... I am A restless brain ...

Thursday, September 20, 2012

'affection' yang 'RAHSIA' (^_-)

Assalamualaikum,

I couldn't stop myself from writing this entry, makin nak ditahan jari ni, makin ia meronta2 nak menaip=p


Maaf sekiranya karanganku ini menyinggung hati mana2 pihak. Jujur aku katakan bukanlah niatku menujukan pada sesiapa, namun sebagai 'pemerhati bebas' cereka pentas dunia ini, aku terpanggil untuk berkongsi rasa dan pendapat. Maklumlah aku suka memikir!


Ibu selalu pesan jangan banyak memikir nanti cepat tua, kedut2 cepat naik. Haiyak! (=_=")






Hmm tak kisahlah, kerana tua itu pasti. Semua org akn pasti meniti usia tua (kalau panjang umurlah!). Bagi aku berfikir diibaratkan sebagai cermin, dengan cermin kita dapat melihat yang mana cantik dan yang mana buruk.
Sabda Rasulullah yang bermaksud :"Berfikir sesaat itu lebih baik daripada ibadah setahun."
Dan apabila Lukman Al Hakim ditanya, mengapa ia suka bersendirian, beliau menjawab:
"Lamanya bersendirian itu lebih memahamkan lagi berfikir dan lama berfikir itu menunjukkan ke jalan syurga."

Jangan fikir saja, tapi tak buat dan tak ambil pengajaran! (^_^)

Back to my 'overthinking' story. Begini, semua maklum kan, 2012 ni memang boleh dikatakan tahun kahwin bagi muda mudi yang sebaya aku. Dengan teknologi facebook yang 'canggih' amat ini, orang itu kahwin, bertunang, dapat anak, dapat cucu, dapat apa semua kita boleh tahu dengan hanya klik di hujung jari. Seronok tengok kawan2 sudah memulakan hidup baru, tambah seronok melihat mereka menimang cahaya mata, BABIES wuuarrghhh! (0_0)


Dalam keghairahan itu juga, ada beberapa perkara yang mungkin kita terlepas pandang. Aku tidak menafikan, kegembiraan dan keseronokan itu buat kita mahu sangat kongsi kepada rakan2 di facebook. Bila kita gembira, satu dunia tahu kita gembira, bila kita kena marah dengan lecturer atau bos, satu dunia boleh tahu. Aku yang dekat dublin ni, boleh tahu kawan aku yang tak dapat makan lunch sebab keje di pelusuk labuan sana. Hebat, sungguh hebat kuasa facebook.


Tapi, entah mengapa, aku berasa ada yang tak kena dengan trend zaman kini, yang terlalu meng'ekspresi'kan segalanya, kehidupan dari setiap segi. Baik rasa marah, rasa kecewa, lebih2 lagi perasaan cinta, kasih sayang semuanya kini siap terpapar di ruang maya facebook. Bagi yang ada buah hati, sekiranya, kita rindu, semua tahu kita rindu banget sama dia. Sekiranya kita sayang dia separuh nyawa, semua teman tahu how deeply 'dead'ly our love for him. Kalau kita nak jumpa dia di hujung mggu, semua akn tahu apa plannya, dimana dan masanya. Kalau si dia memberi kita nota2 cinta dan teddy bear tanda rindu, maka satu maya jugalah tahu isi bait setiap madah kata manisnya yang tertulis di nota cinta itu, walhal ianya hanya utk tatapan kita.


Aku faham. Faham benar rasa dilamun cinta itu. Bukannya aku tidak memiliki perasaan itu. Bukannya aku tak pernah mengalami. Aku tahu benar 'dunia cinta' itu. Aku wanita normal, dikurniakan perasaan ingin menyintai dan dicintai. eeceewaaahh! Apatah lagi sekiranya si dia itu romantik bangat, rajin menghantar nota2 cinta madah rindu dendam. Menyatakan betapa dalamnya perasaannya pada kita, mengisythiharkan di khalayak umum betapa kitalah permaisuri yang menerangi seluruh hidupnya! Wah! Terasa dunia bagai ana yang punya! (8_8)


Apatah lagi si dia menge'post' madah itu di ruangan facebook. Berduyun-duyun 'LIKE' mengagumi cinta suci yang dimiliki. Rakan-rakan lain menjerit2 ke'jeles'an, mencemburui kita betapa beruntungnya kita memiliki sang pencinta yang cukup romantis, yang menyayangi kita satu-satunya. Tambah berbunga hati sang wanita tadi. Indahnya, indahnya.


Alhamdulillah, aku gembira buat rakan2 yang telah menemui cinta sejati, apatah lagi yang cukup sayang menyayangi seadanya. Bagi yang masih belum berumahtangga, semoga kalian menjejak alam perkahwinan secepat yang mungkin. Bagi yang sudah berumahtangga, semoga kalian terus melayari bahtera perkahwinan dalam mawaddah dan keredhaanNya.





....Ketahuilah, dalam keghairahan kita melayari keindahan bercinta itu, berpada-padalah. Janganlah terlalu 'open-minded' tentangnya, terutamanya untuk memaparkan semua 'affection' di ruang maya facebook. Berhati-hatilah. Kita tidak tahu, dalam pada rakan-rakan kita yang 'LIKE' untuk yang tersebut, kita kena tahu mungkin ada di antara mereka yang berasa kurang senang tentangnya, tersinggung, terluka, cemburu, boleh kepada dengki khianat.


Sebenarnya, aku sudah lama tergerak untuk menulis entry ini sejak aku menonton filem SAM (Saya Amat Menyintaimu) di internet minggu lepas. Sekiranya ada yang belum menonton, dalam filem ini, diceritakan sepasang kekasih yang sama cantik sama hensem yang sangat bahagia melayari alam percintaan. Mereka ni bagi aku, 'over mesra' kat pejabat pun nak hantar nota cinta (padahal meja sebelah2), bersuap2 dikhalayak ramai, ber'sayang2' sehingga menimbulkan banyak cemburu dan kurang senang rakan2 pejabat. Nak2 lagi yang si wanita ni (lisa) cantik jelita digilai ramai. Jadinya ramai yang makan dalam sampaikan di satu part cerita seorang peminat rahsia lisa ni dah tak sabar kerana di reject dan cuba merogol lisa dan cuba membunuh si kekasih (shaheizy) tadi. Di akhir cerita ini, shaheizy sam yang sebenarnya ada masalah mental telah membunuh lisa, kekasihnya sendiri kerana semua tekanan dari org sekeliling mengenai hubungannya dengan lisa telah menyebabkan penyakit lamanya datang kembali.




Ramai yang skeptic dengan cerita melayu, tapi aku suka menonton cerita melayu kerana ia menggambarkan realiti masyarakat kini. Maklumlah, aku penganalisa masyarakat tak bertauliah kan. Filem ini sebenarnya menyampaikan mesej yang besar, apa yang disampaikan benar. Manusia, rambut sama hitam, hati lain-lain. Mana tahu dalam sejuta orang yang merasa bahagia dengan kebahagiaan kita, ada seorang yang cukup benci dan tidak suka dengan rezeki anugerah yang kita miliki. Manalah tahu ada yang tidak senang dan ingin melihat kita hancur dan rumah tangga kita porak poranda. Jadi berhati-hatilah. Berhati-hatilah. Berpada-padalah dalam mengekspresikan cinta yang kita miliki.



Dan kita harus ingat juga, kita mesti juga menjaga hati dan perasaan orang-orang yang masih belum bertemu teman hidup atas beberapa halangan. Kata orang masih belum ada jodoh. Dalam kebahagiaan kita memiliki kasih sayang seorang adam, kita kena ingat, apabila kita terlalu memaparkannya pada ruangan facebook yang dpt dibaca ramai, yang belum berteman itu mungkin rasa sedih, kecewa dan tersinggung. Nak2 lagi sekiranya kekasih kita itu punya ramai peminat, kita bersyukurlah kita dapat menambat hatinya tetapi dalam masa yang sama kita menghormati perasaan orang lain yang mungkin pernah ingin memiliki si dia. Bukankah lebih elok begitu.


Kalau yang sudah mendirikan rumah tangga hendak berkasih sayang, aku tumpang jeleslah bila tengok! haha Yelah, sang suami romantik benar even after berkahwin. Tapi yang belum berkahwin, berjaga-jagalah apabila menutur cinta, takut kita membuka aib sendiri atau membuat dosa tanpa disedari. Mungkin, kita tidak mempunyai apa-apa niat, malah rasa bersahaja apabila menulis komen-komen serta meletakkan gambar. Tapi jangan sampai kita membuka keaiban diri kita sendiri, dengan menghebahkan perkara yang tidak sepatutnya kepada pengetahuan umum. Dari sebuah hadis ;


......."Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Semua umatku diampuni kecuali orang-orang yang melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan. Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah, seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, padahal Allah menutupinya, namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain: 'Hai polan, semalam aku melakukan ini dan itu." Sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu darinya."
(riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990))


Subhanallah, Ya Allah, ampunilah kami yang lemah ini. Aku menulis, bukanlah sebagai seorang yang maksum. Aku ini, hambaNya bersama dosa sebanyak pepasir di lautan. Aku hanya merasa terpanggil untuk menulisnya, jemariku digerak oleh Allah. Semoga aku dan rakan2 dapat merungkai sebenarnya inti yang aku ingin sampaikan. Sebelum aku undur diri nak ke hospital balik, aku nak bagi sebuah sajak ringkas (mode jiwang). Sudilah membaca.


"Aku tidak menutur pada dunia betapa aku menyintaimu..
Bukanlah bermaksud aku tidak sungguh ingin memilikimu..

Aku tidak mengkhabar pada mereka betapa aku merinduimu..
Bukanlah kerana hati ini tidak sakit berada jauh dari sisimu..

Ingin aku laungkannya pada dunia betapa aku bahagia kau memilih aku..
Ingin aku beritakan pada langit betapa aku senang dengan kasihmu..
Tapi semuanya tidak terluah, terikat dalam kalimah..
Tersimpul tidak mampu digubah oleh bibir yang beku kelu..

Kerana kita, belum halal untuk menyingkapnya..
Belum di akad untuk membanggakannya pada mereka..
Belum berhak untuk menyatakan pada dunia..
Takut mengundang fitnah kepada agama suci yang kita anuti..
Takut mencalar maruah keluarga yang kita sayangi..
Takut mencemar rasa kasih yang tersembunyi dalam hati..
Yang tunjangnya ingin melamar kasih sayang ILAHI..

Biarlah dalamnya cinta ini, aku simpan rapi..
Tiba harinya sekira jodoh kita ada, dan umur masih panjang..
Akan kita di satukan..
Biar tiada siapapun yang tahu betapa dalam cintaku padamu..
Yang penting aku tahu..
Hanya Allah yang mngerti dan memahami bahawa yang kutunggu hanya kamu!


Ya Allah, pandulah kami ke jalan yang Engkau redhai!

Sunday, September 16, 2012

..Ya Rabb, satukan aku dengan lelaki seperti 'dia'..

Assalamualaikum,


Amaran : Entry ini tercetus bukanlah untuk merungkai kisah cintan-cintun sesiapa, tetapi nukilan aku kali ini dicoret selepas aku terbaca sebuah blog yang bagi aku is of one the best blog i have ever read, blog kisah cinta paling sejati, sukar ditandingi.. Ini, aku ceritakan..

PROLOG;
Sejak kecil, aku cukup susah untuk mengagumi mana-mana lelaki. Atau dengan kata lain, ADMIRE pada mana-mana lelaki. Mungkin disebabkan masa kecil-kecil dulu ayah sangat garang dan along pula suka menyakat aku, sebab itulah aku jadi sangat skeptic dengan insan bernama lelaki. Malah, aku pernah dapat gelaran anti-lelaki sewaktu aku di MRSM Kuala Klawang. Dan seingat aku, ada satu lagi gelaran yang budak-budak lelaki berikan pada aku iaitu 'soya masam', sbb aku kalau bertembung dengan budak lelaki, aku akan tarik muka masam semasam masamnya, lagi-lagi kalau mereka tu bukan rakan sekelas dan tak ada kaitan dengan aku.





Kalaulah zaman-zaman sekolah dulu, kategori lelaki yang paling hensem, paling kacak, pandai tahap einstein, sportsman yang punya biceps berketul-ketul, jaguh bola sepak, anak orang kaya, anak orang berada atau anak orang 'ada-ada' selalu menjadi perhatian dan menjad kegilaan kaum-kaum wanita, lain pula ceritanya dengan aku. Mungkin ramai yang tak tahu, aku sebenarnya cukup takut dan fobia dengan lelaki-lelaki famous, hensem, macho, bergaya ala2 aaron aziz macam tu. Bagi aku, kalau kita berkahwin dengan lelaki terlalu PERFECT, kita akan banyak rasa insecure dan mulalah akan timbul rasa curiga dan cemburu yang tidak bertempat. Ibu kata jika suami kita MR.PERFECT (walaupun hakikatnya tak ada manusia yang perfect), kita akan hidup berulam jantung, asyik makan hati sebab wanita lain akan selalu duk tergila-gilakan suami kita, macam aaron aziz (aaron aziz lagi eeerrr..). Berjaya rupanya ibu 'doktrin'kan fahaman ini dalam kepala aku sebab sampai sekarang aku masih memilih utk stay away dari terlibat dengan lelaki kategori mr perfect ini.


Aku... lebih sukakan lelaki yang sederhana, misteri, tidak terlalu bersosial (terutamanya dengan perempuan), pendiam (bercakap hanya bila perlu) dan yang paling penting beragama. Dia juga mestilah tak garang dan panas baran dan yang paling peennttiiinnng ialah dia menerima dan menyayangi aku seadanya. Hanya aku. Walaupun di luar sana terlalu ramai lagi wanita jelita untuk digilai, kalau boleh aku mahu dimatanya hanya ada aku. Kerana aku ingin bersamanya dunia, akhirat.





Tapi ibu kata, mana nak cari lelaki yang menepati semua syarat2 aku tu. Lelaki zaman sekarang makin sedikit, satu nisbah 5 atau 6. Apatah lagi nak dapat lelaki yang baik antara lelaki yang sedikit itu. Hmm kalau macam tu takpelah, aku nak yang paling penting mesti mesti mesti ada dua benda ni; agama (penting untuk bawa aku ke syurga) dan menyayangi dan menerima aku seadanya. Haaaa dah tak memilih sangat kan ibu? (^_^)


Kata ibu benar, bukan mudah nak cari lelaki yang baik dan setia. Wanita yang memiliki mereka adalah wanita yang paling bertuah dalam dunia. Untuk menjadi suami yang sempurna, bagi aku, tidak memerlukan paras rupa yang terlalu kacak atau harta dalam akaun yang berjuta-juta. Cukuplah sekadar mereka menyayangi dan membimbing kita dunia, akhirat.


CINTA BIASA YANG LUAR BIASA;
Aku memang seorang blogger. Aku tidak akan update entry baru melainkan ada perkara yang aku rasakan amat bermakna untuk aku tuliskan di dalam blogku. Aku juga bukanlah blogger maniac. Jarang aku follow mana-mana blog melainkan blog-blog rakan terdekat dan mempunyai perisian ilmiah.


Tapi malam ini, aku terbaca sebuah blog yang benar-benar menyentap perasaan aku dan membuatkan air mata aku tidak henti mengalir dan aku menangis teresak-esak. Terharu, tersentuh, sedih, kagum dan cemburu, itulah antara perasaan-perasaan yang begitu kuat aku rasakan sekarang. Inilah, antara blog terbaik yang pernah aku jumpa, yang mana isinya bukanlah rekaan gosip yang mengada-ngada. Isinya, sebuah kisah cinta sepasang manusia yang ternyata lebih hebat dati kisah cinta romeo dan juliet yang temberang itu.






Nama blognya ialah 'Warkah buat Isteri' berhias sebuah nota dari hati; "Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri. Dear, blog ini warkah buat tatapan you apabila you sembuh nanti. Warkah ini adalah bukti kasih sayang takkan pudar (InsyaAllah).."


Jujur aku tak pernah setia mengikuti mana-mana blog sebelum ini, tapi untuk blog ini, aku menghabiskan hampir dua puluh entrynya dalam satu malam, perkara yang aku tak pernah lakukan. Dalam blog ini, sang suami bernama Abil menceritakan pengalamannya menjaga dan setia menanti isterinya yang kini 'brain damage' untuk sembuh seperti sediakala. Entah berapa litre air mata yang telah aku tumpahkan setiap mataku menyorot coretan-coretan abil menceritakan bagaimana dia setia menyintai isterinya yang pada realitinya seolah ada tidak ada menikmati dunia fana ini. Inilah antara coretan yang merobohkan benteng air mata aku dari terus bertahan..


....." Bermula pada saat itu, tiada satu hari pun I tidak menatap wajah u, dear… tiada satu hari pun… then… pada mulanya doktor bagitau, u akan sedar dlm tempuh 3 hari.. bila ubat yg diorg bagi hilang kesan nya.. I pun tak tau ubat apa.. I bukan doctor tapi bila I kira2 tiub yg diorg masukkan kat badan u ni.. ada 12 tiub ubat yg berlainan jenis.. ubat apa I tak tau….. tapi, kalau u tanya I skang… skang ni.. apa ubat2 tu.. I dah pakar dah.. I ni ur personal doctor pakar tau dear…. Bukan setakat doctor, tukang mandi u.. I, tukang tukar pampers u… I, tukang membersihkan najis mutawasitah u…. I, buat facial muka, korek telinga, korek hidung, berus gigi, potong kuku, jadi tukang urut and semua nya.. ha ni doctor pakar Abil… hubby u tau.. hahahahaha...."


....." U tau Dear, dlm perjalanan I kuar dari ICU, I betul-betul rasa kaki I tak jijak bumi.. pandangan I, I tak Nampak org sekeliling dah.. I feel I am alone. Pendengaran I jadi sunyi… tak dengar apa2 lagi…hati ni… mula menyalah kan diri sendiri… I rasa bersalah teramat sgt kerana kegagalan I menjaga u.. u jadi mcm ni.. it’s my fault… bertapa gagalnya I, isteri i.. isteri kesayangan I .. I gagal, I gagal jaga u, macam mana kalau pendapat doctor tu betul?.. u akan kekal macam tu? Sepanjang hidup I, I akan rasa kegagalan, I akan rasa I bersalah… it’s my fault… it’s my fault.. cammana I nak tebus? I mesti tebus!!!…… "


...."dgn izin Allah… hati I berkata.. sehingga I blh dgr di cuping telinga I ni…. “ini la anugerah keagungan cinta kau pada Isteri”..ini bukan setakat bahasa tau dear.. memang I betul2 boleh dgr kat cuping telinga I ni.. suara hati ni berkata macam tu... terus i buat keputusan..…
Pertama – I perlu berhanti keje
Kedua - I nak jaga u, dan bagi yg terbaik, yang sebaik mungkin pada u, dari segi penjagaan dari segi curahan kasih sayang dan bersegi bersegi lagi lah..
Ketiga – I always wanna be with you dear…...."



...."Hari berganti hari dengan kedudukan I yang tak bekerja ni dan duit simpanan pun mula berkurangan membuatkan I risau sekali lagi, memanglah ada bantuan daripada keluarga tapi mereka pun ada tanggungan kan....I cuba mendapatkan bantuan dari JKM, alhamdulliah berjaya... sebanyak RM300.00 sebulan, kira oklah tu..sedangkan perbelanjaan asas you sebulan mencecah RM2500. I cerita ni bukan nak suruh you ganti.., tapi you perlu tahu. You tahu tak.. untuk menjimatkan perbelanjaan, tengahari I makan nasi dengan lauk, malam I makan roti gardenia bersama kaya dan planta, kadang-kadang bila muak makan roti I ganti dengan mamee berperisa kari....kalau you baca ni nanti, mesti you nangis sedangkan semasa you sihat you tak pernah membiarkan I berlapar perut, I ingat lagi apa sahaja yang I minta untuk makan, you tak pernah hampakan dan you sentiasa tersenyum bila I kenyang macam biawak hahahaha.........."


....."Hari demi hari I berharap you sedar, hari demi hari I menunggu kasih sayang you.. adakah hari tu akan tiba? harapan hati ini tidak pernah pudar, tidak pernah putus,I nak tengok you ketawa semula, I nak tengok you merasai nikmat dunia, itu harapan seorang suami kepada isterinya. .."



Dan kata-kata Abil yang paling aku suka yang selalu diulang-ulang dalam setiap entry ialah; "I love u always dear, only u.."


Bacalah sendiri di blog milik Abil ini, aku percaya hanya manusia hati batu saja yang tidak tersentuh dengan kehebatan cinta sang suami ini buat isterinya; ini link ke blognya : http://abil4fauziah.blogspot.com/


Aku, yang susah nak kagum dengan mana-mana lelaki, begitu kagum dengan Abil. Sebagai ahli perubatan, aku jelas dengan keadaan 'brain damage', hanya keajaiban dari Allah saja yang dapat menyembuhkannya. Aku doakan semoga mereka berdua tabah, dan semoga mereka disatukan semula dan mengecap kebahagiaan tak terhingga disyurga nanti.


Ya Allah, masih ramaikah lelaki seperti Abil di luar sana? Hakikatnya, kekayaan dan kecantikan paras rupa tidak menjanjikan kebahagiaan melainkan kasih sayang yang tercipta antara kedua mereka yang bertunjangkan rasa cinta kepada Allah. Hanya doa dan tawakal dapat aku panjatkan padaMu, Kau lebih tahu apa yang nyata dan tersembunyi.





Ya Rabb, Ya Allah, satukan aku, satukan aku dengan lelaki pilihanmu, yang dapat menyayangi aku apa adanya.. Tentukan, apa yang terbaik buat kami..

Sunday, September 9, 2012

dunia dari perspektif itu.. (^_^)

Assalamualaikum,


Tengah duk seronok buat assignment psychiatry tiba2 dapat mesej dari adikku yang kini berada di UITM kuala pilah. Katanya, ada perkara yang mahu dia ceritakan padaku. Baru siang tadi aku ber'skyping' dengan dia dan family, dari riak gembiranya aku tahu, dia menyimpan sejuta satu rasa. Adikku yang seorang ini nampak saja gagah dan garang dari luarannya, tapi hatinya boleh jadi cair seperti ais krim paddle pop pelangi kegemaranku itu. huahua (marah mak cik tu kalau dia baca ni =p ).




Aku tahu, kalau dia mahu bercakap denganku, pasti dia punya masalah yang menyerabutkan akal dan mindanya. Aku kenal sangat wawa, dari kecil, dia seorang pemendam rasa. Kalau masa dia sekolah dulu, susah benar nak tunggu dia buka mulut dan bercerita tentang kisah hidupnya. Wawa saling tak tumpah perangaiku sewaktu aku remaja dahulu, panas baran tetapi cukup lembut dalamannya, saling tak tumpah macam perangai ayah kami yang merupakan seorang pegawai tentera. Macam buah kelapa, keras benar kulit luar tetapi isi dalamnya lembut dan manis (perasan =p). Tapi kalau nak compare garang aku dan wawa, wawa ternyata jauh memintas aku.


Tak lama selepas mesejnya aku terima, dia menelefon aku dan meluahkan perasaannya. Kisah dan masalah dia yang sebenarnya, biarlah menjadi rahsia antara kami adik beradik. Tapi apa yang paling jelas yang dapat aku simpulkan ialah, dia masih belum dapat melepaskan impiannya pergi. Impian yang telah diidaminya sejak dia masih dibangku sekolah. Walaupun sekarang dia telah mendapat tempat yang baik di UITM dalam bidang yang bagiku menjanjikan masa depan yang sebaik bidang perubatan yang kuambil kini, dia masih belum bersedia untuk merapikan dirinya dalam perjalanan yang cukup berbeza dari apa yang diimpikannya sebelum ini.Mana pernah dia sangka perjalanan nya akan jadi berbeza seperti yang dirancang dulu. Dia merasa tertekan, dan kadangkala terasa samar akan masa depan yang dikejar. Dia merasa rendah diri bila membandingkan dirinya dan diriku, seorang pelajar perubatan luar negara dan pelajar tempatan sahaja.


Buat adik yang kakak sayangi, who says that we are different? Who says that I am better than you? Kita keluar dari perut yang sama, kita berkongsi darah dan genetik yang sama. We are just the same. Our abilities are more or less the same, but the capabilities might be slightly different. U might be capable of doing something that I couldn't do and vice versa. Apa yang penting kita kena percaya yang Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. He knows whats best for us.


Lebih2 lagi kita sama2 percaya kan, "Allah gives us what we need, not merely what we want".



Tak semestinya bila seseorang tu jadi doktor, maka dialah yang terbaik dari orang lain. Imbas balik sejarah Islam, dulu masa zaman Nabi, profesion yang paling tinggi dan paling berjaya ialah para ilmuwan dan cendiakawan, orang2 yang mengkaji al-quran dan as sunnah. Doktor dan tabib ni dulu, bekerja di kedai2 kecil di bandar sahaja. Namun zaman telah berubah. Masyarakat kita kini memandang profesion perubatan sebagai profesion yang mempunyai ranking tertinggi, apatah lagi nak masuk ke bidang perubatan u have to get super duper excellent results, apatah lagi yang nak menuntut di tanah barat. Tu yang duk berlumba-lumba semua orang mendapat result terbaik, untuk mendapat peluang dan ruang, meneroka dunia perubatan yang dikatakan mempunyai antara tempat tertinggi dalam masyarakat.



But my lil' sista, akak nak bawak kamu melihat dunia dari sudut yang berbeza.Kita lihat dari perspective berbeza. Mungkin kadangkala kita lupa, bahawa ilmu Allah penuh rahsia. Cuba kita fikir kejap, takkanlah Allah nak letak semua budak2 bijak pandai ni dalam bidang medic sahaja, dunia kita takkan balance. Mesti kena ada juga manusia2 berotak geliga dalam bidang2 lain seperti bidang bussiness, akaun, engineering, perhotelan dan hospitaliti, bidang masakan even bidang perguruan. Dunia kita mesti seimbang. Maka Allah merencanakan qada dan qadar manusia, mengatur rezeki manusia yang kita sedia maklum, adalah aturan terbaik dariNya.


Sebab itulah tiba2 budak yang paling genius di sekolah kita dulu ada yang tersungkur keputusannya, ada yang tidak disangka2 tidak mendapat semua A. Maka mereka dialih ke bidang berbeza selain bidang gilaan ramai itu (bidang perubatan), dan mereka mula menceburi bidang2 berbeza. Agar kebijaksaaan dan kepakaran itu dapat diseimbangkan dalam semua aspek kehidupan.



Seperti yang akak sudah ceritakan pada kamu, setiap manusia, ada rezeki masing2. Ada rezeki mereka lambat sedikit, ada rezeki mereka cepat benar tibanya. Ada yang cemerlang dan keluar negara, tetapi perlu balik kerana masalah yang tidak disangka-sangka. Ada pula yang hanya sederhana di bangku sekolah, tetapi kini kaya-raya kerana kepakarannya dalam bidang perniagaan contohnya. Kita tidak tahu what future brings, so it is very important for us to hold tight to what we have at the moment, make the best of it, because success can only happens when ORDINARY PEOPLE DOING EXTRAORDINARY THINGS.


Dan jangan lupa, setiap dari kita ada jatuh bangunnya. Mungkin this is not the best time for u, but time heals everything. Time can change everything. U just have to be patient but DON'T EVER QUIT. Bila dah belajar tinggi mana pun, sangat penting juga untuk kita tidak memandang rendah kepada sesiapa kerana pada hakikatnya di hadapan Allah, bukan sijil MBBS, MD, ACCA, phD, masters, Professor itu yang membezakan kita, tetapi ketaqwaan dan keyakinan kita pada Allah swt.


Hakikatnya kenapa Allah aturkan kehidupan ini kadangkala sedikit berbeza dr apa yang kita mahukan ialah kerana setiap orang dalam dunia ni ada fungsi dan peranan masing2, yang telah Allah tetapkan. It is essential for us to give the same level of respect to everybody no matter who we are. Even mereka hanya seorang pengutip sampah ditepi jalan, atau orang yang membersihkan loji kumbahan. Mereka semua amat penting dalam kitaran kehidupan kita. Mesti ada sebab kenapa Allah jadikan orang ini pandai, orang ini sederhana, orang ini lemah sedikit. Semuanya tersimpan dalam rahsia ilmuNya. Jadi janganlah kita berjalan bongkak di atas muka bumi, atas kelebihan yang Allah beri pada kita, kerana sekiranya nikmat itu Allah tarik, sekelip Mata saja terjadi. Kun fayakun. Lagipun kalau semua nak jadi doktor, siapa pula nak jaga bank, siapa nak bersihkan bangunan, siapa nak masak sedap2 bagi perut kita suka hati kan? =p kih2.





Cuba lihat dunia dari perspective itu ok sayang?


Ingat contoh terbaik yang akak bagi, about my friend hidayah. Dulu, mungkin orang lain tidak perasankan dia, kerana mungkin orang mengira dia hanyalah pelajar perguruan yang biasa. Malah ada yang menyisihkan dia kerana mereka mengira seorang guru biasa tidak setanding para doktor, akauntan dan sebagainya. But she did make the best what she has. Tengoklah siapa dia sekarang, masuk paper lagi. Im so proud of u my dear friend nor hidayah hamzah!



So my dear sista, jangan rasa inferior or all sort of things lagi. Sekiranya ini yang Allah tentukan untuk kamu, maka yakinlah inilah yang terbaik yang Allah ingin berikan pada kamu. Prove yourself, buat yang terbaik in your own field, trust me kamu boleh jadi lebih berjaya dari akak. Lagipun, even akak dah jadi doktor pun, kalau akak bila dah ramai anak nanti akak plan kerja klinik sendiri jah, nak jaga keluarga muahahahahaha (*_*)


Remember my lil' sista,





Many of the most successful people in the world aren’t much different than you. The key characteristic that sets them apart, though, is that they have a SUCCESS MINDSET. Salah satu seven habits of successful people by Stephen Covey ialah, begin with the end in mind that is, HAVING A GOAL. Jangan ragu2 dah ok. Ubah mindset, then go towards ur goal, DON'T QUIT! Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada dan berdoa ok (^_^)




Apapun, remember, akak dan keluarga kita, sentiasa menyokong wawa dari belakang, tak kira dalam jatuh bangun, dalam apa jua keadaan. All of us always support and love u, unconditonally <3









Tuesday, July 17, 2012

..mungkin takut dikatakan riak..(..demi cinta ini..)

Assalamualaikum,


9.09 malam, ampang, kuala lumpur.




Alhamdulillah, syukur jutaan syukur aku panjatkan ke hadrat Ilahi dengan rahmat kasih sayangNya, projek yang dirancang oleh aku dan rakan2 sejak tiga bulan lalu hanya melalui facebook berjaya dilaksanakan. Kami tidak pernah dapat duduk semeja untuk berbincang secara details bagaimana untuk mengendalikan majlis yang kuanggap bagi kami, agak besar ini. Iyalah, aku masih lagi berjuang dibumi dublin, ada di united kingdom, ada yang masih di rusia, ada juga yang berada di Malaysia. Namun, kerana nawaitu kerana Allah, dan kami percaya Allah akan mempermudahkan urusan, majlis ini berjalan lancar, lebih lancar dari apa yang dibayangkan. Subhanallah. Subhanallah.



Matlamat ku hanya satu, untuk berkongsi kasih sayang dengan yang memerlukannya, lebih2 lagi adik2 yang tidak mendapat anugerah terbesar seperti aku dan kita semua, iaitu nikmat kasih sayang ibu bapa dan keluarga yang mencinta. Aku sendiri tidak pernah terbayang yang aku akan merealisasikannya sejauh ini, walaupun tidak sehebat mama, Puan Hajah Norlina Alawi (penaung institusi yang dahulunya dikenali sebagai pernim) ataupun umi rose, penaung Raudatussakinah, tapi aku cuba untuk mencuba apa terdaya. Kerana kita semua percaya, kebaikan walau sebesar zarah pun akan dikira, di hari penentuan akhir kita semua, di negeri akhirat nanti. Sama - sama untuk mengumpul saham akhirat, kerana aku sedar, aku seorang insan yang terlalu banyak dosa dan kelemahan. Moga dengan usaha sebegini, dapat menjadi pendinding aku dari disentuh api neraka.




Aku rasa amat bersyukur kerana diberi kemampuan untuk merealisasikannya, walaupun dengan keadaan yang serba kekurangan. Semua rasa cinta ini bermula sejak aku mula menyertai misi-misi kemasyarakatan di bangku sekolah. Kepelusuk pedalaman di daerah Jelebu, kemudian mengikuti aktiviti ke rumah anak-anak yatim di Kajang. Kemudian aku dipertemukan dengan PERNIM, rumah perlindungan kanak-kanak HIV dan kanak-kanak terbiar. Rasa cinta itu bertambah dan bertambah hari demi hari. 6 tahun sejak aku mengenali adik2 di PERNIM ini, dari aku hanya melihat mereka lena di dalam buai ketika mereka bayi, hingga kini mereka dah besar, dan tadika, dah sekolah.



Aku jauh beribu batu dari Malaysia, namun rasa cinta itu tak pernah padam. Entah mengapa wajah adik2 tidak dapat dilupakan. Setiap tahun aku cuba yang terbaik untuk melakukan sesuatu setiap kali aku pulang bercuti. Dengan wang simpanan yang bersisa, aku cuba. Dulu semasa aku masih harus bergantung pada ibu dan ayah, aku hanya dapat memberi sedikit wang. Bila dah kaya sedikit, aku mengupah orang membuat bakso untuk adik2 dan makan beramai2, dan tahun berikutnya aku dan rakan2 akrabku cuba untuk membuat yang lebih besar, yakni buat majlis barbaecue kecil2an di rumah perlindungan mereka. Aku sendiri tak pasti dari mana datangnya kekuatan untuk melakukan semua ini sendirian di tahun-tahun yang lepas, tapi apa yang pastinya, rasa kasih dan cinta itu yang menguatkan.


Inilah gambar kenangan kami di tahun-tahun yang lepas. Teringat ketika tahun lepas ketika majlis barbaecue kami, ramai rakan-rakan yang patut hadir tidak dapat menghadirkan diri kerana pada hari tersebut ada pehimpunan BERSIH. So dengan hanya beberapa orang sahaja yang dapat hadir, kami menguatkan azam untuk menjayakannya dan alhamdulillah seperti yang aku katakan, kalau nawaitunya kerana Allah, pertolongan pasti datang. Alhamdulillah, majlis kami berjalan lancar walaupun kamilah yang bakar kambing dan ayam, kamilah yang mengendalikan games dan kamilah yang bantu di dapur. Tak menang tangan juga dibuatnya. Tak mengapalah, yang penting, adik-adik kami gembira (^_^) ;












Tahun ini entah mengapa aku berfikir yang aku harus melakukan sesuatu yang lebih besar untuk adik-adik. Entah mengapa tergerak hatiku untuk mengajak ramai rakan-rakan lamaku dan rakan-rakan di dublin untuk mengusahakan impian yang murni ini. Disinilah aku mula dilanda dilema dan konflik diri. Kata orang, apabila kita berbuat kebaikan, jangan dicanang- canang, takut diselebungi rasa riak dan megah. Kerana hakikatnya, kita melakukan kebaikan dan kebajikan kerana Allah taala. Kerana bukan sanjungan manusia yang kita cari dan impi, tetapi kita mengimpi doa dari penghuni langit. Kita mengimpi tanaman pahala yang dapat kita tuai di akhirat nanti. Itulah tujuan sebenarnya.


Namun, untuk merealisasikan sesuatu yang lebih besar dan murni seperti ini, aku masih tidak mampu untuk merealisasikannya sendirian. Aku perlu berganding tenaga dengan rakan-rakan yang punya rasa cinta yang sama. Lagipun, aku yakin ramai lagi di luar sana punya impian dan rasa cinta sepertiku, tetapi masih samar dari mana harus ia bermula. Aku mahu lebih ramai lagi insan yang dapat merasai betapa indahnya perasaan memberi ini. Indahnya perasaan kasih sayang 'anugerah' ini. Dan aku teringat kata-kata, "Tidak melakukan ibadah kerana takut dikatakan riak adalah riak". Apa yang penting nawaitu kita. Hanya Tuhan yang tahu.



Maka dengan beraninya aku meminta sumbangan tenaga atau wang melalui group MRSM Jasin di facebook. Dengn harapan ada rakan-rakan yang sudi menyumbang samada sumbangan tenaga atau wang. Masih aku takut kalau kemurnian usaha ini dicemari rasa riak, dan aku terus berdoa agar nawaitu ini hanya ikhlas keranaNya. Alhamdulillah sedikit demi sedikit Allah menghantar kasih sayang dan pertolongannya melalui rakan-rakan yang ingin menyertai dalam usaha yang lebih besar tahun ini, malah ada rakanku yang menyumbang sejumlah wang yang banyak hingga ribuan ringgit. Subhanallah. Alhamdulillah.



Aku bersyukur dikurniakan rakan-rakan yang murni hatinya, menjadikan impian ku kenyataan tahun ini, meraikan adik2 dengan makanan yang lebih sedap, dan hadiah yang lebih banyak! Kepada atiqah, fariza, haiqal, irzie dan pasangan, fatin, hanis, wawa, kak faiza, ezzat, maher, ain, erun, erin, adibah, fararo, luqman, dziya, wan nazihah, nasuha, hidayah dan ramai lagi, jutaan terima kasih kerana sudi menyumbang dari segi tenaga dan kewangan, tak terkata rasanya rasa syukur yang dipanjatkan atas kehadiran anda semua menambah mekar rasa cinta tanpa sempadan ini. Ya, kita tidak pernah berpeluang duduk semeja untuk merancang dengan lebih teliti, tapi kerana saya tahu rakan-rakan saya semuanya hebat-hebat belaka, dan yang paling penting nawaitu kita, majlis tempoh hari cukup-cukup menggembirakan kita semua, sepetang berkongsi cinta dengan anak-anak anugerah! Dan kita juga dapat menjemput beberapa keluarga miskin sekitar ampang untuk memeriahkan majlis. Tambahan pula, duit lebih sebanyak 800 ringgit dari hasil sumbangan, sudah disalurkan kepada beberapa keluarga miskin, dan institusi anak-anak yatim yang lain. Subhanallah, banyaknya cinta!

Ini gambar-gambar sekitar majlis pada 7 julai yang lalu di restoran tupai2 ampang;




















Ketika aku berjumpa dengan pengurus restoran tupai2 ini untuk berbincang tentang majlis, dia bertanya kepadaku, event ini diadakan dibawah syarikat atau organisasi mana dan atas tujuan apa. Ketika itu aku terdiam seketika lalu tersenyum, "Mentaliti sungguh, kalau majlis sebegini diadakan je, mesti orang ingatkan dibawah organisasi atau atas apa-apa tujuan, pelik benarkah jika sekumpulan sahabat berkumpul untuk menggembirakan anak-anak anugerah ini?"



Dan aku menjawab selamba, "Tak ada apa-apa tujuan encik, saja, rezeki kami lebih, ingat nak bawa adik-adik kami tu makan besar sekali sekala. Sambil-sambil mengumpul pahala, insyaAllah"



Bagi aku perasaan cinta ini adalah anugerah. Bak kata mama, Puan Hajah Norlina Alawi, anak-anak ini tidak sepatutnya dipanggil kanak-kanak kurang kurang bernasib baik atau kanak-kanak yatim yatim piatu atau kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak ini harus dipanggil anak-anak anugerah. Ya, mereka anak-anak anugerah, kerana itulah aku menganggap rasa cinta yang datang entah dari mana ini juga satu anugerah. Benar juga kata mama, cinta ini, cinta yang tiada sempadan. Cinta yang tunjangnya kerana Allah, hanya kerana rasa cinta kami kepadaNya. Mereka bukan darah daging kita, mereka juga bukanlah ada apa2 pertalian darah dengan kita, tetapi sekali aku memandang mereka, timbul rasa kasih dan cinta. Timbul rasa ingin melindungi, ingin memberi. Bukankah kita sebagai umat Islam kita semua bersaudara. Bak kata orang, cubit peha kiri, peha kanan akan terasa. Hati mana yang tidak meruntun melihat mereka tidak diberi perlindungan dan kasih sayang?



Aku tidak pernah sangka usaha yang hanya bermula sebagai hobi, dapat pergi sejauh ini. Semakin hari, tekadku semakin kuat. Aku tidak hanya mahu menjadi doktor yang berjaya yanag mana kejayaan itu hanya berlegar tentang kepentingan diriku sahaja. Aku ingin memberi kepada yang memerlukan selagi termampu. Aku bukan jutawan, bukan juga anak hartawan. Aku tidak punya wang berjuta untuk diberikan. Ayah dan ibuku tidaklah kaya raya, memiliki harta berjuta. Tapi bagi aku ibu dan ayahku amat-amat kaya lebih kaya dari jutawan, mereka kaya jiwa. Kerana aku mewarisi sifat ini dari mereka. Dek tangan ayah dan ibu yang sentiasa menghulur dan memberi kepada sesiapa saja yang memerlukan bantuan mereka.. Duit dan kemewahan boleh dicari, jangan kita takut untuk memberi kerana setiap satu pemberian itu ada rezekinya. Kerana ia datang dari Allah jua.




Aku hanya harap, rasa cinta ini terus mekar dan menguatkan aku untuk terus berada dalam kasih sayang ini, agar aku dapat terus memberi perlindungan dan kasih sayang kepada yang memerlukan. Kerana aku sedar, dengan kelebihan akal fikiran dan kemurahan rezeki yang dikurniakan kepadaku, aku mampu untuk merealisasikannya. Aku tidak mahu mengulangi kesilapan dulu, dimana adik2 yang aku sayangi di rumah anak yatim kajang hilang begitu saja. Kepada Lina dan fatimah yang sering berutus surat denganku, kini hilang entah kemana setelah lari dari rumah anak yatim itu dek kerana tak tahan dengan penjaganya yang hanya makan gaji dan mendera perasaan mereka. Lina dan fatimah dihantar ke rumah di kajang itu setelah ibunya mati dibunuh bapa kandung mereka sendiri. Aku masih simpan surat fatimah dan pemberiannya, sebuah frame gambar berharga dua ringgit sewaktu aku masih kerap melawat mereka disana. Aku tahu, dua ringgit sudah terlalu besar nilainya buat mereka, dan dia sanggup membelikan hadiah untukku menggunakan wang simpanannya. Aku masih ingat Luqman yang setia menanti ayahnya keluar dari penjara, dan Ahmad yang menanti ayahnya yang murtad untuk kembali kepangkal jalan. Aku terputus hubungan dengan mereka semua kerana pada ketika itu aku harus terbang ke kota dublin untuk menuntut ilmu. Aku masih ingat suara lina yang menelefonku di lewat malam meminta bantuan, namun apa dayaku, aku telah jauh.




kenangan di rumah anak-anak yatim di kajang.






Aku tak mahu semua itu berulang lagi, kasih sayang dan ukhwah yang dibina dengan adik2 ini, biarlah kekal sampai ke syurga. Jangan ia putus atas alasan aku sibuk benar mengejar cita-cita. Aku mengharap doa anak-anak anugerah ini, untuk membantu aku dari jatuh di jurang neraka. Aku cinta mereka kerana aku cintakan Nabi Muhammad saw, kerana mereka anak yatim, begitu juga Rasulullah. Berbicara dengan mereka begitu meruntun hati. Ada orang kata, bila bertemu mereka, jangan bertanya mereka hal peribadi mereka. Namun tidak bagi aku, kerana mereka semua masih terlalu kecil untuk semuanya sendirian. Setiap kali aku ke sana, aku mahu menjadi bahu tempat mereka ingin bersandar sekiranya mereka terasa rapuh atau ingin jatuh. Sekiranya mereka tidak tahu, aku boleh memberi tunjuk ajar. Sekiranya mereka ingin bertanya, aku sedia menjawab. Mereka memerlukan bimbingan, mereka tidak punya ibu bapa untuk memberi panduan. Mereka terlalu kecil dan terlalu muda untuk semua liku perjalanan yang begitu sukar itu...




Ya Allah, jauhi aku dari sifat riak atau takbur. Sucikan hatiku, murnikan nawaitu ku. Sesungguhnya insan hina ini terlalu banyak dosa. Aku tidak sehebat orang lain, aku masih merangkak untuk mencari keredhaan Mu. Kekalkan rasa kehambaanku, agar aku dapat terus melakukan semua ini keranaMu ya Allah. Tujuan aku menulis, adalah untuk mengajak rakan-rakan semua untuk sama berganding bahu, untuk melindungi anak-anak anugerah ini, walau dimana pun mereka berada, walau siapapun mereka. Tidak susahpun, walaupun hanya 10 ringgit sudah amat besar ertinya buat mereka.



Semoga impian ku dan rakan2ku untuk membina pusat pendidikan Islam untuk kanak-kanak miskin dan anak-anak anugerah ini akan tercapai. Mari kita sama-sama menanam untuk negeri akhirat agar hasilnya dapat kita tuai bersama insyaAllah! Mari jadi insan yang bukan saja kaya harta, malah kaya jiwa. Kita bina kejayaan bukan saja untuk dunia, malah untuk bekalan disana.Ayuh, insyaAllah! (^_^)





Tuesday, June 19, 2012

..wanita berjubah hitam..

Assalamualaikum,


Hari ni aku tak ke hospital, rancangnya nak menghabiskan masa seharian untuk membuat 'pecutan' terakhir untuk exam jumaat dan sabtu ini. Dan jarang sebenarnya aku akan mencatat entry ditengah2 minggu yang sibuk begini. Apatah lagi minggu exam. Tapi penyesalan yang aku ada dalam hati ini, teramat sukar untuk aku lepaskan.


Ya, penyesalan yang tak dapat aku tebus. Moga apabila aku mencatat entry ini, ketenangan itu akan datang sedikit demi sedikit.







Kisahnya begini. Semalam aku ada exam VIVA untuk logbook paediatricsku. Alhamdulillah dengan izinNya, lancar sekali lidahku menjawab semua soalan2 yang bertubi2 diajukan oleh Prof O' sullivan dan Dr chris pitan. Alhamdulillah. Dan dalam tutorial di triage emergency department petang itu juga, aku asyik dipuji2 Dr michael barret kerana dapat membuat demonstrasi resuscitation dengan baik. Alhamdulillah.


Dengan hati yang riang dan gembira, lebih kurang 3.30 petang, aku bergerak pulang menaiki bas, niat di hati hendak ke city centre sekejap. Nak membeli barang makanan sedikit, fridge di rumah dah kontang tak ada makanan. Lagipun, housemates ku semua dah pergi bercuti, tinggal aku keseorangan melalui minggu terakhir ini.


Setibanya aku di city centre, aku tiba2 excited pula nampak kedai CLARK buat sale. Actually aku ni sebenarnya jenis yang sangat kedekut berbelanja untuk diri sendiri. Aku tak kisah nak berbelanja sakan untuk keluargaku. Biasanya duit aku akan kering je bila cuti2 begini kerana beli barangan kiriman keluarga, tapi tak mengapa, setengah aku belanja, setengah mereka bayar untuk barang yang dikirim. Lagipun aku tak kisah, kerana aku senang benar bawa barangan di sini pulang ke malaysia. Kerana aku tahu mereka akan sangat happy. Bila mereka happy, aku sejuta kali lebih happy. Jadi bila duit habis, aku tak dapat sangatlah ber shopping sakan seperti rakan yang lain. Kerana itu jugalah kot aku ni 'fashion outdated'. =p


Tiba-tiba hari ini, aku rasa macam nak beri reward pada diri sendiri untuk semester yang sangat memenatkan ini. Alhamdulillah, tiba-tiba aku nampak kasut yang idam2kan dan duk usha dari dua bulan yang lepas turun separuh harga. Selama ni aku memang asyik pergi usha je kasut tu tapi tak pernah beli sebab nak simpan duit untuk shopping keluarga. Tapi, alhamdulillah, aku akhirnya belilah last pair kasut yang aku suka sangat tu. Ini rezeki aku, aku anggap Allah mendengar isi hati aku dan memberkati usaha aku menggembirakan keluarga dengan mempertemukan aku dengan kasut itu itupun dengan harga yang murah!! (^_^)



Aku keluar dari CLARK dengan hati yang menyanyi2! Wah happy sangat ni. Iyalah, orang kedekut dengan diri sendiri beli sesuatu untuk diri sendiri hari ni! =p Dan aku juga ternampak sehelai baju labuh yang sangat cantik yang selalu aku usha juga, tapi tak pernah aku beli kerana harganya sekitar 20 euro=100 ringgit.. Tapi terasa macam nak beli pulak hari ni, hehe. 20 euro mahal bagiku, tapi disebabkan jarang benar aku nak beli barang untuk diri sendiri, aku nekad untuk tutup mata sahaja untuk 20 euro tu. Walaupun akaun ku dah kontang sangat sebab duit aku banyak yang aku dah transfer ke akaun malaysia... Namun, berlaku sesuatu selepas itu...



Sedang aku berjalan2 menuju ke pasar dublin, tiba2, aku dipertemukan dengan seorang wanita tua berjubah hitam, bertudung hitam. Pakaiannya agak kotor, tangannya menggigil2.. Dia menghulur tangan untuk bersalam denganku, aku menyambut salamannya dengan penuh keraguan. Bukannya apa, sebenarnya ramai wanita2 menyamar bertudung atau berjubah begini suka meminta2 duit pada orang ramai. Ramai antara mereka bukan muslim pun, tp sengaja bertudung, menfitnah agama islam dengan berkelakuan meminta sedekah begitu, menggunakan anak2 kecil meminta duit. Itu yang aku macam percaya tak percaya wanita berjubah hitam dihadapanku itu.






Selepas dia bersalaman denganku, dia mengeluarkan sekeping kertas buruk, yang merupakan kertas prescription ubat, aku tahu itu kertas prescription sebab aku kan dah dua tahun 'bekerja' di hospital. Dan dia memegang inhaler di tangan yang satu lagi, tangan yang terketar2. Dia seolah2 berbicara, tapi tak sebutir perkataan pun keluar dari mulutnya yang terkumat kamit. Apa yang aku faham dari perlakuannya itu, dia seolah ingin meminta aku memberikannya 20 euro untuk membelikan ubat inhaler itu. Aku kaget sebentar, tak tahu nak percaya atau tidak, sebab ini bukan kali pertama wanita yang tidak aku kenali begini meminta2 duit kerana mereka tahu aku muslimah, dan orang islam itu pemurah.


Dia terus merayu2, walaupun tanpa sebarang bunyi, hanya dengan mulut yang terkumat kamit. Aku harus buat keputusan. Percaya atau tidak. Lagipun, duit aku memang tak banyak, hanya cukup2 sampai elaun hujung bulan ni. Ini pun aku berbelanja berani mati, lagak macam duit berlambak dalam akaun. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak mempercayai wanita itu, dan berlalu dari situ.



5 minit aku berlalu dari situ, tiba2 aku dibelenggu suatu rasa aneh, seolah rasa kesal. Bayangan wanita tadi menjelma2 dalam fikiran.

Betulkah apa yang aku buat?

....Kalau aku boleh beli kasut dan baju untuk diri sendiri, apalah sangat kalau aku belikan ubat untuk wanita tadi.

....Tapi, aku bukannya banyak duit sekarang, balik malaysia ni pun aku kena buat 'projek' yang perlukan duit, so aku kena berjimat2. Dan bukan senang aku nak belikan barangan yang aku suka untuk diri sendiri setelah sekian lama, entah kenapa hari ni aku bermurah hati dengan diri sendiri. Boleh jadi hari 'non self-stingy day' ni hanya datang 3 kali je setahun.

....Tapi, bolehkah aku percaya wanita tadi, entah2 dia tipu, hanya helah mencari duit. Dulu pun aku jumpa wanita yang pura2 buat anak sakit, tapi sebenarnya mereka tipu, budak kecil itu dikongsi beramai2. 20 euro tu, banyak.. Kalu 5 euro, aku tak kisah..

....Tapi macam mana kalau wanita itu memang benar2 sakit. Inhaler tu sangat penting untuk orang menghidap asthma, mereka boleh mati tanpanya. Aku ni bakal doktor, aku sangat jelas tentang perkara ni. Macam mana kalau wanita tadi benar2 perlukannya. Berdosa aku kalau sesuatu berlaku padanya..



Hati dan jiwa aku terus berperang2 dengan perasaan. Ya Allah, inikah ujianMu Ya ALLAH.. Menguji iman ku. Antara nikmat diri sendiri atau memberi pada orang yang memerlukan. Adakah aku telah membuat keputusan yang salah..



Akhirnya aku pilih untuk mempercayai kata hatiku. Tak mengapalah, 20 euro untuk membantu wanita itu bertahan dengan penyakitnya untuk sebulan lebih besar nilainya dari mengisi keinginan 'duniawiku'. Tak mengapa aku terpaksa ikat perut sedikit, nak balik malaysia dah ni lagipun. Aku pilih untuk mempercayainya, samada dia tipu atau tidak, aku serahkan pada Tuhan, yang penting niatku ikhlas. Aku patah balik, berlari ketempat aku bertemu wanita tadi.



Malangnya, wanita tadi sudah tiada lagi disitu. Aku berjalan pantas, mataku melilau2 mencari kelibatnya kembali. Kalau aku menemuinya, aku sendiri akan bawanya ke farmasi dan membelikan ubat inhalernya itu. Aku berjalan menulusuri lorong tadi, tapi ternyata wanita itu sudah tiada lagi disitu..




Aku pulang dengan perasaan yang berat. Aku memandang sayu beg2 kertas berisi kasut, baju dan sedikit makanan. Alangkah tenangnya aku kiranya, beg2 ini diiringi dengan ubat inhaler yang dapat kubeli untuk wanita tadi. Sebaik aku menaiki bas meninggalkan city centre, mataku masih mencari kelibat wanita itu, tetapi dia sudah tidak kelihatan lagi..



Allah menguji disaat aku harus memilih diri, atau wanita tadi. Aku kesal atas kelemahan imanku. Aku tahu, wanita tadi mungkin Allah turunkan sebagai ujian, namun ternyata aku gagal. Aku minta maaf.. Aku sangat berharap, ada seseorang yang lebih mulia dariku dapat membantu wanita tadi.. Ya Allah ampunilah hambaMU yang lemah ini....







HARTA DUNIA INI TIDAK BERNILAI SEKIRANYA IA TIDAK DISUCIKAN DENGAN KEBAJIKAN. BUKAN HARTA ITU YANG KITA BAWA BERSAMA MENEMUI TUHAN, TETAPI INFAK DAN KEBAJIKAN DARINYA..


Aku kesal. Kesal yang tak dapat ditebus. Aku.. Tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama..

(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui.(Qs 2:273)

Saturday, June 16, 2012

bara perjuangan 'al kahf' ku.... =p

Assalamualaikum,



...."barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya"....(surah al Kahf : ayat akhir 110)...


tercungap- cungap aku menghabiskan ayat-ayat akhir surah al kahf di pagi sabtu yang tenang.. hai, kalau semangat tak kuat, memang dah lama aku tangguh lagi habiskan surah ni dan pergi korek isi dapur nak isi perut yang lapar sangat2 ni.. aku menarik nafas panjang. wooooaahhhhh! panjang surah ni!



aku dengar banyak kelebihan baca surah al kahf hari jumaat;
Rasulullah bersabda: "Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya". ( H.R Baihaqi)


dulu aku tak cuba nak amal, tp bila tengok sahabat2 semua amalkan, rasa mcm ketinggalan pula ( sebab tu penting bersahabat dengan kalangan orang soleh, mereka menarik kita untuk berbuat kebaikan (^_^)). So aku pun trylah nak amal baca al kahf, setiap jumaat. Masa mula-mula nak amalkan, selalu memang baca tak habis, separuh jalan je aku baca surah al kahf ni. ALASAN : busylah, balik hospital lewat petang, mengantuk nak tidur, surah ni panjang sangat, tak cukup masa dan bla..bla..bla.. Biasalah manusia kan cukup suka bagi alasan..


Then I tried harder, aku try baca al kahf setiap jumaat, then kalau tak dapat nak habiskan, aku sambung habiskan hari sabtu macam yang aku buat sekarang ni. wuuu wuuu tp still, tidak mencapai matlamat, al kahf harus dibaca setiap hari jumaat. Alasan akulah kata surah ni panjang, padahal ok je, 110 ayat je. so aku ni memang teruk, full of excuses! Lagipun sahabat2 aku semua boleh buat, kenapa aku tak boleh..kenapa aku rasa berat sangat nih... adakah aku ni seorang muslimah yang memang teruk...=(







Dulu masa mula2 nak amalkan yaseen setiap pagi pun aku rasa macam ni, nak memulakannya memang susah. banyak betul alasannya. yasin ada 83 ayat. Tapi disebabkan yaseen tu memang da kena dihafal sejak dulu, so boleh baca dengan lancar dan laju je. So setiap pagi aku just amek masa 10 minit je untuk habiskan surah yaseen setiap pagi. nak istiqamah, nak pergi berjuang, nak pergi belajar, berbekal yaseen setiap pagi, dengan harapan semoga diterangkan hati dan mudah ilmu nak masuk. sekarang kalau tak baca yaseen pagi2, hari aku akan rasa janggal, macam tak complete. satu hari serba rasa tak kena, ada je benda yang akan aku buat salah. macam tulah penangan surah yaseen yang telah jadi teman akrabku. alhamdulillah.



aku akui, mula-mula memang akan rasa berat, tp kena paksa diri. kalau kita boleh luang kan 2 jam masa kat panggung wayang, boleh tunggu 4 - 5 jam nak tonton perlawanan bola sepak kegemaran, boleh bertahan sakit kaki shopping seharian, takkan nak baca yaseen yang ambil masa lebih kurang 10 minit tu pun kita rasa payah sangat. takkan nak baca al quran kita rasa tak boleh buat. adakah kita manusia ini memang keras hati, keras kepala dan suka mencipta beribu alasan?


we always wanted Allah to pleased us dengan berbagai nikmat dan rezeki, but kenapa kite susah sangat nak pleased Allah then? What is our problems actually? what is my your problem farah?! ='(


SIGH.....................................................






selalunya orang suka cakap statement 'bila bersedia baru nak buat'. hakikatnya kita manusia memang tak pernah nak bersedia. sedia sampai bila? sampai malaikat maut panggil nak cabut nyawa? hakikatnya, nak buat kebaikan, nak perkuat amalan, kita kena paksa diri kita.



Aku tulis entry ni bukan nak hebah pada satu dunia yang aku baca al kahf hari jumaat, baca yaseen setiap pagi. bukan. nak ikutkan, aku ni memang serba compang camping, bukan muslimah yang sempurna adanya..tapi aku just nak share betapa lemahnya aku ni sebagai manusia, yang suka cipta alasan padahal Allah dah kurniakan aku banyak kebaikan. kita semua ni lemah, kalau lagu2 cinta kita boleh duk sibuk menghadap youtube menghafal lirik, apa yang duk susah sangat nak buka al quran. Padahal baca dan amalkan al quran tu lebih banyak kebaikan. contoh al mulk setiap malam, sebagai pendinding dan pagar untuk aku yang sering kena tinggal sorang2 kat rumah dublin ni. cuak juga tau macam sekarang ni housemates emua pergi bercuti, seminggu aku akan tidur keseorangan. tapi alhamdulillah, al mulk itu akan dikumandangkan setiap malam. aku rasa lebih selamat, terasa dilindungi. kan Allah itu tak pernah memungkiri janji. itu yang beri kekuatan, yang beri perlindungan. bukan lagu2 yang kita duduk menghafal siang malam tu.



Lagipun, al quran itu yang beri cahaya pada wajah, pada hati, pada seluruh hidup. seriusly, tenang baca al quran tak boleh dapat di mana-mana, takkan sama dengan tenang kita dengar lagu2 yiruma contohnya, takkan tenang dengar lagu2 cinta. lain, sangat lain.







Ya ALLAH, aku ni lemah.. teruk.. lemah sangat.. bantu aku.. bantu kami...


Ya Allah tunjukkan kami apa yang kami lupa, ajari kami apa yang kami tidak tahu. Beri kami kekuatan agar jumaat2 kami seterusnya akan diterangi surah al kahf, hingga ke akhir hayat kami. Beri kami kekuatan ya Allah! (^_^)

tanggungjawab ini bukan pilihan, ia kewajipan!

sejak 2 mggu lalu, aku jadi sgt rapat dgn seorg american, she is lovely, kami jumpa patient sama2 di hospital, makan sama2, balik rumah pun sama2, sampaikan tiba2 dia nak dtg rumah study sama2 dgn aku utk exam next week. tak tau camne boleh rapat, entah bila bermula.

as expected, bila dah banyak luang masa bersama, dia mula tanya banyak benda tentang islam. tentang solat, tentang aurat, tentang hubungan lelaki dan perempuan, tentang kiamat, tentang kematian, syurga dan neraka. maka aku pun dengan sedaya upaya menerangkan semuanya, dengan harapan supaya dia faham konsep islam yang sebenar, walaupun aku ni tidaklah terer bebenar vocab2 dakwah dalam bahasa inggeris. aku kesal bnyk perkara y ingin aku sampaikan tak sampai sbb tak jumpa vocab yang cantik2 utk gambarkan islam yang sangat cantik ni! (so aku bnyk kali ketuk kepala dan tampar pipi sndr supaya lebih rajin baca buku2 dakwah bahasa inggeris!) ='(.

aku kesian tengok dia, sbb kesimpulan aku bila bercakap dgn dia, dia sbnrnya bnyk keliru dan salah faham dengan islam. kerana dia hakikatnya dia tersilap menilai islam melalui umatnya, dan bukan melihat islam pd intinya, pengisiannya. dia tahu islam itu identitinya akidah, hijab, solat dan akhlak, tp dia pelik melihat kebanyakan muslim kini tidak lagi punyai identiti itu. dia mahu mengenali islam, tp umat islam sendiri membuat mereka semakin asing dari konsep islam yang sebenar.





besar sebenarnya impak pembawaan diri kita, setiap unit individu muslim. kerana hakikatnya, kita boleh menjadi fitnah kepada islam, agama kita sendiri. kita boleh menjadi punca yang mahu mendekati islam ini menjadi semakin jauh. jgn biarkan diri kita menjadi fitnah kepada agama kita yang tercinta ini. kasihan mereka yang tidak menemui cahaya islam, mengapa kita selalu lupa untuk bersyukur?

dan aku kesal dgn diri aku sendiri juga, ini bukan kali pertama mereka mahu mengenali islam melaluiku, tp dek kerana so called 'sibuk' belajar medic, aku lupa mengapa Allah menghantar aku belajar di tanah asing ini, untuk menjadi duta2 kecil ISLAM. seharusnya aku bawa tggjwb dakwah itu lebih berat dr tggjwb belajar medic itu sendiri. aku gilakan buku medic lebih dr buku2 dakwah. aku tidak perasan hikmah Allah selalu meletakkan aku keseorangan dikalangan mereka, supaya aku lebih mudah didekati. diakhirat nanti apabila ditanya, mampukah aku memberi alasan atas kelalaianku dr tggjwb dakwahku ini..

ya Allah, ampuni kami yang lemah ini. berikan kekuatan pada kami. bantu kami ya Allah. sesungguhnya kami sering terlupa dan terleka. jgn jadikan kami fitnah kepada agama kami sendiri yaAllah. peganglah hati kami, tunjukkan kami jalan yang ENGKAU redhai (T_T)