... I am A restless brain ...

Sunday, May 6, 2012

'kupilih hatimu'..

Assalamualaikum


merenung jendela fosterbrook, 7.00 petang.


sendirian di petang sabtu. minggu depan exam. housemates semua keluar, menikmati hari minggu santai sesekali melepaskan kitab2 medic dari pandangan mata. Kami berlainan batch, jadi exam kami berlainan. Stress pun lain kala nya. tahun depan mereka juga akan melalui apa yang aku lalui sekarang. 24 hours non stop tak boleh lepas dari buku. sangat stress.


Pada mulanya aku enggan menulis entry 'pelik' ini. Tapi inilah aku, sekali sudah jemari dan hati terasa ingin memuntahkan ilham, apa daya aku untuk menahannya. Kerana sekiranya aku tahan, ia akan terus2an bermain2 di benak minda sepanjang hari.


Orang lain nampak aku tenang dan tersenyum. Siapa tahu dalam hati aku menahan perasaan duka dan kecewa. ingin menangis, air mata kering. hati tawar dan kosong. tambahan lagi dengan stress obs&gynae exam minggu depan. aaaah daripada buang masa menangis lebih baik belajar. (^_^)


Bila hati sudah resah begini, penawarnya tentulah al quran dan solat. Kerana itulah kekuatan itu ada untuk aku terus kuat. Ya, kuat. Allah kan ada...


Ibu pernah cakap dengan aku, music juga boleh jadi salah satu terapi. Ibu cakap kalau tengah serabut, dengarlah lagu2 yang aku suka. Lalu mulalah aku mencari2 lagu2 kegemaranku di youtube. Malu untuk aku katakan tapi jujurnya aku agak gemar lagu2 dari Indonesia terutamanya lagu-lagu karangan Melly goeslow. Sangat kena dengan jiwaku yang agak sentimental. Lagu2 islamiknya, lagu2 soundtrack ketika cinta bertasbih, dalam mihrab cinta dan ayat-ayat cinta. Wahhhh kantoi sudah aku 'jiwang berkarat-karat'!! paling aku minat ialah lagu2 karangan Opick, sangat lekat dengan jiwaku.


Tiba2 aku terlihat link lagu ini, nyanyian Ussy dan andhika pratama, mereka pasangan suami isteri. Tajuknya, Kupilih hatimu.




Sekali dengar, hati terusik. Ditambah pula dengan ekspresi pasangan suami isteri ini. Terasa bagai dunia ni mereka yang punya hihi. Sebenarnya lagu ini memang menceritakan kisah sebenar mereka. Ussy, 31, seorang janda punyai dua anak yang akhirnya dinikahi oleh andhika seorang lelaki muda berusia 25 tahun yang dapat menerimanya seadanya. Bahagianya. Bahagianya jadi Ussy. Dahlah andhika ni kacak orangnya. huahuauahuahua. Sudah jodoh kan. Cantik rencana Tuhan.(^_^)


'Kupilih hatimu.. tak ada ku ragu.. mencintamu.. adalah hal yang terindah.. Dalam hatiku ohh sayang.. Kau detak dalam jantungku'...Sedap sangat melodinya. Bait2 lagunya terus menikam perasaan aku yang memang sudah sedia fragile, hanya menunggu masa untuk berkecai. Ceeehhhh. kih3 jiwang sgt yosh! =p


Benar, aku memang punya masalah 'jiwa' sejak kebelakangan ini. Namun aku tidak mahu ceritakan disini. Ia masalah perasaan. Tidaklah layak aku panggil aku panggil masalah 'cinta' kerana aku sedar tiada cinta yang diredhai sebelum perkahwinan. Namun aku tidak ralat, luka itu aku balut sendiri, telah aku bubuh penawar kalimah;

'Cinta pada bunga, bunga akan layu. Cinta pada manusia, manusaia kan mati. Cinta pada Allah, ia kekal dan abadi..'


So what's the point in crying?


Siapa yang tidak mahu bahagia. Siapa yang tidak mahu jadi seperti Ussy yang biarpun dia telah melalui kegelapan dalam usia mudanya, Allah hadirkan bahagia yang lebih baik untuknya. Kacak lagi muda. Yang penting kita tidak putus asa dari rahmatNya. Siapa yang tidak mahu untuk hidup bersama orang yang benar2 menyintai kita sepenuh raga.. Kalaulah kisah cinta boleh jadi seindah lagu2 yang dikarang ini kan best. Tak ada masalah, tak ada pergolakan. Namun hakikatnya, hidup tidak semudah itu.


Mesti ada yang melatah pabila terbaca entry ini. Benar, cinta sebelum perkahwinan tidak harus wujud. Kerana kasih sayang seorang wanita, hanyalah untuk bakal suaminya sahaja. Namun kadangkala manusia yang bersifat lemah ini seringkali terperangkap dalam perangkap perasaan sebegini. Kerana rasa kasih sayang itu fitrah.


Namun kita haruslah bijak untuk mengawalnya. Kerana akhir matlamat kita di dunia ini bukanlah hanya sekadar ingin menikmati cinta seperti yang dipaparkan dalam lagu-lagu indah sebegini. Hidup di dunia ini bukanlah hanya sekadar cinta dua insan. Kalau kita putus cinta, kita mahu mati, tidak mahu teruskan hidup lagi. Kalau kita dikecewakan, kita hilang arah, terus tumbang. Life does not work like that. Kerana dengan sebuah kehidupan, berbagai tanggungjawab menyusul datang. Malah Tuhan telah gariskan dua tugas utama kita di dunia ini yakni sebagai khalifah dan untuk beribadah kepadaNya. Cinta dan kasih sayang Allah beri sebagai anugerah.


Seharusnya, aku sepatutnya sudah menangis teresak-esak lantaran terlalu kecewa dan ralat dengan apa yang telah berlaku padaku baru-baru ini. Ya, kecewa. Tapi aku pilih untuk tidak menangis. Apatah lagi apabila keikhlasan dan kesetiaan dirasakan bagai tidak dihargai. Kadangkala terasa yang aku telah berjumpa dengan insan yang tepat, tapi hakikatnya aku masih tercari-cari, masih dalam keraguan. Jujurnya aku telah lelah. Namun aku yakin semua ini ujian, ujian untuk mengajar aku sesuatu. Ada sebabnya Allah datangkan ujian ini. Ya Allah tuntunlah hati kami. Dan aku kembalikan segalanya pada yang memegang setiap hati manusia. Kerana kita hanya mampu merancang, Allah jua penentunya. Allah penentunya.


Kerana itulah aku tidak pilih untuk menangis. Sesekali memang terasa jiwa sudah lelah, tetapi mengapa harus melemahkan diri sedangkan kita sedar tiada cinta manusia yang abadi. Kita berusaha dan teruskan bertawakal. Aku pasti menjadi impian aku dan setiap gadis didunia ini untuk memiliki lelaki yang menyintai seperti dalam klip video ini. Bak nyanyian lelaki itu, 'Setiap nafasku.. hembuskan namamu.. sumpah mati.. hati ingin memilikmu.. dalam hidupku oohh sayang.. kau segalanya untukku'.. kuat benar liriknya, menunjukkan terlalu cinta. Tapi bagiku biar sekadarnya sahaja, yang penting lelaki itu dapat membawa kita ke syurga...


Aku tidak menangis. Malah setelah aku meluahkan dalam entry ini, aku makin yakin aku tidak sepatutnya bersedih. Aku tidak kisah sekiranya dunia ini tidak menjanjikan seorang lelaki yang dapat menyintai aku seperti yang aku mahukan. Aku tidak kisah sekiranya dunia ini tidak dapat mencoretkan sebuah kisah cinta seindah kisah- kisah dongeng. Biarpun kadangkala timbul rasa cemburu terhadap insan lain yang mengecapnya seperti mudah adanya, tapi apa yang hendak aku lelahkan. Aku punya cinta dariNya. Menerang gelap dengan cahaya. Membasuh air mata dengan bahagia mengingatiNya.



waaaaaaaahhhh! exaggerating bagai aku ini. Sebab itulah entry ini pelik. Namun entry ini juga beri aku kekuatan. Tidak perlu aku membazir air mata dan tenaga dan masa. Banyak lagi tugas dan tanggungjawab perlu aku laksanakan. Amanah duit elaun yang aku dapat dari wang rakyat yang perlukan aku belajar bersungguh2, amanah ibu dan ayah. Jika cinta itu seolah bagai tidak tercapai, aku kecap cinta dan nikmati sepenuhnya cinta yang sudah sedia aku miliki. Cinta Allah, cinta Rasul, cinta keluarga, dan adik2 'angkat' ku di rumah-rumah perlindungan itu. Aku harus kuat dan tidak kalah kerana tanggungjawab aku terhadap mereka sangat besar. Sekiranya aku lemah, bagaimana aku dapat membela mereka nanti? Jadi aku tidak boleh lemah. Aku harus terus gagah melangkah. Dan luka itu, biar aku balut sendiri, ubati sendiri. Allah penawarnya.


Lagipun, siapa kata aku tak bahagia? Apalah yang lebih membahagiakan aku selain melihat senyuman diwajah mereka ini.. Kupilih hati kalian yosh!! (^_^)





ya, umur aku semakin meningkat. ibu ayah bimbang sangat sebab mereka kata aku ni ada potensi tak mahu kahwin. Kerana aku tahu ibu dan ayah tahu aku seorang wanita yang sangat kuat. Kerana mereka tahu anak gadis mereka ini asyik memikirkan hal ehwal orang lain sehingga kadang2 aku tidak tahu apa yang aku mahukan dalam hidup ini. Aku terlepas pandang kebahagiaan sendiri. Siapa kata aku tak mahu kahwin? haruslah mahu! haha =p haha cuma mungkin perjalanannya sedikit berliku. bukan sedikit, banyak liku!


bukanlah aku menanti putera kayangan dari langit. Aku bukanlah hanya menanti lelaki sesempurna Rasulullah, kerana aku sedar aku tidak sesempurna siti khadijah. Aku bukan mendamba lelaki setampan yusuf kerana aku tidak sejelita zulaikha. Aku bukan harap lelaki sehebat nabi sulaiman, kerana aku tidak seanggun ratu balqis.


Cukuplah sekadar dia menerima aku seadanya, kelemahan dan kelebihanku. yang paling penting, memimpin tangan ini ke syurgaNya.

sekiranya tidak aku temui di dunia ini, aku nantikannya disyurga nanti. kerana mati itu terlalu dekat dan pasti. jadi masa yang ada tidak harus dibuang menangisi yang tidak pasti. cinta yang hakiki biarlah hanya pada Ilahi. buang sedih buang kecewa. sulam kekuatan dan keyakinan untuk menujuNya..


insyaAllah. insyaAllah. semoga ada jalan keluar untuk krisis hatiku ini. ya, jika tidak disini, aku nanti diakhirat nanti.

1 comment:

misz nik ecah said...

'Seharusnya, aku sepatutnya sudah menangis teresak-esak lantaran terlalu kecewa dan ralat dengan apa yang telah berlaku padaku baru-baru ini. Ya, kecewa. Tapi aku pilih untuk tidak menangis.'

Dan saya sebaliknya. :'(