... I am A restless brain ...

Thursday, May 5, 2011

titipan perjalanan kerjayaku..(garapan 1) <"aku......doktor?...erk!..........">

3 may 2011, 11.03 malam

Assalamualaikum..

Harini sangat memenatkan. Berbasikal ke peripheral hospital Dunleary yang jauhnya lebih kurang 5 kilometer dari rumah, dalam terik matahari spring season, sangat mencabar kudrat wanitaku. Namun demi ilmu dan perjuangan ini kugagahi juga. Separuh jalan terasa macam nak tercabut kaki ni, tapi tak boleh memanjakan diri sgt. Kena biasakan diri bersusah-susah. Untuk entry kali ini, aku ingin menceritakan tentang pengalaman pertama aku sewaktu mula-mula melangkah kedunia clinical yang penuh warna ini. Permulaan yang pada mulanya berendam air mata! (0_0)




Dah hampir sebulan lebih clinical lifeku bermula. Teringat aku saat mula-mula aku melangkah masuk ke hospital sebagai pelajar praktikal, aku berdebar-debar, i just didnt know what to expect. Mereka selalu bercerita, clinical years adalah satu proses yang sangat azab, dimarahi atau ditengking itu perkara biasa. Maka pelajar medic sememangnya harus menulikan telinga dan mengeraskan hati agar segala rintangan sebegini tidak melemahkan semangat kami. Ya Allah Kau permudahkanlah perjalanan kami ini..

Menjalani praktikal di tanah barat bukanlah suatu perkara yang mudah.Isu utama untuk MELAYU TULEN (*_*) sepertiku ialah LANGUAGE BARRIER. Dirumah, keluargaku tidak bertutur dalam bahasa Inggeris, jadi cabaran utamaku sejak mulanya aku menjejak tanah barat ini ialah untuk men'fluent'kan lidahku dengan Bahasa Ingeris. Selama 2 tahun setengah mempelajari teori perubatan di bumi Dublin, aku belum pernah merasakan tekanan sehebat sewaktu mahu melangkah kedunia clinical, dimana disinilah sebenarnya terletak cabaran terhebat menjadi seorang pelajar medic yakni...'TO WORK WITH PEOPLE'.




Oleh kerana terlalu ramai pelajar Malaysia di Dublin, maka jaranglah juga aku menggunakan medium Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Sekarang barulah padan muka aku, baru tahu langit tinggi rendah. Apabila sejumlah besar rakan-rakan seperjuanganku pulang menjalani praktikal di Malaysia setelah tamat teori disini (twinning program), maka tinggallah kami yang 10 orang Malaysian terselit dalam 200 orang pelajar mat saleh yang lain. Haaaa kan dah terkontang kanting sekarang, melembutkan lidah membiasakan dengan bahasa tanah barat ini lebih-lebih lagi dalam dunia clinical ini the most important thing is your communication skills!!..


Kelakar juga jika aku terkenang kembali sewaktu minggu pertama di hospital, selalu juga terbelit-belit lidahku ketika mengambil history dari pesakit-pesakitku, juga pabila aku harus berkomunikasi dengan Consultant, senior officer dan internku. Kadangkala aku akui yang sememangnya aku tidak berapa faham dengan loghat beberapa pihak yang terlalu pekat atau apabila mereka mula bertutur dengan laju (orang Irish selalunya suka bercakap dengan laju, bagaikan bullet train yang menghubungkan LONDON-PARIS (^_^) ). Jadi biasanya apabila aku kurang memahami apa yang sedang diperkatakan oleh Irish disini, aku lebih senang hanya tersenyum atau mengangguk-angguk kepala kononnya aku memberi respon kepada apa yang diperkatakan(sedangkan aku memang tak ada idea langsung sebab pertuturan mereka terlalu laju haha =p). Tapi apa yang menakutkan sekiranya aku mengambil langkah sebegini ini ialah sekiranya mereka sedang mengatakan tentang sesuatu yang tak sepatutnya membuatkan aku tersenyum, then i'll be in trouble. Sebagai contoh sewaktu aku didalam Diabetic Clinic bersama seorang senior house officer (SHO), kami mendapat seorang pesakit yang sangat ramah dan banyak bercakap. Pada mulanya aku memahami tentang apa yang diperkatakan namun lama kelamaan aku mulai tidak faham apabila perbualannya dengan SHO ku berubah menjadi sedikit laju. Walaubagaimanapun sepanjang sesi itu aku tersenyum dan tersenyum mengangguk-ngangguk tanda faham, walhal fikiranku sudah melayang ke Malaysia! =p Tiba-tiba aku perasan SHO memandang tepat kewajahku yang masih tersengih-sengih sendirian. Rupa-rupanya pada ketika itu pesakitku itu sedang bercerita tentang kematian suaminya hujung tahun lepas yang telah membuatkannya jatuh sakit.Puas aku cover kembali dengan menukar riak wajahku menjadi wajah simpati sambil didalam hati aku memarahi diriku sendiri kerana tidak memberi perhatian sepenuhnya dalam tugasku.


Situasi lain yang menakutkan dek cabaran language barrier ini ialah ketika aku menjalani ward round yang membuatkan kakiku bagai hendak tercabut! Apabila dalam ward round, sambil kami berlari-lari dari satu ward ke satu ward, sambil itu SHO atau consultantku akan menerangkan dan mengajar kami. Dalam keadaan berlari-lari ditambah pula dengan nada suara consultantku yang sangat perlahan dan laju amat, aku rasa terlalu sukar untuk memahami butir bicara consultantku itu. Seperti biasalah, aku mengangguk-ngangguk kononnya aku fahamlah kan..Tapi lama-lama aku kantoi juga pabila tiba-tiba consultantku berkata, "why are u keep nodding, while im asking u a question?" Sudah...Kantoilah yang sememangnya aku buat-buat faham. Serasa ingin saja aku sorokkan mukaku seperti burung unta didalam tanah dek kerana begitu malu...Tapi apabila aku bertanya kepada senior2ku tentang pengalaman mereka, mereka berkata itu ialah cabaran yang biasa dialami oleh pelajar Malaysia sepertiku. Sekiranya kami tidak dapat tangkap explaination yang diberi dalam keadaan sebegitu, jadi kami harus merujuk semula dirumah atau daripada kawan-kawan Irish yang berada dalam team yang sama.


Tapi itu semua berlaku dalam 3 minggu pertama ward round yang telah menjadi sejarah yang lawak dalam diari kehidupanku. Setelah aku makin lama membiasakan diri dengan semua asam garam di hospital di tanah barat ini, aku menjadi semakin selesa dan confident. Pada mulanya, aku agak tertekan. Kadangkala sekiranya aku dimarahi, pulang sahaja kerumah aku mogok tidur keseorangan didalam bilik. Kadangkala menangis mengadu pada ibu di Malaysia! Minta mahu balik Malaysialah, tak suka belajar disnilah, apalah... Dan ibu hanya tertawa mendengarkan rengekanku dan meminta aku supaya menguatkan hatiku. Kata ibu, "Ibu dah didik dan besarkan adik hampir 23 tahun dah.Rasa-rasa ibu, ibu dah lengkapkan adik dengan kekuatan minda supaya walau apa saja yang bakal adik tempuh, adik takkan pusing lagi kebelakang lagi. My daughter is a tough girl. She didnt know how to give things up!"..Oh Ibu kalaulah adik sekuat itu...


Ibu selalu berpesan dan menegah aku dari merungut-rungut hendak pulang belajar ke Malaysia saja. Kata ibu, aku seharusnya bersyukur kerana tidak semua orang berpeluang mendapat biasiswa sebanyak 1.2 juta dan menjejak bumi Dublin untuk menuntut ilmu. Maka seharusnya walau apa jua rintangan yang merintang perjalananku, aku seharusnya lebih tabah dan berani. Teringat kata-kata hikmat yang selalu aku pegang sejak aku kecil, "when the going gets tough, only the tough gets going!" Dan teringat jua aku kepada firman Allah Taala,

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286







Alhamdulillah, semakin lama aku semakin seronok berada dalam dunia clinical. Kuncinya ialah perbanyakkan doa agar urusan kita dipermudahkan oleh yang Esa. Jika perjalanan kita payah maka mohonlah agar Allah permudahkan. Bukankah Allah adalah tempat untuk kita bersandar dan memohon pertolongan. Mungkin aku bukanlah datang dari keluarga yang hebat berbahasa Inggeris, tetapi tidak semestinya aku tidak boleh menunjukkan prestasi yang menakjubkan di tanah barat ini. Maka aku percaya bahawa Allah sebaik-baik tempat untuk aku bertawakkal dan memohon kekuatan, dan alhamdulillah sudah hampir sebulan lebih aku di hospital, lidahku makin petah dan lancar, malah aku lebih cepat faham dan tangkap. Malah aku sudah makin selesa untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan Irish tanpa sebrang rasa tidak yakin, malah kami banyak bertukar-tukar idea dan cerita. Moga semua ini dapat mempermudahkan proses dakwah untuk memperkenalkan rakan-rakan irishku lebih lagi tentang agama indah yang kuanuti ini yakni agama Islam. Alhamdulillah, Allah jugalah sumbernya segala cahaya ilmu yang terbit dalam diriku ini. Maka dariNya datang segala kebaikan dan keburukan itu adalah dari diriku sendiri.

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...

The moral of the story is, dalam hidup kita, setiap dari kita akan bertemu dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Kadangkala kita rasa kita tidak mampu mengharunginya kerana fitrah manusia, kita lebih suka kepada sesuatu yang lebih mudah daripada sesuatu yang menuntut ketabahan dan linangan air mata. Tapi lupakah kita bahawa apalah erti hidup tanpa ujian? Dan kita juga harus ingat bahawa Allah akan memberikan kita dugaan sesuai dengan kesanggupan kita dan Dia juga tahu apa yang terbaik untuk kita. "HE gives us what we NEED, not what we WANT".

Suka aku katakan disini bahawa walaupun aku menuntut ilmu di bumi barat, tidak semestinya pelajar disini jauh lebih baik dari pelajar yang hanya menuntut di tanah air sendiri, di Indonesia atau di mana sahaja yang kosnya tidaklah semahal seperti di tanah barat ini, yang mana biasiswa mereka tidaklah sebanyak yang kami dapat. Bukanlah institusi pengajian itu yang menjamin kualiti seseorang individu, tapi sebenarnya kesungguhan individu itulah yang menjamin hebat atau tidak produk akhir seorang graduan medic. Aku selalu teringat kata-kata seorang guru sekolah rendahku kepadaku,

"Jadilah sebiji benih yang baik, yang mana tidak kira kemana sahaja kita dicampak, kita menjadi pulau"

Dan aku ingin menjadi benih yang baik, pantang menyerah kalah biarpun kesulitan datang menyelubung. Mungkin ada sebabnya mengapa Allah hantar aku menuntut ilmu disini, duta kecil Islam yang membawa nama Islam dicelahan keramaian penganut kristian. Aku harus buktikan bahawa, hijabku tidak bermakna aku ditindas atau aku lemah. Alhamdulillah, Allah lah segala sumber kekuatanku ini, juga ibu ayah dan keluargaku.


Bagiku kerjayaku ini adalah suatu proses pelajaran aku dalam menyelami makna kehidupan. Ada banyak yang akan kuceritakan dalam entryku yang akan datang. Moga bermanfaat.


wallahualam=)

2 comments:

farizamm said...

Memang seronok baca mereka2 yg study di negara orang. Kadang2 rasa jeles yg amat sangat. Huk3. Tapi tu semua rezeki kan. Btw, i will always pray for you. For everything! Successful n happiness. =)

FArAh sYaZaNa zAkAriA said...

hmm tula y ibu kekdg marah sgt bile kite start merungut merengek tak pasal2, sbb tak semua berpeluang merasai pengalaman sebegini.kdg2 trsa asing,kekdg terasa tenang bila kta bukan dibumi tumpah darah sndr.dan mcm far cakap, semua ini rezeki,rezeki y telah ditentukanNya.dan siapalah manusia utk mempertikaikannya.tapi, far ape y penting bukanlah tanah tempat pengalaman ditimba, tp sejauh mana kita memperlajari dan menghayati pengalaman tersebut tak kira dimana kita berada. like i said, bukanlah tempat kita belajar y menentukn kehebatan kita, tp bagaimana kta sndr mggunakan kesempatan tersebut. kita yakin, dimana ada kemahuan disitu ada jalan.kalau far mahu, suatu hari nanti far juga akn berada disini sbg pelajar phd atau bekerja disini mgkn..so ganbate ne!!