... I am A restless brain ...

Tuesday, April 13, 2010

Suara hati yang berbisik...

13 April 2010, 1050 pg..

Hati..

Mengapa menangis..
Tidak cukupkah dengan rahmat y telah Tuhan limpahkan buatmu..keelokan paras rupa.. kecerdasan akal fikiran..kejayaan demi kejayaan...keluarga bhgia yang menyayangimu tanpa lelah..Mengapa menangis wahai hati..apa y kau bimbangkan...

Hatiku menjawab..
Hati ini bersedih kerana terluka dek perbuatan manusia yang kusayang..Melukaiku..Menyakitiku...Tidak menghargai pengorbananku...Kesetiaanku...

Iman yang hanya diam memerhati tiba-tiba mencelah..
Itulah silapmu wahai hati..Kau sandarkan cinta itu pada manusia..Kau percaya bahawa semua itu dapat memebri dirimu senyman, ketawa..Tapi apa yang kau dapat? Hanyalah air mata dan siksa bukan..

Hati terkedu..Rasa pedih pula dibicara sebegitu oleh iman..
Hati cuba membela diri...Aku disini..Dia disana beribu batu..Jauh..berjumpa manakan dapat..Hanya percaya dan setia sebgai janji dann keyakinan..Jauh disudut kalbu aku redha andai ia terputus dipertengahan..Kerana kami serahkan jodoh pertemuan segalanya ditangan Tuhan..dan hanya padaNya kami bertawakal..Namun, bila ujian kadangkla melanda, hati terasa sakit..terasa menyiksa..

Iman menjawab..
Jika benar-benar kau bertawakal padaNYA, jika dia terpaksa pergi dari hidupmu maka engkau lepaskanlah..Sesungguhnya Allah yang sebaik2 perancang dan Maha menentukan...Sandarkan padaNya..Sesungguhnya seluruh kasih sayangmu itu seharusnya milik Allah...Allah menyayngi dirimu..DIA tidak pernah mahu menitiskan air matamu..DIA tidak mungkin meninggalkan mu dikala semua manusia meninggalkanmu..DIA tetap bersamamu walaupun dikala kamu melupakanNYA..Subhanallah cantiknya kasih sayang Allah..lembutnya makrifahNYA y sentiasa meliputi dirimu..

Hati terdiam..mengesat airmata..memandang iman penuh rasa syahdu..
Iman..Perasaan sayang dlm hati ini terlalu dalam...jikalau aku tidak jauh begini..jikalau tiada halangan, aku sekali2 tidak mahu terperangkap dlm jerat perasaan ini..Ingin sekali aku mengakhiri semua ini dengan ikatan kasih y diredhaiNYA..cuma..ia terlalu sukar untuk kami..Iman..aku selalu meminta pada Tuhan..moga dipermudahkan jalan..Aku tidak mahu menjadi manusia y menzalimi dirinya sendiri..aku takut siksa neraka..aku takut gelap dan sempitnya barzakh..mengapa terlalu lemah diri ini..Ya Rabb...Aku lemah benar tanpa diriMU menyuluh jalan buatku..

Iman tersenyum.. Kita manusia tidak pernah lari dr kesilapan..Pulanglah pada Allah yang menciptakan...Sandarkan semua harapnmu padaNYA..Jangan pernah putus meminta pertolonganNya...Allah tidak akn menzalimi hambaNYA yang tidak putus2 mengahrapkn redhaNYA...Engkau bukan lah manusia jahat..Ini ujianmu..hadapilah dengan tenang dan bijak..Bersihkan dirimu dengan taubat..

Hati berhenti menangis...Hati tersenyum..tiba-tiba, satu rasa senang menyelinap dlm jiwa apabila bibir menyebut kalimah ALLAH...ALLAH...indahnya tawakal itu..indahnya rasa berTuhan...Hati terasa kuat..hati terasa nyaman dengan rasa redha dan tawakal...Cantiknya indahnya rasa makrifah MU ya Rabb...

Tidak apalah andai tiada manusia mencintaiku..asalkan Kau meredhaiku..
Iman..terima kasih atas dorongan...Aku akan terus melangkah dengan pasti..Hanya Allah y harus berada di hati...

"Sesungguhnya Allah sebaik2 tempat berganntung.."

Wallahualam

Friday, April 2, 2010

(Siri 2) Jangan Takut Wahai Wanita..Jodoh Pertemuan ditangan Tuhan..YAKIN= )

Sambungan dari siri pertama...

Assalamualaikum..

Jangan Takut Wahai Wanita.. Jodoh pertemuan kan ditangan Tuhan.. Yakin!

Pernah sekali aku memulakan perbualan dengan seorang sahabatku. Dahulunya dia seorang yang amat menutup aurat dan sopan. Tapi kini, dia tidak lagi seperti yang kukenali dia seperti sebelumnya..Hijab tidak lagi setia lekat dikepalanya, pakaiannya juga tidak lagi sesempurna ketika aku mengenalinya suatu ketika dulu. Sebagai seorang sahabat, aku sangat2 menyayanginya..Aku sangat2 bersedih dengan perubahannya. Pernah sekali aku cuba memberanikan diri, bertanya mengapa terlalu cepat benar dia berubah. Dia menyatakan kebimbangannya padaku, juga berkisar soal mencari pasangan. Mmmm sungguh hebat isu ini sebenarnya dan aku sendiri pada mulanya tidak begitu menyedarinya. Hebatnya isu ini sehinggakan ia mampu mengubah seseorang itu dengan begitu drastik. Salah siapakah sebenarnya ini? Salah kaum wanitakah yang tidak meyakini kecantikan yang telah Allah berikan padanya dan tidak meyakini jodoh pertemuan yang ditentukan Tuhan? Atau salah sang adam yang terlalu memandang paras rupa bila masuk dalam hal2 mencari pasangan?

Aku tidak menafikan, bahwa kebanyakan kaum adam amat2 mementingkan soal paras rupa. Aku ada juga bertanya ramai rakan-rakan lelakiku, kriteria2 bagaimanakah yang mereka cari, dan CANTIK merupakan salah satu daripada kriteria utama mereka. Persoalannya, apakah cantik dimata lelaki A sama dengan cantik dimata sang lelaki B? Cantik macam mana sebenarnya, yang berkulit cerah? tinggi ala2 model? slim macam Nasha Aziz? Kulit halus macam kulit tomato? Kalaulah semua lelaki punya taste yang sebegini, alamatnya bukan saja wanita yang akan jadi anak dara tua (aku pun tidak adalah yang mahu sebab nak banding aku dengan Nasha Aziz memanglah jauh bezanya hehe), malahan ramai lelaki juga tidaklah berkahwin sebab kriteria2 itu terlalu perfect dan kerana mereka tak dapat menemui ramai yang perfect sebegitu mereka juga haruslah membujang sampai tua...

Sahabat... Kecantikan adalah sesuatu yang sangat2 luar biasa untuk didefinisikan. Aku sama sekali tidak menyokong bahwa wanita yang cantik adalah hanya wanita yang memiliki ciri2 yang telah ku utarakan diatas. Itu adalah definisi kecantikan yang dicipta oleh mentaliti barat dan kerana kita semua telah terpengaruh dan dijajah mindanya, maka tidak hairanlah ramai wanita hari ini berlumba2 menjadi golongan anorexia nervosa. Tidak kurang ada beberapa kes baru2 ini yang kudengar ada yang meninggal dunia akibat kaedah LIPOSUCTION gara2 hendak memiliki tubuh ala2 model. Tidak kurang juga ada yang meninggal dunia gara2 terlalu banyak menelan pil kurus. Maka tidak hairanlah banyak slimming firm telah ditubuhkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sebagai seorang pelajar perubatan, aku dapat mengenalpasti ada beberapa kaedah yang mereka gunakan adalah bahaya kepada tubuh wanita itu sendiri. Membuang portion lemak yang berguna sebagai tenaga simpanan dalam badan, dan ada juga kaedah yang banyak membuang kuantiti air yang amat penting dalam memastikan metabolisme tubuh yang normal. Untuk jangka masa panjang, ini membahayakan kesihatan wanita itu sendiri. Aku tidak menafikan bahawa menjaga kecantikan dan kesihatan adalah penting dalam agama Islam, tapi biarlah kena pada tempatnya. Biarlah melalui cara kita menjaga pemakanan dan memperbanyakkan senaman. Semua ini ada digariskan dalam Islam.

Akhirnya yang menjadi mangsa keadaan adalah kaum wanita. Mentaliti ciptaan barat ini telah berjaya mengucar ngacirkan kefahaman seorang islam itu sendiri. Kaum wanita semakin hilang keyakinan diri, malah keyakinan untuk berpegang pada asas-asas islam itu sendiri. Kepercayaan dan keyakinan dalam menutup aurat semakin lama semakin terhakis dek kerana terlalu percaya kepada definisi kecantikan yang dicipta barat itu. Yang cantik itu mesti yang slim macam model, tinggi, yang seksi. Kalau bertudung, tak cantik, tutup satu badan buat apa. Pernah seorang rakan non muslimku bertanya kepadaku, "Why are u wearing Hijab, I know that u are very beautiful, but why u keep the beauty hidden? Isnt beauty has to be shown to others? Didnt u have pride for it?".. Aku tersenyum dan menjawab, "Thank you for the compliment, but beauty is like a pearl in the sea. The beautiful pearl is being protected in its own shell. A very tough protective shell and so as the beautiful woman. We protect the beauty. We preserve it specially for our beloved husband.. Thats what Islam obliged us to do and to believe.."

Sahabat.. Hanya Jauhari yang dapat mengenal manikam. Kita tidak perlu menjaja kecantikan kita untuk mendapat perhatian lelaki. Lelaki yang baik, mereka pandai untuk menilai kecantikan sejati seseorang wanita itu. Wanita itu tidak perlu mendedahkan apa2. Kecantikan sejati itu bukanlah hanya terletak pada kecantikan paras rupa semata2. Jika seseorang lelaki itu hanya menyintai kita kerana kita seorang yang jelita, nanti apabila kejelitaan itu dimakan usia, apakah lagi alasan untuk dia menyintai kita? Dia akan meninggalkan kita. Kecantikan sejati seorang wanita itu terletak kepada keimanannya, kesolehannya dalam beragama, budi pekertinya yang membuatkan semua yang mendekatinya menjadi lapang dada, ketaatannya kepada kedua ibu bapanya, kasih sayangnya kepada yang lemah dan tidak berupaya, ketinggian ilmunya baik ilmu dunia lebih2 lagi ilmu agama. Kecantikan seorang wanita itu terletak pada tingginya rasa takutnya kepada Yang Maha Pencipta. Lelaki yang soleh pasti mencari ciri2 kecantikan ini seperti yang telah digariskan Allah dalam agama, bahawa dikahwini seorang lelaki itu dengan seorang wanita itu atas 4 ciri, hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan ketinggiannya dalam beragama. Bahawa berbahagialah sekiranya wanita itu tinggi dalam agamanya. Inilah yang bererti kecantikan. Inilah kecantikan hakiki yang harus kita pegang kuat padanya. Jangan kita terikut2 jajahan mentailiti yang didalangi barat itu.

Jika lelaki itu tidak menyintai kita hanya kerana kita berkulit gelap seperti dayang senandung, biarkan. Jika lelaki itu tidak menyintai kita hanya kerana kulit kita tidak halus mulus seperti model dalam iklan Olay, biarkan. Jika lelaki itu tidk menyintai kita hanya kerana kita tidak tinggi kurus lampai seperti Nasha Aziz, biarkan. Bukan paras rupa yang menjadi ukuran utama disisi Allah. Tetap percaya bahawa Allah telah menjadikan kita semua dengan begitu cantik. Seindah hiasan adalah wanita solehah, dan Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Kecantikan itu abstrak, kita jaga peribadi kita. Kita jaga akhlak kita. Kita update dan tambah iman kita. Kita halusi lagi budi pekerti kita.. insyaAllah, akan terpancarlah kecantikan itu dengan sendirinya tanpa perlu kita touch up wajah kita dengan bertan-tan eye shadow, mascara, lipstick atau yang sewaktu dengannya.

Kita pakai bedak wudhu pada wajah kita setiap hari. Kita pakai mascara menatap ayat2 al Quran setiap hari. Kita sapukan lipstick zikir dan memperbincangkan ilmu agama setiap hari. InsyaAllah dengan sendirinya akan terpancarlah keserian dan kecantikan hakiki. Dan seperti yang kukatakan, hanya jauhari yang dapat mengenal manikam. Lelaki yang baik pastinya akan dapat melihat semua kecantikan ini tanpa perlu wanita itu mendedahkan rupa parasnya untuk tatapan umum. Kita umat Islam. Keyakinan kita pada janji Tuhan itu amat penting. Tak mengapalah kalau cinta kita pada si A tidak berbalas kerana si A merasakan kita tidak cantik. Lebih penting lg Allah meredhai kita. Satu hari nanti, pasti Allah akan menganugerahkan kita dengan insan yang lebih baik dan sempurna. ingatlah janji Allah itu.

Baru2 ini, aku ada menonton filem Ketika Cinta Bertasbih. Aku amat menyukai jalan ceritanya, mengisahkan bagaimana Allah mengaturkan jodoh yang sempurna, namun Allah menyelitkan berbagai cabaran dan dugaan.Namun hanya dengan keimanan dan keyakinan, semua itu dapat diatasi dan mereka menemui jodoh yang terbaik. Akhirnya Anna dan Azam bersatu. Aku juga tertarik dalam satu bahagian dimana Anna minta Furqan untuk tidak menduakannya selagi dia masih mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Sebagaimana Nabi Muhammad tidak pernah menduakan Siti Khadijah selama Siti Khadijah masih hidup, dan sebagaimana Ali tidak pernah menduakan Siti Fatimah. Layakkah aku nanti untuk membuat permintaan sebegitu kepada bakal suamiku nanti, aku sendiri tak pasti.. Bersama2lah kita berdoa agar kita semua bakal dikurniakan suami yang soleh, anak2 yang soleh solehah dan semoga dipermudahkan jodoh kita masing2. Sandarkan lah segala doa, pengharapan dan impian kita pada Allah, sesungguhnya Dia sebaik2 tempat berlindung. Biarlah manusia tidak mahu pada kita, jangan kita biar Allah menjauhi kita. Sesungguhnya apa yang ada didunia ini hanyalah pinjaman semata2, akhirat juga destinasi yang pasti dan abadi. Sebelum aku mengundur diri, dan membuka semula nota2 medicku, ingin aku hadiahkan sebuah sajak yang aku petik dari novel Ketika Cinta bertasbih yang amat kugemari..

KAU MENCINTAIKU...
kau mencintaiku..
seperti bumi...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
menanggung beban derita...
tak pernah lelah menghisap luka...
kau mencintaiku...
seperti matahari...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
membagi cerah cahaya...
tak pernah lelah...
menghangatkan jiwa...
kau mencintaiku...
seperti air...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
membersihkan lara...
tak pernah lelah...
menyejukkan dahaga...
kau mencintaiku...
seperti bunga...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
menebar mekar aroma bahagia...
tak pernah lelah...
meneduhkan gelisah nyala..
Semoga kita berjumpa lagi dilain coretan...=) Cintailah ALLAH=)
Wallahualam

(Siri 1)Jangan takut wahai WANITA..Jodoh pertemuan Allah tentukan...YAKIN=)

2 April 2010, 1401 pm





Assalamualaikum,





Menemui sahabat yang kukasihi. Maaf sebab lama benar jari jemari ini tidak melakar sebarang coretan di blog ini. Mungkin kerana terlalau sibuk study (mgkn juga alasan), atau mgkn kerana aku sendiri terlupa akan kemanisan menulis coretan sebegini, sedangkan ia telah menjadi nadi dan iramaku sejak dulu lg. Sedang aku menunaikan kewajipan solat Zuhur tadi, hatiku terusik lembut. Ada sesuatu dalam raga ini yang ingin aku luahkan, dan ingin sekali aku kongsikan buat semua sahabat..





Rasanya, pernah aku garap sebuah penulisan tentang hal ini dulu, tentang wanita. Betapa aku bangga diciptakan sebagai seorang wanita, dan betapa aku pilu melihat kejatuhan wanita di abad ini. Aku memerhati dan terus memerhati. Aku memerhatikan wanita disekelilingku, begitu juga aku memerhatikan diriku sendiri sebagai seorang wanita. Jikalau Siti Khadijah atau Siti Aisyah isteri tercinta Nabi bisa melihat kaum wanita zaman ini, pasti hati mereka pilu dan kelopak mata mereka takkan bisa kering oleh air mata. Kecantikan dan keindahan wanita yang dihiasi Allah pada wanita telah malap, darjat dan maruahnya telah jatuh..





Aku seorang wanita. Kuakui, diri ini terlalu banyak kelemahan. Terlalu banyak khilaf dan cacat celanya. Kadngkala air mata ini menitis, mengenangkan dosa dan gagalnya aku untuk menjadi seindah hiasan dunia. Aku juga gagal menjadi semulia-mulianya wanita, semulia Siti Khadijah dan Rabiatul Adawiyah..Kadangkala aku lalai dan leka dari mengikuti segala suruhanMu Ya Rabb..Aku lemah dan terlalu tidak sempurna.. Ampunkan hambaMu yang lemah ini ..Ya Tuhan..Hati ini tambah parah pabila aku melihat satu persatu wanita hari ini, hilang serinya, tersungkur ke jalan binasa. Tubuh wanita kini di sentuh lelaki ajnabi tanpa segan silu, kulit cerah mulus mereka menjadi tatapan mata-mata jahat sang adam tanpa belas. Suara lunak mereka menjadi 'pil khayal' kepada sang pendengar setia.. Kelembutan dan kejelitaan mereka menjadi aset yang dijaja oleh kezaliman perniagaan ekonomi yang memperdagangkan maruah wanita yang seharusnya dilindungi dan dipelihara.. Dunia..Dunia...





Ku cuba mencari apakah sebenarnya asbab kepada semua kecelaruan ini. Apakah yang membuatkan sahabat-sahabat kita dan aku sendiri semakin lama semakin hanyut dalam dunia sementara ini. Adakah kita lupa kepada janji Tuhan, bahawa dunia ini hanyalah satu persinggahan. Kita hanyalah musafir yang sedang membawa bekalan menuju akhirat yang pasti..





Lama juga aku cuba mencari jawapan..Aku sering cuba bertanya, mengapakah agaknya semua ini terjadi. Ada juga aku membelek majalah-majalah hiburan, dan majalah remaja untuk mendalami lagi suara hati dan pemikiran wanita abad ini. Satu punca yang kukenalpasti, ialah ketakutan wanita zaman kini tidak dilamar mana-mana lelaki. Tidak aku nafikan, lelaki zaman kini sangat sedikit jika dibandingkan dengan populasi wanita. Tidak silapku, seorang lelaki itu wajar kahwin 4 sekiranya hendak memberi peluang kepada seluruh kaum wanita menikmati alam berumahtangga. Ini membuatkan wanita-wanita muda yang masih belum berumahtangga, seperti aku contohnya, menjadi gementar. Takut kalau-kalau lelaki yang baik sudah habis.(ibuku juga sebenarnya sangat bimbang kalau-kalau aku tidak laku,maklumlah, doktor wanita katanya sukar mencari jodoh=)). Takut kalau-kalau tiada siapa ingin masuk meminang.Takut kalau-kalau diejek kawan-kawan sebab tak laku. Berasa rendah diri bila melihat semua teman disekeliling mendapat hadiah ketika Valentine tetapi tidak diri sendiri.





Setelah ketakutan dan kegementaran itu, wanita mula mencari jalan bagaimana untuk memastikan bahawa mereka tidak berada dalam kalangan wanita yang tidak menarik dimata sang adam. Dari situlah, bermulanya kelalaian dalam menutup aurat. Kelalaian dalam menjaga batasan. Kelalaian dalam menjaga maruah diri. Alasan yang diberikan, "saya tidak cantik, tidak anggun. Sekiranya saya memakai hijab, kecantikan sebenar saya akan terlindung.rambut saya yang hitam menawan ini tidak bisa diragakan.. Sekiranya saya tidak mendedahkan kulit mulus saya, sang adam tidak bisa melihat dan menghargainya.. Sekiranya saya tidak berdampingan dengan mereka, mereka tidak akan dapat melihat betapa menarik dan istimewanya saya ini..."





Wahai wanita, kaum hawa yang sama sepertiku..Ketahuilah bahawa kita semua ini terlalu cantik..Allah telah mencipta kita terlalu indah. Cantik. Tiada seorang pun antara kita yang tidak istimewa. Aku kau dia dan kamu..Semuanya begitu indah..Aku tidak segan mengatakan bahawa, ya..Allah telah memberikan kecantikan padaku,pada adik2ku, pada rakanku, pada muslimah saudari2 seislamku..Kita semua terlalu istimewa..Tidak kiralah samada kita berkulit gelap, cerah, kuning langsat, hitam manis.. Tidak kiralah samada kita tinggi lampai seperti model, atau rendah, tapi comel kan... Tidak kiralah kita ini seorang doktor, engineer, akauntan, atau hanya guru biasa. Kecantikan dan kemuliaan yang Allah beri pada kita kaum wanita jangan sekali-kali kita nafikan. Apa juga bentuk paras kita. apa juga pekerjaan kita, kita ini adalah aset paling indah yang dicipta Allah.





Kita sering gelisah dan bimbang sekiranya tiada lelaki yang ingin mengetuk pinti hati, menghadiahkan sebuah cinta buat kita. Ku tidak nafikan, bahawa aku juga pernah resah atas sebab yang sama. Melihatkan ibu yang sering menasihati aku supaya jangan terlalu sombong dengan lelaki yang cuba mengetuk pintu hati ini, aku jadi keliru. Aku memahami niat baik ibu itu yang ingin sekali melihat aku berumahtangga dan memiliki sebuah kehidupan yang lebih baik. Lebih-lebih lagi ibu bimbang sungguh dengan profesion yang kupilih ini, dan melihatkan aku sering saja menolak lamaran cinta dari lelaki-lelaki yang pernah menyukaiku. Lebih-lebih lagi usia sebegini katanya memang usia membina rumahtngga. Tapi ibu, aku menolak mereka bukan kerana aku tidak ingin berumahtangga. Aku menolak mereka kerana bagiku,soal2 begini asasnya perlu kuat. Percintaan bukanlah satu mainan remaja-remaja sepertiku. Percintaan itu seharusnya adalah sebuah perkahwinan. Aku ingin menyintai lelaki yang benar-benar ikhlas ingin menikahiku dan menjagaku hingga keakhir hayat.Aku ingin menyintai lelaki yang bergelar suami. Aku ingin lelaki itu menjadi suamiku. Bukan sekadar couple, then berpisah. Coupe lg dan berpisah. Nak cari yang terbaik, kenalah screening test dulu katanya. Aku tidak mahu dijadikannya pasangan kepit yang dijaja pada kawan-kawannya. Bukan sekadar aku dijadikan pasangan hanya pada nama, tanpa sebarang ikatan. Bukan sekadar menjadi pasangan yang hanya diguna untuk melampiaskan nafsu sang adam. Wanita, kita seharusnya dihormati. Dilindungi. Dijaga maruahnya. Dijaga kecantikan dan keayuannya...





Alhamdulillah setelah aku lebih mendalami agama, aku menjadi semakin kuat. Aku tidak lagi bimbang. Keresahan itu jangan sesekali memungkinkan aku menjatuhkan kemuliaanku sebagai seorang wanita yang seharusnya dihormati dan dilindungi. Hijab ini adalah perisai buatku dari panahan nafsu lelaki. Pakaian yang menutup aurat adalah senjata untuk mematahkan serangan syaitan yang bisa menghasut sang adam yang mungkin terdetik untuk memusnahkan kehormatan seorang wanita. Dan MALU, adalah seindah2 pakaian buat wanita2 solehah.





Wanita, tidak salah sekiranya kita bimbang yang kita mungkin tidak disunting mana-mana lelaki. Setiap dari kita mahupun aku juga mempunyai impian untuk membina kehidupan yang baik dan indah2 semahunya. Namun janganlah membiarkan ketakutan kita itu membuatkan kita tersungkur dari landasan yang sebenarnya..Kita kan orang Islam, orang yang beriman dengan syahadah..Orang yang bertaqwa.. Allah dah menjanjikan bahawa lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.. Janji Tuhan tu, takkan kita hendak menidakkannya. Sekiranya kita menyintai seorang lelaki, tetapi dia meninggalkan kita atau tidak membalas cinta kita, janganlah kita gundah gulana. Allah kan ada,banyakkan bertawakkal padanya. Mungkin dia bukan lelaki yang terbaik buat kita. Lebih baiklah kita bersendiri daripada mempunyai teman lelaki, tetapi tubuh kita sering disentuhnya, kita memakai hijab dan menutup aurat tapi kita disuruhnya memperaga dan menjaja tubuh sendiri. Lelaki apakah seperti itu, dia bukannya mahu melindungi dan memelihara kita, tapi tambah merosakkan kita. Lelaki seperti itu yang hendak kita buat suami?? Bukankah seorang suami itu yang akan memimpin isterinya ketaman syurga, mendidik dan membimbing isterinya menjadi seindah2 hiasan dunia? Ini bukan suami yang baik, tapi dia sendiri akan menjerumuskan kita kedalam neraka...





.........Bersambung dalam Jangan Takut Wahai WANITA (siri 2)...