilan. Pada aku, ada hikmahnya kenapa Allah berikan negara2 barat ni winter, sebab pada musim sejuk, budaya fesyenista mereka agak terbatas sebab terlalu sejuk. So, tak bolehlah mereka pakai seksi je sepanjang tahun kan. Haaa tapi bila dah masuk musim bunga atau summer, aku rasa kaum adam lah yang akan jadi golongan yang paling menderita zahir dan batin. Terutamanya yang muslim dan yang masih belum berumahtangga, dengan kata lain, rakan2 seperjuangan aku lah.


Kenapa? Sebab pada musim panas atau musim bunga, barulah kita akan nampak mereka berpakaian macam yang selalu kita tengok dalam filem2 barat tu, macam dalam filem 'sex and the city' tu, skirt pendek, baju low cut, sleeveless. Wanita barat memang cukup suka bergaya. Pada mereka, kecantikan ialah anugerah yang harus dibanggakan. Bukan saja kaum adam, sebenarnya aku turut sama terseksa juga, kalau dah skirt atas paras lutut, kan dah jadi aurat sesama perempuan, maka aku juga akan menanggung dosa.


Semestinya, apabila wanita cantik seksi menaiki bas, aku akan memerhati mata lelaki2 yang berada disekitar aku. Ada yang melempar pandangan biasa, ada juga yang memandang dengan pandangan nakal. Tidak kurang ada yang tidak melepas pandang. Ada sekali tu, seorang wanita muda seksi memakai skirt atas paras lutut dan berbaju sleeveless berada di depan pintu bas hendak turun di stesyen seterusnya. Aku betul2 berada disebelahnya, mahu turun di stesyen selepasnya. Sebaik wanita muda itu turun dari bas, aku terlihat pemandu bas tadi melihat tajam mengikut liuk lenggok langkah gadis tadi keluar dari bas, tersenyum nakal sambil menjilat-jilat bibirnya! Meremang bulu roma aku dibuatnya! Ya Allah, pandangan lelaki itu cukup menakutkan! Sumpah seram!


Di dalam kelas, pemerhatianku tidak lepa. Rakan-rakan perempuanku ada yang suka memakai baju yang mempunyai potongan leher yang agak besar. Kalau kami sedang buat praktikal, yang memerlukan kami terbongkok2 sedikit di bedside, maka akan lebih jelaslah 'ternampak' sesuatu dari potongan leher berkenaaan. Aku selalunya akan mengalih pandangan, dan rakan lelakiku pula biasanya hanya bertindak 'cool'. Ada juga yang suka duduk diatas meja dengan skirt pendek mereka sedang rakan lelaki duduk di atas kerusi berhadapan dengan mereka. Aku yang berada disitu sudah merah padam muka, malu. Namun, yang lelaki hanya berlagak biasa. Tapi, aku dapat juga menangkap pandangan-pandangan tajam nakal dalam 'lagak biasa' mereka. Bagi mereka, itu semua normal. Namun aku pasti, bergegar juga hati mereka. Nak menggegar iman, mereka belum Islam.


Untuk yang bukan Islam, mungkin mereka tidak fikir ini semua satu masalah. Kerana mereka boleh mengamalkan seks bebas di luar ikatan perkahwinan. Tapi aku cukup simpati dengan rakan-rakan lelakiku yang muslim. Yang belum beristeri. Aku pasti ini semua cukup menyeksa perasaan dan rohani mereka. Apa yang nak dihairankan sekiranya pandangan tajam lagi menakutkan itu dilempar sang adam, kerana memang fitrah mereka mempunyai satu nafsu sahaja, nafsu terhadap wanita. Dan jangan kita pandang rendah pada pandangan itu, sekiranya sang adam tadi tidak dapat mengawal nafsu mereka, hawa akan binasa!


Pernah satu ketika, ketika aku berjalan keseorangan di satu lorong market di tengah bandar dublin, aku disapa seorang lelaki arab. Tubuhnya gempal dan besar, menegur aku. Dia mahu meminta pertolongan dari aku, katanya, dia mahu kahwin. Dia tahu aku beragama Islam, jadi dia minta aku bertanyakan kepada sesiapa yang juga mahu berkahwin supaya mereka boleh disatukan. Suaranya seakan merayu, katanya dia baru tiba di dublin dua minggu lalu, dan dia merasakan keperluannya untuk berkahwin sekiranya dia mahu terus tinggal di dublin. Aku faham sangat maksud lelaki itu, tapi untuk mencarikan teman hidupnya, aku tidak mampu. Lalu aku menyuruhnya untuk meminta pertolongan dari pihak Dublin Mosque. Kasihan.


Melihat semua ini membuat aku cukup takut. Siapa yang harus dipersalahkan? Lelaki atau perempuan? Apa yang aku ceritakan tadi tidak hanya berlaku dibumi dublin, tapi juga di bumi Malaysia. Pandangan nakal dan menakutkan dari sang adam sebegitu sudah jadi lumrah yang tidak dapat dielakkan. Kerana itu banyak berlaku kes rogol, kes cabul dan seumpamanya! Jangan cerita, even satu ketika dulu aku pernah melihat satu cubaan meraba di dalam KTM di kuala lumpur. Mungkinkah bumi ini sudah tidak selamat lagi untuk didiami oleh kaum wanita?


Jangan pandang enteng hal ini. Wahai hawa, jagalah diri dan pakaian kita agar kita tidak merangsang gelojak nafsu lelaki-lelaki disekeliling kita. Kalau dia tidak dapat kita, dia akan membahayakan hawa-hawa yang lain. Kerana itulah turunnya perintah menutup aurat dan menjaga maruah. Untuk menjaga dan melindungi kita. Allah sayang pada kita. Allah tidak mahu kita binasa. Lagipun, jangan kita asyik menyalahkan sang adam kerana tidak dapat mengawal nafsu serakah mereka. Tanya diri kita, adakah kita penyebabnya?


Rasulullah saw bersabda:

"Dua kelompok dari penduduk neraka yang aku belum melihatnya, (kelompok pertama) yaitu wanita yang berpakaian (pada hakikatnya) ia telanjang, merayu-¬rayu dan menggoda, kepala mereka seperti punuk onta (melenggak-lenggok, membesarkan konde), mereka tidak masuk surga dan tidak mendapatkan baunya. Dan (kelompok kedua) yaitu laki-laki yang bersamanya cemeti seperti ekor sapi yang dengannya manusia saling memukul-mukul sesama hamba Allah. "(HR. Muslim)


Pada yang lelaki pula, selain menundukkan pandangan, anda juga punya peranan. Pastikan isteri, anak, adik, kakak kita tidak direnung dengan renungan beracun sebegini. Pastikan aurat mereka terjaga rapi. Ingat, menjaga seorang anak perempuan, lebih payah dari menjaga sekandang lembu. Payah, namun ini hakikatnya.


Bagi aku, perempuan ni sangat cantik. Rambut cantik, kulit cantik, setiap inci tubuh mereka cantik. Allah cipta wanita ni terlalu cantik. Sebab tulah sekaya atau selengkap manapun seorang lelaki, wanita juga yang mereka mahukan. Sealim ulama mana pun lelaki itu, iman mereka bisa digegar hawa. Susah, payah, kadangkala bagi aku menakutkan, tapi inilah kehidupan.


..."Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Surah Al-Ahzab 33: Ayat ke-59)


Wahai hawa, gunakan perisai hijab untuk melindungi kecantikan kita dari diratah mata-mata yang tidak berhak. Dunia ini bahaya. Perintah aurat diturunkan bukanlah untuk menindas kita, tapi untuk mengangkat darjat kita. Barang yang cantik berharga letaknya di dalam bekas yang bertutup rapi, bukan yang terdedah dihurung bahaya.


Pandangan lelaki penuh nafsu itu sumpah menakutkan! Ada gaya macam seekor harimau hendak menerkam mangsanya. Jangan jadikan diri kita mangsa. Ya Allah, ingatkan kami kepada apa yang kami lupa, ajarkan kami kepada apa yang kami tidak tahu. Jauhkan kami dari tipu daya dunia yang membinasakan!



Tuesday, December 4, 2012

"keANTARABANGSAan" pada hemat saya =)

Assalamualaikum wbt,


Sudah menjadi rutin 'body clock' saya, saya akan tidur hanya 6 jam dalam sehari. Jadi kalau saya tidur awal, awal jugalah badan saya automatically bangkit dan bekerja semula. Sebab itulah kadangkala rakan2 seperjuangan saya selalu gelarkan diri saya 'nerd'. Tidak kiralah sabtu atau ahad, saya tetap akan bangun awal dan bekerja. Contohnya lihatlah sekarang, malam semalam saya tidur awal kerana sakit kepala. Dan sekarang tepat pukul 1.30 pagi badan saya bangkit sendiri, menggerakkan otak saya supaya bekerja, menuntun jari jemari saya mencoret entry baru di ruang blog usang ini.


Lama sudah saya tidak menconteng disini. Ada sesuatu yang ingin benar saya tuliskan pada ketika ini. Berbicara tentang 'internationalisme'. Apa itu intenationalisme? Saya mula pertama kali terdengar-dengar istilah ini sejak saya mula membuat persediaan keluar negara di kolej mara banting (KMB) lebih kurang empat tahun setengah yang lepas. Pada ketika itu saya kurang faham pada istilah 'hebat' ini, sebab maklumlah, saya ni hanya berasal dari sebuah keluarga melayu yang sederhana-sederhana sahaja. Tiada yang 'international' nya pada diri saya ketika itu. Internationalisme ialah prinsip ke'antarabangsa'an. Di KMB, isu 'internationalisme' telah ditekankan didalam usrah kami, betapa kami perlu berhati2 dengan konsep ini. Istilahnya kedengaran bombastik sekali, namun mengapa ia begitu dititikberatkan?





Pada malam sabtu yang lepas, rakan2 batch seperjuangan saya telah mengadakan majlis "MEDBALL" atau istilah lainnya "MEDICINE BALL" di citywest hotel Dublin. Punyalah excited setiap dari mereka, apatah lagi ini adalah ball terakhir kami bergelar pelajar perubatan. Topik hangat menjelang majlis sebegini biasanya ialah berkenaan 'dress' apa yang dipakai,kasut apa hendak disarung, siapa yang hendak dibawa dan macam2 lagilah. Saya hanya tersenyum menggeleng apabila diajukan soalan, "Are you going to medball farah?", perlahan saya menjawab, "NO".


Mesti ada antara kalian berfikir, bodohnya saya mengapalah saya tidak mahu menyertai majlis sebegini. Mungkin ada juga yang akan berpendapat, saya katak di bawah tempurung, atau kera sumbang, atau mensia2kan peluang belajar di oversea yang telah diberi pada saya. Iyalah, dah duduk di oversea, tapi tak mahu join majlis yang diadakan untuk menambah kemesraan dan persahabatan antara saya dan pelajar2 tempatan irish yang lain. Membazir wang kerajaan saja duduk oversea, tapi tidak bersifat internationalisme!


Secara jujurnya, dulu masa saya kecil2, saya juga sangat excited pada perkataan 'BALL' ni. Iyalah, kalau tengok cerita2 fantasi cinderella, beauty and the beast, barbie, mesti ada scene majlis tari menari yang romantik antara prince dan princess. Pakai gaun kembang, cantik, pastu jadi point of attraction, menari pulak dengan putera kacak, wah! romantik sangatlah! Kecil2 dulu bila habis tengok cinderella, ada juga berangan2 sorang2, nak pergi ball macam dalam cerita cinderella!


Tapi itu semua dunia fantasi rekaan manusia. Dunia realiti jauh berbeza. Mengapa menghukum saya tidak 'internationalisme' hanya kerana saya enggan menyertai majlis sebegini? Saya internationalisme dengan cara saya sendiri. Saya ada sebab saya tersendiri mengapa saya tidak dapat menyertai MEDBALL, UCDBALL, atau apa2 jenis 'bola' lah yang diadakan disini.


Saya faham kadangkala rakan2 irish saya kecewa dengan saya mengapa saya tidak mahu menyertai mereka dalam acara yang sangat dinanti2kan sebegitu. Siapa kata saya tidak bergaul dan bersahabat baik dengan rakan2 irish? Saya mempunyai hubungan yang baik dengan mereka. Malah sejak setahun yang lepas, setelah saya dicampakkan ke'seorang'an (tanpa member melayu) dalam rotation2 specialties, merekalah rakan2 saya. Tempat saya bertanya, bergurau dan bersama2 menempuh speciaties2 yang cukup mencabar itu. Apabila saya dicampak ke hospital2 luar bandar yang lebih jauh dari komuniti melayu dublin, kereta mereka jugalah yang saya tumpang kesana kemari. Walau kami berlainan agama dan kefahaman, mereka cukup mengambil berat kepada nasib seorang perantau seperti saya yang kadangkala 'lumpuh' tanpa kereta sendiri.


Sudah lebih 4 tahun saya bermastautin dibumi dublin. sudah banyak pengalaman yang telah saya pelajari, namun tetap saya rasa kerdil dan daif. Namun pengalaman hidup di bumi barat memberi saya seribu satu kefahaman tentang hidup dan kehidupan. Disinilah internationalisme bagi saya. Saya banyak mempelajari tentang gaya hidup, budaya, kefahaman dan mentaliti penduduk bumi barat ini. Ada yang baik dan ada yang tidak. Sangat penting untuk setiap dari kita mempunyai 'self-filter' kepada semua kefahaman2 global yang cuba menembus dan meng'asimilasi' kedalam diri. Yang baik saya ambil dan terapkan, yang tidak baik, saya tepis. Saya tepis, berbekalkan dan bersandarkan iman dalam diri dan jati diri. In shaa Allah, saya rasakan agama saya, ibu bapa, guru2 saya sudah membina suatu benteng diri yang kukuh dalam diri saya untuk menilai yang baik dan yang buruk. Dan disinilah di mana saya meng'apply' kata-kata hikmah yang sangat saya gemari yakni,

" Jadilah seperti ikan. Ada yang hidup di air tawar, ada yang hidup di air masin bahkan ada yang hidup di lumpur tetapi cubalah rasakan bila kita makan ikan , ikan laut tidak akan menjadi masin kerana hidup di air masin, begitu pula ikan tawar rasanya tidaklah tawar kerana hidup di air tawar. Ia tetap rasa sedap!"


Mendalam bagi saya kata-kata ini (maklumlah sastera-sains girl ..lol..=p). Ikan mengembara jauh didasar lautan, tetapi kelainan suasana yang dilaluinya tidak mengubah rasa sedap bila dimakan. Bukan kerana ikan enggan mempelajari perkara baru dalam pengembaraan mereka dengan mengubah komposisi mereka, tetapi kerana komposisi sedia ada ciptaan Tuhan itulah, tubuh mereka cukup kuat untuk meng'adaptasi' kepada persekitaran yang berlainan.


Sama seperti kita, itulah peri pentingnya jati diri dan keimanan yang membuatkan kita tetap teguh di atas landasan Allah selagi kita mampu mempertahankannya. Mengapa saya tidak mahu ke MEDBALL bukan kerana saya sombong tidak mahu menyertai mereka, tetapi majlis tersebut cukup bercanggah dengan jati diri dan prinsip saya. Ini gambar sekitar MEDBALL yang diadakan baru2 ini;










I think the pictures can speak for themselves, reasoning out why i couldnt join them for this kind of things. I dont want kalian tengok who is in the pictures, but look at the environment. Mereka semua rakan2 seperjuangan saya, mereka baik pada saya. Cuma mengapa saya enggan bersama mereka dalam majlis sebegini ini ialah kerana pengendalian majlis ini cukup bertentangan dengan iman dan pegangan saya. Lihat pada botol2 arak yang bersepahan di atas meja, melihat itu saja sudah cukup buat saya takut.


Actually international coordinator kami di UCD pernah menegur pelajar2 malaysia yang selalunya enggan turut serta dalam acara tahunan kendalian universiti yang sebegini. Kadangkala mereka mengatakan yang kami malaysia especially yang muslims are shy and terlalu reserved. Tak mahu menyertai majlis2 antarabangsa dan mengurangkan peluang untuk bertukar pegangan agama dan budaya. Sampaiakan akak2 senior kami yang grad tahun lepas telah dikerah untuk menghadiri malam dinner batch sebelum graduasi kerana mereka telah ditegur oleh pihak universiti kerana batch2 sebelumnya tidak menghadiri majlis tersebut. Untuk memujuk kami menghadiri majlis ini sampaikan mereka cakap mereka akan sediakan makanan halal dan adakan meja khas untuk kami.


Benar, makanan halal itu satu isu. Tapi banyak lagi isu-isu lain yang menghalang kami. Sebagai contoh bagaimana dengan botol2 arak yang akan bersepahan dimana-mana pada malam tersebut. Bila dah ada arak, pasti akan mabuk. Kerana itulah ball2 sebegini diadakan di hotel2 yang mana kami akan terus bermalam disana setelah majlis tamat. Bila dah mabuk, yang baik dah tak akan jadi baik lagi. Yang menghormati kita ketika tidak mabuk, tidak akan menghormati lagi. Bagaimana pula dengan keadaan pergaulan berpelukan dan bagaimana saya boleh pasti dalam majlis sebegitu tubuh2 yang seharusnya kami pelihara tidak disentuh oleh mana-mana lelaki ajnabi, lebih2 lagi sekiranya meeka sudah hilang kewarasan ketika mabuk? Bagaimana soal aurat? Walaupun kita masih boleh kesana dengan menutup aurat, tapiu bagaimana pula dengan aurat2 yang kami akan lihat pada majlis tersebut?


Ada orang kata, pergi duduk makan sajalah, then balik. At least dapat beri gambaran pada orang putih yang kita tidak sombong. But, its not as easy as it says. Pada hemat saya, saya tak rasa saya perlu pergi hanya untuk meng'antarabangsa'kan diri saya. Ini semua bertentangan dengan ajaran Islam. Ada juga orang kata, pergi kesana berdakwahlah, keluar dari zon selesa. Saya tak rasa saya sudah cukup kuat untuk berdakwah dalam suasana sebegitu. Diri saya masih belum cukup kuat. Saya rasa banyak lagi cara lain untuk berdakwah. Tak mengapalah kalau mereka berkecil hati dengan saya, asalkan Allah tidak berkecil hati dengan saya.


Alhamdulillah, walaupun orang lain tidak nampak bagaimana saya meng'international'kan diri saya, tapi alhamdulillah, saya sedang membesar dan mematangkan diri saya dengan cara tersendiri. Siapa kata saya duduk oversea saya tidak menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman dari bumi barat ini?


Saya meng'internationalisme'kan diri saya dengan bertukar2 pendapat dan kefahaman dengan partner saya dan rakan2 irish saya dihospital tentang islam, tentang muslim, tentang negara saya, dengan budaya saya. Banyak soalan2 mereka yang perlu saya jawab. Mengapa saya bertudung? Apa perlunya saya menutup aurat. Bila saya berpuasa sunat, saya perlu terangkan mengapa saya berpuasa. Mengapa bila melihat saya bergegas solat di kaki lima, saya perlu menerangkan mengapa saya solat. Bagaimana pula arah kiblat. Lebih sekali saya perlu berdebat dengan rakan saya tentang kefahaman islam. Pernah sekali saya di rotation luar bandar, berhari-hari saya perlu berdebat dengan seorang rakan saya yang begitu kuat beragama kristian. Tentang siapa Nabi Muhammad dan Siapa jesus dalam islam. Pengalaman terpaksa bermalam di rumah2 irish diluar bandar cukup menguji kekuatan kendiri saya. Sebagai contoh, bilik saya pernah selalu diketuk diwaktu malam untuk ke pub dan sebagainya.



Malah saya meng'internationalisme'kan diri saya dengan mengahdiri talk2 dari penceramah2 islam dari seluruh dunia, dari negara2 arab. saya menghadiri debat2 universiti yang mempersoalkan Islam, debat tentang palestin dan iraq. Debat dengan atheis dan sebagainya. Sejak saya bertapak dibumi Ireland inilah saya lebih peka dengan isu umat islam, saya mengambil tahu. Dulu jujur saya amat bodoh dan lembab tentang pergolakan islam-barat, tapi kini, saya cukup fanatik tentangnya. Apa yang boleh saya buat untuk membantu, dan apa yang boleh saya sumbangkan.


Tidak kurang juga dalam arena perubatan, betapa saya amat suka budaya dan unsur-unsur hormat antara doktor-patient. Sifat professional, rendah diri, budaya ilmu yang diterapkan disini. Banyak yang telah saya pelajari. Apabila saya travel menjelajah eropah, saya melihat dunia, melihat perbezaan budaya dan bangsa membuatkan saya lebih berfikiran terbuka. In shaa Allah, saya tidak akan membazir wang rakyat yang telah meghantar saya ke mari. Saya teleh menjadi lebih baik dari dulu.


Empat tahun saya disini, tidak merubah pegangan saya. Makin hebat anasir barat menghentam saya, makin kuat saya ingin berpegang kepada ajaran agama saya, agama Islam. Alhamdulillah, tudung saya tidak saya tanggalkan atas nama internationalisme, malah makin labuh tudung saya. Makin labuh baju saya. Percaya atau tidak, walaupun kadangkala sayalah wakil tunggal dalam kelompok groupmate saya, saya tidak tertekan dek kerana saya terasa asing atau terasa berbeza. Malah saya merasa cukup IZZAH, cukup bangga dengan identiti saya. Saya merasa bersyukur dalam kalangan ramai itu, saya diberi cahaya islam. Walaupun saya terpaksa solat dikaki lima, saya merasa IZZAH kerana saya tetap dapat menunaikan kewajipan saya walau keadaan amat sukar. Tidak terluah rasa syukur saya kerana saya mendapat cahaya Islam.


Kadangkala saya rasa ralat apabila saya melihat ada event2 di malaysia yang fanatik benar dengan budaya barat. Dengan tema 'hollywood' dan kebaratan dalam menganjurkan dinner2 dan majlis2. Lihat saja pakaian artis2 malaysia ketika anugerah2,kalah pakaian artis2 di grammmy awards. Kenapa kita tidak adakan mengikut budaya, cara kita, dan berlandaskan agama islam. Saya tak rasa pun yang budaya berpakaian barat hebat. Seksi, menampakkan kulit halus wanita yang seharusnya disimpan untuk insan bernama suami. Saya tidak teruja pun dengan budaya pemakaian meraka atau cara mereka bergaul, mengapa pula kita sering terikut2?


Saya tak nafikan, fitrah, wanita suka kelihatan cantik. Siapa yang tak suka lihat wanita cantik? Pakai baju cantik2, nak pula orang puji melambung2, lagilah berbunga2 hati. Siapa kata saya tak teringin untuk kelihatan cantik? Saya juga mahu. Tapi, disinilah Allah menguji hati2 manusia. Ada sebab mengapa aurat perlu dilindungi. Kerana itulah untuk wanita yang menutup aurat, alhamdulillah hati kita kuat untuk melawan keinginan cantik kita, demi menunaikan perintah Allah pada kita. Biar kita tak cantik depan manusia, biar cantik depan Allah. Eh, wanita yang menutup aurat lebih cantik pada hemat saya. Mereka bukan cantik kerana wajah, mereka cantik kerana MODESTY dan sifat malu yang mereka ada!

"And if you are grateful (by being believers), He is pleased therewith for you." [Surah Al-Zumar, 39: 7]




Dibumi barat ini, saya belajar banyak perkara. Saya sentiasa berdoa, agar Allah menguatkan iman saya, dan melindungi iman dan diri saya walau dimana saya berada, begitu juga rakan2 saya. Kadang2 kita sibuk benar nak please kan manusia, sehingga kita lupa yang kita kena utamakan Allah dalam setiap perkara. Terima kasih ayah ibu dan guru2 saya, kerana telah membentuk jati diri saya, yang telah menguatkan kekuatan dalaman saya untuk terus berjuang mempertahankan akidah dan kafahaman saya tentang islam. Suka saya kongsikan kata2 yang amat saya gemari ini;

"Jadilah benih yang baik, dicampak kemanapun akan menjadi sebuah pulau."


Saya ke mari bukan sekadar untuk menuntut ilmu, tapi Allah hantar saya kesini dengan seribu satu tanggjawab. salah satu tanggungjawab terbesar, ialah tanggungjawab khilafah. Sebagai duta kecil Islam, untuk menyebarkan dakwah kepada rakan-rakan lain. Kalau tidak pun melalui perkataan, melalui identiti dan akhlak. Supaya mereka dapat melihat cantiknya islam itu melalui penganutnya. Jadi mengapa pula ada yang mengatakan saya tidak internationalisme kerana tidak menjadi seperti mereka? Fikir-fikirkan. Saya akan tinggalkan rakan2 kali ini dengan surah ayat dari surah annisa ini;


"Maka mengapa kamu (terpecah) menjadi dua golongan [211] dalam (menghadapi) orang-orang munafik, padahal Allah telah mengembalikan mereka (kepada kekafiran), disebabkan usaha mereka sendiri? Apakah kamu bermaksud memberi petunjuk kepada orang yang telah dibiarkan sesat oleh Allah. Barang siapa dibiarkan sesat oleh Allah, kamu tidak akan mendapatkan jalan (untuk memberi petunjuk) baginya" [4:88}

Mengapa kita tidak IZZAH dengan ISLAM? Indahnya islam yang kita miliki, mengapa kita tidak dpaat merasakannya? Fikir-fikirkan.

Saturday, September 29, 2012

...ter'ASING'.."KESIAN aku.."...

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, its weekend again. weekend yang teramat besar maknanya bagi aku dgn pekerjaan student medic sepenuh masa. weekend yang maknanya time untuk berehat dan bangun lambat, tak payah fikir nak present case, clerking patients,tak payah fikir nak amek hati consultant, tak payah meredah hujan dan kaki tak payah mengayuh penat ke hospital! -_-


.....Sejak kebelakangan ini, aku setiap hari asyik menghayati, mendalami, mengalami, dan semakin semakin jatuh cinta degan sebuah hadith kesukaanku sejak sekian lama. Begitu terasa 'roh' hadith ini sejak aku mula menjalani setiap rotationku secara solo terpisah dr rakan2 malaysian yang lain. Hadith yang bunyinya begini ;


“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)




Teringat-ingat aku kepada reaksi pertama aku mendapat tahu yang aku akan memulakan rotation sub-specialties ku terpisah dari rakan2 malaysian yang lain, mungkin awal mac yang lalu. Terpisah dari rakan studyku nabila dan teman2 lain yang banyak memberi kekuatan dan semangat untuk meneruskan perjalanan medic ku yang semakin sukar. Dapat tahu pula 3 atau 4 orang rakan lain dapat bersama dalam rotation yang sama tambah merunsingkan aku. Aku tertanya2 mengapa aku? Mengapa aku yang KAU pilih untuk perjalanan sukar ini? Namun itulah keistimewaan Islam yang sifatnya syumul, Allah menjawab pantas soalanku tanpa aku sedari, dan jawapan ringkas dr Allah itu telah menyiram 'jiwa kacau' aku dgn sejuta ketenangan, itupun dlm sekelip mata;


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)

Maka sesungguhnya sepotong kalimah Allah inilah telah menjadi sumber kekuatanku sejak sekian lama. Kekuatan untuk menempuh perjalanan penuh onak liku ini. Betapa hebatnya Islam, betapa hebatnya kuasa iman sekiranya kita benar-benar menghayatinya. Sebesar mana ujianpun kita bisa tempuh, asalkan Allah bersama.




Apapun pada hari ini, setiap kali aku bermuhasabah mengapa aku yang terpilih untuk bersendiri dalam kelompok komuniti yang tidak sehaluan agama dan kepercayaan, pasti kesyukuran juga yang dapat aku panjatkan. Dulu aku takut, takut berasa TERASING. Takut rasa tak kuat. Takut rasa tersisih atau tertinggal. Takut sunyi. Siapa lagi yang nak buat study group dengan aku? Mampukah aku berlatih osce communication tanpa nabila lagi? Perlukah aku ubah cara hidup sikit untuk aku get along well dengan rakan2 omputih satu rotationku yang lain, supaya they can regards me as one of them? Macam2 lagi ketakutan dan keraguan sang durjana syaitan letak dalam hati aku. Supaya aku lemah, supaya aku hilang arah.


Bukannya aku tidak berkawan baik dengan rakan2 Irish, tp not to the extent yang aku kena buat semua yang mereka buat. We can get along really well, tapi minta maaflah siang2, perkara yang aku tak boleh buat, aku tetap tak akan buat even untuk so called mengambil hati supaya tak hilang kawan. Bukan aku tak pernah nak ditarik paksa ke pub, siap mereka datang menjemput dirumah, aku tolak tegas. Bila away ke luar dublin, selalu diajak having a night out sambil 'minum2', aku tolak juga. Diajak main tennis malam2 buta oleh pemilik hostel dengan 5 rakan lelaki yang lain, aku tolak tegas juga, sampaikan aku dituduh pak cik tu sebagai anti social. Haha maaflah pak cik, mak ayah memang dah didik saya tak keluar malam2 tanpa tujuan, apatah lagi dengan lelaki semuanya. I will never buy the INTERNATIONALISME mentality. Duduk sini bukan bermakna aku perlu mengubah atau mengorbankan cara hidup dan jati diri.





Ya Allah, segala ketakutan TERASING itu telah berubah menjadi satu macam KEKUATAN dalam diri, kekuatan yang sukar aku jelaskan. Semakin aku melaluinya seorang diri, semakin aku terasa kuat. Bukan lagi farah syazana yang dulunya banyak keraguan dan ketakutan. Perasaan IZZAH sebagai the only muslimah in the team begitu membuak2, rasa macam nak menjerit satu dunia nak beritahu mereka betapa beruntungnya aku mendapat nikmat Islam. Betapa bahagianya aku menikmati kelazatan iman. Betapa terlindungnya aku dalam pakaian hijab. Terasa macam nak je ajak kawan2 irish aku sama2 menikmati indahnya Islam yang aku anuti ini. Betapa indahnya kasih cinta pada Allah, Tuhan yang aku sembah ini.


Aku tahu je, kadang2 mereka ni pandang simpati pada aku. Dah sebab aku sorang je muslimah berhijab dalam team besar kami yang sebesar 40 orang itu, tentulah gerak geri aku selalu jadi perhatian. KESIAN AKU.. kena tutup sana sini, tak boleh pakai seksi2 hot2 cam diorang, dah tak nampak cantik dah. KESIAN AKU.. bila waktu solat, kelam kabut ambil wudhu dan cari tempat solat, solat tepi koridor, dalam stor kosong, lapik kertas je kat kepala. KESIAN AKU.. tak boleh makan burger, spageti, lasagna semua2 lah yang sedap2 kat kantin, yelah, makan pun kena yang halal je. KESIAN AKU.. kena puasa ganti ikat perut sampai petang, penat lari2 dalam ward round, berdiri 80 tahun dalam klinik tapi tak boleh makan. Pendek kata semua KESIAN tu kat aku jelah..


Tapi bagi aku lain pulak ceritanya. KESIAN aku pada mereka jauh lebih besar dari mereka kesiankan aku. Tahukah mereka betapa IZZAH dan seronoknya aku menikmati semua perkara yang mereka kesiankan tu. Hijab, solat, puasa, menjaga makanan yang halal, semuanya aku buat atas dasar cinta rindu kasih sayang love2 kepada Pencipta aku. Dan ganjaran untuk semua itu besar nilainya, yakni ketenangan, keyakinan, ketenteraman, dan insyaAllah syurga.. Aku yang kesiankan mereka kerana tak dapat menikmati semua itu. Kan seronok kalau mereka dapat rasa apa yang aku rasa..





Actually sejak aku sorang2 je melayu dalam group, aku memang start kamcinglah dengan rakan2 irish. Makan pagi pun ramai2, layan je sembang. Dulu kalau ade melayu, mesti nak melekat gak ngan melayu tu haha. Tapi sekarang kalau nak gi hospital jauh2, dorg mesti nak bawa aku naik kereta sekali. Tak yah susah2 naik bas hehe Alhamdulillah, Allah permudahkan (^_^)


Lagi satu isu yang agak kelakar sebenarnya aku nak sebut, tapi cerita jugalah. Ehehehehe Dah lama aku menetap kat sini, aku memang boleh berkomunikasi dengan baik dalam english. Bersembang pun memang layan je dengan kawan2 lain. Tapi at times, pelat2 melayu tetap keluar. HAHA Maklumlah, dibesarkan dalam keluarga penuh sederhana dan tak pernahlah nak speak english time duk malaysia dulu, nak bercakap fluent gila macam native speaker tu memang tak mampu. Tapi aku tak pernah rasa cam nak segan gila dengan mereka, sebab at least aku mampu berbahasa inggeris ape.. siap belajar medicine kat sini lagi haaaaa ingat senang ke clinical sini communication ngan patient, team dan segala bagai haaaa? Irish boleh cakap melayu ke ekekekekeke =p


So dipendekkan cerita berada dalam psychiatry rotation memang mencabar sebab banyak komunikasi. Bukan komunikasi biasa2, siap kena communicate bahasa kias2 omputih lah sebab patient yang datang semua patient yang depressed, mania, schizophrenia, so good effective communication is the key. Kalau english concise medicine straightforward insyaAllah aku dah master, tapi nak berkias2 pusing2 bagai ni adooiihhhh! (-_-') Banyak ayat2 kias omputih aku kena belajar, tapi tak kisahlah, Allah kan ada selalu tolong aku(^_^) Teringat aku masa kelas dengan Prof macnicholas, kelas dia serius seram sebab memang banyak kena interact. Soalan pula soalan mencabar yang ken elaborate panjang lebar. Orang putih layanlah, boleh goreng ape2 je kalau tak tau sbb dah kata native speaker. Aku ni nak goreng ape? Apa nak goreng pun aku kena fikir camne nak jawab in ayat proper.. haha So, aku memang selalu kena tanya lah soalan2 'critical thinking' ni, dan bile aku kena tembak dalam kelas, tergagap2 gak nak jawab soalan dia. Kadang2 rasa down jugak, tapi aku ni memang cukup pantang dipandang remeh, aku memang working hard gila untuk take part dalam perbincangan dan alhamdulillah aku dapat banyak jawab soalan y kawan2 lain tak tahu. Dorang tak tahu aku tak tido malam prepare untuk discussion keesokan harinya haha Naik lebam mata aku ni mengantuk! haha






Aku selalu risau juga untuk upcoming psychiatry osce exam seminggu lebih lagi ni, akan ada 4 communication stations with actors. Aku kena explain diagnosis, treatment, management yang memerlukan aku fasih dan lancar with good background knowledge. Knowledge tu insyaAllah ada, tapi kdg2 dlm keadaan panik 7 minit setiap station, takut sangat aku tergagap2 dan tak dapat find ayat cantik on that time. Tapi again, berkat perjalanan berliku yang telah aku tempuh sebelum ini, Allah telah menjadi kekuatan dan tempat kebergantungan paling mujarab dalam segala situasi. Ini ialah doa aku untuk malawan ketakutan aku, setiap kali, setiap waktu, setiap pagi aku ke kelas;

"Demi Allah yang memegang lidahku, fasihkanlah lidahku, permudahkanlah urusanku, peliharalah aku, berikanlah kami kejayaan dunia akhirat. Cukuplah Allah bagiku dan tiada Tuhan lain selain Engkau".


Benarlah, dengan mengingati Allah, setiap jiwa itu menjadi tenang.


Tiada keraguan, Allah telah membawa aku flying hingga aku berjaya masuk ke final year. Cuak tu adalah sikit, OSCE kan.. Tapi insyaAllah, aku percaya yang aku perlu berusaha sedaya yang mampu, kebergantungan pada Allah itu mesti selalu hadir. Ya, mungkin aku tidaklah dapat speaking sehebat rakan2 irish yang lain, tapi aku ada Allah. Allah akan bantu aku melaluinya. Keindahan tawakal itu mengatasi segala keraguan.


Kalau orang tanya aku apa kah perkara terbaik yang aku dapat sepanjang aku menuntut di tanah asing ini, jawapan aku, perkara paling terbaik yang aku dapat ialah RASA KEBERGANTUNGAN, KEINTIMAN HUBUNGAN DENGAN ALLAH itulah perkara terbaik yang aku dapat. Kat Malaysia aku tak pernah rasa serapat ini dengan Pencipta aku, tetapi rasa TERASING bila aku disini, telah membawa aku dekat terlalu dekat denganNya. Terlalu dekat. Allahlah teman aku disaat menangis dan ketawa, disaat tiada ibu atau ayah disisi untuk mengesat air mata, disaat tiada saudara seislam lain untuk memahami keyakinan yang ada didada. Disaat tiada siapa yang memahami aku, Dia hadir memeluk aku dalam makrifahNya, sehingga aku kembali teguh. Allahlah tempat aku bertawakkal, disaat aku takut ada bencana yang menimpa tika aku terpaksa away dan travel sendirian. Dialah pelindung, Dia lah segala-galanya.






TERIMA KASIH YA ALLAH.. <3



Sunday, June 3, 2012

mereka mencari. tapi kita lupa diri.

Assalamualaikum,

mahu menaip entry ringkas. sekadar berkongsi renungan di hari yang tenang ini.


Madah ini tidak aku tujukan khusus buat sesiapa, malah mungkin orang paling utama yang harus menerima entry ini adalah diri aku sendiri..


Alhamdulillah bangun dalam nikmat paling besar dalam hidup ini yakni nikmat Islam dan Iman. Bersyukur kerana mencelikkan mata dan menjalani hari dengan Allah dalam setiap nafas dan denyutan nadi.


Sebelum aku meneruskan, mohon tonton video ini. Cuba buka hati, like we always said, be open minded.







Ya Allah, seronok aku tengok betapa excitednya wanita ini apabila beliau mendapat nikmat Islam. Terasa bagai beliau dilahirkan semua. Suci dan bersih. Like she said, when she embraces Islam, everything in her life makes sense. Beliau menemui pengertian. Beliau menemui kebenaran. Malah pada hari pertama beliau memeluk Islam, beliau terus menyarung hijab di kepalanya, mahu melaung pada dunia, bahawa beliau seorang muslim! Terasa sangat izzah, sangat bahagia. Kata-katanya pada minit 7.08 hingga 7.53, "If I can help a single person to feel what I feel inside..My life will be complete..", buat aku menitiskan air mata. Indahnya nikmat hidayah yang telah di sinarkan pada jiwanya. Tak sampai sebulan beliau memeluk Islam, beliau sudah punya azam untuk berkongsi keindahan ini dengan manusia suluruhnya..Subhanallah, insyaAllah my sister ..=)




Tapi lain pula kisahnya dengan kita, yang 'congenitally' MUSLIM. Di saat yang di luar sana, yang lahir tanpa cahaya Islam, berada dalam kegelapan untuk berpuluh tahun lamanya, tercari-cari ketenangan, cukup payah menggapai sinar iman, hilang dalam kesesatan, tidak merasa kasih sayang Allah sebagai Tuhan yang satu. Mereka tidak mengecap nikmatnya tawakal, rasa kebergantungan kepadaNya, dalam waktu sukar dan senang. Disaat mereka dengan perit jerih mencari kebenaran Islam, kita pula yang sudah sedia lahir di sambut kalimah azan dan iqamah sibuk memilih jalan kegelapan, sibuk mahu keluar dari kepompong 'kongkongan' yang menyekat kebebasan memilih gaya hidup sendiri. Hijab itu satu penindasan katanya. Aurat itu satu sekatan yang menghalang muslimah menyerlah kejelitaan dan potensi diri. Disaat wanita ini sebaik mengucap kalimah syahadah, terus memandu kereta ke kedai yang menjual hijab dan terus menyarungnya, kita pula yang sudah lama solat dan mengaji sibuk berfikir2 untuk berubah fesyen, kepada yang lebih sendat, lebih pendek, lebih mendedah.



Wanita ini baru seminggu lebih memeluk Islam sudah jatuh cinta kepada naskhah al quran yang menjadi petunjuk sepanjang zaman. Malah beliau telah mampu membacanya, walaupun bagai kanak-kanak yang baru belajar membaca. Tapi kita, yang sudah bertahun-tahun mengenal kalimah Allah cukup malas dan cukup jarang menyentuh dan membacanya, apatah lagi memahaminya.. Bodohkah kita? Mengapa kita terlalu cepat lupa diri... Confirmkah mati kita nanti adalah mati sebagai seorang muslim? Confirmkah kita ini ahli syurga?



Dan disaat yang diluar sana, mencari cahaya iman, mencari pengertian hidup dalam jalan Islam, kita pula sibuk berkira-kira bagaimana untuk melepaskan diri dari syariat Allah.. Adakah kita terlalu buta untuk melihat kebenaran? Atau kita sudah lupa diri atas nikmat yang telah diberi?




Kadangkala manusia bersifat sangat pelik sekali. Manusia selalu memohon kebaikan dalam setiap sujud, setiap doa, memohon kebaikan, keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Kita tidak putus-putus meminta semua yang baik-baik belaka. Kita mahukan syurga. Kita mahukan ketenangan. Tetapi, kita memilih jalan yang menghala kepada kehancuran. Mengapa kita butakan mata kita sedangkan kita tahu yang dunia fana ini bersifat sementara, tiada apa yang kekal. Mengapa kita asyik memilih yang sementara ini sedangkan Allah telah menjanjikan syurga yang kekal buat selama-lamanya.




Mengapa kita tulikan telinga kita dari mendengar kebenaran, mengapa kita tutup hati kita dari melihat keindahan Islam. Aurat itu bukan penindasan! Aurat itu adalah tanda Allah mengangkat darjat kita sebagai seorang muslimah. Siapa kata kita tidak cantik apabila kita berhijab? Siapa kata maruah kita boleh dipijak apabila kita menyembunyikan sesuatu yang berharga. Fikirlah, kita punya akal, barang yang cantik dan sangat bernilai tidak dijaja terdedah ditepi jalan, sebaliknya disimpan kemas didalam peti besi yang terjaga. Makanan yang baik, tidak dibiar terbuka, tapi ditutup supaya tiada lalat atau langau yang mendekatinya. Fikirkanlah, kita punya akal, Islam terlalu indah, malah mudah. Mengapa kita masih tidak faham-faham. Mengapa terlalu degil, sedangkan kita sedar tanpa Allah kita langsung tidak punya apa-apa. Jangan berlagak sombong berjalan bongkak di atas muka bumi, sedangkan kita muflis tanpa belas kasih dariNya!



"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179.




Sayang sekiranya kita terus biarkan diri kita tidak menikmati keindahan iman dan tawakal, tidak menghayati indahnya Islam. Jangan tunggu, jangan tunggu bila tua sahaja baru hendak bertaubat. Jangan tunggu tua sahaja baru hendak berhijab. Sesungguhnya kematian terlalu dekat. Confirmkah kita ini masih bernyawa pada esok hari?



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."



Mati itu dekat. Peluang untuk hidup hanya sekali. Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak menghargainya, nescaya ia akan memotong kita. Jangan kata, " Oh, nak tunggu terbuka hati dulu, baru nak tutup aurat, baru nak ikut syariat." Siapa tahu, sekejap saja lagi malaikat maut datang menjemput dan disaat itu, taubat sudah tiada lagi, hanya neraka jahannam menanti. Kita bukan tak pernah diperingatkan, cuma kita yang degil. Tak mahu buka hati untuk berubah. Jangan beri alasan, kerana kita sudah dewasa untuk memahami, apatah lagi kita lahir dalam cahaya Islam. Jangan tunggu, mungkin masa kita didunia sudah tidak lama.




Dalam hidup, kita cari kebaikan, maka pilihlah kebaikan. Keberadaan Allah dalam hati dan jiwa menjadikan hidup lebih bermakna. Minggu lepas aku berborak dengan seorang rakan mat saleh. Dia sibuk bercerita tentang seorang rakan perempuan malaysianku sangat hot, paling cantik diantara semua malaysian kerana dia seksi dan pandai bergaya. Rakanku bertanya, adakah rakanku yang dipuji2 hot ini seorang muslim. Aku katakan, ya, dia seorang muslim. Maka rakan ku ini puji melambung2 rakan perempuanku yang dikatakan hot ini. Katanya, dialah yang attractive, paling cantik, 10/10, semua lelaki mat saleh dalam kelas aku panggil rakan perempuanku ini 'hot malaysian'. Aku tersenyum tenang. Aku tahu, mungkin di sudut hatinya, dia mahu menyatakan hijabku ini menjadikan aku tidak attractive, tidak cantik, tidak mendapat perhatian mana-mana lelaki. Mungkin juga menjadikan aku wanita paling outdated dan ketinggalan fesyen. Tenang aku menjawab.




"Yes u can say she is so beautiful, because God created all women to be beautiful in man's eyes. I didnt deny, yes, she is beautiful. But for me, I think there are a lot of other muslim women whom are much more beautiful than her. The difference is, we did not show our beauty to those who has no right to see it. We keep it, so that only those who has right to see it, can have it, that are our husbands. You only can appreciate her beauty because she show it the world. Her hair, the colour of her skin, because she is not wearing hijab, she is wearing all those short skirts, u can see every curves on her body. Thats what man likes so much isnt it?. But im sorry, for me, in Islam, real beauty is not just what u can see from our face or our body, beauty comes from the soul. Beauty comes from our belief. Beauty comes from our devotion to Allah. I believe that beautiful faces and model-like body does not lasts, its only good soul will be forever beautiful. Im sorry, the title 'hot malaysian' does not gives any meaning to me, neither i never want to be one".




Biar kita tidak cantik dimata manusia, tapi cantik di mata Allah. Cinta manusia tidak kekal, cinta Allah tiada sempadan, tidak pernah mati. Lagipun, hanya lelaki yang baik dapat menilai kecantikan yang tidak dilihat oleh mata kasar itu. Sebelum terlambat, kita pulanglah kepada yang memiliki kita, ALLAH.



Sebelum aku berundur, aku ingin berkongsi sebuah video yang tidak pernah buat aku tidak menitiskan air mata setiap kali menontonnya. Terasa aku sekali turut merasa indahnya mendapat Islam untuk pertama kali. Ya, mungkin aku sudah lahir dalam Islam, tapi aku mahu setiap kali merasa betapa indahnya nikmat itu dan aku tidak mahu kehilangannya. Kalau mahu lajukan dari 1.30 minit hingga ke 4.30 minit. Bagaimana Allah menyentuh hati brother Abu Bakr untuk menerima cahaya Islam.







Aku bukanlah muslimah yang baik dan mulia, namun aku sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. insyaAllah. Let us refresh our iman.

Friday, June 1, 2012

Kekasih yang tak pernah jauh. Tarbiyah bumi Castlebar.

Assalamualaikum,


Dingin pagi fosterbrook, 6.35 pagi.


Memulakan hari dengan kalimah syukur alhamdulillah, atas segala nikmat yang telah dilimpahkan ke atas diriku, keluargaku dan umat ISLAM seluruh dunia. Nikmat pancaindera, nikmat harta, nikmat ilmu, nikmat keluarga dan semua nikmat yang kami miliki dariMu.


....Dan seuntai doa kukirim buat saudaraku dibumi Syria yang sedang dalam perjuangan syahid menempuh gelojak kekejaman rejim basyir assad yang durjana. Doakan semoga umat Islam memperoleh kemenangan, samada sebagai tegak sebagai mujahid atau gemilang sebagai syuhada. Jangan biar kesenangan kita melupakan mereka, Doakan. Doakan.



Nikmat bangkit di atas katil sendiri semula di dublin, setelah 4 malam aku berada dibumi castlebar, 4 jam dari Dublin untuk attachment peripheral Paediatrics. Bukan tak suka merantau meneroka bumi Ireland, cuma sayu bila terpaksa kesana kemari sendirian. Lebih-lebih pergi ke ceruk yang tidak pernah dijejaki, namun itulah pengalaman, yang mengajar aku untuk lebih mengerti tentang erti kehidupan.



Pagi ini pabila aku bangkit dari tidur, hatiku terasa senang, tenang. Kalau sesiapa yang setia membaca entryku yang lepas2, mereka tentu tahu untuk 3 minggu sebelumnya, tahap semangatku menjunam, aku merungut dan asyik mengeluh. Ditambah dengan kesihatanku yang tidak baik, dan self esteem ku yang agak goyang. Semua jadi celaru, dan aku seakan hilang keyakinan kepada diriku sendiri untuk terus bertahan dalam perjuangan ku ditanah barat ini. Namun alhamdulillah, 4 malam di castlebar merubah segalanya. 'Kekasih awal dan akhirku' mengirim salam cintaNya di bumi Castlebar, mengirim salam rindu kiranya. Seolah menarik semula tanganku supaya aku kembali tegak berdiri, terus melangkah dengan yakin. Detak kasihNya meniup semula kekuatan dalam hati yang penuh calit dosa ini. Ada sesuatu yang telah berlaku Castlebar, yang aku anggap sebagai Tarbiyah dariNYA. Ya, tarbiyah yang kukira sebagai salam cinta dari NYA.







Sebelum itu, ingin aku katakan disini, aku bukanlah sebaik-baik manusia yang layak menerima cinta dariNYA yang tidak berbelah bahagi. Aku hanyalah gadis biasa yang penuh dosa kesilapan dalam menempuh rona kehidupan. Namun tujuan aku mencipta blog daifku ini, tujuan utamanya bukanlah untuk berkongsi gossip artis atau mencoret sok sek sok sek menceritakan meriahnya kehidupan dunia yang ku tempuh ini. Tujuan aku mencipta blog ini adalah untuk berkongsi bagaimana aku menghayati setiap sentuhan cinta dari Nya, dalam setiap tarbiyah yang dikirimNya untukku. Kadangkala kita tidak sedar bahawa setiap yang berlaku itu, adalah kiriman ingatan dari Allah, Kekasih kita yang tak pernah jauh. Dalam setiap langkah kehidupanku, setiap warna perjalananku, ada Allah di sebaliknya. Aku bukanlah alim ulama yang bisa menerima karamah. Namun berbekal ilmu agama yang tidak lah tinggi kelangit, aku tetap sentiasa yakin, bahawa hidup yang kulalui ini, terasa begitu bermakna menhayati bisikan cinta dariNya. InsyaAllah, kita bisa menghayatinya, seperti yang sering Allah peringatkan. Orang yang sentiasa menghayati kebesaranNya adalah orang-orang yang sentiasa berfikir.



Begini, aku ke Castlebar dengan hati yang sangat tidak rela. Menaiki 4 jam tren ke ceruk barat Ireland, sendirian, dengan semangat yang goncang. Entah mengapa kebelakangan ini, aku sedikit tidak yakin dengan diriku sendiri. Biarpun setiap tahun namaku naik di perjumpaan tahunan mara sebagai pelajar paling tinggi markahnya untuk batch universitiku dikalangan pelajar sponsor malaysian, itu semua masih tidak selalu menjanjikan diriku bahawa aku akan terus cemerlang untuk perjuangan seterusnya. Aku masih merasakan akulah yang paling lemah. Secara jujurnya bagiku, aku tetap selalu rasakan bahawa aku yang paling kurang ilmu, aku tetap masih perlu banyak belajar. Malah aku sering rasakan usahaku perlu lebih dari rakan-rakanku yang lain, kerana bagiku mereka semua lebih pandai dariku. Itulah aku, budak nerd UCD yang berusaha keras demi membawa pulang segulung ijazah untuk keluarga, agama dan negara. Sungguh patriotik farah syazana haha (^_^)



Actually semangat ku mula gelojak sejak peristiwa tutorial yang mana aku kelihatan bodoh di hadapan semua orang kerana pada minggu kedua itu, aku masih belum banyak membaca tentang paediatrics. Dengan tutor yang sedikit memandang rendah padaku, yang tidak pernah mahu menyebut namaku, yang sedikit menyisihkan aku walhal itu memang perkara biasalah kan untuk pelajar asing ditambah berhijab sepertiku kan tapi aku sering ambil hati walau dah nak masuk final year dah ni haha. Bukan aku seorang je yang selalu di treat seperti itu, malah semua malaysia berhijab dah biasa dah dengan sesetengah tutor mat saleh yang begini. Aku dah ceritakan apa yang berlaku dalam entry sebelum ini.



Jadi aku ke Castlebar dengan hati yang sedih. Kebimbangan takut tidak pass paeds masih ada di sudut benak, peristiwa tutorial itu memberi kesan kepada self esteemku, apatah untuk budak perisau lebih macam aku ni. Setiba di Castlebar, aku disambut baik oleh pemilik rumah yang aku sewa selama seminggu. Namanya Margaret. Subhanallah, biarpun bukan muslim, beliau sangat baik. Bilikku cantik sekali en suite dengan bayaran 20 euro satu malam, murah sangat. Walhal rakanku yang lain semua memilih untuk menginap di hotel sebelah Mayo genearal hospital. Kami berlima semuanya.



Kami pun menjalani attachment kami dengan baik biarpun to be honest aku memang agak tak selesa dengan 3 rakan groupku yang lain yang berasal dari canada dan america. Salah seorang nya berbangsa yahudi dari New York, dialah orang yang aku rasa aku sangat tidak selesa, kerana mereka bertiga bukanlah jenis yang peramah seperti rakan Irishku yang lain. Dia baik je, cuma mungkin aku yang sedikit skeptic. Dia pun bersifat lain macam denganku. Tapi tak mengapalah, aku biasa je pergi jumpa patient sendirian. Biasa dah jadi lone ranger. Dan dengan nature aku yang terlebih peramah ni, bersembang santai dengan patient tidak pernah menjadi masalah buatku. Lagi2 paeds kan, aku ni peminat kanak2. Seronok bagailah aku. Lagipun dengan apa yang telah berlaku, aku dari minggu lepas lagi dah jadi ulat buku dan berusaha benar mahu menguasai dunia paeds.



Confidence levelku kembali pulih sedikit demi sedikit, banyak yang aku belajar. Dalam setiap tutorial, akulah orang yang paling banyak bertanya dan menjawab soalan. Alhamdulillah. Pertemuan dengan kanak-kanak sakit di Castlebar banyak mengajar aku. I think I like paeds and I want to be a paediatrician!! (^_^)



Pada petang selasa pabila aku pulang ke rumah, Margaret mengetuk pintu bilikku. Pantas aku mencapai tudung dan Margaret terpacak dimuka pintu dengan wajah yang sangat bimbang.

"Farah, I need a help from u..." katanya, penuh gusar.

Lalu, dia pun ceritakanlah yang sebenarnya mereka sekeluarga sangat bimbang tentang cucu bongsu mereka, James yang kini mencecah usia setahun 5 bulan tapi masih belum boleh berjalan dan bercakap. Mereka sangat bimbang dengan kemungkinan James mungkin kanak-kanak Autism. Margaret memeluk aku perlahan, bimbang benar dia agaknya. Aku katakan pada Margaret bahawa aku ni hanyalah medical student, apa yang aku boleh bantu hanyalah memberikan pendapatku yang tak expert ini. Tapi Margaret kata tak apa, dia mahu juga aku bertemu anaknya Mary(ibu kepada James) dan cucunya itu James malam selasa itu. Aku pun bersetuju dan keep on menasihatinya supaya jangan terlalu bimbang kerana dari riak wajah mereka, mereka kelihatan sangat depressed.


Malam itu aku bertemu Mary dan James, setelah membuat sedikit bacaan dan kajian express tentang kanak-kanak Autism. Dengan ilmu dan pengalaman yang terlalu sedikit, aku cuba yang terbaik untuk memenuhi hasrat Margaret. In paediatrics, it is all about observations. Ia sangat berbeza dengan adult medicine sebab orang dewasa boleh beritahu kita sakit tang mana, masalahnya macam mana, they can be very specific about what went wrong. Tapi kanak-kanak dan bayi, mereka tak boleh bagitau kita apa masalah mereka dengan specific, malah kalau mereka sakitpun, mereka hanya mampu menangis. So a good paediatrician, is a very good observer. They can tell what is wrong just by looking at the kids, even without touching them. Look at their behaviour, their genaral look, the skin colour, their temperament, their movements, the way they interact, the way they communicate.



Aku perhatikan James, dan buatlah beberapa interactions dan test2 simple dari apa yang telah diajar sejak 3 minggu lepas aku dalam paeds. Sebagai contoh bila Mary katakan yang James tidak bercakap banyak, aku katakan bahawa aku agak mungkin ada masalah dengan pendengaran James kerana hearing problems can impairs language development in children. Aku terangkan pada Mary, apa pendapat aku berdasarkan pemerhatian aku, dan apa telahan aku. Aku explain juga tentang autism dan aku berpendapat James tidak punya masalah itu kerana James mampu interact denganku apabila aku cuba mendekatinya, James juga tidak punya kriteria autism yang lain. Aku cuba sedaya mungkin untuk reassure dan menasihati Mary jangan terlalu bimbang kerana pada pemerhatian aku, James tidak sakit, dia cuma sedikit lambat dalam milestones nya. Aku selitkan beberapa contoh kanak-kanak lain yang pernah aku lihat termasuk contoh Najmy, adik lelakiku sendiri.



Dalam tempoh sejam setengah aku bersama Mary dan James, aku rasakan seolah Allah mengirim ilham ilmu pengetahuan dan kepetahan lidah untukku, untuk cuba yang terbaik membantu Mary. Dah gaya2 doktor dah gamaknya. Aku berkali-kali berpesan kepada Mary bahawa aku sangat tak expert dalam bidang ini dan menasihati Mary supaya bertemu doktor pakar keesokan harinya.



Keesokan petangnya, Margaret datang mendapatkan aku dengan senyuman yang sangat gembira.


"Farah, Mary called me and really want me to say this to you. She said that she is very impressed with u. She brought James to a paediatrician, Dr fox today. She said that the way u observed James, the way u tried to find out what is wrong, the way u told her what u think about your observations were exactly the same as what Dr Fox did. And almost all of your justifications about what u think, word by word, almost the same like what Dr fox said to her today. She is very happy with u because when she met u yesterday, she became less worried. You will be very good doctor farah.."


Aku tersipu-sipu malu dan berulang kali menyatakan pada Margaret bahawa aku hanya cuba yang terbaik. Aku ni masih terlalu cetek ilmu dan penagalaman, hanya membantu apa yang aku terdaya. Lagipun, ilham, kepetahan aku semalam, semuanya kiriman cinta dari Allah. Mungkin inilah tarbiyah dari Allah buatku, kiriman kasih sayangnya supaya aku kembali bersemangat dan yakin pada diri sendiri semula, dan yang lebih penting, yakin padaNya. Alhamdulillah, aku semakin bersemangat kini, dan aku akan berusaha yang terbaik untuk melepasi 6 minggu paeds ini dengan jayanya. Dengan izinNya.





Aku menceburi dunia perubatan bukanlah kerana aku mahu dipandang tinggi oleh masyarakat. Bukan juga kerana aku mahu jadi kaya raya. Aku jatuh cinta kepada dunia perubatan kerana aku mahu menyentuh kehidupan orang lain. Aku mahu berusaha yang aku mampu untuk memberi pertolongan selagi yang aku mampu. Kepuasan mengukir senyuman dibibir pesakit adalah kepuasan yang sukar dinyatakan. Bahawasanya bukanlah doktor yang menyembuhkan penyakit tetapi ia dari Tuhan. Doktor hanyalah perantara.



Alhamdulillah, untuk infiniti kalinya, Allah menyelamatkan aku dari terus tumbang. Peristiwa di rumah Margaret sangat memberi kesan kepada jiwaku lantas membangkitkan semangatku semula. I think I like paeds! haha Tapi bagiku apa yang telah berlaku adalah kiriman salam cinta dari Allah, teguran dariNya supaya jangan sesekali lupa, kejayaan dan kegagalan aku bukan ditangan aku, bukan ditangan tutorku,bukan ditangan examinerku, bukan di tangan manusia. Ia datang dari Allah. Mintalah dariNya. Pohonlah dariNya.







Pagi ini ada seorang sister juga mengirim surat cintanya setelah dia membaca entryku yang lepas, sebaik aku terjaga dan aku membaca nota pendeknya, sejuta kesyukuran aku panjatkan. Ini kiriman kasih darinya;

assalamualaikum w.b.t.
dear sister,

urmmhh,, how to start eh?
okay, memang betul, kita tak kenal each other.
but, i do read your blog n i love reading it.
saya juga seakan dapat merasai pengalaman akak menerusi cerita itu. its tough to study medic. i agree with that. dan tak semua orang berpeluang merasai pengalaman yang akak ada. beberapa conflict peribadi juga timbul menambahkan kegetiran berada di bumi asing kan. saya percaya akak sangat kuat orang nya. n i dont think that i should give you an advice. tapi, just want u to know that, i will support u. ingatlah kak, di kala kita merasa susah, Allah menguji hambanya yang lain dengan ujian yang lebih getir. teruskan berusaha. semoga nanti, akak pulang ke tanah air menjadi seorang doktor yang berbakti. negara perlukan doktor-doktor yang mahir dan ikhlas berkhidmat.

salam dari malaysia.




Sekali lagi Allah mengirim tarbiyahnya melalui sister ini. Kami tidak pernah bersua muka, malah tidak pernah saling mengenali. Tapi kasih sesama saudara ukhwah fillah tidak memerlukan pertemuan, ia hanya memerlukan hati dan cinta untuk saling mengingatkan. Dik, maaf akak paparkan kiriman awak disini, akak kira ianya terlalu bermakna untuk akak dan akak mahu kongsikan ia untuk semua sahabat akak, kita saling mengingatkan. Dik, terima kasih kerana adik sudi doakan akak dan doakan semoga akak kuat dan berjaya menjadi seorang doktor, seorang manusia yang dapat berbakti pada agama dan masyarakat, dunia dan akhirat.



Dan buatMu Ya Allah, terima kasih untuk kesekian kalinya kerana masih sudi menyayangiku, insan penuh dosa ini. Sesungguhnya, Kaulah KEKASIH yang tak pernah jauh. Sentiasa ADA.




Thursday, April 12, 2012

..kisah pengembara malam..

Assalamualaikum..

12.01 tengahari fosterbrook.

Jari gatal nak menulis ditengah minggu yang meletihkan.

Aku, pengembara malam. Pelik saja bunyinya. Maklumlah, sekarang aku ni ala2 'bekerja' shift malam. Disaat semua orang lena diulit mimpi, aku kini harus sibuk menjaga bakal2 ibu di wad bersalin berjam2 lamanya. Ada satu pagi tu setelah aku habis shift 10 jam dan pulang kerumah pukul 9 pagi, aku meraung2 di atas katil tidak boleh tidur kerana kaki kiriku sakit amat. Itulah penangan berdiri dan berlari2 sepanjang malam!


Semasa aku mula2 memulakan rotation O&G ini memang aku sudah sedia maklum yang aku harus menjalani delivery week selama seminggu which consists of three shifts in two ucd hospitals, which one of them is quite far from my house, lebih kurang 40 minit journey,kena tukar dua bas. And im sooooo aware of this nights shift.




Jadi aku duk berdoa siang malam moga2 aku tak dapat shift malam lebih2 lagi di hospital yang jauh ni sebab aku bukan biasa bertebaran waktu malam. Ibu ayah memang dah didik kami adik beradik, kalau keluar jalan2 pun, sebelum pukul 5 petang dah kena ada kat rumah. Teringat lagi dolu2 masa zaman muda2, kalau exceed pukul 5 ayah dah tarik muka, jadi kami adik beradik kalau terlambat diam je hanya menunggu masa untuk kena marah. Kalau terbalik lambat memang 'saaaspen' la tengok riak muka ayah yang menunggu di stesyen LRT. Ayah pegawai tentera, memang garang tahap gaban. Tapi kalau time die tak marah, die memang ayah paling best dalam dunia! Kalau dulu kami balik awal sebab takut ayah marah, tapi sekarang kami balik awal sebab HORMAT pada ayah. Kami tahu ayah bukan sengaja berniat mengongkong hidup kami, tapi ayah sedang melindungi dan mendidik kami menjadi manusia yang lebih baik dan berdisiplin!


Tapi tula, kan orang dah cakap jangan tak nak sangat pada sesuatu, last2 memang terkena gak eden ke shift malam (11 mlm-8 pagi) di hospital yang jauh tu. Hmmm sedih jugala, tapi bila jadi macam ni aku selalu yakin yang apabila Allah beri aku sesuatu, bermakna ianya sesuai dengan kesanggupanku dan kemampuanku!

Firman Allah لا يكلف الله نفساً إلا وسعها , bahwa Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya (Al-Baqarah: 286)

Jadi aku pun menerima dengan hati yang terbuka. Walau dalam hatiku ni memang takut. Tak biasa keluar malam2, waima melepak dengan kawan2. Aku ni memang jenis kalau matahari dah lari menyorok diufuk barat, aku pun lari masuk kamarku yang merupakan syurga bujangku. Bermulalah perjalanan pukul 10 mlm, sorang2 pula tu, kena tukar bas di dublin city menuju ke Coombe Lady's hospital. Jalan yang agak menakutkan ialah jalan nak keluar dari perumahanku ke jalan besar, aku perlu melalui suatu jalan berbukit tinggi sunyi bersebelahan belukar gelap yang mengambil masa kira2 10 minit berjalan kaki. Memang seram sejuk jugalah mengayuh basikal seorang diri malam2 begitu, time tu jugaklah terbayang2 'penumpang tak diundang', cerita 'hantu bonceng' dan semuanya. Dalam hati tak putus2 menutur ITTAQULLAH, hanya takut pada Allah swt. Sesungguhnya aku berlindung dari segala bahaya hanya kepada Allah swt.


Apa boleh buat, beginilah kehidupan diperantauan. Suka atau tidak, kena tempuh, kena redah. Tak ada pilihan. Bukan macam di malaysia, kesana sini hanya menekan pedal minyak kereta.


Dua tiga hari berlalu, aku bersyukur pula kerana mendapat shift malam begini. Bak perjalanan Nabi Muhammad di isra'kan pada waktu malam, aku mendapat banyak hikmah dan pelajaran dari perjalananku sendirian pada waktu malam begini. Banyak peristiwa yang dipertontonkan Allah padaku, subhanallah, Allah ingin mendidikku rupa-rupanya dalam perjalanan malam sebegini. Maha suci Allah yang penuh rahsia dan kebesaran. Perjalanan malam begini membuatkan aku lebih banyak berfikir..



Ada satu peristiwa yang aku paling ingat, pada malam kedua perjalananku. Sewaktu aku sedang menunggu bas kedua di dame street city centre. Di Dame street ini memang sangat banyak pub2 yakni kelab2 malam, jadi memang cukup meriah di malam hari bersama muzik dan arak. Terasa asing sungguh berjalan merentasi manusia2 yang menikmati hiburan2 malam bersama air2 kencing syaitan, bergelak tawa, lupa bahawa dunia ini sementara. Tidak kurang juga pasangan2 yang ghairah bercumbu2an di tepi2 jalan (dah tak ada rumah agaknya! grrrr..). Sungguh mencemarkan keindahan malam. Masih dalam hati aku bertawakkal dan berlindung pada Allah, moga dijauhi segala bahaya.


Pada malam itu, di stesyen bas tempat aku menunggu, aku terlihat seorang wanita tua yang agak pelik, aku kira dalam lingkungan 70 an. Sebagai seorang bakal doktor (eceewah! =p), dari gerak gayanya, aku dapati mak cik ini adalah masalah neurological, kerana tangannya nampak seperti ada masalah spasticity, kind of overextension of hands and overflexion of the fingers, and her gait looks very very abnormal. Macam unstable sangat each time she is taking steps. Sesekali aku nampak ade twitching moements pada wajahnya. Memang dia sakit. Beliau sedang menarik trolley berisi penuh barang2 dapur. Aku agak mak cik ni ada cerebellar problems, tambahan lagi bila tengok wajahnya dia macam ada tak ada di dunia realiti.



Bila begini memanglah aku amat tertanya-tanya where is her children? Sampai hati tinggalkan ibu yang telah tua seorang diri begini. Kalau beliau tak ada anak pun mana sanak saudaranya? Mana hilangnya rasa tanggungjawab dan kasih sayang? Mana hilangnya perikemanusiaan?


Masih aku berdiri tidak jauh dari mak cik tua itu, memerhatikannya penuh tekun. Sebaik saja bas sampai, aku dan beberapa orang termasuk mak cik tua itu, menuju untuk memenuhi perut bas. Kami memberi laluan kepada mak cik tua itu untuk masuk terlebih dahulu. Sebaik mak cik tua itu hendak melangkah masuk ke perut bas, tiba-tiba dia rebah terjunam ke depan. Terkejut aku dan beberapa penumpang lain. Seperti yang aku katakan,mak cik ini antara sedar tak sedar, beliau sendiri tidak bisa bangun sendiri dan aku dan beberapa orang yang lain terpaksa mengangkatnya dan barang2nya masuk ke perut bas. Subhanallah, mana perginya kaum keluarga mak cik ni...


Sebaik aku sampai di hospital aku melangkah turun memandang sayu wajah mak cik tua itu buat kali terakhir. Semoga mak cik selamat, dan semoga mak cik menemui kasih sayang dalam cahaya Islam. Aku bimbang kalau2 dia jatuh lagi dan tiada siapa yang mebantu. Aku bimbang jika dia dirompak. Aku bimbang jika dia sakit dan tiada yang menyedari. Namun apa yang boleh aku lakukan? Inilah realiti kehidupan di luar comfort zone kita, yang harus kita sedari dan sama2 melakukan sesuatu tentangnya. Agar ia tidak berlaku kepada orang2 disekeliling kita mahupun seluruh umat Islam.


Melalui malam2 ku memerhatikan gelagat manusia berbagai ragam. Tidak kurang melihat orang2 homeless yang meringkuk ksejukan lena di tepi2 jalan. Sebak aku memikirkan, terharu menghayati indahnya Islam yang tidak pernah mendiskriminasi. Rindu aku pada Rasulullah swt, manusia paling mulia di muka bumi namun sangat berbelas kasih kepada pemgemis yahudi buta yang setiap hari memaki dan mencaci baginda, namun tidak putus baginda menyuapkannya makanan. Mengapa kita tidak begitu? Mengapa kita terlalu angkuh dalam dunia kita sendiri. Kita kadangkala katakan yang kita sayangkan orang lain fillah, tetapi masih kita saling menyakiti. Kasih sayang kita bukan hanya limited kepada keluarga dan orang2 terdekat, namun kasih kita adalah untuk seisi bumi. Waima kepada seekor anjing kurap kehausan. Namun mengapa masih wujud pemandangan memeritkan sebegini?..





Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Muslim).


Ya Allah semoga kami diberi kekuatan untuk terus mengasihi sesama manusia tanpa mengira pangkat atau darah. INSYAALLAH.

..............................................................................

Perjalanan malamku yang bermakna. Malam semalam, entah kenapa aku yang selalu dikenali sebagai seorang yang handal berjalan tanpa sesat, akhirnya aku sesat jua. Entah mengapa Allah tutup hijab pandangan sehingga aku terlepas hospitalku dan menuju ke suatu perumahan sunyi. Nasib baik bas terakhir masih ada dan aku berjaya trace kembali jalan ke hospitalku. Tidak kurang juga aku perlu menunggu teksi seorang diri di jalan besar depan hospital untuk pulang pada pukul 3 pagi kerana tiada pula kes malam tersebut. Takut memang takut, tapi ada Allah, yakin Allah menjaga, yakin Allah bersama, jadi tiada apa yang perlu ditakutkan.

Allah Ya WALI.. Allah maha melindungi..

"Tiadakah kamu mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah milik ALLAH dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong" (AL Baqarah 2 : 107)

Tidak rugi aku menuntut disini kerana aku semakin dekat denganNya. Yang menjadi teman setia saat kesunyian, keseorangan dan setiap masa. Terima kasih Allah. DariMu aku datang, kepadaMu jua akan aku dikembalikan..




Kisah pengembara malam.. Ya Allah jadikan aku hambaMu yang bermanfaat kepada orang lain. Jadikan hambaMu insan yang tidak lalai dari mengingatiMu.. Jadikan hambaMu ini seorang yang sentiasa menyintaiMu...

wallahualam