... I am A restless brain ...

Sunday, November 25, 2012

::dari jauh gegaran Palestina 2012:: "satu : TIN KOSONG"

Assalamualaikum w.b.t,


Alhamdulillah dengan izinNya dapat juga saya mendapat suatu pagi jumaat yang tenang untuk menulis entry yang sudah lama ingin saya tulis. Jari saya terhalang untuk mencoret bingkisan ini kerana dalam gamat pergolakan Palestin kali ini, saya juga terpaksa berjihad di medan peperiksaan. In shaa Allah exam praktial terakhir sebelum saya melangkah ke finals untuk menamatkan pengajian saya tahun hadapan. In shaa Allah dengan izin dariNya.


Dari dulu saya tekankan, saya bukanlah siapa2 untuk mengupas isu Palestin dengan penuh ilmu, dalil dan falsafah. Saya bukanlah setanding ulama2 besar dan penulis2 hebat. Saya hanyalah insan biasa yang masih berjuang memperbaiki kelemahan diri. Namun, menyedari tanggungjawab saya sebagai seorang khalifah di muka bumi, saya perlu menggerakkan diri saya untuk membantu agama saya, menggunakan kudrat dan keupayaan kepunyaan saya. Justeru saya menganggap, pena ini salah satu senjata saya. Saya mohon maaf atas kelemahan saya, untuk menunggu diri saya sempurna untuk menulis tinta dakwah ini adalah terlalu lama. Janganlah dipandang diri saya yang hina dina ini, tapi hanya pandanglah intipati coretan yang ingin saya garap kali ini. Ingatlah kita pesan Imam Hassan Al Basri >>





Dalam entry kali ini, saya tidak akan menulis tentang berapa jumlah kematian, apa strategi peperangan atau rentetan serangan kali ini. Kerana saya pasti, semua informasi tentangnya sudah tersebar luas di internet. Semuanya berada dihujung jari, tinggal kita mahu atau tidak mahu mengambil tahu saja. Untuk kali ini, saya ingin menulis, pada kaca mata saya, tentang apa yang berlaku disebalik peperangan ini, pada KITA, umat Islam yang memerhati dari seluruh dunia. Ada TIGA points yang ingin saya utarakan.


Point PERTAMA
""saya perlu ambil tahu dan lakukan sesuatu ATAU it is none of my bussiness and there's nothing i can do about it""



Saya berada dibumi Dublin ketika bumi Palestina bergegar lagi. Pada tahun 2009 ketika saya menziarahi bumi anbiya mesir, saya masih dapat mendengar sayup-sayup bunyi bom dari tanah Palestin. Tapi kali ini, saya tidak dapat lagi mendengar jeritan dan dentuman bom dari kejauhan ini, tetapi kesakitan di hati saya jelas terasa. Sudah menyumpah2 saya dengan tentera zionists israel yang tanpa segan silu membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.


Ramai dari kita bila meniti hari-hari peperiksaan, facebook sudah di'deactivate', ruang profile sunyi sepi tanpa status, takut mengganggu fokus. Sejak berita Palestina mula ditabrak kecoh kurang 2 minggu yang lalu, saya telah menjadi pengunjung paling setia news feed di facebook saya. Page activists di Palestin yang saya follow meng'update' berita setiap 10 minit, maka alkisahnya selang setengah jam saya akan buka news feed saya. Sungguh kali ini saya kurang belajar!


Secara jujurnya saya rasa agak pening kepala juga, apatah lagi banyak gambar yang di upload ialah gambar-gambar mayat kanak-kanak dan para syuhada yang menyayat hati, berlubang di kepala, hilang kaki, dalam kambusan runtuhan bangunan. Bertambah-tambah lagilah kurang fokus saya bila elemen emosi dan kemanusiaan mula menyerang benak saya. Tapi, saya tidak peduli kerana saya perlu mengambil tahu!


Dan saya percaya rakan-rakan saya di Malaysia juga, dalam kesibukan bekerja dan belajar, kalian juga jelas mengambil peranan dalam isu ini. Mana tidaknya news feed facebook saya penuh dengan status berkenaan Palestina. Ada yang marah menyumpah seranah, ada yang sedih kecewa dengan nasib anak Palestin, ada juga yang berusaha mencari informasi untuk berkongsi dengan rakan-rakan FB. Alhamdulillah, dalam hebat virus HEDONISME menyerang Malaysia, saya masih mempunyai group of friends yang sungguh peduli hal ummah! ((( Even ada juga dalam kegamatan isu Palestin menyerang dunia, ada juga status2 jiwang kecewa cinta dan status2 cinta rindu dendam kepada kekasih terselit diantara celahan news feed, tiba2 rasa awkward terbaca status tu. buat saya tersenyum, "eh sempat lagi dia ni". Tak mengapalah, mungkin dia tak tahu perkara besar yang sedang berlaku kepada saudara2 kita, kita bersangka baik in shaa Allah )))




Tapi persoalan saya disini ialah, kita rasa marah, kita rasa sakit hati melihat Palestina di hentam lagi oleh zionist durjana. Semangat kita berkobar-kobar ketika ini. Tapi percayalah, sebulan dari sekarang news feed saya, newsfeed rakan2 akan sunyi lagi dari isu palestin. Palestina akan dilupakan lagi. Mereka harus berjuang sendirian lagi. Mengapa ini berlaku? Kerana kita tidak mempelajari apa yang berlaku disebalik peperangan ini. Kita tidak tahu sebenarnya punca dan asbab mengapa peperangan antara mereka tidak pernah habis.

...Tahukah kita sejarah siapa sebenarnya kaum yahudi, salah satu bangsa yang sering disebut Allah swt didalam al-quran, selak al quran surah al baqarah ayat 49-64. Al maidah ayat 78. Al baqarah ayat 120. Bani israel ialah kaum yang diberi banyak keistimewaan oleh Allah tetapi bangsa paling SOMBONG dan EGO dimuka bumi! Kerana itulah kerja mereka ialah membuat kerosakan dimuka bumi! Tahukah kita perancangan jahat Israel sudah lama dirancang, langkah mereka sudah lama diatur untuk menghapuskan umat Islam di muka bumi. Menjadikan Palestin sebagai negara Yahudi sudah menjadi matlamat Zionis sejak akhir kurun ke-19 lagi!


THEODOR HERZL merupakan orang Yahudi pertama yang menggerakkan POLITIK ZIONISME iaitu gerakan yang bertujuan mendirikan negara Yahudi di Tanah Israel. Pada tahun 1896, Herzi menerbitkan buku Der Judenstaat (Negara Yahudi), memaparkan visinya tentang negara YAHUDI di masa hadapan.



...Tahukah kita sejarah pembentukan negara haram ISRAEL, yang bermula dengan usul 1897 oleh seorang wartawan Palestin yang kemudiannya diikuti kongress di Basel, switzerland?Kongres tersebut dilancarkan untuk menempatkan lebih ramai Yahudi di bumi Palestin. Di dalam kongres yang sama, Organisasi Zionis sedunia (World Zionist Organization) ditubuhkan.



Tahukah kita bagaimana dengan tanpa segan silunya bagaimana bangsa israel menceroboh bumi Palestina dengan perpindahan beramai-ramai pada tahun 1904-1914?







Tahukah kita tentang perjanjian Balfour yang telah memudahkan israel mengambil peluang yang ada ketika perang dunia pertama untuk menceroboh bumi Paelstina yang di 'claim' adalah hak miliknya. Memang ada tercatat dalam al quran ketika zaman Nabi Musa dan Bani Israel dahulu, Allah telah menghadiahkan bumi Palestina untuk Israel (surah al baqarah ayat 58), tetapi mereka ini bangsa yang bongkak, mereka sombong dengan Allah yang menyebabkan mereka hilang tanah tersebut. Melalui Perisytiharan Balfour, kerajaan Britain berjanji untuk menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun 1936, Suruhanjaya Peel mencadangkan Palestin dibahagikan kepada negara untuk orang Yahudi dan negara untuk orang Arab. Cadangan ini ditolak atas alasan tidak akan berjaya oleh kerajaan Britain dan menjadi salah satu sebab kepada pemberontakan negara Arab 1936-1939 di Palestin.



Tahukah kita tentang NAKBAH PALESTIN (nakbah = malapetaka yang besar) melalui pengisytiharan negara haram israel secara rasmi 14 Mei 1948. Tahukah kita sebenarnya sejarah krisis PALESTIN-ISRAEL yang telah bermula pada tahun 1987, bilamana INTIFADAH (kebangkitan) bermula, yang mana sebuah kereta kebal israel dengan sengaja melanggar sebuah lori kecil rakyat palestin yang menyebabkan pemandunya terbunuh? Pada ketika inilah penduduk palestin bangkit menyerang secara besar-besaran ketidakadilan yang telah merampas tanah hak milik mereka.



Dan tahukah kita kisah tragedi kem shabra dan shatilla pada september 1982, yang mana pelarian Palestine di lubnan telah disembelih dan dibunuh beramai2 oleh zionist durjana?



Come on guys! Same goes to me, sebelum ini mengapa saya tidak peka dengan isu Palestin adalah kerana saya tidak tahu sejarah ummah! Saya tidak ambil pusing sejarah sistem khalifah ditumbangkan pada tahun 1924. Kita tidak belajar dari kesilapan lampau. Kita tidak mempelajari sejarah, kita terlalu sibuk dengan urusan dunia yang menyilau mata sehinggakan kita lupa tanggungjawab kita sebagai khalifah dimuka bumi. Lihat saja graf umat islam ini, kita sudah berada di bawah NEGATIF, dan kita masih tidak bangkit2 lagi. Masih belum mampu bangkit lagi!




Masayarakat yang tidak mempelajari sejarah, akan mengulangi kesilapan yang sama. Allah SWT menyebut di dalam surah Yusuf ayat 111:

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat ‘ibrah (pengajaran) bagi mereka yang sempurna akan fikirannya. Ia bukanlah bicara yang direka-reka bahkan suatu kenyataan yang mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab yang terdahulu daripadanya. Serta sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman”


So sahabat, let us do our research. Learn about things that happened, act upon it. Jangan jadi seperti tin kosong, yang bunyinya kuat, tapi isinya tiada. Sesibuk mana pun kita hari ini, kita tetap akan dipertanggungjawabkan tentang perihal ummah. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk kita mengubah graf umat islam tadi, untuk meninggalkan paras negatif dan bangkit mengembalikan kesatuan Islam dimuka bumi, menegakkan kembali sistem khalifah. Ingat, suatu masa dulu ISLAM adalah yang paling kuat dan berkuasa di atas muka bumi. Cari jalan untuk kita membantu ummat islam yang kian tenat, melalui ilmu, kepakaran, kebajikan dan teknologi. Bila kita tahu apa yang telah berlaku, hidup kita akan punya visi dan matlamat. Matlamat yang berpaksikan Allah dan berarah kepada akhirat.


Sampai disini saja untuk kali ini, lagi dua points akan saya garap dalam entry sseterusnya. in shaa Allah, dengan izinNya.


p/s : Alhamdulillah, walaupun saya tidak terlalu fokus untuk peperiksaan praktikal saya kali ini atas segala yang berlaku, pada hari exam saya tempoh hari, Allah mempermudahkan segalanya. Lidah saya fasih dan lancar, hati saya tenang dan lapang. Hati saya tidak gentar atau bimbang. Alhamdulillah.

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)

Ketika kecil2 dulu, sangat suka dengan lagu Rabbani 'INTIFADA',meremang bulu roma bila mendengar dan menyanyikannya, tapi saya tak pernah tahu maksud disebalik lagu ni.

tak sangka lirik, '...mewangikan taman yang dicemari', taman itu bermaksud palestina. Ayuh INTIFADA, ayuh mewarnai KEBANGKITAN!





Friday, November 16, 2012

I don't want a "NORMAL" life. Palestin, kami datang =)

Assalamualaikum,


Im avoiding my blog recently because my exam is just around the corner. But, I couldn't concentrate on my books and notes anymore. My head keep on thinking about things happen in Palestin at the moment. Hati terasa panas membara marah dengan tentera durjana zionis yang ketika ini sedang galak membunuh anak2 kecil Palestin. Jari pula asyik2 scrolling my newsfeed y kini penuh dengan update terkini dari bumi Palestin. Sunyi sepi malam ini tidak sedikitpun menenangkan perasaan. Bumi Palestin sedang berdarah. DURJANA kau ZIONIS! SHAME ON U MEMBUNUH KANAK2 YANG TENTU2 BUKAN LAWAN KEPADA PELURU DAN BOM YANG KAU BEDIL KETIKA INI! SHAME ON U!!!!!!


Sahabat2, dunia sedang memanggil. Dengarkah kalian semboyan Islam sedang berbunyi memanggil kebangkitan kita? Dengarkah kalian saudara2 kita di Palestin sedang melaung kehadiran kita? Mereka sedang menuntut hak mereka dari muslim sedunia. Kita tidak akan dapat lari dari tanggungjawab kita terhadap mereka. Tanggungjawab bersaudara.


Ya, pada ketika aku menulis ini seluruh rakyat malaysia sedang bangkit dari tidur yang nyenyak, masing2 berangkat ke tempat kerja dalam keadaan yang aman, harmoni. Dengan sarapan pagi enak, nasi lemak roti canai bersama teh tarik, dihirup sedap sungguh apabila ia menyentuh tekak kita. Pada bila kita menjamah makanan enak itu ingatkah kita kepada saudara2 kita dibumi Palestin yang kini sedang dihentak dan ditabrak? Sudahkah kita mendoakan mereka sewaktu kita berdoa kesejahteraan hidup kita ketika solat subuh pagi ini?


Bedilan peluru Israel tidak menyentuh bumi Malaysia. Tidak juga menempias ke bumi Dublin. Tapi darah yang mengalir dari jasad saudara2 kita disana membakar perasaan kita. Mayat2 yang terkujur menggoncang semangat kita. Luka peluru yang menembus kepala mereka menembus jiwa kita! Mereka sebahagian dari jasad kita. Israel! Jika kau sakiti tubuh2 mereka bermakna kau sakiti tubuh2 kami! Jika kau berniat untuk menjahanamkan Palestin bermakna kau juga berniat untuk menjahanamkan kami!




Kadang2 bila begini kita akan jadi helpless. Saya juga jadi sangat helpless. Saya diperkenalkan dengan Palestin sewaktu ditingkatan 1, ketika peperangan antara Israel dan Palestin sedang rancak bermula. Menonton paparan penderitaan umat Islam yang dilanggar hancur musuh2 Islam, apa yang mampu saya lakukan hanyalah menangis dan menangis. Jiwa kita marah seakan sekiranya ketika ini ada sepucuk senapang ditangan kita, dan ada pula seorang tentera ISRAEL durjana ini berdiri dihadapan kita sambil membakar anak2 Palestin, pasti sudah kita tembak2 dia hingga hancur. Tapi hakikatnya selain doa dan wang bantuan, kita rasa kita tiada upaya meringankan penderitaan Palestin dan umat Islam yang ditindas seluruh dunia.


Siapa kata kita tiada cara lain untuk kita menjalankan tanggungjawab kita untuk umat Islam dunia?? Banyak caranya, cuma kita tidak mencari bagaimana.


Sahabat. tujuan saya menulis entry kali ini, ialah untuk mengajak kalian meninggalkan kehidupan "normal" yang kita sedang lalui kini. Kehidupan normal yang saya katakan ialah mentaliti hidup kita. Impian dan cita2 kita yang biasa yakni;


LAHIR DARI PERUT IBU >> MEMBESAR >> BELAJAR>> MASUK UNIVERSITI >> KERJA >> KAHWIN + SANGAT BAHAGIA (^_^) >> DAPAT ANAK >> TAMBAH ANAK LAGI >> TUA >> PENCEN + MASA UNTUK BEREHAT >> DAPAT CUCU >> MENEMUI ALLAH.


Semua orang akan melalui fasa hidup yang sama. Saya juga akan melalui fasa yang sama seperti orang lain. Tapi kita boleh jadikannya berbeza. Break the cycle. Add some contributions to ummah. Impian dan cita2 kita selalunya akan berlegar2 untuk memenuhi keperluan dan kebahagiaan diri dan keluarga kita sahaja. Tapi jangan lupa, kita punya tanggungjawab sebagai seorang Islam. Tanggungjawab kepada saudara2 seislam yang lain. Setiap dari kita harus menyumbang walau sedikit. Sekiranya kita masih belum mampu turun ke medan perang berjihad bersama rakyat Palestin, bersama rakyat Iraq, bersama muslim Syria, kita tunaikan tanggungjawab mengikut kemampuan kita.


Kalaupun kita tidak mampu turun kesana berjuang, tidak bermakna kita boleh sahaja lepas tangan. Dalam pada kita sibuk menunaikan tanggungjawab kepada ibu ayah dan keluarga, juga pada negara, kita tidak boleh hanya menutup mata menyaksikan keadaan masyarakat dan umat yang tenat diracuni agenda barat, mengagungi HEDONISME. Kita perlu mencari inisiatif lain, berfikir dan terus mencari cara untuk menyumbang kepada Islam. Di bumi Dublin ini contohnya, banyak gerakan Islam antarabangsa yang bergerak kukuh untuk mengembalikan sistem khalifah, mewarisi perjuangan Hassan Al Banna, saya turut menyertai salah satu darinya, begitu juga rakan2 yang lain. Untuk pengetahuan rakan2 di malaysia, di luar negara biasanya mengamalkan kebebasan bersuara, jadi gerakan2 Islam contohnya dapat bergiat aktif dan berusaha membangkitkan agenda2 yang mungkin tidak dapat dilakukan secara terang2an di malaysia. Saya paling berminat dengan gerakan yang ingin membangkitkan sistem khalifah semula, berusaha membentuk generasi yang tidak hanya ingin sekadar berhibur semata. Realitinya, umat Islam kini lemah kerana terlalu disibukkan dengan perkara2 dunia.


Saya masih rasa belum cukup, hati rasa belum puas, sesuatu perlu dilaksanakan dari akar umbi. Ahli gerakan persatuan2 Islam antarabangsa biasanya terdiri daripada individu yang mantap dan mempunyai kesedaran yang tinggi, tapi saya terfikir, bagaimana pula masyarakat di luar sana yang masih jauh dari kesedaran sebegini. Bukan mereka tidak mahu, cuma mereka tidak didedahkan. Saya terfikir, perlu ada juga individu dengan kesedaran sebegini turun ke dunia sebenar dan menarik lebih ramai Muslim untuk turut sama menyumbang. Jadi saya rasakan dengan kelebihan ilmu dan pengalaman yang Allah beri sepanjang saya melihat dunia luar, saya perlu melakukan sesuatu supaya suara kebangkitan ini sampai kepada sahabat2 saya yang lain. Kerana itulah juga saya yang serba daif ini menulis entry supaya mesej ini sampai kepada sahabat2 semua.


Untuk para wanita, sudah tentunya, Allah telah beri kita cara paling direct dan mudah untuk menyumbang kepada agama, sekiranya kita tahu caranya. Jadikan diri kita ibu-ibu kepada bakal2 pejuang Islam yang bakal lahir dari rahim kita. Teringat satu quotes kegemaran saya, "You educate a man; you educate a man. You educate a woman; you educate a generation.” Jadikan diri kita ibu2 kepada pejuang2 islam. Kalau kita nak jadikan anak2 kita doktor, engineer, lawyer, jadikan anak kita doktor tahfiz, engineer tahfiz, lawyer tahfiz. Dont underestimate our power to change the generation. Rakan2 wanita, kita penuhi diri kita dengan ilmu agama, agar kita membentuk generasi Islam yang lebih kuat dan kukuh.




Ada lagi satu cara yang saya suka untuk kongsikan dengan rakan2. Lets do this together. Together, we are stronger. Sejak beberapa tahun yang lepas, saya cuba meneroka secara kecil2an dunia anak2 yatim di beberapa pusat sekitar kediaman saya, dan saya rasakan terlalu sedikit kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab mereka terhadap populasi anak2 yatim ini. Pada hemat saya, anak2 yatim ini ialah permata2 Islam yang kita selalu terlepas pandang. Mereka punya potensi yang sangat besar untuk menjadi rijal2 barisan hadapan, yang perlu digilap dan dibentuk dengan sempurna. Masalahnya cuma, mereka terlalu diabaikan oleh masyarakat, sehinggakan cahaya potensi mereka malap dan hidup mereka tiada tujuan. Sayang sangat2, sayang bakal2 pejuang Islam ini tidak dididik dan digilap dengan sempurna. Jadi sahabat2 yang bekerjaya hebat2 belaka, ayuh jalankan tanggungjawab kita, ambil inisiatif dalam kesibukan kita memenuhi keperluan diri, kita turun padang meluangkan sekali seminggu mungkin, atau sekali sebulan kalau kita terlalu sibuk. Turun memberi inspirasi, turun memberikan kasih sayang agar mereka juga terdidik menjadi insan yang membesar sempurna seperti anak2 kita sendiri.

Just remember, "There's no need to be perfect to inspire others. Let others get inspired by how you deal with your imperfections."


Kalau tak meluangkan masa, kita berikan kasih sayang. on the way pergi kerja, kita singgah beri beras, makanan, sumbangkan buku, al quran, upah guru mengaji atau kelas tambahan. Banyak yang kita boleh buat, kalau kita mahu insyaAllah.


Sebelum saya berundur, dan membuka balik nota2 study yang ditinggalkan tadi, dengan rendah hatinya, saya ingin berkongsi impian2 kecil yang saya pasang. Sekadar berkongsi, agar sama2 kita dapat usaha kearahnya. Mohon doa sahabat2 untuk impian2 kecil saya ini.


....Saya pernah memasang cita2 yang saya akan belajar bersungguh2 menjadi seorang doktor, dan menyertai misi2 keamanan bumi2 Islam bergolak. Impian saya, untuk berada di medan jihad sana dan sekiranya saya mati, saya mati dalam jihad. Kerana hakikatnya, saya berasa cemburu amat dengan rakyat palestin, yang tujuan lahirnya mereka bernafas sementara dibumi ini, adalah untuk dihantar pulang sebagai syahid. Kita rasa mereka sengsara, tapi mereka lebih rela begitu kerana dunia ini nikmatnya sementara, nikmat akhirat sana selama2nya. Jadi mengapa mereka mahu memilih dunia seperti kita kan?

....Pernah saya suarakan niat ini kepada ibu, ibu menentang keras impian kecil ini. Kata ibu, saya perempuan, bahaya, dan banyak lagi cara lain untuk membantu. Saya faham niat ibu, dia menyayangi anak perempuannya ini, dia masih tidak mampu kehilangan anak yang dicintainya. Sejak itu saya tidak lagi suarakan impian ini pada sesiapa, tetapi seandainya suatu hari seru itu memanggil, saya memohon kepada Allah agar saya diberi kekuatan untuk melaksanakannya. Demi Allah yang memegang setiap hati dan mendengar setiap bisikan.

.... Dan sekiranya saya diberi kekuatan, rezeki yang banyak, dipanjangkan umur, dianugerahkan suami yang memahami suara perjuangan saya, kalaupun saya tidak mati di medan jihad seperti rakyat palestin, saya berdoa agar Allah menetapkan hati saya, agar Allah memberi saya keupayaan untuk saya membina sebuah pusat pendidikan ISLAM untuk anak2 yatim dan miskin, agar saya dapat mendidik, menggilapkan justeru 'melahirkan' lebih ramai pejuang2 Islam yang dapat menjadi barisan hadapan sekiranya satu hari nanti kita juga perlu ke medan jihad seperti rakyat Palestin. Sekiranya saya tidak mampu ketahap itu, masih saya akan berusaha melakukan sesuatu. Ya, sesuatu. Tolong doakan saya. Doakan kita semua.


....Kerana, kita tidak mahu kitaran hidup yang NORMAL itu. KIta mahu melakukan sesuatu, yang dapat menyelamatkan diri kita yang penuh dosa ini dari jamahan api neraka. Supaya apabila kita dihadapkan dihadapan Allah, kita boleh berkata, "Ya Allah, inilah apa yang saya dapat lakukan untuk saudara2 seislam saya, saya tidak lari dari tanggungjawab saya."


Hidup ini, bukan berlegar tentang diri kita sahaja. Saya beritahu satu rahsia peribadi, saya pernah putus asa dengan cinta manusia. Tapi, apa yang membuatkan saya tidak tergolek nangis2 frust menonggeng sampai nak hancurkan pelajaran saya ialah kerana matlamat saya untuk berbakti kepada manusia lain. Saya sedar kalau saya kalah, kalau saya lemah, impian2 saya tadi akan hancur. Impian2 kecil saya itu, telah menjadi kekuatan paling kukuh dalam hidup saya.


Saya harap, mesej saya sampai kepada sahabat2. Semoga, kita sentiasa diberikan kekuatan olehnya. Dunia dan akhirat.


Wednesday, November 7, 2012

... the story of my guardian angel...

Assalamualaikum,


Dari dalam bas, tangan aku tak sabar nak menconteng ruang blog ini. Suddenly today, I miss someone soo much! He is the hero of my heart. My guardian angel. Let me tell you a story about my 'guardian angel'.


This is my first week doing my GP placement after two weeks in the hospital for General Practice rotation. Minggu ni, aku akan attach pada seorang GP (general practitioner), agak jauh dan ceruk dari bandar Dublin, dan minggu depan aku akan dihantar ke clinic yang lebih jauh di luar Dublin. Haaaa pandai2 lah nak hidup Joyah! (^_^) hehe Pagi2 dah keuar, naik bas, turun bas dan dari bus stop, aku kena berjalan kaki agak jauh dari jalan besar menuju ke klinik y ditetapkan untuk aku. Dalam hati berdebar-debar, berharap agar doktor yang ditetapkan untuk aku ni baik, tak garang, dan 'pedulisme' terhadap aku. Iyalah, seminggu kot akan bersama dengan dia dalam klinik setiap hari! Lagi2 dengar cerita dari Ida dr rotation GP yang lepas, doktornya lelaki tua, garang! haha


Sampai je klinik, aku disambut mesra oleh dua receptionists comel, Lynn dan Michelle. They are supernice! Alhamdulillah, kurang sikit rasa bimbang. Penting sangat tau environment nak belajar ni. Tak lama lepas tu, muncullah Dr Matt Corcoran dari biliknya bersama seorang patient selepas habis consultation. Aku dijemput masuk. Alhamdulillah, Dr Matt also supernice!


Alhamdulillah, we got along really well. Aku ni pun memang mesra alam, jadi tak susah kalau dia pun jenis yang ramah. Dr Matt mengajar aku di setiap consultation dengan patients, he let me assists him in many procedures, he chit-chatting a lot of non medical things with me, and, he even bancuhkan coffee untuk aku. Eh segan kot, aku pun meluru ke kitchen clinic, giving a hand. On my way home, he gave me a lift to the bus stop, as he knows yang clinic dia memang terpencil yang tak ada public transport and u have to walk quite a distance from jalan besar. He is nice, alhamdulillah. It is such a relief for the whole week!


Yang paling aku touching sangat hari ni ialah, he just reminds me of someone! he reminds me of my dad a lot. Lelaki yang paling aku sayang dalam hidup aku. Kenapa? Sebab, masa aku berborak dengan dia, he keeps on telling me about his four gorgeous daughters, how he loves them so much! From the way he talks, I just know how he loves them.


He is exactly just like my dad. My dad have four daughters as well! And to my dad, we are his little fairies! Walaupun kami semuanya dah meningkat dewasa. Dr Matt betul2 mengingatkan aku pada ayah hari ni. Homesick! (T_T)


Aku ada satu persepsi yang cukup hebat tentang hubungan kasih sayang antara seorang ayah dan anak2 perempuannya. Setiap lelaki di muka bumi ni, aku pasti, mesti ada keinginan nak memiliki anak perempuan, sebab, anak perempuan ni, umpama kuntuman bunga yang mekar dalam sesebuah keluarga. Mereka ni penyeri, mereka ni pelembut, kadang2 mereka ni madu, kadang2 juga racun. Sifat manja, sifat merengek, merajuk, keras kepala, mengada2 yang dimiliki oleh seorang anak perempuan kepada ayahnya, benar2 mempengaruhi personaliti seseorang lelaki.


Tengok saja ayah aku, dia seorang pegawai tentera, sebelum dia bekerja di HQ sekarang, ayah aku is supergarang! Dia pernah ditugaskan mengetuai unit dan kem, dan dia memang terkenal dengan bengis dan garang. Kadang2 menangis jugala staff2 wanita kalau kena sound dengan ayah.


Tapi dirumah, ayah berbeza. Dulu memang masa kecil2, time ayah muda, masa hanya ada aku dan along, ayah memang garang tahap moksya. Tapi sekarang, ayah dikurniakan Tuhan empat orang bidadari, ayah jadi seorang lelaki yang berbeza. Ayah jadi lembut hati, ayah jadi sangat sensitif dengan perasaan kami. Ayah jadi lelaki paling penyayang dalam dunia!




Disebabkan dulu, saat aku membesar era kegarangan ayah, saat lebam pukulan ayah masih bersisa bila aku degil, saat ayah sentiasa ke luar negara berjuang demi negara, aku tak rapat sangat dengan ayah. Kadang2, banyak lukakan hati ayah. Aku sayang ayah, cuma kami tidak menzahirkan kasih sayang kami. Lain cerita dengan adik2 perempuanku yang lain, yang memang cukup manja dengan ayah. Minta apa saja pasti dapat, berbeza dengan aku, yang tidak suka meminta2 dari ayah, cuba berdikari. Lagipun sebab dari aku kecil ayah sangat garang, aku tidak semanja adik2 perempuanku yang lain dengan ayah.


Namun, hubungan kasih sayang seorang anak perempuan dan ayahnya cukup istimewa. Garang2 seorang lelaki, mereka sebenarnya manja. Manja dengan isteri, manja dengan anak2. Labih2 lagi, anak2 perempuan. Buktinya? Bila ayah hendak makan, ayah mahu kami hidangkan, kami masakkan, kami sediakan semuanya. Dulu sewaktu mula2 belajar masak, makanan tak sedap, ayah telan jua. Mengambil hati kami. Janji, anak2 perempuan ayah yang masak. Kata ibu, ayah suka anak2 perempuannya buat semua kerja, dia seronok tengok anak2 gadisnya telah dewasa, pandai mengurus rumah, pandai memasak. Daripada sekecil2 manusia yang ayah tatang, ayah mandikan, ayah dukung, kini semuanya sudah besar, cantik, amat sempurna di mata ayah. To him, we are his angels, penyeri, kebahagiaan dan senyuman buat ayah.



Lagi satu yang buat aku tersenyum bila teringatkan ayah, ayah dan ibu sangat suka kami mengurut apabila badan mereka lenguh di malam hari, berbeza dengan ibu selalu minta diurut apabila kami dirumah, ayah pula jarang 'merequest', dia hanya diam dan tunggu kami offer servis urut padanya. Maklumlah lelaki, mereka tidak suka meminta2, ayah kan masih 'muda' dan macho. (^_^)haha, kami ni pula bila badan letih, volunteer work tu memang kuranglah. Kalau minta, kami urut, kalau tak, kami dah diam dalam bilik masing2. Esok2nya, ayah sudah merajuk, katanya, 'semua sayang ibu saja, ayah ini dibiarkan'. hahahaha ayah2, tak cakap pun ayah nak diurut. Dah tu, time urut ibu, ayah diam je kat sebelah. Lama-lama, kami faham2lah, macho2 ayahpun, hatinya lembut dan manja. Ayah tidak akan meminta, tapi kalau dah berbakti pada ibu, ayah janganlah dilupakan. hehe Nanti merajuk pula, rajuk ayah tidak dicanang2, disimpan lama2, tau2 saja, rajuk ayah sudah teruk. Semakin kami dewasa, kami mula memahami, ayah yang kami amat sayangi ini. Makin usia meningkat, makin kuat rajuknya! (^_^)





Satu perkara aku paling kagum tentang ayah, aku masih ingat, ayah amat jarang kecewakan permintaan kami. Sebagai anak perempuan paling tua, aku amat cekap membaca hati ibu dan ayah. Terutamanya, masa zaman keluarga kami masih susah. Dan aku ada satu perangai yang susah sangat aku nak buang dari kecil, iaitu, aku cukup tak suka ayah berhabis2 duit untuk manjakan aku dan adik2. Walaupun keluarga kami dah tak sesusah dulu, aku memang rasa sakit tengok ayah habis duit memenuhi kehendak kami yang entah apa2 ni. Tapi ayah, memang cukup manjakan kami. Adik2 aku ni pula, memang terlebih manja. Minta apa saja, ayah akan belikan. Sekarang kami dah senang, aku tak kisah. Tapi masa dulu2, aku memang makan hati dengan adik2 aku yang tak reti2 ke ayah tu tengah tak ada duit, suka suki je minta barang mahal2. Tak reti2 nak berpada2. Time kami semua di asrama, kalau shopping, tak sah kalau tak habis beratus2, makan pakai nak branded2 je, maklumlah, duk tengah2 bandar KL ni. Last2, akulah yang kena amek makanan tesco brand, dan berusaha mengurangkan portion barang asrama aku supaya jumlah akhir tak terlalu mahal. Tapi aku tak boleh salahkan adik2 aku, mereka masih kecil , mungkin belum faham, dan mereka tak membesar dalam keadaan aku membesar dulu, sewaktu keluarga kami masih susah. Sebagai kakak, aku tak kisah berkorban sedikit. Tapi hati aku sangat hiba, mengenangkan kasih sayang ayah, biarpun kadang2 dompetnya kering, ayah tidak pernah menghampakan kami. Ayah tak pernah marah kalau kami nak makan yang sedikit mahal, pasti ayah tunaikan. Sesusah manapun ayah, senyuman dan kebahagiaan kami merupakan syurga buatnya.


Alhamdulillah, sekarang kami dah senang sedikit, dan ayah masih tak berubah. Ayah sangat pemurah dengan kami, ayah sentiasa memenuhi keperluan kami, sedaya upayanya. Sekarang, kami membesar menjadi gadis yang sempurna dimata ayah, cantik di mata ayah. Kalau bab nak belikan baju untuk kami, ayah tak pernah lokek, minta saja, harga beratus2, ayah tak kisah. Ayah suka tengok anak2 gadis ayah pakai cantik2, ayah tak pernah hampakan kami. Tapi, aku juga masih tak berubah, aku masih anak gadis ayah, yang tetap cekap membaca hati ayah. aku masih begini, walaupun ayah bukan lagi sesusah dulu, aku masih tak suka ayah berhabis2 untuk kami. Banyak kali jugaklah aku bertekak dengan adik2 yang memang kaki bergaya dan kaki shopping, yang kadang2 shopping tak ingat dunia, sampai beribu2 shopping baju dan aksesori wanita sahaja. Tapi mereka memang cantik pun, pandai bergaya, tak macam aku, yang memang slow tentang hal fesyen. Teringat aku, tahun lepas, aku sampai menitis air mata tengok adik aku beli sehelai baju blouse sampai 200 ringgit. Tak tau kenapa aku pula yang nak hiba sangat sebab yang bayarnya ayah, bukan aku. Aku rasa nak bertekak je dengan adik aku, mahal la ngek! Kesian ayah! Habis duit ayah! Tapi, respons ayah biasa saja, belilah katanya. Hai, adik2 aku ni memang terlebih manja!


Walaupun ayah macam tak kisah, entah kenapa hati aku masih sakit tengok ayah berhabis duit untuk kami. Dari kecil sampai besar, duit ayah habis untuk kami, jarang sekali ayah berbelanja untuk dirinya. Aku nak ayah simpan duit untuk dirinya, memenuhi keperluannya, beli kereta BMW yang diidamkannya, beli rumah besar untuk hari tuanya. Beli apa saja yang diidamkannya. Jangan habiskan duit ayah untuk kami, kami dah besar, kami boleh cari duit kami sendiri. Sekarang giliran kami yang beri ayah duit, bukan sebaliknya. Jangan ikut sangat anak2 gadis dia yang mengada2 ni!


Sebab tu aku tak kisah biarpun bila aku balik malaysia, orang asyik complaint akulah yang paling fesyen outdated nak dicompare dengan adik2 ku yang lain. Patutnya duduk oversea, fesyen paling dasyat, pakai barang2 oversea. Tapi prinsip aku berbeza. Aku simpan duit aku setiap tahun, setiap kali balik, aku belikan hadiah mahal2 untuk ibu dan ayah. Untuk adik2. Setiap kali aku teringin nak pakai handbag mahal2, wajah ibu akan terpampang. Aku takkan beli untuk diri aku selagi aku belum beli untuk ibu. Sama juga tentang ayah. Disitulah duit shopping yang aku kumpul habis, sebab tu kadang2 aku ni memang slow sket menghias diri. Bila beli untuk diri, hati rasa biasa je. Tapi bila beli untuk ibu dan ayah, kepuasaannya menembus langit! Cukuplah ibu dan ayah je yang menanggung aku dan adik2,sekarang giliran kami!


Tapi ayah selalu cakap pada aku, sampai buat aku menangis;

"Mana lagi akan perginya harta ayah, kalau bukan pada anak2 ayah. Duit yang ayah cari, untuk bahagiakan anak2 ayah. Kalau ayah simpan duit berjuta pun, kita tak tahu sampai bila kita akan hidup, biarlah ayah belanjakan untuk anak2 ayah yang cantik ni. Bahagia anak2 ayah, bahagialah ayah. Esok, bila ayah tua, jangan asyik ingat ibu je, ingat ayah sekali.."


Dan teringat aku sewaktu aku berangkat pulang ke Dublin dari cuti Summer yang lepas, sewaktu aku nak masuk ke balai perlepasan, aku salam ayah, ayah bagi aku duit. Ya, duit tu dari ibu dan ayah katanya. 240 euro = seribu ringgit. Aku terkejut, aku cakap aku tak nak duit ni. Aku menangis, hati aku jadi sebak. Aku tak nak, aku ada duit sendiri. Duit aku masih banyak. Aku tahu perkahwinan along makin dekat, ibu ayah banyak pakai duit. Simpanlah duit ini buat belanja kahwin semua. Tapi ibu ayah kata, ambil duit ni. Katanya aku masih anak kecil mereka. Aku masih tanggungjawab mereka. Walaupun aku kini sudah meningkat dewasa, aku dah menjelajah hampir keseluruh eropah, aku menuntut ilmu jauh dari mereka di benua yang berbeza, bagi ayah dan ibu, aku masih lagi anak gadis mereka, yakni tanggungjawab mereka. Aku nak ayah simpan duit ayah, aku nak ayah dan ibu enjoy hari2 tuanya setelah penat membesarkan kami. Aku tahu, adik beradik yang lain pun cintakan mereka, dan mereka juga satu hari nanti akan memahami mengapa hati aku rasa sakit bila ayah dan ibu bersusah2 untuk kami. Sudah cukuplah aku menerima kebahagiaan, aku pula yang mahu membahagiakan mereka.


Sememangnya, aku yakin ayah cukup faham tentang perintah Allah pada dirinya;

Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

"Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis kerana takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api Neraka ke atas tubuhnya."





Ibu always said, bagi ayah, anak2 gadis ayah, ialah his little angels. Even kami dah besar, bakal berkahwin, bakal punya keluarga sendiri, he will always be our 'guardian angel', that will proetct us, will always love us unconditionally, will always be there whenever we need him. He might never tells us how much he loves and he cares, but I just know it. Ayah sembunyikan sedih duka ayah, ayah tak pernah merungut kesusahan ayah, ayah tetap penuhi permintaan kami walau ayah tak ada duit, demi melihat kami membesar dengan penuh kesempurnaan. Now its my turn, its our turn, ayah jangan lagi berkorban untuk kami, biar kami pula tunaikan tanggungjawab kami. Biarpun satu hari nanti aku akan bersuami, ayah dan ibu tetap keutamaan aku dunia akhirat selepas suami.

“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan berilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”

Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa yang menajalani pagi harinya dalam keredhaan orang tuanya, maka baginya dibukakan dua pintu menuju syurga. Barang siapa yang menjalani malam keredhaan orang tuanya, maka baginya dibukakan dua pintu menuju syurga. Dan barang siapa menjalani pagi harinya dalam kemurkaan orangtuanya, maka baginya dibukakan dua pintu menuju neraka. Dan barang siapa menjalani maam harinya dalam kemurkaan orangtuanya, maka baginya dibukakan dua pintu menuju neraka ”.(HR. Darul Qutni dan Baihaqi)



Ya Allah, jadikan kami anak yang sentiasa berjasa kepada kedua ibu bapa kami. Kesejahteraan merek ialah kebahagiaan kami. Im not the best daughter, as I know, I sometimes being too stubborn, sometimes I hurt their feelings. But, I just want them to know, that they mean a world to me. Bahagia mereka, bahagialah aku. I just miss u so much mom. I just miss u so much dad, my guardian angel!

Saturday, November 3, 2012

.:: dulu jahil, sekarang faham ::.

Assalamualaikum,


Syndrome malas study menyerang. Malam ni memang tak rasa nak pegang buku. Kenapalah aku jadi budak malas sejak dua menjak nih. Macam mana nak grad dengan cemerlang, kerja bagus, jadi kaya dan tolong orang kalau asyik malas gini? (-_-')


Dah lama dah nak tulis entry ni tapi asyik tak tertulis, mungkin belum sampai seru. Malam ni boleh cerita. Yang baik ambillah, yang buruk tinggalkanlah. Aku, insan lemah penuh hina dina dan kekurangan, siapalah aku hendak dibandingkan dengan kalian. Tapi, bak kata Saidina Ali Bin Abi Thalib;

"Jangan melihat siapa yang bicara tapi lihatlah apa yang dibicarakan"


Hari ni, aku nak bercerita tentang bagaimana seorang aku yang dulunya jahil, bodoh, buta hati, perasan bagus dan penuh kekhilafan, merangkak-rangkak belajar untuk bercinta dengan agamanya sendiri. Akhirnya bertemu cinta hatinya yang paling membahagiakan, yakni cinta Allah.





Orang kata, bila kita mendapat kefahaman tentang indahnya Islam itu dengan cabaran yang getir, kita akan lebih menghargai iman yang dibina itu. Agreed!! Jujurnya, masa sebelum aku fly dulu, aku tak pernah betul2 menghayati nikmat Islam yang telah Allah beri pada aku. Masalahnya, aku bukanlah orang yang jahil atau bodoh dalam agama. Ibu dan ayah memang mencukupkan aku dengan ilmu agama yang sempurna. Disamping ibu dan ayah memang dengan dedikasinya memastikan aku belajar dengan penuh tekun, mereka pastikan pada umur aku 9 tahun aku sudah khatam alquran. Waima masa aku bersekolah rendah agama dahulu, alhamdulillah aku merupakan pelajar terbaik di sekolah itu sewaktu Sijil Pelajaran Rendah Agama, dan aku ditawarkan ke Maahad Hamidiah Kajang dan Sekolah agama berasrama batu 10 di hulu langat. Pada waktu itu, konon2 aku rasa aku sudah pandai agamalah sebab dapat score dalam peperiksaan. Tapi aku tak sedar bahawa aku pandai dalam jahil. Roh ilmu agama itu masih belum besatu dengan jasad.


Banyak sebenarnya beza antara faqih dan fahim, yakni antara tahu dan faham. Pada ketika itu aku mungkin tahu, tapi aku belum faham. Malu untuk aku ceritakan, tak sampai dua minggu di sekolah itu, aku membuat keputusan untuk keluar dan terus ke MRSM setelah mendapat tawaran MARA. Aku mungkin tak pernah beritahu sesiapa, tapi sebenarnya aku memang terkena 'culture shock' sikit masa aku masuk sekolah agama, dengan bertudung labuh yang amat labuh tu, dan segala2nya yang cukup islamik, aku jadi takut. Aku takut aku tak dapat ikut rentak yang sebegitu. Mana tidaknya, dilahirkan dan dibesarkan dalam ibu kota yang cukup melalaikan, setinggi mana pun ilmu agama tetap belum teguh membenteng diri. Ketika itu aurat pun belum sempurna, amalan ibadah masih compang camping. Hubungan dengan Allah tika itu belum intim, kasih sayang pada ummat juga tidak pernah aku peduli. Aku fikir aku sudah terang dalam cahaya ilmu didada, tapi sebenarnya mata hati masih silau dan sesat. Ilmu agama yang menggunung itu belum mendidik rohani.


Hari ini, aku wanita yang berbeza. Agama itu bukan lagi hanya di atas kertas, tapi ianya ialah AD DEEN, yakni cara hidup. Ia bukan sekadar ilmu yang hanya di register dalam akal, tapi ia dihayati dengan hati dan nurani. Hari ini, solatku bukan lagi sekadar ritual, tapi pertemuan cinta dengan DIA. Ya, aku berbeza.Dan aku bersyukur, dengan cara Allah mendidik dan membimbing aku untuk mencari Nya. Aku tidak memiliki semua rasa cinta dan keyakinan hari ini dengan percuma, aku tidak lahir dalam keluarga ulama yang terus membesar menjadi wanita solehah di bawah lindungan kaabah. Ibu dan ayah ku merupakan insan yang cukup mulia. Tapi bak kata Raihan, Iman tak dapat diwarisi. Atas nama cintaNya, kefahaman dan hidayah itu dapat dan perlahan membasuh kejahilan yang memalukan itu.


Baju yang ketat aku longgarkan, yang singkat aku labuhkan. Yang pastinya, cabaran tetap ada. Dulu masa dengan kawan2 'citygirl' ku, sibuk pakaian nak ikut bentuk tubuh, seksi! Makin dipuji, fesyen jadi makin berani. Lagipun, untuk merubah identiti berpakaian bukan mudah, lebih2 lagi masa kecil poket kita bergantung pada kewangan diberi mak ayah. Nak merubah fesyen satu almari dari dunia 'vogue' ke dunia 'modest' perlukan kos. Malah, semakin aku melabuhkan pakaian, aku kadang2 di sindir sinis oleh sepupu sepapat, atau insan2 yang mungkin masih belum memahami maksud aurat. Kata mereka, aku tak cantiklah, tak nampak shape badan, tak nampak menarik. Kadang2 mmg sakit gak telinga ni orang duduk komen2, yelah perempuan sensitif kot isu2 sebegini. Tapi, kalau orang tak nampak kecantikan aku pun sebab aku tutup dan longgarkan, aku tak kisah! haha Janji, aku jelas dengan matlamat dan tujuan. Janji, Allah happy dengan aku.






Dulu aku seronok berhias untuk menjadi tatapan, bila nak bersiap, fikir cara terbaik untuk tarik perhatian. Berjam2 pilih baju, belek muka depan cermin. Iyalah, niat berhias diri bukan kerana Allah, tapi kerana manusia. Berbaloikah? Bila sang adam tertarik, apa yang aku dapat? DOSA. Kini cara aku memandang kecantikan sudah berubah. Penampilan kini bukan lagi untuk mendamba perhatian manusia, kerana cantik itu subjektif. Kalau nak nampak cantik tak payah solekan bagai nak gila; tampil sopan, bijak, confidence berserta kesederhanaan ialah kombinasi yang sempurna untuk tampil cantik. Solekan bagi aku paling berjaya ialah solekan wudhu, wajah kita akan berseri dan bercahaya. To be honest nak make up pun aku memang tak reti, dulu rasa cam sedih je nak pakai eyeliner pun tak pandai, mata asyik kelip2 je bile nak lukis eyeliner tu kat mata, sampai adik aku pun naik menyampah bila nak touch up muka ni. Sekarang rasa cam tak kisahpun aku tak pandai bermakeup! Seorang wanita yang baik, simpan segala yang cantik pada dirinya, hanya untuk yang halal buatnya. Diri kita ni mahal. Harap bakal suami tak kisah ye aku fail bab make up ni. Pakai natural beauty udah ye cik bakal suami? (^-^)


Yang ni yang aku malu nak cerita. Masa kecil2 dulu, aku ni memang cukup garang, maklumlah turun perangai ayah. Budak lelaki kata aku ni cukup sombong, pernah dapat gelaran anti lelaki. haha. Tapi jauh disudut hati aku sebagai gadis remaja yang tak matang langsung, mereka tak tahu, ada jugaklah sikit2 rasa seronok bagai kalau sekiranya kehadiran aku dapat mencuri pandangan si adam. Excited sorang2 kalau pergi kelas PREP malam2 dapat surat ka, coklat ka, bunga ka bawah meja. Makin dapat surat2 peminat, makin rasa seronok, makin nak buat perkara2 yang dapat curi perhatian. Contohnya, aktiviti usha mengusha ketika hari sukan ka, pasar malam pelajar ka, majlis2 kat sekolah ka. Tapi kini rasa teruja itu hilang. Terasa makin aku expose diri aku, makin turun nilai diri. Bukankah permata yang cantik itu, letaknya dalam cengkerang yang melindungi? Lagipun, perhatian siapa sangatlah yang harus aku curi? Perubahan paling dasyat, ketika aku di dublin. Teringat ketika aku berborak dengan seorang rakan lelaki sekelasku sewaktu aku transit di London, dah setahun satu kelas, tu kali pertama aku berbicara dengannya, dia kata semua budak lelaki kata aku sombong, sebab tak bercakap langsung dengan mereka. Aku senyum je dengar dia bercerita. Tak apalah, janji Allah tahu, aku sedang berusaha untuk menuju ke arahNya. Dapat perhatian penuh dari suami nanti sudah lebih dari cukup! (^_^)





Dulu mungkin aku bimbang, tak dapat cinta dari manusia. Hati rasa gementar bila diri masih belum dinikahi. Lebih2 lagi, kini teman2 sedang rancak membina mahligai rumahtangga. Ibu pula tak habis2 bimbang aku membujang hingga ke tua. Katanya wanita berpelajaran tinggi peluang cerah jadi andartu. hik hik comel je ibu aku ni. Dulu, ada juga rasa kelam kabut nak cari pemilik tulang rusuk ni. Yet, aku sedar. Cinta manusia, makin dikejar, makin ia menyakitkan, mengecewakan. Tak ada ke lelaki yang tak akan melukakan, yang tetap setia walau kita dalam keadaan paling buruk dan hodoh? Jawapannya, memang tak ada. Sebab hakikat kejadian manusia yang bersifat lemah dan tidak sempurna. Hakikatnya, kita manusia terlalu asyik nak kejar cinta manusia tanpa disedari, ada satu cinta yang sepatutnya kita cinta lebih dari segala-galanya. Yang tak akan melukakan, yang akan bersama kita dalam apa jua keadaan. Yakni cinta pada Pencipta kita. Yang sentiasa sayang, kasih dan cinta pada kita. Yang kasihNya, tidak terkira, tidak terhitung banyaknya. Bagaimana layaknya kita menyintai yang lain sebelum kita menghayati cinta paling agung ini? Fitrah, memang kita perlukan pasangan, sebab kita diciptakan untuk berpasangan. Tapi, selagi kita belum belajar untuk menyintai Pencipta kita sepenuh hati kita, kita tidak akan pernah benar2 memahami erti cinta sesama manusia. Kerana cinta pada Allah buat kita rasa cukup, rasa selamat, rasa berteman, rasa kita tidak keseorangan. Kerana kita yakin, selagi kita ada Dia, kita cukup segala-galanya.



Tuntasnya, setiap dari kita punya masa silam yang membentuk siapa kita hari ini. Tapi itu bukannya alasan untuk kita terus kekal dalam kesilapan, dan hanya mengambil jalan untuk menanti hidayah datang. Kita semua punya kekuatan untuk merubah kisah silam yang jahiliyah kepada masa depan yang penuh dengan cahaya islam. Ada banyak beza antara faqih dan fahim, antara tahu dan faham. Dulu aku tahu, sekarang aku faham. Kalaulah kita betul2 dapat menghayati Islam, pasti kita rasa kitalah orang yang paling beruntung sebab memilikinya. Aku rasa sangat syukur dengan Islam bila perhatikan rakan2 irish yang sesat dalam dunia mereka sendiri. Lebih2 menyedihkan kalau kita yang cukup ajaran Islam, masih degil tak mahu pulang ke jalanNya. Islam cukup sempurna. Cukup sempurna. Lebih2 lagi saat kita benar2 menghayati cinta yang agung itu, pasti tiada apa lagi yang lebih kita mahukan selain cinta dariNya. Pilihan di tangan kita. Selagi jam hayat kita masih berdetik. Sebelum terlewat.