Assalamualaikum..
dihadapan jendela kamar fosterbrook, 7.50 pagi.
...Rancang hendak qada tidur sepuasnya setelah 6 minggu O&G yang hectic dan exhausting, tp apa mau buat, antara banyak2 waktu dalam sehari, waktu pagi2 beginilah waktu yang paling aku sukai. Tenang, dingin, mendengar burung2 bangun pagi, sambil2 cahaya mentari bersinar tepat menyirami wajahku dari luar jendela. Memutar irama2 sentimental, sambil jari jemariku ligat menari2 di atas laptop putih tuaku. Di pagi2 begini biasanya orang lain masih setia didalam selimut, jadi keadaan sunyi sepi. Maka kesunyian dan kedamaian pagi memang sangat terasa. Wah!! Aku falsafah! =p
Minggu depan bermulalah minggu paediatrics selama 6 minggu, akan sekali lagi berjuang. Sudah 5 bulan aku tidak punya cuti, yang ada hanyalah hujung2 minggu untuk melepaskan lelah kepenatan. Tak mengapa, insyaAllah 6 mggu lagi aku akan pulang ke malaysia, sekiranya tiada aral, berayalah aku di malaysia! yeay!
Entry ini sebenarnya dah lama aku ingin tulis, tp asyik tidak berkesempatan. Untuk menulis, aku benar2 perlukan otak dan jiwa yang lapang. Lagipun, entry ini sangat penting untuk aku sampaikan. Moga bermanfaat. Lebih2 lagi sempena Hari ibu hari ini! Selamat hari ibu, dan ayah sekali!! <3
***********************************************************
Baru-baru ini heboh di malaysia berkenaan satu kes penderaan bayi yang terpapar di laman youtube, video yang memaparkan seorang ibu muda memukul anak kecilnya tanpa belas kasihan. Sampai masuk berita di TV3, mengundang marah dan kecaman dari pelbagai pihak. Maaf, aku tidak sampai hati untuk uploadnya di ruang blogku ini. Tidak tergamak lagi untuk menontonnya, terlalu meruntun perasaan. Entah apa dosa anak kecil itu sehingga diperlakukan sebegitu. Hendak aku menista keji ibu yang memukul itu, tidak juga, kerana dengan nista dan kejian itu juga tidak akan menyelesaikan masalah. Lagipun, bukan tugas kita untuk mengadili dan menghukum.
Ya, aku amat2 benci akan perlakuannya yang tidak boleh diterima itu, tapi aku juga tidak tahu apa yang berlaku. Sebagai seorang pelajar perubatan, malah baru saja melalui rotation O&G, aku sedar mungkin saja ibu itu bukan dalam keadaan yang tidak waras, 'psychological illness postpartum', yakni sakit mental selepas bersalin. Lecturer aku pernah cerita, ada seorang wanita UK, beliau seorang doktor, tapi ada masalah kesihatan, masalah mental. Sejak dia jadi doktor, penyakitnya berkurang, beliau bekerja dengan baik. Selepas beliau bersalin, penyakit lamanya menyerang kembali dan akhirnya beliau membakar dirinya sendiri bersama anak yang baru dilahirkan. Kerana, sepanjang ibu mengandung, mereka sebenarnya tidak digalakkan mengambil ubat mereka kerana boleh menyebabkan anak dalam kandungan mereka cacat, 'teratogenic effects'. Tetapi mereka harus juga mengambil ubat agar penyakit mereka terkawal. Ada ibu yang sanggup tidak makan ubat semata2 untuk melahirkan anaknya dengan sempurna.
Tetapi, aku marah amat dengan orang yang merakam kejadian tersebut. Entah apa faedahnya dia merakam kejadian itu, dengan tidak membantu menyelamatkan anak kecil yang sedang didera itu. Entah kemana hilangnya rasa belas kasihan dan perikemanusiaan, sehingga tega benar dia hanya menyaksikan. Kucing pun sayangkan anak, inikan kita manusia yang dianugerahkan akal, ciptaan Allah yang hebat. Entahlah..
Honestly, aku sangat sukakan kanak-kanak. Mereka sangat cute okay! haha Apatah lagi aku punyai dua adik kecil dirumah yang ligat sedang membesar, berada jauh dari mereka sangat menyakitkan. Sebab itulah aku sangat pelik bila ada yang sanggup mendera manusia kecil yang terlalu istimewa ini. Bagi aku, kanak-kanak ibarat sekeping kanvas putih yang bersih. Maka ibu ayah adalah pelukisnya. Sekiranya pelukis kanvas ini melukis dan mewarnakan kanvas ini dengan kemas, cantik, berhati-hati dan penuh rasa kasih sayang dan cinta, maka akan cantiklah kanvas itu nantinya. Begitu juga sebaliknya.
Malah, aku ingin sekali nanti menyambung pengajianku menjadi seorang paediatrics. Bidang yang bukan sahaja mendidik aku jadi pakar, tapi juga akan mendidik aku menjadi seorang insan yang lebih baik. Setelah aku menceburi bidang perubatan, semakin banyak keajaiban Tuhan yang telah aku saksikan sendiri. Maka perkara yang paling menakjubkan ialah melihat bayi dilahirkan, melihat mereka membesar dan bergerak-gerak di dalam rahim ibu mereka ketika ultrasound.
Aku hanya ingin berkongsi pengalaman ku, apa yang telah aku saksikan sepanjang 6 minggu aku dalam rotation ibu-ibu mengandung yakni obstetric dan gynaecology.. Aku yang aku hayati, dan apa yang aku fahami tentang dunia seorang ibu, dan seorang bayi..
Kelahiran manusia memang menakjubkan. Tambah menakjubkan mempelajari bagaimana daripada hanya setitis mani (sperm), bergabung dengan telur (ovum) dari rahim ibu, bersatu, bercambah, dan kemudian penyatuan ini bertapak didalam rahim ibu yang mana rahim ibu itu actually hanyalah sebesar penumbuk sahaja. Dengan izin Tuhan ia bercambah, ditiupkan roh, dan terus membentuk organ. Pada 5 minggu, degupan jantung dapat dilihat, berdetak seiring detak jantung ibu mereka. Masa berlalu, manusia kecil itu terus bertumbuh, bagai hasil seni diukir pada arca tanah liat, kita terus dibentuk sehalus2 kejadian, membentuk lima jari2 halus, diukir mulut dan mata, dan menjadi seperti seorang manusia normal. Subhanallah. Maka mengapa kita masih tidak berfikir betapa hebatnya Allah, Tuhan kita, dan mengapa tetap kita masih tidak menghayati kebesaranNYA..
"Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ayat-ayat bagi kaum yang mau menggunakan akal " (An Nahl : 12)
Maka rugilah orang-orang yang menyaksikan dan mempunyai ilmu tetapi tidak berfikir.
Namun hakikatnya hidup ini kadangkala tidaklah semudah itu. Maka hidup ini adalah satu ujian buat orang-orang yang beriman. Tidak semua dari manusia seperti kita dilahirkan dengan sempurna. Maka dalam pada itu Allah menguji. Akibat satu kesalahan genetik atau chromosome, maka ia merubah konsep bahagia melihat bayi-bayi ini dilahirkan. Teringat aku menemuramah seorang wanita Polland yang melahirkan anak Down Syndrome. Masih jelas senyuman bahagianya merenung anak kecil yang baru keluar dari rahimnya itu, biarpun pada hakikatnya dia sedar anak kecil itu tidak akan seperti anak-anak yang lain. Tidak kurang juga di dalam klinik aku melihat wanita 40 an yang datang dengan tangisan ketakutan, bimbang benar anak dalam kandungannya menerima nasib yang sama kerana adik perempuannya baru saja melahirkan bayi down syndrome. Persoalannya, mampukah mereka menerima anak mereka ini seadanya, biarpun mereka tidak sempurna?
Tidak kurang juga, dengan masalah2 birth defect yang lain. Ada yang dilahirkan tidak punyai mata, tidak punyai mulut, masalah spina bifida, masalah di lahirkan pekak atau bisu. Ada yang dilahirkan tangan mereka kedua2nya pendek, ada yang tidak punyai kaki. Sewaktu aku on call didalam NICU (neonatal intensive care unit), aku lihat seorang bayi yang di lahirkan pada minggu 23 (due kandungan yang normal ialah 40 minggu), namanya Valentina Jucan. Valentina sangat kecil, sebesar telapak tangan aku adanya. Banyak masalah timbul apabila mereka dilahirkan tidak cukup bulan begini. Bernafas pun masih menggunakan ventilator. Aku juga lihat seorang bayi lelaki yang dilahirkan pada minggu ke 24, Aaron, yang mana Aaron punyai masalah jantung berlubang, usus kecilnya dipotong akibat necrotizing enterocolitis, dan kini dia punyai stoma yang mana salur najisnya disalur ke luar badan. Menyedihkan.
Gambar ni salah satu contoh chromosomal abnormalities yang compatible with life, Edward's syndrome. that means yang masih boleh survive. Banyak abnormalities yang tak compatible with life, maknanya bayi ni memang tak boleh survive. Actually ada lagi satu syndrome yang compatible with life iaitu Patau syndrome, tapi rupa bayi kalau tengok sangat sedih dan boleh menankutkan orang yang tak biasa dengan dunia perubatan. Kalau nak google lah patau syndrome. Dalam medic, memang banyak benda yang kita tak nak atau takut nak tengok, tapi kena tengok. Kadang2 dalam lecture, aku asyik pandang dinding daripada pandang slides sebab tak mau tengok gambar-gambar yang pelik. Contohnya gambar bayi-bayi with birth defects atau gambar orang mati, orang accident teruk. Even aku ni memang lemah semangat, kena tempuh. This is my profession. InsyaAllah, aku cuba yang terbaik.
Maka adalah di antara para ibu mencari jalan keluar, dengan menggugurkan bayi mereka yang tidak sempurna ini. Di ireland, abortion tidak dibenarkan. Biasanya mereka akan ke united kingdom to have termination of pregnancy. Lantaran tidak sanggup menerima manusia kecil itu, yang tidak sesempurna yang diharapkan. Padahal, ramai juga ibu-ibu ini sebenarnya sewaktu mengandung, mereka minum arak dan smoking, bila anak dah jadi begitu, tega pula jadi pembunuh. manusia..manusia..
On the other side, sewaktu di klinik, ada juga aku berjumpa dengan seorang wanita muda yang datang untuk check up, pada minggu ke 23, sedar2 sahaja doktor beritahu yang bayi dalam kandungannya sudah tidak bernyawa lagi. Degupan jantungnya telah terhenti, bayi itu tidak begerak-gerak lagi. It was so heartbreaking. Namun apa daya, Tuhan lebih menyayangi bayi mereka. Kasihan. Yang sihat melahirkan, bayinya dibuang-buang. Yang terlalu mahu pula, bayi mereka dipanggil Tuhan.
Kita ini, yang dilahirkan sempurna dan cukup sifat, tidak menyedari sebenarnya, kita ini sangat-sangat bertuah. Menyedihkan sebenarnya melihat ada diantara kita yang masih merungut itu dan ini, ini tak cantiklah, itu tak kenalah, kulit tak haluslah, saya tak tinggi dan slim macam modellah, tak cun macam scha lah, tidak jelita macam erra faziralah, dan macam2 lagi rungutan. Kita tidak sedar ramai lagi yang dilahirkan tidak sempurna, yang tidak cukup sifat. Maka sifat manusia yang tidak mungkin akan pernah puas.
Sahabat, marilah bersyukur. Ya, mungkin kita tidak secantik orang lain, tapi sekurang2nya kita sempurna dan cukup sifat. Terkurang sedikit2 itu kita redha. Jangan lihat apa yang kita tak ada, pandanglah apa yang kita ada. Alah biasalah, kalau aku tengok orang cantikpun, akan timbul rasa kagum dan sedikit cemburu, tapi ingat, itu rezeki mereka, dan kita punya rezeki kita sendiri. Aku teringat, ibu selalu pesan pada aku,
"Adik, kalau cemburu tengok orang naik kapal terbang, tengoklah, ada yang hanya naik kereta. Kalau cemburu orang yang naik kereta, ingat, ada yang hanya mampu naik motor. Kalau cemburu orang yang naik motor, ingat ada yang hanya naik basikal. Dan kalau cemburu orang yang naik basikal, ingat ada antara kita yang hanya mampu berjalan kaki."
(hehe ibu, walaupun adik ni kecil2 suka betah cakap ibu, tengok, segala kata-kata ibu tak pernah hilang dari ingatan)
Teringat kata-kata hikmah, " Apabila kita belajar dan berusaha, sentiasalah bandingkan diri kita dengan orang yang lebih rajin. Dan apabila kita melihat dunia dan isinya, sentiasalah melihat orang lain yang lebih susah."
Dengan cara ini, kita akan lebih kenal erti sebuah kesyukuran..
Ada sebuah video, aku rasa ramai dah tengok kat facebook. Sangat menyentuh hati. Kisah seorang ibu, yang menyintai anaknya biarpuan anaknya tidak sesempurna orang lain.
'People ask her why she didn't choose to abort her boy. They stare at both of them. They talk behind their back. But none of that matters because this mother knows that her boy is beautiful just the way he is'
Aku teringat kata-kata seorang ibu yang baru sahaja kehilangan anak-anak lelakinya yang sakit dan cacat. Beliau berkata, "Wahai anakku, terima kasih kerana telah menjadikan ibumu ini salah seorang calon penghuni syurga. Tahukah kamu dengan kehadiranmu yang orang lain kata tidak sempurna, telah menjadikan ibu calon untuk memasuki syurgaNya, kerana kau tentulah penghuni syurga itu, dan ibu pasti kau akan membawa ibu sekali bersamamu.."
6 minggu ini, aku menghayati makna "motherhood". Kasih sayang seorang ibu. Keajaiban seorang bayi. Melihat dan mendengar jerit payah ibu bertarung nyawa ketika bersalin. Melihat kulit ibu terkoyak dan saraf2nya putus sewaktu melahirkan. Selepas melihat childbirth buat pertama kali terus aku menelefon ibu, mengucapkan, "terima kasih ibu". Sekiranya aku tahu, pasti aku tidak banyak melawan cakap ibu sejak aku kecil.
Cara kita menempuh hidup ini sangat bergantung kepada cara kita melihat dunia. Sekiranya bagi kita cantik itu hanya apabila seseorang itu sempurna dan cukup sifat, putih, tinggi, gebu, mancung dan berleher jinjang, maka apabila kita menerima nasib sepeti Lacey dalam video itu, kita mungkin tidak sanggup menatap anak kita sendiri, apatah lagi menempuh hidup ini bersamanya. Malah ada antara kita yang mungkin sanggup membuang anak atau membunuh anak kita sendiri.
Tapi sekiranya kita sedar bahawa setiap manusia itu cantik just the way they are, aku yakin kita juga mampu jadi sekuat Lacey. Lagipun, selepas bayi kecil itu dilahirkan kedunia, mereka sangat lemah, dan satu2nya their guardian angel ialah ibu mereka. Sebelum aku menutup entry kali ini, aku tinggalkan sahabat dengan sebuah kisah comel. Sempena hari ibu.
Alkisah, ada seorang bayi di surga. Ia mendengar bahawa ia akan segera diturunkan ke bumi. Terdorong oleh perasaan cemas dan takut, ia datang menemui Tuhan.
Bayi: Wahai Tuhan, aku dengar dari para malaikat bahwa besok aku akan dikirim ke bumi. Apa yang harus kulakukan? aku bingung dan takut.
Tuhan: Tenang. Aku akan mengutus seorang malaikat bersamamu, yang akan menyayangi dan melindungimu.
Bayi: Tapi, kudengar di bumi banyak orang jahat. bagaimana bila mereka menyakitiku?
Tuhan: Malaikat itu akan menjagamu, walaupun harus mempertaruhkan jiwanya.
Bayi: Tuhan, aku pasti akan merindukanMu. Bagaimana aku dapat berbicara denganMu nantinya?
Tuhan: Malaikat itu yang akan mengajarimu caranya berdoa.
Bayi itu terdiam sejenak. lalu ia kembali bertanya.
Bayi: Kapankah dan bagaimanakah aku dapat melihatMu kembali, Tuhan?
Tuhan: (dengan sabar menjawab) Malaikat tersebut akan menyayangimu dan mengajarkanmu cara-caranya. Lalu pada hari yang telah Kutetapkan, kau akan kembali kepadaKu. meski selama itu Aku selalu berada di dekatmu.
Untuk sesaat hening. Syurga diliputi keheningan yang begitu dalam hingga suara itu dapat sampai ke bumi.
Bayi: Tuhan, bolehkah aku tahu nama malaikat itu?
Maka Tuhan menjawab,"Kau boleh memanggilnya...IBU."
Suatu hari nanti, insyaAllah sekiranya aku ada rezeki, aku juga akan menjadi seorang ibu. Semoga aku dapat menjadi malaikat buat anak-anakku nanti, tidak kiralah apa jua keadaan mereka. Berikan hambaMu kekuatan Ya Allah. Suddenly i miss my mom and dad so much. Selamat hari ibu, ibu <3
No comments:
Post a Comment