... I am A restless brain ...

Sunday, October 14, 2012

respon untuk mr anynomous : menagih simpati?? (^_^)

assalamualaikum,


alhamdulillah, exam rotationku baru saja selesai. alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. kini, kepadaNya disandarkan segala doa dan harapan..


lama sangat dah tak buka blog yang sepi tanpa sebarang entry. maklumlah, aku bukanlah blogger yang rajin meng'update' blog ini, melainkan ada sesuatu yang ingin aku kongsikan dan renungkan.


sedang aku men'scroll' meniti entry ke entry, aku terkejut terbaca sebuah mesej dari seseorang. agak kasar gaya bahasanya terhadapku, bunyinya seolah tidak puas hati, marah benar bunyinya. kalaulah sekiranya aku berada dihadapannya, entah apa jadinya, mahukah diganyang2nya aku? (-_-') aku baca tenang mesejnya yang agak panjang, cuba menghadamnya perlahan2. hati sedikit terguris, tetapi tidak mengapa, aku cuba untuk fahami mesej yang hendak disampaikan. Aku tidak mahu menghukum selagi aku belum meneliti. mungkin saudaraku ini hanya mahu menguji.


Terselit didalam mesejnya, mengapa suka 'menagih simpati' kepada orang. marahnya lagi, 'bersyukurlah!' 'bersyukurlah!'. Aku blurr seketika, cuba me'recall' sebarang percubaan aksi 'menagih simpati' yang mungkin aku tidak sedar aku lakukan. Oohhh menterjemah kandungan mesejnya yang cukup melukakan bagiku itu, aku perlahan2 dapat menangkap punca kemarahannya. rupa2nya dia membaca post sebelum ini yang bertajuk "kesian aku, terasing".

saudara,

biarpun, saudara membuka salam ukhwah dengan sedikit perasa 'kepahitan' sehingga hati saya sedikit tercalar, tapi biar saya sambut salam ukhwah saudara dengan sejuta kemanisan, agar tiada api kemarahan dibiar terus membara. sejujurnya, saya sungguh tidak tahu siapakah gerangan saudara yang tiba2 menyergah dengan amarah ke ruang ini, tapi elok juga kiranya saya tidak tahu, agar saya tidak membina sebarang rasa tidak enak terhadap saudara. biarlah DIA saja yang tahu dan mengadili.



......Pertama sekali saudara (saya tak pasti lelaki atau perempuan), salam ukhwah saya hulurkan. Tak enak rasanya melontarkan tuduhan dan memberi teguran 'tajam' tanpa salam perkenalan, kerana saya terasa 'lost' sebentar. Saudara juga men'anonymous' kan semua reference, dan menghukum saya tanpa sebab, juga tidak adil untuk saya kiranya. mengapa mahu dirahsiakan identiti sekiranya saudara yakin benar dengan apa yang saudara rasakan itu? Tuduhan saudara pada saya amat keras dan tegas, seolah saudara sudah kenal benar diri saya. Saya tidak kalis pada teguran, tegurlah sekiranya saya salah, tapi bukan dengan 'melempar batu tetapi tangan disorok dibelakang'.



......Pertama-tamanya, terima kasih kerana sudi bertandang di blog saya yang serba kekurangan jika nak dibandingkan dengan saudara yang saya kira mesti hebat orangnya. Kerana dari gaya bahasa dan inti mesej saudara, saya kira saudara ini mesti bukan calang2 orang, belajar pun di ireland, mesti saudara ni golongan bijak pandai.



.....Sebenarnya saudara, ingin saya tegaskan, saya, tidak pernah terlintas untuk menagih simpati atau apa jua kiranya seperti tuduhan saudara, apa yang saya tuliskan itu adalah hanya dengan niat perkongsian. Saya gemar menulis untuk tatapan ahli keluarga dan rakan2 saya untuk berkongsi suka, duka kehidupan saya serta ibrah dan pengajaran yang saya ambil darinya. Sekiranya saudara teliti betul2, apa yang saya tulis adalah apa yang benar2 berlaku pada saya, dan saya akan reflects pengalaman itu dan mengambil kekuatan dan pengajaran darinya. Sekiranya apa yang saya rasakan ialah kesunyian, maka itulah yang saya tuliskan. sekiranya saya rasa saya tidak kuat, itulah juga yang akan saya garapkan. Saya tidak mereka2 sebarang cereka atau kisah dongeng yang indah2 untuk menyenangi mata yang membacanya.


....berkenaan dengan entry yang saudara respon itu, dari gaya saudara menulis komen, ada gaya seperti saudara hanya membaca sedikit preview dr keseluruhan content, saudara tidak baca keseluruhan entry. Saudara tidak mendapat mesej sebenar dr entry itu, cuba baca keseluruhannya.

ini part yang saudara marahkan;

......"Aku tahu je, kadang2 mereka ni pandang simpati pada aku. Dah sebab aku sorang je muslimah berhijab dalam team besar kami yang sebesar 40 orang itu, tentulah gerak geri aku selalu jadi perhatian. KESIAN AKU.. kena tutup sana sini, tak boleh pakai seksi2 hot2 cam diorang, dah tak nampak cantik dah. KESIAN AKU.. bila waktu solat, kelam kabut ambil wudhu dan cari tempat solat, solat tepi koridor, dalam stor kosong, lapik kertas je kat kepala. KESIAN AKU.. tak boleh makan burger, spageti, lasagna semua2 lah yang sedap2 kat kantin, yelah, makan pun kena yang halal je. KESIAN AKU.. kena puasa ganti ikat perut sampai petang, penat lari2 dalam ward round, berdiri 80 tahun dalam klinik tapi tak boleh makan. Pendek kata semua KESIAN tu kat aku jelah..


saudara ingat saya sedang merungutkah untuk kesemuanya ini? atau saya telah jadi hambaNya yang tidak bersyukur? apa yang saya tuliskan di atas ialah apa yang irish people fikir apabila memandang saya, mereka asyik kesiankan saya itu dan ini. Tapi, lain ceritanya untuk saya. baca perenggan seterusnya yang mana saya sambung..;

....."Tapi bagi aku lain pulak ceritanya. KESIAN aku pada mereka jauh lebih besar dari mereka kesiankan aku. Tahukah mereka betapa IZZAH dan seronoknya aku menikmati semua perkara yang mereka kesiankan tu. Hijab, solat, puasa, menjaga makanan yang halal, semuanya aku buat atas dasar cinta rindu kasih sayang love2 kepada Pencipta aku. Dan ganjaran untuk semua itu besar nilainya, yakni ketenangan, keyakinan, ketenteraman, dan insyaAllah syurga.. Aku yang kesiankan mereka kerana tak dapat menikmati semua itu. Kan seronok kalau mereka dapat rasa apa yang aku rasa..
"


Saya menulis entry ini tempoh hari untuk berkongsi pengalaman saya menjadi wakil tunggal seorang muslimah dalam rotation yang saya jalani. Dengan takdirNya pula kali ini dalam rotation saya ada pula seorang tutor yang sedikit racist memberi banyak tekanan dan kesukaran untuk saya untuk belajar, dan kadangkala membuat saya rasa ingin ponteng semua kelas yang di handle oleh tutor ini. I had a really hard time, dan pengalaman ini membuatkan saya lebih matang dan kuat. Saya kongsikannya di ruang daif ini hanya untuk tatapan rakan2 yang sudi membaca untuk saya kongsi perasaan dan pengalaman getir itu. Supaya kami sama2 kuat dan lebih berusaha. Saya masih terlalu kaya dengan kasih sayang dari rakan2 dan keluarga untuk sampai ke tahap menagih simpati. Jauh sekali untuk ke tahap itu.



Dan walaupun saya tidak mengenali saudara, saya ingin juga beritahu saudara. Sebenarnya berjauhan dengan keluarga saya adalah perkara paling akhir yang ingin saya lakukan dalam hidup saya kerana saya sememangnya sangat manja sejak saya kecil. Saya kalau boleh, ingin menjaga kedua ibu bapa saya dan berada disisi ibu dan ayah saya sepnajang saya hidup. Apabila saya ditawarkan pengajian ke ireland saya sudah berkira2 mahu pergi atau tidak. Pada masa yang sama saya juga ditawarkan pengajian perubatan di UIAM. Saya pernah hampir membuat keputusan untuk ke UIAM sahaja tapi ayah bonda saya ingin benar saya ke tanah barat ini, dan demi mereka saya menggagahkan hati. Saudara, tuduhan saudara mengatakan saya tidak tahu bersyukur adalah terlalu keras. Pada setiap kali saya mencelikkan mata di pagi hari saya tidak lupa mengucapkan kalimah syukur itu atas segala nikmat dan rahmatNya pada diri saya. Malah setiap kali saya memulakan entry, kalimah itulah yang akan saya tuturkan. Malah kesyukuran terbesar saya ialah saya mengukir senyuman di bibir ibu dan bapa saya setiap kali saya mengukir kejayaan melepasi peperiksaan sepanjang saya berpijak di tanah barat ini. Bukan kepalang bahagianya mereka, begitulah juga bahagianya saya.


Jadi, janganlah hanya pabila saudara membaca tajuk atau sekerat atau sepotong ayat sahaja saudara dengan lantang menuduh dan menghakimi saya. Maaflah saya ini orang sastera + sains, kecil2 dulu nak jadi sasterawati tapi ibu tak bagi hehe, jadi mungkin ayat2 saya bukan straight to the point, banyak kias bunga dan tarinya. Kalau saudara salah tafsir atau tidak memahami kandungannya, tidak usahlah bersusah payah, membaca, menghadam atau even mengerling kepada penulisan-penulisan saya.


Akhir kalam, saya mohon maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa. Hati saya sedikit terguris tetapi saya berdoa agar kita2 semua sama2 berjaya dalam semua urusan didunia dan akhirat, tiada sedikit kebencian pun kiranya dalam hati saya ini pada saudara. malah saya doakan semoga saudara berjaya dalam semua bidang yang diceburi. kalau saudara rasa terlalu tidak suka, feel free untuk melenyapkan facebook dan blog ini dari memori dan fikiran saudara. wassalam.




No comments: