... I am A restless brain ...

Sunday, September 16, 2012

..Ya Rabb, satukan aku dengan lelaki seperti 'dia'..

Assalamualaikum,


Amaran : Entry ini tercetus bukanlah untuk merungkai kisah cintan-cintun sesiapa, tetapi nukilan aku kali ini dicoret selepas aku terbaca sebuah blog yang bagi aku is of one the best blog i have ever read, blog kisah cinta paling sejati, sukar ditandingi.. Ini, aku ceritakan..

PROLOG;
Sejak kecil, aku cukup susah untuk mengagumi mana-mana lelaki. Atau dengan kata lain, ADMIRE pada mana-mana lelaki. Mungkin disebabkan masa kecil-kecil dulu ayah sangat garang dan along pula suka menyakat aku, sebab itulah aku jadi sangat skeptic dengan insan bernama lelaki. Malah, aku pernah dapat gelaran anti-lelaki sewaktu aku di MRSM Kuala Klawang. Dan seingat aku, ada satu lagi gelaran yang budak-budak lelaki berikan pada aku iaitu 'soya masam', sbb aku kalau bertembung dengan budak lelaki, aku akan tarik muka masam semasam masamnya, lagi-lagi kalau mereka tu bukan rakan sekelas dan tak ada kaitan dengan aku.





Kalaulah zaman-zaman sekolah dulu, kategori lelaki yang paling hensem, paling kacak, pandai tahap einstein, sportsman yang punya biceps berketul-ketul, jaguh bola sepak, anak orang kaya, anak orang berada atau anak orang 'ada-ada' selalu menjadi perhatian dan menjad kegilaan kaum-kaum wanita, lain pula ceritanya dengan aku. Mungkin ramai yang tak tahu, aku sebenarnya cukup takut dan fobia dengan lelaki-lelaki famous, hensem, macho, bergaya ala2 aaron aziz macam tu. Bagi aku, kalau kita berkahwin dengan lelaki terlalu PERFECT, kita akan banyak rasa insecure dan mulalah akan timbul rasa curiga dan cemburu yang tidak bertempat. Ibu kata jika suami kita MR.PERFECT (walaupun hakikatnya tak ada manusia yang perfect), kita akan hidup berulam jantung, asyik makan hati sebab wanita lain akan selalu duk tergila-gilakan suami kita, macam aaron aziz (aaron aziz lagi eeerrr..). Berjaya rupanya ibu 'doktrin'kan fahaman ini dalam kepala aku sebab sampai sekarang aku masih memilih utk stay away dari terlibat dengan lelaki kategori mr perfect ini.


Aku... lebih sukakan lelaki yang sederhana, misteri, tidak terlalu bersosial (terutamanya dengan perempuan), pendiam (bercakap hanya bila perlu) dan yang paling penting beragama. Dia juga mestilah tak garang dan panas baran dan yang paling peennttiiinnng ialah dia menerima dan menyayangi aku seadanya. Hanya aku. Walaupun di luar sana terlalu ramai lagi wanita jelita untuk digilai, kalau boleh aku mahu dimatanya hanya ada aku. Kerana aku ingin bersamanya dunia, akhirat.





Tapi ibu kata, mana nak cari lelaki yang menepati semua syarat2 aku tu. Lelaki zaman sekarang makin sedikit, satu nisbah 5 atau 6. Apatah lagi nak dapat lelaki yang baik antara lelaki yang sedikit itu. Hmm kalau macam tu takpelah, aku nak yang paling penting mesti mesti mesti ada dua benda ni; agama (penting untuk bawa aku ke syurga) dan menyayangi dan menerima aku seadanya. Haaaa dah tak memilih sangat kan ibu? (^_^)


Kata ibu benar, bukan mudah nak cari lelaki yang baik dan setia. Wanita yang memiliki mereka adalah wanita yang paling bertuah dalam dunia. Untuk menjadi suami yang sempurna, bagi aku, tidak memerlukan paras rupa yang terlalu kacak atau harta dalam akaun yang berjuta-juta. Cukuplah sekadar mereka menyayangi dan membimbing kita dunia, akhirat.


CINTA BIASA YANG LUAR BIASA;
Aku memang seorang blogger. Aku tidak akan update entry baru melainkan ada perkara yang aku rasakan amat bermakna untuk aku tuliskan di dalam blogku. Aku juga bukanlah blogger maniac. Jarang aku follow mana-mana blog melainkan blog-blog rakan terdekat dan mempunyai perisian ilmiah.


Tapi malam ini, aku terbaca sebuah blog yang benar-benar menyentap perasaan aku dan membuatkan air mata aku tidak henti mengalir dan aku menangis teresak-esak. Terharu, tersentuh, sedih, kagum dan cemburu, itulah antara perasaan-perasaan yang begitu kuat aku rasakan sekarang. Inilah, antara blog terbaik yang pernah aku jumpa, yang mana isinya bukanlah rekaan gosip yang mengada-ngada. Isinya, sebuah kisah cinta sepasang manusia yang ternyata lebih hebat dati kisah cinta romeo dan juliet yang temberang itu.






Nama blognya ialah 'Warkah buat Isteri' berhias sebuah nota dari hati; "Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa sangka dalam sekelip mata atas kehendak Allah s.w.t & ujian dariNya, isteri tercinta telah di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan beliau mengalami kerosakan pada saraf otak. Blog ini adalah sebagai rentetan kehidupan saya & isteri. Dear, blog ini warkah buat tatapan you apabila you sembuh nanti. Warkah ini adalah bukti kasih sayang takkan pudar (InsyaAllah).."


Jujur aku tak pernah setia mengikuti mana-mana blog sebelum ini, tapi untuk blog ini, aku menghabiskan hampir dua puluh entrynya dalam satu malam, perkara yang aku tak pernah lakukan. Dalam blog ini, sang suami bernama Abil menceritakan pengalamannya menjaga dan setia menanti isterinya yang kini 'brain damage' untuk sembuh seperti sediakala. Entah berapa litre air mata yang telah aku tumpahkan setiap mataku menyorot coretan-coretan abil menceritakan bagaimana dia setia menyintai isterinya yang pada realitinya seolah ada tidak ada menikmati dunia fana ini. Inilah antara coretan yang merobohkan benteng air mata aku dari terus bertahan..


....." Bermula pada saat itu, tiada satu hari pun I tidak menatap wajah u, dear… tiada satu hari pun… then… pada mulanya doktor bagitau, u akan sedar dlm tempuh 3 hari.. bila ubat yg diorg bagi hilang kesan nya.. I pun tak tau ubat apa.. I bukan doctor tapi bila I kira2 tiub yg diorg masukkan kat badan u ni.. ada 12 tiub ubat yg berlainan jenis.. ubat apa I tak tau….. tapi, kalau u tanya I skang… skang ni.. apa ubat2 tu.. I dah pakar dah.. I ni ur personal doctor pakar tau dear…. Bukan setakat doctor, tukang mandi u.. I, tukang tukar pampers u… I, tukang membersihkan najis mutawasitah u…. I, buat facial muka, korek telinga, korek hidung, berus gigi, potong kuku, jadi tukang urut and semua nya.. ha ni doctor pakar Abil… hubby u tau.. hahahahaha...."


....." U tau Dear, dlm perjalanan I kuar dari ICU, I betul-betul rasa kaki I tak jijak bumi.. pandangan I, I tak Nampak org sekeliling dah.. I feel I am alone. Pendengaran I jadi sunyi… tak dengar apa2 lagi…hati ni… mula menyalah kan diri sendiri… I rasa bersalah teramat sgt kerana kegagalan I menjaga u.. u jadi mcm ni.. it’s my fault… bertapa gagalnya I, isteri i.. isteri kesayangan I .. I gagal, I gagal jaga u, macam mana kalau pendapat doctor tu betul?.. u akan kekal macam tu? Sepanjang hidup I, I akan rasa kegagalan, I akan rasa I bersalah… it’s my fault… it’s my fault.. cammana I nak tebus? I mesti tebus!!!…… "


...."dgn izin Allah… hati I berkata.. sehingga I blh dgr di cuping telinga I ni…. “ini la anugerah keagungan cinta kau pada Isteri”..ini bukan setakat bahasa tau dear.. memang I betul2 boleh dgr kat cuping telinga I ni.. suara hati ni berkata macam tu... terus i buat keputusan..…
Pertama – I perlu berhanti keje
Kedua - I nak jaga u, dan bagi yg terbaik, yang sebaik mungkin pada u, dari segi penjagaan dari segi curahan kasih sayang dan bersegi bersegi lagi lah..
Ketiga – I always wanna be with you dear…...."



...."Hari berganti hari dengan kedudukan I yang tak bekerja ni dan duit simpanan pun mula berkurangan membuatkan I risau sekali lagi, memanglah ada bantuan daripada keluarga tapi mereka pun ada tanggungan kan....I cuba mendapatkan bantuan dari JKM, alhamdulliah berjaya... sebanyak RM300.00 sebulan, kira oklah tu..sedangkan perbelanjaan asas you sebulan mencecah RM2500. I cerita ni bukan nak suruh you ganti.., tapi you perlu tahu. You tahu tak.. untuk menjimatkan perbelanjaan, tengahari I makan nasi dengan lauk, malam I makan roti gardenia bersama kaya dan planta, kadang-kadang bila muak makan roti I ganti dengan mamee berperisa kari....kalau you baca ni nanti, mesti you nangis sedangkan semasa you sihat you tak pernah membiarkan I berlapar perut, I ingat lagi apa sahaja yang I minta untuk makan, you tak pernah hampakan dan you sentiasa tersenyum bila I kenyang macam biawak hahahaha.........."


....."Hari demi hari I berharap you sedar, hari demi hari I menunggu kasih sayang you.. adakah hari tu akan tiba? harapan hati ini tidak pernah pudar, tidak pernah putus,I nak tengok you ketawa semula, I nak tengok you merasai nikmat dunia, itu harapan seorang suami kepada isterinya. .."



Dan kata-kata Abil yang paling aku suka yang selalu diulang-ulang dalam setiap entry ialah; "I love u always dear, only u.."


Bacalah sendiri di blog milik Abil ini, aku percaya hanya manusia hati batu saja yang tidak tersentuh dengan kehebatan cinta sang suami ini buat isterinya; ini link ke blognya : http://abil4fauziah.blogspot.com/


Aku, yang susah nak kagum dengan mana-mana lelaki, begitu kagum dengan Abil. Sebagai ahli perubatan, aku jelas dengan keadaan 'brain damage', hanya keajaiban dari Allah saja yang dapat menyembuhkannya. Aku doakan semoga mereka berdua tabah, dan semoga mereka disatukan semula dan mengecap kebahagiaan tak terhingga disyurga nanti.


Ya Allah, masih ramaikah lelaki seperti Abil di luar sana? Hakikatnya, kekayaan dan kecantikan paras rupa tidak menjanjikan kebahagiaan melainkan kasih sayang yang tercipta antara kedua mereka yang bertunjangkan rasa cinta kepada Allah. Hanya doa dan tawakal dapat aku panjatkan padaMu, Kau lebih tahu apa yang nyata dan tersembunyi.





Ya Rabb, Ya Allah, satukan aku, satukan aku dengan lelaki pilihanmu, yang dapat menyayangi aku apa adanya.. Tentukan, apa yang terbaik buat kami..

No comments: