... I am A restless brain ...

Saturday, March 31, 2012

..menjemputku bersama tegukan arak..

Assalamualaikum wbt,

merenung jendela kamar fosterbrook neighbourhood, 7.25 pagi.

Tenang sungguh perasaan menghirup angin pagi yang sedikit dingin. Baru saja menunaikan solat fardhu subuh dan menghidang rohani dengan ayat-ayat suciNya. Hujung-hujung minggu begini, orang biasanya tak akan lepaskan peluang untuk tidur sehingga tengahari. Tapi aku ni lain pula ceritanya, dah terbiasa untuk aktif di pagi hari, susah aku nak tidur balik. Bagiku waktu inilah otakku paling laju dan paling segar, jadi aku ingin memanfaatkannya. Kalau dirumah di malaysia ketika ini, rancak sudah aku mengemas rumah, menjerit bagai tarzan mengejut adik-adikku. Maklumlah, aku ni ade allergic sikit dengan 'kesepahan' haha. Lagipun, orang kata rezeki tak masuk kalau tidur lepas subuh ^-^

Mahu bergebang tentang peristiwa malam khamis yang lalu. Alhamdulillah aku sudah tamat menjalani enam bulan rotation medicine dan surgery yang penuh menyeksakan itu. Sangat tough. Periksa tempoh hari berjalan dengan baik, tapi tak tahu lah rupa apa result ku nanti. Aku serahkan segalanya kepada Yang Esa. Biarlah DIA memberi aku yang terbaik.




Malam khamis tempoh hari, kami semua tamat peperiksaan. Ketika itu aku baru pulang pukul 9.00 malam daripada melawat temanku ida yang sudah lama tidak aku ketemu kerana kesibukan masing2. Waktu itu jam tepat menunjukkan pukul 1230 malam dan aku sudah bersiap sedia untuk tidur di atas katilku yang cukup empuk itu. Tiba-tiba telefonku berdering, aku terpinga, tercatat nama 'mark o connor' di skrin. Eh, apa pula mamat ni nak malam-malam begini. Aku mengangkat lantas mendengar suara Grainne di hujung sana. Grainne seorang gadis Irish berusia 27 tahun.

"Hi Farah, we are just outside your house! Open the door!" suara Grainne, termengah-mengah.

"Are u serious?? No u are lying grainne! what did u do in front of my house at this hour?" balasku mesra, aku tidak percaya.

"Take a look at your window!" Grainne meyakinkanku.

Subhanallah mereka bertiga memang ada di depan rumahku. Terjerit-jerit memanggilku. Mark, Gerard dan Grainne. Mereka adalah teammates ku sepanjang enam bulan rotation kami. Kami memang baik dan kemana saja kami biasanya berempat. Mereka sangat menjaga aku dan menolong aku sekiranya aku dalam kesusahan. Biarpun kadangkala mereka selalu gelakkan ke'blur'an aku ketika aku lost dalam perbualan mereka yang selalunya aku tak tahu hujung pangkalnya, tapi bagi aku, mereka memang baik. Baru aku teringat malam ini mereka ada parti post exam berdekatan perumahanku. Itu yang agaknya mereka singgah.

Aku bergegas turun ke pintu bawah. Aku terlihat Gerard sedang cuba menjolok-jolok tangannya mengambil kasut yang terletak tersusun di rak depan pintu. Gerard memang yang paling nakal dan paling muda dalam group kami. Aku sudah biasa dengan kenakalannya. Aaahh sudah...Mabuk lah ni. Aku buka pintu, mereka menyergah masuk. Rumahku ini sebenarnya memang tak benarkan lelaki masuk kerana kami semua perempuan. Serba salah aku dibuatnya. Namun belum sempat aku berkata apa-apa mereka menyergah masuk begitu. Takkan nak dihalau pula.. Aduh....

"Can we come in?" Grainne menyapa riang.

"Of course, come in " Aku menyambut mesra. Tetamu kan, tak kiralah siapapun, mesti dilayan dengan sempurna.

Aku bawa mereka ke dapur. Orang putih masuk rumah tak buka kasut, mereka terus menuju ke dapur rumah. Then baru aku perasan Mark sedang pegang dan sibuk meneguk botol arak. Bila aku pandang betul-betul wajah mereka bertiga, mereka dalam keadaan separuh mabuk. Aku sudah bimbang. Housemates ku yang lain semua berada dibilik atas, takut nak keluar. Lagipun mereka exam esoknya.




"U want anything to eat or drink? I have tomato rice here, u should taste it," Tanyaku sambil sibuk menghidang nasi tomato yang masih dalam periuk. Apa lagi yang ada selain itu malam-malam buta ni.

"Do u have beer farah?" Mark yang masih meneguk arak bertanya. Dia macam bukan Mark yang aku kenal. Mark biasanya sangat cool dan berkarisma. Lagipun umurnya sudah 27 tahun, dah aku anggap macam abang. Tapi itulah, manusia hilang sifat warasnya bila dibawah pengaruh arak.

" Of course we dont have it mark. U know i never drink it and will never take it.." Jawabku selamba sambil menghidang nasi itu pada Gerard dan Grainne yang masih boleh mengawal diri. Mark tidak mahu, masih dalam dunianya sendiri.

"Oh come on, I dont understand muslims. Why u guys dont want to drink this.. Its fabulous..Come and have a sip.." Mark masih cuba memujukku. Aku ambil jarak sedikit jauh darinya. Menolak dengan cara baik. Risau juga aku kalau arak itu tumpah atau Mark mula memecahkan botol itu dalam rumah. Dalam hati tidak habis-habis aku berdoa. Moga tak ada perkara tak diingini berlaku. Gerard dan Grainne masih menikmati nasi tomatoku. Sedap agaknya haha

"Farah, we are here to bring u to the pub! Lets go and dance together. U have to come with us.." Grainne bersuara. Aku kaget. Aaaahhh sudah..

"Oh grainne, u know that im very bad at dancing..And Im actually not allowed to go there.. U guys go enjoy yourselves.." Aku menolak lembut, memikir helah untuk menolak dengan berhikmah.

" Oo farah come on. U cant say no! Go get change and follow us! Ill teach u how to dance! And u should taste this beer! " Mark mendesak, mengacu-acukan botol arak itu padaku, sambil tangannya cuba mencapai bahuku. Aku mengelak sopan. Masih cuba mengawal keadaan dan masih berdoa agar mereka pulang cepat.. Cemas juga aku. Pertama kali aku berhadapan dengan orang mabuk yang merupakan rakan-rakan baikku di hospital, dirumahku pulak tu!

"No thanks... Im really happy to have u guys here today.. U guys go and enjoy yourselves okay!" Aku masih menolak. Hampir dekat setengah jam mereka bertandang, akhirnya mereka putus asa dan beransur pulang. Sedikit kecewa gagal membawaku ke pub kegemaran mereka.

Selepas saja mereka hilang dari pandangan, maka aku bergegaslah men'sterile'kan bajuku, aku basuh ketika itu juga didalam mesin basuh, dan aku basuh semua pinggan mangkuk dan tempat mereka duduk tadi. Bimbang ada arak yang bersisa walaupun aku yakin tak ada setitis arak pun yang tumpah dari mark tadi. Tahu - tahu sajalah aku ni ada masalah obsessive pada hygiene, jadi aku rancak membuat pembersihan segara, itupun pada pukul 1.30 pagi!! .......

Aku tak pernah sangka yang aku akan menerima kedatangan mereka ke rumah dalam keadaan begitu. Aku sangat gembira mereka mengingati aku dan meziarahi aku, gembira menerima mereka menjadi tetamuku, tetapi mungkin jangan dalam keadaan begitu lagi. Tuhan saja tahu betapa aku bimbang ada perkara-perkara tidak diingini berlaku kerana apabila mereka di bawah pengaruh arak, mereka bukan lagi rakan-rakanku yang baik dan selalu menghormati aku. Sepanjang malam aku tertanya-tanya hikmah kejadian ini. Aku seorang muslimah, ada maruah dan iman harus dijaga, namun dalam masa yang sama, aku tidak mahu berkasar dengan mereka.

Keesokan harinya aku menerima whatsapp dari grainne,

' Apologies for the call by last night!!! Hope we didnt wake your whole house!!!'

Aku tersenyum sendirian. Dah sober up la tu..

Subhanallah.. Aku panjatkan kesyukuran atas nikmat Islam dan Iman. Biar aku kolot di mata mereka kerana berpakaian litup dan tidak minum arak, tidak dapat berparti dan tidak ke kelab malam, tapi sebenarnya aku cukup bangga menjadi seorang muslimah. Terjaga akidahnya, terjaga akhlaknya, terjaga maruahnya terjaga kewarasannya. Teringat kata-kata seorang muslimah US dalam debatnya mengenai hijab dan niqab (purdah);


“I want people to know I choose to cover this way because im fighting over the systematic oppression against women where the women’s body have been sexualised, this is the different perspective and different empowerment, and which i think when im in public my sexuality is within my control, and people have TO DEAL WITH MY BRAIN AND WITH WHO I REALLY AM, and not by my BODY.”


Akhir kalam, mari jadi muslim yang kuat jati diri, biar dimana berada, tetap dengan keimanan dan identitinya. Kita jadi seperti ikan, yang walaupun hidupnya di lautan dalam yang masin, namun ikan tidak pernah menyerap air yang masih kedalam tubuhnya yang bisa menjadikan tubuhnya masin bila dijamah manusia.

Mari kita jadi muslimah yang kuat luar dan dalam, bisa jadi seperti Sumayyah, syahid dalam memperjuangkan akidah! Jom layan debat ini!



That's how muslim women's are, Brave, Religious and Piety.

wallahualam

2 comments:

farizamm said...

Huhu. Kesian kesian.. Isk3. Semoga allah melindungi kamu sahabat! :)

FArAh sYaZaNa zAkAriA said...

mohon doanya hajjah fariza! <3