... I am A restless brain ...

Tuesday, December 4, 2018

Menanti zuriat (EMPAT BELAS) : When woman hurts another woman 💋👸

Assalamualaikum w.b.t.


****this entry is a continuation of series of thoughts. better to read it from the first entry so you can understand better =)

EMPAT BELAS : When woman hurts another woman 💋👸


Yes, TTC journey is not easy, it is no JOKE guys. The tears, the heartache, the waiting. Macam mana nak gambarkan? Tak boleh nak gambarkan, melainkan kalian merasakannya sendiri. Somehow it can make or break you.



I ensure that this test that I have to endure will 'make' me.




I believe those woman who are in my shoes dont ask much from families and societies, except; 'Dont say that you understand how we felt. Whats more hurting us.'


I just wanted to share some experiences of how 'woman hurts another woman' that somehow made a 'tiny' impact in my life. Yup. just TINY. Because I dont allow strangers, haters or anybody hurts my feelings without my permission.


Sebagai seorang wanita, kita seharusnya memahami dengan lebih arif soal hati wanita lain. Apapun hakikat kehidupan yang dilalui oleh setiap seorang wanita, naluri kewanitaan, naluri keibuan kita adalah sama.


Dalam kehidupan seharian aku, rakan-rakan aku terutamanya wanita alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. But I have encountered some woman friends yang somehow tak ada sensitivity terutamanya dalam isu anak ni.


When I was working in one of Klinik Kesihatan sebelum klinik yang sekarang, ada seorang teman sekerja yang cukup tidak sensitif terhadap perasaan terhadap wanita yang berTTC ni. Kadang kadang dia menjadikan isu TTc ni modal untuk menyakiti hati orang lain samada dia sedar ataupun tidak. I called her Yaya (bukan nama sebenar).


Biasalah bila bekerja isu cuti, MC,EL ni selalu juga jadi bahan bertelagah. Dan juga - isu oncall days during weekend. Semua orang tak suka weekend oncall ni. Yelah, weekend kan waktu kita berehat, siapa yang suka oncall kan? So biasanya kami akan bergilir. At that time Medical Officer kat klinik tu ada dalam 6 orang. 2 orang dah berkahwin dan mempunyai anak, dua lagi dah berkahwin belum ada anak macam aku, dan 2 lagi masih single.


Selalunya, aku kesian sangat yang menjadi mangsa untuk buat weekend oncall ni adalah MO 2 orang yang masih single ni. Kenapa? Sebab Yaya selalu cakap 'they dont have commitments' macam orang lain yang dah ada keluarga dan anak.


Yaya ni dia boleh je oncall, tapi kalau dia tak nak oncall, dia selalu guna alasan anak untuk mengelak oncall weekend. Dialog yang dia selalu guna. "Penat tau jaga anak, bukan senang. Korang tak kahwin, tak ada anak lagi mana korang tahu!"




Tak ke panas hati ni mendengar?

Eh habis tu kau ingat yang single atau yang tak ada anak macam aku ni tak ada komitmen lain ke? Tak ada mak bapa? Tak ada adik beradik? Tak ada boyfriend atau girlfriend nak jumpa? Takkan sebab semata mata mereka tu single diorang kena mereput setiap weekend oncall untuk bagi orang yang dah beranak pinak macam kau enjoy your weekend?


Lain kali kalau rasa susah sangat ada anak, jangan beranak. -- Boleh je kan aku cakap macam tu, tapi no. I dont want to stoop to her level by arguing with her. Please mind your words, jangan cakap ikut suka dan langsung tak ada sensitivity.


There was another time, at this time I already transferred to KK currently I am working in, Yaya is still there. She gave birth to her second daughter. Masa tu one of my bestie still working there with Yaya. My bestie just miscarried and took a long MC. And Yaya also was supposed to finish her maternity leave, but guess what, she keen to extend her leave a little bit. Jadinya, klinik jadi tak cukup MO bekerja.



And guess what she said?

"Salah ke aku nak sambung cuti? Kau tahu tak beranak ni sakit, penat, tak cukup tidur jaga baby lagi. Korang tak tahu sebab korang tak pernah rasa, sebab tu korang tak faham!"


Ok, siapa setuju aku pergi cilikan je mulut dia? 🤣


Yaya ni bercakap ikut sedap mulut. Did she know that she hurts my bestie's feeling yang baru je miscarriage tu? Kau sakit pun dapat pegang baby yang sihat kan? My bestie tu sakit siap cuci rahim dia dapat apa? Dia dapat air mata je, faham? Please mind your words, woman!




Jangan ingat orang lain tak ada masalah, and jangan fikir the world only revolves around you. Setiap manusia ada ujian dan bahagian masing-masing. If you cannot console or having nice thing to say to womam who has been trying for so long for kids, or just went through miscarriage - you better keep your mouth shut. Jangan bawa main isu-isu sensitif macam ni, jangan cakap ikut sedap mulut.


Cara awak bercakap tu ada unsur riak. Allah beri nikmat dengan mudah, Allah juga boleh tarik nikmat awak dengan mudah. Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah berikan pada kamu, dan alhamdulillah untuk rezeki yang diberikan kepada kami. Just, jangan lukakan hati wanita lain dengan menjadikan rezeki anak itu satu jenaka atau sindiran.


Remember, woman should never hurts another woman.


Hmm dan pada golongan wanita tak kira tua atau muda yang suka memerli seperti;

"Hei kau bila nak berisi, kahwin dah bertahun -tahun."
"Kau ni bila nak mengandung, anak aku dah dua."
"Apa yang tunggu lama sangat ni, makin lama makin tua nanti langsung tak boleh beranak."


Kalau jumpa lah orang yang sebegini, aku memang takkan buang masa, perasaan dan air mata aku untuk mereka. Sakit, memang hati ada rasa pedih. Allahuakbar, tak boleh nak cerita. Sensitif sangat hati hati kami ni. Macam kapas. Tapi kalau dah laser sangat, aku laserkan balik. Tapi kebanyakan masa aku tak layan orang-orang macam ni. Biasanya orang macam ni ada 2 je kemungkinan;


Satu, dia sendiri tak bahagia so dia seronok melukakan hati orang lain.
Dua, dia memang tak ada nilai sensitiviti dan percaya pada Tuhan. Suka menghakimi orang lain.


Ingat, jangan riak. Semua yang ada dalam tangan kita adalah pinjaman semata-mata. Allah bisa memberi, Allah bisa mengambilnya kembali.


Kadang-kadang ada juga mak cik mak cik yang sekadar mahu bertanya, atau ada yang terlepas cakap. Aku faham. Cuma itulah, hati ini tidak sekental gunung yang tegak berdiri. Aku hanya manusia biasa.



Aku selalu cakap pada Amir, tiada hati pun yang mampu memahami, betapa sakitnya penantian ini. Naluri keibuan yang membuak buak namun tidak dapat dicurahkan. Kasih sayang yang melimpah ruah namun rahim kosong tak berisi. Rasa tidak berdaya -- Ya Allah, mengajar aku tentang kerendahan hati, betapa manusia ini tidak punya apa-apa melainkan dengan rahmat dan kasih sayang Allah.



“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.“ (QS. Ath-Thalaq: 3).



...BERSAMBUNG...

Friday, September 28, 2018

Menanti zuriat (TIGA BELAS) : Complications that wore me out! 😌

Assalamualaikum w.b.t.


****this entry is a continuation of series of thoughts. better to read it from the first entry so you can understand better =)


TIGA BELAS : Complications that wore me out!


My HSG result was out - everything was normal.They also asked me to take CA 125 (to rule out possibility of ovarian pathology/cancer), thyroid function test and also HBA1C (to rule out diabetes mellitus). Everything normal! At first I thought that maybe I have PCOS (polycystic ovarian syndrome) which is quite a common cause of infertility nowadays, but after a transvaginal scan, I dont have that problem either. The HSG also confirms that I dont have endometriosis, blockage or any uterine pathology.

Everything is healthy!

Remember I said this is a teamwork? So bukan orang perempuan saja yang kena test semua benda tau 😆 My husband sent his semen analysis. His test was normal too.



Alhamdulillah such a relief!

After further discussions with O&G, and reviewing all the result, I was started on T clomid 50 mg od. Fungsi clomid ni basically untuk memperbanyakkan telur-telur matang untuk disenyawakan oleh sperma. I started with the lowest dose because my husband told me so, even actually O&G suggested terus kepada 100 mg od. My husband sangat fussy pasal ubat-ubatan yang aku nak telan ni, sebab dia tak nak aku dapat banyak side effects. Kalau ikut pada aku terus je ke highest dose, biar kesannya lebih cepat, hahaha. Tapi aku kena bersabar dan patuh pada arahan doktor terutamanya suami aku yang tercinta ni.


Aku makan juga duphaston 10 mg od untuk kuatkan rahim dan regularkan period.


After about 2 cycles of clomid, actually, I got pregnant for the second time in early 2017. At that time I only felt a bit 'off', not having morning sickness, its just I wasn't myself at all. I had mild cramping at lower abdomen and I was very moody. I did a pregnancy test using a cheap UPT that I got from the pharmacy, Alhamdulillah, I can see a very faint line. Very very faint. When I show it to my husband, dia cakap, "Ala pudar sangat, kira negatif lah tu.."

Ceh, husband sengaja cakap macam tu, sebab dia tak nak aku terlalu berharap dan sedih kalau sekiranya tak menjadi.

"Tunggulah dulu sayang, tunggu lama sikit. Jangan berharap sangat." Nasihat suamiku lembut.


Kalian rasa aku dengar ke nasihat suami aku tu? Untuk wanita yang telah menunggu lama sepertiku, petanda begini membuatkan aku hilang arah, tak boleh lagi fokus pada apa-apa kecuali hal ini. Diam -diam aku scan sendiri perutku ketika berada di klinik tempat kerjaku.


Inilah yang aku nampak pada ketika itu;


I can see a fetal pole, a normal sized yolk sac, crl about 5 weeks but no fetal heart!

What strucked me was the sac's shape looks abnormal - more like tear drop shaped. Biasanya abnormal shaped sac macam ni more prone untuk miscarried.

Tak apa. Nampak sac rasa macam Allahuakbar gembira sangat. Tapi rasa nervous tengok fetal heart tak ada untuk fetal pole sebesar itu. Aku berdoa banyak-banyak pada Tuhan, moga Allah kuatkan janinku yang masih terlalu baru, jika telah dia engkau takdir kan untuk menjadi zuriatku, kuatkanlah dia. Jagalah dia untukku.


Tiap-tiap hari jugalah aku scan bagai orang gila. Mahu dekat 3 ke 4 kali sehari, sambil aku tidak henti-henti berdoa agar kandunganku terus kuat. Namun Allah lebih Mengetahui segalanya, seminggu selepas itu aku mengalami pendarahan teruk bersama sakit perut yang teramat sangat. Allahuakbar, aku keguguran sekali lagi. 😢


Aku tahu, kali ini juga bukan rezeki untukku. Aku menangis bagai orang gila di rumah. Bangun tidur menangis, masuk tidur pun menangis. Dalam kereta nak pergi kerja pun menangis. Sedih bukan kepalang. Puaslah sang suami yang setia itu memujuk, memeluk. Allahu. Mengapa susah sangat Ya Allah? Mengapa tidak Engkau biarkan kali ini janinku terus hidup? Mengapa Kau hadirkan dia jika hanya untuk menarik dia kembali?

...Migraine juga aku dekat seminggu lantaran menangis siang dan malam. Tetapi di tempat kerja tidak pula aku tunjukkan. Remember? Big girls don't cry (especially depan orang haha) 👧




Aku tidak MC lama. Aku tidak mahu duduk di rumah kerana sekiranya aku sendirian, aku boleh jadi hilang arah. Lebih baik aku kerja. Aku tidak beritahu siapa-siapa mengenai ini melainkan ibu ku sahaja. Aku tidak menangis apabila aku pulang ke rumah ibu bapaku, aku tidak menangis di tempat kerja, Im faking my smile, almost all the time.





Sebulan dua selepas itu aku mula bangkit semula. Kuat semula. Aku kembali kepada cycle clomid ku, kali ini cycle yang keempat. Pada waktu ini actually my husband told me to stop taking hormonal medications for a while. He wanted me to rest, he wanted my body to heal from the previous miscarriage, but aku degil. I dont want to give up. Tak lama lagi ialah ulang tahun perkahwinanku yang keempat, I no longer have time to rest. Begitulah degilnya aku.


Dalam clomid cycle keempat itu, pada ketika itu aku rasa serba tidak kena. Perutku asyik sakit sahaja. Kepalaku kadang-kadang rasa berpinar-pinar. Sakit sepanjang masa. Kali ini aku merahsiakan perkara ini dari suamiku. Aku tidak mahu dia bimbang.


Ada satu malam aku mengerang kesakitan sepanjang malam. Husband ajak aku ke unit kecemasan aku menolak. Pada keesokan harinya kami sama-sama ke klinik tempatku bekerja untuk scan perut. Guess what, this is what we see;





There was a huge cyst inside my tummy, initially it was approximately 5x5 cm and its getting bigger. That is why the pain was more intense by time. My husband was furious and this time dia cakap dia 'haram'kan aku makan clomid tu lagi tanpa kebenaran dia. Dia cakap this treatment harmed me more than anything.


Apa bahayanya cyst sebesar itu? We can get twisted ovarian cyst yang mana cyst itu boleh terbelit dan blocking blood vessels, yang kesannya boleh menyebabkan aku kehilangan ovariku!



"Kalau macam ni biarlah kita lambat dapat baby sekalipun, tak payah makan ubat sampai nak rosakkan diri!" Tegas suara suamiku.

Apabila suamiku berkata tidak bermakna tidak. Ya, aku memang keras kepala dan Amir seorang yang lemah lembut, tapi apabila dia bertegas, aku tidak dapat berbuat apa-apa. Dia suamiku, aku harus mentaatinya.



Ya, aku dapat semua side effects clomid. Nausea, vomitting, everything. But I bear with it, I have to be strong. But akhirnya untuk sementara aku terpaksa berhenti kerana Amir tidak mengizinkan aku terus menerus menanggung sakit. Setiap orang lain-lain penerimaannya terhadap sesuatu ubat, dan tubuh aku pula, sejenis yang sangat sensitif kepada ubat-ubat baru.




Ya Allah permudahkanlah jalanku, berkatilah usahaku, kurniakanlah kekuatan yang berlipat ganda, tunjukkan aku kebaikan dan keindahan di dalam setiap ujianMu.


...BERSAMBUNG...





Saturday, September 22, 2018

Menanti zuriat (DUA BELAS) : TTC journey - My HSG procedure 👩

Assalamualaikum w.b.t.


****this entry is a continuation of series of thoughts. better to read it from the first entry so you can understand better =)


DUA BELAS : TTC journey - My HSG procedure 👩.


**TTC - trying to conceive.


Kadang-kadang apabila difikirkan semula, ada hikmah yang besar di sebalik pengalamanku menempuhi fasa TTC ini berbanding dengan orang lain. Allah mahu aku merasa pengalaman ini. Merasa pahit manis laluannya.


So that I can support and share a lot of knowledge untuk wanita-wanita yang berada di dalam ‘satu kapal’ dengan aku. So that I will inspire a lot women who went through the same path. So that I have a great story to tell.

Aku berharap perkongsian aku akan menjadi bermanfaat kepada semua yang membaca. Ingat lagi pernah aku katakan dalam entry sebelum sebelum ini? Bahawa aku ingin menjadi orang yang bermanfaat walaupun kepada satu manusia lain. Allah sedang memakbulkan doaku.

Moga Allah redha.😊


******************************************************************


Selepas perjumpaan pertama O&G dengan Dr A di visiting klinik di hospital bentong tempoh hari, aku telah dijadualkan untuk membuat pemeriksaan scan HSG (hysterosalpingogram) di Hospital Temerloh. Test ini biasanya akan di jalankan bermula pada hari ke 5 hingga hari ke 10 setiap kitaran haid, untuk memastikan aku tidak mengandung ketika menjalani ujian. Tidak juga di buat terlalu awal dalam hari kitaran kerana pada waktu itu agak susah kerana flow haid kita masih heavy.


Aku terangkan secara ringkas mengenai HSG.


Hysterosalpingogram (HSG) adalah salah satu ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan tiub fallopio. HSG adalah ujian X-ray dimana bahagian dalam rahim, tiub fallopio dan kawasan di sekeliling mereka kelihatan dan diperiksa menggunakan sejenis dye. Ia dilakukan untuk wanita yang mempunyai masalah sukar hamil sama ada mereka mempunyai masalah tiub fallopio tersumbat, masalah dalam rahim seperti fibroid, polyps, bentuk atau struktur rahim yang abnormal.


Doktor akan memasukkan instrument (speculum) dari vagina dan akan mencari bukaan serviks untuk menembak dye ke dalam rahim.

HSG kadang-kadang menolong menghilangkan masalah tiub fallopio tersumbat yang tidak serius. Ini boleh meningkatkan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.


Keadaan rahim dan tiub fallopio yang normal, tiada sumbatan kelihatan, dye keluar dari kedua-dua tiub dan 'spillage' kelihatan dari kedua-dua tiub.


Ini pula apabila berlaku sumbatan, dye tidak keluar dari sebelah tiub. Apabila ini berlaku, pesakit boleh merasa intense pain sebaik dye di inject kedalam serviks.


Aku, berdebar? Tak payah cerita, Tuhan saja yang tahu. Malu? Lagi tak payah cerita. Menyerah diri untuk diuji depan orang yang tak dikenali, how can I describe the emotions?

Pada hari tersebut aku dan Amir ambil cuti. Alhamdulillah bab bab cuti ni kerja aku dan Amir memang tak ada masalah. Ni pun satu nikmat Alhamdulillah. Sampai saja di sana aku terus mendaftar di kaunter pendaftaran dan terus di pimpin ke sebuah bilik di dalam xray department.

“Kenapa perempuan je kena buat semua? This is not fair.” Aku merengus di saat melihat suamiku tersengih-sengih seperti kerang busuk di sebelahku.

“Sebab perempuan ni Allah dah pilih untuk melahirkan baby, baby tu akan membesar dalam perut ni haa haa.” Halus suara suami sambil menekan-nekan perutku.

“I heard it is going to be painful..”

My husband hold my hand tight. "I am sorry I can't help you with that".


Boleh nampak kan muka suspense tu. Takut okay sementara nak tunggu giliran.


While waiting for my turn for HSG. I captured this moment specially for this blog, and for our memory.


Bila nama aku dipanggil, aku masuk dengan seribu debaran. Naik saja di atas katil, aku nampak kelibat doktor o&g perempuan masuk. LEGA... 😜😁 Seriau aku fikir doktor lelaki yang nak buat prosedur ni. Dahlah aku selalu refer kes-kes dari klinik aku kepada mereka. Segan oi! Pada masa inilah aku sedar kasihannya pesakit-pesakit wanita aku yang selalu rasa malu bila terpaksa berurusan dengan doktor-doktor lelaki di hospital kerajaan. Sebagai wanita mestilah kita punyai sifat al-haya' - yakni sifat pemalu.


Tapi nak buat macam mana, doktor o&g perempuan dah semakin tak ramai. Kasihanlah mereka yang juga mempunyai kehidupan sendiri, takkan kena kerja 24 jam di hospital sahaja.


"Okay saya nak tembak masuk dye ye Puan, akan rasa sakit sikit. Tarik nafas dan lepas ya."Lembut suara doktor itu memberi arahan.


Seusai dye siap di inject, maka berjalanlah masuk doktor dari jabatan xray untuk membuat imbasan HSG. Doktor Chinese lelaki. Maka merah padamlah wajahku di sebalik kain menahan malu. Nasib baiklah seorang staff menutup bahagian kakiku dengan kain tersedia, maka terlindunglah auratku. Terima kasih akak staff nurse..😊



Aku terintai-intai paparan skrin xray di sebelah kananku. Aku lihat dye spillage keluar dari kedua-dua belah tiub. Tiada kelihatan suspicious mass di dalam struktur rahim. Hatiku lega. Tapi aku masih kena tunggu official result dari jabatan xray. Aku juga tidak merasai sebarang sakit perut yang teruk, hanya cramping manja-manja saja. Bermakna juga tiada berlaku sumbatan dalam rahim.


Keluar sahaja dari bilik prosedur aku melihat Amir sudah tertidur di bangku menunggu. Kasihan, dia kepenatan semalam dia oncall. Penat-penat dia tidak sekalipun dia bermasam muka denganku. Allahu mulianya hatimu suami. Aku mengucup dahinya dan menggerakkan tubuhnya lembut.

"Abang jom balik.. Dah siap.."


"Macam mana okay ke.." Amir lalok-lalok bertanya.


"Okay je.. Kita kena tunggu keputusan then call balik O&G untuk dapatkan next appointment." Jawabku lembut.

"Okay jom balik abang belanja aiskrim calong".


'All is Well', getus hatiku. In sha Allah.


...BERSAMBUNG...




























Friday, August 10, 2018

Menanti zuriat (SEBELAS) : starting off my beautiful TTC journey

Assalamualaikum w.b.t.


****this entry is a continuation of series of thoughts. better to read it from the first entry so you can understand better =)


SEBELAS : starting off my beautiful TTC journey

***TTC : trying to conceive



Selesai tamat 2 tahun aku menjalani housemanship di Hospital Melaka, aku dan suami telah di pindahkan ke sebuah negeri di timur Malaysia, hanya lebih kurang 30 minit dari tempat asal kami di Kuala Lumpur.


Suamiku telah di tempatkan di hospital daerah, manakala aku diletakkan di sebuah klinik kesihatan berdekatan.


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan izinNya. Walaupun pada mulanya aku berpindah dari satu ke klinik ke satu klinik kerana masalah logistik, aku dan Amir tidak duduk terpisah. Dan akhirnya aku di tempatkan di sebuah klinik hanya 1 km jaraknya dari tempat suamiku bekerja!


Memang rezeki kami naik kereta dan lunch bersamalah setiap hari! Dream comes true! Alhamdulillah!









Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan?


**********************************************************************


Aku memulakan perjalanan TTC ku setelah perbincangan yang teliti dan panjang dengan Amir. Sudah menjadi satu prinsip untuk kami, setiap langkah dan tindakan di dalam rumahtangga perlulah di lakukan dan difikirkan secara bersama. Komunikasi dalam rumah tangga adalah perkara yang teramat penting bagi kami.


Sebenarnya kalau ikut pada Amir, dia tidak kisah sangat kami sedikit lambat memperoleh zuriat. Kerana baginya, kami tidak perlu terburu-buru dalam hal begini. Sebagai seorang doktor, dia tahu yang apabila memulakan rawatan untuk fertility, banyak kesan dan komplikasi yang akan berlaku, pada tubuh aku khususnya. Dia tidak mahu aku sakit. Dia tidak mahu aku merasa tertekan. Allahu, mulianya hatimu suami!


Lagipun sepanjang perkahwinan aku dan Amir, tidak pernah sekalipun dia membangkitkan soal zuriat. Tidak pernah dia merungut, tidak pernah dia melukakan hatiku dengan soalan-soalan yang aku sendiri tiada jawapannya.

Dialah manusia yang memahami derita aku dalam diam, walau tidak aku tuturkan dengan perkataan. Biarpun rakan rakan rapatnya kini semua telah bergelar seorang ayah, lelaki yang satu ini tidak pernah menyesakkan aku dengan soalan zuriat. Dia tahu, aku sudah cukup terluka.





Allah, beratnya untuk aku memulakan perjalanan TTC ini.


Mengapa ?


Kerana sebagai seorang wanita, aku rasa adalah sangat melukakan apabila rahim ini tidak seperti rahim wanita lain. Bukankah melahirkan zuriat itu sudah menjadi sebahagian dari fitrah seorang wanita?


Sometimes you feel you are less than a woman!

Dan sebagai seorang doktor, entah mengapa diri sendiri terasa malu untuk mendapatkan bantuan.


Bahawa aku lupa bahawa seorang doktor itu hanyalah manusia biasa, punya jutaan kelemahan dan cacat cela. Aku juga bisa sakit seperti manusia lain.


Apatah lagi tugas aku di klinik setiap hari adalah memeriksa dan merawat wanita-wanita yang menampung zuriat di dalam rahim mereka, jadi ia menambah beban rasa yang sudah sedia ada.


Setiap hari aku menasihati ibu ibu mengandung itu dan ini, namun diri sendiri tidak dapat melalui indah pengalamannya.






Kami mula mendapatkan rawatan ketika itu usia perkahwinan kami berusia dua tahun setengah. Yang kelakarnya, suami aku sendiri yang menulis referral letter untuk kami berdua. Nak suruh kawan kawan sekerja menulisnya untuk kami rasa segan pula.


Sebelum bertemu dengan pakar, aku sudah siap sedia mengambil darah hormones LH, FSH, serum prolactine dan day 21 progesterone. Basically ini semua adalah hormon wanita yang terlibat dalam proses kesuburan badan. Hormones yang tidak balance boleh menyebabkan kesukaran untuk meramal hari telur di lepaskan seterusnya untuk disenyawakan oleh benih suami, yakni sperma.




Suami pula mengambil test semen analysis.


Waktu ini follow ups kami buat di tempat suami bekerja Hospital Bentong sahaja. Segan sangat tau bila melangkah masuk ke dalam fertility clinic.

Mana tidaknya, beberapa staff di situ adalah regular patient aku di klinik kesihatan. Boleh faham tak perasaan segan tu? Di klinik masa mereka antenatal follow ups, kau banyak berceloteh tentang pregnancy kepada mereka. Manakala here I am, seeking treatment to get pregnant. LOL sangat.


Kalian boleh faham tak perasaan sukar, berat, malu dan ENTAHLAH. Susah nak describe perasaan tu.

How IRONIC (-_-')


Aku ingat lagi waktu kali pertama aku masuk ke dalam bilik consultation. First time appointment waktu itu aku jumpa dengan Dr A. Beliau ialah salah seorang senior MO di Hospital Temerloh. Dia ambil history aku dan suami. Dr A banyak berceloteh pasal BMI aku dan Amir haha. We expected that actually haha. Lepas kahwin memang berat aku dan Amir banyak naik. BMI dah tak secantik masa zaman kami mula-mula kenal dulu. Bila BMI tak cantik, biasanya hormones perempuan khususnya akan kacau bilau juga.




Banyak benda actually yang boleh mengganggu kesuburan seorang wanita. Tapi perlu diingat ye, masalah kesuburan ni bukanlah termaktub hanya untuk wanita je. Kena check dua dua pihak, lelaki dan perempuan.


Basically bila kita buat fertility treatment, we work as a team. Nawaitu dan expectations suami dan isteri kena betul sejak dari mula, sebab kedua-duanya akan saling menyokong dari segi mental dan emosi along this journey. Fertility investigations bukan untuk mencari salah siapa antara kita. Bukan untuk menuding jari, bukan. Aku biasa tengok ramai dalam masyarakat kita asyik asal sahaja rezeki belum sampai, kaum wanita di label dengan pelbagai tanggapan. Women nowadays has to be educated untuk memahami isu ini, begitu penting juga pemahaman dari kaum lelaki. Kita kan suami isteri, we vowed to be together in ups and downs, through thicks and thins. Remember?


gambar favourite aku dan suami


Fertility treatment adalah suatu IKHTIAR. Yakni - USAHA. Dalam mana-mana agama pun, kita telah dididik sekiranya kita ingin mencapai sesuatu, kita harus berusaha.


Allah SWT telah berfirman dalam Qur’an surat Ar-Ra’d ayat 11;

“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan (nasib) suatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan (nasib) yang ada pada diri mereka sendiri“.


Penting sangat ni untuk semua pasangan yang nak melalui rawatan fertility, sebelum aku terus nak cerita pengalaman aku untuk TTC journey ni. Aku cakap ni memang dari pengalaman. Allahu, this journey really taught me a lot of things I never thought I would encounter in life.



...BERSAMBUNG...

Thursday, June 21, 2018

Menanti zuriat (SEPULUH) : maksiat yang 'terlihat indah'

Assalamualaikum w.b.t.


****this entry is continuation of a series of thoughts. better to read it from the first entry so you can understand better =)


SEPULUH : maksiat yang 'terlihat indah'


Aku rabak sepanjang aku menjalani rotation O&G. Setiap hari aku menyaksikan keindahan detik sebuah kelahiran.


Aku lihat betapa gembiranya mereka memeluk dan mencium bau wangi syurga anak kecil yang baru sahaja menghirup udara pertama di dunia.




Ya, kata orang bekerja di wad bersalin adalah pengalaman yang sangat menakjubkan dan memberi kepuasan. Itulah yang aku bayangkan sewaktu aku bergelar seorang pelajar perubatan dulu. Namun kini realitinya sudah berbeza.






Kau tahu, bahawa setiap manusia terlahir sebagai wanita itu di anugerahkan naluri keibuan.

Naluri yang membuatkan kau sentiasa memberi kasih dan sayang. Naluri yang membuatkan kau penuh dengan kesabaran. Naluri yang membuatkan kau tetap menyayangi walau seteruk manapun seseorang itu menyakitkan.


Saat kau menginjak remaja, hati kau terusik melihat anak-anak kecil. Dan bila kau dewasa, kau berjanji pada diri, akan kau lahirkan rijal-rijal pejuang agama.


Itulah perjuangan hakiki seorang wanita, meramaikan umat Rasullullah s.a.w.


Mana aku tahu yang Allah merencanakan jalan yang berbeza untuk aku dan suami.

...Mana aku nak tahu yang aku masih belum mampu sehingga hari ini untuk menghadiahkan suami zuriat tanda cinta ini.


Ya Allah.. Tolonglah, buangkan naluri ini jauh-jauh!







************************************************************


Aku masih ingat kejadian pada suatu petang, ketika itu aku di tugaskan di PAC. Aku dan dua lagi rakanku terkejar-kejar untuk accomodate banjiran wanita berbaju pink yang tidak putus-putus mengunjungi unit o&g sejak pagi tadi.

Aku laju-laju mengambil fail yang tersusun di atas kaunter jururawat, memanggil nama yang tercatit itu kuat.

"Puan R!"

Datang seorang wanita berambut perang, berjalan perlahan dengan perutnya yang besar memboyot. Mulutnya terkumat kamit mengunyah sekeping roti di tangan.

"Puan R binti Asri?" Aku memastikan kembali identiti pesakit.

"Ya, sayalah tu doktor." Jawabnya sambil tersengih.


"Duduk ye Puan. Datang hari ini kenapa?" Sambil aku pantas membelek buku pink di dalam fail. Mataku terpaku memandang perincian di dalamnya.


"Perut saya mengeras-ngeras kuat dari semalam. Pagi tadi turun lendir darah." Ringkas jawapan Puan R.


Aku diam sekejap. Muka aku masih berkerut-kerut menghadam isi catatan buku pink Puan R. Puan R berusia 32 tahun. G4p2+1 (bermaksud kandungan keempat, dua anak hidup dan satu keguguran). Tapi aku lihat details suami di muka depannya kosong. SINGLE MOTHER.


sekadar gambar hiasan



"Kenapa doktor?"


"Puan ni tak pernah kahwin ke? Ke kahwin tapi dah bercerai?" Aku memandang muka Puan R dalam-dalam.


"Saya tak pernah kahwin lagi doktor. Mak boyfriend saya tak restu saya nak berkahwin dengan anak dia. Mak dia tak suka saya. Nak buat macam mana kan orang tak suka." Selamba Puan R menjawab. Dari nada suaranya tiada pun tanda sedikit kesal.


"Habis tu semua kandungan awak ni anak boyfriend awak lah? Ke ada anak lelaki lain juga?" Aku terus merenung dia tajam.


"Semua anak boyfriend saya lah. Saya setia dengan dia je. Dah sepuluh tahun saya dengan dia." Katanya sambil tersengih.


Aku mengetap bibir menahan amarah yang datang tiba-tiba. Memeriksa kembali nama Puan R. Ada 'binti'. Maknanya Puan R seorang muslim.


"Kenapa Puan tak pergi kahwin je kat Thailand. Halalkan hubungan. Ni sampai dah beranak empat ni. Kasihan anak jadi anak tidak sah taraf." Tegas aku mengajukan soalan walaupun Puan R lebih tua umurnya dari aku.

Hati tambah panas bila aku melihatkan semua anaknya adalah anak perempuan. Kasihan mereka nanti, bila nak berkahwin walinya bagaimana? Dan aurat mereka dengan lelaki yang dikatakan 'bapa mereka' bagaimana pula?


"Susah lah. Lagipun banyak pakai duit. Anak-anak pun dah ramai. Kerja kat office pun bertimbun selalu. Nantilah bila dah betul-betul ready dan bila mak dia dah sejuk sikit, kami kahwinlah!" Puan R mula mencebik. Mungkin mula merasa tidak selesa dengan pertanyaanku yang bertubi-tubi.


Marah betul aku mendengar jawapan Puan R. Rasa hendak saja aku tampar wajahnya saat itu. Langsung tidak ada rasa bersalah melakukan zina sehingga sudah hendak keluar anak keempat! Nampak sangat yang si lelaki pun sebenarnya tidak mahu bertanggungjawab. Kamu berdua dah dewasa, pergilah sajalah kahwin, halalkan hubungan. Tak kasihan ke kepada anak-anak? Tak ada otak ke apa?! (Maaf kasar, emo sangat!)




Aku menghempas failnya di meja jururawat seusai selesai meletakkan Puan R di katil untuk pemeriksaan CTG. Dadaku turun naik mengawal amarah. Cepat-cepat aku beristighfar. Soalan yang selalu aku cuba elakkan laju-laju menerpa segenap fikiran.


"Kenapa Ya Allah? Kenapa wanita itu yang kau berikan empat cahaya mata? Kenapa bukan aku? Aku menghalalkan hubunganku, aku solat, aku berpuasa, aku bersedekah, aku menuruti perintahMu. Kenapa dia juga yang kau pilih menjadi seorang ibu? Ibu kepada empat cahaya mata! Muliakah dia berbanding aku?!!"


Ya, mana kita tahu keimanan seseorang itu. Mungkin hatinya lebih suci dan bersih dari aku. Namun, mana mungkin orang yang beriman tega menghalalkan zina?


Semakin lama aku semakin lemas mencari jawapan. Setiap hari aku cuba mendidik jiwaku dengan sabar, setiap hari jua aku terus di asak dengan situasi yang membuatkan aku lebih kecewa. Aku hamba yang terlalu lemah untuk memahami rahsia di sebalik setiap rencana yang di tetapkan Nya.


Allahuakbar. Aku beristighfar dalam-dalam.


Benar dia rasa bahagia kerana walaupun tidak menuruti tuntutan agama, dia masih dikurniakan dengan rezeki zuriat yang aku nanti-nantikan setelah sekian lama.


Namun, adakah ini bermakna aku juga sanggup menjual keimanan dan kesabaran ini?


Nauzubillah min zalik.


Tidak.

LA TAHZAN, INALLAHAMAANA.


Benarlah pesan Allah, dunia ini adalah 'syurga' bagi orang-orang yang tidak beriman. Segalanya terlihat indah.

Maksiat yang 'terlihat indah'. Kemungkaran bagai menawarkan sejuta kemanisan.


Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w;
“Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir.” (HR. Muslim)



Manakala orang-orang beriman pula akan diuji pada keimanan dan ketakwaan mereka.


Dan kerana sesungguhnya syurga dan seisinya sangat MAHAL.


Iman aku juga turun naik. Bergegar apabila diuji.


Aku merenung lama Puan R yang berbaring di katil sana dengan hati yang berat. Memandang sayu gelagatnya yang mengusap-usap perut dengan senyuman dibibirnya. Apalah nasib anaknya nanti lahir dari ibu dan ayah yang tidak tega ingin menghalalkan hubungan yang sepatutnya terpelihara? Adakah anak itu akan dihina nanti dek kejahilan dan ketidakwarasan ibu bapa yang tidak betah menuruti suruhan Tuhan Yang Esa?

Mengapakah hati ini timbul rasa cemburu pada Puan R yang di berikan nikmat memiliki zuriat sedangkan aku tahu bahawa ketaatan kepada Allah itu lebih utama dari segala rasa?





Aku menekap lagi rahimku yang kosong. Untuk sekian kalinya.


Allah kuatkan hatiku!




....BERSAMBUNG....





Saturday, March 10, 2018

Menanti zuriat (SEMBILAN) : Dimana KEADILAN ALLAH, abang?

Assalamualaikum w.b.t.


****this entry is continuation of series of thoughts. better to read it from the first entry so you can understand better =)


SEMBILAN : Dimana KEADILAN ALLAH, abang?


Shift aku tamat pada pukul 10 malam pada malam itu. Aku keletihan. Mentally and physically. EMOTIONALLY juga.


Ayah dan ibu M masih belum tiba dari Johor. Maklumlah Johor jauh, mahu 4 ke 5 jam perjalanan. Aku passover kes M pada rakan shift seterusnya, menerangkan kes tersebut se detail-detail nya.

"Handle this lady with care". Pesan aku sungguh-sungguh kepada rakanku.


Ya, pada mata semua orang tindakan gadis itu nampak zalim dan kurang bijak. Tapi dia hanyalah gadis berusia 16 tahun. Siapa yang harus kita persalahkan? Dia sahajakah? Atau ibu bapa dan keluarganya? Aku tidak ada jawapan. Whatever happens already happened. Bukan tugas kita sebagai manusia biasa untuk mengadili atau menjatuhkan hukum.


Suamiku setia menunggu di parking lot. Hari ini suamiku offday. Aku masuk ke dalam kereta dengan wajah yang lesu. Suamiku mengambil tanganku dan mengucupnya.

"Penat ke hari ni sayang?" Lembut pertanyaan Amir sambil dia mengusap lembut jari jemariku.


" Kenapa Tuhan tak bagi kita anak, abang? Ca rasa Tuhan mungkin rasa ca ni tak layak jadi seorang ibu. Mungkin ca ni jahat kot?" Soal aku sambil pandanganku aku lemparkan jauh-jauh ke luar tingkap. Melihat kerlipan lampu-lampu malam memenuhi bandar Melaka bersejarah ini.


"Siapa yang kata baby abang ni jahat? Ca adalah wanita paling cantik dan paling baik yang pernah abang jumpa. Sebab tu lah abang kahwin dengan ca."


"Tak, ca rasa Allah tak sukakan ca. Ca rasa Allah rasa ca ni takkan jadi ibu yang baik, sebab tu Allah tak nak bagi ca zuriat. Abang tahu, tadi ada budak 16 tahun tak kahwin lagi, beranak dalam toilet kat rumah. Breech. Anak dia HIE. HIE! Kenapa Allah boleh bagi baby kat manusia yang tak tahu nak hargai baby dia, sampai cacat budak tu. Kenapa Allah tak bagi je kita yang dah tentu tentu akan jaga baby tu dengan baik. Kenapa?!" Suaraku meninggi.


"Ini semua tak adil !!!"


Aku marah. Tapi aku tidak tahu aku marah dengan siapa. Aku marah dengan Tuhan kah?



Suami aku diam.

Dia cepat-cepat membelok ke arah simpang lain, jauh meninggalkan kawasan perumahanku. Air mata sudah kuyup membasahi pipi. Suasana dalam kereta sepi seketika, hanya bunyi esakanku terdengar berselang seli.


"Anak itu ujian untuk dia. Dia tak mahukan anak, tapi Allah uji dia dengan anak. Kita tak mungkin akan faham rahsia Allah, tapi Allah lebih tahu. Allah akan beri pada kita pada waktu yang terbaik, we just need to have faith."


Amir tahu aku begitu terluka. Dia tahu aku kecewa. Dia tahu kesabaranku semakin lama semakin pudar.


Amir memandu kereta menuju ke arah Bandar Hilir. Menuju ke arah Dataran Pahlawan. Di situ ada banyak lampu berwarna warni. Juga beca-beca yang di hiasi lampu LED yang cantik. Dia tahu bila aku bersedih, aku suka melihat lampu-lampu di waktu malam. Dia tahu sedikit sebanyak aku akan terhibur. Dia memberhentikan kereta betul-betul di hadapan Menara Tamingsari.




"Abang pernah terbaca suatu artikel yang berbunyi;

Kadang manusia tidak memahami bentuk kasih sayang Allah...

Dibukanya pintu REZEKI dan KESENANGAN dari Allah...
Dianggap PEMULIAAN dirinya dan KASIH SAYANG dari Allah.

Sebaliknya PEMBATASAN REZEKI dan UJIAN dari Allah...
Dianggap PENGHINAAN dirinya dan KEBENCIAN dari Allah.

Allah menyebut sifat manusia ini dalam surah Al Fajr ayat 15- 16 yang berbunyi;

'Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: "Tuhanku telah memuliakanku...
Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku.'"


"Abang baca dekat mana?" Aku yang dari tadi membisu asyik memandang lampu- lampu malam, bersuara. Tekun mendengar lunak suara Amir yang mendamaikan fikiran.


"Abang sejak kahwin dengan ca, abang tahu walaupun isteri abang ni kuat, tapi kadang-kadang walaupun ca tak tunjuk, abang tahu ca mudah tertekan. Lagi-lagi bila kita diuji dengan hal anak, abang kena cari jawapan untuk menenangkan ca. Manusia seperti kita mempunyai selemah-lemah iman, kita kena balik kepada al quran dan hadith bila nak mencari jawapan."


Amir berhenti di tepi jalan berdekatan dataran pahlawan sambil membuka handphone nya, membaca artikel yang telah di 'save', lantang.


"Ni ayat yang paling abang suka;

Orang yang memahami dunia adalah arena ujian, mereka akan memahami bahawa kebaikan dan keburukan adalah UJIAN Allah.
Mereka tidak menganggap kebaikan dari Allah sebagai pemuliaan.
Dan Mereka tidak menganggap keburukan dari Allah sebagai penghinaan.

Allah sentiasa sayang pada hamba-hambaNya yang ber amal soleh.

Imam Ja’far al-Shadiq as berkata,

'Jika Allah menyintai seorang hamba, Allah ilhamkan kepadanya ketaatan, Allah biasakan ia dengan qana’ah (menerima apa yang ada), Allah kurniakan baginya pemahaman agama, Allah menguatkannya dengan keyakinan, Allah cukupkan baginya dengan sifat al-kafaf (merasa cukup dengan rezeki yang memadai) , Allah memakaikannya dengan sifat al-‘afaf (kesucian).

...Sebaliknya jika Allah membenci seorang hamba maka Allah jadikan dia menyintai harta dan Allah mudahkan baginya untuk memperolehinya, Allah ilhamkan kepadanya dunianya, Allah serahkan dia pada hawa nafsunya, maka ia mengendarai al-‘inaad (keras kepala), ia mudah berbuat fasad (kerusakan), dan menzalimi hamba-hamba (Tuhan)” (Bihar al-Anwar 103 : 26.)"


"Indah kata-kata dia, tak pernah lagi ca dengar yang ini dalam usrah usrah ca yang dulu." Hati aku sembuh sedikit, di 'rawat' IMAMku.


"Tenang itu ada untuk orang yang mencari. Allah itu Adil. Ca tahu tu. Ca yang selalu beritahu abang, Allah itu sifatnya adil. Ca selalu bagitahu abang ayat ni, Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Ca yang selalu ingatkan abang ayat ni..” Perlahan-lahan Amir mencium jari aku. Menggengam erat.



Amir usap kepala aku. Itulah yang selalu dia lakukan bila aku tiba-tiba 'breakdown' begini. Akal seorang wanita yang satu itu selalunya pendek, nak dibandingkan dengan nafsunya yang sembilan. Sebab itu wanita itu mudah hilang arah. Sebab itu wanita itu mudah patah.


"Bila masa Allah tak dengar doa ca? Bila masa Allah tak dengar doa kita? Dua puluh lapan tahun, Allah sentiasa dengar doa ca. Ca nak cantik, Allah bagi. Ca nak pandai, Allah bagi. Ca nak keluarga yang penyayang, Allah bagi. Ca nak belajar tinggi-tinggi sampai jadi doktor, Allah bagi. Allah siap bagi ca pergi Dublin, pergi jalan-jalan pusing dunia. Ca nak kahwin dengan abang yang hensem ni, pun Allah bagi." Panjang tutur Amir, sempat pula berlawak di hujungnya.


"Perasan hensem!." Kami sama-sama tergelak.


Apa yang Amir kata semuanya benar. Allah telah beri aku semuanya. Tiada apa pun yang kurang. Allah hanya menguji aku pada ujian yang satu ini. Tanda Dia sayang. Allah sudah katakan Allah akan menguji hambaNya yang paling beriman dengan ujian yang paling berat.


Aku tahu semuanya itu. Cuma aku sentiasa bersifat lemah. Hati yang berbolak balik. Iman serapuh ranting.



Bila aku begini, Amir tidak pernah halang aku menangis. Menangis semahunya. Air mata itu membasuh luka. Air mata itu akan mengeluarkan rasa kecewa. Dan membuatkan kita bangkit semula keesokan harinya.



Amir memasang bacaan Surah Yassin dalam perjalanan pulang ke rumah. Aku sudah lebih bertenang. Aku sudah lebih kuat. Benarlah, dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang. Itu kan janji Dia?


Allah SWT berfirman :
“Sesungguhnya Kami telah menjadikan di bumi ini sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah diantara mereka yang terbaik amalannya” (Q.S Al-Kahfi :7)


Sungguh.

Allah sedang mendidik SABAR.





Peristiwa dengan M tempoh hari telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam hidupku. Tahu tahu sahaja keesokan harinya, M telah meminta untuk di discharges keluar mengikuti keluarganya. Dari cerita rakanku, ibu dan bapanya datang dengan hanya membisu dan hanya menyatakan hasrat mereka untuk membawa pulang M. Tiada drama. Aku tidak lagi bertemu dengan M. Tetapi bayinya masih lagi berada di NICU. Bayinya masih belum cukup stabil untuk dipindahkan ke hospital di Johor Bharu.


Aku harap M tidak mensia-siakan anaknya. Walau anaknya kini tidak lagi sempurna.




...BERSAMBUNG...

Tuesday, February 20, 2018

Menanti zuriat (LAPAN) : Allah yang sedang mendidik

Assalamualaikum w.b.t.


****this entry is a continuation of series of thoughts. better to read it from the first entry so you can understand better =)


LAPAN : Allah yang sedang mendidik


Sebaik mendapat nombor telefon ayah kepada M, aku terus menuju ke kaunter jururawat untuk mencari gagang telefon. Kepalaku berpusing dan berkecamuk. Semak terasa fikiran ingin menyusun ayat yang sesuai untuk memberitahu si ayah tentang keadaan anak perempuannya yang satu ini. Apa yang harus ku katakan?


"Encik A, maaf saya nak beritahu anak encik selamat melahirkan bayinya di Hospital Melaka. Keadaan anak encik stabil tapi bayi berkemungkinan mengalami cacat kekal lantaran kelahiran berlaku dalam keadaan tidak selamat di dalam tandas rumah adik perempuan encik di Melaka ini."



Begitukah?

Walaupun aku tidak mengenali encik A, tetapi dapat aku bayangkan perasaan beliau untuk menerima berita yang sebegini. Pasti hati nya remuk berkecai.


Aku tidak berhak menghakimi sesiapa, aku tidak kenal M, aku juga tidak kenal ibu dan bapanya. Dan apa yang menyebabkan M tergamak menjalin hubungan terlarang bersama seorang lelaki dan mengandung anak di luar pernikahan. Apa alasannya?


Sekilas aku terbayang wajah ayah yang telah membesarkan aku. Ayah punyai empat orang anak perempuan. Dan aku teringat pesannya yang satu ini saat pertama kali aku bertolak untuk belajar di luar negara.


'Adik kemana pun pergi akan bawa maruah dan air muka ayah. Maruah keluarga. Kalau nak buat sesuatu yang buruk, ingat muka ayah dan ibu ni. Kenangkan kami'




Itulah yang aku bawa, aku ingat di setiap langkah. Payahnya ibu dan ayah membesarkan dan memdewasakan. Mendidik dan mencurah penuh kasih sayang. Ketika lima tahun aku bertapa di tanah barat, banyak cubaan dan dugaannya, tapi wajah ibu dan ayah aku tidak pernah lupa. Aku hanya mahu mereka bangga dengan aku.


Tanpa aku sedari aku telah mendail nombor yang tercatat di atas fail, kedengaran suara garau seorang lelaki dari sebelah sana.


"Assalamualaikum."


"Waalaikumussalam. Boleh saya bercakap dengan Encik A?"


"Ya saya A. Siapa yang memanggil ni ye?" Suara garau itu bertanya.


"Minta maaf ye cik. Saya Doktor Farah dari Hospital Melaka. Saya telefon encik ni berkenaan dengan anak perempuan encik, Cik M."


"Kenapa? Dia accident ke?! Dia ok ke tidak?" Suara yang garau tadi bertukar cemas, dan seakan menjerit.


Aku gugup. Menarik nafas dalam-dalam.

Breaking bad news.

Ini adalah skills yang telah di latih pada kami sejak di fakulti perubatan untuk menghadapi situasi situasi sebegini. Words that we are about to utter will change the whole world of a person.


"Tak, anak encik bukan accident. Maaf saya terpaksa minta encik datang ke Melaka hari ini juga.. Anak perempuan encik selamat melahirkan seorang bayi perempuan dan kini kedua-keduanya di rawat di hospital kami. Disebabkan anak encik baru sahaja berusia enam belas tahun, saya perlukan penjaga yang sah untuk datang ke mari."


Gagang di sebelah sana senyap sunyi. Encik A membisu lama. Aku juga mendiamkan diri untuk seketika. Aku tahu Encik A perlu menghadam informasi yang baru sahaja aku berikan. Mahu tidak mahu aku tetap juga harus memberitahu mengapa aku harus memanggilnya dari Johor ke mari hari ini juga.


"Bagaimana keadaan anak saya sekarang doktor?" Suara garau tadi bertukar menjadi amat perlahan. Sayu.


"Anak encik stabil, keadaan bayi masih dalam rawatan. Encik boleh datang hari ini ya? Kami tunggu. Banyakkan bersabar dan pandu dengan selamat ye encik."


"Baik doktor. Saya dan isteri akan datang secepat mungkin. Terima kasih doktor farah. Assalamualaikum."


Kebisuan Encik A yang tiba-tiba menjelaskan semuanya. Sungguh aku rindu benar pada ayah aku hari ini.





Dan sekarang, giliran mengambil history dari pesakit pula. Aku harus bercakap dengannya, mengambil cerita.


"Farah, kau nak aku tolong tak? Tadi masa doktor T (medical officer kami) check patient tu, dia still beriya-iya kata dia tak tahu dia mengandung. Masuk toilet rasa nak berak, tiba-tiba keluar baby. Sumpah merepek gila. Dia ingat kita doktor ni tak tahu yang dia menipu agaknya.." Tiba-tiba rakan sekerjaku C menegur aku yang sedang merenung tajam bilik bersalin 8 yang menempatkan pesakit M.



"Dia menipu, mak cik dengan sepupu dia kat luar pun cuba putar belit cerita juga tadi, tapi terpaksa cakap benar juga bila aku sebut pasal undang-undang. Mereka ni ingat melahirkan bayi ni main-main agaknya. Apa ingat nyawa bayi dalam kandungan tu hak mereka agaknya! Walhal bayi sihat tapi hanya kerana si ibu tak bertanggungjawab anak yang kena menanggung akibat!" Aku merengus kasar. Sambil aku memegang rahim ku yang sudah dua tahun setengah kosong. Sakit hati memikirkan satu nyawa bayi tidak berdosa di persia-sia kan.


"Anak dia kenapa wei?" C bertanya laju, cepat-cepat menghampiriku yang masih marah.

"Anak dia HIE(HYPOXIC ISCHEMIC ENCHEPHALOPATHY). Deprived oxygen masa teran songsang tulah. Baby tu siap masuk dalam bowl toilet lagi okay." Pendek jawapan aku sambil terus menuju kamar 8 membiarkan C terpinga- pinga di situ.


M menoleh pada aku sekejap saat aku masuk ke dalam bilik, kemudian dia terus melempar pandangan ke luar tingkap. Wajahnya lesu.


"Dik, saya nak ambil keterangan awak sikit pasal kandungan dan kelahiran anak awak." Tegang suara aku.

"Saya dah cakap banyak kali dengan semua orang kat sini, saya tak tahu pun saya mengandung! Apa yang susah sangat nak faham ni?!" M tiba-tiba meninggikan suara. Berlari seorang jururawatku ke dalam bilik melihat apa yang telah berlaku. Aku masih tidak berganjak. Menarik dan melepas nafas perlahan. Hati aku membara. Geram.



"Doktor farah ok kah? Kenapa awak terjerit-jerit ni dik? Kan doktor tanya awak elok-elok tu!" Bentak Kak L yang sememangnya bengang dengan kerenah pesakit yang satu ini.


"Tak pe kak L, saya boleh handle. Terima kasih ye Kak L, biar saya bercakap berdua dengan patient ni."


Kak L mengangguk faham dan menutup pintu.


"Awak tahu tak betapa seriusnya keadaan sekarang ni, dik? Awak masih nak menipu semua orang kat sini ke? Awak ingat semua ni benda main-main ke dik?" Suara aku sedikit meninggi. Mata aku tajam cuba menentang matanya. "Mak cik dan sepupu awak dua-dua dah beri keterangan. Saya dah panggil ibu dan ayah awak dari Johor.."


"Doktor panggil ayah saya? Matilah saya doktor! Matilah saya doktor!" M menangis semahu-mahunya.


"M, sekarang ni kes ni bukan tentang awak sahaja. Ini juga tentang anak awak, anak yang awak kandungkan selama sembilan bulan. Awak tak kesiankan anak awak ke? Sampai awak tak nak mengaku anak yang duduk dalam badan awak selama ni? Saya dan semua staff kat sini hanya nak bantu awak dan anak awak, tapi awak kena bagi kerjasama. Kasihankan anak awak. Awak dah jadi seorang ibu, dik. Awak dah ada tanggungjawab.."


M masih membisu. Dadanya turun naik menahan tangis.


"Apa juga dosa awak yang telah awak buat, tak dapat mengubah apa yang telah berlaku. Apa yang lebih penting, ada nyawa baru yang harus awak fikirkan. Nyawa darah daging awak. Dik, saya yakin mak ayah awak akan maafkan awak. Sekarang kita kena fokus pada anak awak, kebajikan dia, masa depan dia. Jangan tambah dosa dengan abaikan dia." Aku mendekati M, duduk di sisinya, sambil memegang tangannya lembut.



"Saya takut kak. Saya takut. Bila saya dapat tahu saya mengandung, saya tak tahu nak buat apa. Boyfriend saya kata dia nak bertanggungjawab, sebab tu saya tak gugurkan kandungan ni. Tapi tiba-tiba bila baby dah masuk 5 bulan, dia ada perempuan lain. Dia lari kak. Saya tak tahu nak buat apa, sebab tu saya lari ke Melaka rumah mak cik saya.. Ayah saya garang.. Nanti dia bunuh saya.. Dia garang kak.."


"Dia tak akan bunuh awak. Dia tak akan pukul awak. Macam mana sekalipun dia tetap ayah awak. Tapi saya nak cakap satu ni dik. Lepas ni sekalipun satu dunia akan menentang awak, awak kena protect anak awak. Kena fikirkan anak awak. Ingat pesan saya ni."



M mengangguk perlahan. " Macam mana keadaan anak saya kak? Saya panik sangat pagi tadi, perut saya dah sakit sangat. Saya takut, tak sempat panggil mak cik. Sedar-sedar sahaja kaki baby dah keluar.."


Aku memandang wajah M. Otakku ligat untuk menyusun kata-kata bagaimana untuk aku memberitahu keadaan bayinya yang kini sudah mengalami kecacatan kekal. Semua nya terlalu berat untuk gadis semuda ini. Baru sahaja berusia 16 tahun. Sudah berbadan dua. Sudah memiliki zuriat. Dan kini harus menjaga zuriat yang tidak sempurna sifatnya sepanjang hayat. Beratnya ujian kau, dik.




Aku ketika berusia 16 tahun, masih lagi seorang budak perempuan polos yang tidak tahu langsung tentang perhubungan seksual berlainan jantina. Tidak tahu tentang intercourse. Tidak tahu tentang apa-apa.

Dulu, mati-mati aku ingatkan ibu dan ayah tidur sebelah sebelah boleh bagi adik baharu. Tak pernah terfikir pasal persetubuhan. Mungkin masa zaman aku internet masih belum wujud. Otak hanya fikir nak dapat A sebanyak mungkin. Zaman mungkin dah banyak berubah.


M minta aku bawa dia berjumpa anaknya di NICU. Aku menolak kerusi rodanya ke arah NICU yang terletak hanya bersebelahan dengan Labour Room. M bagaikan hancur di hadapan aku sebaik melihat anaknya yang nampak begitu sakit. Dengan tiub pernafasan, dengan tali yang berselirat memenuhi badannya yang genit dan kecil. Anak itu sedikit pun tiada dosa, tapi di takdirkan tidak lagi normal seperti kanak-kanak lain. Kita manusia yang sudah diberi akal fikiran dan sudah diberi kebertanggungjawaban, tetapi kita pilih untuk ingkar. Aku harap M kuat. Aku harap M tidak lagi melakukan kesilapan dengan mensia-siakan anaknya.


.......................................


Ya, aku sebagai manusia memang tidaka kan faham RENCANA Allah s.w.t.

Diberi zuriat kepada orang yang mensia-siakan, sedangkan ada insan yang memuliakan cinta dengan perkahwinan ternanti-nanti ketibaannya.





....BERSAMBUNG...

Monday, February 12, 2018

Menanti zuriat (TUJUH) : Mengapa 'mereka' yang kau pilih dan bukan aku?

Assalamualaikum w.b.t.


****this entry is a continuation of series of thoughts. better to read it from the first entry so you can understand better =)


TUJUH : Mengapa 'mereka' yang kau pilih dan bukan aku?




Sehingga detik ini, walaupun sudah banyak yang aku fahami dan pelajari..


Masih banyak persoalan yang masih belum dapat aku hapuskan dari kotak fikiran.


Manusia apabila diuji dengan dugaan yang berat, fitrahnya mereka akan selalu mencari sebab dan alasan.


Untuk menjawab persoalan,
... "Mengapa aku Tuhan?" "Mengapa aku Tuhan?" "Mengapa aku Tuhan?"


Itulah soalan yang muncul dalam kotak fikiran, dari celik mata hinggalah sewaktu aku ingin menutupnya semula.


Makin kau mencari jawapan, kadangkala kau makin tidak memahami rahsia di sebalik kejadian.


Walhal kau sedar, sekiranya Iman dan Islam sudah tertegak di dalam tubuhmu, soalan itu seharusnya tidak timbul langsung.


Kerana kau percaya, Allah memberi hanya yang terbaik untuk kita.


Firman Allah dalam Al-quran surah Al-Hadid ayat 22;

“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkan-nya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.”




Dalam pada aku meniti hari hariku tanpa zuriat, Allah telah buka mata ku seluas-luas nya pada perkara yang tidak pernah aku lihat atau terfikirkan sebelum ini.


Walaupun luka dan pahit di hati ini semakin hari semakin dalam.


Namun akal fikiran dan hatiku terus menerus mencari kekuatan dan hikmah. Aku sedar bahawa kini aku sedang berada dalam sebuah "peperangan" dan "jihad" yang paling besar dalam hidupku.


Yakni "jihad hati".



Ada suatu kejadian, berlaku sewaktu aku berada dalam posting ke lima program housemanship ku. Posting yang sentiasa membuatkan aku berperang dengan perasaan dan emosi. Kalau dulunya inilah posting yang amat aku minati, tapi pada ketika itu, hati jadi sakit menempuh setiap hari.


Posting Obstetrics dan Gynaecology (Bidang sakit Puan).


Aku pada ketika itu sudah senior houseman. Hanya dua posting lagi sebelum aku melangkah ke alam MEDICAL OFFICER. Posting O&G Hospital Melaka boleh dikatakan salah satu posting yang amat 'azab', dek kadar kesibukan yang melampau. Bayangkanlah, di dalam negeri Melaka hanya terdapat sebuah Hospital Besar sahaja. Jadi segala jenis case yang complicated di himpun di sana. Jadi tidak hairanlah kebanyakan pegawai perubatan O&G yang dulunya baik dan lemah lembut boleh bertukar 'malignant' sekelip mata.


Faham. Just imagine the workloads. Just imagine the pressure.




Dalam posting O&G ini basically kami akan bertugas di empat tempat yang berbeza ;


1) Di CDS (central delivery suite) - tempat di mana wanita mengandung yang mempunyai sebarang masalah datang mendaftar kan diri dan di periksa pegawai bertugas. Pegawai bertugas akan men'diagnosa' masalah pesakit dan seterusnya di daftar masuk untuk rawatan lanjut.


2) Ward antenatal/ gynaecology / postnatal - Basically wad-wad di mana pesakit di tempatkan mengikut masalah masing-masing.


3) Labour Room - tempat di mana ibu-ibu yang sudah memasuki 'active phase' of labour meneruskan perjuangan mereka melahirkan. Inilah tempat yang paling aku gemari sebenarnya. Tempat khalifah-khalifah kecil lahir melihat dunia.


4) Operation Theatre (OT) - tempat segala operation berkaitan sakit puan di jalankan sebagai contoh pembedahan caeserian section, bilateral tubal ligation (ikat tiub peranakan) dan berbagai lagi operation berkaitan kesihatan peranakan wanita.


Ketika itu aku sudah masuk penghujung tahun kedua perkahwinan kami. Sedih, kecewa , marah , sebak, perasaan ku memang bercampur baur saat menjalani posting yang satu ini. Apatah lagi setiap hari melihat nyawa -nyawa baru di lahirkan.

Comelnya bayi itu, putihnya bayi ini. Hati tertanya-tanya bilakah agaknya giliran aku pula? Dan biasalah, jawapan - jawapan itu biasanya hanya akan di jawab dengan air mata sahaja. hahahaha



Ada beberapa kes yang tak pernah aku lupakan. Salah satunya berlaku pada suatu hari, aku bertugas syif petang.


Kaunter depan CDS mendapat satu panggilan dari ambulans, menyatakan ada satu kes BBA (born before arrival) akan tiba lebih kurang 10 minit lagi. Kes seorang anak gadis muda berusia 16 tahun bersalin di dalam tandas rumah, baby keluar dalam keadaan songsang.


Ambulans sampai lebih kurang 15 minit setelah mendapat panggilan kecemasan dari mak cik nya yang menyedari anak buahnya telah melahirkan anak di dalam tandas rumah. Tali pusat telah di potong oleh jururawat masyarakat yang tiba bersama ambulans tetapi uri nya masih belum dapat di keluarkan. Keadaan ibu stabil tetapi keadaan anak yang dilahirkan tidak terlalu baik.




Maka kami bersedia menyediakan sebuah bilik di dalam labour room. Ketika itu aku bertugas bersama tiga lagi rakanku. Mujurlah pada ketika itu Labour Room agak lengang dan tidak sesibuk selalu.


Sebaik kes tersebut tiba, kami menjalankan tugas masing-masing. Seorang mengambil troli darah untuk memasang branula sambil mengambil darah, seorang lagi membantu pegawai bertugas menyediakan alatan untuk menjahit luka perineum si ibu yang agak teruk, sambil pegawaiku sibuk mengeluarkan uri yang masih tertinggal di dalam. Seorang lagi sibuk melabel darah yang telah di ambil dan mengisi borang -borang berkaitan.


Aku pula di tugaskan untuk mengambil 'history' dari si penjaga yang menemani dan juga dari si ibu nanti.


"Aaaaahhh kes kes sebeginilah yang selalu buat aku rasa ralat. Mesti ini kes ibu muda yang mengandung tanpa akad. Sebab itulah si ibu tak mahu datang bersalin di hospital."

Getus hatiku.



Sebelum bertemu gadis itu aku sempat singgah ke NICU untuk melihat keadaan bayi tersebut. Di lahirkan dalam keadaan breech adalah sangat berisiko kepada bayi kerana akan berlaku penyekatan oksigen kepada bayi kerana bayi tidak dapat bernafas saat kaki dan badannya keluar dahulu.


Sayang seribu kali sayang, bayi itu telah mengalami komplikasi Hypoxia Ischemic Encephalopathy - satu keadaan di mana bayi mengalami 'brain damage' kerana otak bayi tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya ketika proses kelahiran.


Bermakna bayi tersebut mengalami kecacatan kekal. Allahuakbar.


gambar bayi sekadar hiasan



Aku tenung bayi itu lama. Pastinya bayi ini cukup sifatnya sewaktu di dalam rahim ibunya, namun kerana ke'gila'an sesetengah manusia, bayi kecil yang tidak berdosa ini menjadi mangsa.


Luluh hati aku. Sekali lagi hati ini menjerit dalam bibir yang bisu, "Kenapa, Tuhan? Kenapa gadis itu yang kau pilih tapi bukan aku?"



Aku menarik nafas panjang. Beristighfar dalam-dalam. 'La tahzan, Innallahamaana.'


Aku menuju ke ruang menunggu untuk bertemu ahli keluarga pesakit, untuk meneruskan tugasku yang masih tertangguh.


Aku sudah siap-siap memakai 'mask'. Untuk menyembunyikan riak wajahku. Mereka bersalaman denganku.


"Saya Dr Farah, doktor yang merawat Puan M. Siapa Puan dan Cik kepada pesakit M ye?" Lembut aku memulakan perbualan.


"Saya ibu saudara M dan ini anak saya," mak cik itu memperkenalkan diri dan gadis muda yang duduk disebelahnya.


Belum sempat aku bertanya apa-apa, pantas mak cik M bercerita.


"Saya memang tak tahu langsung M tu mengandung. Dia pun tak pernah beritahu kami dia mengandung. Dua bulan lepas dia datang duduk dengan kami di Melaka, katanya nak datang bekerja. Betul ni, kami langsung tak tahu menahu." Sungguh -sungguh wanita separa abad itu menjelaskan posisi mereka.


"Takkan mak cik tak nampak perut dia yang memboyot? Tak rasa curious ke? Mustahil Puan tak perasan kandungan sembilan bulan gadis bertubuh kecil macam Puan M." Aku menduga. Enough of the lies please.


Mak cik itu terdiam sekejap, anak perempuannya juga terdiam seribu bahasa. Aku tahu mereka berbohong. Aku tahu mereka cuba melindungi kebenaran. But who is she trying to lie to?


Me? Or the world?


"Saya lebih suka mak cik beritahu hal sebenar. Anak saudara mak cik dah selamat melahirkan, tapi keadaan bayi tak begitu bagus. Ada baiknya mak cik berterus terang untuk memudahkan semua urusan. Lagipun ini ialah kandungan bawah umur, boleh jatuh kes Statutory Rape, ini kes polis." Suaraku keras namun masih berhemah. Aku mula rasa annoyed dalam keadaan sebegini pun mereka masih mahu menipu. Sakit hati memikirkan bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa.




"M datang Melaka dari 3 bulan lepas, duduk di rumah kami sebab nak bersalin di sini." Gadis muda yang sejak tadi diam di sebelah ibunya kini bersuara. Namun matanya enggan menentang mataku.



"M mengandung anak teman lelaki dia di Johor, tapi lelaki tu tak nak bertanggungjawab. Ibu dan ayah M tak tahu pasal kandungan M, M tak berani beritahu ayah dia pasal kandungan dia sebab ayah dia garang sangat-sangat. Mati dia kena belasah nanti doktor.. Sebab tu saya berharap pihak hospital dapat rahsiakan perkara ni dulu.. Kami boleh jaga dia.." Terang gadis muda itu.



"M masih di bawah umur, jadi tak ada siapapun berhak memberi kebenaran dan jagaan selain daripada kedua ibu bapanya. Ini undang-undang. Tak kira apa pun situasinya, saya perlu panggil ibu bapa M dari Johor. Puan dan cik kena ingat, sekarang saya bukan bercakap hanya tentang M, tapi anak yang di lahirkan. Sekarang anak yang di lahirkan kemungkinan besar akan mengalami kecacatan otak kekal, Puan dan cik akan mengambil tanggungjawab itu juga ke?"


Aku membalas tajam. Aku rasa mereka-mereka masih lagi belum memahami betapa besarnya masalah M sekarang. Kalau lah dari mula lagi mereka berfikiran bijak dengan menghantar M ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan menyeluruh, perkara sebegini tidak akan berlaku. Kenapa begitu cetek pemikiran? Kenapa? Kenapa?



Mak cik M mengangguk -angguk perlahan. Sambil menyerahkan nombor telefon ayah kepada M kepadaku.





...BERSAMBUNG...