... I am A restless brain ...

Friday, April 2, 2010

(Siri 1)Jangan takut wahai WANITA..Jodoh pertemuan Allah tentukan...YAKIN=)

2 April 2010, 1401 pm





Assalamualaikum,





Menemui sahabat yang kukasihi. Maaf sebab lama benar jari jemari ini tidak melakar sebarang coretan di blog ini. Mungkin kerana terlalau sibuk study (mgkn juga alasan), atau mgkn kerana aku sendiri terlupa akan kemanisan menulis coretan sebegini, sedangkan ia telah menjadi nadi dan iramaku sejak dulu lg. Sedang aku menunaikan kewajipan solat Zuhur tadi, hatiku terusik lembut. Ada sesuatu dalam raga ini yang ingin aku luahkan, dan ingin sekali aku kongsikan buat semua sahabat..





Rasanya, pernah aku garap sebuah penulisan tentang hal ini dulu, tentang wanita. Betapa aku bangga diciptakan sebagai seorang wanita, dan betapa aku pilu melihat kejatuhan wanita di abad ini. Aku memerhati dan terus memerhati. Aku memerhatikan wanita disekelilingku, begitu juga aku memerhatikan diriku sendiri sebagai seorang wanita. Jikalau Siti Khadijah atau Siti Aisyah isteri tercinta Nabi bisa melihat kaum wanita zaman ini, pasti hati mereka pilu dan kelopak mata mereka takkan bisa kering oleh air mata. Kecantikan dan keindahan wanita yang dihiasi Allah pada wanita telah malap, darjat dan maruahnya telah jatuh..





Aku seorang wanita. Kuakui, diri ini terlalu banyak kelemahan. Terlalu banyak khilaf dan cacat celanya. Kadngkala air mata ini menitis, mengenangkan dosa dan gagalnya aku untuk menjadi seindah hiasan dunia. Aku juga gagal menjadi semulia-mulianya wanita, semulia Siti Khadijah dan Rabiatul Adawiyah..Kadangkala aku lalai dan leka dari mengikuti segala suruhanMu Ya Rabb..Aku lemah dan terlalu tidak sempurna.. Ampunkan hambaMu yang lemah ini ..Ya Tuhan..Hati ini tambah parah pabila aku melihat satu persatu wanita hari ini, hilang serinya, tersungkur ke jalan binasa. Tubuh wanita kini di sentuh lelaki ajnabi tanpa segan silu, kulit cerah mulus mereka menjadi tatapan mata-mata jahat sang adam tanpa belas. Suara lunak mereka menjadi 'pil khayal' kepada sang pendengar setia.. Kelembutan dan kejelitaan mereka menjadi aset yang dijaja oleh kezaliman perniagaan ekonomi yang memperdagangkan maruah wanita yang seharusnya dilindungi dan dipelihara.. Dunia..Dunia...





Ku cuba mencari apakah sebenarnya asbab kepada semua kecelaruan ini. Apakah yang membuatkan sahabat-sahabat kita dan aku sendiri semakin lama semakin hanyut dalam dunia sementara ini. Adakah kita lupa kepada janji Tuhan, bahawa dunia ini hanyalah satu persinggahan. Kita hanyalah musafir yang sedang membawa bekalan menuju akhirat yang pasti..





Lama juga aku cuba mencari jawapan..Aku sering cuba bertanya, mengapakah agaknya semua ini terjadi. Ada juga aku membelek majalah-majalah hiburan, dan majalah remaja untuk mendalami lagi suara hati dan pemikiran wanita abad ini. Satu punca yang kukenalpasti, ialah ketakutan wanita zaman kini tidak dilamar mana-mana lelaki. Tidak aku nafikan, lelaki zaman kini sangat sedikit jika dibandingkan dengan populasi wanita. Tidak silapku, seorang lelaki itu wajar kahwin 4 sekiranya hendak memberi peluang kepada seluruh kaum wanita menikmati alam berumahtangga. Ini membuatkan wanita-wanita muda yang masih belum berumahtangga, seperti aku contohnya, menjadi gementar. Takut kalau-kalau lelaki yang baik sudah habis.(ibuku juga sebenarnya sangat bimbang kalau-kalau aku tidak laku,maklumlah, doktor wanita katanya sukar mencari jodoh=)). Takut kalau-kalau tiada siapa ingin masuk meminang.Takut kalau-kalau diejek kawan-kawan sebab tak laku. Berasa rendah diri bila melihat semua teman disekeliling mendapat hadiah ketika Valentine tetapi tidak diri sendiri.





Setelah ketakutan dan kegementaran itu, wanita mula mencari jalan bagaimana untuk memastikan bahawa mereka tidak berada dalam kalangan wanita yang tidak menarik dimata sang adam. Dari situlah, bermulanya kelalaian dalam menutup aurat. Kelalaian dalam menjaga batasan. Kelalaian dalam menjaga maruah diri. Alasan yang diberikan, "saya tidak cantik, tidak anggun. Sekiranya saya memakai hijab, kecantikan sebenar saya akan terlindung.rambut saya yang hitam menawan ini tidak bisa diragakan.. Sekiranya saya tidak mendedahkan kulit mulus saya, sang adam tidak bisa melihat dan menghargainya.. Sekiranya saya tidak berdampingan dengan mereka, mereka tidak akan dapat melihat betapa menarik dan istimewanya saya ini..."





Wahai wanita, kaum hawa yang sama sepertiku..Ketahuilah bahawa kita semua ini terlalu cantik..Allah telah mencipta kita terlalu indah. Cantik. Tiada seorang pun antara kita yang tidak istimewa. Aku kau dia dan kamu..Semuanya begitu indah..Aku tidak segan mengatakan bahawa, ya..Allah telah memberikan kecantikan padaku,pada adik2ku, pada rakanku, pada muslimah saudari2 seislamku..Kita semua terlalu istimewa..Tidak kiralah samada kita berkulit gelap, cerah, kuning langsat, hitam manis.. Tidak kiralah samada kita tinggi lampai seperti model, atau rendah, tapi comel kan... Tidak kiralah kita ini seorang doktor, engineer, akauntan, atau hanya guru biasa. Kecantikan dan kemuliaan yang Allah beri pada kita kaum wanita jangan sekali-kali kita nafikan. Apa juga bentuk paras kita. apa juga pekerjaan kita, kita ini adalah aset paling indah yang dicipta Allah.





Kita sering gelisah dan bimbang sekiranya tiada lelaki yang ingin mengetuk pinti hati, menghadiahkan sebuah cinta buat kita. Ku tidak nafikan, bahawa aku juga pernah resah atas sebab yang sama. Melihatkan ibu yang sering menasihati aku supaya jangan terlalu sombong dengan lelaki yang cuba mengetuk pintu hati ini, aku jadi keliru. Aku memahami niat baik ibu itu yang ingin sekali melihat aku berumahtangga dan memiliki sebuah kehidupan yang lebih baik. Lebih-lebih lagi ibu bimbang sungguh dengan profesion yang kupilih ini, dan melihatkan aku sering saja menolak lamaran cinta dari lelaki-lelaki yang pernah menyukaiku. Lebih-lebih lagi usia sebegini katanya memang usia membina rumahtngga. Tapi ibu, aku menolak mereka bukan kerana aku tidak ingin berumahtangga. Aku menolak mereka kerana bagiku,soal2 begini asasnya perlu kuat. Percintaan bukanlah satu mainan remaja-remaja sepertiku. Percintaan itu seharusnya adalah sebuah perkahwinan. Aku ingin menyintai lelaki yang benar-benar ikhlas ingin menikahiku dan menjagaku hingga keakhir hayat.Aku ingin menyintai lelaki yang bergelar suami. Aku ingin lelaki itu menjadi suamiku. Bukan sekadar couple, then berpisah. Coupe lg dan berpisah. Nak cari yang terbaik, kenalah screening test dulu katanya. Aku tidak mahu dijadikannya pasangan kepit yang dijaja pada kawan-kawannya. Bukan sekadar aku dijadikan pasangan hanya pada nama, tanpa sebarang ikatan. Bukan sekadar menjadi pasangan yang hanya diguna untuk melampiaskan nafsu sang adam. Wanita, kita seharusnya dihormati. Dilindungi. Dijaga maruahnya. Dijaga kecantikan dan keayuannya...





Alhamdulillah setelah aku lebih mendalami agama, aku menjadi semakin kuat. Aku tidak lagi bimbang. Keresahan itu jangan sesekali memungkinkan aku menjatuhkan kemuliaanku sebagai seorang wanita yang seharusnya dihormati dan dilindungi. Hijab ini adalah perisai buatku dari panahan nafsu lelaki. Pakaian yang menutup aurat adalah senjata untuk mematahkan serangan syaitan yang bisa menghasut sang adam yang mungkin terdetik untuk memusnahkan kehormatan seorang wanita. Dan MALU, adalah seindah2 pakaian buat wanita2 solehah.





Wanita, tidak salah sekiranya kita bimbang yang kita mungkin tidak disunting mana-mana lelaki. Setiap dari kita mahupun aku juga mempunyai impian untuk membina kehidupan yang baik dan indah2 semahunya. Namun janganlah membiarkan ketakutan kita itu membuatkan kita tersungkur dari landasan yang sebenarnya..Kita kan orang Islam, orang yang beriman dengan syahadah..Orang yang bertaqwa.. Allah dah menjanjikan bahawa lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.. Janji Tuhan tu, takkan kita hendak menidakkannya. Sekiranya kita menyintai seorang lelaki, tetapi dia meninggalkan kita atau tidak membalas cinta kita, janganlah kita gundah gulana. Allah kan ada,banyakkan bertawakkal padanya. Mungkin dia bukan lelaki yang terbaik buat kita. Lebih baiklah kita bersendiri daripada mempunyai teman lelaki, tetapi tubuh kita sering disentuhnya, kita memakai hijab dan menutup aurat tapi kita disuruhnya memperaga dan menjaja tubuh sendiri. Lelaki apakah seperti itu, dia bukannya mahu melindungi dan memelihara kita, tapi tambah merosakkan kita. Lelaki seperti itu yang hendak kita buat suami?? Bukankah seorang suami itu yang akan memimpin isterinya ketaman syurga, mendidik dan membimbing isterinya menjadi seindah2 hiasan dunia? Ini bukan suami yang baik, tapi dia sendiri akan menjerumuskan kita kedalam neraka...





.........Bersambung dalam Jangan Takut Wahai WANITA (siri 2)...

4 comments:

adilahdarmawi said...

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami)." 51:49

Mak saya slalu pesan, everyone will get one. InsyaAllah. =)

sharemotivasi said...

terima kasih mengingatkan ana..

Dr. Stranger said...

mcm mane kalau dah penah dijaja ke sana sini mcm yg saudari ckp kan?? mcm mane kalau segala keindahan yang spatutnye hanye untuk suami itu dah dihadiahkan buat lelaki2 lain...?? masih adakah peluang untuk menjadi seorang wanita yg solehah??

FArAh sYaZaNa zAkAriA said...

a girl,
maaf lambat terbaca komen saudari. kita manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan. kerana fitrah manusia bersifat annaasiah yakni pelupa. sejauh manapun kita tersasar dari landasan Allah, satu perkara yang harus selalu kita ingat bahawa Allah bersifat al ghafur yakni yang Maha Pengampun. biar dosa kita tak terhitung bak pepasir di lautan, maka keampunan Allah itu tak terkira luasnya asalkan kita sanggup kembali kejalan yang diredhaiNYA..kerana Allah bersifat penyayang dan Al Latif yakni Yang Maha Lembut, Dia sentiasa menyayangi hamba yang mencari Nya. Sekiranya diri tersilap langkah, dan kita merasakan tiada lagi insan yang sanggup menerima kita seadanya, jangan putus asa, yakinla pada Allah lah sebaik2 jawapan yang ada. Maka Dia adalah perencana terbaik. Dalam setia persoalan yang kita cari, Allah ada jawapannya, makan carilah jawapan itu dariNya. Suatu hari nanti, kita akan jumpa jalan pulang yang tenang.insyaAllah. Mohonla selalu darNya. Biar semua orang didunia ini menyisihkan kita, makan Allah akan sentiasa disisi.yakinlah=)