Assalamualaikum,
Dah tiga hari aku jadi polar bear, hibernate dalam bilik. Tak keluar-keluar rumah. Kenapa? Sebab asal aku pandang je luar tingkap, melihatkan dublin yang saaaaaaaangat super sejuk, hujan, basah, gloomy, cukup mematahkan semangat aku untuk even mengambil satu langkah keluar rumah. Patutnya dublin sekarang dah musim bunga, tapi pokok depan tingkap bilik aku masih togel, satu daun pun cukup takut untuk tumbuh melihatkan cuaca sebegini. Haaaiihh dublin oh dublin.
Sahabat karib aku? skrin dan papan kekunci laptop untuk blogging, samsung tablet untuk tengok tv, buku medic untuk menelaah. Satu lagi yang tak boleh tinggal. Coffee nescafe brown and creamy faveret khas dari malaysia untuk memanaskan badan.
Dua minggu study week dalam module professional completion sangat menguji aku dengan masa lapang. Walau satu badan rasa menggigil kemalasan, aku paksa juga diri untuk menelaah pelajaran. Walaupun aku tahu, aku ada 6 minggu yang agak 'free' sebelum final. Ya, aku diuji dengan masa lapang. Masa ibarat pedang. Sekiranya aku tidak mengejar masa, nescaya masa akan memotong aku.
Topik : Aku pelik bin hairan.
Begini, bila dah berharian menghabiskan masa dalam bilik, hiburan dunia luar aku ialah internet, facebook, berita2 terkini, blog2 sahabiah dan yang terbaru instagram. Ahaks, instagram. Dulu aku tau je kewujudan instagram ni tapi aku tak adalah fond untuk buka satu akaun sendiri. Tapi satu hari aku di'perkenal'kan instagram ini secara rapat oleh seorang usrati, maka terciptalah akaun instag aku sendiri. Dari mula tak minat, syaitan lagha mula hasut2 suruh aku buang masa dengan satu lagi medium 'networking' yang cukup melalaikan aku ni. Mula-mula just jalan2 instag tengok akaun kawan2 je, tiba2 ternampak gambar2 yang di'like' rakan2 di news feed instag, yakni gambar2 artis2 fofular masa kini. Aaaaa barulah aku faham kenapa orang sekarang gila berinstag, stalking artis2 idaman rupanya. Maklumlah, mereka kan cantik2, suka mata2 yang menatap. Yang ini aku tak hairan, Allah pun sukakan perkara yang cantik-cantik apatah lagi manusia. Aku pun sukakan perkara yang cantik.
Dari satu akaun instag artis, ke satu artis aku explore. MasyaAllah beratus ribu 'like'. Nak-nak lagi artis2 wanita yang jelita, cantik, cun yang dianugerahkan Allah wajah dan jasad yang cukup sempurna dipandangan mata. Yang dah sedia cantik, ditambahkan lagi solekan dan baju yang indah, masyaAllah bertambah2lah cantik. Ramai betul orang 'like', ramai betul orang follow. Alhamdulillah, itu rezeki bahagian mereka yang Allah anugerahkan untuk mereka, wajah yang cantik menjadi pujaan mata yang memandang. Sudahlah cantik, popular pula. Indah terasa dunia bagi mereka. Teringat suatu hadith;
Ibnu Mas’ud Radhiyallahu Anhu berkata:
“Betapa banyak manusia yang dihukum secara berangsur-angsur melalui kesenangan yang diberikan kepadanya;
Berapa banyak manusia yang mendapat cobaan melalui pujian orang lain kepadanya;
Betapa banyak manusia yang terpedaya karena kelemahannya disembunyikan oleh Allah.”
Aku akui, fitrah menjadi wanita dimana setiap dari kita ingin memiliki kecantikan. Aku juga ingin cantik. Untuk berasa iri hati dengan kecantikan artis-artis tersebut, hmmm dulu masa kecil2, adalah sikit rasa, eh, jelesnya tengok orang cantik! Tapi bila aku dewasa, aku mula faham bahawa kecantikan itu subjektif. Cantik rupa satu perkara, namun apa yang didamba ialah kecantikan hati dan taqwa. Kecantikan segumpal daging bernama hati yang akan mencantikkan seluruh jasad. Kecantikan yang harus disyukuri dan dijaga dengan perintah menutup aurat. Kecantikan, yang tak mengapalah andai manusia lain tidak menyedari, tetapi Allah dan yang berhak dapat melihatnya.
Ada yang tidak menyedari bahawa kecantikan merupakan satu ujian yang amat sukar untuk dijaga dan dipelihara. Wanita cantik yang bertaqwa sedar bahawa dalam kecantikan, sebahagian adalah nikmat, dan sebahagian lagi adalah ujian terbesar yang mana kalau mereka tersalah guna, amat mudah untuk mengheret mereka keneraka. Rahmat Allah datang bersama ujian bagi mereka yang berfikir dan bertaqwa.
Tapi, ada satu perkara yang aku sedikit pelik bin hairan. Bila melihat gambar artis2 jelita ini, kadangkala aku scroll comments gambar tersebut. Tak kurang yang memuji, tak kurang juga yang mengutuk. Tambah lagi comments 'seram' kaum adam yang mempunyai hawa nafsu besar yang satu itu. Meremang juga bulu tengkuk apabila terbaca comments 'nakal' mereka. Apatah lagi kalau gambar2 yang dipaparkan merupakan gambar2 seksi dan mengghairahkan. Kalau gambar yang diinstag gambar tidur, baring, tergolek, mulalah ada yang meminta untuk tidur bersamalah, apalah. Apatah lagi kalau artis itu isteri orang, tidak tercabarkah maruah suami mereka apabila membacanya? Terganggu betul emosi aku yang masih bujang ini. haha. (padan muka aku, sape suruh buang masa baca).
Aku pergi lagi menjelajah instag ramai lagi artis muda sebaya aku. Aku terscroll satu gambar seorang artis muda yang berposing agak keterlaluan bagi aku dengan selapis pakaian yang bagi aku boleh menggegar iman mata2 lelaki yang menatap. Sekali lagi, aku scroll comments gambar tersebut. Yang inilah yang agak menghairankan aku. Yang bercomment kotor satu perkara, para peng'comment' boleh pula bergaduh sesama sendiri. Satu pihak seolah macam mengkritik keras dan memprotes gambar tersebut yang bagi mereka sangat keterlaluan. Satu pihak lagi yang fanatik yang asyik mengulang ayat ini, "suka hati dialah gambar dia. kau tu tak secantik dia! lagipun kubur nanti masing2!". Satu pihak lagi agak islamik, menegur dengan penuh hikmah.
Perbalahan mereka hanya kerana sekeping gambar instag artis kesayangan menjadi teruk dengan makian, carutan, hinaan. Bukan saja memaki yang meng'instag', boleh pula campur memaki hamun keturunan orang yang terlibat. Hanya kerana sekeping gambar artis, boleh mencetus perbalahan dan persengketaan walhal para peng'comments' hanya bertemu di alam maya. Dosa demi dosa terkumpul. Fitnah demi fitnah dicipta. Aib demi aib dibuka. Kesatuan ummat islam hancur hanya kerana perkara sia2. Perkara remeh. Hanya kerana sekeping gambar. Ya Allah, apa sudah jadi dengan manusia akhir zaman?
Allah berfirman: Telah dekat kepada manusia hari perhitungan segala amal mereka, sedang mereka ada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya) (Al-Anbiya": 1)
Tentunya saya juga sebenarnya tidak bersetuju dengan cara pemakaian dan aksi bergambar sang artis tadi kerana jelas menurut islam yang saya anuti ia tentunya salah. Tetapi saya tidak akan membuang emosi dan akal hanya untuk turut bergaduh dalam perbalahan sia-sia yang tidak memberi manfaat atau akibat kepada sesiapa. Bukan bermakna saya mahu melepas tangan untuk berdakwah, tetapi saya rasa itu bukanlah medium terbaik. Hanya ini saja telahan saya insan serba kekurangan ini;
Pertama, kepada yang mengkritik dan mengutuk secara keras. Saya faham niat kalian mengutarakan ketidaksetujuan kalian kepada perbuatan artis itu. Alhamdulillah, kita sama2 menolak kemungkaran yang berlaku. Tapi dari kita menghina, mengutuk dan menghukum orang lain dengan neraka, bukankah lebih baik kita sampaikan teguran dengan cara yang lembut dan indah. Islam disebarkan Rasulullah dengan penuh akhlak dan kasih sayang, sampai hari ini kita dapat rasa kasih Rasulullah dalam Islam yang disampaikannya. Maka mengapa kita mahu menyampaikan Islam kepada artis tersebut dalam kata2 makian dan amarah?
Kedua, kepada yang menyokong dan memuja tindakan artis tersebut, khususnya kepada yang berkata, 'kubur kita masing2'. Ya kita bebas untuk meminati sesiapa jua, namun kita tidak boleh menidakkan hukum Islam. Yang memprotes bukan bermakna mereka bencikan artis kesayangan anda tersebut. Tetapi mereka tidak berstuju dengan perbuatan artis itu yang mana salah disisi agama. Yang salah, tetap salah. Yang batil tetap batil. Tiada siapa yang boleh menolak hukum. Tiada siapa yang boleh mengubah perintah Allah mengikut kesukaan dan keselesaan kita.
Ya, kubur kita lain2. Tetapi kita juga nanti yang saling mengheret sesama sendiri keneraka. Anak gadis tadi akan mengheret bapa, suami, anak lelaki, adik beradik lelaki, sama2 'menikmati' neraka. Tidak sayangkah kita pada mereka? Menjadi tanggungjawab sesama kita untuk saling memperingatkan, maka janganlah dikeji kepada yang menegur.
Ketiga, kepada yang menegur dengan baik. Alhamdulillah. Semoga dengan usaha kita sekecil itu Allah lihat dan dapat menyelamatkan kita dari seksaan api neraka.
Ini bukan masanya untuk kita berbalah untuk perkara yang sia-sia. Orang yang mempunyai cita-cita yang besar tidak akan sempat untuk bermain-main dengan isu remeh-temeh sebegini. Mengapa kita dilalaikan dan dihanyutkan dengan permainan emosi dari barat yang hanya menghancurkan umat Islam seluruhnya. Ini bukan lagi masa untuk kita mencintai dunia dan segala isinya. Ini masa untuk kita mengejar peluang merebut syurga dan segala isinya. Jangan lalai dari urusan akhirat dan ingat tujuan kita diciptakan; untuk ibadah dan sebagai khalif dibumi.
Alangkah besarnya penyesalan kami terhadap kelalaian kami tentang kiamat itu, sambil mereka memikul dosa-dosa di atas punggungnya. (Al-An"am: 31)
Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku bisa berbuat amal shalih terhadap apa yang telah aku tinggalkan. (Al-Mu"minun: 100)
Sebagai seorang yang berakal kita sedar bahawa hidup hingga ke detik ini sungguh merupakan kesempatan besar yang Allah kurniakan kepada kita. Allah masih memberikan kesempatan waktu untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya. Jangan kita sia-siakan kesempatan yang ada. Ingatlah kepada mereka yang telah keluar dari dunia karena kita akan keluar dari dunia ini juga. Akan tetapi kita sekarang masih berada di negeri amalan dan masih punya kesempatan bertaubat dan beramal. in sha Allah.
1 comment:
boikot nescafe yoshh!
Post a Comment