... I am A restless brain ...

Saturday, January 28, 2012

me..as your big sister ( part 1 )

7 Januari 2012, 7.47 pagi..

Dublin Airport..

Aku di Airport Dublin.sebentar lagi aku akan berlepas menuju ke gatwick London untuk menjemput kedua- dua adik ku yang bakal tiba dari kuala lumpur. Tak sabar aku hendak melihat muka excited kedua- dua anak dara tu. Yelah, waktu aku mula - mula fly dulu pun jangan katalah macam mana excited nya aku..sekarang ke asyik homesick nak balik. Dah bosan agaknya. Dah empat tahun aku menetap disini, bersama tawa tangis menempuh segala onak liku sebagai seorang pelajar perubatan. Kalau ikutkan rasa hati ingin sahaja aku pulang tapi ditabahkan jua hati menempuh perjalanan ini..

Jauh disudut hati ada sedikit bimbang dan susah hati. Iyalah tanggungjawab untuk menjaga kedua- dua adik ku yang masih mentah selok belok berada di dunia barat. Teringat aku pada ibu, sejak seminggu kebelakangan ini ibu asyik bad mood. Ada sekali tu sewaktu aku sedang Skype dengan ibu, adik-adik ku macam sedang bertekak dengan ibu. Yang ibu katakan yang anis tak mahu gosok baju kerjanya, yang anis pula rasa stress kerana ibu asyik bad mood sepanjang hari. Hmmmm sebenarnya aku tahu mengapa keadaan jadi tegang tiba- tiba. Ibuku sebenarnya susah hati sekali memikirkan anak- anak perempuannya akan berjalan sendiri jauh dari sisinya, bukan jauh sedikit, jauh merentas benua. Yang si anis pula tak faham yang ibu sebenarnya bersusah hati sebab itu lah mood ibu kebelakangan ini tak berapa nak baik.

Sehari sebelum wawa dan anis bertolak, aku bersembang bersendirian dengan ibu. Kata ku, aku tahu yang ibu sebenarnya marah- marah kerana ibu bimbang. Ibu diam sahaja seolah- olah mengiyakan kata- kata ku. Aku faham keadaan ibu, walau pun aku belum mempunyai anak sendiri, even hanya sebagai kakak, aku pun sebenarnya banyak bimbangkan keselamatan adik- adik ku. Iyalah, adik- adik ku itu masih muda dan mentah. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Pengalaman belajar jauh dari keluarga banyak mengajar aku tentang erti hidup dan bagaimana untuk survive ditempat asing. Dan adik- adik ku selama ini belum pernah lagi duduk jauh dari keluarga. Jadi masakan aku, ibu dan ayah tidak bimbang..

Aku cuba memujuk ibu. Kata ku, "Ibu, adik- adik sudah dewasa.. Mereka perlu dilepaskan terbang sekiranya mereka mahu pandai untuk menjelajah dunia. Pengalaman adalah guru yang terbaik untuk mereka. Satu waktu nanti apabila mereka telah mempunyai arah tuju hidup masing- masing, kita tetap perlu melepaskan mereka pergi, sepertimana ibu telah lepaskan adik terbang tak lama dulu. Kita mungkin rasakan bahawa mereka masih kecil dan memerlukan perlindungan kita, tapi hakikat nya mereka telah dewasa.. Apa yang boleh kita lakukan ialah banyakkan bertawakal. Sesungguhnya tiada penolong yang lebih baik selain Allah swt. Ibu doakanlah semoga kami sentiasa dilindungiNya walau dimana sahaja kami berada.."

Sebentar lagi adik2 ku bakal tiba, dan aku akan memikul tanggungjawab penuh untuk melindungi mereka..

Bersambung...

No comments: