... I am A restless brain ...

Saturday, May 7, 2011

badan y sihat bisa kian reput! (garapan 2) ~~titipan perjalanan kerjayaku~~

6 Mei 2011, 12.04 am

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmannirrahim. Indah sungguh menyebut nama Ilahi dipengawalan setiap pekerjaan, terasa dekat sungguh padaNya. Tak tahu mengapa sejak kebelakangan ini jari jemariku begitu rajin menekan punat-punat kecil komputer ribaku. Alhamdulillah, selesai satu lagi minggu yang sangat meletihkan! Minggu ini aku menjalani rotation Geriatrics! (care of the elderly).Rotation kali ini bagiku sangat2 meletihkan kerana patients untuk teamku begitu ramai, dan ward round kami setiap hari biasanya memakan masa selama 4 ke 5 jam untuk selesai. Sebagai pelajar medic, seperti biasa kami harus berdiri memerhati bagaimana consultant,HSO dan registrar kami melaksanakan tugas, berlari jika mereka berlari, diam jika mereka diam,hingga kadangkala mereka masuk ketandas juga kami terikut sama! Begitulah juga selalunya, kami menjadi begitu patuh pada apa jua arahan dan bersedia menjawab apa jua soalan! Observe how they are solving any issues, look at how they manage the patients and also asks questions, questions and questions! Sometimes people said that the most terrible part of medical study is the clinical part, which you have to endure being yelled and being scolded. Every minutes you have to ready with some answers because if you are not, they will doubt your ability to be a doctor despite your long years of training and painful study. But the thing is dont feel bad about it, you are actually being trained about how to save lives! (^__^)V




Pagi tadi, aku dan 4 lagi rakan seperjuanganku Diana, Nabil, Soe Na dan Matthew (hanya kami sahaja yang berjaya menggagahkan diri mempelajari sesuatu dari hospital kecil ini, yang lain semuanya hilang entah kemana) menghadiri medical conference atau selalunya dipanggil "grand ward round" di centre hospital (centre hospital biasanya lebih besar). Terasa kerdil sungguh diri apabila duduk semeja di medan perbincangan yang biasanya mengumpulkan ramai consultants dari pelbagai specialties, Registrars, senior house officers(SHO) dan interns. Apabila mereka mula berdebat sesama sendiri tentang topik yang hangat diperbincangkan, kami hanya mampu diam dan mendengar. Oh, terasa sungguh jauh lagi perjuangan ini untuk mencapai tahap yang telah mereka capai (biasanya mengambil lebih kurang 8 tahun lagi untuk memegang title specialist! 2 yrs of housemanship,3 yrs of compulsory services and 3 yrs of study in the field interested!), dan sepanjang perjalanan untuk menuju ke tahap tersebut, terlalu banyak lagi duri dan liku yang harus ditempuh. Maka untuk segala susah payah dan jerit perih melalui perjalanan ini, adakah aku sebenarnya sudah merasa puas dengan apa yang aku cari? Apakah ini saja matlamatku supaya aku terasa puas dan lega? Lebih2 lagi aku ialah seorang wanita muslim. Bukankah aku juga mahu mendirikan sebuah keluarga, aku mahu punya seorang suami soleh yang bisa memimpin aku ke taman syurga, aku mahu punya zuriat yang bisa menyambung generasi Islam dan menjadi pewaris perjuangan Islam di bumi fana ini. Maka kerjaya inikah yang aku mahukan demi memuaskan impian yang selama ini ditanam? ataukah jalan yang satu lagi yang bisa menjanjikan kedamaian hati dalam sebuah rumahtangga yang dibina atas cinta kepada Allah swt? Atau mampukah aku pikul kedua-duanya? Sungguh jalan yang terbentang dihadapanku penuh dengan pilihan dan persoalan, yang harus aku jawab dan tempuh berbekalkan kematangan hati dan keteguhan taqwa. Maka jalan yang seharusnya aku piliH adalah jalan yang bisa menggapai redha Allah taala, kerana sesungguhnya aku sedar segala apa yang aku kecapi hari ini bukanlah milikku. Maka tidak satupun yang aku miliki adalah milikku. Semuanya Allah swt yang punya. Maka Ya Allah, pimpin aku ke jalan yang Engkau redhai.

Sepanjang aku menjalani rotationku, aku buka bukan saja minda yang perlu kuisi dengan ilmu dunia, maka aku buka juga hati untuk memahami 'mesej' yang Allah taala beri melalui fenomena kehidupan manusia yang penuh dengan rahsia. Aku masih ingat kata-kata seorang ustaz, bahawa menjadi seorang doktor, kita bukan sahaja mahu mengubati fizikal pesakit yang selalunya makin longlai dimakan usia, maka kita juga mahu mengubati hati nuraninya, kita mahu mengubati jiwanya yang mungkin juga semakin jauh dari Pencipta. Because a doctor cannot play God, bukan lah doktor yang mengubati,maka kami sebenarnya hanyalah perantara. Kerana itu sebenarnya penting bagi seseorang yang bergelar ahli perubatan mempunyai ilmu agama, mempunyai rasa kebergantungan kepada Yang Esa, kerana pesakit yang telah lumpuh fizikalnya, jangan dibiar lumpuh juga imannya, maka seorang doktor memainkan peranan yang penting dalam membantu pesakit mereka mengenai hal ini. Maka peringatan untuk semua pelajar perubatan jua diriku ini, kita seharusnya mencari dan mengisi dada kita dengan seberapa banyak ilmu agama, dan memperbaiki sahsiah diri, kerana Allah telah memilih kita untuk menjadi antara insan yang akan berdepan dengan banyak kematian. Kita akan berdepan dengan banyak sakaratul maut. Kita akan banyak berdepan dengan ruang taubat sebelum mana-mana nyawa dijemput kepada Penciptanya. Dan kita seharusnya lebih sedar bahawa kematian itu pasti. Maka Allah telah memilih kita menjadi insan yang berada dalam ruang waktu malaikat Izrail datang menjemput nyawa seseorang, maka alangkah indah jika kita benarkan pesakit kita pergi meninggalkan alam dunia dengan taubat nasuha.. Perginya mereka dalam keadaan yang telah bersih memohon keampunanNya.. Perginya mereka dalam keadaan hati yang penuh rasa redha atas segala musibah kesakitan yang menimpa mereka. Kita rawat kesakitan mereka bukan sahaja dengan ubat-ubatan yang menyembuh fizikal mereka, tapi juga dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang bisa meneguhkan jiwa mereka menempuh dugaan yang amat berat itu. Subhanallah, terasa berat benar amanah yang dipikul. Mampukah aku menjadi seorang doktor yang baik? Kau kuatkan hatiku YA ALLAH, berikan aku petunjuk jalanMu..




Subhanallah, aku mahu menjadi ahli medic yang sentiasa mempelajari, bukan sahaja ilmu perubatan yang semakin berkembang pesat, tapi juga tentang ilmu hati dan kebesaran Pencipta ku. Dalam Al-Quran jika kita perasan, banyak kali Allah tekankan bahawa orang yang memahami agama ialah orang yang berfikir. Sebagai contoh firman Allah,

"Dan sungguh kami akan isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami(ayat-ayat Allah) mereka mempunyai mata tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan punyai telinga tapi tidak mempergunakannya untuk mendegar ayat-ayat Allah. Mereka seperti haiwan ternak, malah lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah"


-Surah Al-Aaraf ayat 179


Sepanjang aku berada dalam rotation Geriatrics ini, aku berjumpa dengan ramai pesakit yang sudah amat dimakan usia. Ada usia mereka sudah mencapai hampir 100 tahun! Dengan usia hampir sepuluh dekad itu, badan kita semakin reput, tidak segagah dulu. Maka banyak pula penyakit yang mahu singgah di sesusuk tubuh yang dahulunya segar dan cantik. Mereka datang dengan berbagai-bagai penyakit, ada yang datang dengan masalah pernafasan, masalah jantung yang sudah tidak mampu lagi menjalankan tugasnya mengepam darah keseluruh tubuh, masalah sendi yang membengkak dan mengeras, masalah tulang yang sudah retak. Maka itu sudah sunnatullah, sama seperti jika kita membeli sebuah kereta, semakin lama kita menggunakan kereta tersebut, fungsi dan appearancenya mungkin sudah tidak sebagus dan secantik dulu. Dan jangan kita takut untuk meniti usia tua, kerana setiap dari kita akan menjadi tua (sekiranya umur kita panjanglah kan! hehe InsyaAllah). Tapi apa yang lebih menyayat hatiku ialah, budaya di Ireland ini, mereka suka menghantar ibu bapa mereka yang tua ke rumah penjagaan yang dipanggil 'Nursing Home'. Sehinggakan dah melimpah ruahlah penghuni nursing home disini kerana semua keluarga menghantar ibu bapa mereka yang telah tua ke Nursing home. Menyedihkan bukan? Kadang2 aku tertanya, tidakkah mereka terfikir bahawa ibu bapa mereka telah menjaga mereka, mendidik mereka hingga dewasa tetapi sebagai balasan atas segala pengorbanan itu, mereka menghantar ibu bapa mereka ke Nursing Home dengan alasan mereka tidak mampu lagi menjaga orang-orang tua itu yang kencing beraknya merata-rata, berjalan pun perlu dipapah, makannya perlu disuap. Jika ibu bapa mereka menghidap Alzheimer atau Dementia lagilah teruk keadaannya, kerana ibu bapa mereka tidak lagi berfikiran waras dengan erti kata lain telah nyanyuk. Lagilah bertambah-tambah bebannya.




Tapikan, bukankah orang tua yang sudah nyanyuk itu ialah orang yang menjaga mengasuh kita sejak kita mula-mula melihat dunia? Bukankah orang tua itulah ialah orang yang mencebok berak kita sewaktu kita hanya tahu menangis dan ketawa. Maka merekalah orangnya yang meredah hening malam ke hospital sewaktu badan kita lemah diserang demam panas. Maka apabila tubuh mereka semakin reput dan lemah, kita campak mereka ke rumah orang-orang tua. Betapa bijaknya anak yang seperti itu, maka ingatlah bahawa, hidup ini punya aturan, maka apabila kita berbuat baik kita dibalas baik, maka jika kita mencampak ibu bapa kita apabila mereka tua, maka ingatlah, anak-anak kita nanti akan melakukan yang sama..Maka tidakkah kita terfikir betapa cantiknya Islam yang amat-amat menitik beratkan sifat taat kepada ibu bapa, yakni menjaga mereka sehingga hujung nyawa adalah satu kewajipan. Malah Allah mengatakan bahawa redhaKu terletak dalam redha kedua orang tuamu. Subhanallah. Cantik kan Islam..

Sayu aku melihat pesakit-pesakit tuaku itu kini tidak daya lagi untuk bergerak kesana sini. Terlantar di atas katil tanpa pelawat, bagai hanya menanti masa maut datang menjemput. Ada antara mereka apabila kami memperkenalkan diri dan berkata, "We are the one who will look after you.." Dan mereka dingin menjawab," I dont care anymore whoever will look after me". Pada mulanya kita dengar balasan mereka memanglah kita rasa seperti ingin marah, dahlah kami penat kehulu kehilir dari pagi, perut yang kosong tak henti-henti berdongdang sayang, itu pula jawapan mereka kepada kami. Tapi sebagai doktor, kita harus faham bahawa mereka sedang sakit, mereka sedang menderita, Maka hanya senyumanlah yang mampu kami balas kembali atas jawapan mereka yang sangat dingin itu. Melihatkan mereka yang kadangkala mengigil-gigil dan kini memakai napkin (pampers), aku teringat kepada satu ayat kegemaranku dalam surah Yasin, ayat 68,

"Dan barangsiapa yang kami panjangkan umurnya, niscaya Kami kembalikan dia kepada awal kejadiannya, maka mengapa mereka tidak mengerti?"

Awal kejadiannya bermaksud kembali lemah yakni seperti anak kecil. Kita kembali memakai napkin kerana kita hilang kawalan kepada bowel dan pundi kencing kita sendiri, kembali seperti anak kecil. Subhanallah, alangkah benarnya Al-Quran!


Subhanallah, setiap manusia akan meniti usia tua. Aku tahu petua untuk mengelakkan kita menghindari penyakit nyanyuk, petua ini diberi oleh nendaku sendiri yang biarkan dia sudah hampir mencapai 80 tahun , beliau masih lagi kuat ingatan, jelas pendengaran dan lisan. Beliau memberitahuku beliau tidak mahu usia tuanya menyusahkan orang lain. Beliau berkata maka perbanyakkanlah zikir dan Al-Quran, perbanyakkan juga Solat. Meskipun beliau sudah tidak kuat berdiri, beliau masih mahu solat berdiri. Subhanallah! Aku memanggilkan nendaku itu dengan panggilan Puan (panggilan oghang Nogori campur Melaka). Puan! Kita rindu Puan! hehe

Sebelum aku mengakhiri entryku kali ini, aku ingin kongsi sebuah lagu yang insyaAllah bermanfaat pada semua. Lagu ini nyanyian arwah ustaz Asri Rabbani, yang bertajuk 'Anak Soleh'. Semoga kita semua dapat menjadi anak soleh solehah yang berbakti kepada ibu bapa kita sepanjang hayat mereka. Maka anak soleh akan dijanjikan Syurga! Jumpa lagi dalam entry akan datang!



wallahualam

No comments: