Assalamualaikum,
Sycamore Close, county wexford. 10.17 pagi.
Aku masih setia di bilik. Cerah mentari diluar masih belum dapat memikat hati untuk keluar menuju ke hospital. Kalau aku ke hospital pun, aku tidak berbuat apa-apa. Senior registrar ku sudah berpesan pada aku dan James supaya tidak perlu susah-susah menyertai ward round. " You guys can take as many histories as u can and study on your own". Begitulah katanya penuh sopan walau pun maksud tersirat dapat kami baca yakni, 'tak payahlah mengekor kami ke hulu kehilir, pi buat keje demo sendiri'. (-_-")
Begitulah di hospital luar bandar yang bukan teaching hospital. Kalau kami di vincents di dublin, kalau sekiranya kami ponteng team schedule pasti dah kena sound. Tapi tak mengapalah, aku anggap ini sebagai breakaway sebentar setelah separuh nyawa menempuh surgery week 6 minggu yang lepas.
Actually in this entry, I wanted to share a story of an uncle with a wheel chair. Honestly aku tak tahu apa yang buat aku tertarik dengan pak cik ni, tapi beginilah ceritanya..
Inilah pak cik tu..
Pada hari isnin yang lepas, aku merayau-rayau di medical ward di wexford general hospital. Sedang aku merayau-rayau, aku lalu disebuah lorong kecil yang agak curam sedikit laluannya, yang menghubungkan medical wards dan tangga utama. Sedang aku berjalan membelek nota kecilku menuju ke restroom di tingkat 4, aku ternampak seorang pak cik tua berkerusi roda berhempas pulas memutar roda kerusinya untuk menuju ke depan di lorong yang sedikit curam itu. Dia kelihatan begitu keletihan. Pantas aku berlari mendekati pak cik tersebut, dan aku bertanya sopan, "May I help you?, where are you heading to?". Pak cik tua itu memandang tepat ke arah aku, dan dia mula berbicara, " wawasi na wa to doktor wa na wanawa..". Aku blur sebentar. Hanya perkataan 'doktor' sahaja yang dapat ku tangkap. Dia tidak boleh berbicara dengan betul. Mungkin pak cik ini baru diserang stroke that caused his speech centre become impaired!
inilah lorong yang agak curam itu..
Maaf pak cik, saya betul2 tak faham apa pak cik cakap, desas aku dalam hati. Aku bertanya lagi sambil mula membuat2 bahasa isyarat dengan harapan pak cik tua ini faham pertanyaanku. "Where do you want to go?". Sekali lagi bicaranya langsung tidak aku fahami. Aku kecewa. Namun aku yakin bahawa pak cik ini tentunya BERJUTA JUTA JUTA lagi lebih kecewa dariku kerana dirinya hilang keupayaan untuk berbicara. Satu nikmat pancainderanya telah ditarik. Subhanallah. Ya Allah, kuatkan hati pak cik ini Ya Allah!
Sebak benar hatiku, namun aku begitu mahu membantu. Pak cik tua itu masih cuba dan cuba lagi berbicara dengan pertuturan yang amat amat amat sukar sekali aku fahami. Cuba memberitahu aku kemana arah tujunya. Kebetulan ketika itu, seorang staff hospital menghampiri kami. "I think this patient wanted to say something but I couldnt understand what he is trying to say", jelas aku kepada staff lelaki tersebut. " Oh dont worry, I'll take care of him", balasnya ramah sambil menolak kerusi roda pak cik tua itu meninggalkan aku sendirian terpinga-pinga, sedikit kecewa.
Keesokan harinya, pada waktu yang sama, aku bertembung lagi dengan pak cik tua yang sama dalam keadaan yang sama, berhempas pulas menolak kerusi rodanya melalui lorong curam itu. Aku berlari sekali lagi ke arahnya, namun kali ini, sebaik sahaja aku menawarkan pertolongan pak cik ini terus tersenyum padaku seolah-olah memberi kebenaran. Dan aku terus menolak kerusi roda pak cik tua itu menuju ke medical ward, arah tujunya setiap hari.
beliau berlalu setelah aku melepaskan kerusi rodanya..
Hari yang berikutnya perkara sama juga berlaku seolah-olah aku telah menjadi penunggu setia kehadirannya supaya aku dapat menolak kerusi rodanya melepasi lorong curam itu. Entah rasa kasih dari mana datang menyentuh hati, namun aku begitu gembira dapat menolak kerusi roda miliknya. Dia juga seolah-olah telah 'redha' aku menolak kerusi rodanya setiap hari.
Petang itu, sedang aku membelek-belek chart patientku, aku ternampak pak cik ini sedang berusaha untuk memberitahu sesuatu kepada nurse disitu. Masih, dia bercakap bahasa yang tidak dapat kami fahami, dia tidak lagi dapat berbicara dengan normal. Suaranya begitu kuat sehingga dapat didengari dari nurse station dihujung ward. Begitu beria-ia dia berbicara, mungkin penting agaknya. Namun nurse itu meninggi suara kepada pak cik itu, sedikit marah. Apa agaknya yang ingin diberitahunya? Mungkinkah dia ingin beritahu yang dadanya sakit, atau perutnya sakit? Mungkin kah dia hendak memberitahu yang dia lapar? Aku tidak tahu. Aku tertanya-tanya. Aku terasa sebak. Ya Allah, insaf aku dengan kurniaanMu yang begitu melimpah ruah. Seandainya aku berada di tempat pak cik tersebut, bagaimana hendak aku meneruskan hidup..Sungguh, manusia sentiasa lupa untuk bersyukur!
Pada hari khamis, aku bertembung lagi dengan pak cik tua itu, kali ini di ward. Apabila aku menghampirinya, aku melemparkan senyum, dan tiba-tiba aku lihat dia tersenyum padaku dan mengucapkan, "Halo" dalam nada sedikit pelat. Aku terkesima seketika. Sewaktu dia terus bergerak melepasiku, aku memandangnya penuh sayu. Aku berdoa agar pak cik bersabar dengan dugaan yang menimpa, dan semoga pak cik mati dalam Islam!
Cuma satu yang aku perasan sepanjang aku memerhatikan pak cik tua ini. Beliau, tidak pernah mempunyai pelawat. Setiap hari, beliau akan merayau-rayau seorang diri bersama kerusi rodanya disekeliling ward dan cuba berkata-kata, namun tiada sesiapa yang dapat memahaminya. Aku yakin pasti kecewa bukan kepalang apabila diri tidak difahami waima seoarang manusia pun lagi.Hatiku tertanya-tanya dimanakah anak-anaknya? Dimanakah keluarganya? Tahukah mereka bahawa Allah sedang memberi mereka jalan mudah ke syurga? Setiap kali aku melihat warga tua terbiar begini, aku tertanya-tanya dimanakah 5,6 ,7 anak-anak yang telah mereka besarkan suatu ketika dahulu? Adakah mereka semua sudah lupa diri setelah mempunyai kehidupan sendiri?
Tahukah kita bahawasanya sekiranya kita menjaga ibu bapa kita, apatah lagi dalam keadaan sakit dan kurang upaya begini, kita sebenarnya telah diberikan Allah jalan yang begitu mudah ke syurgaNya. Ya, aku tidak nafikan memang susah untuk menjaga mereka lebih2 lagi sekiranya mereka telah nyanyuk atau hilang keupayaan untuk menguruskan diri, tapi ketahuilah bahawa Allah telah membuka jalan ke pintu syurga yang telah dibuka seluasnya untuk kita sekiranya kita menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sehingga ke hujung nyawa. Aku juga begitu takut sekiranya aku sendiri lupa diri namun aku sentiasa berdoa kepada Allah swt yang bisa membolak balikkan hati, jadikan diriku dan zuriatku menjadi anak-anak yang soleh solehah dan taat pada kedua ibu bapanya. Supaya aku dapat menjaga mereka sehingga kehujung nyawa.
Ingat kisah Nabi Musa mencari jirannya disyurga, dan baginda bertanya kepada Allah swt tentang bakal jirannya itu. Nabi Musa begitu ingin tahu keistimewaan jirannya itu sehinga darjatnya benar-benar diangkat oleh Allah sehingga dijanjikan menjadi jirannya disyurga. Setiba dirumah lelaki tersebut, setelah mempelawa Nabi Musa as duduk lelaki tersebut terus masuk kedalam bilik dan membawa keluar dua ekor babi yang sangat besar ke bilik air, dan lelaki tersebut memandikan kedua-dua ekor babi tersebut dan merapinya dengan begitu kasih sayang. Nabi Musa as begitu terkejut mengapa jirannya disyurga ini membela haiwan yang haram disentuh yakni babi, lantas terus baginda bertanya kepada lelaki tersebut perihal yang dilihatnya. Lelaki itu menerangkan bahawa dua ekor babi besar itu ialah kedua ibu bapanya yang suatu masa dahulu telah dihukum kerana berbuat kesalahan terhadap Allah swt. Subhanallah, lihatlah betapa tingginya darjat yang diberikan Tuhan kepada seorang anak yang soleh.
Semoga kita semua ditetapkan iman dan hati untuk tetap menjadi anak yang soleh solehah biar apapun yang terjadi, biar sejahat manapun kedua orang tua kita pada kita. Sekiranya kita sudah menjadi isteri orang, pastikan kita menjadi isteri yang sentiasa memastikan suami kita sentiasa menjadi anak yang soleh. Kerana sekiranya kita menyintai suami kita, kita mahu kesyurga bersamanya, dan syurga seorang lelaki itu adalah dibawah tapak kaki seorang ibu.
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu ia pagi-pagi ia taat dan baik pada keduanya melainkan Allah s.w.t. membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah s.w.t. ridho padanya jika salah satu ibu atau bapanya murka kepadanya sehingga mendapat redha dari keduanya. Ditanya: Meskipun orang tua itu zalim? Jawabnya: Meskipun zalim. Dan didalam hadis marfu' ada tambahan: Dan tiada pagi-pagi ia durhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah s.w.t. membukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka satu."
Subhanallah, jom jadi anak soleh solehah. Siapalah kita tanpa ibu dan ayah! rindu sgt ibu dan ayah!
p/s : nak layan lagu rabbani ni..berderai air mata setiap kali dengar!! (T_T)
No comments:
Post a Comment