31 may 2011, 12.04 am
Assalamualaikum,
Malam makin hening. Sendirian aku bingkas bangun dari tidurku yang pendek setelah pulang dari hospital lebih kurang pukul 5.15 petang tadi.Setelah aku menyelesaikan solat asar, aku terus lena sebaik kepalaku diletakkan keatas bantal yang seolah-olah memanggil badanku yang sakit lenguh kepenatan.Alhamdulillah, aku mudah bangkit semula untuk menunaikan kewajipan solat maghrib dan isya. Mencabarnya musim panas ini, waktu solat semakin lewat. Maghrib masuk pukul 9.45 malam, isya akan menjelang pukul 11.15 malam.Subuh pula akn habis lebih kurang pukul 5 pagi jadi pukul 4 pagi aku sudah harus bangkit menyembah Allah yang maha kuasa. Disinilah terletaknya kekuatan iman seseorang, bahawa biar hampir lerai sekalipun tubuh kepenatan, solat tetap harus ditunaikan, tiada alasan terlangsung tidur kepenatan dan mengqada solat setiap hari.
Biarpun hari ini aku kepenatan yang teramat sangat, berlari dan berdiri didalam hospital dan klinik seawal pagi hingga kepetang, namun jari jemariku terasa gatal benar untuk menulis sebuah lagi entry didalam blogku yang sudah lama sunyi tanpa sebarang entry baru. Teraba-raba aku mencari semula cermin mataku yang sudah lama tidak kugunakan untuk menghadap skrin laptop miniku ini.
Ini adalah suatu entry yang aku hadiahkan khas buat dua orang rakan baikku sejak dari MRSM Jasin. Rakan yang sentiasa memberikan aku nasihat dan sentiasa menyokong aku dalam apa jua keadaan. Sejulang penghargaan aku titipkan khas buat Nor Hidayah Hamzah dan Ahmad Syahir Ismail. Sesungguhnya kalian berdua telah banyak menyokong dan menasihati aku apabila aku dalam kesusahan. Kini, kita telah meniti dunia kedewasaan, biarpun aku masih merindui zaman kita masih bersekolah dan gelagat kita yang masih keanak-anakan ketika itu. Ketika itu aku menggalas tanggungjawab sebagai setiausaha agung dan syahir sebagai ketua biro agama dalam persatuan pelajar, dan dayah pula sebagai salah seorang atlet ternama sejak dibangku sekolah (^-^)
Tajuk entryku kali ini ialah harga sekuntum cinta..haaa seram je bunyinya kan..Tapi, aku ingin sekali menggarap pengalaman kita bertiga disini, kerana aku terasa manisnya kisah dan perjalanan hidup kita masing-masing..
Perangai kita tak jauh berbeza sebenarnya. Ketiga-tiga kita walaupun orang kata matanglah, apalah, tapi kita sebenarnya masih keanak-anakan. Kadangkala kita rasa kita tak pernah serius dalam segala hal, tapi sebenarnya, bukannya kita tak serius dan ambil remeh setiap perkara, kita cuma cenderung untuk treat perkara yang serius dengan easy, tenang dan mengelakkan sebarang tekanan dengan lawak-lawak sengal yang sebenarnya memang sangat berkesan untuk menghalang air mata kita dari jatuh. Contohnya, syahir aku suka sangat bila kau bergurau dengan mengatakan kau akan belanja aku air kotak dan aiskrim just untuk elakkan aku menangis. Thats what friends do when their friends are about to cry kan...(^_+)
Okay, kerana aku yang menulis, biarlah aku titip tentang harga sekuntum cinta buat diriku terlebih dahulu. Meniti alam kedewasaan, aku tahu aku tak boleh lagi asyik bermain-main. Dan kini, perkara terbesar yang sering menyesakkan dadaku adalah tentang jodoh yang tidak sudah-sudah memberikan aku severe headache sampai naik migraine aku dibuatnya. Dulu ibu selalu cakap, "Siapalah yang nak kawen dengan budak keras kepala macam aku ni.." Biarpun ibu cakap macam main-main, but i do take it very seriusly, sampai aku rasakan kemungkinan untuk aku jadi andartu sangat lah besar. Jadinya, aku sering percaya yang tiada lelaki yang akan mahukan aku menjadi isteri mereka, ataupun aku selalu berfikiran yang mereka akn menyesal sekiranya mengahwini aku. Sebab itulah aku sering kini menjauhkan diri dari lelaki Melayu terutamanya, just untuk melindungi hati dan perasaanku. Bagiku tiada siapa yang memahami disebalik kerasnya kepala aku ini, ada hanyalah seorang gadis dengan hati yang mudah disentuh dan dibentuk. Aku hanya memerlukan lelaki yang dapat mebimbing aku dan menjaga aku dan bakal anak-anak yang lahir dari rahimku kelak. Tidak aku minta lelaki yang kaya-raya macam Datuk K atau hensem gila macam Fahrin Ahmad. Tapi itulah, aku tak tahu mengapa, segalanya just terlalu sukar buatku.
Bukan tidak ada yang mahu menyunting aku sebagai isteri, ada juga beberapa lelaki yang menyatakan keikhlasan mereka untuk memperisterikan aku, cuma aku tidak yakin dan kadangkala keliru. Aku takut mereka akan mempersia-siakan aku kelak. Ini adalah kerana harga sekuntum cinta. Harga sekuntum cinta yang ada didalam hati ini terlalu tinggi nilainya dan hanya ingin aku serahkan kepada lelaki yang benar-benar akan menghargai aku sebaiknya sepanjang hayatnya. Entahlah, seperti yang aku katakan semuanya terlalu sukar buatku. Setiap cinta punya harga, dan harganya bukan lah dibayar dengan wang ringgit dan kemewahan dunia. Harga sekuntum cinta itu terletak pada nilai tanggungjawab dan kasih sayang dari seorang lelaki yang menyintai aku kerana dia menyintai Allah lebih dari segala-galanya. Akhirnya aku buntu, dan aku tiada jawapan dalam pencarianku. Kadangkala aku rasa aku telah bertemu orangnya, tiba-tiba aku rasa dia bukanlah insan yang dinantikan, dan akhirnya kecewa membelenggu hati.
Dan kerana harga sekuntum cinta itu terlalu mahal harganya, aku tidak lelah, dan aku tidak mahu berputus asa dan menangis kerananya. Maka harga sekuntum cinta yang terlalu mahal itu hanya Allahlah pemiliknya. Kerana itulah biarpun semua ini terlalu menyakiti hati dan kadangkala merobohkan keyakinan dan harapan, pada Allah jualah aku kembali dan disitu aku temu ketenangan yang amat sukar untuk aku nyatakan dan gambarkan dengan kata-kata. Benar, dalam soal jodoh kita perlu berusaha, namun sekiranya kita tiada jawapan kepada setiap persoalan yang ada, maka rasa tawakal itu ternyata lebih indah dari segala-galanya. Dan aku tidak menangis lagi kerananya kerana aku tahu, seandainya tiada jodoh buatku didunia fana ini, Allah akan sentiasa menjadi cinta yang paling manis dan membahagiakan..
Dan dayah, kisah kita hampir sama. Dayah lelaki manalah yang tak suka kamu, seorang guru comel dan tinggi budi bahasa. Masalah kita hampir sama, ramai yang telah cuba menyunting kamu, cuma kamu keliru dan tidak tahu yang manakah mungkin akan dapat membahagiakan kamu. Semuanya terasa sukar kan, dan kita takut kalau-kalau pilihan kita salah dan kita hanya terburu-buru. Iyalah, lelaki yang baik dan ikhlas hampit pupus =p.. Namun dayah, aku yakin bahawa kamu juga mempunyai sekuntum cinta yang mahal harganya, dan kita hanya mahu memberikan kepada orang yang tepat..
Dan syahir, lelaki yang baik dan soleh. Tak sabar sangat rasanya untuk bertemu dengan bakal zaujah kamu, tentu dia bahgia disisi seorang suami yang sangat manis dan baik seperti kamu. Walaupun lawak-lawak kamu sentiasa sengal dan santai, tapi u just know how to make people smile, and that is ur best personality yang tak ada pada ramai lelaki. Sering aku bertanya pada kamu, bila kamu akan menjejak ke jinjang pelamin, dan sering kau berikan alasan bahawa ibumu tidak memberi green light untuk kamu berkahwin ketika masih dalam pengajian. Tapi sebenarnya aku rasa mungkin kamu masih belum berjumpa dengan orang yang kamu rasa benar-benar akan membahagiakan kamu. Kerana kita sama, harga sekuntum cinta yang kita miliki terlalu tinggi nilainya dan hanya ingin kita serah kepada orang yang akan sentiasa menghayati betapa pentingnya cinta itu buat diri kita. Dan aku sentiasa berdoa agar kuntuman cinta itu mekar pada orang yang akan menjaga dan menyiraminya dengan keindahan cinta yang tidak pernah layu dari rahmat Allah swt..
Sebelum aku berundur, ingin aku kongsi sebuah lagu syahdu dari Far East, "Melakar cinta dipintu syurga". Tiada cinta yang lebih indah dari cinta terhadap Allah. Percayalah, sekiranya kita menyintai Allah lebih dari segalanya, kita akan mendapat cinta yang dari insan yang menyintai Allah dan menyintai kita sepenuh jiwa dan rasa. Perjalanan masih berliku, biarlah harga sekuntum cinta yang kita ada itu kita pelihara, agar ia terus mekar dan wangi dan hanya bisa dimiliki oleh insan yang benar-benar layak memilkinya. Esok kena bangun awal ke hospital, kuatkan hatiku. Sekian..
wallahualam
2 comments:
salam.. ahaha.. kamu ni.. kte tgu syahir kawen dlu bru kte kawen.. xpn kawen srentak..k.. huhuhu ;) mg jodoh kte brsme dan mendpt keredhaan Allah S.W.T.. Amin :)
wasalam..hahaha tulah pasalnye..kite kena sogok syahir kawen cepat supaya pastu turn kite lak dear..anyway so glad sgt dpt korang bedue sebagai best friend.....syukur sgt coz koang berdue are the sweetest things i ever had in my life....<3<3<3
Post a Comment