Assalamualaikum wbt..
Fosterbrook neighbourhood, 8.51 am.
Pagi ini aku kecewa dengan diriku sendiri. Suria sudah mula mengintai dari ufuk timur, aku baru mencelikkan mata bergegas lintang pukang menuju ke bilik air mengambil wudhu mengerjakan solat subuh. Permulaan yang buruk, astaghfirullah al azim. Ampuni kelemahan hambaMu yang hina ini Ya Allah!
Aku sebenarnya agak ragu-ragu ingin menulis entry ini. Bimbang pula dikata orang aku ini ingin riak atau yang sewaktu dengannya. Tapi aku cukup ingin berkongsinya dengan rakan semua, kerana bagaimana peristiwa membuat aku terkesan dan memberi impak dalam hidupku, begitu juga aku ingin ia menyentuh hati sahabat semua. Aku anggap ia satu hadiah manis dari Allah swt, dan sebagaimana ia menyentuh nuraniku, sebegitu juga aku ingin ia menyentuh hati kalian, agar kita lebih cinta dan kasih kepada Allah dan Islam yang kita miliki. Masih lagi ragu aku dikatakan ingin menunjuk-nunjuk amalan sewaktu berkongsi entry ini, tiba-tiba aku teringat bahawa , "Tidak melakukan ibadah kerana takut dikatakan riak adalah riak". Biarlah hanya Allah swt yang mengetahui nawaituku.
Begini, sekarang aku sedang menjalani 3 minggu medicine rotation di countryside iaitu wexford yang lebih kurang 2 jam jauhnya dari Dublin. Seperti biasalah, akulah satu-satunya malaysian yang ke sana dan rakan yang lain semuanya Irish. Jujurnya, aku tak suka sangat bila kena away dari dublin, sebab aku tahu aku akan jadi cowok kesepian jugalah. Aku berkawan saja dengan rakan-rakan lain, cuma tidaklah sampai aku kena hangout dengan mereka setiap masa untuk ke bar atau bila mereka beriadah lelaki dan perempuan. Aku ditempatkan di sebuah rumah Indian nurse disana dan hanya aku yang ditempatkan dirumah tersebut sedangkan rakan-rakan lain semuanya mempunyai rakan-rakan seangkatan kami menetap di tempat yang sama. Jadi memang kena survive sendiri, pergi balik hospital memang seorang dirilah, tapi tak mengapa Allah ada bersama maka aku tidak bimbang.
How a deed can wins a heart. Ceritanya begini, di wexford hospital, aku telah dimasukkan dalam respiratory team yang diketuai olah Mr Colm Quigley bersama seorang registrar, Mr Damien dan dua orang senior house officer. Nak dijadikan cerita, mereka ni semua memang baik, masalahnya mereka ni terlalu busy sangat kot sampai mereka tak berapa nak hiraukan kami yang dalam team ni. Mereka tak berapa mengajar sangat dan susahlah mereka nak luangkan masa untuk dengar patient history dari kami. Tapi tak mengapalah, kami ikut sajalah the 3 hours ward round and after habis ward round, kami pergi buat kerja sendiri. Kadang-kadang cemburu juga tengok rakan-rakan dalam team lain yang dapat doktor yang suka mengajar dalam ward round, sedangkan kami ada tak apa, tak ada pun mereka tidak kisah. Sedih juga sebab kalau mereka ni suka mengajar mesti banyak benda yang aku boleh dapat dari rotation disini.
Semalam, seperti biasalah aku bangun sudah seawal 4 pagi untuk belajar (tengoklah bangun pagi untuk belajar bukan main aku ni. Kan elok kalau aku bangun seawal pagi untuk dirikan solat sunat! sekarang aku sedang berusaha ubah perspektif diri bangun seawal pagi solat sunat dahulu dan baru mula belajar! Mohon doakan! [-_-"] ). Aku pun belajarlah dari pukul 4 pagi hingga 6, dan aku pun mendirikan solat subuh. Biasanya habis saja solat subuh aku akan baca yaasin setiap pagi tapi entah kenapa pagi ni, aku malas pula nak baca yaasin dulu dan aku fikir kemudianlah baca yaasin, aku nak breakfast dulu (buruknya perangai aku ni..). Dan aku pun breakfastlah dan habis saja breakfast, rasanya syaitan-syaitan duk bergayut-gayut kat mata aku, aku mula rasa mengantuk, lalu aku terlelap. HODOH sungguh perangai anak dara ni kan, dahlah tak baca yaasin lagi, makan pagi then tidur balik!
Aku terjaga semula pukul 830 pagi, maka kelam kabutlah aku bersiap-siap untuk ke hospital. Sedang aku bersiap-siap, aku teringat yang aku belum baca yaasin. Mungkin kerana sudah terbiasa membacanya setiap pagi, maka sekiranya aku tidak membacanya, hati aku akan terasa susah dan gelisah. Teringat aku akan hadis Nabi, "Sebaik-baik amalan ialah amalan yang sentiasa atau istiqomah dilakukan sekalipun sedikit." Maka inilah istiqamah aku, biarpun kecil namun berterusan. Maka sebaik aku melangkah keluar menuju ke hospital, aku mula membaca yaasin di sepanjang perjalananku ke hospital, dengan harapan aku bisa menghabiskan bacaanku sebaik sampai disana. Tapi aku memang selalu saja begini, alasanlah kat rumah tak sempat nak baca, aku akan baca sewaktu dalam perjalananku ke universiti atau dalam perjalananku ke city. Manusia hina seperti aku selalu begini, kalau menghadap benda-benda lagha depan laptop tu beberapa jam pun tak mengapa, tapi kalau nak beribadah, banyak benar alasannya. Bukan lama sangat pun nak menghabiskan surah yaasin tu, biasanya 10 minit sudah selesai. Tapi kita selalu begini, memiliki seribu satu alasan..
Maka terkumat kamitlah mulut aku dengan bacaan yaasin ku, seperti biasalah, orang-orang putih disekelilingku ni biasanya kepelikan melihat mulutku terkumat kamit membaca sesuatu bersama senaskhah al quran kesayanganku di tangan. Sampai saja di hospital, aku mengambil lif untuk ketingkat empat, untuk meletakkan semua barangku didalam locker di education research centre. Dan aku masih tekun menghabiskan surah yaasin tanpa mempedulikan orang sekeliling. Tanpa aku sedari, dalam lif itu, seorang senior house officer ku terpacak berdiri tegak memerhatikan tingkahku yang berdengung-dengun membaca ayat-ayat suci al quran. Dahlah aku tak greet dia dengan sebaiknya, sebaliknya aku sibuk menghabiskan ayat-ayat terakhir surah tersebut. Sampai ditingkat empat, beliau tersenyum memandangku dan aku tersipu-sipu malu kerana tidak mempedulikannya sejak tadi. Aaaahhh sudah! Mestilah dia akan kata aku sombong sebab kami akan jumpa semula dalam ward round nanti!
Namun sebaliknya pula yang berlaku. Dari sikapnya yang sangat tak mempedulikan aku sejak hari pertama aku di wexford ini, tiba-tiba SHO ku ini jadi extreme baik kepadaku! Tiba-tiba dia mengajar aku setiap benda yang kami jumpa pada hari tersebut, dia membukakan pintu untuk aku, dia asyik tersenyum-senyum melihat gelagatku sepanjang ward round. Dia bertanya, " Are u a muslim? " Aku jawablah, " Yes I am, Im from Malaysia". Dan dia masih sentiasa melemparkan senyum kepadaku sehinggalah kami tamat ward round. Aku ingatkan dia akan marah padaku kerana aku tidak hormat kepadanya dalam lif tadi, tapi sebaliknya pula yang berlaku. Dan semalam memang best sebab dia mengajar aku banyak perkara! Maybe the qoran touches his heart!
Aku ini bukanlah muslimah sejati. Banyak lagi kekhilafanku dan kelemahan ku yang membuatkan aku belum layak menjadi muslimah idaman para syuhada. Namun aku masih mencuba, kerana aku percaya semakin aku menghayati indahnya Islam, semakin aku jatuh cinta dan hanyut dalam kenikmatannya. Seperti yang pernah aku katakan dalam entry sebelum ini, a heart can be touched to be near to Islam just by looking at a good muslim! Even im not a good muslim yet, tetapi aku tahu aku sedang membawa nama Islam dengan perbuatanku dan amalanku. Lebih2 lagi bila aku dicampak keseorangan begini, maka aku telah dilantik menjadi duta kecil Islam dan bertanggungjawab to show how beautiful Islam is to the world!
Kita harus tahu yang sebenarnya orang bukan Islam tertanya-tanya, semangat apakah yang telah dimiliki oleh muslims sehinggakan dalam apa keadaan sekalipun kita solat biarpun di tepi-tepi jalan, kita sanggup berpuasa menahan lapar dahaga, kita sanggup menyembunyikan kecantikan dengan memakai hijab, kita sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk bersedekah. Mereka tertanya-tanya dari manakah datangnya kekuatan dan kepercayaan pada Allah yang tidak berbelah bahagi sedangkan kita tidak dapat melihat Tuhan kita, sampaikan mereka berkata, " What spirit has got into you?"
Kalaulah kita dapat berkongsi indahnya rasa keimanan ini, sungguh kita akan memberi mereka sedikit dari rasa indahnya taqwa itu. Namun hidayah itu milik Allah swt, tapi kita harus berusaha untuk memperlihatkan keindahan Islam itu. This is our responsibility. Remember, Islam is a deen, is a way of life!
Bersyukurlah dilahirkan sebagai Islam, maka jangan biarkan kita mati dalam keadaan kita meninggalkan Islam. Maka nikmat terbesar milik kita bukanlah harta jutaan ringgit, tapi keimanan. Ingat, tidak semestinya kita lahir sebagai Islam, kita akan mati sebagai Islam juga! Kdang-kadang kita tidak sedar, perkara-perkara kecil itulah yang memberikan impak pada orang lain. Sekiranya kita melakukan sesuatu yang buruk, maka kita sendiri sedang mencalari imej Islam di mata yang lain. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk memperbaiki diri dan mempertingkatkan lagi amalan agar kita dicalonkan untuk menjadi penghuni syurga di akhirat kelak insyaAllah! Semoga bermanfaat!
No comments:
Post a Comment