... I am A restless brain ...

Friday, December 9, 2011

...sebuah IMPIAN ...yang sederhana..

Assalamualaikum wbt

fosterbrook neighbourhood, 11.38 pm

Malam makin lanjut. Mataku masih belum layu, ia masih segar dan peka. Esok pagi aku harus kekelas meredah cuaca Dublin yang sangat2 tidak memberangsangkan. Angin kuat, langit mendung, dan hujan tidak henti-henti. Setiap hari kekelas, aku kuyup dan menggigil kesejukan. Cabaran..cabaran.. Tahun ni salji lambat turun, sudah hampir pertengahan bulan disember, masih belum jelas tanda2 kapas putih itu akan tiba.

Hati kacau. Tiba-tiba aku rasa serba tak kena.Cepat2 aku menutur kalimah syukur alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan yang telah Allah beri buat diriku yang serba khilaf lagi hina ini. Aku tidak mahu merungut atau mengeluh. Sesungguhnya apa yang telah Allah beri buat aku terlalu banyak sehingga aku berasa malu untuk meminta lebih. Malu kerana kurniaan dan nikmatNya terlalu banyak sekiranya nak dibandingkan dengan amal ibadah yang telah kuhadiahkan buatNya. Amal ibadahku yang penuh cacat cela dan serba kekurangan. Malu. Malu sungguh aku pada Nya.

Melayan perasaan tidak enak itu, cepat2 aku mencapai mathurat dan kubacanya. Dan sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang;

"Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) , maka sesungguhnya AKU DEKAT..Aku KABULKAN permohonan orang yang berdoa apabila DIA BERDOA KEPADAKU..Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran." (Albaqarah : 186)

Aku buka facebook. Di ruang home, aku terlihat sebuah video yang diposkan oleh salah seorang rakanku;



Ok. Filem Ombak Rindu dah keluar. Teringat aku masa zaman2 remaja aku dulu, aku pun cukup rajin baca novel-novel macam ni. Lebih-lebih lagi bila ibu pun suka sangat baca novel. Aku masih ingat, novel yang paling aku suka ialah novel Bicara Hati, nukilan Damya Hana. Suka sangat. Kisah dia pasal seorang lelaki dan wanita ni yang berkahwin kontrak dan akhirnya mereka jatuh cinta sepanjang tempoh perkahwinan mereka walhal mereka sudah berjanji ingin bercerai setelah kontrak tamat. Aku masih ingat jalan ceritanya satu persatu kerana dari novel itu, aku belajar tentang apa itu hubungan suami isteri dan bagaimana kita jatuh cinta. Seingat aku, masa tu aku memang sangat bodoh bab bercinta ni. Time kecil2 masa aku jadi perwakilan pelajar, aku ni garang, dan aku pun tak cantik mana. Siapalah yang mahu huhu Tapi apa yang aku amat pasti, satu hari nanti, aku juga akan temui jodoh aku, kerana aku tahu, Allah telah tulis segalanya untuk aku. Tapi jangan ceritalah kan, aku ni memang budak kuat berangan, selalulah aku berangan2 kalau2 pertemuan aku dan jodoh aku tu nanti ada ala2 cinta macam dalam novel Bicara Hati ni, pertemuan yang tidak dirancang, berkahwin dan jatuh cinta setelah perkahwinan itu. Indahnya. Manisnya.Tapi itu hanya angan-angan. Realitinya terlalu jauh berbeza.

Aku pernah baca novel Ombak Rindu ni sebab aku masih ingat kisahnya. Tapi kisahnya memang sedih sebab pada awalnya yang hero tu layan heroinnya dengan sangat buruk dan mereka jatuh cinta selepas berkahwin. Tapi aku tak nak kupas tentang ombak rindu ni dalam entry aku kali ini.Aku pun tak tengok lagi filem ni. Tapi apa yang lebih menarik perhatian aku tentang video tadi ialah, kehidupan Maya Karin dan Lisa Surihani sebagai artis popular disanjungi dan diminati ramai.

Kadang2 aku tertanya2, seronok ke jadi artis? Seronoklah kot sebab pertama artis ni cantik. Pastu dapat peluang solek2 and pakai baju cantik2. Fitrah perempuan memang suka nampak cantik, apatah lagi jadi perhatian. Bukan macam aku ni, buta fesyen. Nak bersolek, memang nak sapu celak pun aku tak reti. Malu gakla ngan kawan2 sebab tak pandai nak berhias2. Pakaian aku pun simple je pergi kelas. Memang konfemlah takde sape nak pandang aku ni hihi Family aku kata, belajar je kat oversea, bila balik malaysia, camtu je pakaian aku. Aaaaahh aku tak kisah, asalkan aku selesa dan aurat aku dijaga.

Sambung balik pasal artis tadi. Cantik. Yang kedua diminati ramai, dipuja, dirindu, disokong..semua semualah..Contoh macam lisa surihani tu kan, facebook die saja da dekat 2 juta orang like. Siapa yang tak nak disukai kan? Setiap pergerakan, percakapan semua orang nilai dan puji. Pendek kata rasa macam PRINCESS zaman dulu kala tu. Jadi pujaan setiap rakyat. Pastu popular pula tu kan. Sebab itu no wonderlah kan kalau ade audition akademi fantasia ke, mentor ke, gadis melayu ke, berduyun-duyun masyarakat kita akan pergi. Semua nak jadi artis, selebiriti, orang kata terjun ke dunia artis. Sebab dalam dunia artis, dari segi materealistik memang menjanjikan syurga dunia. Yang tak cantik jadi cantik. Yang tak kaya jadi kaya raya.

Aku ni pula, memang susah la nak suka artis. Kat rumah aku dikawasan ampang sana, memang selalu sangatlah jumpa artis2 ni sebab ramai yang duduk situ. Tapi aku masih rasa kenapa aku kena minat kat mereka ni? Kadang2 aku pelik, kenapa kita lagi ghairah dengan gosip2 artis, daripada kita ghairah dengan perkembangan ilmu pendidikan, ceramah2 agama, isu2 semasa. Aku selalu tanya ibu, kenapa sekarang kerajaan pilih duta2 pembangunan modal insan semua dari kalangan artis, bukan dari kalangan ilmuwan dan ulama. Kenapa mesti artis? Bila jadi duta, mestilah duta itu akan memberikan contoh dan mesej atas apa yang sedang dipromosikan. Aku tak nafikan artis bukan tak baik, mereka ada yang baik. Cuma aku rasa lebih molek jika kita mengetengahkan budaya ilmuwan dan unsur2 keimanan dalam promosi2 pembangunan modal insan. Kerana dengan ilmu dana agamalah antara elemen paling penting dalam usaha membentuk masyarakat yang lebih teguh dan kukuh.

Seronoklah agaknya kot jadi artis. Kalau tak seronok kenapa orang2 berlumba2 hantar gambar untuk menyertai pertandingan Dewi Remaja dan berusaha menyertai realiti2 TV. Tapi kan, I just think that budaya hedonism (hiburan) makin membuat masyarakat makin hanyut. Ye, hiburan tidak dilarang dalam Islam. Tapi ada batas dan peraturannya. Sebenarnya kan, budaya hedonisme yang paling dasyat kita boleh tengok dekat amerika syarikat. Orang paling kaya kat sana ialah golongan artis. Mereka sangat berpengaruh. Buatlah konsert banyak manapun, konfem laku sold out tiket. Rakyat Amerika sangat mengagungkan artis. Kalau dalam dunia modelling pun, nak berjaya jadi model, pergi amerika. Tak percaya lihat sahaja betapa berjayanya model2 Victoria Secret. Mereka sangat kaya dan berpengaruh. Sampai ada yang sanggup bunuh diri untuk artis. Di Eropah, budaya ilmu itu lebih unggul, sebab itulah dikatakan kebangkitan Islam itu akan bangkit di eropah.

Sahabat, hidup ini bukan sekadar untuk berhibur. Ye, aku tak nafikan seronok jadi maya karin, seronok jadi lisa surihani. Cantik, seksi, dipuja dan digilai ramai. Tapi bagi aku, tak mengapalah andai manusia tidak nampak aku, tidak rasa yang aku cantik, tidak rasa aku signifikan dalam hidup mereka. Yang penting ialah pandangan Allah, bukan pandangan manusia. Yang penting Allah REDHA. Yang penting aku mengikut jalan yang menuju ke syurga di akhirat sana.Tak mengapa jika mereka kata, aku tidak pandai bergaya, aku berselubung satu badan, tak menarik. Pakai beg sandang belakang macam budak sekolah rendah pergi kuliah diuniversiti. Kasut pun dah berbulan tidak bertukar. Aku bisa tarik perhatian hanya dengan jadi seksi macam artis2, kalau kena strateginya, boleh tarik perhatian kaum adam, sebab setiap wanita itu diciptakan cantik. Tapi..apa yang penting bagi aku,cukuplah hanya bakal teman hidup aku tahu betapa istimewanya aku. Lagipun, dilindungi semua ini hanya untuk yang berhak sahaja. Ia bukan untuk ditayang. Ia eksklusif hanya untuk nakhoda bahtera ku nanti. Istimewa, hanya untuk yang berhak.

Orang kata, dunia ialah syurga buat yang tidak beriman, dan kadangkala menjadi neraka buat yang bertaqwa. Kerana orang bertaqwa selalu diuji Tuhan. Sedih juga memikirkan, ramai yang makin hanyut mengejar syurga dunia yang tidak seberapa jika nak dibandingkan dengan syurga akhirat yang berjuta kali lebih nikmatnya. Hiburan. Hiburan. Hiburan. Kita hidup didunia ini, kita ada tanggungjawab dan peranan. Bukan sekadar nak bersuka ria. Kita ada tugas. Tugas sebagai khalifah, dan tugas untuk beribadah. Jangan lupa dua perkara itu.Kita tak boleh kata yang kita nak hidup macam ni je, enjoy life to the fullest. Kita tak tahu bila kita akan mati. Entah esok, entah lusa, entah kejap lagi. Hidup ini amanah. Nyawa ini pinjaman.

Memanglah ikut rasa, nak bersuka ria je. Berparty, berseronok. Lebih2 lagi sekarang kawan2 ramai yang dah ada gaji sendiri. Ada kereta sendiri. Life is wonderful. Tapi ingat, sudah selesaikah amanah2 yang harus kita jalankan? Mari kita muhasabah.

Bercakap tentang impian tadi. Kenapa aku letak tajuk entry ini impian yang sederhana. Sebab nak cerita impian aku ni pelik. Orang berlumba2 nak jadi kaya, berpangkat dan popular. Tapi impian aku pula, aku hanya mahukan hidup yang sederhana. Tidaklah miskin tidak berduit, duit itu penting, lebih2 lagi impian aku nak buka sekolah anak2 yatim, nak buka surau dan masjid atas nama ibu dan ayah. Nak bela adik2 PERNIM dan kanak2 yang terbuang yang lain. Dengan izinNya insyaAllah. Jadi duit itu penting dan aku kena cari duit.

Tapi, aku tak tau kenapa aku tak pernah rasa nak jadi macam artis tu yang cantik, seksi, popular. Impian aku, aku nak hidup sederhana bersama jodoh ku nanti, aku nak ada ramai anak, dan aku impikan kehidupan yang biasa. Yang biasa. Sebuah kehidupan, sebuah rumah yang sederhana tapi nyaman dan diberkati untuk aku membesarkan anak2 aku, menjaga kedua orang tuaku dan adik beradikku. Kadang2 rasa macam nak duduk dalam suasana kampung yang ada sawah padi, ada sungai, ada pantai..Subhanallah, aku tulis je aku dah boleh bayang seronoknya kalau aku sedang berjalan2 di pantai, mendengar desiran ombak dan menikmati angin yang menampar lembut pipi. Nak kata aku ni orang kampung, memang bukan sebab aku dilahirkan dan dibesarkan dalam kotaraya kuala lumpur. Entahlah. Mungkin kerana dipayungi langit luas dan dikelilingi ciptaan alam yang indah ini mendekatkan lagi aku kepadaNya..Aku tidak mahu seperti artis, yang kemana sahaja diekori. Aku enjoy berjalan tanpa make up yang tebalnya berinci2 dan tanpa baju2 branded, cukup sekadar hanya beraju t-shirt dan berseluar tracksuit kepasar2 malam, melihat pak cik dan mak cik disana berniaga mencari rezeki melihat keletah manusia berbagai ragam. Itu semua buat aku cukup terhibur dan bahagia.Itulah hiburan buat aku. Berjalan..Melihat..Berfikir..Cukup buat aku bahagia.

Namun hidup, tidak semudah itu. Hidup ada tugas. Tugas pada Allah, RasulNya, agama, keluarga dan masyarakat. Aku harap sebaik aku pulang ke Malaysia, dapat aku bina mahligai impianku yang sederhana itu. Ia tidak perlu banyak modal kewangan atau material. Impian aku itu boleh dibina dengan kasih sayang , cinta, tanggungjawab dan ya, sedikit modal wang. Bagi aku, aku tidak perlu wang berjuta, aku mahu ketenangan kasih sayang dari orang yang tercinta. Dalam sebuah dunia kecil yang sederhana. Ya, SEDERHANA.

Aku akan belajar bersungguh2, kerana ilmu adalah kunci untuk merealisasikan impian. Sebelum aku nak tolong orang, aku kena tolong diri aku, mantapkan diri. Aku mahu sesuatu yang bukan hanya dapat memantapkan diri aku sahaja, tapi aku mahu sesuatu yang dapat diberi pada orang lain juga. Jadi aku tidak boleh hanyut, aku harus punya wawasan. Aku ingin jadi orang yang bermanfaat pada orang lain. Semoga impianku yang sederhana itu akan dapat direalisasikan.

"Bekerjalah bagai kita hidup seribu tahun lagi.
Beribadahlah bagai kita mati pada esok hari"

1 comment:

farizamm said...

Biar miskin harta, Jangan miskin jiwa. ;)