30 APRIL 2011, 12.37 PETANG
Assalamualaikum..
Lama juga penaku tidak menari2 pada papan kekunci laptop miniku ini..Terasa rindu aku pada bait-bait puisi yang membunga jauh disudut hati..Bermakna sudah terlalu lama aku tidak berbual-bual dengan perasaanku yang kdangkala jauh tersisih dek kesibukan aku dalam mengejar cita-cita. Kadangkala aku rasa berdosa kerana membiarkan perasaan ini sunyi tanpa teman, seolah-olah aku tidak peduli lagi kepada suara hati yang meminta aku berhenti sejenak dari kesibukan dunia dan bermuhasabah seketika tentang pencapaianku selama hampir 23 tahun aku bernafas dibumi ini..
Sedang aku dari pagi tadi sibuk mengexplore dunia internet tanpa sempadan ini, aku terjumpa sebuah video yang begitu amat menyentuh perasaanku..
Dan perlahan-lahan air mataku mengalir lebat membasahi pipiku.. Subhanallah..Sungguh aku rindu kapada dua orang insan yang telah membesarkan aku sejak aku hanya sebesar telapak tangan mereka, sehinggalah aku menjadi seperti hari ini..Alunan lagu 'You raise me up' yang mengiringi paparan menyentuh hati Derek Redmond di sukan olimpik 1992 benar2 menyentap hati. Subhanallah..
Sungguh, kehidupan adalah suatu perjalanan yang penuh pengertian.. Kehidupan adalah suatu perjalanan yang tidak harus disia-siakan dengan hanya bersuka ria, memikirkan keseronokan semata-mata. Jika kita menghayati makna kehidupan itu sendiri, dan kita memahami dengan hati yang ikhlas, pastinya pemahaman dan penghayatan itu memberi kepuasan yang lebih enak dari mencari keseronokan yang tidak berfaedah dan hanya sia-sia. Sebagai contoh, jika kita cuba memahami video Derek Redmond ini. Dalam kehidupan kita, setiap seorang dari kita mempunyai impian kita masing-masing. Ada yang berimpian nak menjadi kaya raya, ada berimpian nak kahwin dengan anak Dato atau anak raja supaya dapat hidup mewah (^_^), ada yang berimpian hendak menjadi doktor pakar yang hebat, ada juga yang berimpian untuk menjadi ahli perniagaan yang mempunyai empayar serata dunia. Malah ada juga berimpian hanya mahu memiliki kehidupan serba sederhana, namun penuh rahmah dan berkat (ini impian sebenar saya HEHE biar sederhana tapi ia sempurna! =p). Seperti Derek Redmond, jika saya tanya pada kalian, apa agaknya impian hidup Derek Redmond? Pasti ada antara kalian yang terfikir impian Derek Redmond adalah untuk menjulang pingat emas pada sukan olimpik 1992 di Barcelona ini. Namun pada fikiran saya, impian Derek Redmond sebenarnya adalah untuk beraksi sehabis baik dalam acara tersebut, dalam erti kata lain, his dream is to give all out and strives for the best no matter whatever the outcomes are.
Buktinya? Buktinya ialah walaupun his hamstring tore in the middle of the race, he raised up from the fall and move on! Kalau impian Derek Redmond hanya untuk menjulang pingat dalam acara tersebut, so what's the purpose beliau bangkit semula dan meneruskan larian walaupun dalam keadaan terhencot-hencot dan dalam kesakitan yang amat dasyat! Kalau impiannya adalah untuk menjulang pingat, he knew no matter what he did, he would never win sebab mmg dah takkan ada peluang dalam keadaan tersebut, dan dia pasti takkan meneruskan larian lagi. Walaupun saya tidak mengenali Derek Redmond, tapi saya kagum kepada sikap dan semangat beliau yang amat-amat menyentuh perasaan.
Begitu jugalah hakikat hidup ini. Pernah dengar kata-kata ini? "Success is in the JOURNEY, not the DESTINATION".. Maka orang yang memahami kata-kata ini sesungguhnya pasti lebih tabah berbanding orang yan tidak memahaminya. Kita sering menganggap bahawa kejayaan itu terletak kepada segulung ijazah perubatan, anugerah dekan, sijil spm 10A+++++ dan apa2 sijil yang membawa kelulusan yang besar pada kita, atau mungkin kemenangan menjulang pingat dalam apa juga acara. Namun tanya sama hati, benarkah itu sebenarnya definisi kejayaan. Maka bermakna peserta-peserta lain dalam acara olimpik itu semuanya ialah loser lah jika mereka tidak berjaya menjulang pingat? Tapi tahukah kita bahawa mereka semua adalah wira2 dari negara masing2 yang mewakili beribu2 atau mengkin berjuta2 rakyat? Jadi kesimpulannya erti kejayaan itu sendiri adalah bagaimana kita mendefinisikannya. Seperti Derek Redmond, this is not only about the victory, but this is about to finish the race. TO FINISH IT! DESPITE THE TEARS AND DESPITE THE PAIN. Ive started this journey, so i have to finish it no matter what had happened to me!
Sama juga jika kita refleks dalam kehidupan kita, perjalanan hidup yang kita lalui, kerjaya sedang kita tempuh. Kadangkala dugaannya terlalu berat hingga tak tertanggung. Lemah segala urat sendi, lesu terasa hati. Ada diantara kita perjalanan hidupnya mudah segalanya, namun sedarkah bahawa kemudahan itu adalah satu ujian? Dan ada diantara kita yang hidupnya terlalu banyak liku dan duri yang sering melukakan dan sedarkah kita juga bahawa kehidupan yang sakit itu juga satu ujian. Maka sebenarnya hidup yang dilalui ini adalah satu ujian. Firman Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 155,
"Dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira pada orang yang sabar"
Sabar ini bermakna orang yang biar dia ditimpa musibah, kesakitan atau segala bentuk ujian, mereka bersabar dan bertenang. Mereka tidak mengaku kalah. Mereka tidak menuding jari kepada sesiapa. Malah mereka tahu bahawa Pencipta mereka sedang menguji mereka. Dan Allah swt menyambung lagi firmanNya, Al Baqarah ayat 156,
"iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, "Innalillahi waina ilaihi rajiun, (sesungguhnya kami milik Allah dan padaNya jua kami kembali)"
Subahanallah,Subahanallah..
Sebab itu saya katakan, hidup ini satu perjalanan penuh pengertian. Maka, jika kita punya taqwa, hati kita tidak akan putus-putus menghayati indahnya disebalik rencana Allah yang Maha Hebat ini. Dan ketahuilah bahawa, Allah itu mengira setiap air mata kita yang jatuh kebumi, Allah melihat esak tangis kita yang kita sembunyikan dari orang lain. Allah mendengar setiap keluh kesah yang terpendam dibenak dada kita. maka sedarilah bahawa Allah sentiasa bersama kita dalam setiap saat dan ketika, subahanallah, maka Allah itu benar-benar Maha Penyayang dan Kasih pada kita. Kerana itu, sekiranya kita mengalami nasib yang sama seperti Derek Redmond, dalam larian kita mengejar impian dan cita-cita, kita terjatuh, kita sakit, kita terluka, bangunlah semula biar betapa pahit dan jangan pernah berhenti berlari, kerana sesungguhnya Allah swt bersama kita. Kejayaan pada saya sebenarnya terletak pada kekuatan untuk BANGKIT SEMULA setiap kali kita tersungkur menyembah bumi. Biar kadangkala orang mencela, orang mencaci kejatuhan kita, maka kita tahu sebenarnya bahawa Allah sedang menduga tahap keimanan kita.
Seperti saya juga, saya juga mempunyai ujian yang sedang saya pikul, maka kadangkala tak tertanggung rasanya kesedihan yang terpaksa dipendam.Namun saya sedar, bahawa siapalah saya untuk merungut dan mepersoalkan takdir dan rencana yang telah Allah tuliskan buat saya. Malah saya rasa malu, teramat malu untuk merungut dan mengungkit kekurangan apabila saya mengenangkan betapa banyaknya nikmat dan segala kesenangan yang telah Allah kurniakan pada saya. Terlalu banyak yang telah Allah berikan, sehingga saya malu untuk mempersoalkan apa2 lagi. Jadi saya menganggap bahawa apa yang berlaku menimpa saya adalah satu ujian dari Nya untuk menguji kekuatan iman yang berada di dalam hati saya. Malah saya tahu, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita, dan rencana Allah itu amat indah, dan hanya orang yang membuka hati mereka untuk memahami sahaja yang akan memahami apa yang tersirat disebaliknya. Maka apa sahaja kejatuhan yang mungkin membuatkan kita terhenti seketika, maka bangunlah kembali. Jangan termangu terlalu lama dek kejatuhan tersebut. Biar pedih, biar berendam air mata, sesungguhnya rencana Allah itu hebat dan penuh pengertiannya...
Subhanallah.. ibu .. ayah.. adik sedang meniti alam kedewasaan.. Dan hari ini adik telah memahami satu lagi pelajaran tentang kehidupan.. Dan adik masih ingat lagi sepucuk surat yang ibu selitkan dalam kotak makanan adik sewaktu adik di MRSM Kuala Klawang dulu, saat adik menangis kerana adik tidak dapat markah yang baik, sampai sekarang adik masih ingat kata-kata ibu dalam secarik surat kecil itu..
"Adik..Sesungguhnya hidup terlalu payah untuk ditempuh..Dan kadangkala, sekiranya adik terpijak kelikir yang melukai kakimu, adik anggaplah ianya sehampar permaidani yang lebih enak untuk diinjak...Dan jika adik jatuh..maka bangkitlah semua..Sesungguhnya ibumu ini telah mengajar adik BERTATIH , sejak dari mula adik belajar berjalan..Dan ingatlah walau apapun yang berlaku, ibumu ini sentiasa akan mendoakan yang terbaik untukmu.."
Ibu, hingga kini, adik tak pernah lupa pesan ibu ini. Adik jadikan nya azimat menempuh hari yang mendatang.. Ya ibu.. Adik mula belajar berjalan dengan hanya bertatih, dan bila adik bertatih adik sering terjatuh dan menangis, namun ibu bangunkan adik semula, dan bangunkan lagi sehingga adik mampu berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan lagi.. Maka setiap kejatuhan itulah yang menjadikan adik makin kuat, bertambah kuat dan kuat...
Anakmu ini sedang meniti alam kedewasaan...Terima kasih ibu dan ayah atas didikanmu, menjadikan diri ini insan yang kini lebih memahami makna kehidupan...
wallahualam
No comments:
Post a Comment