Assalamualaikum
fosterbrook neighbourhood, 9.07 pagi
Pagi ni memang nekad nak belajar sepanjang hari selepas semalam seharian aku tidak pegang buku gara-gara pergi menonton hockey match ireland vs malaysia. even the result was draw and malaysia tak dapat ke olympic, however it was a good game indeed. well done malaysia!!
nekad nekad pun, jari jemari aku memang tak tahan nak menconteng sesuatu di laman blog yang agak sunyi recently, tentang sesuatu.
Exam is just around the corner and everybody is so busy preparing and doing their best, so do I. This is my toughest exam sepanjang 7 tahun pengajian aku untuk memegang ijazah kedoktoran, insyaAllah im giving my best right now. Tapi hati dan fikiran tak dapat lari dari memikirkan masalah tipikal wanita sebaya aku yang masih bujang.
Aku bukanlah wanita yang ingin mencanang kisah ceritera diri pada satu dunia. Aku bukanlah wanita yang mahu menjaja kisah cinta. Aku diam tidak semestinya aku tidak kisah. Aku bisu tidak semestinya aku tidak mahu. Biarlah bahagia itu, luka itu, senyuman itu dan tangisan itu menjadi rahsia aku dan DIA.
Lebih-lebih lagi rancak benar rentak hidupku sejak kebelakangan ini asal saja aku bertemu rakan taulan, soalan tipikal yang aku tidak dapat lari ialah, "Fasya, bila walimah?". Aku tak bohong, kadang2 dalam sehari berpuluh-puluh kali soalan yang sama dilontar, buat telinga aku jadi kebal, hati jadi mual. Aku bertanya pada Suha, rakan serumahku, "Suha, muka akak ni ada muka orang yang desperate nak kawen ke?". Jawab Suha, "Tak adalah desperate, cuma muka akak memang ada muka orang nak kahwin". kriiikkk kriikk kriiikkk (0_0)
Baru-baru ini seorang sahabatku dilanda masalah. Dirinya seolah-olah tidak tentu arah. Asyik gelisah dan resah. Bila aku bertanya, sahabat ku mengatakan yang dia mempunyai masalah yang tidak mungkin ada jalan keluarnya. Aku katakan padanya, tidak ada masalah yang tidak ada jalan keluar, kerana setiap jalan keluarnya ialah Allah swt. Aku bimbang sungguh melihat dirinya kerana kami sama-sama akan menduduki exam yang hanya seminggu dari sekarang. Aku tidak mahu melihat dia gagal.
Masalah sahabat ini adalah kerana cinta. Kerana perhubungan. Masalah tipikal untuk mana-mana gadis seusia aku. Lebih-lebih yang masih belum menjejak gerbang perkahwinan yang dikatakan cukup indah itu. Namun aku percaya dalam perkahwinan juga masalah tidak lenyap, ia tetap ada. Cuma bezanya bagaimana kita berhadapan dengan masalah tersebut.
Bohonglah sekiranya aku tidak mempunyai masalah ini. Masalah yang hebat sungguh impaknya kepada WANITA SEPERTI AKU. Siapa kata aku tidak punya masalah? Aku juga ada. Siapa juga kata yang aku tidak mahu berkahwin? Aku juga mahu. Punya suami, punya zuriat, punya sebuah syurga dunia. Kalau nak diikutkan masalah ni, hati memang resah, bimbang dan macam-macam lagi. Masalah aku memang besar, bukan kerana aku duduk bimbang diri tak laku, bukan juga bimbang kerana tidak ada yang mahu, tapi masalah aku ni lain dari yang lain dan agak susah nak diselesaikan. Tapi boleh diselesaikan. Cuma penyelesaiannya pasti akan melukai hati beberapa pihak. Tapi masalahnya, aku cukup malas nak fikir. Baik concentrate exam yang bakal menjelang.
Secara jujurnya, hati ni kadang-kadang jadi beku sedikit. Asal saja berjumpa berkumpul dengan teman-teman, topik kahwin ni pasti akan naik. Tak tau kenapa memang tak boleh nak elak. Mungkin juga sebab umur 24 tahun memang peak orang duk rancak bernikah dan sana-sini tiap-tiap hari bertimbun-timbun jemputan ke walimatul urus. Apa lagi untuk orang-orang yang masih solo semuanya pasti jadi kaget. Kata orang after 25 tahun atau apabila tamat degree dan balik malaysia nanti lelaki yang baik seusia kami pasti sudah habis menjadi suami orang. Apatah lagi kami ini bakal menjadi doktor, lulusan luar negara, takut orang nak datang meminang, itulah yang selalu didoktrin kepada kami. Jadi no wonderlah ada yang sudah mula tidak sedap duduk. Nak lagi ada rakan lelaki kami yang bermulut sedikit 'jahat' berkata " Aku tak nak kahwin perempuan yang doktor, nanti tak ada orang jaga anak-anak aku, aku nak kahwin dengan cikgu." Berbisa sungguh dialog itu (^_^)
Again secara jujurnya, aku sebenarnya tak adalah bimbang sangat. Aku pun actually tak kisah sekiranya ditakdirkan aku tidak menemui jodoh. Dulu, memang terasa tekanannya, tapi, aku sedar semua qadarnya ini telah direncanakan dengan cantik dalam kitab lauh mahfuz, dan apa saja yang tertulis di dalamnya, aku akan redha. Ini bukan kata-kata 'cover line' or anything like that, tapi itulah yang benar-benar aku rasa. Like I said, siapa yang tak nak menjejak dunia indah itu, semua pun mahu. Tapi, aku tidak mahu isu ini menjadi punca aku hilang arah, atau merasa gelisah. Dulu, isu ini pernah membuat jiwa aku sedikit kacau, namun, as the time goes by, dan aku menjadi semakin dewasa dan makin memahami erti hidup, aku semakin tenang dan redha.
Kerana sesungguhnya aku tahu, arah tujuan sebenar kehidupan ini adalah untuk mengejar cinta Allah. Perkahwinan juga adalah untuk mengejar cinta Allah. Itulah sebenarnya matlamat puncak setiap tindakan dan keperluan. Rasa cinta dan kasih sesama manusia adalah fitrah, yang mana aku juga memilikinya, jadi bohonglah sekiranya mengatakan yang aku tidak ada. Cuma, aku tidak mahu isu ini menjadikan aku menjadi wanita yang lemah dan hilang punca. Aku suka benar pada kata-kata seorang rakanku padaku, "Belum terbukti kekuatan iman seseorang itu selagi dia belum diuji".
Ingin sekali aku katakan kepada rakanku itu, yang terlalu menyintai, tetapi terluka apabila menyedari cinta itu mungkin tidak kesampaian, dek berbagai-bagai masalah baik pihak keluarga, kewangan mahupun keserasian. Aku berkata-kata kerana aku juga merasainya, aku juga pernah menyintai dan dilukai. Aku tahu benar rasa itu. Aku familiar benar dengan luka itu. Cuma, aku tidak biarkan rasa atau luka itu menjadikan aku wanita yang lemah dan lumpuh. Aku biarkan rasa dan luka itu menjadi dinding yang kukuh dan tiang yang tegap agar semangat dan iman ini tidak pernah runtuh atau jatuh.
Tidak salah untuk merasa bimbang, hakikatnya di akhir zaman ini memang wanita ternyata jauh lebih ramai dari lelaki, yang semestinya menjadi salah satu hikmah dan asbab mengapa Islam membenarkan poligami. Setiap wanita punya hak merasakan kebimbangan itu. Sebegitu juga aku. Untuk memiliki seorang IMAM dan NAKHODA yang mulia dalam kehidupan, semestinya menjadi impian paling diidami. Namun disinilah Allah sedang menguji, sejauh mana kebergantungan kita padaNya, sejauh mana kita meyakini ketentuanNya.
Telah tertulis cantik perjalanan kehidupan kita sejak azali, siapa jodoh kita, bila kita mendapat zuriat, apa kerjaya kita, dan bila kita mati, semuanya sudah direncana Allah swt sejak kita masih belum dilahirkan. Memiliki seorang suami yang menyintai dan membahagiakan, sudah semestinya akan tetap menjadi impian dan angan-angan untuk wanita seperti aku. Apatah lagi aku terlalu ingin merasai apakah rasanya melahirkan seorang zuriat dan menjadi seorang ibu, subhanallah, hanya Tuhan saja yang tahu keinginan itu dalam hati ini. Biarpun orang kata melahirkan itu amat menyakitkan, namun aku ingin sekali merasai menjadi mujahid dalam kesakitan itu. Namun, untuk detik dan ketika ini, biarlah ia tetap menjadi angan-angan dan impian semata-semata, sehingga waktu yang direncana itu tiba.insyaAllah, dengan izinNya.
Tiada rasa yang lebih indah dan asyik, melainkan rasa tawakkal dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepadaNya. Aku, menyerahkan segala urusan ini padaNya. Aku telah berusaha, aku telah melakukan apa yang aku mampu, selebihnya, hanya dengan kehendakMu jua Ya Rabb. Aku boleh saja mengikut perasaan, ingin maratap sedih dan melayan kecewa apabila impian tidak kesampaian, namun, aku bukan orang yang begitu. Ibu dan ayah tidak pernah mendidik aku menjadi orang yang lemah. Aku harus kuat. Aku harus gagah.
Aku punya tanggungjawab pada ibu ayah dan keluarga. Aku disini atas amanah rakyat, yuran pengajian ku ini dibayar rakyat. Aku memikul amanah. Aku tidak boleh lemah atau mengikut kata hati sendiri sahaja. Aku juga punya impian untuk membela anak-anak yatim dan membuka sekolah untuk kanak-kanak yang memerlukan. Aku punya impian untuk mencontohi Rasulullah saw yang bersifat belas kepada yang memerlukan. Aku punya impian menjadi doktor muslimah yang bukan saja ingin mengubati fizikal pesakit, malah rohani mereka jua. Impian-impian ini juga penting buat diriku selain impian membina sebuah mahligai rumahtangga. Jadi kerana itulah, urusan jodoh ini aku serahkan padaNya yang lebih tahu apa yang terbaik buatku. Biar DIA saja yang menjawab soalan cepumas dari rakan-rakanku itu. Jadi aku kena fokus dan beri yang terbaik dalam pengajianku ini. Kejayaan tidak akan datang bergolek.
Aku telah berjanji pada diri untuk menjadi wanita yang gagah. Sepuluh tahun dari sekarang, sekiranya aku membaca balik entry ini, tidak kiralah pada waktu itu aku sudah berkeluarga atau belum, aku akan tersenyum dan aku tetap akan bersyukur atas segala limpah rahmat yang diberi olehNya. Telah cukup banyak nikmatNya buatku, tidak tergamak aku untuk merintih untuk apa-apa lagi. Ya Allah, Kau pandulah hidupku, jangan biarkan aku menentukan hidupku sendiri kerana sesungguhnya aku tidak mungkin akan mampu melakukannya. Sesungguhnya hidupku, ibadahku, matiku hanyalah padaMu jua.
p/s : mohon doa, mohon doakan kejayaanku dalam exam yang bakal menjelang. dengan izinNya.
2 comments:
"Aku telah berjanji pada diri untuk menjadi wanita yang gagah. Sepuluh tahun dari sekarang, sekiranya aku membaca balik entry ini, tidak kiralah pada waktu itu aku sudah berkeluarga atau belum, aku akan tersenyum dan aku tetap akan bersyukur atas segala limpah rahmat yang diberi olehNya. Telah cukup banyak nikmatNya buatku, tidak tergamak aku untuk merintih untuk apa-apa lagi."
bagus fasya, teruskan jadi gagah. Ada sesetengah perempuan baya-baya anda nih, mereka akan rasa tertekan dan akan pasang banyak-banyak terus. Harap anda bukan macam itu.
Sepuluh tahun lagi, kemudian baca entri yang ditulis, adalah satu matlamat yg bagus. Dalam masa sepuluh tahun, byk perkara yang akan berlaku.
Artikel yang best.
http://hamidswisdom.blogspot.com/2010/07/best-girl.html
"The best girls are like dates on the trees. The best ones are at the top of the tree.The boys don't want to reach for the good ones because they are afraid of falling and getting hurt. Instead, they just get the simple ones from the ground that aren't as good, but easy. So the dates (girls) at the top think something is wrong with them, when in reality, they're amazing.They just have to wait for the right boy to come along, the one who's brave enough to climb all the way to the top of the tree."
im not as tough as that but im going to try my best to be one. lgpun entah esok lusa kematian menjemput, last2 kita dinikahkan denga kematian. =)
Post a Comment