... I am A restless brain ...

Friday, April 2, 2010

(Siri 2) Jangan Takut Wahai Wanita..Jodoh Pertemuan ditangan Tuhan..YAKIN= )

Sambungan dari siri pertama...

Assalamualaikum..

Jangan Takut Wahai Wanita.. Jodoh pertemuan kan ditangan Tuhan.. Yakin!

Pernah sekali aku memulakan perbualan dengan seorang sahabatku. Dahulunya dia seorang yang amat menutup aurat dan sopan. Tapi kini, dia tidak lagi seperti yang kukenali dia seperti sebelumnya..Hijab tidak lagi setia lekat dikepalanya, pakaiannya juga tidak lagi sesempurna ketika aku mengenalinya suatu ketika dulu. Sebagai seorang sahabat, aku sangat2 menyayanginya..Aku sangat2 bersedih dengan perubahannya. Pernah sekali aku cuba memberanikan diri, bertanya mengapa terlalu cepat benar dia berubah. Dia menyatakan kebimbangannya padaku, juga berkisar soal mencari pasangan. Mmmm sungguh hebat isu ini sebenarnya dan aku sendiri pada mulanya tidak begitu menyedarinya. Hebatnya isu ini sehinggakan ia mampu mengubah seseorang itu dengan begitu drastik. Salah siapakah sebenarnya ini? Salah kaum wanitakah yang tidak meyakini kecantikan yang telah Allah berikan padanya dan tidak meyakini jodoh pertemuan yang ditentukan Tuhan? Atau salah sang adam yang terlalu memandang paras rupa bila masuk dalam hal2 mencari pasangan?

Aku tidak menafikan, bahwa kebanyakan kaum adam amat2 mementingkan soal paras rupa. Aku ada juga bertanya ramai rakan-rakan lelakiku, kriteria2 bagaimanakah yang mereka cari, dan CANTIK merupakan salah satu daripada kriteria utama mereka. Persoalannya, apakah cantik dimata lelaki A sama dengan cantik dimata sang lelaki B? Cantik macam mana sebenarnya, yang berkulit cerah? tinggi ala2 model? slim macam Nasha Aziz? Kulit halus macam kulit tomato? Kalaulah semua lelaki punya taste yang sebegini, alamatnya bukan saja wanita yang akan jadi anak dara tua (aku pun tidak adalah yang mahu sebab nak banding aku dengan Nasha Aziz memanglah jauh bezanya hehe), malahan ramai lelaki juga tidaklah berkahwin sebab kriteria2 itu terlalu perfect dan kerana mereka tak dapat menemui ramai yang perfect sebegitu mereka juga haruslah membujang sampai tua...

Sahabat... Kecantikan adalah sesuatu yang sangat2 luar biasa untuk didefinisikan. Aku sama sekali tidak menyokong bahwa wanita yang cantik adalah hanya wanita yang memiliki ciri2 yang telah ku utarakan diatas. Itu adalah definisi kecantikan yang dicipta oleh mentaliti barat dan kerana kita semua telah terpengaruh dan dijajah mindanya, maka tidak hairanlah ramai wanita hari ini berlumba2 menjadi golongan anorexia nervosa. Tidak kurang ada beberapa kes baru2 ini yang kudengar ada yang meninggal dunia akibat kaedah LIPOSUCTION gara2 hendak memiliki tubuh ala2 model. Tidak kurang juga ada yang meninggal dunia gara2 terlalu banyak menelan pil kurus. Maka tidak hairanlah banyak slimming firm telah ditubuhkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sebagai seorang pelajar perubatan, aku dapat mengenalpasti ada beberapa kaedah yang mereka gunakan adalah bahaya kepada tubuh wanita itu sendiri. Membuang portion lemak yang berguna sebagai tenaga simpanan dalam badan, dan ada juga kaedah yang banyak membuang kuantiti air yang amat penting dalam memastikan metabolisme tubuh yang normal. Untuk jangka masa panjang, ini membahayakan kesihatan wanita itu sendiri. Aku tidak menafikan bahawa menjaga kecantikan dan kesihatan adalah penting dalam agama Islam, tapi biarlah kena pada tempatnya. Biarlah melalui cara kita menjaga pemakanan dan memperbanyakkan senaman. Semua ini ada digariskan dalam Islam.

Akhirnya yang menjadi mangsa keadaan adalah kaum wanita. Mentaliti ciptaan barat ini telah berjaya mengucar ngacirkan kefahaman seorang islam itu sendiri. Kaum wanita semakin hilang keyakinan diri, malah keyakinan untuk berpegang pada asas-asas islam itu sendiri. Kepercayaan dan keyakinan dalam menutup aurat semakin lama semakin terhakis dek kerana terlalu percaya kepada definisi kecantikan yang dicipta barat itu. Yang cantik itu mesti yang slim macam model, tinggi, yang seksi. Kalau bertudung, tak cantik, tutup satu badan buat apa. Pernah seorang rakan non muslimku bertanya kepadaku, "Why are u wearing Hijab, I know that u are very beautiful, but why u keep the beauty hidden? Isnt beauty has to be shown to others? Didnt u have pride for it?".. Aku tersenyum dan menjawab, "Thank you for the compliment, but beauty is like a pearl in the sea. The beautiful pearl is being protected in its own shell. A very tough protective shell and so as the beautiful woman. We protect the beauty. We preserve it specially for our beloved husband.. Thats what Islam obliged us to do and to believe.."

Sahabat.. Hanya Jauhari yang dapat mengenal manikam. Kita tidak perlu menjaja kecantikan kita untuk mendapat perhatian lelaki. Lelaki yang baik, mereka pandai untuk menilai kecantikan sejati seseorang wanita itu. Wanita itu tidak perlu mendedahkan apa2. Kecantikan sejati itu bukanlah hanya terletak pada kecantikan paras rupa semata2. Jika seseorang lelaki itu hanya menyintai kita kerana kita seorang yang jelita, nanti apabila kejelitaan itu dimakan usia, apakah lagi alasan untuk dia menyintai kita? Dia akan meninggalkan kita. Kecantikan sejati seorang wanita itu terletak kepada keimanannya, kesolehannya dalam beragama, budi pekertinya yang membuatkan semua yang mendekatinya menjadi lapang dada, ketaatannya kepada kedua ibu bapanya, kasih sayangnya kepada yang lemah dan tidak berupaya, ketinggian ilmunya baik ilmu dunia lebih2 lagi ilmu agama. Kecantikan seorang wanita itu terletak pada tingginya rasa takutnya kepada Yang Maha Pencipta. Lelaki yang soleh pasti mencari ciri2 kecantikan ini seperti yang telah digariskan Allah dalam agama, bahawa dikahwini seorang lelaki itu dengan seorang wanita itu atas 4 ciri, hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan ketinggiannya dalam beragama. Bahawa berbahagialah sekiranya wanita itu tinggi dalam agamanya. Inilah yang bererti kecantikan. Inilah kecantikan hakiki yang harus kita pegang kuat padanya. Jangan kita terikut2 jajahan mentailiti yang didalangi barat itu.

Jika lelaki itu tidak menyintai kita hanya kerana kita berkulit gelap seperti dayang senandung, biarkan. Jika lelaki itu tidak menyintai kita hanya kerana kulit kita tidak halus mulus seperti model dalam iklan Olay, biarkan. Jika lelaki itu tidk menyintai kita hanya kerana kita tidak tinggi kurus lampai seperti Nasha Aziz, biarkan. Bukan paras rupa yang menjadi ukuran utama disisi Allah. Tetap percaya bahawa Allah telah menjadikan kita semua dengan begitu cantik. Seindah hiasan adalah wanita solehah, dan Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Kecantikan itu abstrak, kita jaga peribadi kita. Kita jaga akhlak kita. Kita update dan tambah iman kita. Kita halusi lagi budi pekerti kita.. insyaAllah, akan terpancarlah kecantikan itu dengan sendirinya tanpa perlu kita touch up wajah kita dengan bertan-tan eye shadow, mascara, lipstick atau yang sewaktu dengannya.

Kita pakai bedak wudhu pada wajah kita setiap hari. Kita pakai mascara menatap ayat2 al Quran setiap hari. Kita sapukan lipstick zikir dan memperbincangkan ilmu agama setiap hari. InsyaAllah dengan sendirinya akan terpancarlah keserian dan kecantikan hakiki. Dan seperti yang kukatakan, hanya jauhari yang dapat mengenal manikam. Lelaki yang baik pastinya akan dapat melihat semua kecantikan ini tanpa perlu wanita itu mendedahkan rupa parasnya untuk tatapan umum. Kita umat Islam. Keyakinan kita pada janji Tuhan itu amat penting. Tak mengapalah kalau cinta kita pada si A tidak berbalas kerana si A merasakan kita tidak cantik. Lebih penting lg Allah meredhai kita. Satu hari nanti, pasti Allah akan menganugerahkan kita dengan insan yang lebih baik dan sempurna. ingatlah janji Allah itu.

Baru2 ini, aku ada menonton filem Ketika Cinta Bertasbih. Aku amat menyukai jalan ceritanya, mengisahkan bagaimana Allah mengaturkan jodoh yang sempurna, namun Allah menyelitkan berbagai cabaran dan dugaan.Namun hanya dengan keimanan dan keyakinan, semua itu dapat diatasi dan mereka menemui jodoh yang terbaik. Akhirnya Anna dan Azam bersatu. Aku juga tertarik dalam satu bahagian dimana Anna minta Furqan untuk tidak menduakannya selagi dia masih mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Sebagaimana Nabi Muhammad tidak pernah menduakan Siti Khadijah selama Siti Khadijah masih hidup, dan sebagaimana Ali tidak pernah menduakan Siti Fatimah. Layakkah aku nanti untuk membuat permintaan sebegitu kepada bakal suamiku nanti, aku sendiri tak pasti.. Bersama2lah kita berdoa agar kita semua bakal dikurniakan suami yang soleh, anak2 yang soleh solehah dan semoga dipermudahkan jodoh kita masing2. Sandarkan lah segala doa, pengharapan dan impian kita pada Allah, sesungguhnya Dia sebaik2 tempat berlindung. Biarlah manusia tidak mahu pada kita, jangan kita biar Allah menjauhi kita. Sesungguhnya apa yang ada didunia ini hanyalah pinjaman semata2, akhirat juga destinasi yang pasti dan abadi. Sebelum aku mengundur diri, dan membuka semula nota2 medicku, ingin aku hadiahkan sebuah sajak yang aku petik dari novel Ketika Cinta bertasbih yang amat kugemari..

KAU MENCINTAIKU...
kau mencintaiku..
seperti bumi...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
menanggung beban derita...
tak pernah lelah menghisap luka...
kau mencintaiku...
seperti matahari...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
membagi cerah cahaya...
tak pernah lelah...
menghangatkan jiwa...
kau mencintaiku...
seperti air...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
membersihkan lara...
tak pernah lelah...
menyejukkan dahaga...
kau mencintaiku...
seperti bunga...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
menebar mekar aroma bahagia...
tak pernah lelah...
meneduhkan gelisah nyala..
Semoga kita berjumpa lagi dilain coretan...=) Cintailah ALLAH=)
Wallahualam

3 comments:

Unknown said...

ala, pakai tdung pon cntik gak kalu jage tgkah laku,kn2.....
bagus, blaja ovesi pn ingt ag nk cakp pasl aurat ni sume.....

Unknown said...

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).... [an-Nuur : 26]

Jom jadi orang yang baik kalau menginginkan pasangan yang baik
P/S: Anna Althafunnisa bukan minta pada Abdullah Khaerul Azzam tapi pada Furqan

FArAh sYaZaNa zAkAriA said...

zuric : benar, tp ada juga wanita y atau lelaki y tidak melihat kecantikan itu ada pada hijab wanita. Mereka memandangkan hijab sebagai satu penindasan terhadap kaum wanita.

moll : thanks..eh2, da betulkan da.Furqan, bukan Azam,thanks.=)