Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Heh, lama sunguh tak menulis di blog yang usang ini. Selama lapan bulan ini sebenarnya aku sedang melalui satu fasa transisi hidup yang boleh dikatakan besar juga lah. Daripada bergelar seorang houseman cabuk, sudah di naik taraf kepada seorang medical officer. Kalau dulu nya bagai lembu dicucuk hidung saja, sekarang tanggung jawab dan peranan adalah lebih dari itu.
Alhamdullillah. Kesyukuran di atas nikmat yang melimpah ruah. Dengan izin dari Nya, aku dapat penempatan di klinik kesihatan. Actually aku nak further study untuk jadi physician. Maklumlah memang jenis orang kuat belajar dan berusaha ceewaahhh. Dah beritahu husband, tapi husband suruh aku rest kejap. Disebabkan masalah-masalah peribadi. Tup tup pula tiba tiba ditempatkan di klinik kesihatan. Lagilah semakin jauh je terasa impian dan sambung belajar tu hahahahaha
Sebenarnya berebut rebut doktor doktor lepasan houseman ni nak duduk di klinik kesihatan. Maklumlah, kerja di klinik kesihatan ni office hour je. Cukup masa je balik. Duduk klinik jumpa kes kes yang tak berapa nak cemas atau teruk. Kalau jumpa yang teruk teruk, kenalah refer ke tertiary hospital. Nak nak lagi KK yang tiada oncall (berada dekat dengan hospital besarlah ). Jadi keutamaan diberi kepada doktor doktor wanita yang berkahwin apatah lagi yang beranak pinak. So doktor wanita ni even sibuk di klinik pada office hour masih dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu di rumah.
Dulu sebelum aku jadi medical officer di klinik kesihatan, masa aku houseman dan medical student lah, aku pun mempunyai persepsi yang medical officer di klinik kesihatan ni semuanya tak berapa nak up sangat kalau nak di bandingkan dengan medical officer yang duduk di hospital hospital besar. Mungkin di sebabkan oleh tahap ke'kritikal'an pesakit jika nak dibandingkan di kedua dua level. Even masa aku jadi MO floating di ED hospital melaka semasa menuggu penempatan pun, ada beberapa KK MO yang membuatkan aku sedikit annoyed dengan sikap sambil lewa me'refer' bagai melepaskan batuk di tangga kepada hospital besar. Sampaikan ada beberapa MO yang aku memang 'mark' la kerana ke'tidak proper'an mereka dalam merefer kes haha.
Sebagai contoh ada referral yang selalu datang dari seorang MO di mana semua budak kecil bawah 2 tahun, even memang budak even demam selsema tapi masih aktif dan tolerating orally well yang mana boleh di discharge di peringkat klinik sahaja, tapi di refer kepada kecemasan untuk penilaian kedua. Lebih kurang macam tak nak di pertanggungjawabkan kalau berlaku sesuatu lah kerana pesakit di bawah umur 2 tahun. So nak juga hantar ke kecemasan untuk penilaian kedua ( yang sememangnya tak perlu pun). Jadinya makin bertambah tambahlah workload hospital dengan kes kes yang tidak kritikal. Ataupun kerenah MO kk yang sambil lewa me'refer' untuk rule out appendicitis, tapi tidak spoken dahulu dengan surgical team, terus menghantar patient ke green zone tanpa hairan pun nak buat UFEME (ujian air kencing) dan FBC (full blood count) di peringkat klinik. Ini dikatakan me'refer' bagai melepaskan batuk di tangga sahaja.
Sampailah masa aku sendiri merasai pengalaman bekerja di Klinik kesihatan di negeri pahang ini. Tapi aku berjanji pada diri, aku tidak akan jadi MO yang sebegitu. Belajar, bekerja semua mesti tip top! Nak refer, biarlah aku merefer dengan ilmu dan dengan tanggungjawab.
Nak cerita ni bukan untuk mencari kelemahan sesiapa. Kalau nak kata lemah, aku ni lagi banyak kelemahan. Sekadar berkongsi kalau ada antara kita pernah terlepas kata kata atau tidak perasan yang ianya berlaku.
Ada satu kejadian dua hari lepas yang memang membuatkan perasaan aku ni membuak - buak untuk menulis semula. HMMMM .
Ada satu kes yang agak kritikal yang perlu aku refer kepada satu team di sebuah hospital besar. Setelah berbincang dengan FMS ku, dengan semua investigations lengkap aku pun bersedialah nak menghubungi MO oncall team, berkenaan.
" Helo.. Saya Dr Farah dari KK *******. Saya nak refer satu kes kepada U boleh ke?" lembut suara aku dari hujung telefon.
" Whaattt??!! KK mana yang call I ni??" Kasar balasan dari sebelah sana.
" KK *******. My FMS asked me to refer a patient to your team for further management...." Belum habis kata-kata kedengaran herdikan dari hujung sana.
"Kenapa KK ******* refer pada i?! Anyway I dont take referrals from any klinik kesihatan. I only take referrals from hospital only! If U tak percaya U can ask my H.O.D **********. Okay?"
" Actually this patient is from your area, came to us because he is hiding his illness from his family at first. Im so soryy but my FMS kata usually untuk kes macam ni kita akan refer kepada primary team dulu straight away. Usually before this lebih senang macam tu because all the diagnosis and investigations all ready already.. Ke U nak dengar dulu kes apa ni I cerita dulu?.." Aku cuba mencari ruang supaya MO ini MENDENGAR kes hendak direfer ni.
" No!I dont want to listen to cases yang tak ada kena mengena dengan I! Hey U dont ever write my name suka suka hati U je ye kat letter U! Kalau U nak kes di refer pada my team, U refer kepada hospital berdekatan. Then biar doktor hospital je yang refer kes dengan I! Faham?!" bongkak sangat bunyinya di hujung sebelah sana tu.
" OKAY THANK YOU BYE." Kasar aku letak gagang telefon. Kembang kempis hidung aku ni menahan marah. Keinginan untuk memaki semula atas kekurang sopanan MO ini aku tahan sahaja. Cepat cepat aku beristighfar. Hebat sangat doktor *#*%*# ni. Diherdik herdiknya aku macamlah aku ni MO sampah yang tak setaraf dengan dirinya. Apalah salahnya bercakap dengan sopan dan menerangkan situasinya dengan baik. Tak adanya aku ingin sangat nak tulis nama awak atas referral letter aku. Kalaulah KK ni ada semua keperluan ubat dan perkakas untuk merawat pesakit disini, tak akan aku susah susahkan orang di hospital untuk take over rawatan pesakit ni.
Aku beritahu FMS ku apa yang terjadi. Dia juga bengang. "Sejak bila pula staff klinik kesihatan dah tak boleh refer kepada primary team ni!". Yelah bila kami call surgical untuk kes appendiks, ortho untuk kes fracture and ligament tear and even O&G untuk kes kes biasa, rileks je mereka menerima kes aku. Team O&G kami siap kena spoken dengan pakar lagi selalunya. Kalau salah kekadang tu memang padanlah kena marah dengan pakar haha. Siapa suruh tak banyak ulangkaji O&G haha. Jarang aku call team yang satu ni, bila call, begini pula caranya.
Melihatkan pesakit aku ni di reject dan ditolak tolak macam bola di antara kecemasan hospital daerah dan hospital tertiary, aku membuat keputusan untuk terus berhubung dengan pakar perubatan. Bila aku call pakar perubatan, lemah lembut sahaja suara mereka di hujung talian. Mereka mendengar kes ku dari A sampailah ke Z. Alhamdulillah, dapat juga aku admit pesakit ku yang agak tenat itu. Mahu juga pakar tadi mendengar kes dari MO KK yang cabuk ni. Pakar okayh. Tinggi budi bahasa. Kenapa yang anak buahnya macam singa, aku pun tak tahu. Kasihan pesakit aku tu, tahulah end stage AIDS ni rawatannya DIL/NAR sahaja, tapi treat them with some respect. Mereka juga layak menerima layanan yang baik di hujung usia mereka.
Teringat lagi satu kes aku refer seorang budak perempuan anak orang asli kerana kekurangan berat badan. Masa tu macam baru beberapa hari aku baru mula bekerja di klinik kesihatan, aku dah jumpa kes kes pelik dan tak menyenangkan ni. Bayangkanlah, budak tu umur 2 tahun tapi berat dia 5 KILO je! Kecil je budaknya. MO yang sebelum sebelumnya semua entah kenapa tak pernah refer kes budak ni.
Disebabkan blood IX semua dah ada dan aku dapati dia macam hypothyroidism, kemungkinan sebab itulah proses pembesaran nya terbantut. Aku ni dengan polosnya pun call lah MO oncall bertugas dengan niat suci murni hendak merefer kes ni.
Habis je merefer aku bagai diserang serangan pedang kata- kata. dah macam bom atom dah. Terkejut mak ni nakk oiii. Dahlah baru start kerja KK masa tu.
"Hey, bodoh ke mak bapak dia tu! Tak sekolah ke apa?! Kau tahu tak anak kangaroo lagi berat dari anak dia?! Gila betullah budak 2 tahun berat macam baby! Korang kat KK ni sekarang baru nak refer kat aku kan! Kenapa baru sekarang kau nak refer kat aku! Hisssshhh gila betullah mak bapak sekarang ni. Kau tanya sikit mak bapak dia sekolah mana meh aku nak ajar sikit!!"
Disebabkan dia sebut 'kangaroo' aku memang tak boleh lupa herdikan dia sampai sekarang. Mak budak ni actually dengar tau MO dalam telefon tu sebab dia duduk betul betul depan aku. Suara MO tu pula kuat. Bergenang genang air mata si ibu ni. Pastu bila MO ni dah macam out of control dia punya 'histeria', aku cakap, " Bertenang bertenang.. saya pun baru pertama kali jumpa pesakit ni, kenapa tak refer sebelum ni, saya tak dapat nak jawab. Parents pesakit ni ada masalah rumah tangga, sebab itulah kanak kanak ni terabai sikit.."
Barulah MO ni macam cool down sikit. Ayah budak ni memang tak beri izin refer anak anak nya ke hospital, entah sebab pemikiran ortodoks ke aku pun tak tahu. Dah anaknya tak membesar kecut je macam tu pun masih dengan kepercayaan hospital dan rawatan moden semua karut. Yang jadi mangsa sang ibu lah. Ibu pula nak anaknya dirawat dengan baik. Esoknya aku hantar ambulans depan pintu rumah okay untuk bawa anak kecil tu ke hospital. Punyalah usaha kami untuk membantu ibu dan anak yang dalam kesusahan.
Lagi satu last story aku masa merefer yang ni lagi best. Seorang bayi berusia 5 hari dimasukkan ke wad disebabkan demam campak teruk. Admitted for 2 weeks then discharged. Malangnya after discharged ibu nya pula terkena jangkitan chicken pox termasuklah semua ahli keluarganya berjangkit jangkit teruk. So aku rasa bimbang sangat untuk bayi ni sebab chicken pox jangkitan biasa untuk orang dewasa, tapi bagi anak kecil ni berisikolah.
Aku ingin start kan antiviral untuk si ibu, bagi cepat sikit chicken pox nya hilang, lagi lagi si ibu tadi datang cepat pada onset virus ini. Sebab dia tengah menyusukan bayi kecil nya itu. Disebab kan bayi tadi pun baru complete antiviral nya di hospital so aku jadi bimbang sebab tak sure samada boleh kah ibunya mengambil antiviral ketika menyusu badan. Sebab ubat itu akan masuk ke dalam susu ibu. Aku bertanya apada FMS ku, kami sendiri tidak pasti. Bertanya pada farmasi, mereka juga ralat. Aku dan Fms adalah research sikit di internet, tapi tak ada guidelines yang clear.
Jadi kami mengambil keputusan untuk bertanya pada yang lebih AHLI dalam hal ini. Itulah yang diajar oleh medical school ku dulu. Masih terngiang ngiang pesanan prof john, "ACT WITHIN YOUR AREA OF EXPERTISE". Kalau tak pasti, rujuklah kepada yang pakar dalam bidang bidang tertentu. Sekurang kurang nya kami membuat research dan berusaha sebelum menemui jalan buntu.
Again, teruk aku dimarahi yang disebelah sana. "What the heck are U talking about I dont understand! Now U be honest with me. U sengaja call I kan sebab U nak ambil nama I to cover your bloody ass kan! ".
Terkejut mak dek non haha. Sampai perkataan 'bloody ass' keluar dari mulut seorang professional. Seseorang yang aku hormati. Tupun kalau dah kena maki hamun berbakul bakul kalau dapat solution pun tak pe jugak, ni aku rasa dia pun tak tahu sebab tu dia tak nak aku babitkan nama dia kes ni. Kecewa sangat hokayh. Disebab kan aku ni MO yang tak pakar dan tak berapa pandailah aku bertanya kepada yang mempunyai kepakaran. Tapi entahlah di mana silapnya.
Last last aku suruh mak nya kurang menyusukan anak buat sementara waktu sewaktu dia on medications. Nak buat macam mana, niat kita hanyalah untuk melindungi ibu dan bayi. Dan susu ibu untuk beberapa bulan pertamalah adalah yang penting dalam proses bonding. Sedih sangat bila teringat balik. Tapi biasalah tu, ada sesetengah orang ingat MO KK ni memang sengaja nak lepas tangan atau ambil jalan mudah. Akibatnya pesakitlah yang terabai.
Aku tak nafikan ada juga MO KK yang bila dah lama 'mereput' di KK, sesetengah mereka memang ambil sambil lewa dalam rawatan pesakit, ataupun mengambil sikap acuh tidak acuh dalam merujuk pesakit ke hospital. Tapi jangan lah pukul rata kami semuanya. Alhamdullilah sepanjang aku duduk di KK, jarang sekali aku diherdik dan diperlakukan dengan teruk. Selagi kau buat kerja kau betul -betul, kau refer betul -betul, aku pasti MO di tertiary centre pun delighted to take your referrals. Dan aku sangat faham, kadangkala mereka stress dan penat bekerja di hospital hospital besar dan kawalan emosi memang sangat ke laut. Apatah lagi bila kau bekerja dalam O&G contohnya, respect sangat dengan MO - MO yang boleh ambil referrals aku dengan cool dan berhemah. Kita sama-sama ada stress tersendiri, siapalah kita untuk men'judge' sesama sendiri kan?
Kita sama - sama dalam bidang yang sama. Tidak semua MO di klinik kesihatan kerja mereka tidak mencabar. Walaupun baru setahun sahaja usiaku bekerja di klinik kesihatan, aku sudah merasai bekerja di 3 klinik yang lain pengalamannya. Satu di ceruk felda, satu di sebelah highway yang merbahaya alhamdulillah kini dipermudahkan sikit apabila dapat bekerja di klinik sebelah hospital. Semua berlainan cabarannya.
MO - MO yang bekerja di ceruk pedalaman berat tanggungjawab mereka. Kedudukan mereka yang jauh dari hospital besar menjadikan mereka frontline dalam menyelamatkan nyawa pesakit. Itu tak kira lagi dengan ubat ubatan yang sangat limited. Kadang kadang perkakasan pun tidak cukup. Aku pernah hantar pesakit yang tenat tetapi tidak ada spo2 monitoring, jadinya aku monitor pulse dengan jari jemar mulus ni je sepanjang perjalanan ke hospital. Kadangkala kami intubate patient dengan valium tanpa muscle relaxant. Bayangkanlah kena intubate patient yang fighting, kalau tak intubate desaturating pula. Kadangkala tengah - tengah malam terkial kiallah kami bertiga (doktor, seorang satff nurse, seorang ma) intubate and cpr patient. Nasib tak baik tinggal berdua. Pernah sekali kami perlu intubate pesakit yang beratnya lebih 120 kg dan kami semua perempuan, nak hengsotkan patient di atas katil pun kami tak mampu. Lain dari hospital besar yang mempunyai ramai kakitangan ketika kecemasan berlaku. So maafkanlah kami kalau patient yang kami hantar berada dalam keadaan serba kekurangan.
Ada seorang rakan ku yang dapat kes massive MVA (motovehicle accident), with complete amputation of leg, bayangkanlah keadaan kami yang hentikan bleeding dari major vessels di kaki tu. Nak prevent hypovolaemic shock. Perlu stabilizekan patient sebelum di hantar ke major hospital.Tuhan saja yang tahu betapa kelam kabutnya kami dengan equipments, kakitangan dan medications yang limited. Aim kami nak pastikan pesakit hidup sahaja semasa dikejarkan ke hospital.
Alhamdulillah so far rakan rakan colleague di hospital berdekatan kami sangat supportive dan memahami. Ada yang tak memahami tu, redha kan sajalah. Ada bila kami hantar tu siap kami dimarahi hantar patient dalam keadaan teruk, pun kami redha kan sajalah. Pernah di sergah dengan berbagai soalan kenapa tak buat tu, tak buat ni di tengah tengah malam dengan tak ada staff yang cukup di KK, pun kami telan saja. Asalkan pesakit kami selamat, kami bersyukur. Tak semua orang akan faham keadaan kita di klinik-klinik yang kadangkala daif dari segi equipments. Yang penting pesakit kami selamat.
MO di KK atau hospital daerah atau di hospital besar semua mempunyai peranan masing masing. Kami di frontline bertugas untuk mencegah penyakit dan menyebarkan pendidikan dan kefahaman tentang penyakit kepada orang awam. In sha Allah, even aku hanyalah mo cabuk di KK, setiap pesakit yang aku jumpa aku akan memberi education yang sebanyak mungkin untuk mencegah biarkan ia memakan sedikit masa untuk berleter panjang. Kerana walaupun kadangkala MO di KK ini di pandang sebelah mata, tapi kami memainkan peranan yang sangat besar dan penting mencegah penyakit dari peringkat akar umbinya. Usaha kita yang dipandang kecil dimata masyarakat sangat tinggi darjatnya disisi Allah. Kita bekerja bukan untuk mendapat sanjungan orang, tapi untuk mendapat keredhaan dariNya.
Tiga sahaja kes terpencil yang mungkin tidak disengajakan. Selainnya aku amat pasti rakan rakan seperjuanganku semua baik dan tinggi budi bahasanya. Jauh sekali aku ingin membandingkan budaya kerja ketika di ireland dan di malaysia kerana tekanan dan beban kerjanya terlalu berbeza. Malah saya amat menghormati rakan - rakan seperjuangan yang berjuang di bidang masing masing. Rasa teringin sangat nak masuk ke specialties dan belajar lebih tinggi, tapi buat masa ini ada cita cita lain yang sedang aku kejar. Please doakan usaha dan cita cita ku tercapai. Marilah kita sama saling lebih menghormati dalam bekerja. Terima kasih rakan rakan atas tunjuk ajar yang tak pernah habis pada diri ini.
Chaiyok chaiyok !
1 comment:
walaupun dalam Kementerian yg sama, pn still ade sikap mcm tu ye?? sabar je laa ye sisss...pusing2 pn nnti akan jumpa jgk, lumrah krja gomen...
Post a Comment