... I am A restless brain ...

Friday, December 9, 2011

...sebuah IMPIAN ...yang sederhana..

Assalamualaikum wbt

fosterbrook neighbourhood, 11.38 pm

Malam makin lanjut. Mataku masih belum layu, ia masih segar dan peka. Esok pagi aku harus kekelas meredah cuaca Dublin yang sangat2 tidak memberangsangkan. Angin kuat, langit mendung, dan hujan tidak henti-henti. Setiap hari kekelas, aku kuyup dan menggigil kesejukan. Cabaran..cabaran.. Tahun ni salji lambat turun, sudah hampir pertengahan bulan disember, masih belum jelas tanda2 kapas putih itu akan tiba.

Hati kacau. Tiba-tiba aku rasa serba tak kena.Cepat2 aku menutur kalimah syukur alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan yang telah Allah beri buat diriku yang serba khilaf lagi hina ini. Aku tidak mahu merungut atau mengeluh. Sesungguhnya apa yang telah Allah beri buat aku terlalu banyak sehingga aku berasa malu untuk meminta lebih. Malu kerana kurniaan dan nikmatNya terlalu banyak sekiranya nak dibandingkan dengan amal ibadah yang telah kuhadiahkan buatNya. Amal ibadahku yang penuh cacat cela dan serba kekurangan. Malu. Malu sungguh aku pada Nya.

Melayan perasaan tidak enak itu, cepat2 aku mencapai mathurat dan kubacanya. Dan sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang;

"Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) , maka sesungguhnya AKU DEKAT..Aku KABULKAN permohonan orang yang berdoa apabila DIA BERDOA KEPADAKU..Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran." (Albaqarah : 186)

Aku buka facebook. Di ruang home, aku terlihat sebuah video yang diposkan oleh salah seorang rakanku;



Ok. Filem Ombak Rindu dah keluar. Teringat aku masa zaman2 remaja aku dulu, aku pun cukup rajin baca novel-novel macam ni. Lebih-lebih lagi bila ibu pun suka sangat baca novel. Aku masih ingat, novel yang paling aku suka ialah novel Bicara Hati, nukilan Damya Hana. Suka sangat. Kisah dia pasal seorang lelaki dan wanita ni yang berkahwin kontrak dan akhirnya mereka jatuh cinta sepanjang tempoh perkahwinan mereka walhal mereka sudah berjanji ingin bercerai setelah kontrak tamat. Aku masih ingat jalan ceritanya satu persatu kerana dari novel itu, aku belajar tentang apa itu hubungan suami isteri dan bagaimana kita jatuh cinta. Seingat aku, masa tu aku memang sangat bodoh bab bercinta ni. Time kecil2 masa aku jadi perwakilan pelajar, aku ni garang, dan aku pun tak cantik mana. Siapalah yang mahu huhu Tapi apa yang aku amat pasti, satu hari nanti, aku juga akan temui jodoh aku, kerana aku tahu, Allah telah tulis segalanya untuk aku. Tapi jangan ceritalah kan, aku ni memang budak kuat berangan, selalulah aku berangan2 kalau2 pertemuan aku dan jodoh aku tu nanti ada ala2 cinta macam dalam novel Bicara Hati ni, pertemuan yang tidak dirancang, berkahwin dan jatuh cinta setelah perkahwinan itu. Indahnya. Manisnya.Tapi itu hanya angan-angan. Realitinya terlalu jauh berbeza.

Aku pernah baca novel Ombak Rindu ni sebab aku masih ingat kisahnya. Tapi kisahnya memang sedih sebab pada awalnya yang hero tu layan heroinnya dengan sangat buruk dan mereka jatuh cinta selepas berkahwin. Tapi aku tak nak kupas tentang ombak rindu ni dalam entry aku kali ini.Aku pun tak tengok lagi filem ni. Tapi apa yang lebih menarik perhatian aku tentang video tadi ialah, kehidupan Maya Karin dan Lisa Surihani sebagai artis popular disanjungi dan diminati ramai.

Kadang2 aku tertanya2, seronok ke jadi artis? Seronoklah kot sebab pertama artis ni cantik. Pastu dapat peluang solek2 and pakai baju cantik2. Fitrah perempuan memang suka nampak cantik, apatah lagi jadi perhatian. Bukan macam aku ni, buta fesyen. Nak bersolek, memang nak sapu celak pun aku tak reti. Malu gakla ngan kawan2 sebab tak pandai nak berhias2. Pakaian aku pun simple je pergi kelas. Memang konfemlah takde sape nak pandang aku ni hihi Family aku kata, belajar je kat oversea, bila balik malaysia, camtu je pakaian aku. Aaaaahh aku tak kisah, asalkan aku selesa dan aurat aku dijaga.

Sambung balik pasal artis tadi. Cantik. Yang kedua diminati ramai, dipuja, dirindu, disokong..semua semualah..Contoh macam lisa surihani tu kan, facebook die saja da dekat 2 juta orang like. Siapa yang tak nak disukai kan? Setiap pergerakan, percakapan semua orang nilai dan puji. Pendek kata rasa macam PRINCESS zaman dulu kala tu. Jadi pujaan setiap rakyat. Pastu popular pula tu kan. Sebab itu no wonderlah kan kalau ade audition akademi fantasia ke, mentor ke, gadis melayu ke, berduyun-duyun masyarakat kita akan pergi. Semua nak jadi artis, selebiriti, orang kata terjun ke dunia artis. Sebab dalam dunia artis, dari segi materealistik memang menjanjikan syurga dunia. Yang tak cantik jadi cantik. Yang tak kaya jadi kaya raya.

Aku ni pula, memang susah la nak suka artis. Kat rumah aku dikawasan ampang sana, memang selalu sangatlah jumpa artis2 ni sebab ramai yang duduk situ. Tapi aku masih rasa kenapa aku kena minat kat mereka ni? Kadang2 aku pelik, kenapa kita lagi ghairah dengan gosip2 artis, daripada kita ghairah dengan perkembangan ilmu pendidikan, ceramah2 agama, isu2 semasa. Aku selalu tanya ibu, kenapa sekarang kerajaan pilih duta2 pembangunan modal insan semua dari kalangan artis, bukan dari kalangan ilmuwan dan ulama. Kenapa mesti artis? Bila jadi duta, mestilah duta itu akan memberikan contoh dan mesej atas apa yang sedang dipromosikan. Aku tak nafikan artis bukan tak baik, mereka ada yang baik. Cuma aku rasa lebih molek jika kita mengetengahkan budaya ilmuwan dan unsur2 keimanan dalam promosi2 pembangunan modal insan. Kerana dengan ilmu dana agamalah antara elemen paling penting dalam usaha membentuk masyarakat yang lebih teguh dan kukuh.

Seronoklah agaknya kot jadi artis. Kalau tak seronok kenapa orang2 berlumba2 hantar gambar untuk menyertai pertandingan Dewi Remaja dan berusaha menyertai realiti2 TV. Tapi kan, I just think that budaya hedonism (hiburan) makin membuat masyarakat makin hanyut. Ye, hiburan tidak dilarang dalam Islam. Tapi ada batas dan peraturannya. Sebenarnya kan, budaya hedonisme yang paling dasyat kita boleh tengok dekat amerika syarikat. Orang paling kaya kat sana ialah golongan artis. Mereka sangat berpengaruh. Buatlah konsert banyak manapun, konfem laku sold out tiket. Rakyat Amerika sangat mengagungkan artis. Kalau dalam dunia modelling pun, nak berjaya jadi model, pergi amerika. Tak percaya lihat sahaja betapa berjayanya model2 Victoria Secret. Mereka sangat kaya dan berpengaruh. Sampai ada yang sanggup bunuh diri untuk artis. Di Eropah, budaya ilmu itu lebih unggul, sebab itulah dikatakan kebangkitan Islam itu akan bangkit di eropah.

Sahabat, hidup ini bukan sekadar untuk berhibur. Ye, aku tak nafikan seronok jadi maya karin, seronok jadi lisa surihani. Cantik, seksi, dipuja dan digilai ramai. Tapi bagi aku, tak mengapalah andai manusia tidak nampak aku, tidak rasa yang aku cantik, tidak rasa aku signifikan dalam hidup mereka. Yang penting ialah pandangan Allah, bukan pandangan manusia. Yang penting Allah REDHA. Yang penting aku mengikut jalan yang menuju ke syurga di akhirat sana.Tak mengapa jika mereka kata, aku tidak pandai bergaya, aku berselubung satu badan, tak menarik. Pakai beg sandang belakang macam budak sekolah rendah pergi kuliah diuniversiti. Kasut pun dah berbulan tidak bertukar. Aku bisa tarik perhatian hanya dengan jadi seksi macam artis2, kalau kena strateginya, boleh tarik perhatian kaum adam, sebab setiap wanita itu diciptakan cantik. Tapi..apa yang penting bagi aku,cukuplah hanya bakal teman hidup aku tahu betapa istimewanya aku. Lagipun, dilindungi semua ini hanya untuk yang berhak sahaja. Ia bukan untuk ditayang. Ia eksklusif hanya untuk nakhoda bahtera ku nanti. Istimewa, hanya untuk yang berhak.

Orang kata, dunia ialah syurga buat yang tidak beriman, dan kadangkala menjadi neraka buat yang bertaqwa. Kerana orang bertaqwa selalu diuji Tuhan. Sedih juga memikirkan, ramai yang makin hanyut mengejar syurga dunia yang tidak seberapa jika nak dibandingkan dengan syurga akhirat yang berjuta kali lebih nikmatnya. Hiburan. Hiburan. Hiburan. Kita hidup didunia ini, kita ada tanggungjawab dan peranan. Bukan sekadar nak bersuka ria. Kita ada tugas. Tugas sebagai khalifah, dan tugas untuk beribadah. Jangan lupa dua perkara itu.Kita tak boleh kata yang kita nak hidup macam ni je, enjoy life to the fullest. Kita tak tahu bila kita akan mati. Entah esok, entah lusa, entah kejap lagi. Hidup ini amanah. Nyawa ini pinjaman.

Memanglah ikut rasa, nak bersuka ria je. Berparty, berseronok. Lebih2 lagi sekarang kawan2 ramai yang dah ada gaji sendiri. Ada kereta sendiri. Life is wonderful. Tapi ingat, sudah selesaikah amanah2 yang harus kita jalankan? Mari kita muhasabah.

Bercakap tentang impian tadi. Kenapa aku letak tajuk entry ini impian yang sederhana. Sebab nak cerita impian aku ni pelik. Orang berlumba2 nak jadi kaya, berpangkat dan popular. Tapi impian aku pula, aku hanya mahukan hidup yang sederhana. Tidaklah miskin tidak berduit, duit itu penting, lebih2 lagi impian aku nak buka sekolah anak2 yatim, nak buka surau dan masjid atas nama ibu dan ayah. Nak bela adik2 PERNIM dan kanak2 yang terbuang yang lain. Dengan izinNya insyaAllah. Jadi duit itu penting dan aku kena cari duit.

Tapi, aku tak tau kenapa aku tak pernah rasa nak jadi macam artis tu yang cantik, seksi, popular. Impian aku, aku nak hidup sederhana bersama jodoh ku nanti, aku nak ada ramai anak, dan aku impikan kehidupan yang biasa. Yang biasa. Sebuah kehidupan, sebuah rumah yang sederhana tapi nyaman dan diberkati untuk aku membesarkan anak2 aku, menjaga kedua orang tuaku dan adik beradikku. Kadang2 rasa macam nak duduk dalam suasana kampung yang ada sawah padi, ada sungai, ada pantai..Subhanallah, aku tulis je aku dah boleh bayang seronoknya kalau aku sedang berjalan2 di pantai, mendengar desiran ombak dan menikmati angin yang menampar lembut pipi. Nak kata aku ni orang kampung, memang bukan sebab aku dilahirkan dan dibesarkan dalam kotaraya kuala lumpur. Entahlah. Mungkin kerana dipayungi langit luas dan dikelilingi ciptaan alam yang indah ini mendekatkan lagi aku kepadaNya..Aku tidak mahu seperti artis, yang kemana sahaja diekori. Aku enjoy berjalan tanpa make up yang tebalnya berinci2 dan tanpa baju2 branded, cukup sekadar hanya beraju t-shirt dan berseluar tracksuit kepasar2 malam, melihat pak cik dan mak cik disana berniaga mencari rezeki melihat keletah manusia berbagai ragam. Itu semua buat aku cukup terhibur dan bahagia.Itulah hiburan buat aku. Berjalan..Melihat..Berfikir..Cukup buat aku bahagia.

Namun hidup, tidak semudah itu. Hidup ada tugas. Tugas pada Allah, RasulNya, agama, keluarga dan masyarakat. Aku harap sebaik aku pulang ke Malaysia, dapat aku bina mahligai impianku yang sederhana itu. Ia tidak perlu banyak modal kewangan atau material. Impian aku itu boleh dibina dengan kasih sayang , cinta, tanggungjawab dan ya, sedikit modal wang. Bagi aku, aku tidak perlu wang berjuta, aku mahu ketenangan kasih sayang dari orang yang tercinta. Dalam sebuah dunia kecil yang sederhana. Ya, SEDERHANA.

Aku akan belajar bersungguh2, kerana ilmu adalah kunci untuk merealisasikan impian. Sebelum aku nak tolong orang, aku kena tolong diri aku, mantapkan diri. Aku mahu sesuatu yang bukan hanya dapat memantapkan diri aku sahaja, tapi aku mahu sesuatu yang dapat diberi pada orang lain juga. Jadi aku tidak boleh hanyut, aku harus punya wawasan. Aku ingin jadi orang yang bermanfaat pada orang lain. Semoga impianku yang sederhana itu akan dapat direalisasikan.

"Bekerjalah bagai kita hidup seribu tahun lagi.
Beribadahlah bagai kita mati pada esok hari"

Thursday, December 8, 2011

DOCTOR.. can never play God~~

Assalamualaikum wbt..

Fosterbrook neighbourhood, 5.05 pm..

Lama rasanya aku tidak menulis. Nak kata sibuk tidaklah juga. Tapi, jari jemari biasanya hanya gatal nak menulis sekiranya ada suatu isu yang berlegar2 dan merunsingkan minda dan hati. Hari ini, terasa pula nak mengisi blog yang sunyi tanpa sebarang entry ni..

Sudah 2 minggu aku sedang buat short module yang diberi nama "Forensic and Law Medicine". Hmmmm pada awalnya aku rasa module ini agak sedikit pening dan complicated, yela mana tidaknya dari 12 minggu hectic hospital dan clinics, kami beralih pula mempelajari law, ethics, constitution, litigation and so on dalam kelas kuliah di universiti. In a way aku rasa bahagia sangat sebenarnye dapat keluar seketika dr hospital dan kembali kekelas-kelas kuliah. Sekurang2nya tak adalah aku kena bangun seawal 630 pagi ke operation theatre dan tekejar2 catch up team untuk ward round...(^_^)




Pada hari pertama module ini, aku memang rasa mengantuk dan tak tahan sangat nak fokus dalam kelas, sebab bahasa2 law ni kadang2 aku memang susah nak faham. Nak2 pulak law negara barat. Kadang2 aku ngan member2 malaysia yang lain memang kena ulang baca satu sentence tu berulang2 kali untuk faham maksud sebenar ayat tu.Ok contoh ayat die kan camni;

Regarding medical negligence..

"The true test for establishing negligence in diagnosis or treatment on the part of a medical practitioner is whether he has been proved to be guilty of such failure as no medical practitioner of equal specialist or general status and skill would be guilty of if acting with ordinary care."

ATAU..ayat ni sampai skrg pun tak faham..(O_o)

"If there is an issue of fact, the determination of which is necessary for the decision as to whether a particular medical practice is or is not general and approved within the meaning of these principles, that issue must in a trial held with a jury be left to the determination of the jury."


Aku ingat lagi time aku study ngan ida, aku baca aku faham lain, ida baca die faham lain. Teringat aku satu babak dalam filem pendekar bujang lapok;



Namun lama kelamaan module ini jadi makin lama jadi makin menarik dan aku mula tidak senang duduk dalam kelas apabila isu-isu kurang sedap di dengar mula makin hebat diutarakan. Terutamanya isu medical negligence dan banyak lagi2 isu2 'kemanusiaan' yang kedengaran 'kejam' di telingaku. Ada satu kelas tu belajar tentang THANATOLOGY, yang bermaksud study of death, maka banyaklah gambar2 mayat disembelih, dirogol, dibakar, putus kepala, berulat dan segala rupa bentuk mayat yang ngeri dan menakutkan ditayang satu persatu didalam kelas. Memang tak sanggup nak tengok pun ada tapi nak buat macammana, itulah gamaknya the patients will present in the A&E. nak2 lagi kalau orang yang mati dalam road traffic accident. Itulah realiti sebenar dunia perubatan yang bakal aku tempuh tidak lama lagi dari sekarang. Suka atau tidak, nak atau tak nak, kena tempuh juga. Kuatkah aku ni? Actually module ini buat aku takut nak jadi doktor!! Tiba2 rasa nak ubah profession jadi cikgu pulak macam ibu, abes keje awal, petang2 bole duk tengok sinetron haha





Tapi minat dan passion yang sudah aku miliki terhadap dunia perubatan memang tak boleh nak dibuang. Aku tahu aku ada tanggungjawab yang sangat besar sebaik aku memilih untuk menceburi dunia perubatan dan sebagai seorang bakal doktor, dan ia bukan untuk diriku semata2. Demi menunaikan hasrat ibu dan ayah, dan azam untuk menjadi seorang doktor muslimah yang dapat menabur bakti kepada agama dan masyarakat. Nak jadi seorang doktor yang baik, bukan setakat kena power ilmu2 medic, khatam oxford handbook tu. Tapi ilmu agama dan fiqh perubatan kena mantap. Seorang doktor yang bagus bukan setakat boleh sembuhkan kesihatan fizikal pesakit saje, tetapi seorang doktor juga perlu merawat dan menyembuhkan rohani pesakit. Sebab suatu jasad tanpa rohani yang cantik dan aqidah yang kukuh selalunya mempunyai banyak attitude yang negatif, dan this negativity ni biasenye bole mengundang banyak penyakit.

And one thing that we should remember is, a doctor can never play God. They are not God that can grant u health. Kesihatan itu Allah yang pegang dan doktor hanyalah perantaraan. Jadi betulkan nawaitu kita setiap kali kita mahu ke klinik berjumpa doktor. Kepercayaan pertama yang perlu dipegang ialah pintalah kesihatan dan kesejahteraan dari Allah. Sebelum makan ubat, niatkan makan ubat kerana Allah, kita sihat bukan kerana ubat tu tapi kerana Allah yang menyembuhkan.

Dalam module ni aku banyak belajar yang dalam dunia kedoktoran, ada banyak isu yang sangat meruntun hati dan mencabar prinsip diri, menguji sifat kemanusiaan yang kita miliki.

Aku bagi contoh satu kes yang aku dengar di dalam kelas tadi yang sangat2 menyentuh hatiku;

Seorang wanita yang menghidapi HIV sejak 5 tahun lalu, dan dia tahu yang dia menghidapi HIV. Dia miliki seorang anak kecil dan nasib baik anak pertamanya tidak dijangkiti HIV. Dan wanita ini sekarang mengandung 35 minggu anak keduanya dengan 'partner' yang berlainan. Yang menjadi masalahnya ialah, walaupun wanita ini tahu yang dia menghidapi HIV, dia tidak mengambil langkah berjaga2 dengan mengambil anti viral seawal dia mengandung walhal dia tahu yang dia seharusnya melakukan sedemikian. Doktor yang bertanggungjawab merawat dan memantau kandungan wanita ini menyarankan dan menasihati wanita ini yang beliau harus melahirkan anak dengan kaedah caesarian section kerana jika dia memilih vaginal delivery, HIV transmission can be as high as 25 %. Dan risiko untuk dia memindahkan jangkitan maut HIV kepada anaknya adalah sangat tinggi!

Namun wanita ini tidak mahu caeserian section dan berkata that the procedure is a violation to her body. Dan as a doctor, menurut apa yang lecturer aku cakaplah, we cant force her to undergo a procedure that she dont want to consent to. Kes ni dibawa ke court, and this woman menang. In addition her partner didnt know that she is having HIV all this while and he was already exposed to it, the evidence is; she was pregnant with his child. Her excuse was, she afraid this guy will leave her. (Is it just me found this statement as kind of selfish?) Dan sebagai seorang doctor yang harus pegang kepada principles of autonomy and confidentiality, doktor tak boleh suke2 je disclose her HIV status. Even mase wanita ni wanted to give birth pun still dia menolak caesarian section dan pada waktu itu her partner tertanya2 kat doktor kenapa she needed to have caeserian section. What should the doctor answer? Explaining the truth?

In the end, her baby was born with HIV positive. Dan akhirnya her partner tahu jugak perkara sebenar dan tinggalkan wanita ini.




If I wanted to put myself in her doctor's shoe, memanglah aku rasa tindakan wanita ni memang tak patut. Ada 2 benda yang aku rasa frust dengan wanita ni. Pertama dia berlaku zalim kepada anak yang dikandungnya. Yang kedua kepada partner dia. Yes as a doctor, memang kena berpegang kepada etika confidentiality that held our patient's full trust. Tapi adakah aku patut membiarkan wanita ini menzalimi anak dan partnernya yang tak berdosa tu dengan menyebarkan virus HIV hanya kerana wanita ini tak mahu ditinggalkan? Itu yang aku katakan kalau nak ikutkan prinsip yang dipegang, memang aku tak boleh bersetuju langsung dengan tindakan wanita ini tapi dalam profesion perubatan, sebagai doktor kita kena berpegang pada prinsip confidentiality. Tapi aku tak sure la bagaiman isu sebegini works in malaysia. Tapi sebagai seorang doktor nanti selagi aku mampu aku akan cuba mempertahankan nasib anak yang dikandung wanita itu. Aku nak je cakap kat wanita ni kenapa kau terlalu selfish? Kau tak sayang ke anak yang kau kandung tu? Apa dosa dia? Hanya kerana kau takut lelaki tu tinggalkan kau, kau sanggup pertaruhkan nyawa dan masa depan zuriat yang bernafas dalam rahim kau? (aku da start emotional). In the end, still, he definitely will leave u..

Entah kenapa bila my lecturer end up the story with the child was born with HIV positive, air mata aku mengalir. Aku teringat PERNIM (pusat perlindungan HIV dicheras) dan adik2 aku disana. Sejak aku pulang ke dublin aku jarang benar dengar khabar adik2. Teringat aku tahun lepas saat aku melawat ke Pernim, Nurin, salah seorang adikku sedang azab meniti saat2 terakhir kehidupannya di mana HIV yang dihidapinya sudah sampai ke end stage. Saat aku tiba, mama (pengasas PERNIM) sedang memangku Nurin yang sudah tenat. Apabila mama melihat kedatanganku, mama menangis sambil memeluk aku, sambil berbisik perlahan ketelingaku, "Nurin sudah mahu pergi.."

Aku masih ingat ketika itu aku dan amir memangku Nurin dan menyuapkan air ke dalam mulut Nurin yang dipenuhi ulcers kerana opportunistic infections due to HIV. Walaupun Nurin tak dapat bercakap, tapi kami tahu azab Nurin yang menanggung kesakitan. Seksa. Sangat seksa meniti saat2 akhir kehidupan kerana virus HIV. Dan keesokan harinya mama menelefon aku dan amir, memberitahu yang Nurin telah kembali kerahmatullah.. Kakak doakan roh Nurin tenang disana..

Kerana itu aku tidak mahu melihat anak wanita dalam kes tadi lahir bersama HIV. Kenapa terlalu kejam wanita itu tidak mahu memikirkan anak2 ini? Apa dosa anak2 ini? Apa dosa mereka? Mengapa mereka harus menderita menanggung natijah kesilapan ibu bapa mereka? Kenapa kita terlalu mahu mementingkan diri? Dahlah anak2 ini lahir bersama HIV lantaran kesilapan ibu bapa mereka, mereka dibuang pula dan disisih masyarakat! Kenapa?

Aku perlu belajar bersungguh2 untuk menjadi seorang doktor perubatan. Aku perlu jadi doktor, perlu ada kepakaran kerana salah satu misi utama aku ialah aku mahu membela adik2 ku di pernim yang memerlukan aku. Kalau boleh aku tak mahu benarkan kes wanita tadi berulang semula. Jikalau pun ia berulang, aku mahu nasib anak2 ini terbela.

Benar, etika dalam perubatan sangat penting. Tapi penyakit masyarakat juga perlu disembuhkan. Ya Allah berikan aku dan rakan2 seperjuanganku kekuatan untuk menjadi doktor muslimin muslimat yang soleh solehah, yang bukan sahaja berupaya mengubati fizikal pesakit, tetapi juga mengubati rohani mereka, dan dapat mendekatkan kami kepadaMu ya Allah..

Tuesday, November 29, 2011

Kau bukan suamiku 2..(Antara istana dan syurga,aku pilih syurga)

Assalamualaikum..

Fosterbrook neighbourhood, 7.40 malam.

SAMBUNGAN kepada ; Kau bukan suamiku 1..(Antara cinta dan taqwa,aku pilih taqwa).

Seperti yang aku janjikan dalam entry sebelum ini, aku hanya ingin menitipkan mengapa cinta-cinta zaman kini banyaknya menuju kehancuran masyarakat..Cinta yang seharusnya menjadi damai dan aman telah menjadi racun..

Sebelum jari jemari ini menari dengan lebih ligat di atas papan kekunci ini, ingin aku nyatakan apa sahaja yang aku coretkan di dalam entry ini hanyalah pendapat peribadiku berdasarkan apa yang telah aku lihat dan pengalaman peribadiku yang tidak seberapa. Aku insan yang tidak lekang dari dosa dan penuh kelemahan. Namun aku rasa sudah menjadi tanggungjawab setiap dari kita untuk saling berkongsi dan memperingatkan insyaAllah, dengan izin dariNya jua..


Aku suka benar kepada lagu nasyid ini, "Kerana cinta". Bait-bait rangkapnya, sungguh mengusik perasaan.



"Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan fitrah insani, dan dimana, terciptanya cinta disitu rindu bermula..."

Tapi kenapa zaman kini terlalu banyak cinta manusia yang terlalu pelik dan luar biasa, melampaui batas yang sepatutnya? Aku sedang menetap di bumi Dublin. Sudah empat tahun aku hidup di perantauan, sudah masak benar aku dengan kerenah mat saleh dan gaya hidup mereka. Apakah erti cinta untuk mereka, aku kurang pasti. Apabila aku bercerita tentang cinta seorang muslimah dalam Islam itu hanya untuk lelaki bergelar suami, mereka gelakkan aku. Masing2 mereka kebanyakannya pernah tidur bersama kekasih hati mereka. Bila aku bertanya adakah kekasih mereka itu adalah bakal teman hidup mereka, mereka kata, tengoklah dulu..aiyooo...Seks bebas tanpa nikah sangat berleluasa. Setiap hari aku terjebak melakukan dosa mata dek kerana pakaian mereka yang terlalu seksi, menggoncang iman setiap yang memandang. Jika aku sudah begini apatah lagi kaum adam yang menuntut disini. Hanya iman sahajalah yang mampu menjadi benteng yang memelihara mereka dari mendekati zina. Tidak cukup dengan itu, ketika aku berada didalam bas atau kapal terbang boleh pula pasangan2 kekasih mat saleh ini bercumbu-cumbuan dan berasmaradana dikhalayak ramai.Tanpa segan silu atau rasa malu. Lebih-lebih lagi aku tidak lama lagi insyaAllah dengan izin Allah akan bergelar doktor. Setelah masuk clinical aku selalu juga terpaksa melihat aurat orang lain sewaktu surgery ataupun pemeriksaan diklinik. Benar2 menduga keimanan sebagai muslim. Apatah lagi ramai antara kami yang masih belum berumahtangga.

Tidak payah jauh-jauh kebumi barat, Malaysia juga sedang dengan semangatnya ingin menyaingi dunia barat dalam hal ini. Pakaian masyarakat Malaysia pun sudah tidak jauh beza dengan dengan gadis2 mat saleh. Seronok benar kaum-kaum adam menjamu mata melihat kulit putih bersih sang hawa sambil mula membayangkan fantasi yang jahat. Dari itu timbullah nafsu serakah yang banyak menggadai maruah gadis-gadis muda antara kita. Semuanya dikatakan kerana cinta..Cinta..Cinta..Ya Allah, jauh sungguh kami dari agamaMu..

Salah siapa semua ini berlaku.. Salah siapa peningkatan seks luar nikah semakin naik mendadak.. Salah siapa ramai anak-anak muda tanpa segan silu menjadi pembunuh bayi yang mereka sendiri lahirkan.. Salah siapa seks bebas bukan lagi menjadi perkara luar biasa di Malaysia.. Salah siapa?

Seperti aku katakan, aku pernah merasai bagaimana rasanya dicintai. Sungguh rasanya begitu manis, sehinggakan sekiranya benteng diri tidak cukup kuat, cinta ini mampu mengheret kita kekancah dosa. Ia mengkhayalkan dan melalaikan. Jadi berhati-hatilah apabila kita jatuh cinta. Cinta yang sejati hanya lah cinta yang halal yakni selepas perkahwinan, cinta buat lelaki bergelar suami. Jangan mudah menyerahkan mahkota paling berharga itu demi memenuhi hasrat lelaki yang tidak benar-benar menyayangi kita..

Ketahuilah bahawa apa yang telah berlaku hari ini adalah salah setiap seorang dari kita. Apabila manusia tidak lagi berpegang pada hukum hakam Allah, kerana itulah manusia semakin jauh dari jalan yang sepatutnya. Aku tidak menyalahkan remaja-remaja ini seratus peratus. Aku percaya mereka juga sebenarnya tidak mahu diri mereka jadi begitu. Jadi setiap dari kita seharusnya buka minda dan fikirkan semula mengapa semua ini terjadi. Berhentilah menyalahkan orang lain dan berhentilah menjadi self-centered. Ini bukan masalah individu itu sahaja, ini masalah ummah.

Yang pertama, masalah keruncingan sosial dewasa ini adalah kerana runtuhnya institusi kekeluargaan. Teringat aku kata-kata Nouman Ali Khan, seorang pendakwah bebas dari United States. Katanya, institusi kekeluargaan sangat penting untuk melahirkan seuah masyarakat yang unggul. Kerna itulah wahai sahabatku yang dikasihi. InsyaAllah sekiranya sudah tiba masa untuk para sahabat memilih teman hidup, pilihlah mereka kerana agamanya. Kerana ingatlah, pasangan anda itu akan menjadi ayah atau ibu kepada anak-anak yang bakal dilahirkan. Pilihlah seorang ibu yang dapat melahirkan putera dan puteri yang bakal mewarisi perjuangan Islam. Yang dapat menyayangi dan mendidik anak-anak dengan sebaiknya, mendidik akhlak mereka, mendidik sahsiah dan peribadi yang mulia.. Remaja yang terlanjur atau yang bermasalah biasanya datang dari broken family, atau keluarga yang terlalu sibuk bekerja. Apabila mereka kurang kasih sayang dari keluarga, mereka akan mencari kasih sayang di luar rumah. Cinta itu fitrah, diperlukan oleh setiap manusia. Dari situlah lahirnya cinta-cinta sehingga tersilap langkah. Bagiku, mereka tersilap langkah bukan salah mereka sepenuhnya. Seharusnya mereka itu dijaga dan dipantau oleh keluarga yang sepatutnya membimbing mereka kearah yang benar.. Mereka terabai..Mereka kurang panduan..

Yang kedua ialah kerana masyarakat kita hari ini tidak lagi berpegang kepada ajaran Islam. Sesetengah dari kita hari ini lebih suka mengikut cara barat berbanding nilai-nilai yang diterapkan dalam Islam. Lihat saja cerita-cerita di televisyen, pelakonnya kini sudah mengalahkan pelakon barat dalam berpakaian. Sesungguhnya itulah imej masyarakat kerana kita tidak lagi peduli bagaimana mereka hendak berpakaian dan berfesyen. Seterusnya ia terus menjadi trend dan ikutan anak-anak muda. Malah ramai antara kita sudah tidak kisah bagaimana anak, adik, kakak atau kawan2 kita berpakaian. Imej kini makin seksi dan seksi. Seterusnya berlaku cinta pandang pertama pasangan kekasih. Sang adam tidak mampu melawan godaan yang secara terang2an dan berleluasa. Maka ramailah yang tersalah langkah. Berlakulah cinta menggadai maruah..

Yang ketiga ialah mentaliti adat dan budaya telah mengalahkan hukum hakam Islam dalam masyarakat. Lelaki tertarik kepada perempuan dan perempuan tertarik kepada lelaki adalah fitrah. Manusia sememangnya diciptakan berpasangan, malah ini disebut didalam Al-Quran. Perkahwinan ialah sesuatu yang sangat dituntut dalam Islam. Apabila seorang lelaki atau wanita itu telah mencapai umur yang sesuai dan telah timbul rasa cinta antara mereka maka kahwinkanlah mereka. Masalahnya ialah adat budaya dan mentaliti masyarakat kini telah menjadikan perkahwinan itu satu perkara paling sukar untuk direalisasikan. Adat dan tradisi lebih penting. Yakni; untuk mengadakan majlis perkahwinan, yang lelaki itu mesti berduit, paling kurang pun dua puluh ribu untuk majlis walimah. Tidak cukup dengan itu mesti dah ada rumah, dah ada kereta, kerja yang tetap. Aku tak nafikan memang semua ini difikirkan ibu bapa supaya anak mereka yang berkahwin itu dapat hidup selesa selepas berkahwin. Tetapi sebenarnya konsep perkahwinan itu telah disalah ertikan. Sang pengantin akan berhabis berpuluh ribu dan berhutang sana sini untuk majlis perkahwinan besar-besaran, menjadi papa kedana selepas berkahwin. Walhal tujuan sebenar perkahwinan itu telah diabaikan, yakni memurnikan dan menghalalkan perhubungan dua orang insan dan menyelamatkan mereka dari berada di kancah dosa dengan lebih lama. Sebab itu sekali lagi aku tidak menyalahkan seratus peratus insan-insan yang telah tersilap langkah sebelum berkahwin. Mungkin mereka mahu sahaja berkahwin tetapi mereka tidak mampu kerana perkahwinan itu telah menjadi hampir mustahil bagi mereka terutamanya buat yang miskin dan tidak berharta. Bagi aku juga, aku tidak mengimpikan perkahwinan yang gah dan menjadi wedding of the year, kerana berkat dan indahnya sebuah walimah itu terletak pada kesederhanaan dan nawaitu kedua pasangan tersebut, yakni bersatu dalam keredhaan Allah. Sesungguhnya itu yang aku cari. Aku kejar bukan istana dari harta berjuta yang bakal suami aku mampu carikan, tapi aku mengejar syurga. Dan syurga itu terletak pada keredhaan Allah swt.

Aku telah merantau ke Mesir dan fenomena sama berlaku disana. Di mesir sekiranya seorang lelaki ingin meminang seseorang wanita mereka mesti mempunyai duit yang banyak. Dress perkahwinan mereka sahaja sudah mengjangkau ribuan ghinih (currency mereka tak tahu macam mana nak eja hihi). Dan pihak lelaki itu mest membelikan
mertua mereka peti sejuk dan perabot-perabot rumah dan akan mereka berarak bersama barang-barang ini di hari perkahwinan mereka. Tapi kebanyakan pemuda mesir ini miskin. Populasi penduduk Cairo sahaja sudah mencapai jutaan penduduk. Mereka tinggal hanya dibalik bangunan-bangunan usang. Sewaktu aku berjalan di Taman Al-Azhar di Mesir aku lihat banyak pasangan kekasih, berjalan intim dan mesra. Mushrif yang mengikuti kami kata kesian pada mereka, perkahwinan telah menjadi hampir mustahil buat mereka kerana kebanyakan mereka miskin dan tidak mampu memiliki gadis-gadis yang mereka cintai, maka berlakulah banyak kemaksiatan. Dan gadis-gadis muda itu biasanya akan berkahwin denga lelaki-lelaki tua yang banyak wang. Adakah Malaysia juga sedang ingin cuba menjadi seperti Mesir dalam hal ini? Aku kurang pasti.

Dan kebanyakan masyarakat kita juga terlalu memandang kepada status kewangan dan profession. Sekali lagi aku tidak nafikan, mestilah kita dan ibu bapa kita mahu memilih pasangan yang mempunyai masa depan yang cerah. Tapi aku sedih apabila melihat ramai antara kita yang terpaksa berkahwin lambat hanya kerana terpaksa menunggu pasangan mereka mengumpul duit yang cukup. Dan sementara tahun-tahun mereka mencari wang ini, sekiranya benteng diri tidak cukup utuh, maka berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini sebelum berkahwin. Salah siapakah ini?

Perkahwinan bukan suatu beban. Ia suatu ibadah. Hayatilah firman Allah yang bermaksud: "Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)

Allah menyatakan disitu, sekiranya mereka MISKIN, Allah akan mengkayakan mereka dari rezekiNya. Itu janji Tuhan. Kita lebih tega melihat dua insan ini menanggung dosa lebih lama hanya kerana mereka tidak mampu mempunyai kewangan yang kukuh sehinggakan perkahwinan mereka terpaksa ditunda kerana kita mengambil kira pandangan manusia.

Sabda Baginda SAW bermaksud: "Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda: "Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak." (Riwayat Ahmad)

Kadang kala aku berasa cemburu kepada rakan-rakan yang Allah telah mempermudahkan jodoh mereka. Mereka kahwin dalam keadaan mereka berdua belum bekerja, tidak pun mempunyai kewangan yang besar hanya ala kadar, tapi alhamdulillah mereka berjaya diijabkabulkan dengan sokongan keluarga yang memahami konsep perkahwinan dalam Islam, yakni membersihkan hubungan anak mereka yang sudah bertemu pilihan hati. Supaya anak mereka boleh menyalurkan nafsu dalam cara yang halal dan menjauhkan anak mereka dari maksiat sebelum berkahwin. Dan ketahuilah, apabila kita bersatu dalam keadaan yang diredhaiNya, maka zuriat yang bakal dilahirkan itu akan menjadi zuriat yang soleh dan solehah. Alhamdulillah aku gembira bagi pihak mereka. Dan aku tidak putus-putus berdoa agar Allah menghadirkan buatku seorang pemuda yang bisa membahagiakan aku hingga ke akhir nyawa.

Satu lagi perkara yang membimbangkan aku apabila aku punya cinta sebelum berkahwin ialah, aku risau segala salah lakuku menyumbang dosa kepada kedua ibu bapaku. Aku selalu memohon doa kepada Tuhan agar mengampunkan dosa kedua ibu bapaku kerana ketahuilah hai sahabat, cinta tanpa perkahwinan akan menyumbang banyak dosa dalam catatan malaikat raqib, dan dosa-dosa yang kita lakukan ini mengalir terus kepada kedua ibu bapa kita juga. Aku cinta amat kedua ibu bapaku, aku tidak mahu mereka menanggung siksa di atas kesalahanku. Ya Allah ampunilah kami..

Sebelum aku berundur diri, aku ingin berkongsi cerita tentang contoh perkahwinan dalam Islam yang diredhai pada zaman Rasullullah pada seorang sahabat yang bernama Saad.

Saad seorang pemuda yang berkulit gelap dan tua. Pada suatu hari, beliau datang menemui Rasulullah menyatakan hasratnya yang beliau terlalu amat ingin mendirikan rumah tangga. Maka Rasululllah pun menulis sepucuk surat dan berkata kepada Saad, " Kau bawalah surat ini kepada sebuah keluarga yang tinggal didalam sebuah dusun dihujung kota. Berikah surat ini padanya"

Maka Saad pun pergilah memberikan surat ini kepada lelaki di rumah tersebut. Didalam surat itu, Rasullullah mencadangkan supaya lelaki itu mengahwinkan anak perempuannya yang solehah dan cantik dengan Saad. Bapa wanita itu agak keberatan melihatkan Saad yang hitam dan tua hendak dikahwinkan dengan anak gadisnya yang serba sempurna itu.

Maka bapa gadis itu menceritakan hal tersebut kepada anak gadisnya, maka dengan patuh dan redha, anak gadisnya bersetuju. Tetapi bapa gadis itu mencadangkan supaya gadis itu melihat dulu rupa Saad, supaya anak gadisnya berubah fikiran. Namun jawab gadis itu, " Saad telah dicadangkan oleh Rasullullah sendiri untukku maka aku tahu Saadlah lelaki terbaik untuk diriku.."

Maka bapa gadis itu akur dan berkata kepada Saad, " Kau sediakan mahar untuk anak gadisku sebanyak ini, dengan harapan Saad tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu.

Maka Saad berasa sedih kerana beliau sangat miskin lantas terus menemui Rasullullah. Maka Rasullullah pun berkata, "Jangan bersedih wahai Saad, kau pergilah menemui sahabat-sahabatku dan mintalah mereka sumbangan untuk menyediakan maharmu".

Maka Saad pun pergilah meminta kepada Saiyidina Abu Bakar, Sayidina Umar dan para sahabat yang lain sehingga cukup wang maharnya. Dengan hati yang gembira Saad menuju semula ke rumah gadis solehah tadi. Gembira bukan kepalang Saad dapat juga menunaikan hasratnya untuk berkahwin.

Dalam perjalanan menuju ke rumah tersebut, semboyan peperangan kedengaran memanggil pejuang-pejuang Islam ke medan peperangan. Langkah Saad terhenti. Beliau terus berfikir samada mahu kemedan perang atau ke rumah gadis tersebut. Akhirnya Saad membuat keputusan untuk membeli pedang dengan duit mahar tersebut dan terus menuju ke medan peperengan melupakan hasratnya untuk berkahwin.

Saad tewas sebagai syuhada dalam peperangan tersebut. Sebaik Rasullullah mendengar berita kematian Saad, pantas Rasullullah menuju ke medan peperangan tadi sambil menangis dengan kuat sehingga terkejut para sahabat yang lain melihat Rasulullah begitu. Apabila menjumpai mayat Saad, Rasullullah menangis. Tetapi tiba-tiba Rasullulah ketawa dan tidak lama selepas itu baginda memalingkan muka.

Para sahabat hairan melihat tingkah laku Rasullullah lalu bertanya kepada Rasullullah. Rasullulah berkata," Aku ketawa kerana aku gembira melihat roh Saad dikejar oleh ramai bidadari yang diturunkan dari syurga untuknya sebagai ganti perkahwinannya. Saad lari kerana beliau malu dikejar ramai bidadari. Dan aku berpaling kerana salah seorang bidadari yang mengejar Saad menyelak kainnya sewaktu mengejar Saad."

Begitulah tinggi sifat malu Rasullullah dan Saad. Dab besarnya ganjaran buat yang lebih mengejar cinta Allah berbanding cinta manusia.

Ya Allah, semoga kami sentiasa terus hidup berlandaskan keredhaanMu..

Kerana antara istana dan syurga, aku pilih syurga..

Kau bukan suamiku 1..(Antara cinta dan taqwa,aku pilih taqwa)

Assalamualaikum..

Fosterbrook neighbourhood, 3.45 petang..

Hari ini dingin.. Sedingin perasaanku. Hatiku beku, sedingin cuaca di luar jendela, namun jari jemariku ligat mahu menari di atas papan kekunci laptop miniku ini. Pada coretan kali ini, akan aku coretkan sebuah rasa yang telah lama aku pendam dan simpan dek kerana takut melukai hati sesiapa. Tapi pada hari ini aku ingin titipkan ia di ruang blogku yang daif ini. Tujuanku bukan untuk menuding jari atau mengadu domba, sekadar sama2 aku mahu mengajak sahabatku semua merenungkan kisah ini agar sama2 kita muhasabah diri kita kembali, ya, diri kita yang telah banyak benar terpalit dosa ini.

Aku cinta padamu. I love u. Wo ai ni. Aishiteru. Tumse mujhe pyar kar tehu.




Aku rasa kalimah2 ini bukan lagi kalimah yang asing buat kita. Namun aku rasakan ia telah sebati dengan sesetengah dari kita. Aku juga tidak terkecuali. Kita selalu beranggapan itulah kata-kata keramat yang dianggap tinggi dan suci. Jiwa bergetar, fikiran melayang dan terasa diri berada di awang-awangan apabila lafaz ini ditutur buat sang kekasih yang dicintai sepenuh jiwa. Tapi sayang, kebenarannya, kalimah ini tanpa sebuah ikatan perkahwinan yang sah, tanpa sebuah hubungan yang halal antara wanita dan lelaki yang ajnabi (asing) adalah palsu. Hampa. Kecewa. Dan dusta.

Cinta juga bukanlah sesuatu yang kotor. Bukanlah sesuatu yang perlu dihindar atau dijauhi. Tidak juga Allah ciptakan ia sebagai sesuatu yang tercemar. Cinta ialah anugerah, cinta adalah tanda kasih sayangNya. Cinta adalah tunjang kehidupan, mencintai Allah, RasulNya, ibu ayah dan keluarga, sahabat dan sesama Islam bersaudara. Maka ia bukanlah busuk sama sekali. Malah Allah berfirman ;

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) al mawaddah (kasih sayang)". QS Maryam ayat : 96.

Dan teringat aku kepada satu nota ringkas yang pernah diberikan oleh seorang temanku sewaktu disekolah dahulu. Ringkas kata-katanya, namun amat bermakna buatku ;

Sabda Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wasallam:

Ertinya: Allah Taala menjadikan Rahmat seratus bahagian, 99 bahagian ditahan dan satu bahagian diturunkan ke bumi. Daripada satu bahagian itu seluruh makhluk menaburkan kasih sayang, sehingga kamu melihat, binatang mengangkat kakinya kerana khuatir terpijak anaknya.

( Hadis Riwayat Bukhari Muslim)


Begitulah besar dan agungnya rasa cinta yang telah Allah berikan buat kita dibumi, walau hanya satu bahagian sahaja yang dilepaskan ke bumi, namun kita sendiri dapat merasa betapa ia menguasai manusia dan makhluk-makhluk Allah yang lain.




Cinta mengandungi kuasa yang sangat besar, kuasa yang sangat luar biasa. Kerana cintalah seorang ibu rela berkorban sekalipun nyawanya demi sang anak. Seorang suami tak menghiraukan lelah dan peluh yang bercucuran demi anak isterinya. Para sahabat rela berkorban demi Allah dan Rasul-Nya, Muhammad SAW. Dan Romeo yang rela berkorban nyawa (cinta membuta tuli) untuk sang julietnya..


Tetapi manusia yang telah mencemarkan cinta ini. Atas nama cinta, penzinaan berlaku. Atas nama cinta kita sanggup derhaka kepada ibu dan ayah yang mencintai kita sepenuh raga. Atas nama cinta kita tega jadi pembunuh, membunuh satu nyawa kecil yang tidak berdosa. Menjadi makanan kepada ulat-ulat sampah dan semut-semut api kelaparan. Apa dosa manusia kecil itu? Mengapa mereka pula menjadi mangsa? Nyawa bayi kecil yang tidak berdosa? Semuanya atas nama cinta?

Salah siapa semua ini berlaku? Siapakan yang harus dipersalahkan? Adakah kita harus menyalahkan seratus peratus kepada sang pelaku semata-mata dan pihak yang lain boleh melepas tangan? Tidak, aku tidak bersetuju. Dan kerana itulah aku menitipkan entry ini ..


Aku tidak sama sekali mahu menuding jari hanya kepada lelaki dan wanita yang ajnabi yang telah tersalah langkah itu. Ya, memang mereka sang pelakunya. Mereka telah bercinta. Mereka berkasih sayang. Tetapi kasih sayang itu tercemar dek hubungan cinta sebelum perkahwinan. Salah siapa? Adakah kita mahu melepas tangan? Kita seharusnya menuding jari kepada setiap anggota masyarakat, ya, setiap dari kita, termasuk diri kita sendiri. Inilah natijahnya apabila manusia semakin jauh dari Islam, apabila hukum hakam Islam dan ajaran Islam itu dipandang remeh, menjadi panduan kedua selepas undang-undang yang dicipta manusia, itupun kalau sesetengah dari kita masih lagi mahu mengambil al-quran dan sunnah sebagai panduan hidup. Tentang ini, akan aku garap dengan lebih lanjut dalam siri kedua entry ini insyaAllah..

Cinta itu indah. Cinta itu manis. Malahan ia adalah fitrah. Malah Allah berfirman ;

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak…” – Aali-’Imran: 14.

Dan Rasulullah sendiri bersabda ;

“Diberi rasa cinta padaku dari dunia kalian: wanita dan wangi-wangian dan dijadikan penyejuk mataku dalam solat.” – HR Ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi.

Sekali lagi aku ingin bertanya salah siapa cinta kita pada hari ini ialah kebanyakannya cinta diluar perkahwinan. Cinta zina. Cinta membunuh bayi luar nikah. Cinta menggadai maruah. Cinta kahwin lari. Salah siapa?

Sahabat, aku tidak menulis entry ini secara hentam keromo. Mungkin ada antara pembaca yang berkata, "eleh, engkau belum pernah bercinta, manalah kau tahu what it feels like. Entah-entah kalau dah bercinta, jauh lebih teruk dari kami!"


....Aku juga pernah menyintai. Secara perlahan cinta itu datang dan menyentuh hati. Datang entah dari mana, tahu2 sahaja, ia sudah mengambil tempat di satu ruang jauh didasar hati. Siapa kata ketika aku menulis entry ini, aku hanya tahu meng 'comment' orang lain semata-mata tanpa mahu berada di tempat mereka yang berkenaan, as im not in their shoes. Aku merasainya. Aku tahu keindahannya. Aku tahu kenyamanannya. Aku tahu kemanisannya. Aku tahu semua perasaan itu. Aku juga pernah dibuai rasa cinta. Tanpa aku sedari, aku sebenarnya telah mengkhianati sebuah cinta suci yang seharusnya aku hadiahkan untuk seorang lelaki bernama suami.

Sahabat yang dikasihi, terutamanya sahabatku yang bergelar hawa, srikandi.. Tahukah kita bahawa cinta kepunyaan kita itu hanyalah milik seorang lelaki bernama suami. Ia bukan kepunyaan lelaki bergelar baby boy. Bukan kepunyaan lelaki bergelar kekasih. Bukan kepunyaan lelaki bergelar abang angkat. Bukan juga boyfriend. Ia ialah hak mutlak seorang lelaki bernama suami. Percayalah, sekiranya benar-benar sang lelaki ini menyintai kita sepenuh raga, jika benar-benar seorang lelaki ini menyayangi kita, dia tidak akan sanggup membawa kita kekancah dosa. Dia tidak akan membawa kita ke gerbang maksiat. Sang lelaki yang benar-benar mahukan kita, mereka akan menghormati maruah dan kehormatan diri kita. Sang lelaki ini tidak akan mencalari kesucianmu dengan kata-kata cinta kosong. Dia akan melindungi maruahmu dengan tidak menyentuh kulit halus mulus kepunyaan kita itu. Sang lelaki akan memurnikan hubunganmu dengan sebuah hadiah bernama perkahwinan, memilikimu secara sah dan membahagiakanmu sepanjang hayatnya. Yang paling indah ialah, dia akan memimpin tanganmu bersama-sama menikmati syurga Allah yang tidak terhitung nikmatnya itu..




Andai dapat kuputar waktu, tidak aku ingin jatuh cinta. Tidak aku ingin menaruh rasa kepada lelaki yang bukan milikku yang sah. Tidak aku mahu merasai cinta sebelum akad nikah dilafaz. Aku tidak mahu! Setiap hari, jiwa ini dibebani dosa. Ya, mungkin aku tidak berbuat apa-apa dengannya, aku tidak menemuinya setiap hari, aku tidak berdua-duaan dengannya. Berjumpa dengannya pun hanyalah beberapa kali sahaja dalam setahun. Boleh dikira dengan jari. Malah, tidak pernah aku membenarkan mana-mana adam menyentuh diriku dan mencalari kehormatan diri ini. Tetapi ada bibit - bibit rindu yang diapi-apikan syaitan. Astagfirullah. Astagfirullah. Malah aku selalu berangan-angan, bahawa apabila sampai detik ketikanya, sang adam impian akan datang menyunting aku dan memurnikan aku menjadi isterinya yang sah. Tanpa sebarang tangguh. Namun, perjalanan tidak semudah angan-angan. Perjalanannya terlalu penuh liku dan halangan.

Aku selalu menasihati rakan-rakanku. Ujarku, jangan hiba sekiranya hatimu masih belum berpunya. Jangan hiba sekiranya belum ada sang adam yang sudah melafazkan cintanya padamu. Sebenarnya Allah sedang memelihara kamu dari cinta kotor dan tercemar. Sampai saat ketikanya, sang adam pilihan Tuhan itu akan datang dan mengambil tanganmu dan memperisterikanmu dalam keadaan yang paling suci. Bebas dari cinta tercemar sebelum berkahwin. Indahnya menjadi sepertimu. Engkau masih solo bukan kerana engkau tidak cukup cantik dan terbaik untuk dipilih oleh sang adam yang mencari, tetapi kerana Allah menjagamu. Jangan kau pandang aku bahagia kerana dicintai lelaki, hakikatnya aku menderita. Sekiranya aku diberi peluang untuk mengundur waktu, aku mahu menjadi wanita solehah yang bebas cinta diluar pernikahan dan hanya menunggu sambutan murni sebuah pernikahan. Namun inilah ujian buatku dari Tuhan, menguji keimananku dengan ujian cinta ini. Ujian yang telah menyeksa jiwa hambaMu ini, setiap detik dan ketika.


Ya, aku diuji dengan cinta manusia sejak aku masih remaja. Secret admirer. Peminat dalam diam. Adalah sedikit sebanyak sejak aku dibangku sekolah. Aku tidaklah secantik orang lain, aku hanya wanita biasa. Sederhana. Entah apa yang mereka lihat dalam diriku, aku tidak tahu. Namun tidak surut ujian ini hinggalah aku dewasa. Aku bukanlah orang yang mudah jatuh cinta. Aku bukanlah gadis yang polos yang mudah dicuri hatinya. Namun Allah itu berkuasa membolak balikkan hati, akhirnya aku jatuh cinta pada seorang yang amat-amat aku benci sewaktu aku menuntut di kolej persediaan. Aku masih ingat, aku pernah kata begini padanya, "If u are the last man on earth, still I will never marry u!".

Seperti yang aku katakan, cinta datang tiba-tiba, tanpa kita sangka, dan tanpa kita pinta. Makin kita lari, makin ia mengejar. Allah yang memegang cinta itu, dan Dia letakkan satu dalam hatiku buat lelaki itu. Setelah sekian lama lelaki itu asyik direject oleh aku, akhirnya hati ini jatuh hati juga. Dan aku sangka perjalanan itu akan mudah, rupa-rupanya ia penuh berliku dan payah. Aku selalu mahu tidak mahu bercinta lama-lama kerana bagi aku, sekiranya sang lelaki itu benar-benar mahukan aku, dia akan cepat-cepat memperisterikan aku. Namun ternyata, cinta ini terlalu sukar dan payah. Ini ujian yang terlalu berat dariMu Ya Allah..

Orang selalu kata padaku, "Untung kau, ramai orang mahu". "Untung kau, sudah berpunya". "Untung kau, tak payah susah-susah mencari, orang yang mencari kau". Untung? 6 tahun sudah berlalu, aku masih dalam penantian, dalam sebuah penantian yang panjang. Entah bila penantian ini akan berakhir, aku kurang pasti, terlalu samar untuk dipastikan. Namun apa yang penting disini bukanlah kisah cintaku, tetapi betapa aku menderita terperangkap dalam cinta yang belum halal.

Aku tahu dosa dan pahala. Aku tahu hukum dan hakam. Aku menghayati bait-bait terjemahan al-quran. Dan betapa aku cinta kepada agama yang aku anuti, dan iman yang aku miliki. Dan aku tahu hukum cinta sebelum perkahwinan. Ya betul, aku menjaga batas yang seharusnya aku jaga. Jarak kami beribu batu,nak berjumpa memang tidaklah. Tapi bagaimana soal hati. Soal hati yang merindui seorang lelaki ajnabi.
Ingat Rasulullah SAW bersabda;

“Ingatlah, dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Kalau segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuhnya. Tetapi, bila rosak, nescaya akan rosak pula seluruh tubuhnya. Segumpal daging itu bernama hati!” (HR. Bukhari dan Muslim).

To be honest setiap detik sepanjang 6 tahun ini aku dibayangi dosa. Aku tidak pernah tenang. Setiap detik aku memohon ampun atas dosa kelemahan ini, kerana tidak mampu menjadi hamba Nya yang solehah. Aku tidak mahu Allah tidak redha dengan kehidupanku. Aku tidak mahu Allah gelapkan hatiku. Siapa kata bercinta dan mempunyai kekasih itu manis? Siapa kata bercinta sebelum berkahwin itu indah? Ia amat menyeksakan bagiku. Aku lebih mahukan cinta Allah dari cinta lelaki itu. Dan aku tidak putus-putus berdoa agar Allah mengampuni kelemahan hati dan nuraniku ini.. Dengan hati yang dicemari nafsu, bagaimana hati aku akan lapang dalam menuntut ilmu perubatan ini? Bagaimana hatiku akan tenang menghadapai kesulitan hidup?




Kerana itu aku selalu menasihati rakan-rakanku, jangan sesekali menerima cinta lelaki yang tidak menjurus kearah perkahwinan. Jangan bersedih kerana mereka masih solo. Jika orang selalu mencemburui aku kerana mempunyai sang pencinta, aku pula selalu cemburu kepada teman seperjuangan yang suci dari cinta tanpa ikatan perkahwinan. Kerana aku tahu Allah sedang melindungi kesucian hati dan iman mereka, dan aku anggap Allah sedang mengujiku dengan cinta manusia.

Kerana itu buat sahabatku yang masih single, bersyukurlah Allah sedang melindungimu, menjagamu dari dicemari cinta-cinta dusta di luar perkahwinan. Sekiranya engkau sudah ada yang mahu, ketahuilah cinta itu adalah untuk menguji keimananmu, pertahankan maruahmu, jangan biarkan tangan-tangan penuh nafsu itu mencemari mahkotamu. Bersyukurlah anda masih belum punya kekasih, kerana cinta sang kekasih ini adalah ujian yang amat berat buat sang pencinta Allah swt. Terlalu berat sehingga ia bisa mengheret kita ke jurang neraka..

Perkara yang paling aku takuti ialah, bagaimana sekiranya aku mati pada esok hari dalam keadaan hati ini yang tidak Engkau redhai.. Sudikah Engkau menerima hambaMu yang penuh dosa ini..

Aku selalu memohon pada Yang Esa, jika benar dia milikku, maka satukan kami dalam keadaan beriman dan Engkau redhai. Sekiranya dia bukan untukku, tolong pisahkan kami dalam keadaan kami redha antara satu sama lain. Aku tidak mahu cinta ini membuatkan aku jauh dariMu. Aku tidak mahu cinta ini membuatkan Engkau murka padaku. Aku lemah Ya Allah.. Aku tidak pandai selain Engkau menunjukkan aku jalan yang lurus.. Aku jahil Ya Allah..Aku tidak tahu selagi Engkau tidak membimbingku Ya Rabb.. Aku tahu rasa cinta ku padanya memenuhi fitrahku untuk rasa disayangi sebagai seorang manusia.. Fitrahku untuk dicintai.. Tapi Ya Allah.. Tapi Ya Allah..


Antara cinta dan taqwa, aku pilih TAQWA.

Tuesday, November 8, 2011

manusia tak nampak..but Allah DOES SEE u...

Assalamualaikum..

1.15 pm..fosterbrook neighbourhood..

Short entry please farah syazana..hang kena belajak...hok next week hang nak exam..tangan duk gatai nak tulis jugak...kui3..

ok, but I think i still wanted to share this with all my fellow friends..today, Ive being tested by three tests from Allah.. teguran dan ujianNya..nak muhasabah diri..

first test

Minggu ni minggu dermatology..so aku yang tengah buat medicine kenalah duk pergi attend sessions yang telah diatur...so kalau ikutkan hati memang malas nak attend sebab bebudak surgery lain tak kena attend pun budak medicine je yang kena..disebabkan exam yang semakin hampir semua dah kelam kabut buat intensive study..tak terkecualilah aku..aku tak pergi dua sessions semalam and more importantly, they were taking attendance for that!!!




So tadi seawal 830 pagi aku pergilah attend lecture session, and right after that tutorial sessions in dermatology department..ok, sebelum masuk tuto, aku kena sign attendance sheet..aku nampak ade 4 columns untuk disign mengikut empat hari yang perlu dihadiri...jeng2..ada peluang ni nak sign yang semalam punya, bukan orang lain perasan pun aku tak ada semalam..lagipun mat2 saleh ni ramai je yang tak attend tapi main sign je..teringat aku masa satu rotation orthopaedic kat luar bandar beberapa minggu lepas, yang mana hospitalnya jauh sangat yang aku terpaksa pergi balik naik 2 bas selama sejam perjalanan untuk sign attendance..tapi mat2 saleh ni ramai je yang tak datang tapi attendance penuh sebab member depa tolong sign kan..yang lagi buat panas hati aku je yang turun naik bas depa semua berkereta!

so agaknya keluar makhluk bertanduk sebelah aku tadi menghasut supaya aku sign je attendance untuk semalam walaupun aku tak datang..hua3 (gelak aku sambil sepasang tanduk keluar diatas kepala!)Aku pun signla untuk dua2 hari, pastu aku masuklah dalam tuto yang pertama ( ada 3 tutorial semuanya..) Hati aku mula rasa tak enak..rasa bersalah entah kenapa..rasa berdosa pula sign..macam menipu orang..yang paling penting aku menipu diri sendiri..rasa berdosa..

Aku ni memang style yang cepat rasa bersalah lagi2 bila aku buat salah dengan orang..Yang paling aku rasa ialah keberkatan tu tak ada bila aku buat macam ni..Rasa bersalah aku mula menghentak2 hati dan kalbuku...eceeewaaahhh... Tiba-tiba iman ku bersuara..

"Memang manusia tak perasan aku tak ada semalam..Tak nampak aku menipu..Tapi.. Allah nampak semuanya..Tak malu ke dengan Allah.."

Tersentap hati aku ini..Astaghfirullah..Tak berkat ilmu aku kalau aku tak jujur pada diriku..pada Allah..pada orang lain..

Habis je tutorial terakhir..Pantas aku menuju ke tempat attendance sheet tadi.. Aku padam sign aku yang aku tipu tadi..

Keluar je dari department aku tersenyum puas...Walaupun aku risau gak diambil tindakan ke..Tapi.. Alhamdulillah.. Allah selamatkan aku dari menipu orang lain..yang paling penting, daripada menipu diriku sendiri....


Second test

Masa aku nak keluar nak balik rumah tadi, aku terus menuju ke tempat aku kunci 'motorbike' ku..yakni basikal tuaku itu..hehhehe Sampai je kat tempat basikal tu, jeng3...Ada sebuah basikal cun yang di park disebelah aku tidak berkunci huauahuahuahua Kalau nak ikutkan aku rasa 200 euro jugakla harga basikal tu..Berani betul tak kunci, dahlah kat sini memang banyak kes hilang basikal( sekali lagi makhluk bertanduk berperut buncit menjelma membisikkan hasutan supaya aku meng'songlap' basikal yang cun itu..) Tapi sory eh encik tanduk, jangan kata basikal ni, kalau duit seribu pun orang bagi kat aku, kalau bukan hak aku, aku takkan ambil..Aku bab2 hak2 orang ni memang sangat strict, jadi darah daging kita ambil atau makan hak orang lain.. Nauzubillah.. Yang paling penting, darah haram tu akan mengalir ke seluruh generasi anak cucu cicit ku... Nauzubillah...Tulah penyebab hati tak tenang, ilmu susah nak masuk, hidup tak bahagia..Sebab tu aku ni pun jenis susah nak berhutang, pendek kata aku sanggup berlapar kadang2 seboleh2 nak elak berhutang..Aku takut lupa.. Sebab kalau aku lupa, hutang itu boleh heret aku masuk neraka! So sahabat, jangan pandang remeh soal2 macam ni..Ya Allah kuatkan iman kami agar kami teguh dan dijauhi perkara2 sebegini..




Makhluk betanduk itu tambah menghasut.. " Kau tak ingat farah dulu basikal kau lesap orang curik..." Syaitan itu masih setia menghasut. Tidak! Aku takkan ambil hak orang, biarpun aku kebuluran, aku takkan ambil benda yang bukan hak aku!

Dan aku pun dengan muka bahagia sambil meng'dush'kan makhluk bertanduk itu, aku pulang kerumah....Ibu ayah, malah agama aku tak pernah ajar aku ambil barang orang, maka aku takkan ambil walau aku susah...Lagipun, kalau manusia tak nampak aku ambil basikal tu, ALLAH NAMPAK...

Third test

Actually benda ni hampir setiap hari kat hospital aku akan alami.. Kat hospital aku ni, tiap2 petang hospital aku ni bermurah hati bagi free scones and sandwiches untuk students.. Scones ni roti orang putihlah..sedapla kalau beli kat kedai satu tu 1 euro la (ada gambar dia kat bawah)..tapi aku lagi suka sandwiches yang mahal la gak kalau beli, lebih kurang 3 euro satu..so kalau convert memang mahallah kan, tapi sandwich tak banyak ada enam je..Dan makanan2 ni limited la diletakkan dalam restroom pelajar, kami semua ada seratus lebih orang.. So berebut la..




Huih.. aku memang suka free2 ni..kui3...so kan aku selalunya jugak setia menunggu makanan ni diletakkan dalam bilik pelajar lebih kurang pukul 415 petang setiap hari gitu..Haaa yang jadi isunya, mesti kadang2 kan bila tak ada orang dalam bilik tu, kita tend untuk ambil 2 3 sekali..Yelah free kan, tak dosa pun nak ambil banyak2...Lagi2 time tengah tak ramai orang kat situ, bukannya orang nampak pun kita ambil banyak, boleh jadi bekal kita esokkan..Kalau beli kat kedai mahal kot...Yang ini free..

So kat sinilah sebenarnya Allah uji kita dengan perasaan bertimbang rasa pada orang lain. Kalau ikut nafsu makan dan sifat pentingkan diri, peduli apa dengan orang lain, lagipun nasiblah siapa dapat dulu.. Free kan.. Aku tengok ramai je mat saleh yang ambil 2 3 sekali sampai orang lain tak dapat..Aku selalulah dapat ambil satu, tapi Alhamdulillah aku tak pernah lagi ambil banyak, aku ambil satu je..Adalah sekali aku ambil dua sebab time tu ramai yang dah balik, dah lewat so possibility untuk membazir tu tinggila..Kadang2,walaupun time aku ambil tu aku tengok banyak lagi, dan tak ada orang,aku fikir, kalau aku ambil lebih, orang lain tak dapat rasa, so aku selalu refrain diri aku daripada mementingkan diri sendiri..Aku ambil satu bahagian aku, cukuplah. Nanti orang lain tak dapat pula..Jangan ikut orang lain, kita mesti ada nilai dalam diri yang membuatkan kita sentiasa memikirkan tentang kepetingan orang lain juga..

...............................................................

So kesimpulan dari semua kisah aku tadi ialah sebenarnya kan..banyak..hehe.. Salah satu cara untuk kita tahu yang kita still ada iman dan taqwa ialah, kalau kita buat salah, kita akan rasa tak tenang, tak sedap hati.. Sebab kita tahu, ada suatu kuasa hebat yang sedang memerhatikan setiap gerak geri kita... Waima kita berada di suatu lembah yang tak pernah orang sampai sekalipun, Allah ada dan melihat kita..Allah ada, Allah mengetahui even setiap helai daun yang gugur ke bumi, begitulah hebatnya Allah taala..

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-An’aam ayat 59:

Yang ertinya: “Dan pada sisi Allah kunci-kunci segala yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia. Dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya. Dan tidak jatuh sebutir biji pun di dalam kegelapan bumi, dan tiada sesuatu yang basah ataupun kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (iaitu Lauh Mahfuz).”




Maka berbahagialah bagi orang2 yang dalam hatinya ada perasaan takut walaupun kita melakukan sekecil2 kesalahan.Kerana apabila kita rasa bersalah, maknanya kita masih ada iman, alhamdulillah. Dan perasaan takut itu akan membuatkan kita menjauhi perkara yang Allah benci.. Maka orang yang begini, sekecil2 kesalahan pun mereka takut, apatah lagi perkara2 besar yang Allah larang..


So bila kita nak buat jahat, fikirlah, kalaupun manusia tak nampak, tapi Allah nampak.. Kita kena malu dengan Allah yang menciptakan kita..Malulah kita.. Sesungguhnya we are 24 hours in ALLAH'S SURVEILLANCE..subhanallah..

Dan kisahku tentang scones tadi, kalaulah semua orang mempunyai sifat bertimbang rasa, dan sentiasa memikirkan kemaslahatan (yakni kepentingan) orang lain seperti yang telah diajar dalam Islam, pasti dunia ini lebih indah untuk dihuni..Tidak mementingkan diri, dan saling memikirkan tentang orang lain, pasti dunia ini akan aman dan tenteram..

Sabda Rasullulah S.A.w.."Umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.."

Aku hambaNYA yang lemah, banyak kekurangan.. Ya Tuhan, kuatkan hati ini supaya aku keluarga dan sahabatku semuanya menjadi manusia yang lebih baik soleh dan solehah.. Ingatkan kami pada apa yang kami lupa, dan tunjukkan kami kepada apa yang kami tidak tahu..Kami ini lemah dan memerlukan bimbinganMU..

Sampai disini saja, aku harap masa study yang aku curi untuk berkongsi entry ini dengan rakan-rakan tidak sia2..mari bermuhasabah dengan teguran Allah..


Sebelum berundur, satu untaian kata yang amat menyentuh hatiku buat sahabat yang membaca;

'Ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA..."

Thursday, November 3, 2011

I need good friends and...some ENEMIES too! V(^_~)V

Assalamualikum...

3.25 petang..fosterbrook neighbourhood.

Aku pulang awal dari hospital hari ini.. Terasa bahagia dapat balik awal hari ini, memonteng kelas di sebelah petang..kuikuikuikui....takpelah, aku kena stay back malam esok untuk on call, harini mau beristirehat bersama aiskrim mint kegemaranku..(^_^)

Sebenarnya aku agak susah hati hari ini. Semalam, aku terjaga seawal pukul 3 pagi. Celik sahaja, mataku melekat terus ke papan skrin laptop miniku, terpapar profile facebook ku; "One message received". Pantas aku membukanya, dari adikku wawa yang lebih kurang seminggu lagi akan menghadapi SPM. Sayu saat membaca bait-bait ayat yang ditulisnya, dia mempunyai masalah disekolah...

Maafkan kakak kerana tak dapat berada disamping wawa, di saat wawa memerlukan akak. Akak jauh diperantauan, merantau menimba ilmu sebanyak boleh. Kakak tulis entry ini, khas untuk wawa, supaya apabila wawa membacanya, hati wawa akan sedikit tenang..dan bertambah tabah! Ini untuk anis juga..(>_<)



bersama wawa, my beloved sister..

bersama anis, my beloved too..



My beloved sister,

Masalah wawa ni masalah biasa, yang semua orang pun akan pernah melaluinya. Masalah persahabatan, dalam erti kata lain, 'friendship'. Suatu masa dulu, akak dah lalui semua ini. Kita pernah ada kawan yang baik dan setia, ada juga yang asyik melukakan hati kita.Namun percaya atau tidak, dalam hidup kita ni, kita sangat memerlukan kawan-kawan yang baik di samping kita, dan dalam masa yang sama, kita memerlukan kawan-kawan yang tidak baik juga, yang sesetengah orang gelarkan sebagai 'musuh'. Bila kakak cakap yang kita perlukan kawan yang baik, mesti ramai yang ingat yang akak ni memilih kawan, nak kawan, kawan yang baik-baik je. Macamlah kakak ni bagus sangat kan. 'Baik' yang akak katakan disini, bukanlah kena cari kawan-kawan yang pakai tudung je, kawan-kawan yang seksi, kita jangan kawan. Bukan macam tu maksud kakak. Kawan yang baik, ialah kawan-kawan yang memberi pengaruh yang baik pada kita. Kalau dia rajin, kita nak jadi rajin macam dia. Kalau dia pemurah, kita nak jadi pemurah macam dia. Kalau dia rajin solat dan ke majlis-majlis ilmu, kita mesti akan ikut dia buat sekali..Inilah pentingnya kawan yang baik..

Akak suka sangat satu hadith Nabi ni, sangat memberi kesan kepada kehidupan akak;

Dalam sebuah hadits yang shahih disebutkan:

“Permisalan teman duduk yang baik dan teman duduk yang jelek seperti penjual minyak wangi dan pandai besi. (Duduk dengan) penjual minyak wangi bisa jadi ia akan memberimu minyak wanginya, bisa jadi engkau membeli darinya dan bisa jadi engkau akan dapati darinya aroma yang wangi. Sementara (duduk dengan) pandai besi, bisa jadi ia akan membakar pakaianmu dan bisa jadi engkau dapati darinya bau yang tak sedap.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)


Lebih-lebih lagi, ingat lima ubat hati;

1) Baca al quran dan terjemahannya
2) Solat malam dirikanlah
3) Berkumpullah dengan orang sholeh !!!!!!!
4) Perbanyaklah berpuasa
5) Zikir malam perpanjanglah

Tuntutan mencari sahabat-sahabat yang baik dan solehah adalah dituntut dalam agama dan merupakan salah satu ubat hati. Ramai orang kini selalu katakan yang ini semua mendiskriminasi, yang baik nak berkawan dengan yang baik saja, tak mau berkawan dengan yang nakal.Bagi akak, akak bukannya hendak mengatakan orang ini atau itu tidak baik, malah kita sendiri mempunyai banyak kekurangan dalam diri. Suatu masa dulu kita sendiri mungkin bukanlah tergolong dalam golongan yang baik, tapi ia terpulang ada kita untuk berubah menjadi baik seterusnya masuk kedalam golongan yang baik.

Dalam pada kita bersahabat, seawal mulanya kita memasuki alam asrama contohnya, tentulah mempunyai kawan itu suatu yang penting buat kita. Saat kita belum mengenali hati budi masing2, kita cepat menaruh kepercayaan, sedangkan kita tidak tahu bahawa ada antara sahabat kita yang bagaikan musuh dalam selimut. Baik didepan tetapi sibuk membawa mulut dibelakang kita. Kakak pernah lalui semua itu, seawal kakak ditingkatan satu, didepan kita mulut manis amat, dibelakang kita, kita ini dicelanya. Kita sangka dialah sahabat dunia akhirat, tetapi dibelakang difitnah2nya kita.




Tapi wawa, disinilah kakak katakan tadi, sometimes dalam kehidupan kita, kita perlukan kawan-kawan yang begini, UNTUK MEMBUAT KITA LEBIH KUAT DAN MATANG DALAM HIDUP! Remember I always tell u that, YOUR EXPERIENCE IS YOUR BEST TEACHER. Disitulah bermulanya pengembaraan kita menadi seorang yang lebih dewasa. Kita akan mula mengenal dunia, dan mengena manusia yang hadir dalam hidup kita dengan pelbagai ragam dan character. Disinilah kita belajar bagaimana untuk mengenali hati budi seseorang. Wawa tau, time akak kat sekolah dulu, kakak ni mejadi kesayangan cikgu-cikgu akak, kalau akak tidur atau masuk lambat kekelas, akak tak pernah kena marah. Kalau kakak tak siap homework, akak tak kena cubit pun macam kawan-kawan akak yang lain kena, tu yang kadang2 buat orang lain makan hati dengan akak. Akak faham perasaan kawan-kawan akak, kalau akak jadi mereka, confirm akak pun panas hati. Tapi nak buat macam mana.. Akak ingat lagi disebabkan kerana jarangnya akak kena denda bila buat salah, akak punyalah happy bila kena berdiri luar kelas sekali dalam hidup akak. Tersengih-sengih berdiri luar kelas kena denda, excited pulak first time kena denda..lol..



Adik kakak yang amat kakak kasihi..

Tapi tula, mungkin itulah antara sebab yang buat orang tak puas hati. Time akak sekolah, akak tak pernah ada geng. Wawa tau kan akak ni susah nak ada kawan baik, Kawan baik akak tak ramai. tapi kawan-kawan baik akak tu masih kekal sampai sekarang, kira siapa-siapa yang dapat title kawan baik akak tu, kira memang akak trust mereka ni. Tapi serius tak ramai. Sebab akak ni sangat berhati-hati. Akak masih ingat masa kat asrama dulu, ada yang pernah panggil akak ni 'jalang' dan 'gatal'. Katanya akak merampas pakwe depa nih, kelakar bila teringat sampai sekarang. Yang peliknya, pakwe dia pun akak tak tahu siapa. Dahlah akak ni nama lelaki memang akak susah nak ingat, akak berkawan pun, dengan mana-mana yang akak kenal je. Terkejut tapi tak sedih,cuma sedikit geram. Tapi tak mahu cepat melatah. Akak ni tahu pun tak, bila sampai kat telinga akak, memang akak pergi menghadap face to face. Akak ingat lagi, akak seorang, mereka sekumpulan. Tapi akak tak takut, sebab akak tahu akak tak salah, so akak pergi berdepan dengan mereka, sebab akak tak suka cara mereka menghina akak. Akak masih ingat akak cakap begini pada mereka,

"Saya tak pernah mengutuk atau menghina sesiapa. Tak pula nak bawa mulut jahat kepada sesiapa. Tentang pakwe awak, terima kasih banyak2, saya sedikit pun tak berminat pada dia, tidak walau sekecil kuman, u can keep him."

Siasat punya siasat, rupa-rupanya yang membawa mulut jahat tentang akak adalah kawan baik akak sendiri, dan akak pergi berdepan dengan dia. Akak masih ingat, dia menangis depan akak, meminta maaf. Akak tak marah, cuma akak sedih. Akak cakap, tak pernah sekali akak bawa cerita bukan2 tentang dia, tapi mengapa dia memburuk2an akak? Dan dia berterus terang, dia tidak senang dengan kelebihan akak. Jauh disudut hati akak, akak tak pernah rasa akak lebih bagus dari orang lain. Bagi akak, setiap orang punya kelebihan masing2. Bagi orang yang berlapang dada, bagiku ini bahagianku, dan aku redha dengan bagimu bahagianmu.Memang kadang kala kita rasa tidak senang dengan kelebihan orang lain, tetapi itulah ujiannya. Tapi akak tak pernah berdendam dengan kawan-kawan akak yang pernah melukakan hati akak. Malah akak rasa berterima kasih, terima kasih kerana telah membuat akak lebih matang dan berhati-hati dalam hidup.

Adik kakak yang kuat lagi tabah,

Kakak tahu, bagaimana sakitnya apabila rakan baik kita sendiri tikam kita dari belakang. Kakak tahu bagaimana sakitnya apabila rakan yang kita sangka akan bersama kita disaat dan senang, meninggalkan kita terkapai-kapai saat kita memerlukan. Kakak tahu, kakak pernah merasainya. Tapi wawa, look at the positive side. Bila wawa sakit hati, ingat quotes ni;

Thank you to those who GOSSIP about me - you are only making me the centre of your world!
Thank you to those who HATE me - you are only making me a stronger person!
Thank you to those who LOVE me - you only make me love more!
Thank you to those who ENVY me - your only making my self esteem grow!
Thank you to those who LIE to me - you only make me see the truth and the truth about what kind of person that you are!


Wawa dan anis yang cantik dan solehah..

Sekiranya kita berdepan dengan seseorang yang ingin bermusuh dengan kita, kita jangan membalas permusuhan mereka dengan permusuhan juga. Ingat, ayah dan ibu telah mendidik kita dengan baik. Lihat contoh ibu, biarpun saat ketika dia muda, dia selalu di persendakan orang kerana ibu miskin dulu, tapi pernahkah ibu berdendam pada mereka? Pernahkah ibu membawa mulut jahat tentang mereka pada kita? Tidak pernah. Kita ambil sifat ibu itu, sifat ibu yang lembut dan memaafkan, tanpa ada sekelumit dendam. Kejahatan orang atas kita, jangan dibalas dengan kejahatan, kita balas dengan kebaikan. Tapi dalam masa yang sama, kita perlu pandai mempertahakan diri dari dipijak2 oleh orang lain. Sebagai contoh, cara akak menangani orang-orang sebegini ialah akak belajar pandai2. Orang2 yang iri hati ni, mereka memang tidak sabar lihat kita gagal dalam hidup. So jangan bagi mereka peluang untuk lihat kita gagal!



Kita belajar sehabis baik, wawa usaha yang terbaik dalam SPM. Show them that you are not weak. Show them that you are not a fragile little baby that cries everytime they hurt you. You are a strong girl darling! Dalam masa yang sama, kita jangan mencela atau menghina orang lain. Ayah dan ibu telah didik kita untuk berbuat baik pada orang lain dan tidak menghina sesiapa jua, menghormati orang lain, tidak kira walau hanya seorang peminta sedekah. Sekiranya mereka memaki hamun kita, kita jangan balas dengan cara begitu jua, jika tidak, kita tak ubah sama seperti mereka. And definitely, we are not like them! Kita buat hal kita, jangan layan mereka, and always smile, and focus to what more important and priority! They are not worth your tears at all!!

Stay focus my sister, my darlings! Remember yang kita ada tanggungjawab terhadap ibu bapa kita, dan keluarga kita. Jangan bazirkan masa kita melayan orang yang nak menghancurkan kita. Adik-adik kakak dah besar panjang, kakak yakin kamu berdua dah boleh bezakan yang baik dan yang buruk. Dan boleh menjaga diri. Kakak yakin kamu berdua kuat dan tabah, kita kena warisi semangat perwira ayah sebagai pejuang bangsa, dan kelembutan hati ibu. Nasihat kakak, sekiranya ada sesiapa pernah melukai perasaan kita, sekiranya boleh, maafkan mereka, dan doakan semoga mereka berubah. Jangan sesekali menaruh dendam, kerana dendam hanya membuatkan kita tidak tenang. Ingat, fokus dan sekiranya terasa lemah, ingat wajah ibu dan ayah, insyaAllah kita akan kuat selalu!

Tentang persahabatan, janganlah bimbang, suatu hari nanti, sahabat yang baik itu akan tiba. Pilihlah sahabat yang baik kerana mereka akan banyak membentuk siapa kita hari ini..Bersahabatlah dengan orang yang selalu dekat dengann Allah, supaya kita juga lebih dekat padaNya..



"SAHABAT yang baik apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah..
mendengarkan kata-katanya, menambahkan ilmu..
melihat gerak gerinya menambahkan takut kepada Allah..
berkawan dengannya, berjuang kejalan Allah.."


Terima kasih sahabat..(to my best friend too,not in picture, nurazila zakaria)

Kakak sayang kamu berdua selalu, ingat walau kakak jauh, kakak sentiasa ada untuk kamu berdua sayangs!!

Lots of love,
Your naughty sister =)

Tuesday, November 1, 2011

its a HALLOWEEN night..( "_" )

Assalamualaikum,

8.43 malam, fosterbrook neighbourhood.

Fine, malam ni malam halloween. Dari jendela kamar aku ni, kelihatan bunga-bunga api tengah meletup-meletup tidak jauh dari kawasan perumahanku. Cantik. Macam kita beraya kat Malaysia gayanya. Berantai-rantai dan tidak berhenti, mungkin dah hampir setengah jam dari pukul 8 malam tadi. Kedengaran juga suara-suara meriah anak-anak muda dan kanak-kanak terutamanya, bersorak sorai riang menyambut malam halloween.

Masuk kali ini, ini ialah Halloween kali keempat dapat aku perhatikan. Dah hampir empat tahun aku disini rupanya. Hampir tak terasa masa yang pantas membuat aku semakin tua.hoho.



Kedengaran juga suara excited housematesku dr bilik sebelah, menikmati cantiknya bunga api. Terhibur juga malam kami yang penuh dengan nota-nota medic. Maklumlah, esok mereka semua nak exam. Tapi sebenarnya kami serumah ada kisah lucu yang pasti akan berlaku dirumah kami setiap kali menjelang malam Halloween.

Sebelum itu,alang-alang bercerita tentang Halloween, ini ialah serba sedikit informasi tentang perayaan Halloween ni. Halloween disambut pada 31 Oktober( seperti malam inilah kan)... Perayaan ini juga dikenali sbg All Saints’ Day. (Saint = St = org yg diisytiharkan oleh gereja kristian sudah mendapat ketakriman melalui kehidupan suci, melalui mukjizat dsb.) Secara umumnya Halloween juga adalah perayaan yang berasal dari Gereja Kristian. Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah “trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca kisah seram dan menonton filem seram.

Apa yang penting, kita mesti tahu menyambut Halloween adalah dilarang sama sekali dalam Islam. Ini kerana perayaan ini adalah diatas kepercayaan bahaya pada tarikh 31 oktober, jurang antara dunia nyata dan dunia roh adalah agak samar. Maksudnya, roh boleh berkomunikasi dengan manusia. Dipercayai pada malam halloween adalah malam dimana ruh kembali kerumah masing-masing untuk melawat sanak saudara dan kaum kerabat. Malam Halloween juga merupakan malam untuk menilik nasib, perbuatan menilik nasib dan mempercayainya adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. ;

Firman Allah swt,

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”




Kami serumah biasanya memang tergelak setiap kali tiba malam Halloween. Ini kerana mungkin jiran tetangga kami selalu salah faham dengan kami yang kami juga mungkin menyambut Halloween. Tidak, kami tidak menyambut Halloween. Kisahnya begini. Kanak-kanak perumahan kami biasanya akan memulakan misi "trick or treat" mereka seawal pukul 6 malam. Disini pada waktu begini malam kami sudah semakin awal, kami magHrib lebih kurang pukul 5 petang begitulah. So seperti biasa kami akan bersolat jemaah. Teringat tahun lepas, pada malam Halloween, selesai kami bersolat jemaah, loceng dipintu kedengaran. Kami pun pergilah buka pintu dalam keadaan bertelekung. Terkejut kanak-kanak yang berpakaian Halloween dimuka pintu apabila melihat kami dalam pakaian telekung. Ada gaya-gaya hantulah kan kami ni dalam telekung itu agaknya, walhal inilah pakaian ibadah kami hoho..Perkara sama juga berlaku malam ni, sebentar tadi, pintu kami diketuk dan disinggahi ramai kanak-kanak yang berpakaian berbagai gaya. Ada jadi hantu ini dan hantu itu. Tapi ternyata, telekung kami lebih 'menakutkan'!



Sempat juga housemates ku keluar dari rumah bertelekung, hanya untuk melihat-lihat suasana malam Halloween. Rumah-rumah mereka biasanya akan dihiasi berbagai gaya-gaya yang menakutkan. Macam-macam. Tiba-tiba terdengar jiran kami menegur kami dari jauh, "Hey, you guys look scary!!"............LOL.....(0_0)

Pernah juga aku bertanya kepada rakan ku dihospital, tentang sejarah Halloween dan mengapa mereka meraikannya. Rakanku sendiri tidak tahu mengapa mereka meraikannya. Katanya, ia sekadar sambutan suka-suka sahaja. Seperti yang sudah aku agak jawapan darinya. Kadangkala aku cuba mengorek makna agama mereka pada mereka, tapi kelihatan mereka juga kabur dengan kepercayaan mereka sendiri.Dari situ sahaja aku bole ambil ibrah betapa indahnya Islam, maka tidak ada satupun yang kita amalkan itu sia-sia. Semuanya mempunyai hikmah dan tujuan. Seperti mengapa kita meraikan sambutan Hari raya, dan Hari aidil Adha contohnya. Maka mengapa kita masih mahu mempersoalkan keindahan Islam yang telah memberi sejuta makna keatas diri kita. Why we put a question mark where Allah put a fullstop on it? Sungguh Islam itu cantik dan sempurna!

Firman Allah dalam surah al Maidah ayat 3;

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu”

Islam itu indah dan sempurna subhanallah!


p/s : kepada mereka-mereka yang nak mabuk dijalanan pada malam Halloween ni, please3 janganlah buat fiil suka campak botol arak atas jalan sampai pecah. Aku baru saja tukar tayar basikalku y pecah dek tergelek banyak sangat botol kaca arak dijalanan. Tukar tayar baru bukan murah okay! Arak itu HARAM dan tak bagus untuk kesihatan!! (+_+)

Sunday, October 30, 2011

..Im sorry..I cant be PERFECT..(T_T)..

Assalamualaikum,

7.44 pagi, fosterbrook neighbourhood.

Pagi Ahad yang indah..Alhamdulillah aku masih bernafas, syukur aku masih mampu melihat, syukur aku masih sihat dan mampu menggerakkan halus jari jemariku menari-nari diatas papan kekunci laptop miniku ini..syukur..syukur..alhamdulillah...

Seharusnya pagi ini aku terus menelaah buku2 medicku yang bertebaran di atas meja studyku, namun serasa lebih ingin aku mencoretkan sesuatu didalam blogku yang serba kekurangan ini..

Sebelum aku meneruskan perjalanan entry ku ini, ingin aku perdengarkan kepada sahabat semua sebuah lagu yang amat aku gemari, lagu ini sebenarnya ialah lagu kegemaran abangku juga sewaktu beliau masih dibangku sekolah, sewaktu beliau berhadapan dengan konflik jiwa remajanya.Sewaktu ayah kami masih garang.Malas belajar, pasti kami dimarahi. Sewaktu beliau merasa tertekan dengan harapan setinggi gunung yang telah disandarkan oleh kedua ibu bapa kami pada kami.Cuba hayati liriknya betul2, agaknya inilah suara hati kita yang selalu ingin kita luahkan kepada kedua ibu bapa kita. (tersengih aku saat tersedar bahawa rock juga aku meminati lagu sebegini..hehe)




Aku tidak menulis entry ini sebagai aku..Alhamdulillah, ibu dan ayahku sangat menyayangi dan memahami kami adik beradik..'AKU' dan 'Kami' dalam entry ini ialah sesiapa sahaja yang mungkin mempunyai masalah ini..Aku cuba menyelami perasaan mereka sahaja..


Aku punya seorang teman, sekarang dia sepertiku, dalam perjalanan untuk menamatkan pengajian untuk menjadi seorang doktor. Namun hidupnya selalu tertekan lantaran tekanan dari keluarganya. Dia selalu berkata kepadaku yang ibu bapanya terlalu meletakkan harapan yang tinggi padanya, ingin beliau berjaya dalam hidup, tetapi kadangkala ibu bapanya terlalu menyusun kehidupannya sehinggakan ibu bapanya terlepas pandang bahawa anak mereka ini ialah insan yang serba kekurangan, WE JUST CANT BE PERFECT..

"Hey dad look at me, think back and talk to me did I grow up according to plan?
And do u think im wasting my time, doing things I wanna do, but IT HURTS when U DISAPPROVE all along.."

Ibu bapa mana yang tidak mahu anak mereka berjaya dalam hidup. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Ibu bapaku jua. Even apabila aku mempunyai anak sendiri nanti pun, aku mahu anak-anak yang aku kandung selama 9 hari 9 bulan dan aku lahirkan itu menjadi manusia yang hebat, malah kalau boleh menjadi manusia terbaik! Itulah naluri yang telah anuegrahkan kepada setiap ibu bapa.Saat pertama kali anak yang dilahirkan itu digendong dan diletakkan dekat dihati, terlalu banyak hajat yang dipohon dari Yang Esa..Melihat keajaiban ini yang baru saja melihat dunia..

"Ya Allah, semoga anak ini menjadi penyejuk mata dan hati kami..Semoga anak ini membesar menjadi seorang anak yang serba sempurna..Berjaya dunia akhirat.."

Agaknya itulah yang dihajatkan oleh setiap ibu saat pertama kali beliau melihat manusia kecil itu bergerak-gerak halus didalam pangkuan buat kali pertama. Ada juga yang berkata, " Anak ibu ini akan jadi seorang doktor dewasa kelak!" Ada juga, " Anak ini akan jadi manusia cemerlang, akan mewarisi hajat ibu dan ayah.."Tapi kadangkala,kita sering terlupa yang setiap manusia yang dilahirkan itu mempunyai 'bahagian' dan 'cabaran' masing2 saat pertama kali mereka melihat dunia.. Adakah anak ini akan membesar according to plan?

Aku tahu aku bukanlah siapa-siapa, malah aku sendiri belum berkahwin apatah lagi memiliki seorang anak. Aku belum layak untuk berkata apa-apa, bak kata ibuku, "Adik belum jadi seorang mak, kalau adik dah jadi, adik tahulah apa perasaannya nanti!"

InsyaAllah ibu, kalau Allah masih panjangkan umur adik dan ada jodoh adik, insyaAllah, adik juga terlalu ingin untuk menjadi seorang ibu, dimana saat itu telah sempurnalah diri ini bergelar seorang wanita, saat adik mampu melahirkan zuriat untuk seorang lelaki yang dicintai bergelar suami. Tapi mungkin belum sampai masa dan ketikanya, kalau masih panjang waktuku didunia, insyaAllah. Maka sekarang saat aku sedang menulis entry ini, anggaplah aku sedang menulis dari sudut hati seorang insan bergelar ANAK..dan mungkin 10 tahun dari sekrang saat aku mungkin sudah bergelar ibu, akan kutulis dari sudut hati seorang insan bergelar IBU..

"And now I try hard to make it,I just want to make you proud,I'm never gonna be good enough for you,I can't pretend that I'm alright..And you can't change me.."

"Cuz we lost it all..Nothing lasts forever..I'm sorry..I can't be perfect
Now it's just too late and..We can't go back..I'm sorry..I CANT BE PERFECT.."

Dan kami kini sudah dewasa hai ayah dan ibu..Adakah kami masih membesar sepertimana yang ibu dan ayah mahukan saat kali pertama ibu dan ayah melihat kami..??..Maaf kami tidak sempurna.. Maaf sekiranya kami tidak mendapat nombor satu didalam kelas seperti yang ibu dan ayah hajatkan..Maaf sekiranya kami tidak berjaya mendapat semua A dalam UPSR,PMR atau SPM seperti anak-anak kawan-kawan ibu dan ayah.. Maaf sekiranya kami tidak dapat mewakili sekolah dalam pasukan debat sekolah.. Maaf sekiranya kami tidak berjaya menjadi olahragawan sekolah seperti ayah dulu..Maaf sekiranya ibu dan ayah terpaksa dipanggil menghadap cikgu kerana keputusan peperiksaan kami yang corot.. Maaf sekiranya ibu dan ayah malu dengan kami yang dicop penghuni kelas paling corot di sekolah.. Maaf sekiranya kami tidak secantik atau sehensem rakan-rakan seangkatan kami..Maaf sekiranya kami cacat dan tidak sempurna..Maaf sekiranya kehadiran kami menambah beban dan membuat ayah dan ibu menanggung malu..Maaf..maaf..maaf..

Anakmu telah berusaha untuk membuat ibu dan ayah bangga dengan kami, tapi kadangkala WE CANT JUST BE GOOD ENOUGH FOR U, AND WE CANT PRETEND THAT WE ALRIGHT..
We cant just be perfect..Maaf sekiranya anakmu ini tak dapat menjadi pelajar terbaik dan bergelar doktor seperti anak kawan-kawan ibu itu.. Maaf sekiranya anakmu ini hanya mampu bekerja sebagai kerani disebuah syarikat kecil..Maaf..Maaf..

"I try not to think..About the pain I feel inside..Did you know you used to be my hero?..All the days you spend with me..Now seems so far away..And it feels like you don't care anymore.."

Tahukah ibu dan ayah bahawa anak mu ini juga punya keinginan dan impian seperti orang lain..Cuma kadangkala sekuat manapun usaha itu telah anakmu ini beri, hanya sampai takat itu saja bahagian kami yang telah Allah beri pada kami..Itulah rezeki yang Tuhan beri..Kami tahu ibu ayah sering mahu kami jadi seperti anak kawan-kawan ibu dan ayah, yang belajarnya hingga ke OVERSEA..yang belajarnya hingga keperingkat PHD..yang anak mereka kaya dan mampu membelikan ibu bapa mereka kereta, jam dan handphone berjenama..

Kami tahu ibu dan ayah mahu yang terbaik buat kami.. Dan Allah telah beri dan bahagian masing2..Ada orang rezekinya begini..ada orang rezekinya begitu..sudilah sekiranya ibu dan ayah menerima anakmu yang serba kekurangan ini.. Yang tidak pernah mungkin sempurna..Kerana terlalu ibu dan ayah mahukan kami menjadi yang terbaik sehingga mungkin ibu dan ayah terlepas pandang yang sebenarnya kami mahu ibu dan ayah menerima kami seadanya..Ibu dan ayah mungkin tidak perasan yang kami sebenarnya terluka..Kami sebenarnya berkecil hati bu dan ayah tidak menghargai kehadiran yang begini.."Do u know u used to be my hero..."


"Nothing's gonna change the things that you said..Nothing's gonna make this right again..Please don't turn your back..I can't believe it's just hard to talk to you..But you don't understand.."

Kadangkala ada kata-kata ibu dan ayah itu amat melukakan..Tahukah ibu dan ayah yang apabila ayah mula membanding2kan kami dengan orang lain, itu amat melukakan...Bencikah ayah dan ibu kepada kami..Menyesalkah ayah dan ibu membesarkan kami yang tidak sempurna ini..

Satu kesilapan yang mungkin terlepas pandang oleh ibu dan ayah ialah mungkin ibu dan ayah kurang mendengar..Ibu dan ayah keep on nasihat itu dan ini..Memberi guidance itu dan ini..Mmeberi jalan itu dan ini..Tapi ibu dan ayah tak mendengar..Take just 10 minutes just to listen..Tahukah ibu dan ayah besarnya makna sekiranya ayah dan ibu meluangkan masa hanya 10 minit untuk mendengar..

Ambil masa tonton sejenak video ini, bukan keseluruhan video cuma dari minit 07.45 ke 09.30..kisah seorang anak kecil mencuri untuk membeli sejam masa ayahnya yang berharga 500 ringgit..Terusik hatiku saat aku menontonnya..



Untuk video ini pula cuba tengok dari minit 01.00 hingga ke 03.00..lihat luahan seorang anak yang kecewa dengan ibu bapanya, yang terpaksa mencuri untuk menyelesaikan masalah yang ditanggungnya sendirian..




Bukan semua ibu bapa begini..Alhamdulillah, kedua ibu dan ayahku sangat peyayang dan memahami..Ibu selalu cakap, " Setiap anak dikurniakan rezeki masing-masing..Anak yang ini Allah beri kelebihan begini, anak yang itu, Allah beri bahagian yang lain.."..Seperti abangku, aku tahu dia lebih bijak dari aku cuma mungkin rezekinya di tempat lain, walau dia tidak menjejak ke luar negara seperti aku, dia akhirnya bergelar seorang pegawai tentera laut juga. Contoh adik di bawahku anis, mungkin dia tidak diberi kelebihan untuk masuk asrama seperti kami yang lain dan dia sering berasa rendah diri dan sensitif kerana mungkin terasa seperti dibanding2kan dengan yang lain, tapi Allah beri dia kelebihan yang lain seperti dia sangat pandai dalam seni dan berkemahiran menghasilkan barang yang kemas dan cantik, tidak seperti aku yang buta seni ni hoho..Aku teringat kata-kata ibu, " Ada hikmahnya anis tidak ke asrama, sekurang2nya Allah beri seorang anak untuk berada dirumah to look after your parents..Kalau semua ke asrama siapa yang nak gosok baju ibu dan ayah..?" jenaka ibu lagi hehe..

Dan sering aku kata pada anis, kau kena bersyukur duduk rumah dapat kumpul banyak pahala tolong ibu dan ayah!

Tambah ibu lagi padaku, "Bila kita jadi seorang ibu nanti, sekiranya anak kita tidak dapat mencapai seperti yang kita inginkan, jangan sesekali putus harapan pada mereka. Teruskan menyokong dan menjadi tulang belakang paling kukuh buat mereka. Setiap anak itu Allah telah beri rezeki masing2.Setiap anak itu Allah telah letak potensi dan kemahiran masing2. Manalah tahu anak yang paling corot dalam kelas itu, sekiranya kita maksimumkan kebolehannya, dia bermula dengan business ladang kecil2an jadi lebih kaya dari anak kita yang pintar yang bergelar doktor itu. Manalah tahu anak yang doktor itu yang kita bangga2kan sangat, buang kita setelah kita tua (nauzubillah min zalik..), dan anak kita yang hanya bergelar kerani biasa itulah yang setia menjaga kita hingga ke akhir hayat..Kita tidak tahu..Maka kasihilah anak kita itu, kelebihan dan kekurangan mereka seadanya.."

Dan bagi aku juga, tinggi rendah darjat seseorang itu bukanlah terletak kepada tingginya sijil2 dan anugerahnya, atau kekayaannya..Tapi ia terletak kepada budi bahasanya, kerendahan hatinya, dan taatnya ia kepada kedua ibu bapanya dan bakti mereka pada orang sekeliling dan masyarakat keseluruhannya..Bak kata entryku sebelum ini, " Ikutlah resmi padi makin berisi makin tunduk".. Setiap dari kita punya potensi masing2, punya bahagian masing2, punya ujian pada kita untuk mencai potensi diri dan memaksimumkannya..Apa guna muka cantik, otak pandai, kaya raya tapi tak guna kalau kedekut miskin hati dan budi pekerti..

Anak ialah anugerah Tuhan..Isi hati mereka dengan makrifatullah (mengenali Allah yang Esa), mengenali iman dan agama..Bimbing supaya mereka bukan sahaja berjaya didunia alam fana ini, tapi menjadi khalifah yang membawa ibu bapa mereka ke syurga..

Aku sering berjenaka pada ibu;

" Ibu, ibu tahu tak yang ibu sebenarnya dah kaya.."
Ibu jawab, " Mana ada kita kaya, kia sederhana.."
"Tak..ibu sebenarnya dah sangat kaya..Lebih kaya dari apa yang ibu bayangkan.."
Ibu pandang aku..Hairan tengok aku merepek..
" Ini harta ibu dan ayah..Anak-anak ibu yang comel lote ni (perasan! (0_0)hehe..) Anak-anak ibu yang ibu besarkan ini, yang ibu telah didik dengan agama dan ilmu dunia..Anak-anak ibu inilah harta sebenar ibu..Yang akan tidak putus-putus mengirim doa semoga ibu dan ayah sentiasa sejahtera dan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki..Yang apabila tempat dunia ini sudah tamat, doa-doa anak-anak soleh solehah inilah yang akan menyelamatkan ibu dan ayah dari azab Allah yang maha berat..Inilah harta ibu dan ayah yang amat-amat bernilai.."

Sebab itulah, aku sangat berharap semoga ada rezeki, berikanlah aku walau hanya seorang zuriat (kalau boleh nak ramai! hehe), supaya ada orang yang mendoakan aku diselamatkan dari azab kubur dan api neraka yang tak tertanggung itu..

Wahai ayah dan ibu, aku amat menyintaimu..Terima kasih buat jutaan kalinya kerana telah mendidik aku dengan sempurna dan sudi menerima anakmu ini yang punya jutaan kelemahan ini..seadanya..

Oklah, sampai disini sahaja..Aku kena belajar hehe..


SAYANGILAH IBU BAPA ANDA!!


Wallahualam.