... I am A restless brain ...

Saturday, October 22, 2011

bagaimana aku jatuh cinta pada'nya'... (Islam itu..TERLALU INDAH.. ) ..garapan 2..

Assalamualaikum..

sambungan garapan 1..

Sewaktu aku berusia 13 tahun, disitulah hidup aku berubah 360 darjah. Aku masuk ke MRSM Kuala Klawang, MRSM yang sangat pedalaman yang tersembunyi di pergunungan di Negeri Sembilan sana haha...Disitu aku belajar berdikari dan hidup sendiri..Dan sebagai gadis kota metropolitan (kononnya lah kan), semakin aku meningkat remaja, soal fesyen2 ini masih menjadi salah satu isu utamaku. Lebih-lebih lagi masuk ke asrama, kawan-kawan dari serata tempat, masing2 membawa perwatakan yang berbeza-beza. Ada yang cantik dan pandai bergaya, aku cemburu. Ada juga yang seperti aku, dan ada juga yang tak pandai bergaya langsung kerana ada juga yang datang dari kampung-kampuang yang di pedalaman. Jadi berbagai ragam. Dan sebagai gadis remaja yang meningkat dewasa, kami masih mencari identiti masing2. Lebih2 lagi sekolah campur kan. Yang lelaki usha2 kawan perempuan yang cantik, yang perempuan pula bergosip-gosip tentang lelaki yang hensem dan hot..hot ke? haha Kelakarlah jika diimbas semula, namun begitulah ragamnya ketika dibangku sekolah dulu..



Jadi semakin hangatlah isu identiti ini dalam kepalaku.. Dan ketika itu, auratku masih lagi cacat. Aku bertudung, namun seluar jeansku masih menjadi pilihan. Lebih fashionable fikirku. Baju pula...hmmm tidak seketat dulu, labuh lah sedikit, namun masih mengikut bentuk tubuh. Masih cacat auratku.Tambahan lagi, ketika itu aku cukup gemar dengan sebuah majalah yakni Majalah Remaja, yang aku yakin kebanyakan dari kita membacanya. Majalah yang kononnya remaja sangatlah kan.. Trend beginilah, trend begitulah.. Mengajar cara 'make up' yang sampai sekarang aku masih fail, dan tips cinta yang mengarut bagai hihi.. Lebih-lebih lagi bila aku membaca ruangan helaian pertandingan Dewi Remaja, ramailah gadis-gadis cantik dari seluruh negara menghantar penyertaan dan gambar-gambar mereka bergaya begitu begini. Dan siapa sahaja yang memenangi pertandingan dewi remaja ini pastinya menjadi terkenal seperti Juliana Banos, Scha alyahya, Neelofa, .. Dan ketika itu aku yang comot ini begitulah ingin benar cantik seperti mereka. Siapa yang tidak mahu cantik kan..Dalm hatiku terfikir, untungnya jadi orang cantik kan.. Untungnya jadi terkenal, seronoknya dapat berhias cantik-cantik begini.. Taksub sungguh aku dengan semua itu ketika itu..




Namun secara tidak sedar,dalam keghairahan aku dalam so called 'pencarian mencari identiti', Allah menegur..Perlahan namun begitu terasa.. Entah dari mana datangnya, timbul satu perasaan dalam diri yang membuatkan aku begitu cinta kepada usrah-usrah yang kerap diadakan di asramaku. Usrah-usrah mingguan yang sering menyentuh bab aurat, bab pergaulan, bab ibadah dan tentang CINTA kepada ALLAH. Selama ini aku fikir dengan title Islam yang aku miliki dalam kad pengenalanku itu, aku sudah ada cinta Allah itu. Namun ternyata aku silap. Islam itu bukanlah sekadar agama keturunan, tetapi ianya tentang pengislaman hati, dan bagaimana Islam yang kumiliki dan kufahami itu diterjemah melalui amalan dan perbuatan. Alhamdulillah, dengan jiwa lembut dan sentimental ini, hati ini begitu mudah sekali disentuh dan cair dengan setiap bait perbincangan yang kami bincangkan di dalam usrah kami. Dan air mata ini sering menitis kerana begitu malu. Ia menitis dan menitis kerana kejahilanku yang amat memalukan itu sampai terkadang aku teresak-esak didalam bilik kuliah dalam usrah..Aku pun tidak tahu mengapa aku begitu sedih..Sampai kadangkala rakan yang duduk disebelahku bertanya, "Fasya, ada masalah ke?"..Tak dapat aku jelaskan mengapa aku begitu hiba, namun aku terasa seperti sesuatu menghenyak-henyak jiwaku yang lemah..Terasa Allah seolah menyapa lembut sekeping hati rapuh ini..

Subhanallah..Aku fikir aku bijak namun aku begitu jahil..Rupanya aku pintar dalam kebodohan, menzalimi diriku sendiri..Lambat benar aku memahami cantiknya Islam itu..



Teringat suatu hari itu aku ditarbiyah tentang mulianya darjat seorang wanita itu. Kemuliaan wanita itu bukanlah dari pendidikannya yang tinggi. Bukan dari kecantikan rupa parasnya yang begitu indah. Bukan juga dari merdu suaranya yang memukau..Tapi, dari AGAMAnya.. Dari dalamnya cinta darinya buat penciptanya.. Dan hancur luluh hatiku mendengar hadis ini..

“Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid).


Jujur aku katakan sahabat, dari situlah bermulanya pencarian aku mencari Islam. Aku mencari agamaku. Rupa-rupanya aku begitu jahil dalam beragama. Sahabat..Jika kita fikir kita semua memang sudah bergelar Islam, dan kita akan mati sebagai Islam, kita silap. Jangan kita bangga dengan Islam keturunan itu. Cahaya iman itu perlu dicari. Ia perlu dicari. Dan saat ia menyentuh hati, ia menghancurkan segala riya dan kemegahan dunia yang bersarang dalam jiwa. Dan apa yang tinggal hanyalah rasa hina dan malu atas segala dosa yang menggunung. Apa yang tinggal hanyalah rasa muflis tanpa cintaNya.Apa yang tinggal hanyalah rasa begitu kerdil dan tidak punya apa-apa tanpa cintaNya..Dan itulah rasa KEHAMBAAN..Hamba yang menumpang dibumi Tuhan yang fana ini..Aku tersedar yang aku harus melakukan sesuatu untuk aku kembali kejalanNya..


Dan kini alhamdulillah, aku berjaya untuk meninggalkan zaman gelapku. Dan aku bangga dengan hijab yang aku litupi dikepalaku ini. Begitu bangga. Alhamdulillah, aku tidak lagi memakai pakaian ketat dan sendat yang menampakkan bentuk tubuh yang Allah hadiahkan istimewa buat wanita. Dan transformasi ini bukan mudah untuk aku lakukan. Aku masih ingat sewaktu aku mula-mula ingin berubah, aku tak banyak baju-baju labuh dan longgar kerana kebanyakan baju yang aku miliki ketat. Hendak merubah seluruh wardrobe (merubah identiti) bukan mudah. Aku tak mahu membebankan ibu dan ayah untuk membeli baju-baju kerana aku tahu ibu dan ayah prlu banyak berbelanja untuk pendidikan kami. Dan aku juga tidak memiliki duit sendiri. Jadi aku selalunya akn pinjam baju-baju ibu yang ala-ala mak cik tu.. Biarpun ala mak cik, yang penting aku selesa. Sekali lagi, abang sulungku selalu mengejekku, dan title perosak fesyen itu menjadi milikku. Tak mengapalah, yang penting aku yakin dengan nawaituku. Dan adik2 perempuanku yang berdua itu semakin membesar remaja, dan mereka cantik dan kurus.. Mereka sangat pandai bergaya. Dan saudara maraku selalu membanding2kan kami. Mereka selalu katakan yang adik2ku cantik dan kurus dan aku pula tidak pandai bergaya seperti mereka kerana pakaianku outdated. Labuh dan tidak menarik. Tak mengapalah. Janji aku tahu nawaituku.Malah sejak aku ke oversea, semakin labuh tudungku, semakin longgar pakaianku, sehinggakan ada yang berkata padaku, "eh ingatkan ke oversea makin fashion updated, tapi makin outdated je!".. ahaha tergelak aku mendengar statement itu, aku dalam hatiku menjawab, "Semakin bertambah pengetahuan dan pengalaman, semakin kita menjadi muslim yang sempurna".


Perlukah keyakinanku pincang dengan dugaan ini........Aku juga mahu cantik seperti adik-adikku! (T_T)

BERSAMBUNG.......

6 comments:

najmiahsyazwani said...

cantik dalam maka cantiklah luarnya.

FArAh sYaZaNa zAkAriA said...

Agreed!=)

nina syazwani said...

sekejap, sebenarnya, apa itu cantik???

FArAh sYaZaNa zAkAriA said...

CANTIK y didefinisikan oleh masyarakat sekarang ialah cantik y diilhamkan dr mentaliti barat iaitu cantik itulah mestilah berkulit cerah, berkulit halus, pinggang ramping, tggi lamapai.kira2 ala2 model.itulah definisi kecantikan yang akk pernah pegang dulu..

tapi sbnrnya kecantikan y diertikan itu hanyalah kecantikan lahiriah semata2. cantik itu abstrak. dan sebenarnya kejadian wanita itu sendri ialah satu ciptaan paling cantik yang Allah cipta. sbb itu telah Islam katakan bahawa, wanita hiasan dunia, dan seindah hiasan ialah wanita solehah. perhiasan mestilah cantik kan. justeru setiap wanita itu punya kecantikan tersendiri.tiada seorangpun terkecuali. tp seindah hiasa ialah wanita solehah.

maka kecantikan itu telah dimiliki wanita sejak azali, yang mencantikkan lagi mereka ialah keimanan dan ketaqwaan. hanya jauhari dapat mengenal manikam. lelaki y hanya memandang paras rupa sahaja sangat rugi sebenarnya.

wallahualam

najmiahsyazwani said...
This comment has been removed by the author.
nina syazwani said...

setuju sangat. keep on writing. =P