Assalamualaikum..
Dalam hidup, amat susah aku hendak mengagumi sesiapa, selain junjunganku Ya Rasulullah, ibu dan ayahku. Selalu apabila aku berada bersama rakan2ku, mereka suka memuji tentang itu, tentang ini, orang cantik itu, orang hensem ini, orang kaya tu, orang hebat ini. Tapi entah kenapa, kata-kata pujian sebegitu amat susah keluar dari bibirku. Semakin aku meningkat dewasa, aku semakin sedar, aku payah benar untuk memuji memuja sesuatu. Adakah sememangnya aku memang lokek dengan pujian? Atau memang aku berhati 'kering' dan seorang yang bosan tidak meminati atau menyukai apa2? Apakah 'standard' yang aku letakkan sehingga hati ini begitu payah untuk teruja dengan seseorang atau sesuatu?
Kadangkala aku rasa ralat melihat ramai yang fanatik dengan artis-artis masa kini, baik artis dalam negara, mahupun luar negara. Fanatik sehingga sanggup berasak2 menonton konsert2 mega yang diadakan, fanatik terkejar2 si artis ke pesta2 keramaian, sanggup berhujan panas untuk membeli tiket ke majlis2 'ramah mesra' bersama artis kesayangan mereka. Kadangkala aku tertanya2, dari mana datangnya perasaan teruja sebegitu? Mengapa aku tidak pernah memiliki keminatan tahap 'moksya' ini?
Aku selalu 'merayau2' di alam maya, melawat page2 artis2 yang semakin popular di tanah air kini. Melihat page Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Diana Danielle, termasuklah page2 artis2 cilik yang meningkat naik seperti najwa latif dan ainan tasneem, dan siapa lagi ek? Cant think of any. Fans mereka berjuta2 dan beratus2 ribu. Masya Allah. Honestly, aku bacalah juga semua komen2 pada gambar2 dan video yang diletakkan di dalam page mereka. Peminat2 mereka memuji memuja, pujian yang dapat membawa yang dipuji ini merentas alam ke'sempurnaan'! Memuji kesempurnaan mereka, kejelitaan mereka, keanggunan mereka, kecomelan mereka dan segalanya. Fans yang sentiasa menyokong perjalanan career mereka. Sambil aku meneroka dunia 'seni' ini, aku bermuhasabah diri? Indahkah dunia sebegini? Mengapa hati masih tidak teruja seperti mereka?
Patutlah dewasa ini semua orang nak jadi artis. Ternyata 'career' ini menjanjikan sejuta 'kesempurnaan'. Diminati ramai, dipuja, semestinya akan tampil cantik, berpakaian indah, mempunyai wang yang banyak, akan beraturlah yang hendak melamar dan menyunting diri. Sememangnya sebuah dunia yang tampak sempurna. Wanita mana yang tidak suka dipuji, wanita mana yang tidak suka dipuja. Fitrah, wanita suka dengan kecantikan, wanita cinta dengan keindahan. Namun perlukah wanita kepada sebuah 'idea' yang bernama populariti? Satu persoalan. Selama manakah semua 'kesempurnaan' dan 'populariti' ini dapat bertahan?
Ya, tidak aku nafikan, sebagai manusia biasa, kita suka pada pujian. Fitrah juga kita cinta pada kecantikan. Kadangkala hati rasa cemburu melihat kejelitaan mereka yang mungkin tidak dimliki diri. Kadangkala juga tertanya2 apakah agaknya rasa menjadi gilaan ramai sebegitu rupa? Namun menyedari dua tujuan hidup yang telah Allah gariskan, sebagai khilafah dan untuk beribadah, aku tidak menemui pengertian untuk semuanya itu. Bukan ini kehidupan yang harus kita cari.
Sebagai wanita, berada dalam dunia sebegitu ibarat sekuntum bunga yang cukup cantik, cukup indah dipandang. Namun mereka dihurung banyak kumbang, dan disinar terdedah kepada terlalu banyak mentari yang membuatkan harum mereka semakin pudar dan layu. Aku tidak mahu mengkritik atau menilai mereka, siapalah aku untuk menghukum dan mengadili. Aku bukan Tuhan. Cuma aku rasakan, tidakkah kita semakin jauh dari ikutan yang seharusnya kita teladani?
Kecantikan, kekayaan dan kemahsyuran dunia itu sementara cuma. Biarlah kita tidak dikenali dikalangan manusia, namun kita cukup terkenal dan mahsyur dikalangan penghuni langit. Mari aku perkenalkan dengan wanita2 yang lebih patut kita kagumi dan contohi.
Ini barisan wanita2 idola. Mereka mungkin tidak kaya, tidak berharta, solekan tidak pernah menghiasi wajah, beg tangan berjenama tidak pernah mereka damba, kasut tumit tinggi tidak mungkin mereka miliki. Kecantikan dan keindahan diri pun tidak pernah di pandangi lelaki, mereka selamat dan suci dalam naungan hijab yang melindungi. Malah ada diantara wanita idola ini, hanyalah bergelar hamba abdi. Namun darjat mereka, lebih tinggi jauh lebih tinggi dari semua artis yang kita sibuk kagumi! Tempat mereka amat dekat disisi Allah!
Mereka, memiliki sesuatu yang lebih besar dari perkara remeh temeh itu. Yakni jiwa mereka, semangat mereka, cinta mereka kepada Allah dan agama. Mereka, menggetarkan setiap hati yang mengaku Islam tetapi tidak pernah bersedia untuk berkorban jiwa dan harta. Setiap kisah mereka, membuat kita yang mengaku muslimah sejati ini tertunduk malu dan melumatkan kesombongan kita yang lupa pada tanggungjawab diri. Setiap kali aku menelusuri sirah mereka, aku pasti menangis, sebak entah kenapa. Mereka, terlalu istimewa.
Ini wanita idola yang pertama, nama beliau zinnirah.
...Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab. Biarpun fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan sehingga dirinya buta, tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah. Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.
Ini wanita idola yang kedua, nama beliau Rabiatul Adawiyah, satu-satunya ahli sufi dari golongan wanita yang hanya mengabdikan dirinya kepada kekasih hatinya.. Tidak mahu berkahwin kerana tidak mahu kotori dirinya dengan cinta manusia dan dunia. Antara soalan yang telah ditanya oleh ulama-ulama hebat ketika berdebat dengan Rabiatul Al-Adawiyy adalah "Bagaimana dirimu mempunyai hati yang sangat cintakan Allah dan tidak ada langsung cinta dunia dalam dirimu..sedangkan kami juga tidak mampu untuk menjadi sepertimu..." Rabiah Al-Adawiyy menjawab, "jagalah adabmu dengan Allah. Ilmu yang kalian miliki tidak akan dapat menentukan akhlakmu dan adab kalian dengan Allah. Sentiasalah bersendirian untuk bersama dengan ALLAH..." Semua ulama yang mendengar ketika itu tersentap dan menangis..
Ini wanita idola yang ketiga, nama beliau Siti Khadijah, isteri pertama Rasulullah. Selepas bergelar Isteri kepada Baginda s.a.w pastinya banyak yang perlu dirintangi bersama. Kaum Kuffar Quraisy yang sentiasa memusuhi Baginda.Sehinggakan pernah semua barangan niaga Siti Khadijah diboikot serta merta dek memilih untuk bersama Baginda s.a.w. Namun, itu sedikit pun tidak mengoyahhkan cintanya kepada Baginda. Sehingga di akhir hayatnya apabila baginda bertanya,
“Apakah harta yang masih ada pada dirimu wahai isteriku untuk perjuangan Islam ini?”
Khadijah berkata, “Tiada apa-apa lagi, jika tubuhku dan tulang-tulangku boleh dimanfaatkan untuk perjuangan Islam gunakanlah.” Subhanallah.
Ramai lagi wanita2 Islam yang boleh kita jadikan idola, meskipun mereka tiada lagi bersama kita kini. Namun semangat yang diwariskan, terlalu berharga untuk kita lupakan. Inilah idola2 yang harus kita jadikan ikutan. Jangan kita terus hanyut dalam agenda barat yang ingin melihat umat islam terus hanyut dalam dunia hiburan indah yang melekakan dan menjahanamkan. Hidup kita punya matlamat, kita punya tugas yang harus diselesaikan.
Teringat aku, kata-kata zinnirah yang begitu menyentuh perasaan. Disaat beliau diseksa, beliau berbisik, "Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". MasyaAllah. (T_T) Dapatkah kami menjadi seperti mereka Ya Allah. Berikan kami kekuatan.
No comments:
Post a Comment