... I am A restless brain ...

Sunday, April 29, 2012

laungan mahukan perubahan dunia? mengidamkan pem 'BERSIH' an.

Assalamualaikum,


Ingin memulakan tanggungjawabku untuk jihad ilmu, sebelum itu, aku ingin pedulisme kepada hal ehwal ummatku. Apa yang telah berlaku semalam, di tanah tumpah darahku. Aku ada tiga point yang ingin aku utarakan. Sekadar buat renungan.

Bismillahirrahmannirrahim..

...Ya Allah, Rabbku yang memegang dan menuntun jari jemari ku, Kau pimpinlah jemari ini agar aku menulis sebuah coretan yang diredhaiMu sahaja.. Jangan Kau biar jemari lemah ini menabur fitnah atau menabur racun kepada ummatku yang kian tenat...

.....................

Point pertama

Masih terkedu, sayu dengan fenomena yang berlaku di Malaysia semalam. Apa sudah jadi? Khabarnya matlamat menuntut keadilan, mengapa keganasan yang ditonjolkan? Mengapa pertumpahan darah yang ditawarkan?


Mengapa aku lihat saudaraku sesama Islam sendiri yang semakin berbalah? Teruja membelasah saudara Islamnya sendiri..



Terngiang2 jerit pekik suara2 dari video yang aku tontoni berkenaan BERSIH. Tergamam melihat orang saling menerajang saudara seislam sendiri. Yang dahulunya sahabat menjadi musuh. Yang dahulunya saudara menjadi jauh. Suami isteri bermasam muka. Adik beradik saling melempar cacian. Silaturrahim seakan tiada nilai. Ungkapan sayang kamu fillah tidak lagi diguna pakai. Semua hanya kerana berbeza pendapat dan persepsi.



Luluh jiwa melihat ummat kian tenat. Ada yang melaungkan semboyan Allahuakbar, tetapi mengapa praktikalnya tidak seperti yang diajari dalam Islam? Aku tidak nafikan yang kita semua harus bangkit menentang kezaliman, ketidakadilan. Ya, ummat Islam telah diberi keizinan berperang, demi mempertahankan Islam dari kezaliman kafirun. Tetapi sedarkah kita bahawa waima kita telah diberikan keizinan untuk berperang, ada peraturan yang harus kita ikuti.


Islam bersifat syumul, yakni sempurna. Jangan kita hanya mengguna sepotong ayat sahaja untuk diguna pakai, ayat seterusnya kita abai. Waima apabila kita menentang orang-orang kafir juga, contohnya seperti ketika pembukaan Kota Mekah, Ummat Islam yang berperang tidak boleh merosakkan rumah-rumah ibadah yakni masjid mahupun kuil dan gereja. Malah orang-orang kafir yang berlindung didalam gereja juga tidak akan diapa-apakan. Tidak boleh mengapa-apakan wanita, kanak-kanak, orang tua yang telah uzur. Waima tumbuhan-tumbuhan juga tidak boleh dirosakkan.


Subhanallah. Cantiknya ajaran Islam. Cantik sungguh Islam andai kita benar-benar fahami, benar-benar mengaplikasi. Tetapi mengapa dalam perjuangan ini, aku lihat lain benar caranya. Kita seolah-olah sedang bertelagah dengan saudara kita yang berkongsi syahadah yang sama. Malah sanggup memutus saudara. Jangankan kata tumbuhan, sanggup kita menumpahkan darah saudara sendiri. Saudara seislam kita. Aku tidak kisah, kalau semalam kita bermatian-matian membelasah tentera Israel durjana yang tanpa segan silu membakar seorang bayi palestin hidup2, menembak random orang2 awam palestin yang tidak berdosa, malah aku sendiri tidak akan segan silu menarik picu senapang kearahnya.


Layu kedua mataku membaca hina keji makian dari sipolan kepada sipolan dalam wall2 facebook. Perkataan2 'kasar' dan 'keji' dilempar buat saudara2 kita sendiri. Caci memaki seolah-olah telah menjadi norma. Kita menjadi hakim dan juri hanya berdasarkan video dan berita yang kita sendiri tidak pasti dari mana sumbernya. Dengan emosi kita memaki hamun orang lain, tidak kurang menyebar fitnah. Tidak salah untuk berasa sedih dan marah. Aku juga marah melihat orang dibelasah, baik dari kedua2 pihak. Namun aku tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku pada ketika itu, dalam video itu. Mungkin salah satu pihak telah mencetus provokasi, mengeluarkan kata-kata tidak disenangi lantas mencetus amarah sebelah pihak lagi. Tuntasnya, kita tidak tahu. Jadi kita tidak boleh terlalu cepat menghakimi.


Lebih sedih mendengar masing2 seronok menggelar polis2 malaysia sebagai anjing dan babi. Tidak sedarkah kita, polis2 yang kita gelar anjing dan babi itu mungkin bapa rakan2 kita, abang atau suami saudara mara kita. Sahabat, ayah dan abang sulungku anggota tentera. Yang bertugas siang dan malam menjaga keamanan negara. Waima aku, ibu dan adik beradikku pernah ditinggalkan bapaku berbulan2 sewaktu beliau ke bosnia dan banyak lagi tempat lain. Tapi kami faham dan mengerti benar tugas ayahku. Dan kalian juga harus mengerti yang banyak polis2 yang bertugas semalam, terpaksa menjalankan amanah dan tugas mereka, mengawal keadaan agar pertumpahan darah yang lebih dasyat tidak berlaku. Dengan menjadi pengawal keamanan, mereka mempertaruhkan nyawa, kerana peluru kecil itu bila2 masa bisa menembus tubuh mereka. Mungkin, mungkin semalam ada kesilapan dimana2 sewaktu mereka menjalankan tugas mereka, tetapi sekurang2nya, janganlah kerana nila setitis, kesemua mereka dipanggil anjing dan babi. Sekurang2 nya, hormatilah perasaan ahli keluarga dan sanak saudara mereka. Jangan kita lakukan sesuatu yang kita tidak mahu orang lain lakukan pada kita.

Ingat, ingat. Bahasa kita melambangkan peribadi kita. Islam tidak pernah mengajar kita mengeji.


Ya Allah, dimanakah nilai kesantunan yang diajari Rasulullah. Ingat kembali bagaimana kekejaman penduduk Thaif yang melempar batu sewaktu baginda ingin menyebarkan Islam di Thaif. Rasulullah cedera parah, hingga mengalir darah hingga kekaki. Sehingga Jibril menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit Thaif, tetapi baginda menolak, dan apa doa baginda?...

“Allahummahdii qawmii fainnahum laa ya’lamuun”
'Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku ini, karena mereka masih juga belum faham tentang arti Islam'


Hingga sekarang setiap kali aku mnelusuri kisah ini, aku pasti akan menitiskan air mata. Mengapa Rasulullah insan yang paling hebat itu begitu pemaaf dan telus hatinya, malah telah dijanjikan syurga, tapi mengapa kita yang hina dan seakan ditepi jurang neraka bukan main hebat menghukum dan menista orang lain?


Sekali lagi aku tegaskan, aku tidak menyebelahi mana-mana pihak. Bukan aku tidak pedulisme, tetapi sebelum aku ingin menjadi 'juri' dan 'hakim', aku perlu perlengkapkan diriku dengan lebih banyak pengetahuan tentang isu ini. Aku ingin membaca lebih banyak lagi dan mengkaji. Bagiku pandangan dan persepsi yang dilontar atas dasar emosi dan amarah semata2 bersifat kosong. Ada beberapa titik kelemahan yang aku temui dalam kedua pihak yang membuatkan aku ralat.


Aku tidak nafikan ada beberapa korupsi yang berlaku dalam kerajaan yang telah membuatkan rakyat berang.

Tetapi berkenaan Bersih pula, ada beberapa pihak yang menyatakan ingin menaikkan Islam melalui Bersih, tetapi mengapa yang diatas itu kebanyakan tidak berkongsi syahadah dengan kita, yang dibawah mengapa rata-rata saudara seislam kita sendiri. Perlukah kita bersekongkol dengan yang bukan seagama untuk menaikkan Islam? Ak tidak pasti. Aku perlu bertanya pada yang lebih arif tentang hal ini.

Aku hanya merenung ayat ini dan masih berfikir tentangnya..Surah Al mumtahanah ayat 13;

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus"


Aku ralat. Mungkin aku sendiri masih banyak jahilnya, masih perlu banyak belajar. Sama-sama kita lebih mengkaji sebelum mengikuti.


Point Kedua

Point kedua hanya ringkas. Semalam dalam facebook, dari pemerhatian aku, aku dapati ada tiga golongan utama setelah aku menganalisa (ecece hehe). Maklumlah, aku ni kan pemikir aka terlebih fikir..=p

Golongan pertama : Yang datang dari yang menyokong bersih. Ada yang menyokong secara pasif dan budiman. Tetapi lebih ramai juga yang memaki dan mencaci. Menjadi hakim dan juri.

Golongan Kedua : Yang datang dari yang tidak menyokong bersih. Sekali lagi ada yang membantah bersih secara budiman, malah ada juga yang sama mencaci maki, mem'bodoh'kan pihak satu lagi.

Golongan Ketiga : Golongan ini menarik, 'aku tidak pedulisme'. Tersengih2 aku dalam kehujanan post2 berkenaan bersih, terselitlah post2 yang menceritakan movie 'Avengers' is awesome, and this and that. Mungkin movie ini baru keluar semalam, aku tak pasti. Aku memang 'lampi' sedikit movie2 ni. Dan adalah post2 aktiviti persendirian yang lain. Tidak mahu suuzhon yakni 'bersangka buruk',aku anggap mereka ini peduli saja sebenarnya, cuma malas nak memburukkan keadaan mungkin, yang sememangnya sudah sedia buruk. Aku tidak mahu menghakimi, Allah saja yang Tahu.

Melihat 3 golongan ini, suka untuk aku berkongsi ayat yang sangat aku suka dari Al-quran, ayat yang menceritakan tentang kisah Hari sabtu. Ingat tak, kisah berkenaan larangan menangkap ikan pada hari sabtu kepada bangsa Yahudi.

Kebetulan Allah SWT menguji mereka, hari itu ialah hari yang ikan banyak sedangkan hari itu ialah hari yang dikhususkan mereka beribadah. Mereka membuat dalih dengan tidak menangkap ikan pada hari sabtu, tetapi memasang perangkap pada hari jumaat supaya ikan masuk perangkap mereka menjelang sabtu. Rugi rasanya mereka melepaskan begitu sahaja ikan yang begitu banyak tanpa berbuat sesuatu. Sebagaimana yang kita baca di dalam al-Baqarah, akhirnya mereka yang terlibat itu menjadi kera yang hina.

Kalau tidak keberatan, kita rujuk surah al-aaraf dari ayat 163 hingga 168. Kami membincangkan ibrah (pengajaran) ayat ini dalam usrah yang membincangkan tentang 3 golongan ketika peristiwa hari sabtu ini.

Golongan pertama adalah orang-orang shaleh dari para da’i yang menjalankan kewajiban mereka dalam dakwah dan memprotes orang-orang yang mengakali perintah-perintah Allah dengan berbagai alibi, pelanggaran, dan perburuan mereka pada hari Sabtu.

Golongan kedua adalah golongan yang mengingkari perintahNya dan menangkap ikan pada hari Sabtu.

Golongan ketiga adalah orang-orang yang berdiam diri, yang diam melihat pelanggaran orang-orang yang melampaui batas, dan mereka justru melontarkan celaan dan penentangan terhadap orang-orang soleh yang berdakwah, dengan alasan bahawa tidak ada manfaatnya menasihati dan memperingatkan sekelompok orang yang memang sudah sepantasnya binasa dan akan mendapat azab. Ini ialah golongan AKU TIDAK PEDULISME.

Dan lihat apa yang Allah beri kepada ketiga2 golongan ini,

Orang yang soleh menerangkan mengapa mereka menasihati. Seperti dalam ayat 164, surah al aaraf, "Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?” Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: '(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa' ". Orang yang soleh telah diselamatkan Allah dan dijanjikan syurga.

Untuk yang ingkar, ketika azab Allah menimpa orang-orang yang melampaui batas itu maka Allah mengubah wujud mereka menjadi monyet-monyet hina. Perubahan bentuk wujud ini memang terjadi sesungguhnya. Tidak lama setelah berubah wujud menjadi monyet yang tidak mempunyai keturunan, mereka akhirnya mati.

Apakah yang berlaku kepada golongan 'aku tidak pedulisme' itu? Al-Qur’an tidak menjelaskan nasib orang-orang yang diam, barangkali karena mereka tidak bererti dan hina di mata Allah. Kerana mereka tidak disebutkan bersama orang-orang yang selamat maka tampaknya mereka termasuk orang-orang yang binasa dan terkutuk, wallahualam. Sekiranya kita tidak mempedulikan syiar Allah, maka mengapa harus Allah mempedulikan kita? Adil bukan?



Kita renung2kan. Masalah ummat adalah masalah kita bersama. Jangan kita tergolong dalam golongan aku tidak pedulisme. Di padang mahsyar nanti, kita akan dipertanggungjawabkan.



Point Ketiga


Kita semua berfikir cara terbaik untuk sama-sama membantu menyelesaikan masalah ummat. Pada hemat saya, insan yang kerdil lagi daif ini, saya ada satu cadangan. Untuk menyelesaikan masalah-masalah besar, sedarkah kita yang kita sebenarnya terlepas pandang masalah-masalah kecil.


Sedarkah kita yang kita sebenarnya harus menyelesaikan masalah ini dari akar umbinya?


Untuk mencipta sebuah negara yakni komuniti yang mengamalkan Islam inside out, kita sebenarnya harus bermula dari unit kecil yakni unit keluarga.


Wahai sahabat2 wanita khususnya, kita semua memainkan peranan yang penting. Tampak kita rapuh tidak mampu ke medan perang, tetapi sebenarnya peranan kita amat besar kerana dari rahim kitalah pejuang2 Islam bakal dilahirkan. Ingin merubah sesuatu yang besar, kita kuatkan akar dan dasarnya. Kita produce rijal2 serta srikandi Islam yang dalam setiap langkahnya mengikuti Al quran dan sunnah. Kita kembalikan generasi Assaabiqun al awallun, Salahuddin al ayubi dan Sultan Muhammad Fatih yang menawan constantinople. Kita lahirkan kembali syuhada ahmad deedat, hassan al bana. Kita mampu membentuk generasi Islam yang lebih baik tetapi kita semua harus berganding bahu untuk merealisasikannya. Ini harus datang dari usaha kita bersama. Ingat kita akan dipertanggungjawabkan.


Jangan pandang rendah kepada peranan wanita. Syuhada pertama dalam Islam ialah Sumayyah, orang pertama yang memeluk Islam ialah sayiditina khadijah. Renung, kejatuhan dinasti-dinasti China kebanyakan berpunca dari seorang wanita. Sekiranya wanita mampu menjatuhkan dinasti, kita juga mampu mencipta tamadun.

quoted;

wahai wanita,

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang. Apabila dia memandang dunia dari jendela akhirat, wanita ini akan tahu tugas dan peranannya dalam dunia yang fana ini.


p/s : buat sahabat2ku, team projek meraikan anak-anak yatim di titiwangsa 8 julai ini, ini usaha kita, ini matlamat kita. Kita cari potensi Rijal yang mungkin kita terlepas pandang. Kita ambil mutiara di balik pasir yang mungkin kita tidak perasan, kita gilap, kita jadikan mereka insan yang lebih baik, dunia akhirat.

Buat atiqah, semoga impian kita membina baitul kasih itu diizinkan Tuhan. insyaAllah.


Dari meja ilham, bersama senaskhah al quran, menjadi petunjuk sepanjang perjalanan, the best book ever!




1 comment:

Farhan Yusuf said...

entahlah
malaysia sekarang
ada satu dalang
tapi masih belum terang
nafsu hasad dengki khianat ditatang
kuasa pengaruh dijulang....
malu...malu...malu...sayang
tanahairku gersang.