... I am A restless brain ...

Sunday, February 12, 2012

bukti UTAMA dan PERTAMA (no excuses!)

Assalamualaikum wbt,

Fosterbrook neighbourhood. 11.55 pagi. (mode : otak tepu, mata dah kabur-kabur asyik menghadap buku medic!)

Nak bercakap tentang bukti UTAMA dan PERTAMA dalam percintaan kita dengan-NYA. Eh, betulkah kita tengah bercinta dengan-NYA? Kita kata kita cinta, kita sayang namun apa buktinya? (-_-)


Ni orang bercinta katalah, kalau sayang kena ada bukti. Kalau kasih, kena tunjuk melalui perbuatan. Tak bolehlah asyik nak kata, "di hati ini..hanya Tuhan yang tahu.."( macam yang in team nyanyi tu). Orang yang mabuk bercinta harus sanggup melalui apa saja untuk yang dicintainya! Benarkah?

Dalam entry ni, aku tak nak bincang lah pasal cinta dua insan macam Minah dan Dolah tu, cinta Kiah dan Samad! Letihlah, sebab kalau nak diikutkan, aku ni masih belum berkahwin, so tak pernahlah lagi aku merasai kemanisan cinta yang indah sangat macam orang-orang yang dan bersuami dan beristeri.(walau dalam hati masih ternanti-nanti saatnya tiba! =p ) Kalau cintan cintun di luar perkahwinan ni, dah banyak kali aku garap dalam entry-entry sebelum ni, memang tak ada kemanisan! Aku tahu, sebab aku pernah merasainya! (Bercinta dengan Allah lagi manis! SUNGGUH!!)

Actually dalam entry ni, aku nak bercakap tentang suatu topik yang sebenarnya sangatlah familiar pada kita. Terlalu familiar sampai kadang-kadang kita tak buat pun. Terlalu familiar sampai kadang-kadang kita selalu ambil mudah dan ambil ringan saja. Aku nak berbicara tentang bukti cinta kita pada Allah, yang paling UTAMA dan PERTAMA, yakni SOLAT.


Aku yakin, ramai antara kita yang tahu apa itu solat (walau masih ada yang tidak tahu). Tambah yakin juga aku, dengan pendidikan sekolah agama seawal prasekolah, kita telah dididik untuk bersolat sejak kecil. Kata-kata 'solat itu tiang agama', sudah tentunya sudah sebati dengan jiwa. Ramai juga semestinya tahu bagaimana untuk mendirikan solat. Namun persoalannya kini, masihkah kita menyempurnakan solat-solat itu tanpa meninggalkannya? Dan persoalan paling penting yang harus dijawab ialah, adakah roh solat itu hadir dirasa, dan adakah kita memahami mengapa kita harus mendirikan solat?

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman (yaitu) orang-orang yang khusu’ dalam sembahyangnya" (Al Mu’minuun, 1-2)

Aku sedar, aku tidaklah layak membincangkan dengan begitu mendalam hikmah-hikmah dan zat rahsia roh solat. Ilmu ini tidak sebanyakpun setitis air di lautan luas. Terlalu sedikit sehingga kadang-kadang terasa betapa jahilnya aku dalam meneruskan kehidupan di bumi Allah ini, asyik saja aku buat salah dan dosa. Cuma rasa terpanggil untuk aku menulis mengapa solat itu harus aku tunaikan walau dalam apa keadaan sekalipun. Biarlah Allah Maha Pengasih yang menggerakkan jari jemari ini mengikut lantunan hidayahNya..

Aku begitu ralat apabila memerhatikan masih ada antara kita yang tidak mahu menunaikan solat, sedangkan masih mengaku kita menyintai Allah dan Islam. Tidak kurang juga yang lalai dan melengahkannya (termasuklah aku! [T_T] ). Kita berbangga mengucapkan syahadah, mengaku diri seorang muslim, namun rukun Islam yang kedua itu terabai, malah dilupakan! Kita kata, kita sayang Allah, kita mahu kesyurganya namun solat yang paling asas itupun sudah tunggang langgang!


Sungguh kita sebenarnya sudah hilang sifat malu kepada Allah. Sedarkah kita (terutamanya aku) sudah hilang sifat malu kepada Allah. Dalam kata-kata lainnya, kita memang tidak tahu malu langsung di hadapan Allah swt. Mengapa aku katakan begini? Kerana fitrah manusia, dalam keadaan bahagia dan senang, kita selalu lupa kepada Allah swt. Kita tidak solat. Kita tidak mengingati dan mensyukuri dengan menutur, 'segala pujian hanya bagi Allah'.Kita anggap semua nikmat itu atas usaha kita. Kita anggap kalau bukan atas titik peluh kita, kita tidak mungkin mengecap kekayaan dan darjat yang tinggi.Kita hidup mengikut cara kita. Kita lupa bahawa pada asalnya kita tidak punya apa-apa. Kita lupa we are actually nothing and zero without HIM!



Tapi apabila dilanda musibah, apabila gagal, apabila orang-orang yang dulunya mendampingi sudah pergi, duit pun sudah habis, kita merangkak-rangkak kembali pada Allah. Pada ketika itulah baru teringat di mana letaknya sejadah. Pada ketika itulah wajah kita asyik merenung arah kiblat. Sungguh manusia itu bersifat pelupa. Kita beria-ia berdoa siang dan malam, meminta itu dan ini, minta nak jadi doktorlah (aku lagi huuuu..[T_T].. ), minta nak jadi kayalah, minta nak suami solehlah (aku lagi..[T_T]..), minta semua kebaikan di dunia dan di akhirat. Namun, mengapakah kita gagal dalam menyempurnakan hak Allah yang satu itu? yakni hak Solat.

Mengapa aku katakan solat itu bukti cinta yang UTAMA dan PERTAMA? Mengapa aku kata solat itu utama? Kerana tahukah kita, ketika kita solat itu, ketika itulah kita berhubungan dan berhadapan Allah secara langsung. Orang selalu mempersoalkan, dimana Allah? Bagaimana kita hendak bertemu denganNya? Tanpa kita sedar, kita sebenarnya menemui Nya lima kali sehari. Malah kalau diamalkan solat -solat sunat seperti Duha, Rawatib, Tahajjud, Hajat dan Taubat, kita bertemu Allah berkali-kali dalam sehari. Malah dalam solat itu, kita berbicara dengan Allah, kita menuturkan cinta, mengungkapkan rindu kita terhadapNya, kita merintih, kita mengadu sayu, kita memujiNya dan kita menyatakan bahawa menanti pertemuan kita denganNya di akhirat sana. Ya, dalam solat yang kita dirikan tidak sampai 10 minit itu, kita telah begitu dekat denganNya! Dan bagaimana bisa kita mengakui kita seorang muslim, kita hambaNya sedangkan kita begitu bongkak dari bertemuNya dengan tidak mendirikan solat? And how do we expect dan mahu doa kita dimakbulkan, sedangkan kita begitu angkuh ingin sujud kepadaNya? Seriusly, who do we think we are?

Dan mengapa aku katakan solat itu bukti paling pertama. Kerana ketahuilah sahabat, di padang mahsyar kelak, perkara pertama yang akan dihisab dan dinilai oleh Tuhan ialah our SOLAT. Maka sekiranya baik solat kita, maka baiklah juga proses hisab kita dalam perjalanan menuju ke syurga kelak. Malah dipermudahkan kita menempuh perjalanan di mahsyar yang serba dasyat itu.Namun sekiranya solat itu terlalu susah untuk kita tunaikan di dunia, awal-awal lagi kita sudah dicampak ke neraka. Tiada keraguan. Sungguh, tiada keraguan. Jadi untuk sesiapa yang ingin bersama-sama golongan kuffar lemas dalam banjir peluh seluruh umat manusia ketika matahari sejengkal di atas kepala di mahsyar kelak, teruskan dengan keangkuhan anda, teruskan menjauhi tikar solat.




Kadangkala kita tertanya-tanya sendiri. Duit sudah banyak, isteri sudah empat, anak sudah berbelas-belas, rumah sudah 4 5 buah, kereta paling mahal pun suydah dimiliki, dunia sudah dijelajah. Namun mengapa jiwa resah gelisah, hati tidak tenang. Apa saja dibuat semua serba tak kena, bagaikan kekayaan dunia itu masih belum memuaskan diri. Namun mengapa sang fakir miskin itu hidup merempat namun mereka bahagia dengan sesuap nasi, mereka damai dalam membina keluarga. Dimanakah silapnya?

"Jikalau di pintu seseorang diantara kamu ada sebuah sungai dimana ia mandi lima kali, maka apakah akan tinggal lagi kotorannya (yang melekat pada tubuhnya) ? Bersabda Rasulullah saw : ‘Yang demikian itu serupa dengan shalat lima waktu yang (mana) Allah dengannya (shalat itu) dihapuskan semua kesalahan’."(HR. Abu Daud)

Maka, solat itulah punca ketenangannya. Disitulah sumber keindahan segala perasaan. Malah sekiranya kita lengah dari solat, kita mula tidak senang duduk. Apa dibuat semua serba tak kena. Tapi apabila tugas solat sudah ditunaikan, segala yang susah bagai dipermudahkan! Bagi orang-orang yang beriman, sekiranya mereka lepa dari solat, terasa perasaan bagai luluh kerana belum bertemu Tuhan, lalu segera bergegas sujud kepada pemilikNya itu! Jika aku sedang belajar, dan waktu solat sudah masuk, aku selalu dalam dilema, sikit lagilah baca, sikit lagilah baca, setengah jam lagi baru aku berhenti untuk solat. Namun bodohnya aku, aku lupa bahawa yang memberi ilmu itu Allah Yang Esa, yang melekatkan fakta itu juga Allah swt, jadi mana bisa aku melalaikan hakNya! Jadi hak Allah swt itu mesti diselesaikan dahulu, maka sekiranya hak Allah diutamakan, maka Allah akan mengutamakan kita. Jagalah Allah maka Allah akan menjagamu!!



Jelas, sekiranya kita inginkan kebersihan hati, kemurnian akhlak, ketenangan jiwa, maka dirikanlah solat. Malah solat itu sendiri perlu diindahkan lagi dengan kekhusyukkan (di mana aku sendiri belum mampu untuk menunaikan solat yang sempurna dengan kekhusyukkan, lemahnya aku ini Ya Tuhan).. If you are thinking about being nice to the world, to other people, start it with solat. Kerana solat adalah kunci pembersihan seseorang manusia. Jangan lah kita menyangka yang kita ini baik dan mulia sekiranya solat tidak dijaga. Kalau kita ingin menjadi manusia yang baik setelah kejahatan kita di masa silam, mulakan dengan solat.Kerana inilah kuncinya.

'Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. (al-Ankabut: 54)

Ingat, Allah tidak pernah menyusahkan kita. Ingat kisah isra dan miraj ketika perintah solat di berikan kepada Rasulullah saw. Ingat pada awalnya solat itu adalah 50 kali sehari, tetapi dengan usaha Rasulullah saw solat telah diringankan sebanyak hanya lima kali. Cuba bayangkan sekiranya kita perlu melakukan nya 50 kali sehari? Jadilah malulah pada Allah yang telah meringankannya sebanyak 10 kali ganda, namun kita masih gagal menunaikan hakNya.

p/s : Cabaran perantau seperti kami untuk mendirikan solat;

1) Di tengah-tengah kota Dublin, kami tidak mempunyai surau untuk solat. Ada sebuah surau, namun hanya dikhaskan untuk lelaki sahaja (sampai sekarang aku masih tak faham kenapa begitu). Jadi, sekiranya kami ingin bersiar-siar di city, kami akan mengambil wudhu sambil berniat khuf dirumah, dan mulalah menahan diri dari melepaskan 'angin' atau berhadas yang boleh membatalkan wudhu kami dari awal pagi sampailah kepetang. Seksa juga sebenarnya menahan 'semua' itu, kerana kami payah mengambil wudhu di tandas-tandas awam kerana tandas mat saleh tidak suka kebasahan. Sekiranya kami mengambil wudhu dan berbasah-basah sedikit, tentunya kami akan diherdik oleh mak cik cleaner disitu!

2) Kami biasanya akan solat dalam fitting room di supermarket. Kadang-kadang fitting room tu memang sempit, memang sempit maka berlanggar-langgarlah tubuh kami dengan dinding dan bangku yang ada dalam fitting room tersebut.Biasanya pintu Fitting room ada lubang dibawah, maksudnya tak tertutup penuh. Yang lawaknya, kalaulah kiblat kami menghala ke arah pintu, maka apabila kami sujud, akan ternampaklah kepala kami dari luar kan. So memang agak suspenlah bila kami sujud tu sebab takut-takut orang nampak dan mereka meragui gerak geri kami. Pernah satu ketika, ketika kami solat, seorang anak mat saleh ternampak kepala kami dan dia menjerit, " Mom, somebody collapsed inside!" (-_-")

3)Sekiranya kami bermusafir di tempat yang tiada langsung fitting room, kami biasanya solat saja di taman-taman berbumbung kan langit luas dan beralaskan bumi Allah. Sukar nak gambarkan betapa indahnya solat yang sebegini, begitu lain feelingnya. Tambah-tambah lagi bila mat saleh lalu dan melihat kami solat, sungguh terasa IZZAH (bangga) sangat! terasa sungguh izzah! Seolah-olah nak melaungkan betapa kami mengingati Tuhan kami tidak mengira tempat dan waktu. Sepanjang aku menjelajah bumi Eropah, aku solat ditepi jalan, di tepi kedai, diceruk lorong sampaikan teringat aku ketika di Spain aku hampir ditangkap polis kerana solat di stesyen bas!



4) Sekiranya kami menjalani rotation surgery yang memerlukan kami berada dihospital pukul 630 pagi, kami akan solat subuh didalam perjalanan dalam bas. Ya, kami tiada kemudahan yang sempurna untuk solat, tetapi itu bukan alasan. Kewajipan tetap kewajipan. Selagi masih mampu kami gerakkan tubuh kami, walau hanya dengan isyarat mata, solat itu harus tertegak. Malah waima jika kami terpaksa terlibat dalam pembedahan yang berjam-jam lamanya sehingga habis waktu, kami akan menjamakkan solat. Kami berlari-lari mencuri 5 minit untuk sujud ke hadratNya kerana mat saleh ini bukan kirapun yang kita umat Islam harus solat. Kerana dalam perihal solat, sungguh perlu ditunaikan. Ia tidak berat, kita punya banyak rukhsah yakni keringanan, Jadi tiada alasan mengapa kita gagal manunaikannya!

Sungguh, aku masih tidak faham bagaimana artis yang menghadiri anugerah-anugerah dimana memerlukan mereka memasang make up 5 6 jam sebelum nya, mereka tega meninggalkan solat kerana tidak mahu menggangu make up yang telah di touch up. Kita tidak perlu make up tebal-tebal untuk tampil jelita. Kita hanya perlukan kosmetik dari jernihnya air wudhu dan serinya wajah yang sentiasa sujud memohon redhaNya. Percayalah, wajah orang yang menunaikan solat sentiasa berseri-seri walau tanpa secalit bedak. Allah memelihara wajah yang tunduk sujud takut akan ngerinya seksa neraka!

Sahabat, mohon doakan aku dapat memperbaiki solatku yang masih banyak cacat celanya. Jemari ini menulis bukan untuk menyinggung sesiapa, lebih kepada untuk memberi peringatan kepada diri ini sendiri. Ayuh, perbaiki solat kita!


wallahualam

2 comments:

farizamm said...

Somebody collapsed! Haha. Itu lawak. Again, nice entry sya.. Sama-sama kita perbaiki solat dan semoga kita dapat merasai kemanisan beribadah kepadanya dunia dan akhirat nanti insyaallah! ;)

FArAh sYaZaNa zAkAriA said...

cuak tau time tu.pastu buat muke selamba je time kuar dr situ.ye far, semoga sama2 kita dapat perbaiki dr insyaALLAH=)