... I am A restless brain ...

Sunday, October 3, 2010

Kenapa lelaki terlalu memandang paras rupa? **criteria calon isteri=slim tinggi ala2 model, putih gebu, berdahi licin**=p

Assalamualaikum...

Lama rasanya jari jemari ini tidak melakar coretan rasa hati.. Mungkinkah kerana saye sibuk dengan akademik..atau urusan sehari harian..Aaahh itu semua alasan..Sebenarnya Allah masih memberikan saye banyak kelapangan masa yang telah banyak saye sia-siakan... Ampuni hambaMu ini Ya Allah..

Hari ini sebenarnya saye sedang bermurung.. Ada sedikit perselisihan faham antara saye dan kedua ibu bapa saye.. Lantas saye mengambil keputusan untuk memencilkan diri didalam bilik sepnajang hari..Tak makan..Hanya menghadap teman setia laptop miniku ini..Sebab itulah saye tergerak untuk mencoret sesuatu di laman blog yang telah lama saye abaikan ini..

Hmmm Topik yang ingin saye ulas harini ialah berkenaan dengan fenomena luar biasa yang terlalu norma yang saye perhatikan saban kini.mmm satu perkara yang agak kelakar dan terlalu over bagi saye adalah isu produk kecantikan wanita yang terlalu exaggerating.. Oleh kerana saye tak duduk malaysia sangat in these past two years so saye tak begitu pasti bila agaknya fenomena ini bermula..Ape yang dapat saye lihat ialah banyak sgt produk kecantikan yang telah dipasarkan secara hebat bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan.. Terutama sekali firma-firma melangsingkan badan..Like london weight management, Body slim, Marie france bodyline and bla bla bla and i can say that there are more than ten big firms offer reducing weight facilities and liposuction and promising tubuh ala2 sandra bullock and angelina jolie.

At first i dont really see any problems with that. Tapi bila da dekat sebulan melekat kat rumah, i can smell something which is not right. Memang dalam islam tak dinafikan kecantikan adalah sesuatu yang amat disukai oleh manusia, dan salah satu ciptaan terindah yang telah diciptakan Allah adalah wanita. Dan kecantikan wanita inilah kecantikan utama yang amat2 mempesonakan dan menggoncang iman seorang lelaki. Siapa yang tak nak cantik? Saya sendiri sangat suka juga dapat kelihatan cantik sepanjang masa. Siapa yang tak mahu tubuh ala model slim dan tinggi. Semua org pasti inginkan yang sedemikian. Di puja, disanjung..Disebut-sebut namenye..apatah lagi menjadi igauan dan gilaan lelaki..

Namun sebenarnye disinilah terletaknya UJIAN ALLAH. Ujian yang bernama kecantikan. Disinilah Allah menguji keimanan manusia baik lelaki mahupun wanita. Jika Allah memberikan kecantikan kepada insan bernama wanita, Allah menguji sejauh mana dalamnya keimanan wanita tersebut dalam memelihara kesempurnaan paras rupa yang dimilkinya. Bagaimana dia menutup auratnya. Bagaimana dia menepis pandangan lelaki yang cuba menodai pandangan mata. Dan bagaimana wanita tersebut cuba menjauhkan diri dari lelaki2 yang cuba mendekatinya..

Dan ujian bagi lelaki.. Apabila mereka berdepan dengan wanita cantik yang bisa menggoncang keimanannya, bisakah dia menundukkan pandangan..Menahan syaitan yang sedaya upaya menjurumuskan manusia kelembah neraka.. Ingatkah kita kisah seorang sahabat Nabi yang mulia.. Pada suatu hari, dia ternampak dengan seorang perempuan jelita di pasar.. Sahabat ini begitu terpesona dengan keindahan sepasang mata yang dimiliki oleh wanita ini. Lalu sahabat ini mengekorinya sampai kerumahnya. Wanita cantik ini menyedari kelakuan sahabat ini lantas menghantar seorang pembantunya untuk bertanya tujuan sahabat ini mengekorinya..Lantas menjawab sahabat ini, " Subhanallah, aku begitu terpesona dengan kecantikan sepasang mata yang dimilikinya". Pembantu itu masuk dan memberitahu perihal itu kepada wanita cantik itu. Tidak lama kemudian, pembantu wanita itu keluar berjumpa dengan sahabat tersebut dan membawa sebuah kotak kecil. " Hadiah ini buat Tuan daripada Tuan saya". Lantas sahabat ini dengan rasa yang sangat ingin tahu membuka kotak itu dan begitu terkejut apabila melihat didalam kotak itu ada sepasang mata. "Tuan saya berkata, jika mata inilah yang dapat mendorong kemaksiatan, maka dia rela kehilangannya dari membiarkan mata ini menjadi punca dia diheret keneraka".

Subhanallah! Betapa hebatnya keimanan wanita ini dalam mempertahankan kecantikan yang dimilikinya. Mampukah kita menandingi kehebatan wanita ini? Kecantikan yang dimilkinya tidak sesekali membuatkan dirnya alpa dan bongkak, tetapi kecantikan yang diberi sebagai ujian telah berjaya membuktikan betapa teguhnya keimanannya.

Kecantikan. Bagaimana kita mentafsirkannya? Kita semua sedar bahawa kecantikan yang lebih kekal adalah kecantikan hati budi. Kecantikan yang lebih hebat ialah kecantikan iman dan taqwa. Kita sedar bahawa cantiknya paras rupa, apabila ia dimakan usia, ia akan pudar. Kulit akan berkedut. Tubuh akan membongkok. Mata akan kabur. Telinga kurang peka. Semua insan akan dimakan usia. Jika hanya kecantikan paras rupalah yang menjadi ukuran cinta, maka sampai mana cinta akan bertahan? Kita semua telah mula dibelenggu jajahan mentaliti barat yang meletakkan kecantikan sebagai penentu dan pengukur kebahagiaan.Menjadi sebab untk wanita tidak cantik disisihkan, dihina dan dikeji. Jika wanita ini berbadan besar, maka dia menjadi bahan ejekan. Maka berlumba-lumbalah wanita bernasib 'malang' ini berusaha menguruskan badan. Tak makn, liposuction sampai ada diantara mereka yang jatuh sakit, malah ada juga yang melayang nayawanya. Hanya kerana satu mentaliti ngeri yang menyebabkan ramai wanita hari ini 'trauma'.

Tak salah jika kita ingin kelihatan cantik, kerana Islam suka pada kecantikan. Namun kecantikan jangan disalah erti, bukan cantik itu hanya pada definisi berkulit licin, slim, tinggi, berparas menarik.Jika ujian kita dari Allah adalah kita tidak memiliki kecantikan zahiriah, kita cantikkan iman dan batin. kita cantikkan budi pekerti. Lupakah kita pada janji Tuhan, lelaki beriman hanya untuk wanita beriman.Jangan takut atau gentar pada mentaliti barat yang gila itu. Allah tidak pernah memungkiri janji. Hidup adalah UJIAN. Jika kita cantik, satu ujian. Jika kita kurang cantik, juga UJIAN. Hanya jauhari mengenal manikam. Jika perkahwinan yang dibina hanyalah atas dasar kecantikan paras rupa, maka apabila kita meniti usia tua, kecantikan pudar, cinta pudar, maka runtuhlah rumahtangga. Perkahwinan yang dibina atas dasar iman dan taqwa, menuju redhaNya, itulah perkahwinan yang menjadi impian.


p/s : sungguh bagi saya, semua wanita didunia adalah cantik. Cantik itu abstrak. Cantik!=)

Kemboja putih,
3 oktober 10
9.23 am

Saturday, May 15, 2010

Ramadhan Yg Hilang..Nukilanku~~~


“Kuadaptasikan kisah ini dari kisahmu wahai adik yang kukasihi.. Fatimah yang kini kakak sendiri tidak tahu kemana kau menghilang.. Mungkin perit hidupmu kerana terpaksa membesar di rumah anak yatim itu.. Namun kakak yakin jauh di sudut hatimu, kau tabah..=)”

Ramadhan yang hilang

Hatiku resah. Seperti selalu benci benar aku mengenangkan Ramadhan yang menjelang ini. Hatiku remuk redam memikirkan bulan ini muncul lagi dalam diari kehidupanku. Tak dapat kulupakan saat-saat hitam itu. Kesannya masih berdarah jauh dilubuk hati. Peristiwa yang telah memusnahkan kegembiraan untuk seumur hidupku. Tak mungkin aku lupakannya. Aku tidak akan memaafkan Ayah Uda. Tak mungkin!!

“Isah sayang..” Perlahan suara Kak Yana menyapa telingaku. Lembut suara Kak Yana benar-benar menggugat keangkuhanku. Halus jari-jemari Kak Yana singgah ke bahu. Aku terus membisu.

“Kak Yana baru sampai?” Aku menjawab perlahan. Wajahnya yang lembut kutatap. Satu ketenangan singgah di jiwaku.

“Kak Yana baru sampai. Kak Yana bawa Abang Soleh sekali. Ingat tak, kawan lelaki akak yang pernah Kak Yana ceritakan pada Isah kelmarin..” Lembut tutur Kak Yana. Senyumannya manis penuh makna. Sesekali tudung labuhnya beralun-alun lembut ditiup angin menyerlahkan keayuan wajahnya. Kak Yana memang cantik.

“ Betul Kak Yana !?” Aku menjerit kegembiraan. Pantas aku mengukir senyum. Kak Yana benar-benar menepati janji. Baru kelmarin aku mendesak Kak Yana untuk memperkenalkan buah hatinya, merangkap tunangnya kepadaku. Kak Yana dan Abang Soleh baru sahaja menamatkan pengajian kedoktorannya di United Kingdom . Mereka sedang merancang untuk berkahwin.

“Isah ingat Kak Yana bohong Isah ye? Mari, Abang Soleh tak sabar-sabar nak jumpa adik kesayangan Kak Yana ni..” Lembut tanganku ditarik Kak Yana. Kemesraan Kak Yana benar-benar menjernihkan hatiku yang keruh ini. Sudah hampir 7 tahun aku mengenali Kak Yana. Pertemuan pertamaku dengan Kak Yana bermula ketika dia menjalani program khidmat masyarakat di Rumah Anak-Anak Yatim Kajang ini. Tutur katanya yang manis dan perwatakannya yang lemah-lembut dan mesra benar-benar membuatkan aku mengaguminya. Jika aku diberi peluang untuk dilahirkan semula aku ingin sekali menjadi seayu dan selembut Kak Yana…

* * * * *

“Isah..Mari tolong umi sekejap!” Nyaring suara umi melaung namaku. Bingkas aku menggagahkan diriku bangkit dari tempat tidurku. Lesu benar suara umi. Kulihat umi sedang sibuk di dapur . Umi tersenyum manis kepadaku. Terasa sayu membiarkan umi bekerja seorang diri menyediakan juadah sahur untuk kami tiga beradik…

“Ya umi, Isah datang umi..” Perlahan aku mendekati umi.
Ku paut bahu umi yang sedang sibuk menggoreng telur. Umi sedang sarat mengandung adikku yang keempat namun umi tetap gigih berusaha memberi kemanisan Ramadhan kepada kami tiga beradik. Sayu kulihat pinggan berisi nasi goreng di atas lantai di ruang tamu teratak kami. Kukucup dahi umi penuh kasih. Hatiku merintih. Kalaulah Abi tidak pergi, kita takkan jadi begini umi..

“Isah, pergi kejutkan Fatimah dan Ansor. Rezeki sahur kita murah hari ni. Semalam Nek Tipah ada bagi kita telur ayam sedikit..Mesti adik-adik Isah suka”, ucap umi girang. Nafasnya yang tidak teratur dapat ku dengar, maklumlah sarat benar nampaknya kandungan umi.

“Baik Umi “ Lembut tuturku lantas kakiku melangkah laju ke arah Fatimah dan Ansor. Nyenyak benar tidur mereka walaupun teratak kami cukup dingin dan bocor di sana-sini. Perlahan kusentuh pipi Ansor sambil memangkunya lembut.

“Ansor.. Bangun sayang. Umi panggil sahur. Mari makan sama umi..” bisikku perlahan sambil tajam kumerenung ke wajah Fatimah yang sejak semalam demam panas. Ya Allah.. Tabahkan hatiku dan umi yang berjuang demi keluarga ini..

Praanggg!!!
Aku terkesima. Bingkas aku berlari kearah dapur. Umi!! Hatiku dipanah bimbang.
Ansor yang kupangku tadi diletakkan kasar di atas tilam. Difikiranku hanya ada umi. Ya Allah, selamatkan umiku!

Setiba di dapur, kulihat kelibat Ayah Uda bengis merenung tajam umiku. Ayah Uda ialah ayah tiriku. Dia ialah ayah yang paling tidak bertanggungjawab dimuka bumi ini. Kalau sahaja membunuh itu tidak berdosa, sudah lama aku tetak Ayah Uda dengan parang arwah Abi. Ayah Uda bukan sahaja kejam kerana sering memukul aku, Ansor dan Fatimah, malah Ayah Uda sering mengugut dan memukul umi kerana tidak memberinya wang untuk membeli arak yang menjadi minuman rutinnya. Aku benci ayah Uda! Benci sungguh!!

Aku cemas. Nampaknya Ayah Uda baru pulang dari kedai todi di hujung kampung. Ayah Uda masih mabuk dan kelihatan amat marah pada umi. Wajah umi tidak keruan. Ada garis-garis bimbang di wajahnya yang lesu. Hatiku dapat menjangkakan sesutau yang buruk bakal berlaku malam ini.

“Aku kata bagi duit tu kat aku! Bagi jelah! Yang kau nak memekak pagi-pagi buta ni nak buat apa!?!” Pekik Ayah Uda memecah hening subuh. Umi menangis. Aku juga kaku. Haruskah aku mencampuri urusan umi dan Ayah Uda?

“ Tak boleh Da. Jiha mesti simpan duit tu untuk anak-anak kita.. Jiha dah nak lahirkan anak kita. Kita mesti simpan duit..” rayu umi pada Ayah Uda. Telur yang digoreng dibiar hangus didalam kuali.

“Aku tak kira. Tu hal kau dengan anak-anak kau! Aku tak peduli! Yang aku tahu aku nak duit! Kau ingat kau boleh makan percuma je kalau kau kahwin dengan aku!?! Jangan harap!” pekik Ayah Uda lagi. Ayah Uda makin menyinga. Matanya meliar mencari tempat umi menyimpan simpanannya.

“Sudahlah Da! Jiha tak tahan lagi nak hidup dengan Da! Da tak pernah ambil tahu hal anak-anak kita! Apa yang Da tahu, Mabuk!. Balik rumah semua orang Da nak marah. Jiha dah tak tahan hidup macam ni. Jiha dah tak tahan!!” Wajah umi mula merona merah. Umi menggengam tangannya erat-erat. Tangisannya makin kuat. Ku tenung lesu wajah umi. Kesabaran umi mula memuncak. Oh Tuhan, selamatkan umi!

“Kurang ajar punya perempuan!” Satu tamparan kuat hinggap di wajah umi. Umi tersungkur ke sudut almari. Mulutnya berdarah. Umi tidak mahu mengalah. Umi bangun semula menghadapi Ayah Uda. Nafasnya dihela cepat dan jelas dapat kudengar. Kulihat umi memegang kandungannya dengan kuat. Fatimah dan Ansor sudah terjaga dan masing-masing memelukku ketakutan. Aku ingin membantu umi! Aku tak akan biarkan Ayah Uda sekali lagi mendera umi!

“Ayah Uda! Jangan sentuh umi Isah! Ayah Uda memang tak guna!” Aku memekik berani. Ayah Uda menoleh kearahku bengis. Sudah kuduga, satu tamparan kuat mengenai pipiku. Aku terjatuh. Kepalaku berpinar.

“Da, jangan berani pukul anak Jiha! Da kejam! Kejam!”Umi merentap kasar lengan baju Ayah Uda. Umi cuba menarik lengan Ayah Uda jauh dariku. Ayah Uda hilang pedoman, Umi ditolak kasar. Bagai orang yang hilang akal, Ayah Uda menendang umi. Umi mengerang kesakitan. Fatimah dan Ansor hanya mampu menangis memanggil umi. Pantas aku meluru membantu umi namun Ayah Uda lebih pantas menolakku sehngga aku terhantuk ke dinding. Kepalaku berdarah. Ayah Uda mengambil sebiji pinggan dan cuba melemparnya kearahku. Melihatkan keadaanku, umi cuba bangkit dan menarik kaki Ayah Uda dari terus menyakitiku. Dengan kudrat yang bersisa, umi menggigit kaki Ayah Uda sekuat hatinya.

“Ahhh!!!” Jerit Ayah Uda kuat. Ayah Uda benar-benar hilang akal. Dalam kekalutan itu, tanpa pedoman dan tanpa belas kasihan, Ayah Uda memijak kandungan umi. Berkali-kali. Sekuat tenaga lelakinya.

“Allahuakbar!!!!” Rintih umi kuat. Darah merah tidak henti-henti mengalir dari tubuh umi. Umi memegang kuat perutnya yang semakin kempis dipijak Ayah Uda. Mata umi semakin layu. Pegangannya semakin longgar.

“ Umi!!!” Aku meluru kearah umi. Ku ambil kayu api yang terletak disisi almari. Kuhentak di kepala Ayah Uda sekuat hatiku. Sepenuh tenagaku Ayah Uda rebah. Pantas aku meluru kearah umi. Keadaannya begitu tenat. Aku hilang arah. Dalam tidak keruan aku berlari ke rumah Tok Milah disebelah. Ketika orang lain sedang enak menikmati hidangan sahur, aku berlari-lari mengemis simpati minta diselamatkan nyawa umi. Tok Milah dan anaknya bergegas meluru ke teratak burukku. Sebaik melangkah masuk, kulihat tubuh umi telah kaku. Darah merah yang tadinya deras mengalir dari tubuh umi kini telah membanjiri ruang dapur. Fatimah dan Ansor masih disisi umi, meminta supaya umi dikembalikan kedunia ini. Tapi segala-galanya telah terlewat. Umi telah pergi. Umi membawa sekali adik yang tidak pernah diberikan peluang untuk bernafas dibumi Tuhan ini. Tubuh umi yang layu kutatap lesu. Dahi umi kukucup penuh kasih. Tangan Umi masih diperut.Tentu umi kasih benar pada adik. Umi..Mengapa umi perlu pergi dalam keadaan yang begini. Umi!!

* * * * *

“Isah sayang..” Perlahan suara Kak Yana menyapa lagi. Pantas aku mengesat air mata yang hebat membasahi pipiku yang putih bersih. Aku cuba melarikan pandangan mataku dari Kak Yana.

“Isah teringatkan umi Isah ke? Patutlah tiba-tiba saja Isah menghilang sebaik habis berbuka puasa tadi..” Perlahan pertanyaan pahit itu diutarakan. Air mata yang ingin kutahan berderai kembali. Rapuhnya hatiku diduga Kak Yana. Hatiku tak pernah melupakan umi. Umi!!

“Isah sayang..Kak Yana tahu Isah tak mungkin dapat lupakan kejadian hitam tu. Tapi Kak Yana minta Isah kuat menghadapi kenyataan itu. Di Bulan Ramadhan yang mulia ini, maafkan kesilapan siapa sahaja yang pernah melukai hati Isah. Lupakan segala dendam itu Isah..” Perlahan tutur Kak Yana. Kata- kata Kak Yana bagai mencarik-carik kembali luka lama. Maaf?

“Maaf? Tidak sekali-kali Kak Yana. Tak mungkin! Ayah Uda bunuh umi! Ayah Uda kejam! Kejam! Isah benci semua lelaki! Semuanya..” Balasku kasar. Aku hilang pedoman. Kak Yana terdiam sebentar tapi tenang. Perlahan jari-jemarinya masih menggengam tanganku.

“Isah..Tenang Isah Kak Yana nak Isah dengar cerita Kak Yana boleh tak?” Tutur Kak Yana lembut. Matanya merenung mataku dalam-dalam. Aku mengangguk lesu.

“Hidup memang tak selalunya indah Isah..Hidup ini banyak menjanjikan kepahitan dan kesengsaraan. Isah kena tahu semuanya datang dari Yang Maha Esa. Sebenarnya semua kepahitan itu bukan untuk menyakiti kita, tapi sebagai satu ujian untuk menguji sejauh mana kecintaan kita kepada Allah.. Ujian itu adalah tanda Allah sayang pada kita Isah..” Nasihat Kak Yana lembut sambil jemarinya masih memegang erat tanganku.

“Sayang Kak Yana kata?! Umi mati dengan adik Isah macam tu Kak Yana kata Allah sayang Isah? Kak Yana cakap memang senang sebab bukan Kak Yana yang menanggungnya. Isah Kak Yana ! Isahlah yang menelan semua kepahitan ini seorang diri. Kak Yana tak tahu betapa hancurnya hati Isah melihat umi dipijak tanpa belas kasihan. Kak Yana tak tahu betapa pedihnya hati Isah lihat Fatimah dan Ansor diambil orang lain. Isah kehilangan segalanya Kak Yana! Segala-galanya! Kak Yana takkan faham!” Tingkahku lantang memintas kata-kata Kak Yana. Aku bingkas bangun sambil tanganku meleraikan genggaman Kak Yana. Aku mengatur langkah untuk berlalu.

“Kak Yana tak sangka adik yang Kak Yana sayang selama ini begitu rapuh hatinya. Selama ini Kak Yana sangka Isah tak macam orang lain..Isah seorang yang cekal hati. Tapi nyata sekali Kak Yana silap..” Tegas suara Kak Yana menusuk kekalbuku. Meremukkan hatiku yang sememangnya telah hancur.

Aku menoleh kearah Kak Yana. Kulihat matanya berkaca. Kak Yana menangis! Rasa bersalah mula merajai sanubari. Namun kuturutkan ego dihati. Bagiku diriku ini lebih terluka dari Kak Yana. Suasana bisu. Aku kaku disitu.

“Isah..Kak Yana cemburu pada Isah. Kerana Allah lebih sayangkan Isah dari Kak Yana. Kak Yana cemburu pada Isah, kerana Isah lebih tabah dari Kak Yana. Pertama kali Kak Yana ditugaskan di sini, Kak Yana betul-betul mengagumi kecekalan hati Isah. Isah masih mampu tersenyum walaupun Kak Yana tahu, jauh disudut jiwa, hati Isah menangis..” Kak Yana bersuara perlahan. Air matanya mula deras membasahi pipinya yang merah cantik. Abang Soleh hadir disisi Kak Yana. Dia juga membisu.

“Isah..Kak Yana mahu Isah mencontohi kecekalan Rasulullah, biar dikeji dan dilempar najis, kasihnya pada manusia sejagat tak pernah luntur. Tak pernah Rasulullah sesekali menyimpan dendam kepada penduduk Taif yang telah menumpahkan darahnya hingga mengalir kekaki. Kak Yana mahu Isah mencontohi keteguhan hati Sumaiyah, biar diuji,biar disakiti malahan dibunuh, keimanannya tidak akan berkurang walau sedikit. Kak Yana mahu Isah mencontohi ketabahan Mashitah, biar nyawanya dan anaknya melayang, namun pendiriannya takkan berubah. Mereka semua juga menderita walaupun seluruh jiwa raga dihambakan hanya untuk Allah. Tapi mereka tidak pernah belajar membenci. Apatah lagi untuk membenci kehadiran Ramadhan yang tiba setahun sekali ini!” Tutur Kak Yana lagi. Lembut tapi ketegasannya nyata terpancar. Kak Yana terduduk dibangku sambil mengesat air matanya. Abang Soleh masih membisu. Mungkin mengerti pergolakan antara dua hati ini.

“Kak Yana..” Aku juga hilang kata-kata. Melukai hati Kak Yana sama seperti aku melukai hati umi.

“Isah..Kakak tahu Isah benci kehadiran Ramadhan kerana sejarah hitam itu pasti kembali dalam fikiran Isah. Tapi sampai bila Isah mahu Ramadhan itu hilang ertinya dalam hidup Isah? Ramadhan itu indah sayang.. Ramadhan itu bulan untuk kita semua. Syukurlah umi Isah pergi dibulan semulia itu..Isah, pahit bagaimanapun kenangan silam, hidup mesti diteruskan. Pedihnya hati umi sekiranya dia tahu hidup Isah diulit dendam yang tiada penghujung. Maafkanlah sesiapa saja yang pernah melukai Isah..InsyaAllah, Isah akan tenang. Ini bukan janji kakak, tapi ini janji Tuhan..Fikirkanlah Isah..” Ucap Kak Yana sebelum Kak Yana mengatur langkah pergi meninggalkanku. Abang Soleh yang tadinya membisu membisik perlahan ditelingaku, “Hidup adalah suatu perjuangan..”

Aku dibiar kaku. Kak Yana dan Abang Soleh telah berlalu. Meninggalkan seribu pengertian untuk kurungkai sendirian. Umi..Kalaulah umi ada disisi..

* * * * *

Aku memandang cemas jam ditanganku. Orang yang dinanti-nanti masih belum tiba. Mungkinkah dia lupa?

‘Penerbangan ke Manchester akan berlepas pada jam 11.50 malam. Para penumpang diminta masuk keruang perlepasan sekarang juga’

Pengumuman tersebut menambah gundah dihatiku. Haruskah aku menunggu lagi.? Mataku mula berkaca.

“ Isah!!”
Terdengar lembut suara yang amat-amat kurindu. Dari jauh kulihat kelibat Kak Yana, Abang Soleh dan seorang kanak-kanak lelaki yang comel menuju kearahku. Aku tersenyum girang. Pantas aku meluru kearah Kak Yana untuk mendakapnya semahu hatiku.

“Ooooppss.. Jangan kuat sangat Isah. Orang kat dalam tu nanti terjaga pula..” Jenaka Kak Yana lembut. Aku menghentikan langkahku. Hampir terlupa aku bahawa Kak Yana sedang sarat mengandungkan anaknya yang kedua. Lembut Kak Yana memaut bahuku lantas memelukku penuh kasih. Serasa seolah-olah umi yang mendakapku kini. Oh umi.. Kalaulah kau juga disisiku sekarang..

“Isah jaga diri baik-baik ya.. Ingat semua pesan akak dan Abang Soleh. Hidup satu perjuangan. Biar apapun yang berlaku, yakinlah pada janji Tuhan. Kuatkan semangat, kentalkan iman..Bila balik sini dan Isah pun dah jadi doktor, kita buka klinik sama-sama. Nanti si comel Mujahid boleh mewarisi kita..Semangat Kak Yana sentiasa hidup dalam jiwa Isah..” Lembut kata-kata Kak Yana sambil menggengam erat jemariku.

“Isah janji Kak Yana..Isah akan pulang dengan kejayaan insyaAllah.. Abang Soleh, tolong jagakan Kak Yana dan Mujahid ni. Kalau boleh, tolong carikan adik-adik saya. Mereka sajalah harta yang paling bernilai yang saya miliki..” Tuturku sambil air mata tidak henti-henti membasahi pipiku. Abang Soleh tersenyum penuh makna sambil mengangguk.

“Jaga diri. Abang Soleh sentiasa mendoakan Isah..” ucap Abang Soleh lembut.

“ Selamat tinggal semua”. Perlahan aku menuju ke pintu masuk ruang perlepasan. Kurenung wajah Kak Yana dari jauh. Sekilas wajah umi menjelma. Kutekadkan hati. Perjuangan ini baru bermula. Akan kuhadapinya dengan penuh ketabahan. Janjiku pada diri, Ramadhan takkan pernah hilang lagi..Tak mungkin hilang lagi.. Kerana Ramdhan itulah yang menjadikan aku seorang manusia.. Terima kasih Ramadhan.. Terima kasih Tuhan..

Rentetan rasa
kemboja putih..=)

Tuesday, April 13, 2010

Suara hati yang berbisik...

13 April 2010, 1050 pg..

Hati..

Mengapa menangis..
Tidak cukupkah dengan rahmat y telah Tuhan limpahkan buatmu..keelokan paras rupa.. kecerdasan akal fikiran..kejayaan demi kejayaan...keluarga bhgia yang menyayangimu tanpa lelah..Mengapa menangis wahai hati..apa y kau bimbangkan...

Hatiku menjawab..
Hati ini bersedih kerana terluka dek perbuatan manusia yang kusayang..Melukaiku..Menyakitiku...Tidak menghargai pengorbananku...Kesetiaanku...

Iman yang hanya diam memerhati tiba-tiba mencelah..
Itulah silapmu wahai hati..Kau sandarkan cinta itu pada manusia..Kau percaya bahawa semua itu dapat memebri dirimu senyman, ketawa..Tapi apa yang kau dapat? Hanyalah air mata dan siksa bukan..

Hati terkedu..Rasa pedih pula dibicara sebegitu oleh iman..
Hati cuba membela diri...Aku disini..Dia disana beribu batu..Jauh..berjumpa manakan dapat..Hanya percaya dan setia sebgai janji dann keyakinan..Jauh disudut kalbu aku redha andai ia terputus dipertengahan..Kerana kami serahkan jodoh pertemuan segalanya ditangan Tuhan..dan hanya padaNya kami bertawakal..Namun, bila ujian kadangkla melanda, hati terasa sakit..terasa menyiksa..

Iman menjawab..
Jika benar-benar kau bertawakal padaNYA, jika dia terpaksa pergi dari hidupmu maka engkau lepaskanlah..Sesungguhnya Allah yang sebaik2 perancang dan Maha menentukan...Sandarkan padaNya..Sesungguhnya seluruh kasih sayangmu itu seharusnya milik Allah...Allah menyayngi dirimu..DIA tidak pernah mahu menitiskan air matamu..DIA tidak mungkin meninggalkan mu dikala semua manusia meninggalkanmu..DIA tetap bersamamu walaupun dikala kamu melupakanNYA..Subhanallah cantiknya kasih sayang Allah..lembutnya makrifahNYA y sentiasa meliputi dirimu..

Hati terdiam..mengesat airmata..memandang iman penuh rasa syahdu..
Iman..Perasaan sayang dlm hati ini terlalu dalam...jikalau aku tidak jauh begini..jikalau tiada halangan, aku sekali2 tidak mahu terperangkap dlm jerat perasaan ini..Ingin sekali aku mengakhiri semua ini dengan ikatan kasih y diredhaiNYA..cuma..ia terlalu sukar untuk kami..Iman..aku selalu meminta pada Tuhan..moga dipermudahkan jalan..Aku tidak mahu menjadi manusia y menzalimi dirinya sendiri..aku takut siksa neraka..aku takut gelap dan sempitnya barzakh..mengapa terlalu lemah diri ini..Ya Rabb...Aku lemah benar tanpa diriMU menyuluh jalan buatku..

Iman tersenyum.. Kita manusia tidak pernah lari dr kesilapan..Pulanglah pada Allah yang menciptakan...Sandarkan semua harapnmu padaNYA..Jangan pernah putus meminta pertolonganNya...Allah tidak akn menzalimi hambaNYA yang tidak putus2 mengahrapkn redhaNYA...Engkau bukan lah manusia jahat..Ini ujianmu..hadapilah dengan tenang dan bijak..Bersihkan dirimu dengan taubat..

Hati berhenti menangis...Hati tersenyum..tiba-tiba, satu rasa senang menyelinap dlm jiwa apabila bibir menyebut kalimah ALLAH...ALLAH...indahnya tawakal itu..indahnya rasa berTuhan...Hati terasa kuat..hati terasa nyaman dengan rasa redha dan tawakal...Cantiknya indahnya rasa makrifah MU ya Rabb...

Tidak apalah andai tiada manusia mencintaiku..asalkan Kau meredhaiku..
Iman..terima kasih atas dorongan...Aku akan terus melangkah dengan pasti..Hanya Allah y harus berada di hati...

"Sesungguhnya Allah sebaik2 tempat berganntung.."

Wallahualam

Friday, April 2, 2010

(Siri 2) Jangan Takut Wahai Wanita..Jodoh Pertemuan ditangan Tuhan..YAKIN= )

Sambungan dari siri pertama...

Assalamualaikum..

Jangan Takut Wahai Wanita.. Jodoh pertemuan kan ditangan Tuhan.. Yakin!

Pernah sekali aku memulakan perbualan dengan seorang sahabatku. Dahulunya dia seorang yang amat menutup aurat dan sopan. Tapi kini, dia tidak lagi seperti yang kukenali dia seperti sebelumnya..Hijab tidak lagi setia lekat dikepalanya, pakaiannya juga tidak lagi sesempurna ketika aku mengenalinya suatu ketika dulu. Sebagai seorang sahabat, aku sangat2 menyayanginya..Aku sangat2 bersedih dengan perubahannya. Pernah sekali aku cuba memberanikan diri, bertanya mengapa terlalu cepat benar dia berubah. Dia menyatakan kebimbangannya padaku, juga berkisar soal mencari pasangan. Mmmm sungguh hebat isu ini sebenarnya dan aku sendiri pada mulanya tidak begitu menyedarinya. Hebatnya isu ini sehinggakan ia mampu mengubah seseorang itu dengan begitu drastik. Salah siapakah sebenarnya ini? Salah kaum wanitakah yang tidak meyakini kecantikan yang telah Allah berikan padanya dan tidak meyakini jodoh pertemuan yang ditentukan Tuhan? Atau salah sang adam yang terlalu memandang paras rupa bila masuk dalam hal2 mencari pasangan?

Aku tidak menafikan, bahwa kebanyakan kaum adam amat2 mementingkan soal paras rupa. Aku ada juga bertanya ramai rakan-rakan lelakiku, kriteria2 bagaimanakah yang mereka cari, dan CANTIK merupakan salah satu daripada kriteria utama mereka. Persoalannya, apakah cantik dimata lelaki A sama dengan cantik dimata sang lelaki B? Cantik macam mana sebenarnya, yang berkulit cerah? tinggi ala2 model? slim macam Nasha Aziz? Kulit halus macam kulit tomato? Kalaulah semua lelaki punya taste yang sebegini, alamatnya bukan saja wanita yang akan jadi anak dara tua (aku pun tidak adalah yang mahu sebab nak banding aku dengan Nasha Aziz memanglah jauh bezanya hehe), malahan ramai lelaki juga tidaklah berkahwin sebab kriteria2 itu terlalu perfect dan kerana mereka tak dapat menemui ramai yang perfect sebegitu mereka juga haruslah membujang sampai tua...

Sahabat... Kecantikan adalah sesuatu yang sangat2 luar biasa untuk didefinisikan. Aku sama sekali tidak menyokong bahwa wanita yang cantik adalah hanya wanita yang memiliki ciri2 yang telah ku utarakan diatas. Itu adalah definisi kecantikan yang dicipta oleh mentaliti barat dan kerana kita semua telah terpengaruh dan dijajah mindanya, maka tidak hairanlah ramai wanita hari ini berlumba2 menjadi golongan anorexia nervosa. Tidak kurang ada beberapa kes baru2 ini yang kudengar ada yang meninggal dunia akibat kaedah LIPOSUCTION gara2 hendak memiliki tubuh ala2 model. Tidak kurang juga ada yang meninggal dunia gara2 terlalu banyak menelan pil kurus. Maka tidak hairanlah banyak slimming firm telah ditubuhkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sebagai seorang pelajar perubatan, aku dapat mengenalpasti ada beberapa kaedah yang mereka gunakan adalah bahaya kepada tubuh wanita itu sendiri. Membuang portion lemak yang berguna sebagai tenaga simpanan dalam badan, dan ada juga kaedah yang banyak membuang kuantiti air yang amat penting dalam memastikan metabolisme tubuh yang normal. Untuk jangka masa panjang, ini membahayakan kesihatan wanita itu sendiri. Aku tidak menafikan bahawa menjaga kecantikan dan kesihatan adalah penting dalam agama Islam, tapi biarlah kena pada tempatnya. Biarlah melalui cara kita menjaga pemakanan dan memperbanyakkan senaman. Semua ini ada digariskan dalam Islam.

Akhirnya yang menjadi mangsa keadaan adalah kaum wanita. Mentaliti ciptaan barat ini telah berjaya mengucar ngacirkan kefahaman seorang islam itu sendiri. Kaum wanita semakin hilang keyakinan diri, malah keyakinan untuk berpegang pada asas-asas islam itu sendiri. Kepercayaan dan keyakinan dalam menutup aurat semakin lama semakin terhakis dek kerana terlalu percaya kepada definisi kecantikan yang dicipta barat itu. Yang cantik itu mesti yang slim macam model, tinggi, yang seksi. Kalau bertudung, tak cantik, tutup satu badan buat apa. Pernah seorang rakan non muslimku bertanya kepadaku, "Why are u wearing Hijab, I know that u are very beautiful, but why u keep the beauty hidden? Isnt beauty has to be shown to others? Didnt u have pride for it?".. Aku tersenyum dan menjawab, "Thank you for the compliment, but beauty is like a pearl in the sea. The beautiful pearl is being protected in its own shell. A very tough protective shell and so as the beautiful woman. We protect the beauty. We preserve it specially for our beloved husband.. Thats what Islam obliged us to do and to believe.."

Sahabat.. Hanya Jauhari yang dapat mengenal manikam. Kita tidak perlu menjaja kecantikan kita untuk mendapat perhatian lelaki. Lelaki yang baik, mereka pandai untuk menilai kecantikan sejati seseorang wanita itu. Wanita itu tidak perlu mendedahkan apa2. Kecantikan sejati itu bukanlah hanya terletak pada kecantikan paras rupa semata2. Jika seseorang lelaki itu hanya menyintai kita kerana kita seorang yang jelita, nanti apabila kejelitaan itu dimakan usia, apakah lagi alasan untuk dia menyintai kita? Dia akan meninggalkan kita. Kecantikan sejati seorang wanita itu terletak kepada keimanannya, kesolehannya dalam beragama, budi pekertinya yang membuatkan semua yang mendekatinya menjadi lapang dada, ketaatannya kepada kedua ibu bapanya, kasih sayangnya kepada yang lemah dan tidak berupaya, ketinggian ilmunya baik ilmu dunia lebih2 lagi ilmu agama. Kecantikan seorang wanita itu terletak pada tingginya rasa takutnya kepada Yang Maha Pencipta. Lelaki yang soleh pasti mencari ciri2 kecantikan ini seperti yang telah digariskan Allah dalam agama, bahawa dikahwini seorang lelaki itu dengan seorang wanita itu atas 4 ciri, hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan ketinggiannya dalam beragama. Bahawa berbahagialah sekiranya wanita itu tinggi dalam agamanya. Inilah yang bererti kecantikan. Inilah kecantikan hakiki yang harus kita pegang kuat padanya. Jangan kita terikut2 jajahan mentailiti yang didalangi barat itu.

Jika lelaki itu tidak menyintai kita hanya kerana kita berkulit gelap seperti dayang senandung, biarkan. Jika lelaki itu tidak menyintai kita hanya kerana kulit kita tidak halus mulus seperti model dalam iklan Olay, biarkan. Jika lelaki itu tidk menyintai kita hanya kerana kita tidak tinggi kurus lampai seperti Nasha Aziz, biarkan. Bukan paras rupa yang menjadi ukuran utama disisi Allah. Tetap percaya bahawa Allah telah menjadikan kita semua dengan begitu cantik. Seindah hiasan adalah wanita solehah, dan Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Kecantikan itu abstrak, kita jaga peribadi kita. Kita jaga akhlak kita. Kita update dan tambah iman kita. Kita halusi lagi budi pekerti kita.. insyaAllah, akan terpancarlah kecantikan itu dengan sendirinya tanpa perlu kita touch up wajah kita dengan bertan-tan eye shadow, mascara, lipstick atau yang sewaktu dengannya.

Kita pakai bedak wudhu pada wajah kita setiap hari. Kita pakai mascara menatap ayat2 al Quran setiap hari. Kita sapukan lipstick zikir dan memperbincangkan ilmu agama setiap hari. InsyaAllah dengan sendirinya akan terpancarlah keserian dan kecantikan hakiki. Dan seperti yang kukatakan, hanya jauhari yang dapat mengenal manikam. Lelaki yang baik pastinya akan dapat melihat semua kecantikan ini tanpa perlu wanita itu mendedahkan rupa parasnya untuk tatapan umum. Kita umat Islam. Keyakinan kita pada janji Tuhan itu amat penting. Tak mengapalah kalau cinta kita pada si A tidak berbalas kerana si A merasakan kita tidak cantik. Lebih penting lg Allah meredhai kita. Satu hari nanti, pasti Allah akan menganugerahkan kita dengan insan yang lebih baik dan sempurna. ingatlah janji Allah itu.

Baru2 ini, aku ada menonton filem Ketika Cinta Bertasbih. Aku amat menyukai jalan ceritanya, mengisahkan bagaimana Allah mengaturkan jodoh yang sempurna, namun Allah menyelitkan berbagai cabaran dan dugaan.Namun hanya dengan keimanan dan keyakinan, semua itu dapat diatasi dan mereka menemui jodoh yang terbaik. Akhirnya Anna dan Azam bersatu. Aku juga tertarik dalam satu bahagian dimana Anna minta Furqan untuk tidak menduakannya selagi dia masih mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Sebagaimana Nabi Muhammad tidak pernah menduakan Siti Khadijah selama Siti Khadijah masih hidup, dan sebagaimana Ali tidak pernah menduakan Siti Fatimah. Layakkah aku nanti untuk membuat permintaan sebegitu kepada bakal suamiku nanti, aku sendiri tak pasti.. Bersama2lah kita berdoa agar kita semua bakal dikurniakan suami yang soleh, anak2 yang soleh solehah dan semoga dipermudahkan jodoh kita masing2. Sandarkan lah segala doa, pengharapan dan impian kita pada Allah, sesungguhnya Dia sebaik2 tempat berlindung. Biarlah manusia tidak mahu pada kita, jangan kita biar Allah menjauhi kita. Sesungguhnya apa yang ada didunia ini hanyalah pinjaman semata2, akhirat juga destinasi yang pasti dan abadi. Sebelum aku mengundur diri, dan membuka semula nota2 medicku, ingin aku hadiahkan sebuah sajak yang aku petik dari novel Ketika Cinta bertasbih yang amat kugemari..

KAU MENCINTAIKU...
kau mencintaiku..
seperti bumi...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
menanggung beban derita...
tak pernah lelah menghisap luka...
kau mencintaiku...
seperti matahari...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
membagi cerah cahaya...
tak pernah lelah...
menghangatkan jiwa...
kau mencintaiku...
seperti air...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
membersihkan lara...
tak pernah lelah...
menyejukkan dahaga...
kau mencintaiku...
seperti bunga...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
menebar mekar aroma bahagia...
tak pernah lelah...
meneduhkan gelisah nyala..
Semoga kita berjumpa lagi dilain coretan...=) Cintailah ALLAH=)
Wallahualam

(Siri 1)Jangan takut wahai WANITA..Jodoh pertemuan Allah tentukan...YAKIN=)

2 April 2010, 1401 pm





Assalamualaikum,





Menemui sahabat yang kukasihi. Maaf sebab lama benar jari jemari ini tidak melakar sebarang coretan di blog ini. Mungkin kerana terlalau sibuk study (mgkn juga alasan), atau mgkn kerana aku sendiri terlupa akan kemanisan menulis coretan sebegini, sedangkan ia telah menjadi nadi dan iramaku sejak dulu lg. Sedang aku menunaikan kewajipan solat Zuhur tadi, hatiku terusik lembut. Ada sesuatu dalam raga ini yang ingin aku luahkan, dan ingin sekali aku kongsikan buat semua sahabat..





Rasanya, pernah aku garap sebuah penulisan tentang hal ini dulu, tentang wanita. Betapa aku bangga diciptakan sebagai seorang wanita, dan betapa aku pilu melihat kejatuhan wanita di abad ini. Aku memerhati dan terus memerhati. Aku memerhatikan wanita disekelilingku, begitu juga aku memerhatikan diriku sendiri sebagai seorang wanita. Jikalau Siti Khadijah atau Siti Aisyah isteri tercinta Nabi bisa melihat kaum wanita zaman ini, pasti hati mereka pilu dan kelopak mata mereka takkan bisa kering oleh air mata. Kecantikan dan keindahan wanita yang dihiasi Allah pada wanita telah malap, darjat dan maruahnya telah jatuh..





Aku seorang wanita. Kuakui, diri ini terlalu banyak kelemahan. Terlalu banyak khilaf dan cacat celanya. Kadngkala air mata ini menitis, mengenangkan dosa dan gagalnya aku untuk menjadi seindah hiasan dunia. Aku juga gagal menjadi semulia-mulianya wanita, semulia Siti Khadijah dan Rabiatul Adawiyah..Kadangkala aku lalai dan leka dari mengikuti segala suruhanMu Ya Rabb..Aku lemah dan terlalu tidak sempurna.. Ampunkan hambaMu yang lemah ini ..Ya Tuhan..Hati ini tambah parah pabila aku melihat satu persatu wanita hari ini, hilang serinya, tersungkur ke jalan binasa. Tubuh wanita kini di sentuh lelaki ajnabi tanpa segan silu, kulit cerah mulus mereka menjadi tatapan mata-mata jahat sang adam tanpa belas. Suara lunak mereka menjadi 'pil khayal' kepada sang pendengar setia.. Kelembutan dan kejelitaan mereka menjadi aset yang dijaja oleh kezaliman perniagaan ekonomi yang memperdagangkan maruah wanita yang seharusnya dilindungi dan dipelihara.. Dunia..Dunia...





Ku cuba mencari apakah sebenarnya asbab kepada semua kecelaruan ini. Apakah yang membuatkan sahabat-sahabat kita dan aku sendiri semakin lama semakin hanyut dalam dunia sementara ini. Adakah kita lupa kepada janji Tuhan, bahawa dunia ini hanyalah satu persinggahan. Kita hanyalah musafir yang sedang membawa bekalan menuju akhirat yang pasti..





Lama juga aku cuba mencari jawapan..Aku sering cuba bertanya, mengapakah agaknya semua ini terjadi. Ada juga aku membelek majalah-majalah hiburan, dan majalah remaja untuk mendalami lagi suara hati dan pemikiran wanita abad ini. Satu punca yang kukenalpasti, ialah ketakutan wanita zaman kini tidak dilamar mana-mana lelaki. Tidak aku nafikan, lelaki zaman kini sangat sedikit jika dibandingkan dengan populasi wanita. Tidak silapku, seorang lelaki itu wajar kahwin 4 sekiranya hendak memberi peluang kepada seluruh kaum wanita menikmati alam berumahtangga. Ini membuatkan wanita-wanita muda yang masih belum berumahtangga, seperti aku contohnya, menjadi gementar. Takut kalau-kalau lelaki yang baik sudah habis.(ibuku juga sebenarnya sangat bimbang kalau-kalau aku tidak laku,maklumlah, doktor wanita katanya sukar mencari jodoh=)). Takut kalau-kalau tiada siapa ingin masuk meminang.Takut kalau-kalau diejek kawan-kawan sebab tak laku. Berasa rendah diri bila melihat semua teman disekeliling mendapat hadiah ketika Valentine tetapi tidak diri sendiri.





Setelah ketakutan dan kegementaran itu, wanita mula mencari jalan bagaimana untuk memastikan bahawa mereka tidak berada dalam kalangan wanita yang tidak menarik dimata sang adam. Dari situlah, bermulanya kelalaian dalam menutup aurat. Kelalaian dalam menjaga batasan. Kelalaian dalam menjaga maruah diri. Alasan yang diberikan, "saya tidak cantik, tidak anggun. Sekiranya saya memakai hijab, kecantikan sebenar saya akan terlindung.rambut saya yang hitam menawan ini tidak bisa diragakan.. Sekiranya saya tidak mendedahkan kulit mulus saya, sang adam tidak bisa melihat dan menghargainya.. Sekiranya saya tidak berdampingan dengan mereka, mereka tidak akan dapat melihat betapa menarik dan istimewanya saya ini..."





Wahai wanita, kaum hawa yang sama sepertiku..Ketahuilah bahawa kita semua ini terlalu cantik..Allah telah mencipta kita terlalu indah. Cantik. Tiada seorang pun antara kita yang tidak istimewa. Aku kau dia dan kamu..Semuanya begitu indah..Aku tidak segan mengatakan bahawa, ya..Allah telah memberikan kecantikan padaku,pada adik2ku, pada rakanku, pada muslimah saudari2 seislamku..Kita semua terlalu istimewa..Tidak kiralah samada kita berkulit gelap, cerah, kuning langsat, hitam manis.. Tidak kiralah samada kita tinggi lampai seperti model, atau rendah, tapi comel kan... Tidak kiralah kita ini seorang doktor, engineer, akauntan, atau hanya guru biasa. Kecantikan dan kemuliaan yang Allah beri pada kita kaum wanita jangan sekali-kali kita nafikan. Apa juga bentuk paras kita. apa juga pekerjaan kita, kita ini adalah aset paling indah yang dicipta Allah.





Kita sering gelisah dan bimbang sekiranya tiada lelaki yang ingin mengetuk pinti hati, menghadiahkan sebuah cinta buat kita. Ku tidak nafikan, bahawa aku juga pernah resah atas sebab yang sama. Melihatkan ibu yang sering menasihati aku supaya jangan terlalu sombong dengan lelaki yang cuba mengetuk pintu hati ini, aku jadi keliru. Aku memahami niat baik ibu itu yang ingin sekali melihat aku berumahtangga dan memiliki sebuah kehidupan yang lebih baik. Lebih-lebih lagi ibu bimbang sungguh dengan profesion yang kupilih ini, dan melihatkan aku sering saja menolak lamaran cinta dari lelaki-lelaki yang pernah menyukaiku. Lebih-lebih lagi usia sebegini katanya memang usia membina rumahtngga. Tapi ibu, aku menolak mereka bukan kerana aku tidak ingin berumahtangga. Aku menolak mereka kerana bagiku,soal2 begini asasnya perlu kuat. Percintaan bukanlah satu mainan remaja-remaja sepertiku. Percintaan itu seharusnya adalah sebuah perkahwinan. Aku ingin menyintai lelaki yang benar-benar ikhlas ingin menikahiku dan menjagaku hingga keakhir hayat.Aku ingin menyintai lelaki yang bergelar suami. Aku ingin lelaki itu menjadi suamiku. Bukan sekadar couple, then berpisah. Coupe lg dan berpisah. Nak cari yang terbaik, kenalah screening test dulu katanya. Aku tidak mahu dijadikannya pasangan kepit yang dijaja pada kawan-kawannya. Bukan sekadar aku dijadikan pasangan hanya pada nama, tanpa sebarang ikatan. Bukan sekadar menjadi pasangan yang hanya diguna untuk melampiaskan nafsu sang adam. Wanita, kita seharusnya dihormati. Dilindungi. Dijaga maruahnya. Dijaga kecantikan dan keayuannya...





Alhamdulillah setelah aku lebih mendalami agama, aku menjadi semakin kuat. Aku tidak lagi bimbang. Keresahan itu jangan sesekali memungkinkan aku menjatuhkan kemuliaanku sebagai seorang wanita yang seharusnya dihormati dan dilindungi. Hijab ini adalah perisai buatku dari panahan nafsu lelaki. Pakaian yang menutup aurat adalah senjata untuk mematahkan serangan syaitan yang bisa menghasut sang adam yang mungkin terdetik untuk memusnahkan kehormatan seorang wanita. Dan MALU, adalah seindah2 pakaian buat wanita2 solehah.





Wanita, tidak salah sekiranya kita bimbang yang kita mungkin tidak disunting mana-mana lelaki. Setiap dari kita mahupun aku juga mempunyai impian untuk membina kehidupan yang baik dan indah2 semahunya. Namun janganlah membiarkan ketakutan kita itu membuatkan kita tersungkur dari landasan yang sebenarnya..Kita kan orang Islam, orang yang beriman dengan syahadah..Orang yang bertaqwa.. Allah dah menjanjikan bahawa lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.. Janji Tuhan tu, takkan kita hendak menidakkannya. Sekiranya kita menyintai seorang lelaki, tetapi dia meninggalkan kita atau tidak membalas cinta kita, janganlah kita gundah gulana. Allah kan ada,banyakkan bertawakkal padanya. Mungkin dia bukan lelaki yang terbaik buat kita. Lebih baiklah kita bersendiri daripada mempunyai teman lelaki, tetapi tubuh kita sering disentuhnya, kita memakai hijab dan menutup aurat tapi kita disuruhnya memperaga dan menjaja tubuh sendiri. Lelaki apakah seperti itu, dia bukannya mahu melindungi dan memelihara kita, tapi tambah merosakkan kita. Lelaki seperti itu yang hendak kita buat suami?? Bukankah seorang suami itu yang akan memimpin isterinya ketaman syurga, mendidik dan membimbing isterinya menjadi seindah2 hiasan dunia? Ini bukan suami yang baik, tapi dia sendiri akan menjerumuskan kita kedalam neraka...





.........Bersambung dalam Jangan Takut Wahai WANITA (siri 2)...