... I am A restless brain ...

Tuesday, May 10, 2011

Kisah Seorang Ibu Tua : **Keberanian dan Kekuatan tiada bandingan**

9 Mei 2011, 7.40 malam

Assalamaualaikum..

Aduhhh...sakit satu badan..dasyat juga medicine ni..betul ke aku nak jd doktor ni? tergelak aku teringat kata-kata diana sewaktu kami sampai dihospital pagi tadi, "fasya, kau tak rasa lutut kau macam dah nak tercabut ke?" hahaha bukan lutut aku je,satu badan rasa sakit-sakit. Balik je dari hospital tadi, macam biasalah, perkara pertama yang aku buat ialah makan. Aku tak ambil lunch kat sana, aku lebih suka makan makanan yang telah dimasak kat rumah. So lunch aku biasanya adalah sekitar pukul 5.00petang setiap hari biasanya. Then aku akan solat Zuhur kalau aku tak sempat zuhur kat hospital tadi, Asar masuk lambat, hampir 6.00 petang. So sementara aku menunggu untuk solat Asar, aku dah terlelap dek kerana terlalu letih. Then aku segarkan diri, dan sekarang ni menghadap laptop lah aku, sambil memasang lagu-lagu sentimental kegemaran melalui samsung galaxy ku, sambil sekali lagi jari-jemariku pantas menitip entry baru diruang maya blogku ini. Aaaaahhh terasa sungguh relaks..kalau ada kopi pun best ni, menikmati petang bersama lagu santai dan secawan kopi pekat! (ada macam orang tua tak hahaha)

Hari ni sebenarnya, aku ingin menulis tentang kisah seorang wanita istimewa. Percaya atau tidak wanita ini mempunyai kekuatan dan keberanian yang boleh dikatakan tidak dimiliki oleh sang adam. Pernah dengar kata kata ini? "Tangan yang lembut menghayun buaian bisa menggoncang dunia". Setuju atau tidak? Suka atau tidak, anda seharusnya bersetuju, jadi dalam entry ini aku akan membuktikan bahawa anda samada suka atau tidak harus bersetuju dengan statement yang aku utarakan ini.

Sebenarnya pada hari ini, aku ingin menulis tentang IBU, sempena Hari Ibu yang telah berlalu 8 Mei yang lalu yakni semalam. Apabila aku menempuh alam perubatan, semakin aku terpukau dengan kebenaran betapa tingginya darjat seorang wanita bergelar ibu. Ibu ialah seorang wanita, yang telah mengandungkan kita di dalam rahimnya sejak kita hanyalah sebesar sebatang gigi geraham. Walaupun pada waktu kita hanya sebesar itu, ibu kita telah menanggung sakit perih permulaan kehadiran kita. Ibu kita sudah mula merasa mual, sakit kepala, pening kepala atau dengan kata lain 'morning sickness'. Untuk pengetahuan sahabat sekalian, ada sesetengah wanita akan lebih cenderung mengalami morning sickness yang sangat teruk, sehingga bisa melumpuhkan segala aktiviti hariannya, setiap pagi ibu akan merasa berat kepala, muntah-muntah, tidak bisa makan walaupun ibu kita kelaparan, lemah segala sendi dan ototnya. Namun ibu kita menggagahkan sesusuk tubuhnya yang lembut itu, dalam hati ibu tidak putus-putus beliau memanjatkan syukur atas kedatangan kita yang sentiasa dinanti-nantikannya. Biar satu badan ini lerai, namun demi kehadiranmu, aku rela! Begitulah kata-kata hati seorang ibu. Aku berani katakan, perasaan menjadi seorang ibu adalah suatu perasaan yang begitu indah, yang sukar untuk digambarkan. Maka tidak lengkap rasanya menjadi seorang wanita sekiranya kita tidak mahu menjadi seorang ibu. Wahai wanita, apa lagi yang lebih indah, daripada merasai satu nyawa sedang berada didalam tubuh kita, satu jantung sedang berdenyut perlahan mengiringi denyut jantung kita, sepasang kaki dan tangan, bergerak perlahan-lahan menyentuh organ-organ kita, dan satu tubuh, membesar menanti masa untuk memanggil kita dengan panggilan, IBU. Subhanallah, sesungguhnya penciptaan manusia didalam rahim seorang wanita adalah tanda-tanda kebesaran Allah maha Hebat. Tiada tolok bandingannya!

Ibu dan ayah, buah hati saya!




Morning sickness hanyalah suatu permulaan. Morning sickness biasanya terjadi kerana pada awal kandungan, banyak komposisi kimia dalam badan akan berubah. Contohnya hormon-hormon semuanya akan mengadaptasi tubuh ibu. Sebagai pelajar medic, barulah aku tahu banyaknya perubahan dan risiko sekiranya seorang wanita itu mula menempuh alam pregnancy. Untuk pengetahuan kalian, sebenarnya apabila seseorang wanita itu mahu menempuh alam pregnancy, wanita ini sebenarnya mengambil terlalu banyak risiko yang bisa membahayakan dirinya! Pregnancy bukanlah suatu perkara mudah! Ibu sebenarnya telah mempertaruhkan dirinya demi membawa kita ke alam dunia! Untuk lebih jelas, mari aku listkan sedikit dari banyak risiko yang ibu kita ambil demi melahirkan kita ke dunia;

1) Blood Volume ibu akan meningkat sebanyak 50% (kerja jantung ibu
bertambah!)
2)Cardiac output ibu meningkat sebanyak 30 %, bermakna jantung ibu
kita akan bekerja lebih teruk dari biasa
3) Ibu kita akan mengalami symptoms jantung seperti palpitations,
kerana heart rate beliau akan meningkat sebanyak 10-15 denyutan tiap
minit
4) Kita akan melihat ibu kita mempunyai banyak salur darah yang
semakin ketara di kulit mereka, di tangan mereka dan mereka akan
selalu mengalami nose bleeds
5) Ibu akan mengalami tekanan darah rendah! (kerap letih, sakit
kepala)
6) Ibu akan selalu sesak nafas kerana kita mahukan dia mengambil
oxygen untuk keperluan kita didalam rahimnya juga!
7) Badan ibu akan sentiasa panas! Suhu badannya meningkat.
8)Ibu akan selalu mengalami senak perut dan constipation
9) Ibu akan lebih kerap sakit badan dan sendi (effect progesteron)
10) Kaki ibu biasanya membengkak kerana pengumpulan air

Apa yang saya listkan disini hanyalah sedikit sahaja dari banyak lagi masalah yang terpaksa ibu tanggung demi memastikan kita didalam perutnya selesa dan sihat membesar. Dan tahukah kita bahawa apabila perut ibu kita mula besar memboyot, ibu kita sebenarnya menampung lebih banyak beban berat selain berat badannya sendiri. Pernah satu kajian yang dijalankan di United States, dimana mereka menyuruh kaum lelaki meletakkan suatu beban seberat lebih kurang 8-10 kg diikat dibahagian hadapan badan mereka dan mereka tidak boleh membuka beban berat tersebut sepanjang hari. Maka tidak seorang lelakipun yang tahan menampung beban berat itu, maka ternyatalah ketabahan ibu mengendong kita kesana kemari 9 bulan 9 hari tiada tolok bandingan! Pernahkah kita menyedari semua pengorbanan yang telah ibu kita lakukan untuk kita ini? Sahabat, ini baru sahaja seksa ibu kita sewaktu kita masih didalam rahimnya, belum lagi saya cerita kan betapa azabnya beliau sewaktu detik-detik kelahiran kita.Belum lagi saya bercerita bahawa ibu kita sebenarnya menanggung risiko mendapat penyakit kencing manis (diabetes) sewaktu tempoh pregnancy dan sekiranya beliau mendapat 'gestational diabetes' ini, tahukah kita bahawa ibu kita akan mempunyai 50 % risiko mendapat penyakit kencing manis setelah kelahiran kita. Tidakkah kita sedar bahawa ibu kita sedang mempertaruhkan kesihatan mereka. Belum lagi saya ceritakan masalah pendarahan yang mungkin berlaku dan masalah sawan dan darah tinggi (pre eclampsia) yang bisa meragut nyawa mereka. Subhanallah. Tidakkah kita menyedari banyaknya risiko yang telah ibu kita ambil?

Sahabat, pernahkah sahabat menonton video detik-detik seorang bayi dilahirkan? Disini saya punyai sebuah video yang saya dapat cari dari youtube. Bagaimana saat kita mula-mula menghirup nafas pertama kita di alam dunia. Bagi sesiapa yang rasa ngeri atau tidak suka atau tidak selesa menonton video sebegini, saya tidak memaksa anda menontonnya.Tapi bagi ladies, saya galakkan anda menontonnya. Tujuan saya mencari video ini adalah hanya sebagai satu contoh supaya kita dapat mengambil ibrah darinya.



Tahukah kalian bahawa pada saat kepala kita keluar dari tubuh ibu kita, bahagian kulit tempat kita keluar perlu sekurang-kurangnya koyak sehingga lebih kurang 10cm, dan kadangkala sekiranya bayi terlalu besar, saya pernah menyaksikan doktor akan mula menggunting kulit ibu supaya bukaannya menjadi lebih besar. Tapi percaya atau tidak, ibu kita tidak terasa pun sakitnya digunting kulit kerana sakit melahirkan itu lebih teruk dan dasyat. Dikatakan beribu-ribu urat ibu akan putus dan rosak disaat kelahiran tersebut. Ada sesetengah wanita yang takut akan kesakitan, mereka akan mengambil bius epidural, atau bius lain untuk mengurangkan kesakitan. Tapi kepada wanita yang berani, ada antara mereka yang mahukan kelahiran biasa. Yang penuh kesakitan yang tidak mungkin yang dapat digambarkan. Nyawa ibu adalah 50-50.Sebab itulah sebaik selepas kelahiran, tubuh seorang ibu tidak lagi sekuat dan segagah dahulu. Maka apabila kita dewasa, kita lihat ibu kita sakit pinggang, perlu berjalan perlahan-lahan,mengaduh sakit dan penat, kita mencebik, kita marah ibu kita. Kita kata ibu kita mengada-ngada,kita kata ibu kita menyusahkan kita. Walhal tahukah kita betapa banyak urat saraf ibu kita yang telah rosak semata-mata ingin kita merasai nikmat menghirup udara didunia fana ini. Tidak cukup dengan itu, sebenarnya seorang ibu juga mempunyai risiko menghidap penyakit sendi dan tulang yang dipanggil 'rheumatoid arthritis' kerana sistem perubahan immune badan yang mendadak selepas kelahiran. Itu baru saja melahirkan seorang anak, apa pula kepada wanita yang mempunyai 8, 9 atau 13 anak? Disinilah buktinya saya katakan ibu wanita istimewa, punya keberanian dan kekuatan yang tiada tolok bandingan! Oh Ibu, maafkan kami!

Pengorbanan ibu tidak terhenti disitu. Sekarang kita telah melihat dunia, ibu telah membawa kita kedunia dengan selamat. Terima kasih ibu. Dan ibu besarkan kita dengan penuh kasih sayang. Dan sewaktu kita bayi, ibulah yang menyusukan kita dengan susu tubuhnya, sehingga kadangkala, kita curi banyak khasiat dari ibu. Tapi ibu tidak pernah marah, ibu tidak pernah lelah. Dengan sepenuh cinta ibu berikan segalanya pada kita. Walau nyawanya. Dihening malam sunyi, kita menangis. Kita menjerit tangis tidak tentu hala, minta susu, minta didodoi ibu. Sehingga kadangkala ibu tidak dapat tidur sepanjang malam melayan kerenah mengada-ngada kita. Kita kencing dan berak, ibulah orang yang akan membersihkan kita. Jika bukan kerana ibu kita yang setia membersihkan kita, sudah lama kita diserang penyakit kulit dan kulit kita tidak akan secantik sekarang. Kita semakin membesar, kita mula belajar bercakap dan mengenal dunia. Ada antara kita apabila saja kita pandai berkata-kata, kita mula betah arahan ibu. Kita mula meninggi suara. Kita mula menghentak kaki. Kita lukakan perasaan ibu yang banyak berkorban jiwa raga itu. Namun ibu tidak pernah berhenti menyintai kita. Ibu cukupkan segalanya. Ibu hantar kita kesekolah terbaik. Siang malam ibu bekerja demi mencari wang, untuk memastikan kita mendapat pendidikan sempurna. Apabila ibu merasa letih, ibu tidak merungut, beliau masih tersenyum menyediakan kita juadah untuk kita isi perut kita yang kosong pulang dari sekolah. Apa yang kita lakukan atas pengorbanan ibu? Kita merungut mengatakan ibu masak tidak sedap! Kita merajuk kerana ibu tidak sempat memasakkan lauk yang kita mahu! Angkuhnya dirimu hai anak! Sekejap benar kau lupa jasa ibu yang semakin dimakan usia itu. Terlalu beratkah ucapan terima kasih untuk jasa ibu tuamu itu?

Dan kita semakin dewasa, yang perempuan semakin jelita. Yang lelaki semakin tampan bergaya. Kita semakin seronok meniti alam remaja. Kita semakin lama semakin sombong dari ibu kita. Iyalah, kita tidak lagi memerlukan ibu untuk memandikan dan membersihkan kita. Kita tidak perlu lagi ibu tua kita untuk menyuap makanan kemulut kita. Kita sudah berdikari. Kita boleh buat semuanya sendiri. Kita tidak perlu lagi ibu tua kita itu. Dan kadangkala kita malu untuk memperkenalkan ibu tua itu kepada kawan-kawan kita yang kaya-raya. Ibu yang semakin dimakan usia itu, berasa jauh hati, namun kasih cintanya tidak pernah berkurang walau sedikit. Doanya untuk kita tidak pernah putus, doanya semoga kita sentiasa bahagia, sentiasa berjaya dalam hidup. Sampai di satu titik kehidupan kita, kita bertemu teman hidup kita. Ibu tua itu semakin dilupakan. Kita lupa bahawa ibu semakin sakit sedikit banyak kesan risiko yang diambilnya demi membawa kita kedunia. Kita sudah lupa semua itu. Kita cinta bakal suami atau isteri kita, lebih dari segala-galanya. Jika kita diberi pilihan antara ibu dan bakal teman hidup kita, sudah tentu kita lupa ibu tua itu. Alasannya, kita tidak perlu lagi ibu tua itu, fitrah kita perlukan pasangan hidup. Ibu tua itu makin terpinggir. Hati ibu makin terluka, namun jauh disudut hatinya, ibu begitu bahagia melihatkan kita telah menemui seseorang yang bisa menggembirakan kita seumur hidup. Mulianya hatimu ibu!

Oh kita semakin bahagia dengan kehidupan kita. Kita tidak lagi menjenguk ibu tua kita yang sentiasa menantikan kehadiran kita. Kita kata kita telah menjalankan tanggungjawab kita dengan menghantar wang setiap bulan padanya. Tetapi ibu tua itu bukanlah memerlukan wang kita semata-mata, tetapi ibu kita mahukan kasih sayang dan perhatian kita, sebagaimana kasih cintanya dia kepada kita sewaktu kita baru sahaja melihat dunia. Namun anak yang ditatang itu sudah tidak mahu akan dirinya.Anak yang didodoi malam dan siang itu sudah lupa yang dia datang dari perut ibu tua yang dipinggirkannya itu. Makin luluh hati ibu. Akhirnya, ibu tua itu pergi dalam kesepian menanti anak yang selama ini dibanggakannya. Ibu tua itu telah tiada. Dan ketika saat itu, kekesalan sebesar manapun tidak akan mengembalikan ibu tua itu kedunia, dan telah terlambat untuk kita memohon ampun dari ibu tua yang menyintai tanpa lelah, mengasihi tanpa pernah mengharap kita membalasnya.

Maka ingatlah sahabat, kiranya kita memperlakukan ibu kita sedemikian rupa, maka azab Allah itu pasti. Lupakah kita pada kisah ahli ibadah zaman Rasulullah saw dulu iaitu AlQamah, yang tidak dapat mengucap kalimah syahadah sewaktu sakaratul mautnya kerana beliau melukai hati ibunya kerana melebihkan isterinya. Ibu adalah segala-galanya, seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah bahawa kepada siapakah kita harus selalu berbuat baik, maka Rasulullah menjawab IBU sebanyak tiga kali dan diikuti dengan ayah. Ibu kita adalah insan mulia yang telah mempertaruhkan nyawanya supaya kita dapat melihat dunia, dan membesar dengan sihat dan sempurna. Jangan sekali-kali kita lupa akan jasa ibu dan ayah kita, kerana biar semua harta dunai ini kita kumpulkan untuk membayar jasa mereka, sungguh ia takkan pernah cukup Pengorbanan mereka terlalu besar dan mulia.


bersama ibu dan ayah sewaktu graduasi dari kolej mara banting



Nak tahu kunci ke syurga? Maka berbuat baiklah kepada kedua ibu dan bapa kita. Sempena Hari ibu ini, aku ingin menujukan secoret ucapan khas untuk ibu yang telah melahirkanku, membesarkanku dengan penuh kasih sayang, melayan kerenah dan rajukku, mendidikku sehingga aku menjadi insan yang baik, menyayangiku tanpa pernah ada henti;

"Ibu, walau apa jua yang adik lakukan, tidak mungkin adik dapat membalas jasa yang telah ibu curahkan buat adik. Semua pengorbanan yang ibu lakukan, masih jelas dalam ingatan dan ia mana mungkin pernah padam. Ibu, sesungguhnya sebagai anak perempuan sulungmu, adik bersamamu disaat getir hidupmu, maka secara diam-diam adik mengira setiap titis air matamu yang gugur kebumi, dan hati adik bagai disiat-siat setiap kali adik melihat ibu menangis. Tahukah ibu bahawa kebahagiaan adik itu ada dalam kebahagiaanmu, maka sentiasalah bahagia jika ibu mahu adik bahagia. Tahukah ibu bahawa senyuman adik ada dalam setiap senyumanmu, maka senyumlah ibu sekiranya ibu mahu lihat adik tersenyum. Apa yang adik lakukan hingga hari ini, adalah demi memenuhi impian mu wahai ibu dan ayah. Impian adik adalah untuk membahagiakan ibu dan ayah hingga hujung nafas adik. Sebagaimana ibu dan ayah tidak pernah lelah membesarkan adik hingga adik jadi insan berguna, adik juga tidak akan pernah lelah mewarnai setiap impianmu hai ibu dan ayah.Doa adik semoga ibu dan ayah sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diampunkan dosa, diberi hidayah dan cahaya hati, disejahterakan kehidupan. Sekiranya adik mampu memberikan sedikit umur adik, maka tentu sekali adik akan berikannya. Sekiranya adik mampu berikan kebahagiaan hidup adik, tidak akan adik teragak-agak untuk menghadiahkannya. Hanya Tuhan yang tahu betapa cintanya adik padamu ibu dan ayah.. Sentiasalah bahagia, kerana adik merasa amat bahagia setiap kali ibu dan ayah bahagia."


Sebelum aku mengakhiri entryku kali ini, ingin aku kongsi sebuah video yang menarik. Mulanya aku rasa sangsi untuk berkongsi, tapi harus aku ingatkan terlebih dahulu bahawa Allah swt tidak ada anak dan tidak diperanakkan. Ada juga pernah aku mendengar bahawa sebelum kita dilahirkan, kita ada berkomunikasi dan membuat perjanjian dengan Tuhan sebelum kita di lepaskan ke alam dunia. Bagaimana ia terjadi wallahualam. Hanya Allah yang tahu. Abaikan description bagaimana dialog dan komunikasi Tuhan dan bayi dalam video ini. Hanya ambil mesej bahawa ibu kita adalah bidadari yang dihantar Allah bersama kita kealam dunia.



Selamat hari ibu kepada semua ibu seluruh dunia! <3<3<3
Moga bermanfaat! Jumpa lagi dalam entry akan datang!

p/s : pada ayah, jgn bimbang, adik akan coretkan sesuatu yang indah untukmu pada Hari Bapa nanti!

wallahualam

3 comments:

farizamm said...

Marvellous!!! Saya tersentuh. :)

Your mum must be super duper proud of u! Keep it up.

FArAh sYaZaNa zAkAriA said...

i hope she is! <3

PERISAI HIDUP said...

best entry dat i read!!thumbs up b('.')b