... I am A restless brain ...

Sunday, October 27, 2013

he smiled and said, "O.K.U = 'orang kaut untung'."

Assalamualaikum,


Entry sebelum masuk kerja. Esok kerja. Harini tanggungjawab di maximize kan untuk sang suami yang tercinta. Esok akan bertambah tanggungjawab yang berat juga, yakni tanggungjawab kepada ummah. Ya Allah, perkuatkanlah! In sha Allah, i am a superwoman! (^_^)


Alhamdulillah Allah bagi kelapangan untuk aku menulis. Beberapa orang selalu me'request' dan memujuk aku supaya menulis di blog kontang ini, diberi juga aku kelapangan pada hari ini. Alhamdulillah, ada juga orang yang sedia setia membaca coretan aku di blog cabuk ini. Bagai Allah juga menggerakkan hati, berlaku satu peristiwa pada benar-benar menyentap perasaan aku siang tadi. Maka dapatlah, aku berkongsi tentangnya, disini.



Bismillahirrahmannirrahim. Ya Allah, sahaja aku berkongsi pengalaman ini kerana Allah taala. Jauhi aku dari sifat riak dan bongkak. Rendahkan hati aku yang lemah lagi hina ini.


......................


Hari ini hari terakhir aku bergelar penganggur kehormat. Esok aku akan mula bekerja di hospital melaka, in sha Allah hingga 2 tahun akan datang, kalau umur aku panjang. Last day bersenang lenang ni, maka feelingnya lebih sikit. Sejak pagi tadi aku tidak henti-henti bekerja. Mop rumah, kemas bilik dan barang-barang rumah, urus kain baju, gosok baju-baju kerja aku dan suami untuk seminggu, sampai berkilat berkilau bersihlah rumah aku dibuatnya. Maklumlah, aku kan ada symptoms OCD, so kerja kena kasi perfect. Nak-nak pulak minggu pertama bekerja busy dan stressnya confirm incredibly huge, aku pastikan rumah dalam keadaan paling teratur dan bersih. Bak kata ibu, kalau mana-mana majikan dapat bibik macam aku memang untung bangat, sebab aku memang seorang pengurus rumah yang cekap. Memang pantang tengok benda bersepah dan unfinished. Dan, tak lupa juga aku menjalankan tanggungjawab aku untuk memastikan suami aku makan tengahari properly. Maka seperti biasa aku ke hospital untuk lunch bersama-sama suami.



Hujan sangat lebat di bandar melaka bermula tengahari tadi. Mengenangkan suami aku yang tak akan turun makan kat cafe unless aku pergi teman dia makan, maka aku gagahkan diri meredah hujan ribut ni. Guruh petir sabung menyabung. Maka kuyuplah baju aku sewaktu aku menutup gate rumah. (dah biasa gate rumah di kuala lumpur automatik kan, di rumah sewa, semua manual lah, baru tau susah!)




Sampai di hospital aku terus call suami, tapi suami pulak tak dapat turun makan lagi sebab belum habis ward round. Maklumlah hari ahad, pukul 2 petang pun belum tentu round akan habis. Maka aku dengan sabarnya menunggulah suami aku dalam pakaian kuyup basah dek hujan tadi. Perut dah berkeroncong, tapi kerana sayang punya pasal (ecewah!), sanggup ditunggu juga nak lunch dengan suami.



Okeh, dah dua jam berlalu. Daripada menunggu dalam kereta tadi, aku kini dah terpacak depan wad suami aku. Dengan laparnya, dengan sejuk basahnya, aku semakin kurang sabar. Suami aku masih belum dapat keluar untuk makan bersama aku. Aku dah mula menarik nafas panjang dalam-dalam, masih cuba mengumpul suatu roh dipanggil kesabaran. Kaki dah mula sakit. Aku merenung dua bungkus nasi ayam yang sudah semakin sejuk. wuuu wuu cepatlah abang, ca dah lapar!




Sedang asyik aku melayan perasaan, tiba-tiba suatu suara garau menegur aku dari belakang. " Assalamualaikum akak!"


Aiseh! Takkan lah ada orang datang nak kacau-kacau pulak. Mementanglah aku kelihatan macam lone ranger menunggu membatu kat luar ni dah dekat 2 jam. Aku toleh. Seorang lelaki muda berpakaian kemas tersenyum manis. Ditangannya sebuah bungkusan besar. Bentuk wajahnya sedikit abnormal, matanya kelihatan tanda-tanda astiqmatism. Kelihatan tanda-tanda congenital abnormalities pada bentuk tangan dan kakinya.



" Assalamualaikum akak! My name is Laikimi bin Harun. I am from O.K.U association. Im here to show u my products", ramah pengenalannya sambil ditunjukkan kad O.K.U di lehernya, lalu di punggah beg besarnya dihadapan aku. Laikimi sambung bercerita tentang produk kraf dan minyak angin yang ingin dijualnya. And guess what, he was speaking english in the entire conversation. Flawless english, even more fluent than me. Sambil senyumannya tak lekang dari bibir. I was.. amazed!



" Waahhhh! U can speak english really well Laikimi! Where did u learned it from?"


"Belajar sikit-sikitlah akak. Orang macam kami pun nak berjaya! U see, I have this congenital abnormalities since birth. I just had my operations last 3 weeks. They fixed my vocal cord and also a bit of my spine. It seems better now so I can work untuk cari makan! Akak punya family sakit ke?"



" No, no Im actually a doctor here starting working tomorrow. Have been waiting for my husband for lunch! By the way, how much is your products?"


"Oh yeke akak! Wah akak looked so young yet u already a doctor! I wish I can be like u! But I am happy as I am now! Alhamdulillah!.. Ini sepuluh ringgit je akak! ", a bit of tears appeared behind his eyes, but hidden behind his bright smile. Still, I can feel his energy and positivity.



Aku tak tengok sangatpun products dia, waima dia jual ikan keringpun, im more than happy to buy whatever he sells. Maka aku buka dompet. Sehelai duit 20 ringgit, lima keping seringgit. Toink! FYI, aku dan suami sekarang memang tengah sengkek tahap moksya. Downpayment kereta 14 ribu, beli perabot untuk diisi dalam rumah sewa hampir 6 ke 7 ribu, barangan keperluan asas rumah, duit makan semua bagai. Memang kami hidup cukup-cukup makan. Yang memburukkan keadaan, husband aku dah kerja dua bulan masih tak dapat-dapat gaji. Duit simpanan makin ke laut. Nasib baik ibu dan ayah tidak putus-putus beri bantuan. Dapatlah juga survive hingga sekarang.



Whatever it is, it is impossible for myself to not give him anything. Instead, I wanted to give him more, as a credit for his energy and postivity that really inspires me at that very moments. Aku keluarkan duit dua puluh ringgit. Maka dia pun terus menyeluk poket mencari wang baki.



"No thanks Laikimi. Lagi baki sepuluh ringgit, kira I belanja u. I hope someday u'll open your own company. Who says O.K.U people cannot succeed. I believed everyone of us is amazing in our own way. Keep your head high, someday u'll be more successful than me for sure. Above all, I adore your spirit!"



Laikimi pandang aku, than tears fallling down. Perlahan, he asked me.


" Akak, do u know what O.K.U means?"


Silence. Eh, takkan nak jawab orang kurang upaya. Me afraid he will feels offended.


" We are definitely not orang kurang upaya, we are orang kaut untung! Or, orang kuat UMNO!" he laughed!



I smiled. Again, his energy and positivity filled every corner of the walkway.


"Ok kakak! Thank you so much kakak! Hope we'll meet again. I love u lah kakak! I really love u!", kami menamatkan perbualan sambil dia melangkah pergi. Sehinggalah dia hilang dari pandangan, beberapa kali dia menoleh ke arahku sambil melaung 'I love u'. Aku tersenyum. He left me with a strong energy, untuk aku memulakan tugasku pada esok hari. Hehe dompet ada 5 ringgit, but yet, I still feels happy and cukup. Suddenly i felt i am the richest person on earth.



Setelah tiga jam menunggu, barulah husband aku keluar, dan kami lunch pukul 430 petang. Aku bercerita tentang Laikimi, and I told him my purse is now officially empty. But instead of worrying, as expected my husband said, 'great job ca, kita tanam lebih banyak lagi saham akhirat okay?'. We are happy just knowing that, we managed to make others happy.




I just want to share my life perspectives. My beliefs, the way I see the world. And I am glad, I got a spouse who shared the same perspectives. Jujur, even dalam purse aku hanya tinggal seringgit, aku tak pernah extremely bimbang. Pernah sekali di dublin, duit aku kontang sebab aku transfer semua duit ke malaysia, aku tak pernah bimbang. Allah tak pernah biar aku kelaparan. Ada je celah duit masuk. Jangan takut untuk memberi. Sebab aku percaya, what u gives , u get back. Apa yang kita miliki sekarang pun bukan hak kita, bila-bila masa je Allah boleh ambil balik. Ada je peluang untuk bersedekah, kita grab the chances. Kita melabur saham akhirat. Yang bestnya, pernah beberapa kali, saat2 aku takde duit, tiba2 je aku seluk2 seluar masa lipat baju, keluar seratus ringgit. Buka laci bilik, tiba2 keluar 50 ringgit. Entah dari celah mana timbulnya, yang pasti ia dari Allah. Lagi2 bila dah kahwin ni, ada je rezeki dari arah tak disangka2. Alhamdulillah, kami tak pernah susah teramat. Rezeki tetap ada, kami tetap gembira.



Lagi satu, never look down upon anybody. Kita doktor ke, majistret ke, engineer ke, everybody deserves our respect. Semua orang hebat dalam cara yang tersendiri. Appreciate everybody's talent and gift. Hidup ni macam roda, sekejap kat atas, sekejap kat bawah. Be humble. Makin kita humble, makin kita nampak superb!



Okeh, husband dah nak balik. Terpaksa berhenti. Doakan aku start kerja esok. Semoga kami dapat menjadi insan yang berguna pada ummah dan agama. Amin.































































Thursday, September 12, 2013

A newly wed, berpoket rabak dan kempis!

Assalamualaikum.


Okay. 4 bulan blog aku kering dan tandus tanpa entry. Almaklumlah, banyak life-changing events yang aku lalui sepanjang tempoh waktu 4 bulan ini, membuatkan aku tak menang tangan!


Alhamdulillah tiada pujian selain ku panjatkan padaMu Ya Allah. Terlalu banyak nikmat yang telah Kau berikan padaku. Terasa malu dan hina sekali diri aku ini. Aku insan lalai lagi alpa, namun rezeki dan nikmat dariMu tidak putus-putus berkunjung tiba. (T_T)


Satu, menamatkan pengajian sekaligus bergelar seorang doctor perubatan M.B.B.Ch Cao. Dua, melunaskan impian membawa ibu dan ayah berjalan serata eropah, yang mungkin takkan mampu membayar even 1% pun dari jasa mereka membesarkan dan mendidik aku, tapi kebahagaiaan seluruh dunia dapat aku rasakan apabila melihat mereka gembira. Tanpa mereka tidak akan aku berdiri sekarang seperti ini. Terima kasih ibu dan ayah. Hanya Tuhan saja yang dapat membalas budi dan jasa kalian!


Dan tiga, life-changing event yang paling merubah seluruh kehidupan aku ialah, berkahwin dengan satu-satunya lelaki yang aku cintai, Amir Afif Bin Suhaimi. Menjadi seorang isteri. Satu titik perubahan yang terlalu besar yang merubah seluruh perjalanan selama 24 tahun setengah ini.


Hari ini, aku akan bercerita ringkas, tentang ‘our first gear’ as a newly-wed yang berpoket rabak dan kempis!



Pernikahan merupakan fitrah dan kesempurnaan hidup yang dicari-cari, ibarat melengkapkan seluruh anggota apabila ‘tulang rusuk kiri’ itu pulang kembali ke jasad sang adam. Siapa sangka budak lelaki sekelas aku di KMB dulu, yang sombong tahap moksya, pendiam dan cukup rajin menyakitkan hati aku itu akan menjadi lelaki pilihanku. Pertama kali kami berkenalan, dia hanyalah kenalan biasa seperti lelaki-lelaki lain, tidak pernah terlintas dia akan menjadi rakan SEKATIL SEBANTAL sepanjang hayat in sha Allah!


We plan. He Plans too. But He, is the best planner! Sudah berkahwin, semakin cinta. Ya Allah, memang terlalu nikmat hubungan selepas akad ini, sumpah! (^_^)


Tapi sebaik sahaja berkahwin, tidak bermakna hidup kita ini gembira bahagia, gilang dan gemilang! Tahukah kita, akad itu memberi a whole new responsibility kepada sang suami dan sang isteri. Kini ketaatan sang isteri kepada sang suami itu akan menentukan syurga dan nerakanya. Dan sang suami pula, bersedia! Kerana sang isteri telah mengikat tali di kaki dan tangan anda, bisa diheret saja anda keneraka sekiranya bahtera yang anda kemudi itu terpesong dari jalan yang diredhaiNya!


Baiklah, aku sudah mendapat keizinan suamiku untuk bercerita tentang sebuah rentetan pendek perjalanan kami sewaktu baru sahaja melayari bahtera perkahwinan sejak 2 bulan setengah yang lalu. Aku sangat berharap dari kisah kami ini, ada ibrah yang dapat diambil. Yang lagha2 dari cerita aku ini, tolong tinggalkan!


Aku rasa ramai yang tahu, sewaktu aku dan suamiku berkahwin, kami ialah ‘penanam anggur’ atau nama lebih saintifiknya, penganggur kehormat! Alhamdulillah, walaupun keluarga kami berdua bukanlah jutawan dan hartawan, tetapi mereka sudi membantu sepenuh daya menjayakan walimah kami yang serba sederhana. Dan biasalah, sebagai penanam anggur yang berjaya, kami meneruskan bahtera yang baru masuk first gear ini, berbekalkan duit simpanan kami masa kami muda-muda belia dulu, dan juga berbekal sedikit bantuan dan ibu dan ayah yang tercinta.


Ya, memang kami a newly wed yang berpoket kempis dan rabak, maklumlah belum punyai income tetap. Tapi jujur aku katakan, aku tidak pernah bimbang. Lain ceritanya dengan suamiku, dialah lelaki yang paling ralat dan bimbang ketika itu. Iyalah, dia rasa bersalah terhadap aku, kerana dia masih belum bekerja untuk memberi nafkah sempurna buat aku. Almaklumlah, kami berdua sebaya dan merupakan graduan perbuatan yang baru saja menamatkan alam study. Selama inipun, suamiku memang survive hanya menggunakan elaun bulanan MARA yang hanya sebanyak RM 650 itu.


Secara jujurnya, we are actually fighting so hard for this marriage. Kerana kami sering diasak dengan mentality, kenapa nak kahwin awal- awal? Tunggulah bila dah bekerja, dah ada duit sendiri, dah stabil barulah kahwin! Ini belum bekerja, simpanan pun tak seberapa dah nak berkahwin. Gopoh! Gelojoh! Tak berfikir panjang! Dan macam-macam lagi ideology 'bombastic' dan moden menghentam benak fikiran kami.


Namun aku tetap menyatakan pendirian aku pada suamiku. “If u really want me, when I finished my study in may 2013, we are going to get married. By hook, or by crook. I am not going to wait any longer”. Itulah syarat yang aku letakkan pada suamiku. Mesti ada antara kalian yang berkata bahawa aku zalim dan demanding apabila berkata begitu. Namun aku ada alasanku tersendiri.


Mereka katakan pada aku yang kenapa aku nak berkahwin awal? Mereka salah. Kami ni belajar 7 tahun kot. Orang lain dan beranak pinak dan berkereta, kami baru terkedek2 nak pegang scroll ijazah. Awal apanya kerana usia aku sudah menjejak 25 tahun. Nak tunggu sampai dah stabil? Stabil itu tentunya selepas kami tamat housemanship sebagai doctor pelatih, yakni 28 tahun. Pada ketika itu, impian aku untuk bekerja keras di hari walimah ‘anak-anak’ aku yang akan datang akan terkubur, kerana kahwin lambat, anaknya pun mestilah keluar lambat kan. Anak 20 tahun, aku sudah 48 tahun, tulang belulang sudah longgar dan reput. Itupun kalau anak aku kahwin umur 20 tahunlah!


Mereka katakan yang aku gopoh. Sang lelaki belum mampu memberi aku kekayaan dan kesenangan, aku sudah ‘gatal’ mahu berkahwin. Nanti hidup kau yang susah, jangan menyesal! Aku tergelak kadang-kadang mendengar mentality yang begini. Bagi aku tidak takut hidup susah, tapi aku lagi takut, hidup di dalam kemurkaan Allah!


Kemudilah kehidupan kita bersandarkan kefahaman kita dalam ad deen yang kita pegang. Bukan mengikut adat budaya dan mentality manusia zaman sekarang. Sebabnya, aku sudah tidak tahan melalui hari-hariku menyintai lelaki yang belum halal buatku. Jiwaku menderita mengenangkan rasa kasih tanpa ikatan akad. Aku mengenali suami ku sudah 7 tahun. Dalam tempoh 7 tahun itu jugalah, aku hidup setiap hari sujud memohon keampunan dari Nya kerana tidak bisa menjaga hati dari menyintai seorang lelaki yang belum aku nikahi. Kerana rasa cinta itu mencemar kemuliaan percintaan selepas perkahwinan.


Apatah lagi aku cukup faqih dan fahim bahawasanya perhubungan antara dua lelaki dan wanita yang belum halal itu adalah salah disisi agama. Rasa cinta dan kasih itu fitrah. Kuatkah aku untuk lari dari fitrah itu? Syukur Allah menjarakkan aku dariNya merentas benua, agar pertemuan ‘ terlarang’ itu dapat kami elakkan. Namun masih gagal memotong talian sms dan skype. Mujur juga kami berdua dalam kesibukan belajar, dapat juga talian di’limit’kan. Adakalanya kami kalah atas nama ‘rindu’ (muntah darah uwekkk).


Seorang lelaki yang baik, tidak akan menyimpan wanita yang dicintainya sebagai ‘kekasih gelap’ lama-lama. Akan dimahkotakan dan diletakkan darjat wanita itu ditempat yang tertinggi, yakni sebagai isteri. Dulu, kami cuba menentang dunia. Aku masih ingat, suamiku yang ketika itu masih dalam tahun pertama perubatan, sanggup bekerja part-time untuk kumpul duit kahwin. Pernah dia bekerja sebagai pak guard di sebuah kuari di perak, pernah juga bekerja di MCDonalds. Namun, aku tahu sebagai medical student, terlalu mustahil badannya akan bertahan dengan kepenatan bekerja sambil belajar. Walaupun akhirnya kami akur yang terlalu payah untuk merealisasikannya ketika itu, sekurang-kurangnya Allah tahu kami telah berusaha.


Hidup kita satu ujian. Memang wang itu penting. Tapi, tidak bermakna seluruh hidup kita dilaraskan dengan kewujudan harta dan kesenangan. Aku sangat tabik kepada ibu bapa, yang memahami titik sampainya seru anak mereka wajib dinikahkan, maka mereka menikahkan mereka, biarpun ketika itu sang anak masih belum betul-betul mampu. Dan ketahuilah, sekiranya kita sebagai ibu bapa menyusahkan terbinanya sebuah baitul muslim kerana tingginya hantaran dan syarat, maka setiap dosa sang anak yang dilakukan bersama pasangannya diluar akad itu, pasti akan ditanggung oleh kedua ibu bapa kerana pernikahan itu tidak diizinkan. Nauzubillah min zalik. Ya Allah peliharalah dan ampunkanlah dosa kedua ibu dan bapa kami!


Syukur, keluarga kami memahami keperluan kami untuk perkahwinan ini. Walaupun agak lambat, tapi tidaklah dilambat-lambatkan lagi. Lucunya, ada beberapa pihak yang menyangka aku sebagai doctor lulusan luar negara, hantarannya pasti 20 ribu dan tidak kurang. Sekali lagi mentality kita harus diperbetulkan. Lihatlah kemampuan bakal suami kita. Jangan kita susahkan dia apatah sebelum kita menjadi suri hidup mereka. Ingat, sabda Rasullullah s.a.w;

“Sebaik-baik wanita ialah wanita yang elok rupanya dan yang rendah maharnya”.


Islam itu mudah. Jangan kita susahkannya. Aku tidak nafikan, kita mesti berkemampuan untuk menjayakan sebuah perkahwinan, tetapi kemampuan itu tidak hanya perlu datang dari sang suami sahaja. Ia perlu datang dari semua pihak termasuk keluarga. Setiap event yang berlaku akan menguji keimanan diri dan keluarga. Ujian terhadap rezeki yang diberi, ujian terhadap kefahaman agama di dada. Sejauh mana kita memahami ibrah dari setiap perkara yang berlaku. Rezeki dan kebahagiaan adalah di dalam kuasaNya, dan bukan di tangan manusia. Lagipun, tidak kasihankah kita melihat pasangan yang mana fitrahnya sudah sampai, namun penyatuan itu ditolak. Dari sinilah lahirnya fenomena anak luar nikah, rogol dan zina. Salah siapa?


Sewaktu kami berkahwin dulu, tidak aku nafikan kerabakan sang poket memberi impak, namun, mencari keredhaan Allah disebalik perkahwinan ini lebih besar nikmatnya. Alhamdulillah suami sudah bekerja dan aku juga bakal menyusul sama. Hidup kami semakin pulih!


Pernah tak dengar ayat ini dari surah annur ayat 32 yang bermaksud;


"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui".


Allahuakbar! Sesungguhnya apa yang disebut Allah dalam ayat ini benar-benar berlaku pada kami. Poket kami yang kempis dan rabak ini senantiasa dipenuhkan Allah dari banyak punca rezeki datang dari arah yang tidal disangka-sangka. Akan aku ceritakan ia dalam entry aku yang seterusnya.


Namun sebelum aku mengakhiri entry aku yang kali ini, aku ingin tinggalkan kalian dengan sebuah kisah yang berlaku pada zaman Nabi tentang perkahwinan, dan aku harap kisah ini dapat merubah mentaliti kita yang semakin menjarakkan kita dari nilai Islam, mentaliti yang mana nak kahwin, mesti ada duet! Tak ada duet, tak boleh kawen! Kita susuri sirah Nabi untuk kita betul-betul fahami apakah zat disebalik sebuah perkahwinan itu. Adakah ia sekadar kesenangan hidup? Ataukah kita berkahwin untuk mencari keredhaanNya!

Ini Kisah tentang seorang jejaka bernama Julaibib.

Julaibib ialah seorang sahabat Nabi s.a.w., seorang yang tidak terkenal lagi miskin, bahkan tidak diketahui nasabnya. Punya la miskin si Julaibib ni, sampai hilang keinginannya untuk berkahwin.

Walaupun beliau miskin, tapi dia ni rajin berzikir, tak pernah miss saf pertama solat jamaah dan menyertai banyak perperangan.

Suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pada Julaibib, "Hai Julaibib, kamu tak ingin menikah?" maka jawab beliau, "Wahai Rasulullah, siapa yang mahu menikah denganku yang tak punya harta mahupun kedudukan?" Banyak kali Nabi tanya soalan yang sama kepada Julaibib, sampai suatu saat, Nabi mengutus beliau kepada sebuah keluarga untuk meminang seorang gadis bagi dirinya sendiri. Bukan calang2 pilihan calon isteri beliau, Rasulullah s.a.w., insan agung kekasih Allah sendiri yang pilihkan! MasyaAllah tabarakallah.. Ayah si gadis tak berkenan dgn pinangan Julaibib, namun puterinya lantas bersuara, "Sanggupkah ayah dan ibu menolak permintaan Rasul? Tidak, demi Allah yang jiwaku ada dalam kekuasaanNya." Nah, ternyata di situ betapa taatnya gadis itu terhadap Allah dan RasulNya. Maka terbinalah sebuah rumah tangga berlandaskan taqwa dan redhaNya.

Sampai suatu masa, Julaibib telah menyertai sebuah perperangan, dan telah berjaya membunuh 7 orang musuh dan dia juga berjaya memperolehi syahid di jalan Allah. Rasulullah s.a.w. memeriksa nama-nama sahabat yang gugur syahid, tetapi sahabat2 yang melaporkan senarai nama tu terlupa akan Julaibib. Nak kata punya low profile Julaibib ni sampai boleh terlupa nama dia. Tetapi, Rasulullah tetap ingat! Bahkan baginda berkata, "Tapi, aku merasa kehilangan Julaibib.", akhirnya, Nabi s.a.w. menemukan jenazah beliau yang ditutupi pasir, lalu membersihkan pasir dari wajahnya. Hebatnya Julaibib, sampai Rasulullah sendiri merasakan kehilangannya walaupun namanya tiada dalam official list yang diberikan oleh sahabat2 lain.

Lantas, Rasulullah s.a.w. berkata, "Ternyata engkau telah membunuh 7 orang musuhmu kemudian engkau sendiri terbunuh. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu. Engkau termasuk golonganku dan aku pun termasuk golonganmu." 3 kali Nabi ulang ayat yang sama, menunjukkan betapa tingginya darjat Julaibib yang syahid di jalan Allah di sisi Nabi Muhammad s.a.w.

Tidakkah kita mahu menjadi umat yang dihargai Nabi? Bukan harta yang dipandang, bukan kedudukan yang dilihat, tetapi, iman dan pengorbanan yang menjadi ukuran! Firman Allah S.W.T. yg bermaksud:
" Dan bekerjalah, maka Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaanmu itu.." (At-Taubah: 105)


P/S : Kepada yang sudah mampu berumahtangga, maka berkahiwnlah. Jangan ditangguhkan kesucian perhubungan itu, sebagaimana lebih banayaknya dosa yang bakal dikumpul. Berkahwinlah demi mencari keredhaanNya.


to be continued.


















Monday, May 13, 2013

Dua Kisah Jalanan. Satu ibrah.

Assalamualaikum,


Waktu lapang. Waktu lapang. Hebatnya engkau menguji aku wahai waktu lapang. Mungkin ini sajalah waktu lapang yang aku akan miliki setelah habis medical degree dan sebelum pulang berkhidmat dalam bidang perubatan dan dalam menjayakan - "misi hidup aku yang selama ini tertangguh". Berikan aku sifat istiqamah Ya Allah.



Tapi untuk kali ini, aku ingin bercerita tentang - Dua Kisah Jalanan. Ibrah yang Allah baru sahaja perlihatkan kepadaku, minggu lepas.


Kisah Satu.

Hari itu hari khamis. Aku baru sahaja selesai menjalani final examku, long case. Aku masih ingat sebaik aku pulang dari hospital, aku singgah di malaysian embassy di shelbourne house, ballsbridge yang terletak lebih kurang 5 kilometer dari rumahku. Hati aku cukup senang, sepanjang perjalanan aku tersengih keseorangan. Mungkin gembira bukan kepalang menghayati 'freedom' setelah tamat menghabiskan 5 tahun pengajianku dalam bidang perubatan. Tambahan lagi aku begitu gembira aku menjayakan long case ku dengan lancar serta dipermudahkanNya.


Setelah menyelesaikan urusan di kedutaan, aku bergerak pulang, menunggu bas di stesyen bas paling berdekatan, sambil headphone kesayangan yang menekap ditelinga memainkan lagu-lagu kegemaran. Menyanyi-nyanyi riang perlahan, sambil mata asyik memerhatikan manusia sekeliling yang ramai lalu lalang. Maklumlah ketika itu lunch hour, dan kawasan itu penuh dengan office. Semuanya segak dan nampak berkerjaya.


Sedang aku asyik memerhati, aku tiba-tiba terdengar suara garau seorang lelaki yang bercakap tanpa henti. Kuat. Lantang seolah-olah dia sedang bersyarah kepada seseorang. Aku menoleh ke arah suara itu. Aku lihat seorang lelaki dalam lingkungan 60 an, kelihatan selekeh dan kotor, memakai wintercoat lusuh panjang berwarna hitam, wajahnya berjambang nampak kusut sekali. Ditangan kanannya dia memegang beg bimbit lelaki berwarna hitam lusuh. Ditangan kanannya kelihatan beg tangan wanita berwarna coklat, juga sudah kelihatan lama. Sekali pandang semua orang disekeliling tahu, dia berbeza. Yakni dia sudah tidak waras.




Lelaki tadi masih tidak berhenti dengan 'syarahan'nya, 'syarahan' yang tidak ada siapa sudi mendengar. 'Syarahan' yang penuh intonasi dan facial expression. Beliau berdiri tidak jauh dari aku, mungkin dia juga menunggu bas. Mataku tidak putus memandang gelagat beliau, tapi setiap kali aku cuba menentang matanya, dia tiada reaksi. Seolah hanya butir mata itu melihat, tetapi memberi kosong perception kepada visual centre di occipital cortex. Perlahan aku mengalih headphone dari telingaku, cuba mencuri dengar butir bicaranya. Okeh, tak faham. No connection antara satu ayat ke satu ayat. Bak kata istilah medic dalam Korsakoff enchephalopathy disease, 'Confabulation'.


Lima minit kemudian bas tiba. Semua yang menunggu bas tadi masuk dengan tertib ke perut bas, seorang demi seorang. Begitu juga dengan lelaki tadi, sambil mulutnya masih terus berbicara. Setiap mata di dalam bas tadi jurus menerkam pandang ke arah lelaki itu, dengan pandangan pelik menghakimi, namun masih, dia tiada reaksi. Beliau duduk selang dua seat dihadapan aku, sudah boleh diagak seorang wanita bertubuh gempal yang duduk betul-betul disebelahnya terus bangun dan beralih tempat dari lelaki itu, duduk di seat kosong disebelah aku. Kasihan lelaki itu. Beliau bukan sahaja kini sudah terputus connection dari 'kewarasan' beliau, beliau juga kini sudah terputus kasih, dari masyarakat.


Kali ini butir bicaranya aku dapat dengar lebih jelas. Lebih kurang begini.


"Love and affection is a lie... They come when they need you, and they leave, when u are no longer needed. You trust him? You trust me? I know that I am no longer useful to u, but cant u just love me a bit more?.."


Lebih kurang begitulah 'bunyik'nya. Tiba-tiba aku lihat matanya berkaca-kaca. Genggaman tangannya lebih erat. Ya, aku dapat lihat kekosongan, kekecewaan dan kesengsaraan yang sudah dapat aku mengertikan. Bukan dari 'syarahan'nya yang berapi-api itu, tapi dari mata yang menyimpan derita, dan lenggok tubuh yang haus kasih sayang.



Beliau turun di hentian yang sama denganku. Sewaktu turun aku mencuri lihat beg tangan wanita yang dipegang beliau penuh dengan kain baju yang dironyok. Aku menghentikan langkahku, namun aku biarkan mataku mengekori lelaki itu sehingga lelaki itu berjalan hilang dari pandanganku. Kemana dia ingin tuju? Dimanakah keluarga beliau? Anak-anak beliau? Jikalau nak dikatakan dia tidak pernah bekeluarga, beg tangan wanita yang digenggam erat olehnya dan kata-kata beliau cukup untuk aku meneka kisah hidup beliau.


Apabila aku melihat manusia-manusia seperti beliau, aku teringat sepotong ayat dalam surah kegemaran di dalam alquran, surah Yassin, ayat 68 yang bermaksud;

"Dan barangsiapa Kami panjangkan umurnya niscaya kami akan kembalikan dia ke awal kejadiannya (kembali menjadi lemah dan kurang akal, seperti anak kecil) Maka mengapa mereka tidak mengerti?".


Perihal nyanyuk dan kurang kewarasan telah Allah sebutkan di dalam al quran, untuk kita fikirkan, dan renungkan, bagaimana kita meniti usia tua kita. Tapi aku selalu ingat pesan PUAN, yakni nenek kesayanganku yang sering mendendangkan syair dan nasihat kepadaku setiap kali aku meluangkan masa bersamanya. Katanya, "Satu cara untuk menjauhi sifat nyanyuk dan lemah fikiran apabila tua ialah dengan mmbasahi lidah dengan al-quran, berzikir dan berselawat ke atas Nabi". Dan puan biarpun sudah berumur 83 tahun, beliau masih kuat, tanpa penyakit, berfikiran cerdas dan pantas.






Kisah Dua.


Kisah ini pendek. Ia berlaku dua hari lepas, sewaktu aku dan dua rakan baikku keluar makan-makan di tengah-tengah bandar Dublin. Ketika itu aku ingin pulang dan aku lalu merentas pasar. Sedang aku melangkah laju, tiba-tiba aku terlihat seorang wanita lingkungan 50 an menolak sebuah stroller usang berwarna hitam. Apa yang meng'amazed'kan aku ialah, wanita ini ber'posture' extreme kyphosis, berjalan dengan penuh difficulty. Aku berhenti, memandang semula wanita dan strollernya tadi yang bergerak menjauhiku. Aku amati jari jemarinya yang aku perasan sedikit spastic. Aku dapat rasa wanita itu sedang menolak strollernya dengan sepenuh kudrat, apatah lagi dengan keadaannya yang begitu.





Aku nekad mengekori wanita tadi perlahan, berjalan langsung mendahuluinya ingin melihat isi stroller hitam yang ditolaknya. Kelihatan, seorang budak perempuan kecil berumur dalam 2 atau 3 tahun, berambut blonde dengan dua ponytail kecil. Comel. Anak kecil itu tergelak-gelak kecil sambil bertepuk-tepuk tangan gembira melihat manusia yang bergerak disekelilingnya. Sekilas aku mencuri pandang wajah wanita itu, sekejap wajahnya terkemut-kemit seolah menahan sakit, sekejap bibirnya mengukir senyum sambil melihat keletah riang anak kecil yang dibawanya. Dengan with that kind of posture, dengan beban yang harus ditolaknya sepanjang jalan pasar yang tidak rata itu, as a medic, I know she is in a deep pain. It will be painful for her just to carry herself around, apatah lagi dengan berat stroller itu.


But I know, the healer of her pain. Her daughter's joy and smile.

Buat adik di dalam stroller, "Dik, dah besar nanti, jangan adik abaikan ibu adik yang kurang sempurna ini. Jangan adik malu dengan kekurangannya apabila adik sudah besar cantik dan sempurna. Kalaulah adik boleh lihat wajahnya sewaktu dia sakit untuk membahagiakan adik, adik akan tahu betapa beruntungnya adik memiliki ibu seperti dia".

I just saw a perfection, in imperfection. =')


IBRAH.


Satu perkara yang aku kurang gemar tentang Ireland ialah nilai warga emas dari perspektif masyarakat. Sewaktu aku belajar tentang population health tiga tahun lepas, mereka secara jelas menyatakan bahawa peningkatan golongan warga emas yang semakin tinggi telah memberikan impak kurang baik kepada pembangunan dan ekonomi negara. Malah ada seorang lecturer aku dengan selamba berkata bahawa apabila seseorang telah menginjak umur 60 tahun, mereka secara automatiknya sudah tidak bernilai untuk pembangunan negara malah menjadi beban. Disini, warga emas bukanlah tanggungjawab anak-anak mereka tetapi tanggungjawab kerajaan. Sebab itulah nursing home a.k.a rumah orang-orang tua di Ireland ni terlalu banyak dan semuanya penuh tidak pernah kosong. Sehinggakan kebanyakan patient aku semuanya apabila jatuh sakit sudah dapat mengagak destinasi seterusnya selepas hospital, bukannya menghabiskan sisa-sisa usia dijaga oleh anak yang telah dibesarkan, tetapi tercampak ke dalam nursing home.




Kalau rakan-rakan di malaysia, berpeluang untuk melancong ke tanah-tanah barat, contoh di Ireland, take a look on the streets. Anda akan lihat warga-warga emas begini berjalan sendirian, tanpa keluarga disisi. Ada yang bertongkat, ada yang masih kuat. Shopping sendirian, semuanya sendirian. Aku rasa susah sangat100000x nak tengok warga emas ni berjalan bersama keluarga besar mereka. Dan jangan terkejut jika anda lihat nenek yang sudah setua 80 tahun masih memandu kereta sendirian, perlahan je kereta yang dibawanya. Teringat aku sewaktu aku di luar dublin manjalani GP rotation, seorang nenek tua menangis merayu-rayu kepada doktor minta di'renew'kan driving licensenya sedang dia sudah mengalami masalah penglihatan yang sangat teruk. Plus, sewaktu 'clerking' these elderly in the hospital, semuanya jawapan sama, "I live alone in my house".


Ironi kan? Disini yang cukup menekankan parenting dan nilai-nilai kekeluargaan, tapi ibu bapa yang sudah tua ditinggal sendirian meniti akhir usia mereka. Bagi mereka, melawat sekali, dua kali, tiga kali dalam seminggu sudah lebih dari cukup. Malaysia pun sama juga kadang-kadang tapi alhamdulillah, dalam Islam sudah ditekankan, jangan harap hidup nak berkat dan dapat cium bau syurga sekiranya kita mengabaikan waima melukakan hati kedua orang tua kita. Mereka bukan tanggungjawab kerajaan, totalllllllyyy, mereka adalah tanggungjawab kita. Apabila mereka sudah tua, mereka tidak lagi perlu harta atau kekayaan, mereka hanya perlukan kasih sayang!


Kadang-kadang aku pelik juga, tidakkah mereka sedar yang mereka juga akan tua dimakan usia? Mereka mencebik apabila melihat lelaki dalam kisah satu tadi, sedang mereka tidak sedar, nasib mereka juga akan hampir sama. Karma. What u give, u get back.


Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).


Senang cerita beginilah, no matter how successful or rich u are, dan tak kiralah betapa jutaan ringgitnya kita bersedekah dan membuat kebajikan, tapi kita lalai dari tanggungjawab kepada kedua ibu bapa, maka neraka tempat pengakhiran kita. Biar kita miskin atau tidak berpelajaran tinggi, tapi kepada kedua ibu bapa kita kasih dan cinta, Allah akan mengurniakan kurniaan lipat kali ganda pada kita. Ingin bahagia dan berjaya? Redha ibu bapa itulah kuncinya. Kita bukan siapa-siapa tanpa doa dan restu kedua ibu bapa kita.





I am a restless brain, everything around me means something to me, no matter how trivial it might looks like. Bagi aku semua yang bergerak di bumi ini, mempunyai ibrah yang tersendiri, untuk mereka yang suka berfikir. Percayalah, setiap ujian, kejadian dibumi ini tidak pernah sia-sia dari Allah. Kita saja sebagai manusia yang sering gagal mencari maknanya.


" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil"

amin.

Saturday, May 11, 2013

..budak lidah BELACAN 'bertapa' di bumi MAT SALEH..

Assalamualaikum,


Sebulan blog sepi dan kontang. Maklumlah exam final. Otak 'jammed' selagi result tak keluar. Jangan kata nak tulis blog, mandiku tak basah, tidur pun tak lena. Semua 'jammed'.


Alhamdulillah semalam result kami keluar.

Tujuh tahun pengajian ku dalam bidang perubatan berakhir dengan baik sekali. 2 tahun di malaysia semasa zaman azab menjalani diploma International Baccaulereate. Dan lima tahun degree disini. Sekali lagi nikmat sebesar ini membuat aku semakin berasa rendah hati betapa PengasihNya Dia pada aku yang serba kekurangan. Tiada apa yang aku miliki kini ialah hak mutlakku, dariMu ia datang, kepadaMu jua ia akan kembali. Allahu.


Dan kurang sebulan dari sekarang aku bakal meninggalkan bumi Dublin yang penuh dengan tawa dan luka ini. Tidak pernah aku terbayang sewaktu aku pelat membaca di tadika seri desa dulu yang aku akan menuntut di bumi mat saleh yang selalu aku tonton di dalam TV sahaja. Apatah lagi untuk menjadi lulusan graduan dari tanah yang dulunya hanya ada dalam angan-angan dan cita-cita. Kini ia adalah nyata. Aku seorang graduan perubatan bumi Dublin, Ireland.



yang muka paling garang itu aku =)


Sungguh hidup penuh dengan kejutan dan keajaiban. Apatah lagi buat aku seorang gadis biasa dari keluarga yang sederhana. Lebih-lebih lagi menjadi doktor pertama dalam keluarga besarku. Jalan yang aku tempuh ini semuanya baru. Aku perlu bertatih, jatuh dan bangkit sendiri. Siapa sangka budak lidah belacan ini bisa 'bertapa' lama dan pulang membawa segulung ijazah perubatan dan pengalaman dari bumi asing yang penuh onak dan liku. Namun yang pasti aku masih farah syazana yang sama. Bertambah ilmu dan pengalaman, tidak bererti aku lupa berpijak di daratan. Istiqamahkan ku. Biar makin berisi makin tunduk.


Aku ingin kongsi ini cerita. Segan nak cerita, tapi nak cerita. Biar jadi perangsang untuk adik-adik yang kadang-kadang curiga untuk menghayun tangan mecorak dunia.


Perjalanan untuk ke bumi barat ini bukan mudah. Kita semua berjuang bermati-matian, ingin menempah tempat untuk terbang tinggi merentas benua. Malah aku sendiri pun tak pernah sedar betapa 'nerd' nya aku sedari kecil. Mungkin aku memang jenis budak rajin belajar. Kata ibu sewaktu sekolah rendah, aku tidak pernah dileteri pun untuk membuat kerja sekolah. Balik rumah 'steady' je homework semua dah settle kat sekolah. Pukul 9.30 malam aku dah syahid, bangun pagi kesekolah pun tak pernah liat. Plus,game is not my forte. Game simple cam game ular dalam nokia 3310 pun aku nak muntah bila main. Pendek cerita senanglah nak jaga aku, memang budak 'nerd' sejak azali. Tidak susah untuk membesarkan aku, begitulah kata ibu.


Cita-cita aku simple. Aku nak jadi apa saja yang boleh membahagiakan mak ayah aku. Semua orang kejar kebahagiaan dalam hidup. Kebahagiaan aku pula ialah kebahagiaan mak ayah aku. Bila orang-orang yang aku sayang happy aku pun happy.

Satu hari aku dapat tahu mak aku teringin nak ada anak bergelar doktor. Jadi doktorlah cita-cita aku. Masa tu tak ada siapa nak beritahu aku apa nak buat, jadi aku dengar-dengar je cerita kawan-kawan aku yang ada ayah, ibu, abang atau kakak yang dah jadi doktor. Dari situlah aku dengar tanah yang bernama Ireland. Jadi Irelandlah yang aku buru.

Alhamdulillah Allah mendengar nawaitu aku, dan Dia izinkan aku menapak disini. Inilah wajah-wajah aku pada minggu pertama aku jejaki Dublin. Excited, teruja, mentah, masih clueless apa yang bakal bumi ini janjikan untuk aku.




Satu rahsia aku mahu kongsi.

Jujur, ada ibrah Allah menempatkan aku dibumi ini. Medicine bukan agenda utama. Meneroka alam ciptaanNya prioriti kedua. Kerana ibrah terbesar aku disini ialah aku lebih mengenal Pencipta. Mengenali cara menyintai Dia. Dipisahkan aku dari ibu bapa yang selama ini menjaga, meletakkan aku 'direct' dibawah jagaan Dia. Bila semangat goyah dan patah, terasa sunyi dan sendiri, makin terasa aku tiada apa selain DIA.


Salah satu cara Allah mengajar aku menjadi hambaNya. Begini. Jujur, aku budak lidah belacan. Ya, ke'nerdy'an aku berjaya membuahkan hasil dalam setiap peperiksaan, tapi aku ada satu masalah berdepan dengan Ireland. Dulu, aku tidaklah 'speaking London' berhabuk macam sesetengah kawan-kawan aku yang lain. Ya, aku petah dan lantang, berbahas dan bersyarah. Tapi hebat dalam bahasa ibunda sendiri. Bahasa Inggeris, di dalam peperiksaan aku hebat. Tapi untuk berbicara, eheh kureng. Bukan sebab aku tak suka, tapi sebab tak amalkan. Cakap english hanya dalam kelas english disekolah. When u are conversing in English, u can't just translate the sentence, u have to know the art of the conversation. Write, Listen, Speak.


Masa masuk kolej mara banting, aku rasa itulah pertama kali 'esteem kendiri' aku merudum mendadak sedikit. Selama ni aku cukup bermotivasi tinggi, alhamdulillah menjadi antara yang teratas dalam carta disekolah. Masuk saja KMB, barulah 'buku bertemu ruas'. Disekeliling aku semuanya pelajar-pelajar terbaik seluruh Malaysia. Jentera yang bakal dihantar negara untuk menuntut di benua Eropah. Disinilah kami di'sedia'kan sebelum berangkat. Yang paling buat aku stress, semuanya 'speaking london'. Tu belum cerita lagi dengan subjek pelajaran level antarabangsa yang 'super susah' plus berjuta assignment yang kadangkala buat kepala aku rasa nak pecah. Sampai pernah satu tahap aku rasa nak terima je tawaran perubatan UIAM yang aku dapat selain offer ke luar negara ini.


bersama rakan-rakan KMB yang dah ber'sepah' diserata eropah =)

Haaaa tapi rencana Allah itu sempurna. Even perjuangan hidup Rasulullah pun tak pernah mudah, kerana manusia hebat dilatih dengan perjuangan yang hebat juga. Seperti motto hidup aku, "WHEN THE GOING GETS TOUGH, ONLY THE TOUGH GETS GOING". Yes, only the toughest. Dan di KMB juga lidah belacan aku di'transform' menjadi lidah mat saleh. Struggle juga aku nak 'catch up' dengan rakan-rakan yang kebanyakan anak orang 'ada-ada', yang english sudah menjadi bahasa rasmi isi rumah. Ibu bapa aku telah memberikan aku didikan cukup sempurna. Dan aku tidak pernah menyalahkan sesiapa atas ke'struggle'an ini. Anak gadis ibu dan ayah ini tiada istilah 'putus asa' dalam hidupnya.


Write. Listen. Speak. Semangat kena kental dik oi. Buat medic di tanah barat u have to be really fluent conversing in english. Because we are not learning with books and papers only. All the bedside teaching delivered verbally by the doctors. Our patients are the textbooks. Communication is the key. Good rapport with them make the whole thing even easier. Memang aku struggle. Lebih-lebih lagi di KMB. Malah pernah aku di'double standard'kan kerana ini. Tercabar sungguh aku yang pantang dicabar ini. Usaha dan usaha. Dengar radio English, listen to as much english as I can. Telinga aku menjadi deria paling tajam. Listen and absorb. Jangan malu untuk belajar. We learn from our weaknesses. Successful people know their strengths and weaknesses really well. Because success is achieved by developing our strengths, not by eliminating our weaknesses.


Dan alhamdulillah. Allah tak akan terlepas pandang usaha hambaNya. Masa aku dipangggil interview oleh pihak university Dublin untuk merebut placement yang super limited, Allah permudahkan. Satu doa yang aku selalu amalkan, "Demi Tuhan yang memegang lidahku dan hati interviewer/examiner itu, permudahkanlah. Permudahkanlah". Ingat, kita usaha sedasyat manapun, kita bijak segenius manapun, Allah penentuNya. Allah pemegangNya. Jangan lupa minta pada Dia. Percaya atau tidak semasa interview english keluar macam air dari bibir. Tenang dan confident. Jangan overconfident pula. Just be yourselves. Dont change to 'mat saleh style' to win the inetviewer. Dont pretend. They dont like it. U are the best 'acuan' yang telah diproduce oleh ibu bapa kita. Alhamdulillah, bumi Dublin itu telah ditentukan Tuhan untuk aku (^_^)




Sama. Dibumi Dublin, kadangkala aku dipandang sebelah mata oleh rakan-rakan mat saleh. Hanya kerana kita tidak dapat meng'ekspressi'kan diri dengan maksima ketika dimedan juang perubatan di tanah asing ini. Iyalah, mereka bercakap bahasa ibunda, laju macam bullet train. Kadang-kadang bila duduk beramai-ramai nak catch up pun penat. Accent mereka lagi. Satu saja prinsip yang aku pegang. Semua ini tidak pernah mematahkan motivasi diri. Jangan rasa yang kita ni lemah, tidak seangkatan, lalu duduk terperuk diceruk bucu. Be proud of our own nation guys. Kalau aku tidak setanding mereka, aku tidak berpijak dan bersaing dengan ribuan malaysians untuk bertapak disini. U cant compare the quality of a person just by their english. Advantage pada mereka, sebab mereka belajar sepenuhnya dalam bahasa yang mereka tutur dari mereka lahir. At least aku boleh bertutur bahasa mereka, mereka tidak boleh berbahasa melayu. So people, stop memijak keunggulan akar bangsa sendiri kerana terlalu asyik mengagungkan orang lain. We have to proud of our root.


Yes, aku tak nafikan, mempelajari bahasa Inggeris itu penting kerana ia menjadi perantaraan ilmu sedunia. Tapi tak bermakna orang speaking london ini super hebat dan orang bersastera melayu itu kurang cerdik. Tak bermakna dengan memartabatkan bahasa ibunda bangsa kita akan mundur. Sila betulkan persepsi. Untuk pengetahuan semua, sepanjang aku menjelajah eropah, kebanyakan orang di negara Italy, German, spain, even dikebanyakan tempat di France selain Paris, mereka semua tidak berbahasa Inggeris. Sampai bila aku tanya, mereka asyik cakap, "no english. no english". Memanjang je no english sampai sesat barat kami dibuatnya. Budaya ilmu mereka berkembang dengan bahasa ibunda. Namun bangsa mereka tetap maju. Setanding dan seiring dengan dunia. Lihat sahaja Jepun cukup mengagungkan bahasa mereka, lihat sahaja di mana mereka dipersada dunia. Jadi, di samping kita memantapkan bahasa inggeris kita, berbanggalah dengan bahasa dan bangsa kita kerana kita juga setanding mereka, cuma kita sahaja yang asyik di'doktrin'kan hebatnya mereka dan lemahnya kita. Sebab itu kita asyik lemah. Jangan jadi macam generasi muda Irish, nak berbahasa ibunda gaeligue pun sudah tidak tahu kerana asyik berbahasa inggeris. Jadi kita mantapkan bahasa Inggeris tapi kita juga pertahankan nilai bahasa, agama dan bangsa. Kita tidak perlu bertukar jadi mat saleh untuk catch up dengan mereka. Kita steady dengan nilai-nilai kita. Jangan biarkan mereka merubah kita, kita bawa nilai islam dan adat ketimuran untuk merubah mereka.



di madrid, barcelona dan czech republic


Dibumi Dublin ini, aku lebih belajar menjadi manusia. Berdikari di atas kaki sendiri. Jangan gentar biar kadangkala ketidakpastian dan ketakutan boleh membunuh semangat kita. Above all, aku belajar mengenali dan mencintai Allah sedalam-dalamnya. Dia bawa budak manja ronyok ini jauh dari ibu bapanya supaya aku bergantung hanya pada Dia untuk menjaga. Cukup terasa keberadaanNya. Dimana jua, tidak lagi gentar jika terpaksa away keseorangan jauh dari Dublin. Tidak goyah semangat sekiranya terkadang dipinggir dan disisih kerana hijab dikepala. Malah aku bertambah bangga bergelar muslimah ditengah Islam terasa asing. Izzah. Cukup Izzah.


Hari ini aku sudah bergelar seorang doktor. Ya aku usaha, berdoa. Tapi bagi aku anugerahNya hari ini adalah totally kerana kasih sayang dan pertolonganNya. Usaha aku hanya menyumbang terlalu sedikit. Macam yang aku cakap. Minta pada Dia. Sewaktu exam osce, longcase, communication and so on. Aku takut blackout tiba-tiba. Tapi minta pada Dia, "Demi Allah Tuhanku yang memegang lidahku, jiwaku, tubuhku, fasihkan lidahku, dan lembutkan hati examinerku". Dan Dia beri. Waktu exam, aku speaking dengan tenang dan confident kalah mat saleh. Aku speaking macam air, tanpa pelat lidah belacan. Tanpa Dia aku bukan siapa-siapa, tak punya apa-apa. Semua yang aku miliki hari ini semua kerana Dia, tidak sedikit datang dari diri sendiri.



Kuncinya. Kita nak berjaya dalam hidup bukan hanya sekadar kerana kehebatan dan kebijaksanaan kita. Kehebatan dan kebijaksanaan kita menyumbang kepada kejayaan kita hanya sebanyak 0.01%. Mungkin kurang dari itu. Kita berjaya hari ini kerana doa dan restu ibu dan ayah kita, doa dan restu guru-guru kita, doa dan restu orang-orang yang telah kita buat baik padanya, dan 99% adalah kerana kasih sayang dan rahmat dan kerana Allah itu bersifat Penyayang dan Pemberi. Tanpa semua ini kita muflis. Berbuat baiklah kepada ibu bapa, guru-guru dan masyarakat, in sha Allah hidup kita akan sentiasa berkat. Masih berpegang pada kata-kata seorang guruku, "Jadilah benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak kedarat menjadi gunung."


Ya Allah, berikan kami sifat istiqamah. Sifat taqwa. Jadikan kami bukan saja unggul dunia, tapi lebih unggul akhirat. Hidup bukan sekadar dunia. Tapi mengejar redhaNya. Perjuangan aku baru sahaja bermula, diberi Allah kurniaan dan nikmat yang besar, sumbang dan bakti perlu lebih super hebat. Ada lagi misi aku yang tertangguh. Beri kami kekuatan Ya Allah. Kekuatan yang tak pernah lelah. Berikan kami semangat perjuangan Rasulullah, yang hidup baginda tidak pernah berhenti memberi kepada yang memerlukan. Allahuakbar.


Bismillahirrahmannirrahim. Kepada perjuangan yang baru bermula =)

Saturday, April 13, 2013

'HADIAH' dari sekuntum bunga seri pagi untuk ibu dan ayah =)

Assalamualaikum..


Final exam hanya 2 minggu dari sekarang. Aku tidaklah sebegitu bimbang sampai tidak tentu hala, aku tenang. Namun getarannya tetap ada. 7 tahun perjuangan bakal dijayakan, in sha Allah dengan izinNya. Di saat ini, Allah lah penyembuh segala kebimbangan. Kejayaan itu adalah hak milik mutlakNya. Jatuh aku, bangun aku. Dialah penentunya.


Bahana exam. Blog terbiar sepi. Inipun sebab otak dah tepu, dan hati melonjak gembira atas tibanya satu lagi 'HADIAH' tidak ternilai harganya bagi kami sekeluarga. Alhamdulilah. Ibrah 'hadiah' ini, ingin aku kongsi di titipan kali ini. Membuat aku tambah bertambah jatuh cinta dengan Penciptaku, buat jutaan kalinya. Intinya >> "We plan, Allah plans too. But Allah is the best planner!"


Aku ada empat orang adik-beradik perempuan. Aku kakak yang paling tua. Selepas aku anis, wawa dan ina. Setiap dari kami berbeza, baik dari segi cara, perwatakan dan sifat. Sebagai kakak sulung, aku bunga yang tegas, disiplin namun sangat sayangkan adik2 aku, anis bunga yang lembut, rapi, buah hati ayah, wawa bunga yang manis, manja namun garang dan cukup 'protective', ina pula... hmmm masih kecil dan selalu dibuli kakak-kakaknya! =p




Namun kami permata, penyejuk hati ibu dan ayah. Perbezaan kami yang melengkapkan keluarga. Kamilah bunga, yang telah dididik membawa nama baik keluarga, dibesarkan sebagai penyeri bait yang dikemudi ayah.


Untuk kali ini, aku mahu cerita tentang anis. Sempena 'hadiah' darinya untuk kami sekeluarga. Kakak so proud of u my dear sister!


... Syukur, Allah mengurniakan ibu dan ayah yang terbaik buat kami. Dari kecil, ibu dan ayah cukup menekankan aspek pendidikan. Mereka bukan sahaja mementingkan pendidikan dunia, malah mereka turut memberi kami rapi pendidikan akhirat. Ayah dan ibu memang tak pernah putus berhabis harta dan tenaga untuk memberikan pendidikan yang sempurna untuk kami.


Dulu kami orang susah. Ayah seorang pegawai tentera, asyik dihantar kesana kesini untuk berkhidmat. Kadang2 ayah tak balik sampai setahun atau berbulan-bulan. Pernah di hantar ke negara barat, pernah juga dihantar ke negara bergolak bosnia hergezovina. Susah betul nak jumpa ayah. Ayah gigih mencari rezeki, untuk memberi kesempurnaan pada hidup kami. Namun ketiadaan ayah untuk membesarkan kami adik beradik tidak pernah mematahkan semangat ibu. Semasa ibu membesarkan kami dengan seringnya ketiadaan ayah, ibu jarang mendapat bantuan dari sesiapa melainkan dari sebuah keluarga jiran kami yang kami panggil mama dan abah, yang menjaga kami kalau ibu terpaksa bekerja. Even semasa kami dilahirkan, ibu selalu berjuang sendirian di bilik bersalin. Ketika aku dilahirkan, ibu sendirian sedang ayah punya latihan di dalam hutan. No wonderlah darah pejuang ibu dan ayah, mengalir dalam sifatku. Kami membesar menjadi insan dengan kegigihan ayah dan ketabahan ibu.


Ketika ayah tiada dirumah, ibu tetap cekal. Aku tidak pernah boleh lupa bagaimana gigihnya ibu seorang menjaga yang ketika itu kami empat beradik tanpa ayah disisi. Pagi kami dihantar ke sekolah kebangsaan, kami tak balik rumah mandi di sekolah, kemudian terus disebelah petang ke sekolah agama. Habis sekolah agama ibu hantar terus kekelas mengaji al quran, balik sekejap mandi2 dan makan2 kami terus ke kelas tuisyen malam. Begitulah rutin kami setiap hari tanpa gagal.


Masih jelas terbayang di fikiran aku bagaimana bilamana kami tertidur selepas tuisyen malam ibu terpaksa mengangkat kami masuk kerumah seorang demi seorang. Walau ketika ibu demam sekalipun, tuisyen kami tetap berjalan, jelas terbayang satu ketika ibu menggigil2 demam panas namun tetap menunggu kami pulang dari kelas malam di dalam kereta. Zaman kami masih berkereta proton saga, setiap kali ke sekolah kami terpaksa melalui jalan tinggi curam yang mana setiap kali melalui bukit curam itu kereta kami buat hal. Pernah juga ibu terpaksa turun kereta meminta bantuan orang, sebab itulah kami kesekolah setiap pagi dengan debaran, takut2, kereta kesayangan kami itu buat hal. Namun ibu tidak mengeluh. Minda dan rohani kami terjaga rapi, biar apapun rintangannya.


Motivasi kegigihan ibu ialah kisah silamnya. Ibu aku dibesarkan dalam keadaan yang memeritkan, terpaksa berpisah dari keluarga tercinta atas desakan hidup. Beliau terpaksa dijaga oleh neneknya dalam keadaan yang cukup daif. Namun ibu ialah pelajar pintar dalam kampung, ditawarkan melanjutkan pengajian ke universiti, tapi terpaksa menguburkan impian dan cita-cita kerana tiada wang. Jika tidak hari ini pasti ibu sudah bergelar seorang doktor. Namun Allah sayangkan ibu, ibu tetap melanjutkan pelajaran ke maktab perguruan. Allah tahu yang terbaik untuk ibu. Namun, ibu tidak sekali-kali akan membenarkan keperitan dan 'kandas' hidupnya berlaku kepada anak-anaknya.


Ibu dan ayahlah motivasi kami. Kebahagiaan mereka, kebahagiaan kami.


Anis, punya kisah yang tersendiri yang istimewa dalam keluarga. Berkat kegigihan ibu dan ayah, kami semua alhamdulillah ke hadratNya, sering berjaya dalam peperiksaan. Kami semua ditawarkan melanjutkan pelajaran ke asrama penuh, kecuali anis. Anis hanya melanjutkan pelajarannya ke sekolah menengah seri hartamas, sebuah sekolah harian biasa.


Kerana hanya anis sahaja yang tidak menyambung 'tradisi' keluarga melanjutkan pelajaran ke asrama penuh, padanya diletakkan stigma. Kata orang luar, anis sedikit tertinggal. Tapi pada kami sekeluarga anis hebat dalam caranya yang tersendiri, cuma perancangan Allah penuh rahsia. Kami tidak pernah menganggap anis kekurangan dari kami, kerana kami percaya rezeki dan ketentuan Allah adalah yang terbaik. Kata ibu, dalam sebuah keluarga, akan ada seorang anak yang akan lain rencana dan laluannya, kerana Allah mahu seorang dari kami untuk tinggal dirumah, boleh menjaga ibu ayah dan adik2 yang kecil. Dah kalau kami semua ke asrama, siapa pula yang hendak menjaga kebajikan ibu dan ayah? Nak2 lagi sejak kelahiran ami dan ina, ibu dan ayah pun sudah berusia. Maka anislah orangnya, yang diberi 'kelebihan' untuk membuat lebih pahala, dapat berbakti sepenuhnya kepada keluarga dalam usia remaja. Namun sedikit sebanyak dengan cakap2 orang dan melihat kami yang terbang tinggi menembus awan, aku tahu, semangat anis sedikit patah dan goyah.



Jalan anis berbeza. Ibu dan ayah tidak pernah meng'anaktiri'kan anis dalam perbezaannnya itu. Bagi ibu dan ayah, kejayaan tidak diukur hanya dengan sijil sederet 'A'. Kita berusaha, Allah penentunya. Bagi ibu dan ayah, setiap anak ada rezekinya masing2. Biarpun anis tidak secekap kami dalam akademik, tapi dia cukup mahir dalam bidang seni. Beri apa saja di tangannya, pasti benda itu akan menjadi cantik. Sekarang siap boleh berniaga kraftangan secara kecil-kecilan. Kami sekeluarga tidak putus memberi sokongan dan menghargai setiap bakat yang ada. Kejayaan datang dalam pelbagai cara, hanya pabila kita pandai menghargai indah rencana yang diatur Allah. Begitulah kami dididik ayah dan ibu, tidak membeza, tetap positif dengan apa yang datang.


Sewaktu anis mendapat keputusan SPM, keputusannya tidak begitu baik. Ketika itu, aku dan abang sulungku yang menemani anis mengambil keputusan di sekolahnya di damansara. Semangatnya patah berkecai, apalagi mungkin tekanan baginya agak tinggi setelah aku meletakkan benchmark yang tinggi untuknya setelah kejayaanku mendapat 10A1 dalam spmku yang lalu. Namun aku dan along tenang, meminta dia redha dan tetap bersyukur, siap kami bawa lari anis pusing2 kl pada hari tersebut sebelum pulang kerumah menghadap ibu dan ayah. Kami redha. Anis tetap istimewa walau apapun.



Selepas spm, anis dalam dilema. Dia mendapat tawaran dalam bidang accountancy dan physiotherapy. Ayah tegas menyuruh dia menyambung accountancy kerana pada hemat ayah, masa depan anis akan lebih terjamin. Anis pula ingin menyambung physiotherapy. Sejak result spm keluar, ayah lebih serius dalam percaturan hidup yang ingin dibuat anis. Pada ketika itulah aku terpaksa berdebat hebat dengan ayah, meminta restu ayah untuk membiarkan anis dengan jalan yang disukainya. Siap mengalir air mata, dan terpaksa sedikit melukai antara kami. Mana tidaknya, hanya aku sahaja yang berani bersemuka dan 'membantah' keputusan ayah kami yang sangat garang itu. Namun aku tahu, terguris kami adalah untuk memberi yang terbaik untuk masa depan anis.


Satu perkara yang sering aku pesan pada anis sepanjang perjalanan hidupnya yang berliku itu. Pesan aku, biar apapun kata orang, kita kena tahu yang setiap dari kita istimewa. Jangan memandang rendah kepada diri sendiri kerana setiap dari kita punya kekuatan dan kekurangan masing2. Contoh, anis hebat dalam seni, aku pula buta seni. Aku ni nak balut hadiah pun tak reti. Allah itu Maha Adil. Apa yang paling penting , apapun bidang kita ceburi, buat yang terbaik. Just buat yang terbaik. Kita tidak dibeza dengan kehebatan profesyen. Biar aku jadi doktor, dan dia jadi physiotherapist, mari, kita hebat dengan cara kita tersendiri, dalam bidang masing2. Yang membezakan setiap dari kita ialah taqwa, ketinggian akhlak dan peribadi. Mari kita sama2 membalas jasa ibu dan ayah yang telah banyak berkorban untuk kita. Kenang setiap keringat dan air mata mereka yang tumpah dalam membesarkan kita. Sekiranya terjatuh dalam perjalanan, kenangkan mereka. Itulah motivasi aku dan aku ingin itu juga menjadi motivasi adik2ku.


Contoh yang sering aku guna. Lihat albert einstein. Sebelum beliau menjadi manusia hebat, beliau hanyalah seorang pembantu makmal yang berkali-kali gagal dalam peperiksaan. Yang membezakan beliau dengan manusia lain ialah beliau tidak mengukur kejayaan dengan sekeping sijil. Manusia hebat bukan dilahirkan hebat. Manusia hebat ialah manusia biasa yang melahirkan kehebatan dalam setiap gerak lakunya. Ubah perspektif hidup kita dan barulah kita akan merasa betapa luas dan banyaknya peluang dan jalan di bumi Allah ini.


Anis, adik kakak yang seperti bunga seri pagi. Disentuh ia kuncup dan ronyok namun tidak pernah putus menyerikan setiap pagi. Kerana sifat lembut dan 'ronyok'nya, dia selalu di'buli' oleh kami hahahaha. Dulu semangatnya lemah dan goyah, namun sekarang dia sudah gagah melangkah. Aku sering mencabar anis demi menaikkan semangatnya, "Kakak dulu disekolah menengah tidak pernah miss anugerah dekan untuk sepuluh semester, pointer paling tinggi 3.90. Lawan tengok, ade braaaan?". Aku mahu ia kedengaran sakit di cuping telinga anis, supaya semangatnya akan lebih julang terbakar membara atas ke'berlagak'kanku. Panas je hati dia kakak dia poyo =) Namun anis sudah kalahkan kakak sebenarnya sebab anis pernah dapat 4.0 even untuk ur short sem and now u are keep on getting 3.70 and 3.80 for every semester. I am defeated by u my girl. A doctor is being defeated by a physiotherapist. =)



And now, u are giving us the best gift. Adik kakak dapat tawaran skim pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dari MARA. U are among the top 5 who got this opportunity. Kami tidak pernah terbayang semua ini, namun Allah is the best Planner. Bak kata ibu, setiap anak dengan rezeki masing2, bezanya cepat atau lambat. Inilah berkat keyakinan kami pada anis yang tak pernah putus. Tak terkata betapa kakak sangat bangga dengan anis. See, when u have faith in Allah, and when u never give up, Allah sentiasa ada untuk memberi. Ibu dan ayah must be very proud of u. Thank you for making my parents bahagia dan gembira. Ini memang tugas kita kan adik beradikku?


Perjalanan anis masih panjang. Nak melalui proses nak ke oversea ini pun banyak rintangannya dengan exam english, temuduga dan sebagainya. Namun kakak yakin, selagi mana anis melangkah dengan gagah, berusaha dan berdoa tanpa henti, Allah akan mempermudahkan urusan anis. Kami tidak akan henti menyokong anis, dalam jatuh bangun anis, kami ada bersama. Apa yang penting, anis telah melakar sejarah dalam perjalanan kehidupan anis sendiri. Melangkahlah adikku tanpa henti. Ingat, kejayaan dan segala rezeki dan kemewahan bukan hak mutlak kita, ia semua datangnya dari Allah. Dari Allah ia datang, pada Allah ia kembali. Allahuakbar.


Sesungguhnya Allah menjanjikan yang terbaik untuk orang yang sabar;

“Sesungguhnya Kami akan uji kalian dengan suatu cobaan berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu, orang-orang yang ketika ditimpa kesusahan (musibah) mereka berkata,”Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya pula kami akan kembali.” Mereka adalah orang-orang yang mendapatkan karunia, kehormatan, dan rahmat dari Allah dan merekalah orang-orang yang memperoleh hidayah.”[al-Baqarah:155-157]


Dan pada adik-beradikku yang lain, yang amat aku cintai. Along, wawa, ami dan ina, kita sangat beruntung dikurniakan ibu dan ayah yang cukup sempurna. Tugas kita, ialah untuk memadam keperitan sejarah silam ibu dan ayah, dan melakar yang manis2 sahaja untuk mereka dengan keberadaan kita. Buatlah mereka bangga dengan kita. Supaya sejuk perut ibu yang melahirkan kita. Kita tidak akan mampu membalas segala penat lelah jerih perit mereka membesarkan kita. Ini salah satu cara untuk membahagiakan mereka. Jangan sesekali buat mereka menangis. Redha Allah adalah dalam keredhaan mereka. Setinggi manapun kita terbang, biar kita tetap bertapak di bumi. Ingat asal usul kita.



Ya Allah, kami tidak memegang apa2pun dari hidup kami. Itulah yang dididik ibu dan ayah sejak kecil. Dalam jatuh bangun, kami yakin semuanya adalah dariMu, namun kami memohon kekuatan dan ketabahan dariMu untuk semua ini. Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki dan berkatilah ia Ya Allah. Tetapkan kami di atas jalanMu selalu. Berikan kami kekuatan untuk membahagiakan kedua ibu bapa kami sehingga keakhir hayat mereka. Alhamdulillah. Allahuakbar.


Tuesday, March 26, 2013

siapa mulia? kita atau anak lorong?

Assalamualaikum,



Sebuah entry di tengah minggu. Ralat. Apa nak buat? Selagi tak muntah apa yang ada dikepala, selagi itu otak tak berhenti memikir. Mandi tak basah, tidur tak lena.


Mari aku nak cerita. Kuasa 'first impression' kita sebagai manusia terhadap manusia lain. Sebagai manusia kita suka sungguh membeza-beza. Apa yang kita nampak itu yang kita percaya. Apa yang tak kena pada kita, kita kutuk, hina, pulaukan. Tak payah ada law degree, kita memang pantas menghakimi tanpa bukti. Kesalahan orang sebesar kuman pun kita boleh nampak, kesilapan sendiri sebesar pulau kita terlepas pandang.


Begini,

... Aku ke wad, memulakan patient hunting. Routinelah, as a medical student. Cari patient, clerking their history, do some physical exam, read their chart, learn how to manage them. Tips cari patient ; cari yang muka nampak baik, yang nampak 'sihat' sikit, yang boleh senyum2. Jalan punya jalan dekat wad surgery, aku ternampak seorang lelaki muda, tengah menguis2 sesuatu di atas meja makanan di katilnya. Okeh! He looks nice to me. I bet he is willing to have a chat with me. Lagipun dia seorang je yang tak ada visitor. Kebanyakan yang lain semua tengah ada visitor.


Aku menghampirinya. Dia terkejut bila aku menegur. "Hi, my name is farah, a final year medical student. Would u mind having a chat with me?". Dia pandang mata aku dalam2, teragak2 namun akhirnya mengangguk2 perlahan. Aku menarik curtain sekeliling katil, mencipta ruang selesa untuk kami berborak secara confidential. Dia masih nampak awkward, takut. Aku sedikit pelik dengan reaksinya, tapi aku pura-pura selamba.


"Would u mind telling me what brought u into the hospital?" Soalan cliche' medical student.

Dia teragak-agak untuk menjawab. Tangannya masih menguis-nguis sesuatu yang rupanya macam 'habuk2' serunding. Menggulung 'habuk2' itu ke dalam sehelai kertas empat segi kecil. Dah macam gulung rokok daun dah aku tengok. "Im here because I have some pain". Pendek jawapannya.


"Can you tell me more about the pain.." Tanyaku lagi. Mengharap jawapan padat dan mantap. Iyalah, biasanya pateint muda2 ni memang pantas bertenaga melayan medical student macam kami. Aku berdiri agak rapat dari tempat duduknya kerana dia bercakap seolah-olah berbisik-bisik. Puas aku cuba menangkap percakapannya.


Dia diam lagi. Matanya memandang tepat mataku. Seakan mencari sense of TRUST. "Actually Im taking heroine..Im here because the injection sites have been infected.."


Aku terdiam. Tanpa aku sedari aku berundur setapak ke belakang darinya. Tindakan refleks mungkin?


"I was here a month ago because I was trying to kill myself by taking too much heroine. I went into coma the last time. Unfortunately, Im still alive.." Sambungnya lagi. Matanya mula berkaca. Suaranya putus-putus.


Ok. Aku berundur setapak lagi. Mengambil sedikit jarak selesa antara aku, dan dia. Hai.. Takkan refleks lagi kali ini? Di dalam compartment kecil yang bertutup dengan langsir itu hanya ada aku, dan dia. Tiba-tiba perasaan insecure timbul. First impression ku sewaktu mula aku menegurnya kini berubah. Aku memandang kembali habuk-habuk yang digulung2nya di atas meja tadi. Apakah itu? Berbagai-bagai persoalan dan tanggapan bermain-main dikepala. Adakah ini memang primitive response as a human being towards something conflicting to our belief? IV DRUG USER atau bahasa melayu, orang yang mengambil dadah. Aku tak nak guna istilah penagih dadah. Teruk sangat bunyinya. Kat Malaysia kita memang cukup takut nak dekat dengan pengambil dadah. Kita kata mereka ini sampah masyarakat, jahat, teruk, tak ada masa depan. Berkawan dengan mereka pasti masa depan akan hancur. Pendek kata, orang yang ambil dadah ni memang tak ada tempat dalam masyarakat. Tapi, adakah semua yang mengambil dadah ini memang betul2 jahat dan hancur?





For that moment, seolah aku seorang wartawan sedang mengambil wawancara khas seorang pengambil dadah. Hanya aku, dan dia.


Untuk seketika aku dihempuk pelbagai prasangka buruk terhadap dirinya. Is this a normal human reaction? Mungkin itu yang menyumbang kepada dua langkahku kebelakang tadi. Namun apabila aku melihat wajahnya yang berkerut-kerut menahan sakit, timbul rasa kasihan dan perikemanusiaan. Tong! Aku ketuk kepala. Apa yang aku fikirkan ini? Aku tak kenal dia. Tak tahu masalah dia. Berani betul aku menghakimi dia!


Aku menarik nafas panjang. Memulakan perbualan panjang dengannya dengan hati terbuka tanpa prasangka. Satu demi satu kisah hidupnya aku buka. Ya, dia mengambil dadah sedari umurnya belasan tahun. Tapi bukan untuk suka- suka. Dia punya sejarah hitam yang panjang. Pahit. Perit. Dia tiada keluarga untuk pergi dan mengadu. Dia rasa jalan hidupnya gelap, mara kedepan dia tewas, berpusing kebelakang dia tumbang. Mana hendak pergi?


Ya, kisah hitam yang ngeri. Kisah hitam yang belum tentu aku dan kamu mungkin mampu hadapi. Tinggal dengan pak cik yang pemabuk. Tiada kerja kerana he is socially isolated. Tidak pernah merasai nikmat kasih sayang baik dari seorang isteri, ataupun keluarga. Yang paling menyedihkan, he was severely sexually abused since he was a kid. Sampaikan dia dapat jangkitan hati sewaktu dia masih belasan tahun, menderita penyakit kronik hati sehingga sekarang. Dan mungkinkah sudah dijangkiti HIV?


Tadinya dia nampak awkward, kerana mungkin dia sudah menjangka tidak semua orang akan memandang dia dengan hormat selepas mengetahui sejarah hitam hidupnya. He was looking for that trust in my eyes. Ya, dia bercerita panjang lebar. Dan aku berulang kali cuba menenangkan, meyakinkan, gave him my empathy, i told him that I feel sorry to hear what he already went through all his life. Memandangnya sebagai seorang manusia dan bukan seorang pengambil dadah.


Aku tanya. "Have u ever tried to kill yourself?". Dia tunduk. "Yes, I did. Couple of times. But never succeeded. I took those heroine, just to forget what had happened to me. I dont even know why Im still here..." Perlahan jawabnya.


Kalaulah dia seorang muslim, pasti aku dah ingatkan dia kepada Allah. Pasti aku ingatkan dia kepada tujuan hidup. Allah tempat bergantung dan tempat untuk pergi. Pasti sudah aku tarbiyah dia. Namun, apa lagi yang boleh aku katakan selain bersabar. Perbualan kami berakhir dengan baik. Dia yang tadi nampak awkward akhirnya nampak begitu selesa. Biarpun berlatarbelakang sebegitu, dia melayan aku dengan sangat baik. Berulangkali dia mengucapkan terima kasih kepada aku entah untuk apa. Mungkinkah untuk layanan dan pandangan tanpa prejudis dan prasangka?


Sepanjang perjalanan pulang aku berfikir. Selalu bila aku tengok cerekarama atau cerita-cerita melayu, contoh filem JUVANA, atau kisah anak-anak lorong, golongan sebegini sering dianggap sampah dalam masyarakat. Sekali mereka terpalit dalam kegelapan, selamanya mereka akan tetap tenggelam dalam kegelapan. Bagai tiada jalan pulang. Contoh bekas banduan, sekali mereka masuk penjara, kehidupan apabila mereka bebas akan lebih teruk dari dalam penjara. Seolah macam ada cop di dahi mereka, 'bekas banduan'. Tak ada orang nak ambil bekerja. Satu kampung dah tak lagi jadi kenalan mereka. Anak-anak dinasihat jangan bergaul dengan mereka, nanti terpengaruh. Dengan tiba-tiba tercipta satu genetik baru, 'genetik penjenayah'.


Contoh yang lebih buat aku rasa pelik bila aku tengok satu cerita melayu ni, kisah benar. Kisahnya apabila seorang wanita tabah menubuhkan sebuah pusat perlindungan untuk anak-anak gadis terlanjur dan mengandung anak luar nikah di sebuah kampung. Ingatkan masyarakat sekeliling rasa bangga dengan jerih payah wanita tadi membela anak-anak gadis yang tersalah langkah ini, tapi sebaliknya. Masyarakat kurang senang pula dengan institusi tersebut dan bertanggapan penubuhan pusat tersebut akan memberi pengaruh buruk kepada anak-anak mereka. Mereka memaksa institusi itu ditutup. LOL.


Adakah itu semua reaksi defensive manusia? Cuba mem'protect' keluarga sendiri dengan cara menguburkan kehidupan manusia lain yang tersungkur dalam hidup mereka. Kita lupa yang kehidupan kita telah awal-awal direncana dalam kitab Lauh Mahfuz disisi Tuhan. Kita lupa perjalanan ini telah Allah tentukan. Kehidupan mereka begini, kehidupan kita begitu. Bahagian mereka begitu, bahagian kita begini. Yang baik tak semestinya kekal baik. Yang buruk tak semestinya terus buruk.



Kita cenderung menghukum mereka dengan neraka. One simple question that really strikes me. Kalau seandainya perkara yang sama berlaku kepada lelaki tadi berlaku kepada kita? Bagaimana agaknya hidup kita? Better or worse than him? Kita tak pernah fikir kan. Sebab bagi kita, hidup aku, hidup aku. Hidup kau, hidup kau. We are not related. We claimed that we are good and nice people. Dari keluarga yang baik-baik dan terhormat. Kita tidak terjebak dengan kancah jijik dan busuk sebegitu. Yes, sebab kita tidak diuji Allah dengan ujian yang sama seperti yang diberikan kepada lelaki tadi.


Sebaliknya kita diuji Tuhan dengan kesenangan. Keselesaan. Sedar tak bahawa ujian kesenangan dan kekayaaan ini lebih sukar dari ujian kesusahan? Fikir, kita hanya bernasib baik kerana tidak diberi ujian sebegitu. Think twice before you want to make an impression to people around u. Do we really think that we are that good? Think again. Segala yang berlaku di atas dunia ini mempunyai hikmah untuk difikirkan. Yang baik disyukuri, yang tidak baik kita ambil iktibar.


Kenapa kita tak contohi Rasulullah? Sentiasa berprasangka baik. Tidak menghakimi dan sentiasa melihat setiap manusia dengan hati yang bersih. Penduduk Taif yang kejam melempar baginda dengan batu pun baginda maafkan. Baginda siap doakan. Yahudi buta yang siang malam duk umpat keji baginda pun baginda siap suap bagi makan setiap hari. Wanita yang setiap hari letak tahi di jalan baginda ke surau pun baginda maafkan, baginda siap pergi melawat apabila dia sakit.


Lihat sahabat-sahabat Nabi. Abu Sufian yang dulunya paling hebat menentang Islam pun akhirnya masuk Islam dalam penuh kemuliaan. Sayidina Umar, sebelum mendapat cahaya Islam merupakan orang paling benci dengan Rasulullah, namun setelah mendapat hidayah Allah, menjadi tunjang penggerak berkembangnya Islam menggegar setiap pelusuk dunia. Sebelum Khalid al Walid disentuh cahaya Islam, beliau panglima kuffar menentang Rasulullah, namun sebaik pengislamannya, beliaulah fisabilillah terunggul.



Setiap orang dengan masa silam yang hitam, tidak semestinya mempunyai masa depan yang kelam. Orang itu jahat hari ini, tidak semestinya dia jahat sampai mati. Kalau kita alim ulama beriman ketika ini, belum tentu dalam syahadah kita mati.


"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan." [Al-Anbiyaa’: 35]



Aku berazam. Berhenti menghakimi. Berhenti mencipta first impression yang 'membunuh'. Sentiasa berprasangka baik. Setiap dari kita mempunyai jalan cerita yang berlainan, ini semua jalan cerita dari Allah. Yang hitam tak kan kekal hitam. Yang putih takkan selamanya putih. Allah Yang Maha Kuasa pun bersifat memaafkan, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dosa membunuh pun Allah tetap maafkan selagi kita taubat nasuha. Allah Maha Lembut, Maha Pengampun. Siapa pula kita yang pandai-pandai hendak menghukum manusia lain?


Excuse me. Jangan ingat diri kita baik dan mulia dari orang lain. Selagi kita belum diuji. Ya, belum diuji.


.."Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta." (QS. al-Ankabut: 2-3)


Hujung jalan tetap satu. Jalan menuju Allah. Ya Allah, jadikan kerjaya ku ini kerjaya ahli-ahli syurga.
Jadikan aku ahli perubatan yang bukan sahaja dapat merawat fizikal pesakitku, tetapi juga rohani dan jiwa mereka. Berikan aku kekuatan untuk membawa mereka lebih dekat denganMu.

Sunday, March 24, 2013

Renungan yang tajam lagi menakutkan!

Assalamualaikum,

Malam sabtu. Malam kegemaran.

Aku ada sesuatu untuk dikongsi.


Sebelum aku cerita panjang lebar, aku perlu beritahu yang aku punya satu fiil. Ramai orang kadangkala salah faham dengan fiil aku ini. Fiil di mana, kadangkala aku lebih suka memilih untuk berseorangan dalam waktu-waktu tertentu. Sebagai contoh seminggu sekali aku akan ke Dublin city seorang diri, tanpa minta ditemani. Semasa di kolej, aku gemar keluar berseorangan berjalan mengelilingi padang kolej, hingga aku hilang dalam dunia sendiri. Di rumah pula, pantang ada peluang, aku akan start kereta dan meluncur laju seorang diri di kota syurga dunia kuala lumpur.


Bagi orang yang tidak mengenali aku, mereka mungkin beranggapan aku tidak mempunyai ramai teman. Iyalah, wanita biasanya lebih gemar berteman. Cukup takut berseorangan atau dipanggil kera sumbang. Di sekolah, budaya 'geng' atau 'klik' sudah cukup sinonim dengan perempuan. Aku pula lebih gemar menjadi 'parti bebas', semua kawan pun aku sayang, tak perlukan perbezaan. Alhamdulillah, setakat ini, aku tidak pernah kesunyian kerana Allah mengirim ramai sahabat sayang fillah buat aku, sahabat2 yang juga memahami, untuk waktu tertentu, farah syazana perlukan masa keseorangan untuk dia hilang dalam dunianya sendiri.


Ada sebab mengapa untuk waktu tertentu, aku perlu berjalan dibumi Allah sendirian. Kerana apabila aku sendirian, aku dapati diri aku lebih peka dan teliti dengan apa yang berlaku di sekeliling aku. Bila aku sendirian, aku sebenarnya telah keluar seketika dari lingkungan 'comfort zone' dan terjun melihat realiti hidup yang kadangkala sangat menakutkan. Apabila bersendirian, aku rasa lebih dekat dengan diriku sendiri, aku lebih dekat dengan Allah. Mengamati hakikat kehidupan, dan berfikir, dan berfikir, dan berfikir!!




Banyak yang telah aku fahami, dalam kembara soloku ini setiap kali. Ini salah satunya yang aku mahu kongsi.


Aku memulakan pengembaraan soloku yang setiap seminggu sekali dengan menaiki bas. Selalunya aku suka memilih untuk duduk di tingkat atas di bahagian hadapan sekali, betul2 di depan cermin besar tingkat dua bas supaya aku boleh tengok segala2nya dari situ sepanjang perjalanan ke city tanpa distraction penumpang bas yang lain. Satu contoh distraction yang paling aku pantang, kalau ada pula couple2 mat saleh yang sibuk bercumbu-cumbuan di dalam bas, macam dah tak ada rumah sendiri. Dahlah aku masih bujang, bergegar-gegar iman aku dengan perasaan tidak senang.


Ini bumi barat, tentunya yang dapat aku lihat ialah budaya barat yang cukup 'pure'. Even hakikatnya aku rasa lifestyle di Malaysia sudahpun jauh lebih dasyat dari lifestyle barat. Maklumlah, westernization in progress. Satu perkara yang aku kerap sangat perhati ialah pandangan 'membunuh' lagi 'menakutkan' dari kaum adam terhadap kaum hawa.



Gadis2 barat ni kebanyakannya seksi-seksi, cantik-cantik, dan stylo. Dari hujung rambut, sampailah hujung kuku kaki. Semua cantik. Mereka cukup menjaga penampilan. Pada aku, ada hikmahnya kenapa Allah berikan negara2 barat ni winter, sebab pada musim sejuk, budaya fesyenista mereka agak terbatas sebab terlalu sejuk. So, tak bolehlah mereka pakai seksi je sepanjang tahun kan. Haaa tapi bila dah masuk musim bunga atau summer, aku rasa kaum adam lah yang akan jadi golongan yang paling menderita zahir dan batin. Terutamanya yang muslim dan yang masih belum berumahtangga, dengan kata lain, rakan2 seperjuangan aku lah.


Kenapa? Sebab pada musim panas atau musim bunga, barulah kita akan nampak mereka berpakaian macam yang selalu kita tengok dalam filem2 barat tu, macam dalam filem 'sex and the city' tu, skirt pendek, baju low cut, sleeveless. Wanita barat memang cukup suka bergaya. Pada mereka, kecantikan ialah anugerah yang harus dibanggakan. Bukan saja kaum adam, sebenarnya aku turut sama terseksa juga, kalau dah skirt atas paras lutut, kan dah jadi aurat sesama perempuan, maka aku juga akan menanggung dosa.


Semestinya, apabila wanita cantik seksi menaiki bas, aku akan memerhati mata lelaki2 yang berada disekitar aku. Ada yang melempar pandangan biasa, ada juga yang memandang dengan pandangan nakal. Tidak kurang ada yang tidak melepas pandang. Ada sekali tu, seorang wanita muda seksi memakai skirt atas paras lutut dan berbaju sleeveless berada di depan pintu bas hendak turun di stesyen seterusnya. Aku betul2 berada disebelahnya, mahu turun di stesyen selepasnya. Sebaik wanita muda itu turun dari bas, aku terlihat pemandu bas tadi melihat tajam mengikut liuk lenggok langkah gadis tadi keluar dari bas, tersenyum nakal sambil menjilat-jilat bibirnya! Meremang bulu roma aku dibuatnya! Ya Allah, pandangan lelaki itu cukup menakutkan! Sumpah seram!


Di dalam kelas, pemerhatianku tidak lepa. Rakan-rakan perempuanku ada yang suka memakai baju yang mempunyai potongan leher yang agak besar. Kalau kami sedang buat praktikal, yang memerlukan kami terbongkok2 sedikit di bedside, maka akan lebih jelaslah 'ternampak' sesuatu dari potongan leher berkenaaan. Aku selalunya akan mengalih pandangan, dan rakan lelakiku pula biasanya hanya bertindak 'cool'. Ada juga yang suka duduk diatas meja dengan skirt pendek mereka sedang rakan lelaki duduk di atas kerusi berhadapan dengan mereka. Aku yang berada disitu sudah merah padam muka, malu. Namun, yang lelaki hanya berlagak biasa. Tapi, aku dapat juga menangkap pandangan-pandangan tajam nakal dalam 'lagak biasa' mereka. Bagi mereka, itu semua normal. Namun aku pasti, bergegar juga hati mereka. Nak menggegar iman, mereka belum Islam.


Untuk yang bukan Islam, mungkin mereka tidak fikir ini semua satu masalah. Kerana mereka boleh mengamalkan seks bebas di luar ikatan perkahwinan. Tapi aku cukup simpati dengan rakan-rakan lelakiku yang muslim. Yang belum beristeri. Aku pasti ini semua cukup menyeksa perasaan dan rohani mereka. Apa yang nak dihairankan sekiranya pandangan tajam lagi menakutkan itu dilempar sang adam, kerana memang fitrah mereka mempunyai satu nafsu sahaja, nafsu terhadap wanita. Dan jangan kita pandang rendah pada pandangan itu, sekiranya sang adam tadi tidak dapat mengawal nafsu mereka, hawa akan binasa!


Pernah satu ketika, ketika aku berjalan keseorangan di satu lorong market di tengah bandar dublin, aku disapa seorang lelaki arab. Tubuhnya gempal dan besar, menegur aku. Dia mahu meminta pertolongan dari aku, katanya, dia mahu kahwin. Dia tahu aku beragama Islam, jadi dia minta aku bertanyakan kepada sesiapa yang juga mahu berkahwin supaya mereka boleh disatukan. Suaranya seakan merayu, katanya dia baru tiba di dublin dua minggu lalu, dan dia merasakan keperluannya untuk berkahwin sekiranya dia mahu terus tinggal di dublin. Aku faham sangat maksud lelaki itu, tapi untuk mencarikan teman hidupnya, aku tidak mampu. Lalu aku menyuruhnya untuk meminta pertolongan dari pihak Dublin Mosque. Kasihan.


Melihat semua ini membuat aku cukup takut. Siapa yang harus dipersalahkan? Lelaki atau perempuan? Apa yang aku ceritakan tadi tidak hanya berlaku dibumi dublin, tapi juga di bumi Malaysia. Pandangan nakal dan menakutkan dari sang adam sebegitu sudah jadi lumrah yang tidak dapat dielakkan. Kerana itu banyak berlaku kes rogol, kes cabul dan seumpamanya! Jangan cerita, even satu ketika dulu aku pernah melihat satu cubaan meraba di dalam KTM di kuala lumpur. Mungkinkah bumi ini sudah tidak selamat lagi untuk didiami oleh kaum wanita?


Jangan pandang enteng hal ini. Wahai hawa, jagalah diri dan pakaian kita agar kita tidak merangsang gelojak nafsu lelaki-lelaki disekeliling kita. Kalau dia tidak dapat kita, dia akan membahayakan hawa-hawa yang lain. Kerana itulah turunnya perintah menutup aurat dan menjaga maruah. Untuk menjaga dan melindungi kita. Allah sayang pada kita. Allah tidak mahu kita binasa. Lagipun, jangan kita asyik menyalahkan sang adam kerana tidak dapat mengawal nafsu serakah mereka. Tanya diri kita, adakah kita penyebabnya?


Rasulullah saw bersabda:

"Dua kelompok dari penduduk neraka yang aku belum melihatnya, (kelompok pertama) yaitu wanita yang berpakaian (pada hakikatnya) ia telanjang, merayu-¬rayu dan menggoda, kepala mereka seperti punuk onta (melenggak-lenggok, membesarkan konde), mereka tidak masuk surga dan tidak mendapatkan baunya. Dan (kelompok kedua) yaitu laki-laki yang bersamanya cemeti seperti ekor sapi yang dengannya manusia saling memukul-mukul sesama hamba Allah. "(HR. Muslim)


Pada yang lelaki pula, selain menundukkan pandangan, anda juga punya peranan. Pastikan isteri, anak, adik, kakak kita tidak direnung dengan renungan beracun sebegini. Pastikan aurat mereka terjaga rapi. Ingat, menjaga seorang anak perempuan, lebih payah dari menjaga sekandang lembu. Payah, namun ini hakikatnya.


Bagi aku, perempuan ni sangat cantik. Rambut cantik, kulit cantik, setiap inci tubuh mereka cantik. Allah cipta wanita ni terlalu cantik. Sebab tulah sekaya atau selengkap manapun seorang lelaki, wanita juga yang mereka mahukan. Sealim ulama mana pun lelaki itu, iman mereka bisa digegar hawa. Susah, payah, kadangkala bagi aku menakutkan, tapi inilah kehidupan.


..."Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Surah Al-Ahzab 33: Ayat ke-59)


Wahai hawa, gunakan perisai hijab untuk melindungi kecantikan kita dari diratah mata-mata yang tidak berhak. Dunia ini bahaya. Perintah aurat diturunkan bukanlah untuk menindas kita, tapi untuk mengangkat darjat kita. Barang yang cantik berharga letaknya di dalam bekas yang bertutup rapi, bukan yang terdedah dihurung bahaya.


Pandangan lelaki penuh nafsu itu sumpah menakutkan! Ada gaya macam seekor harimau hendak menerkam mangsanya. Jangan jadikan diri kita mangsa. Ya Allah, ingatkan kami kepada apa yang kami lupa, ajarkan kami kepada apa yang kami tidak tahu. Jauhkan kami dari tipu daya dunia yang membinasakan!



Sunday, March 17, 2013

telah gugur beliau sebagai syahid. kita bila lagi?

Assalamualaikum.


Dah pukul 11 pagi. Buku dah ada depan mata. Muka surat pun dah diselak tersedia. Topik, peptic and duodenal ulcer. Aku hanya menunggu minda untuk hadir dan fokus. Tapi akal seolah belum bersedia untuk membaca. Faham, Jemari ingin menulis. Digerakkan ilham dari DIA.


Dua hari lepas ruang facebook ku dihujani sebuah berita yang mengejutkan lagi menyedihkan. Seorang dari rakan seperjuangan kami telah pulang ke rahmatullah. Berita kematian selalunya bagai terbiasa bagi kami, apatah lagi apabila memasuki dunia perubatan. Kami lihat manusia datang dan pergi dari dunia ini setiap hari. Tetapi pemergian sahabat ini luar biasa. Bagi semua yang mengenalinya, gugurnya beliau sebagai syuhada.


Jujurnya aku tidak mengenali akhi ini. Namun newsfeedku semalam penuh dengan cerita dan kisah hidup beliau. Penuh dengan doa sahabiah mengiringi pemergian beliau. Subhanallah, ditunjukkan Allah betapa beliau pergi dalam kemuliaan dan penghormatan, biarpun meninggalkan dunia ini dalam usia hanya 24 tahun.


Kita selalu meminta dari Allah khusnul khatimah. Iaitu mati dalam kemuliaan. Mati dalam Islam. Tapi bukan semua orang akan dapat pengakhiran khusnul khatimah, melainkan dengan izinNya. Sahabat, tahu tak , aku sebenarnya merasa sungguh cemburu dengan akhi ini. Aku tidak mengenalinya namun aku rasa begitu cemburu. Mengapa? Kerana perginya beliau dalam khusnul khatimah. Beliau ditimpa kemalangan sebaik pulang dari program Shahadatul Haq, sebuah program dakwah. Kata seorang rakan, beliau merupakan salah seorang speaker untuk program tersebut. Subhanallah, jarang sekali dewasa ini aku dapat lihat rijal seangkatan seusiaku pulang dengan keadaan yang sungguh mulia. Beliau pulang dengan kejayaan syahid in sha Allah!


Satu perkara yang asyik berlegar di dalam fikiran aku bila Allah tunjukkan pada aku peristiwa ini. Aku lihat suatu gelombang semangat dari sahabat-sahabat beliau sebaik berita pemergian beliau dihebahkan di muka buku. Kesedihan menyelubungi sebentar, namun aku rasa dalam sedih itu, ada suatu kegembiraan dan kebanggaan yang tidak dapat digambarkan. Gembira perginya sahabat ini dalam keadaan cukup mulia. Dalam syahid! Maka suatu semangat ingin berlumba-lumba mengikut jejak akhi ini seolah dipaparkan dalam setiap bait status dan ucapan takziah buat beliau. Seolah inilah yang sebenar-benar mereka nak taip, "Akhi Iman, tunggu kami! Kami akan mengikut jejak langkahmu!" Bergegar-gegar semangat ini dalam setiap jiwa yang begitu merindui panggilan syahid itu!



Namun, apakah terasa gegarannya ini dalam hati yang berada dalam jasad kita? Cuba tanya hati kita? Terasakah kita getaran itu? Ataupun kita tidak pernah terfikir tentangnya. Kita rasa asing tentangnya. Kita selalu dengar perkataan SYAHID. Tapi kita tidak pernah sinonimkan diri kita dengan perkataan ini. Kita selalu membayangkan syahid itu hanya berlaku pada zaman Nabi dan sahabat. Syahid itu hanya berlaku dibumi bergolak Iraq, Iran, Palestin, Syria. Pernah tak kita rasa semangat jihad itu? Pada zaman sahabat, tahukah kita apakah impian terbesar mereka?


Mereka tak bina impian-impian duniawi macam kita. Mereka tak impikan rumah besar. Kereta besar. Harta bertimbun-timbun dalam akaun. Melancong sana -sini. Mereka tak impikan pangkat dan darjat tertinggi. Siang malam mereka hanya memohon satu perkara dari Allah. "Ya Allah, tolong berikan kami syahid. Tolong berikan kami syahid!" Mereka menangis-nangis di lantai sejadah mohon mati syahid. Setiap kali mereka keluar berperang memerangi kaum kuffar, tahukah kita mereka sebenarnya tidak mengimpikan untuk kembali ke pangkuan keluarga. Mereka sangat berharap mereka akan gugur di medan pertempuran sebagai syuhada!


Bagaimana dengan kita? Kita menangis-nangis dilantai sejadah minta degree, minta nak kaya, minta suami macho, isteri cantik, minta anak ramai, minta itu, minta ini. Pernahkah kita minta syahid? Dimana hilangnya nilai ini dalam diri kita? Dimana hilangnya semangat ini? Tidak rindukah kita kepada syahid. Pulang kepada Allah tanpa sebarang hisab. Pulang kepada Allah dalam keadaan suci bersih. Pulang terus terbang ke syurga indah yang telah tersedia. Apa yang kita asyik sangat dengan dunia ini? Sampai kita lupa tanggungjawab yang telah Allah berikan sepanjang melalui persinggahan dunia ini?


Ya, dunia memang melalaikan. Terutamanya aku. Mudah sangat leka. Aku sangat pathetic bila aku lalai dengan dunia yang dah tentu2 aku tahu sementara cuma. Lalai dengan duit yang banyak dalam akaun aku tu. Padahal tak sedar diri duit tu pun duit MARA, duit amanah rakyat. Lalai dengan beg tangan, baju, purse, kasut. Maklumlah, duduk oversea, makin bertambah meroyanlah bershopping. Murah katanya. Lalai dengan sempurnanya keluarga dan harta. Lalai dengan so called high education, maklumlah, belajar negara omputih! Lalai dengan cinta manusia. Lalai dengan semuanya!!!


Terutamanya, lalai dengan usia muda. Lalai dengan so called 'keremajaan'. Aku rasa aku masih muda dan ini belum masanya untuk aku bermati-matian memperjuangkan amanah-amanah yang telah aku ambil dariNya pada hari aku dilahirkan ke dunia. Sampai sebenarnya aku terlupa yang kematian tidak mengenali usia. Hello??? Allah dah tunjuk banyak kali. Lihat akhi Iman, perginya dalam usia 24 tahun, lebih muda dari aku. Maka apa jaminannya yang aku tak akan mati esok, lusa, tulat atau pada saat selepas ini? Apa jaminan kita?


Tiada apa yang lebih menyedihkan sebenarnya melainkan mendengar seseorang yang sudah tahu hukum hakam agama, tahu ini haram dan itu tidak boleh, tapi masih berkata, "Kami belum bersedia." " Nantilah, mungkin bukan sekarang." Nantilah, belum dapat hidayah."


Sahabat, banyak kali sangat Allah mentioned dalam al-quran.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11


"Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (QS al-Jumu’ah, 62:8)


Mati tak boleh tunggu kita nak berubah. Belum bersedia? Itu bukan alasan. Ini baru bercakap pasal nak merubah diri. Belum lagi bercakap tentang tanggungjawab dakwah. Peranan ibadah dan khilafah. Hai, jangan terlalu jauh ketinggalan sahabat! Jangan terlalu jauh kelalaian menyesatkan kita!


Sebelum akhi Iman pulang ke rahmatullah, inilah kata-kata beliau kepada murabbinya;

"Dakwah dan tarbiyah adalah nadiku. mana mungkin aku hidup tanpanya."


Beliau seusia kita. Tetapi lihatlah betapa kefahaman dan keinginan jihad telah jauh membezakan diri kita jauh dari dia. Dia telah syahid, kita bila lagi? Nak tunggu tua? Itupun kalau sempat merasa usia tualah!


Ayuh sahabat! Hidup bukan sekadar diri dan keluarga. Hidup bukan sekadar satu pusingan waktu yang tidak bermanfaat dan cliche'. Bayi > kanak2 > remaja > dewasa > tua > mati. Hidup bukan sekadar itu. Mari kita beri makna kepada kehidupan kita.


Berjihadlah. Jihad datang dalam berbagai cara. Berbaktilah, bakti hadir dalam berbagai usaha. Dakwah dan tarbiyah bukan sekadar terjadi dalam usrah, ceramah dan program agama yang disampaikan oleh uztaz bertauliah. Setiap kata-kata yang diucap dan ditulis juga merupakan dakwah dan tarbiyah. Setiap nasihat dan teladan yang baik merupakan dakwah.



Wahai diri. Wahai aku. Ya, terutamanya aku. Dan wahai sahabat. Kita masih diberi waktu, berubahlah. Ya Allah, ingatkan kami kepada apa yang kami lupa. Ajarkan kami kepada apa yang kami tidak tahu.

p/s : aku bukan siapa-siapa Ya Allah. Bukan wanita semulia siti khadijah, fatimah dan aishah. Namun, matikan aku, keluarga, sahabat dan umat islam seluruhnya dalam khusnul khatimah. Seperti akhi Iman. Al fatihah.