Assalamualaikum,
fosterbrook neighbourhood, 1.09 petang.
People always said that the most beautiful feeling is when we are deeply in LOVE.
If it is after a marriage, then I AGREED 110%! but if it is before, I object 220%! (-_-")
Orang selalu kata, "Seronoknya dia sudah berpunya". Seronoknya dia sudah ada yang mahu". "Seronoknya dia dan kekasihnya bercinta".
Aku kata, "Siapa kata bercinta itu seronok?. Siapa kata bercinta itu indah?. Percintaan SEBELUM BERKAHWIN tidak pernah akan menjanjikan kebahagiaan".Aku tahu, kerana aku pernah melaluinya. Aku tidak bahagia.
Kita selalu bimbang apabila kita melihat orang lain bahagia bersama pasangan masing-masing, bercinta dan berhubungan mesra. Kita selalu ingat, bahagianya mereka bila sudah ada seseorang yang menemani di saat duka dan suka.Ada orang yang akan menghubungi disaat keduanya saling rindu tidak bertemu. Sedangkan kita tidak ada siapa pun yang mahu. Tidak ada siapa yang mahu menutur perkataan, 'aku cinta kamu', 'aku sayang kamu','aku rindukan kamu'. Kita rasa awful dan upset. Sometimes we feel that we are not precious at all.
Kita tanya Tuhan bila kita solat, "Ya Allah, bila agaknya insan itu akan hadir. Ya Allah adakah aku ini akan kesunyian sepanjang hidup?" Kita takut yang tidak ada yang mahu menerima kita yang serba kekurangan. Kita rasa inferior dari kawan-kawan yang lebih cantik, yang lebih pandai, yang lebih berharta kerana mereka lebih mudah untuk mendapat pasangan. Lebih-lebih lagi kita selalu ditakut-takutkan dengan berita nisbah lelaki dan perempuan sudah makin tinggi. Mungkin kita akan end up berkahwin dengan duda atau suami orang!
Tapi sebenarnya ketahuilah, tiada indahnya pun bercinta sebelum kita berkahwin. Apa yang kita akan rasakan hanyalah tidak tenang dan sedih yang tidak berpunca. Perasaan bersalah setiap kali ber sms dan bercakap ditelefon. Rasa sedih kerana di pihak sana tidak mahu serius ke arah perkahwinan. Kadangkala kita rasa cemburu dan berburuk sangka di saat berjauhan. Kadangkala akan rasa dikhianati dan marah tanpa usul periksa. Aku melalui semua itu. Semua ini tidak pernah menitip bahagia. Tidak pernah melahirkan kedamaian. Tapi..... alhamdulillah sekiranya kita melalui semua perasaan ini.Alhamdulillah ada rasa kekusutan ini..
Mengapa aku tutur alhamdulillah untuk semua kekusutan itu? Mengapa kita akan rasa awful dan celaru? Kerana alhamdulillah, masih ada Allah dalam jiwa kita. Kerana perasaan takut pada Allah itu membuatkan kita rasa devastated kerana melanggar perintahNya dan melakukan laranganNya. Kita tidak tenang kerana kita tahu Allah sedang memerhatikan kemungkaran yang kita lakukan. Kita rasa sedih kerana kita merasa diri diselaputi dosa setiap kali kita berhubungan dengan pasangan kita.
“ Sebab kerasnya hati adalah dosa, kemaksiatan, sering bergaul dengan orang-orang lalai serta orang-orang yang fasiq. Sedangkan penyebab hati menjadi lunak, bersih dan tentram adalah mentaati Allah, berteman dengan orang-orang baik, dzikir, membaca Al Qur’an dan istighfar. ”~Asyraf Al-Fandani~
Aku selalu bayangkan (ini bukan hadith atau apa-apa, hanya bayanganku sendiri), setiap kali aku menghubungi yang disana, maka akan bertambahlah tompok hitam di hatiku. Setiap kali madah-madah rindu ditutur oleh pasangan itu, maka setiap kali itulah tompok hitam itu akan bertambah. Makin bertambah dan bertambah dan akhirnya hati kita jadi hitam, keras dan tidak bercahaya.
Dan akibat hitamnya hati ini, hypothesis aku ialah;
1)Kerana itulah ilmu tidak senang masuk apabila belajar
2)Kita degil dan tidak mahu mendengar kata orang lain
3)Kita rasa tidak tenang, tidak gembira dan tidak bersyukur dengan apa yang ada
4)Kita mudah marah dan tersinggung dan sering mencari kesalahan orang lain
Kadangkala aku selalu berkata pada diri, "kalaulah aku bisa mengundur masa,tentu tidak aku mahu jatuh cinta pada sesiapa jua. Aku mahu tunggu kepada yang betul-betul mahu, terus sahaja ambil aku sebagai isteri, tanpa sebarang sela masa yang boleh mewujudkan perasaan cinta sebelum berkahwin. Sungguh aku tidak mahu!".
Namun apakan daya, terperangkap jua dalam hubungan perasaan yang belum halal, membuatkan jiwa tidak tenteram. Setiap kali aku solat, aku menangisi kelemahan iman. Mengapa tega aku mengkhianati rasa cinta yang seharusnya kuberikan pada Yang Esa dan bakal suami yang tercinta sahaja. Merangkak-rangkak aku kembali ingin mencari redhaNya. Telah selalu jua aku fahamkan sang adam, mengapa mahu aku mempercepatkan pernikahan, namun ternyata tidak berhasil. Kerana apa? Kerana masyarakat kini lebih mementingkan pandangan manusia dari pandangan Allah. Kerana manusia kini lebih mahu redha manusia dari redha Allah swt.
Kata mereka, jangan berkahwin ketika belajar, nanti gagal! Habis belajar dulu, dah bekerja, dah kaya baru berkahwin. Bagaimana pula dengan kami yang belajar bertahun-tahun, terpaksa menahan perasaan bertahun-tahun. Ya, waktu itu memang kami sudah kaya, sudah bekerjaya, alhamdulillah. Tapi kami juga bakal kaya dengan DOSA. Kami kumpul dosa setiap hari semata-mata untuk mengejar kejayaan dunia. Bagaimana sekiranya kami mati sebelum berjaya? Sia-sia mengumpul dosa, perkahwinan hanya tinggal angan-angan sahaja. Dan kadangkala aku tertanya-tanya, tidakkah kita tahu yang memberi kejayaan itu ialah Allah, dan bagaimana tidak malunya kita meminta kejayaan dari Allah, sedangkan dalam masa yang sama kita melakukan laranganNya.. Sebab itulah dalam Islam, sekiranya kita menyintai seseorang kerana Allah, maka tinggalkan lah dia dan datanglah kembali saat ketika yang kita sudah mampu memperisterikannya. Tapi, seramai manakah antara kita yang sehebat itu, meninggalkan orang yang kita cintai dan datang kembali setelah sekian lama? Sehebat itukah aku?
Tapi siapalah kita hendak menentang suara ramai itu. Sudah kita suarakan rintihan hati, tangisan takut akan api neraka. Namun, suara dunia masih menang. Kata mereka, jangan menderhaka pada kedua ibu bapa, jangan membelakangkan mereka. Namun bagaimana dengan kedurhakaan aku pada Allah dengan melanggar perintahNya...
Setiap kali menatap wajah di cermin, aku menutur doa ,"Ya Allah Kau indahkanlah akhlakku sebagaimana Engkau memperindahkan rupa parasku". Tapi setiap kali aku menatap wajahku jua, aku jadi malu dengan diriku sendiri. Sampai bilakah harus aku begini? Bagaimana jika esok hari Izrail tiba di muka pintu, dosa-dosaku tinggi mencapai langit??
Buat sahabat yang masih menjaga hati dari dicuri jejaka yang belum serius mempeisterikanmu, teruskan memelihara hati kalian. Kalian tahu tak, buat yang masih solo dan tidak bercinta, malah sebenarnya aku paling cemburu dengan orang yang tidak pernah bercinta! Tahukah kalian bahawa sebenarnya apabila kalian masih solo tanpa bercinta itu, Allah sedang memelihara kalian dari dosa dan kemaksiatan. Allah menjaga dan menyucikan kalian dari fitnah lelaki atau wanita. Kasihnya Allah pada kalian, sungguh aku cemburu! Allah menjaga kalian sehinggalah saat tiba waktu Allah ingin menghadirkan kepada kalian pasangan hidup, Allah hadirkan bersamanya dengan akad pernikahan. Subhanallah, kalian melangkah ke alam perkahwinan dalam keadaan suci bersih dari kekotoran palsu cinta sebelum perkahwinan. Sungguh aku cemburu dengan kasih sayang Allah pada kalian itu..Maka janganlah kalian bersedih hati sekiranya masih bersendirian..Ingatlah janji Allah, kita semua diciptakan berpasang-pasangan;
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” (Yaasin:36)
Jangan jadi seperti aku, seolah-olah dikejar dosa sendiri. Lebih baik kita merindui kasih sayang Allah daripada merindui seorang insan yang belum tentu mahu menjaga kita sepanjang hayatnya. Sekiranya lelaki itu benar-benar menyintaimu, dia pasti tidak akan lengah menjadikan kamu yang halal untuknya, insyaAllah. Dia pasti akan berusaha sedaya upayanya. Biarlah mahar kita hanya senaskhah al-quran, tetapi barakahnya tidak ternilai.
Buat yang sudah menemui bakal pasangan hidup, percepatkanlah akadnya. Benar, untuk membina keluarga, duit dan kerjaya semua penting, maka berusahalah. Namun sekiranya sudah bersedia dan sedikit mampu, jadilah yang halal untuk satu sama lain. Biarpun aku belum pernah berkahwin, aku yakin, rumahtangga yang dibina tanpa percintaan sebelum akad ternyata lebih bahagia dan harmoni dari percintaan bertahun-tahun sebelum berkahwin. Jangan takut susah dan miskin selepas berkahwin, kerana kasih Allah tidak pernah surut, seperti dalam firmanNya;
" Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." ( Surah An Nur ayat 32 )
Cuba kita fikirkan sejenak tentang ayat ini dan apakah kebenaran ayat ini. Masyarakat hari ini menganggap bahawa kestabilan ekonomi yang sejajar dengan dunia moden adalah sukatan terhadap kelayakan seorang lelaki untuk berkahwin. Adakah kita tidak yakin dengan Sunnatullah yang Allah janjikan dalam ayat di atas ? Fikir-fikirkanlah. Ingat, yang memberi rezeki, kejayaan, title doktor, PHD itu semuanya datang dari Allah. Dari Allah. Kenapa kita masih mampu percaya yang perkahwinan itu adalah perosak kejayaan? Lagipun, biarpun kita kahwin ketika belajar, tenang, rahmat, nikmat itu akan datang sekali..insyaAllah..
Tuntasnya, jangan biarkan kita hanyut dalam percintaan sia-sia. Biarlah kita hanyut dalam percintaan indah selepas akad. Subhanallah. Tak sabar rasanya menanti detik itu. Entah bila, aku tak pasti. Apa yang aku pasti, Allah telah merancang yang terbaik untuk diriku dan diri sahabat semua.
p/s : cemburu sangat dengan yang dapat kahwin awal kerana keluarga mereka memahami bahawa anak-anak mereka sudah perlu berkahwin kerana sudah sampai waktunya, dan keluarga mereka mempermudahkan urusan perkahwinan itu.
Aku ingin mengerjakan umrah dan Haji, tapi aku mahu pergi selepas aku berumahtangga. Aku tidak mahu pergi ke baitullah dan pulang dari sana dengan masih melakukan dosa. Namun, bilakah tiba saat itu, aku tak pasti. Aku harap, ajal aku belum tiba selagi belum aku menjejakkan kaki di Baitullah..
wallahualam
1 comment:
Syaaa, setiap yg berlaku ada hikmahnya! I will always pray for your happiness.. ;)
Post a Comment