... I am A restless brain ...

Thursday, April 12, 2012

..kisah pengembara malam..

Assalamualaikum..

12.01 tengahari fosterbrook.

Jari gatal nak menulis ditengah minggu yang meletihkan.

Aku, pengembara malam. Pelik saja bunyinya. Maklumlah, sekarang aku ni ala2 'bekerja' shift malam. Disaat semua orang lena diulit mimpi, aku kini harus sibuk menjaga bakal2 ibu di wad bersalin berjam2 lamanya. Ada satu pagi tu setelah aku habis shift 10 jam dan pulang kerumah pukul 9 pagi, aku meraung2 di atas katil tidak boleh tidur kerana kaki kiriku sakit amat. Itulah penangan berdiri dan berlari2 sepanjang malam!


Semasa aku mula2 memulakan rotation O&G ini memang aku sudah sedia maklum yang aku harus menjalani delivery week selama seminggu which consists of three shifts in two ucd hospitals, which one of them is quite far from my house, lebih kurang 40 minit journey,kena tukar dua bas. And im sooooo aware of this nights shift.




Jadi aku duk berdoa siang malam moga2 aku tak dapat shift malam lebih2 lagi di hospital yang jauh ni sebab aku bukan biasa bertebaran waktu malam. Ibu ayah memang dah didik kami adik beradik, kalau keluar jalan2 pun, sebelum pukul 5 petang dah kena ada kat rumah. Teringat lagi dolu2 masa zaman muda2, kalau exceed pukul 5 ayah dah tarik muka, jadi kami adik beradik kalau terlambat diam je hanya menunggu masa untuk kena marah. Kalau terbalik lambat memang 'saaaspen' la tengok riak muka ayah yang menunggu di stesyen LRT. Ayah pegawai tentera, memang garang tahap gaban. Tapi kalau time die tak marah, die memang ayah paling best dalam dunia! Kalau dulu kami balik awal sebab takut ayah marah, tapi sekarang kami balik awal sebab HORMAT pada ayah. Kami tahu ayah bukan sengaja berniat mengongkong hidup kami, tapi ayah sedang melindungi dan mendidik kami menjadi manusia yang lebih baik dan berdisiplin!


Tapi tula, kan orang dah cakap jangan tak nak sangat pada sesuatu, last2 memang terkena gak eden ke shift malam (11 mlm-8 pagi) di hospital yang jauh tu. Hmmm sedih jugala, tapi bila jadi macam ni aku selalu yakin yang apabila Allah beri aku sesuatu, bermakna ianya sesuai dengan kesanggupanku dan kemampuanku!

Firman Allah لا يكلف الله نفساً إلا وسعها , bahwa Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya (Al-Baqarah: 286)

Jadi aku pun menerima dengan hati yang terbuka. Walau dalam hatiku ni memang takut. Tak biasa keluar malam2, waima melepak dengan kawan2. Aku ni memang jenis kalau matahari dah lari menyorok diufuk barat, aku pun lari masuk kamarku yang merupakan syurga bujangku. Bermulalah perjalanan pukul 10 mlm, sorang2 pula tu, kena tukar bas di dublin city menuju ke Coombe Lady's hospital. Jalan yang agak menakutkan ialah jalan nak keluar dari perumahanku ke jalan besar, aku perlu melalui suatu jalan berbukit tinggi sunyi bersebelahan belukar gelap yang mengambil masa kira2 10 minit berjalan kaki. Memang seram sejuk jugalah mengayuh basikal seorang diri malam2 begitu, time tu jugaklah terbayang2 'penumpang tak diundang', cerita 'hantu bonceng' dan semuanya. Dalam hati tak putus2 menutur ITTAQULLAH, hanya takut pada Allah swt. Sesungguhnya aku berlindung dari segala bahaya hanya kepada Allah swt.


Apa boleh buat, beginilah kehidupan diperantauan. Suka atau tidak, kena tempuh, kena redah. Tak ada pilihan. Bukan macam di malaysia, kesana sini hanya menekan pedal minyak kereta.


Dua tiga hari berlalu, aku bersyukur pula kerana mendapat shift malam begini. Bak perjalanan Nabi Muhammad di isra'kan pada waktu malam, aku mendapat banyak hikmah dan pelajaran dari perjalananku sendirian pada waktu malam begini. Banyak peristiwa yang dipertontonkan Allah padaku, subhanallah, Allah ingin mendidikku rupa-rupanya dalam perjalanan malam sebegini. Maha suci Allah yang penuh rahsia dan kebesaran. Perjalanan malam begini membuatkan aku lebih banyak berfikir..



Ada satu peristiwa yang aku paling ingat, pada malam kedua perjalananku. Sewaktu aku sedang menunggu bas kedua di dame street city centre. Di Dame street ini memang sangat banyak pub2 yakni kelab2 malam, jadi memang cukup meriah di malam hari bersama muzik dan arak. Terasa asing sungguh berjalan merentasi manusia2 yang menikmati hiburan2 malam bersama air2 kencing syaitan, bergelak tawa, lupa bahawa dunia ini sementara. Tidak kurang juga pasangan2 yang ghairah bercumbu2an di tepi2 jalan (dah tak ada rumah agaknya! grrrr..). Sungguh mencemarkan keindahan malam. Masih dalam hati aku bertawakkal dan berlindung pada Allah, moga dijauhi segala bahaya.


Pada malam itu, di stesyen bas tempat aku menunggu, aku terlihat seorang wanita tua yang agak pelik, aku kira dalam lingkungan 70 an. Sebagai seorang bakal doktor (eceewah! =p), dari gerak gayanya, aku dapati mak cik ini adalah masalah neurological, kerana tangannya nampak seperti ada masalah spasticity, kind of overextension of hands and overflexion of the fingers, and her gait looks very very abnormal. Macam unstable sangat each time she is taking steps. Sesekali aku nampak ade twitching moements pada wajahnya. Memang dia sakit. Beliau sedang menarik trolley berisi penuh barang2 dapur. Aku agak mak cik ni ada cerebellar problems, tambahan lagi bila tengok wajahnya dia macam ada tak ada di dunia realiti.



Bila begini memanglah aku amat tertanya-tanya where is her children? Sampai hati tinggalkan ibu yang telah tua seorang diri begini. Kalau beliau tak ada anak pun mana sanak saudaranya? Mana hilangnya rasa tanggungjawab dan kasih sayang? Mana hilangnya perikemanusiaan?


Masih aku berdiri tidak jauh dari mak cik tua itu, memerhatikannya penuh tekun. Sebaik saja bas sampai, aku dan beberapa orang termasuk mak cik tua itu, menuju untuk memenuhi perut bas. Kami memberi laluan kepada mak cik tua itu untuk masuk terlebih dahulu. Sebaik mak cik tua itu hendak melangkah masuk ke perut bas, tiba-tiba dia rebah terjunam ke depan. Terkejut aku dan beberapa penumpang lain. Seperti yang aku katakan,mak cik ini antara sedar tak sedar, beliau sendiri tidak bisa bangun sendiri dan aku dan beberapa orang yang lain terpaksa mengangkatnya dan barang2nya masuk ke perut bas. Subhanallah, mana perginya kaum keluarga mak cik ni...


Sebaik aku sampai di hospital aku melangkah turun memandang sayu wajah mak cik tua itu buat kali terakhir. Semoga mak cik selamat, dan semoga mak cik menemui kasih sayang dalam cahaya Islam. Aku bimbang kalau2 dia jatuh lagi dan tiada siapa yang mebantu. Aku bimbang jika dia dirompak. Aku bimbang jika dia sakit dan tiada yang menyedari. Namun apa yang boleh aku lakukan? Inilah realiti kehidupan di luar comfort zone kita, yang harus kita sedari dan sama2 melakukan sesuatu tentangnya. Agar ia tidak berlaku kepada orang2 disekeliling kita mahupun seluruh umat Islam.


Melalui malam2 ku memerhatikan gelagat manusia berbagai ragam. Tidak kurang melihat orang2 homeless yang meringkuk ksejukan lena di tepi2 jalan. Sebak aku memikirkan, terharu menghayati indahnya Islam yang tidak pernah mendiskriminasi. Rindu aku pada Rasulullah swt, manusia paling mulia di muka bumi namun sangat berbelas kasih kepada pemgemis yahudi buta yang setiap hari memaki dan mencaci baginda, namun tidak putus baginda menyuapkannya makanan. Mengapa kita tidak begitu? Mengapa kita terlalu angkuh dalam dunia kita sendiri. Kita kadangkala katakan yang kita sayangkan orang lain fillah, tetapi masih kita saling menyakiti. Kasih sayang kita bukan hanya limited kepada keluarga dan orang2 terdekat, namun kasih kita adalah untuk seisi bumi. Waima kepada seekor anjing kurap kehausan. Namun mengapa masih wujud pemandangan memeritkan sebegini?..





Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Muslim).


Ya Allah semoga kami diberi kekuatan untuk terus mengasihi sesama manusia tanpa mengira pangkat atau darah. INSYAALLAH.

..............................................................................

Perjalanan malamku yang bermakna. Malam semalam, entah kenapa aku yang selalu dikenali sebagai seorang yang handal berjalan tanpa sesat, akhirnya aku sesat jua. Entah mengapa Allah tutup hijab pandangan sehingga aku terlepas hospitalku dan menuju ke suatu perumahan sunyi. Nasib baik bas terakhir masih ada dan aku berjaya trace kembali jalan ke hospitalku. Tidak kurang juga aku perlu menunggu teksi seorang diri di jalan besar depan hospital untuk pulang pada pukul 3 pagi kerana tiada pula kes malam tersebut. Takut memang takut, tapi ada Allah, yakin Allah menjaga, yakin Allah bersama, jadi tiada apa yang perlu ditakutkan.

Allah Ya WALI.. Allah maha melindungi..

"Tiadakah kamu mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah milik ALLAH dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong" (AL Baqarah 2 : 107)

Tidak rugi aku menuntut disini kerana aku semakin dekat denganNya. Yang menjadi teman setia saat kesunyian, keseorangan dan setiap masa. Terima kasih Allah. DariMu aku datang, kepadaMu jua akan aku dikembalikan..




Kisah pengembara malam.. Ya Allah jadikan aku hambaMu yang bermanfaat kepada orang lain. Jadikan hambaMu insan yang tidak lalai dari mengingatiMu.. Jadikan hambaMu ini seorang yang sentiasa menyintaiMu...

wallahualam

4 comments:

KucingMelukis said...

Assalamualaikum, akak, saya seorg bdak lepsn SPM, cita2 nk jdk doktor lah ni. Saya nk tanyalah akak sikit2 tntang medic di ireland ni. org kata, bdak2 yang pndai2 aje yang boleh pergi sana. persaingan hebat ye kalau nak pergi sana? Macammana khidupan di ireland? cost livingnya sudah tentu mahal kan?harap akak boleh cerita serba sikit pasal khidupn kat sana dan mcmmana akak struggle swaktu di msia utk pergi ke sana..

FArAh sYaZaNa zAkAriA said...

waalaikumussalam hmmm takkan nak panggil awak kucing kot =)

alhamdulillah, takdelah pandai2 giler pun yang ade kat sini. kami semua sama je macam org lain, cuma diberikan peluang oleh Allah untuk menuntut di tanah barat ni, dan insyaAllah tahun depan pulang bergelar doktor prubatan.

ireland memang terkenal dengan medical school y bagus2, dan akk dulupun mase kecik2 mmg semangat sangt nk kesini, alhamdulillah tercapai hasrat. tapi tula macam awak cakap, nk kemari usahanya memang berganda2, belajar mmg dasyat. tp semua itupun dengan izin Allah. kehidupan di perantauan mencabar sangat, kena kuat, kena bersedia untuk susah.

akk dibawah tajaan mara. jadi after dapat result, make sure apply mara untuk course perubatan. skrg saingan makin sengit, tp awak kan lelaki, dan kalau awk score, peluang sangat cerah dr perempuan. dan banyak2an berdoa.

insyaAllah akk boleh bg guide apa y mampu, ni alamat fb akak http://www.facebook.com/profile.php?id=1430732552 .

akk da tengok lukisan2 awak, awak sangat berbakat. cantik sgt. akak ade satu projek kebajikan bulan 7 ni, dan kalau awak berminat nak sumbangkan bakat awak pada projek kebajikan akk, do tell me k. i think u are very talented. keep it up. moga awak bukan saja hebat dlm bidang lukisan malah akk doakan awk boleh jadi doktor katrtunis y berjaya insyaAllah =)

KucingMelukis said...

Terima kasih akak sebab reply. Haha, akak, saya ni perempuan lah.. InsyaAllah, kalau ada rezeki saya pergi ireland. On the safe side, saya minta Jordan as first choice.. ada projek kebajikan?InsyaAllah kalau ada masa saya boleh saje sumbangkan. Doktor kartunis, itu mmg impian saya dari kecil, amiin..

FArAh sYaZaNa zAkAriA said...

maaf dear, sebab akk pegy blog awak akk nampak gambar lelaki, ingatkan itu awak. maaf ye..=)

ala mana2 pun same je yang.. jordan ke, ireland ke, bg akk bukan tempat y menentukan kita ni bagus atau tidak. asalkan kita adalah benih yang baik, dicampak kemanapun akn menjadi pulau.

tasneem, insyaAllah 8 julai akk buat majlis meraikan anak yatim kat restoran nelayan titiwangsa. ni projek persendrian akk dan kawan2. akk berminat nk ketengahkan bakat tasneem kat adik2 tu, nak buat a few slides of cartoon on powerpoint presentation, i think the kids going to like it. we inspired them through cartoons, dan nk jadikan tasneem one of the contoh y boleh dijadikan role model dlm bidang lukisan. tasneem kalau minat, cakap ngan akk ye. even kite tak kenal, tp kite bertemu kerana Allah insyaAllah, kite manfaatkan pertemuan ini =)