... I am A restless brain ...

Sunday, October 30, 2011

..Im sorry..I cant be PERFECT..(T_T)..

Assalamualaikum,

7.44 pagi, fosterbrook neighbourhood.

Pagi Ahad yang indah..Alhamdulillah aku masih bernafas, syukur aku masih mampu melihat, syukur aku masih sihat dan mampu menggerakkan halus jari jemariku menari-nari diatas papan kekunci laptop miniku ini..syukur..syukur..alhamdulillah...

Seharusnya pagi ini aku terus menelaah buku2 medicku yang bertebaran di atas meja studyku, namun serasa lebih ingin aku mencoretkan sesuatu didalam blogku yang serba kekurangan ini..

Sebelum aku meneruskan perjalanan entry ku ini, ingin aku perdengarkan kepada sahabat semua sebuah lagu yang amat aku gemari, lagu ini sebenarnya ialah lagu kegemaran abangku juga sewaktu beliau masih dibangku sekolah, sewaktu beliau berhadapan dengan konflik jiwa remajanya.Sewaktu ayah kami masih garang.Malas belajar, pasti kami dimarahi. Sewaktu beliau merasa tertekan dengan harapan setinggi gunung yang telah disandarkan oleh kedua ibu bapa kami pada kami.Cuba hayati liriknya betul2, agaknya inilah suara hati kita yang selalu ingin kita luahkan kepada kedua ibu bapa kita. (tersengih aku saat tersedar bahawa rock juga aku meminati lagu sebegini..hehe)




Aku tidak menulis entry ini sebagai aku..Alhamdulillah, ibu dan ayahku sangat menyayangi dan memahami kami adik beradik..'AKU' dan 'Kami' dalam entry ini ialah sesiapa sahaja yang mungkin mempunyai masalah ini..Aku cuba menyelami perasaan mereka sahaja..


Aku punya seorang teman, sekarang dia sepertiku, dalam perjalanan untuk menamatkan pengajian untuk menjadi seorang doktor. Namun hidupnya selalu tertekan lantaran tekanan dari keluarganya. Dia selalu berkata kepadaku yang ibu bapanya terlalu meletakkan harapan yang tinggi padanya, ingin beliau berjaya dalam hidup, tetapi kadangkala ibu bapanya terlalu menyusun kehidupannya sehinggakan ibu bapanya terlepas pandang bahawa anak mereka ini ialah insan yang serba kekurangan, WE JUST CANT BE PERFECT..

"Hey dad look at me, think back and talk to me did I grow up according to plan?
And do u think im wasting my time, doing things I wanna do, but IT HURTS when U DISAPPROVE all along.."

Ibu bapa mana yang tidak mahu anak mereka berjaya dalam hidup. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Ibu bapaku jua. Even apabila aku mempunyai anak sendiri nanti pun, aku mahu anak-anak yang aku kandung selama 9 hari 9 bulan dan aku lahirkan itu menjadi manusia yang hebat, malah kalau boleh menjadi manusia terbaik! Itulah naluri yang telah anuegrahkan kepada setiap ibu bapa.Saat pertama kali anak yang dilahirkan itu digendong dan diletakkan dekat dihati, terlalu banyak hajat yang dipohon dari Yang Esa..Melihat keajaiban ini yang baru saja melihat dunia..

"Ya Allah, semoga anak ini menjadi penyejuk mata dan hati kami..Semoga anak ini membesar menjadi seorang anak yang serba sempurna..Berjaya dunia akhirat.."

Agaknya itulah yang dihajatkan oleh setiap ibu saat pertama kali beliau melihat manusia kecil itu bergerak-gerak halus didalam pangkuan buat kali pertama. Ada juga yang berkata, " Anak ibu ini akan jadi seorang doktor dewasa kelak!" Ada juga, " Anak ini akan jadi manusia cemerlang, akan mewarisi hajat ibu dan ayah.."Tapi kadangkala,kita sering terlupa yang setiap manusia yang dilahirkan itu mempunyai 'bahagian' dan 'cabaran' masing2 saat pertama kali mereka melihat dunia.. Adakah anak ini akan membesar according to plan?

Aku tahu aku bukanlah siapa-siapa, malah aku sendiri belum berkahwin apatah lagi memiliki seorang anak. Aku belum layak untuk berkata apa-apa, bak kata ibuku, "Adik belum jadi seorang mak, kalau adik dah jadi, adik tahulah apa perasaannya nanti!"

InsyaAllah ibu, kalau Allah masih panjangkan umur adik dan ada jodoh adik, insyaAllah, adik juga terlalu ingin untuk menjadi seorang ibu, dimana saat itu telah sempurnalah diri ini bergelar seorang wanita, saat adik mampu melahirkan zuriat untuk seorang lelaki yang dicintai bergelar suami. Tapi mungkin belum sampai masa dan ketikanya, kalau masih panjang waktuku didunia, insyaAllah. Maka sekarang saat aku sedang menulis entry ini, anggaplah aku sedang menulis dari sudut hati seorang insan bergelar ANAK..dan mungkin 10 tahun dari sekrang saat aku mungkin sudah bergelar ibu, akan kutulis dari sudut hati seorang insan bergelar IBU..

"And now I try hard to make it,I just want to make you proud,I'm never gonna be good enough for you,I can't pretend that I'm alright..And you can't change me.."

"Cuz we lost it all..Nothing lasts forever..I'm sorry..I can't be perfect
Now it's just too late and..We can't go back..I'm sorry..I CANT BE PERFECT.."

Dan kami kini sudah dewasa hai ayah dan ibu..Adakah kami masih membesar sepertimana yang ibu dan ayah mahukan saat kali pertama ibu dan ayah melihat kami..??..Maaf kami tidak sempurna.. Maaf sekiranya kami tidak mendapat nombor satu didalam kelas seperti yang ibu dan ayah hajatkan..Maaf sekiranya kami tidak berjaya mendapat semua A dalam UPSR,PMR atau SPM seperti anak-anak kawan-kawan ibu dan ayah.. Maaf sekiranya kami tidak dapat mewakili sekolah dalam pasukan debat sekolah.. Maaf sekiranya kami tidak berjaya menjadi olahragawan sekolah seperti ayah dulu..Maaf sekiranya ibu dan ayah terpaksa dipanggil menghadap cikgu kerana keputusan peperiksaan kami yang corot.. Maaf sekiranya ibu dan ayah malu dengan kami yang dicop penghuni kelas paling corot di sekolah.. Maaf sekiranya kami tidak secantik atau sehensem rakan-rakan seangkatan kami..Maaf sekiranya kami cacat dan tidak sempurna..Maaf sekiranya kehadiran kami menambah beban dan membuat ayah dan ibu menanggung malu..Maaf..maaf..maaf..

Anakmu telah berusaha untuk membuat ibu dan ayah bangga dengan kami, tapi kadangkala WE CANT JUST BE GOOD ENOUGH FOR U, AND WE CANT PRETEND THAT WE ALRIGHT..
We cant just be perfect..Maaf sekiranya anakmu ini tak dapat menjadi pelajar terbaik dan bergelar doktor seperti anak kawan-kawan ibu itu.. Maaf sekiranya anakmu ini hanya mampu bekerja sebagai kerani disebuah syarikat kecil..Maaf..Maaf..

"I try not to think..About the pain I feel inside..Did you know you used to be my hero?..All the days you spend with me..Now seems so far away..And it feels like you don't care anymore.."

Tahukah ibu dan ayah bahawa anak mu ini juga punya keinginan dan impian seperti orang lain..Cuma kadangkala sekuat manapun usaha itu telah anakmu ini beri, hanya sampai takat itu saja bahagian kami yang telah Allah beri pada kami..Itulah rezeki yang Tuhan beri..Kami tahu ibu ayah sering mahu kami jadi seperti anak kawan-kawan ibu dan ayah, yang belajarnya hingga ke OVERSEA..yang belajarnya hingga keperingkat PHD..yang anak mereka kaya dan mampu membelikan ibu bapa mereka kereta, jam dan handphone berjenama..

Kami tahu ibu dan ayah mahu yang terbaik buat kami.. Dan Allah telah beri dan bahagian masing2..Ada orang rezekinya begini..ada orang rezekinya begitu..sudilah sekiranya ibu dan ayah menerima anakmu yang serba kekurangan ini.. Yang tidak pernah mungkin sempurna..Kerana terlalu ibu dan ayah mahukan kami menjadi yang terbaik sehingga mungkin ibu dan ayah terlepas pandang yang sebenarnya kami mahu ibu dan ayah menerima kami seadanya..Ibu dan ayah mungkin tidak perasan yang kami sebenarnya terluka..Kami sebenarnya berkecil hati bu dan ayah tidak menghargai kehadiran yang begini.."Do u know u used to be my hero..."


"Nothing's gonna change the things that you said..Nothing's gonna make this right again..Please don't turn your back..I can't believe it's just hard to talk to you..But you don't understand.."

Kadangkala ada kata-kata ibu dan ayah itu amat melukakan..Tahukah ibu dan ayah yang apabila ayah mula membanding2kan kami dengan orang lain, itu amat melukakan...Bencikah ayah dan ibu kepada kami..Menyesalkah ayah dan ibu membesarkan kami yang tidak sempurna ini..

Satu kesilapan yang mungkin terlepas pandang oleh ibu dan ayah ialah mungkin ibu dan ayah kurang mendengar..Ibu dan ayah keep on nasihat itu dan ini..Memberi guidance itu dan ini..Mmeberi jalan itu dan ini..Tapi ibu dan ayah tak mendengar..Take just 10 minutes just to listen..Tahukah ibu dan ayah besarnya makna sekiranya ayah dan ibu meluangkan masa hanya 10 minit untuk mendengar..

Ambil masa tonton sejenak video ini, bukan keseluruhan video cuma dari minit 07.45 ke 09.30..kisah seorang anak kecil mencuri untuk membeli sejam masa ayahnya yang berharga 500 ringgit..Terusik hatiku saat aku menontonnya..



Untuk video ini pula cuba tengok dari minit 01.00 hingga ke 03.00..lihat luahan seorang anak yang kecewa dengan ibu bapanya, yang terpaksa mencuri untuk menyelesaikan masalah yang ditanggungnya sendirian..




Bukan semua ibu bapa begini..Alhamdulillah, kedua ibu dan ayahku sangat peyayang dan memahami..Ibu selalu cakap, " Setiap anak dikurniakan rezeki masing-masing..Anak yang ini Allah beri kelebihan begini, anak yang itu, Allah beri bahagian yang lain.."..Seperti abangku, aku tahu dia lebih bijak dari aku cuma mungkin rezekinya di tempat lain, walau dia tidak menjejak ke luar negara seperti aku, dia akhirnya bergelar seorang pegawai tentera laut juga. Contoh adik di bawahku anis, mungkin dia tidak diberi kelebihan untuk masuk asrama seperti kami yang lain dan dia sering berasa rendah diri dan sensitif kerana mungkin terasa seperti dibanding2kan dengan yang lain, tapi Allah beri dia kelebihan yang lain seperti dia sangat pandai dalam seni dan berkemahiran menghasilkan barang yang kemas dan cantik, tidak seperti aku yang buta seni ni hoho..Aku teringat kata-kata ibu, " Ada hikmahnya anis tidak ke asrama, sekurang2nya Allah beri seorang anak untuk berada dirumah to look after your parents..Kalau semua ke asrama siapa yang nak gosok baju ibu dan ayah..?" jenaka ibu lagi hehe..

Dan sering aku kata pada anis, kau kena bersyukur duduk rumah dapat kumpul banyak pahala tolong ibu dan ayah!

Tambah ibu lagi padaku, "Bila kita jadi seorang ibu nanti, sekiranya anak kita tidak dapat mencapai seperti yang kita inginkan, jangan sesekali putus harapan pada mereka. Teruskan menyokong dan menjadi tulang belakang paling kukuh buat mereka. Setiap anak itu Allah telah beri rezeki masing2.Setiap anak itu Allah telah letak potensi dan kemahiran masing2. Manalah tahu anak yang paling corot dalam kelas itu, sekiranya kita maksimumkan kebolehannya, dia bermula dengan business ladang kecil2an jadi lebih kaya dari anak kita yang pintar yang bergelar doktor itu. Manalah tahu anak yang doktor itu yang kita bangga2kan sangat, buang kita setelah kita tua (nauzubillah min zalik..), dan anak kita yang hanya bergelar kerani biasa itulah yang setia menjaga kita hingga ke akhir hayat..Kita tidak tahu..Maka kasihilah anak kita itu, kelebihan dan kekurangan mereka seadanya.."

Dan bagi aku juga, tinggi rendah darjat seseorang itu bukanlah terletak kepada tingginya sijil2 dan anugerahnya, atau kekayaannya..Tapi ia terletak kepada budi bahasanya, kerendahan hatinya, dan taatnya ia kepada kedua ibu bapanya dan bakti mereka pada orang sekeliling dan masyarakat keseluruhannya..Bak kata entryku sebelum ini, " Ikutlah resmi padi makin berisi makin tunduk".. Setiap dari kita punya potensi masing2, punya bahagian masing2, punya ujian pada kita untuk mencai potensi diri dan memaksimumkannya..Apa guna muka cantik, otak pandai, kaya raya tapi tak guna kalau kedekut miskin hati dan budi pekerti..

Anak ialah anugerah Tuhan..Isi hati mereka dengan makrifatullah (mengenali Allah yang Esa), mengenali iman dan agama..Bimbing supaya mereka bukan sahaja berjaya didunia alam fana ini, tapi menjadi khalifah yang membawa ibu bapa mereka ke syurga..

Aku sering berjenaka pada ibu;

" Ibu, ibu tahu tak yang ibu sebenarnya dah kaya.."
Ibu jawab, " Mana ada kita kaya, kia sederhana.."
"Tak..ibu sebenarnya dah sangat kaya..Lebih kaya dari apa yang ibu bayangkan.."
Ibu pandang aku..Hairan tengok aku merepek..
" Ini harta ibu dan ayah..Anak-anak ibu yang comel lote ni (perasan! (0_0)hehe..) Anak-anak ibu yang ibu besarkan ini, yang ibu telah didik dengan agama dan ilmu dunia..Anak-anak ibu inilah harta sebenar ibu..Yang akan tidak putus-putus mengirim doa semoga ibu dan ayah sentiasa sejahtera dan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki..Yang apabila tempat dunia ini sudah tamat, doa-doa anak-anak soleh solehah inilah yang akan menyelamatkan ibu dan ayah dari azab Allah yang maha berat..Inilah harta ibu dan ayah yang amat-amat bernilai.."

Sebab itulah, aku sangat berharap semoga ada rezeki, berikanlah aku walau hanya seorang zuriat (kalau boleh nak ramai! hehe), supaya ada orang yang mendoakan aku diselamatkan dari azab kubur dan api neraka yang tak tertanggung itu..

Wahai ayah dan ibu, aku amat menyintaimu..Terima kasih buat jutaan kalinya kerana telah mendidik aku dengan sempurna dan sudi menerima anakmu ini yang punya jutaan kelemahan ini..seadanya..

Oklah, sampai disini sahaja..Aku kena belajar hehe..


SAYANGILAH IBU BAPA ANDA!!


Wallahualam.

Friday, October 28, 2011

indah dunia TANPA agama? huh?! (o_o)`

Assalamualaikum..

28 Oktober 2011, 11.34 pagi

Hariku tak berapa indah. Walaupun sinar suria cukup terang pagi ini tapi kedinginan angin itu tetap terasa. Pagi ini aku bangun dengan hati yang separuh rela, terasa tidak mahu aku bangun dan meninggalkan selimut yang enak dan nyaman itu. Tapi hati digagahkan jua, "Sahaja aku berjuang pada hari ini kerana Allah taala".

Pada entry kali ini, aku ingin berkongsi dengan sahabat semua satu juadah pengisian hati yang perlu aku kongsikan. Aku dihantar kesini ada tujuan dan tugas. Maka salah satu tugasku ialah menimba sebanyak pengalaman yang mungkin tidak aku jumpa ditanah airku..

Pada hari Rabu yang lalu, aku telah menghadiri sebuah debate yang diadakan oleh Literature and History Society di universitiku yang sudah lama tidak aku kunjungi semenjak praktikalku bermula kurang setahun yang lalu. Pada mulanya terasa sangat berat hatiku untuk menghadirinya kerana ceramah itu bermula pukul 7 malam, dan aku harus menghadiri 4 jam klinik cardiology yang tamat sekitar 6 petang. Dari hospital, aku harus menaiki bas selama lebih kurang 40 minit untuk ke universiti selepas klinik, ditambah lagi dengan perut ku yang sudah berdondang sayang kelaparan dan tubuhku lesu keletihan yang amat. Aku berkira2 untuk pergi atau tidak tetapi entah mengapa biarpun kebuluranku hampir buat aku pengsan tetapi aku tetap mahu menghadirinya kerana tajuk perdebatan ini saaaaaaaaaanggggggggaaaaaaaattt kontroversi bagiku..Tajuknya;

'THIS HOUSE BELIEVES THAT THE WORLD WOULD BE A BETTER PLACE WITHOUT RELIGION'



Maka Allah tetap menguatkan hati aku untuk terus menuju ke universiti.Kata orang, jika kita berada dalam majlis2 ilmu, bersyukurlah kerana Allah telah memilih kita untuk berada di taman-taman syurga. Alhamdulillah, housemateku, Nasuha dari rumah membawakan sedikit roti untuk aku mengalas perutku yang kosong dari pagi, dan aku segera menuju ke tandas berdekatan di dalam fakulti untuk mengambil wudu dan seperti biasalah, kami mencari bilik atau ruang2 kosong untuk bersolat magrib.

Selesai aku mengerjakan solat magrib disebuah kelas kosong, aku dan Nasuha terus menuju ke Lecture Theatre di mana perdebatan itu akan berlangsung. Ramai! Kebanyakan terdiri daripada pelajar-pelajar muda dan ada juga golongan-golongan tua yang bertongkat turut meramaikan audients yang turut hadir. Aku berbisik kepada Nasuha, "Rasa-rasa ada gaduh-gaduh tak harini?" Nasuha tersenyum. Banyak juga perdebatan sebegini diadakan, pernah sekali perdebatan antara ISLAM dan golongan ATHEIS. Pernah juga berkenaan isu Palestin. Panas dewan dibuatnya, seolah-olah mahu bergaduh. Tetapi setakat ini, semua hanya pertengakaran lidah, belum pernah ada pertumpahan darah. Itulah kelebihan bumi barat ini, mereka bebas bersuara maka kita dapat mendengar dengan jelas pandangan kedua2 pihak yang bertelagah.Kami mengambil tempat didalam dewan, muslim arab dan malaysia semuanya duduk di satu site, dan site lain dipenuhi mat-mat saleh yang lain. Manalah tahu kan, kot ada yang emosional ke, tak adalah kita kena tarik tudung ke apa ke kan..huhu

Sesi perdebatan bermula dengan pengerusi majlis memperkenalkan barisan pendebat. Barisan penyokong diwakili oleh 4 orang wakil yang tidak percaya pada agama, dalam erti kata lain mereka ialah golongan Atheis. Barisan pembangkang pula diwakili oleh 3 penganut Kristian dan seorang muslim, Salem Ali namanya.



Ini adalah antara hujah yang dibentangkan oleh pihak penyokong;


1) Pendebat pertama bangun, muda orangnya. Agresif. Dia mengatakan bahawa agama ini hanyalah satu penyekatan, satu peraturan yang telah ditetapkan oleh sebuah buku yang telah ditulis beribu tahun dahulu oleh seorang lelaki dipadang pasir yang dikatakan 'hebat' (Nabi Muhammad,Nabi Musa, Nabi Isa, Buddha). Tambahnya lagi,"Masalahnya, hebatkah mereka ini? Mereka juga manusia seperti kita, banyak kesilapan. Kenapa kita perlu mengikut peraturan yang mereka tetapkan? Mmebiarkan mereka mengawal kehidupan kita?"


2) Pendebat kedua bangun, dia muda dalam sekitar 22 tahun rasa aku. Dia kata begini, "Saya tak ada masalah dengan sesiapa sahaja yang nak beragama. Tapi masalahnya, orang yang beragama ini yang ada masalah dengan aku bila mereka tahu aku tak ada agama. Mereka kaa pada aku begini, Kau buatlah baik macam manapun, tapi sekiranya kau tak ada agama kau tak akan masuk syurga!" Macam-macam lagilah pendebat kedua ini mempersoalkan itu dan ini. Dia juga mengatakan yang kerana agamalah, ada peperangan disana sini. Orang agama ni, kena bunuh orang agama tu. Mereka takkan pernah bersatu, jadi buat apa nak ada agama!!

4) Pendebat ketiga seorang wanita, dengan lantang dia mengatakan rasa tidak puas hatinya kepada agama yang telah membuatkan manusia berpecah belah. Katanya, mengapa perlunya agama sekiranya manusia tidak boleh hidup dalam keadaan aman dan berbunuhan. Dia juga katakan kenapa kita percaya kepada buku yang dikatakan datang dr Tuhan tetapi Tuhan itu tidak ada pun! Mana Tuhan?, katanya. Aku tidak berapa ingat sangat point2nya yang dia utarakan, mgkn bagiku apa yang dikatakannya semua mengikut hati tanpa fakta yang jelas, tapi yang aku perasan, dia tidak mahu mengambil sebarang soalan dari audients. Mengapa? Takut tak terjawab ke? hehe...

4) Pendebat keempat aku kenal amat. Dia seorang Atheis tegar, keana sebelum ini dengan teruknya dia telah menghentam agama Islam dalam hujah2nya.Katanya, agama telah membuatkan manusia berfikiran sempit dan tidak dapat memaksimumkan daya kemampuan otak manusia untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Kenapa kita perlu menjadi manusia yang hanya mengikut apa yang disuruh oleh orang lain, sedangkan manusia mampu menggunakan akal secara rasional. Kita boleh buat dunia ini lebih baik tanpa agama yang hanya hendak mengongkong membuta tuli dan menyuruh itu dan ini. Kita ada hak untuk hidup sebagaimanapun yang kita mahukan. Kita boleh gunakan pemikiran kita yang rasional untuk membentuk kehidupan yang lebih baik dan bukannya hanya mengikut apa yang orang lain suruh. Dua point ketidakpuas hatian dia terhadap Islam yang sering dia bangkit2kan setiap dalam hujahnya dalam apa jua perdebatan, yang pertama, Islam kejam kerana didalam Islam, suami boleh memukul isteri. Dan yang kedua, mengapa sekiranya seseorang keluar dari Islam, dia harus dibunuh.

Begitulah antara2 point yang mereka utarakan. Tergelak juga aku mendengarnya. Tapi seriusly bagiku, tidak mustahil akan ada jua hati anak2 muda Islam yang mungkin sedikit goyah apabila mendengar hujah2 mereka, sekiranya mereka masih Islam hanya pada nama, dan keyakinan pada Tuhan belum utuh. Nauzubillah min zalik.

Maka pendebat2 dari yang menentang bangun satu persatu. Pendebat pertama seorang kristian, antara point yang diutarakan olehnya ialah agama itu memenuhi hati yang kosong. Tidak banyak hujah, lebih kepada hanya luahan perasaan. Pendebat kedua aku suka, dia mengatakan pencarian manusia kepada agama ialah soul-searching buat hati-hati yang kosong. Dia juga ada mengatakan bahawa memang sifat manusia bersifat ingin tahu, ingin mempersoalkan. Selalu ada saja yang tidak memuaskan hati mereka, point itu juga aku setuju. Pendebat ketiga seorang ahli Theologi dari universiti Oxford London. Masalahnya kami audients kurang faham sikit tentang apa yang dicakapkannya kerana dia menerangkan agama dari sekadar eksperimen dan kajian serta buku2 yang dibacanya dan ditulisnya.. Adoyaii pak cik..Di quotenya lah satu persatu ayat2 buku Theologinya..Agama bukan ilmu dunia pak cik, ia pengisian hati..

Akhir sekali bangunlah Salem Ali, wakil tunggal dari agama tercinta kita, Allahuakbar, yakni agama Islam. Aku yakin memang semua audients menantikan hujah dari wakil Islam, yang selama ini menjadi penghujah paling mantap, yang sukar mereka patahkan. Saat Salem Ali menerangkan mengapa manusia memerlukan Islam dan apa itu Islam, hatiku meruntun dan sayu. Segenap dewan sunyi, yang bergema hanyalah suara Salem Ali dan kebenaran Islam yang sedang diperdengarkan kepada hati-hati yang belum kenal kepada Islam. Masa yang hanya 7 minit itu seolah-olah Allah panjangkan untuknya. Subhanallah. Terasa begitu izzah aku menjadi seorang muslim yang bertudung kepala ditengah2 keramaian manusia yang masih samar tentang kebenaran Islam. Terasa bagai aku berada di kota Madinah saat pembukaan negara Islam pertama didunia dibuka, tidak tergambar perasaan apabila syiar Islam di perdengarkan..Subhanallah, terima kasih Allah atas nikmat Islam dan Iman ini buatku..

Sudah aku agak, bangun saja Salem Ali, banyak yang bangun untuk bertanyakan soalan. Tetapi Salem Ali tidak kisah dan tidak bimbang sekiranya masanya habis untuk menjawab soalan saja, dia tidak bimbang sekiranya point2 nya tidak habis diperdengar. Begitulah Islam, Islam bukan fakta untuk didebatkan. Ia adalah kebenaran. Antara soalan yang ditanya;

1)Mengapa dalam Islam wanita ditindas kerana perlu bertudung?
Jawab Salem Ali- Ia bukan penindasan malah suatu penghormatan. Its a symbol of modesty. Wanita Islam kami cantik, seharusnya kami pelihara. Sama seperti paderi perempuan kamu yang kamu anggap mulia. Mereka juga bertudung kan?
.....Aku dan aku percaya rakan-rakanku yang bertudung disitu terasa ingin bangun sahaja dan berkata, " Kami rasa dihormati dalam hijab ini, dan kami merasa izzah(bangga) dengan hijab kami!"

2) Kenapa dalam Islam, wanita yang terlanjur dan harus melahirkan anak luar nikah akan dibunuh oleh ahli keluarga?
Serentak dari site muslim kedengaran 'No!!!!!!!!!!!!!!!!!!' Bagai semua yang muslim disitu menjawab bagi pihak Salem Ali. Ternyata fakta itu suatu fitnah yang dasyat untuk kaum muslimin!

3) Kenapa dalam Islam, wanita belasan tahun akan dipotong kemaluannya secara paksa. (pada yang tidak tahu,Ini ialah genital mutilation,suatu budaya yang diamalkan di Arab Saudi untuk menghalang anak gadis mereka berzina sebelum berkahwin.)
Jawab Salem Ali- Ini bukan Islam. Ini ialah budaya. Islam itu sendiri amat suci dan sempurna, hanya penganutnya yang mungkin salah tafsir dan membuat undang-undang sendiri!

4)Mengapa seorang seorang suami boleh memukul isteri?
Jawab Salem Ali- Inilah masalahnya apabila agama itu diambil hanya keratan demi keratan. Kita tidak boleh mengambil agama hanya pada mana-mana bahagian yang kita suka. Kita harus mengambil keseluruhan ajarannya. Dalam Islam, isteri merupakan tanggungjawab kepada suami. Firman Allah dalam satu ayat yang maksudnya, (aku tidak berapa ingat tapi beginilah maksudnya), "Maka sesiapa yang melayan isterinya dengan baik bahawa mereka dijanjikan tempat yang baik di akhirat kelak".

Dan diakhir perdebatan, pertikaman lidah berlaku. Penganut kristian berdiam diri kebanyakannya. Pertikaman lidah ini di antara ISLAM dan kaum-kaum muda yang sudah lama tidak berpuas hati dengan Islam. Tidak dapat aku tuliskan kesemuanya, terlalu banyak. Tapi aku berasa sangat bangga melihat anak2 muda Islam yang bangun dengan berani dan petah membidas segala fitnah-fitnah kejam yang dilemparkan oleh bukan ISLAM. Subhanallah. terasa malu aku dengan diriku kerana tidak mempunyai keupayaan seperti mereka.

Suatu point yang aku ingat yang diberi oleh seorang audient, dia mengatakan begini. 'Allah itu wujud, dia yang menurunkan Al-Quran sebagai panduan kepada manusia tentang bagaimana untuk menuju alam akhirat yang pasti. Sekiranya manusia mahu hidup tanpa agama, bermakna tiada yang salah dan tiada yang betul. Masing2 boleh membuat peraturan masing2. Maka Hitler yang telah membunuh beribu2 manusia itu belum tentu dianggap salah sekiranya kita hidup tanpa beragama. Kerana manusia tidak mempercayai agama tidak percaya kepada hari pembalasan di mana hari kita akan dipertanggungjawabkan atas segala perbuatan kita.'

Dan satu lagi anak muda muslim bangun dan berkata berani;
'Cuba anda buka al-quran, dan cuba buktikan satu fakta yang salah dalam al-quran. Anda mahu bercakap tentang big bang theory, beribu tahun lamanya teori itu sudah ada didalam al-quran. Al Quran itu bukan dari manusia, ia dari Tuhan!' subhanallah kulihat ada jiwa umar al khattab dalam diri pemuda itu..


Sepanjang perdebatan itu hangat berlangsung, aku keep on memandang wajah-wajah naif anak-anak muda mat saleh yang hadir ini. Jelas dari wajah mereka suatu kekosongan dan tidak tahu. Mereka tidak tahu tentang kebenaran agama Islam. Mereka sering diceritakan dengan fitnah-fitnah tentang Islam sebab itu mereka tidak tahu.Mereka memberontak kerana mereka tidak mendapat nikmat Islam. Kalaulah mereka dapat merasai betapa indahnya Islam dan Iman itu..Kasihan mereka, syukur yaAllah nikmat ISLAM ini Kau beri buat kami...

Sahabat..tahukah sahabat bahawa nikmat Islam itu ialah nikmat terbesar.. Maka mengapa kita ingkar lagi..Mengapa kita tidak mahu menurut perintahNya...sombongnya kita bergelar manusia ini..kasihan mereka, mereka perlu mencari kebenaran Islam sedangkan kita telah diberi percuma sejak lahir..Islam itu agama yang benar dan satu. Kita hidup didunia bukan sekadar suka-suka dan membuang masa. Kita ada tugas. Kita ada tugas yang perlu dilaksanakan..Ingat sahabat, jika kita Islam hari ini, belum tentu kita masih Islam sewaktu kita mati.

Segala yang didunia ini ada penciptanya dan tidak ada satu pun diciptakan dengan sia-sia..Allah..Allah..

Sebelum aku berundur dan berkejar kekelas pada pukul 2, aku ingin berkongsi sebuah video yang begitu menyentuh perasaan. kisah seorang lelaki yang disentuh hatinya untuk memeluk Islam. Tolonglah tonton hingga habis bagi hati-hati yang masih ragu-ragu kepada Islam.. Subhanallah..





Ya Allah, Kau jadikanlah kami insan-insan yang mempertahakan agamaMu, menyintaiMu setiap detik dan waktu.. Allah, padaMu kami serahkan segalanya..

Sunday, October 23, 2011

BHGN AKHIR~~bagaimana aku jatuh cinta pada'nya'... (hijabku,kemuliaanku.. ) ..

Assalamualaikum..

..Bahagian akhir..

Hijab bukan pilihan. Hijab adalah kewajipan. Sebuah perintah dari Pencipta kita. Sesekali tidak pernah aku mengatakan bahawa orang yang berhijab itu lebih baik dari yang tidak berhijab. Tidak sama sekali. Kerana bagiku nilaian iman itu adalah milik Allah Taala. Kita manusia tiada hak untuk menghukum dan mengadili. Malah adakalanya orang yang tidak berhijab itu jauh lebih baik dari yang berhijab. Disini, tidak pernah terniat aku untuk membezakan sesiapa jua kiranya. Malah aku ini hanyalah insan yang banyak dosa, tidak layak untuk menilai sesiapa..Cuma..Aku hanya terlalu ingin berkongsi dengan sahabat semua betapa tingginya nilai hijab itu dan betapa ia memberi kesan dalam kehidupanku..



Sesungguhnya mahunya kita seawal kita mahu berhijab ialah datang dari keyakinan. Orang yang mengikhlaskan hatinya untuk berhijab, pertama sekali yang ingin dilakukannya ialah memahami mengapa perlunya kita berhijab? Pernah seorang rakanku yang bukan muslim bertanya kepadaku, malah ramainya rakan2 mat saleh ku asyik bertanyakan soalan yang sama. Kata mereka, "You know what, you will look much more pretty when you are not wearing this veil". Malah ada juga antara mereka yang mengatakan Hijab ialah suatu penindasan terhadap wanita muslim. Namun benarkah hijabku ini suatu penindasan?

Sebab itu dari awal entry pertama aku menyatakan betapa pentingnya kita membezakan antara TAHU dan FAHAM. Kerana apabila kita tahu, kita akan cuba faham, dan apabila kita faham, disitulah terbitnya keyakinan.

Boleh kita tanya Allah mengapa Allah mewajibkan hijab untuk wanita?

Firman Allah bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isterimu dan anak
perempuanmu serta wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka
bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang
demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik),
maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Allah katakan bahawa salah satu sebabnya adalah supaya kita tidak diganggu. Teringat aku sebuah sirah Nabi yang aku dapat sewaktu mengahdiri sebuah sesi usrah, tentang kisah bagaimana turunnya perintah untuk memakai hijab buat wanita. Sebaik turunnya perintah pemakaian hijab, maka para sahabat Nabi ketika itu dengan pantas mengoyak pakaian mereka sendiri dan berlari memakaikan pakaian yang dikoyakkan tadi untuk menutupi aurat isteri2 mereka.Tiada penundaan, sebaik turunnya perintah, ketika itu juga mereka akur dan patuh. Selari dengan makna Islam itu yakni tunduk dan patuh. Namun kita umat masa kini, berjuta kali agaknya kita dididik untuk berhijab, kiralah sendiri berapa lama kita mahu tunduk dan patuh. Aku juga, mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk melaksanakan perintah berhijab dengan sempurna. Betapa lemahnya kita semua umat akhir zaman..

Salah satu alasan yang sering kita wanita utarakan sebaik ditegur tentang isu aurat ialah, kita belum bersedia. Kita tidak terbiasa memakai hijab sejak kecil. Teringat aku kata-kata naqibahku dulu, jika kita beralasan begitu, cuba kalau kita ditanya begini, " Sekiranya malaikat maut datang untuk mencabut nyawa, bisakah kita menjawab yang kita tidak bersedia? "





Ada juga yang mengatakan bahawa keluarga kita semuanya tidak bertudung, maka kita tidak biasa. Dan kita juga sering berkata bahawa orang yang sedia berhijab itu memang sudah dilatih sejak kecil bertudung, dan kita tidak. Memang, setiap orang ada ujian masing2. Ada bahagian masing2. Namun sesungguhnya kita sudah dewasa. Sudah boleh membezakan yang baik dan buruk. Kerana sekiranya kita beralasan begitu, secara tidak langsung kita sebenarnya tidak mencintai keluarga kita. Tahu mengapa saya berkata begini? Kerana ini ;

EMPAT golongan LELAKI yg akan DITARIK masuk KE NERAKA oleh wanita. Siapakah lelaki-lelaki malang ini??

1. AYAH: Seorang lelaki yang telah memberikan segala keperluan agama seperti didikan solat, menutup aurat dan sebagainya kepada anak perempuannya. Berusaha keras agar anak perempuannya hidup selesa dan berjaya dalam apa jua yang mereka lakukan. Tapi sayang anak-anak perempuannya pula tidak menutup aurat serta melakukan maksiat diluar pengetahuannya. Walaupun lelaki ini telah menunaikan segala tanggungjawabnya terhadap agama, lelaki berjasa ini tetap bakal bersama anak perempuannya ke NERAKA!

2. SUAMI: Seorang lelaki yang bersusah payah mencari sesuap nasi buat wanita kesayangan yang dikahwininya. Sebaliknya, isteri bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami serta tidak menutup aurat ketika keluar dari rumah. Ada juga isteri yang menutup aurat, tetapi keluar rumah diluar pengetahuan suami. Sekalipun lelaki bergelar suami ini soleh, dia tetap bersama isterinya ke NERAKA!

3. ADIK BERADIK LELAKI: Seorang lelaki yang kakak atau adik perempuannya yang belum berkahwin dijaga, dibantu serta dilindungi dari segala mara bahaya yang mendatang.. Kakak dan adik perempuannya pula tidak menutup aurat, keluar bermaksiat bersama bukan mahram, serta tidak menunakan solat. Lelaki ini bukan sahaja tidak mampu melindungi kakak dan adik perempuannya, bahkan akan turut menemani mereka di NERAKA!

4. ANAK LELAKI: Seorang lelaki yang menjaga ibunya, menunaikan segala suruhan serta taat kepada ibubapa dan agama. Malangnya si ibu tidak menutup aurat, tidak menjaga maruah diri dan agama. Ketahuilah bahawa anak lelaki kesayangan ini akhirnya besama-sama dengan ibu mereka di NERAKA!

Nauzubillah min zalik..Tidak kasih kah kita pada ayah yang telah membesarkan kita, suami yang mencintai kita sepenuh raga, abang yang membesar bersama kita, dan anak lelaki yang telah kita kandungkan sembilan bulan sembilan hari? Jika kita kasihkan mereka, mengapa kita heret mereka ke neraka sama?

Dan siapa pula yang berani mengatakan bahawa dalam Islam wanita ditindas? Lihatlah betapa besarnya peranan wanita dalam kehidupan sehingga dia mampu mengheret empat lelaki sekaligus atas kelalaiannya. Ya Allah.. Ampuni kami yang lemah lagi hina ini..

Dan satu lagi sebab yang famous mengapa wanita tidak mahu berhijab. Ada sesetengah dari kita mengatakan bahawa kita tidak cantik dalam hijab itu. Malah aku akui aku sendiri pernah suatu ketika dahulu terlalu taksub dengan dunia fesyen moden yang memperagakan tubuh wanita, menampilkan wanita-wanita cantik sehingga setiap anak remaja kini berlumba-lumba ingin terjun kedunia glamour yang begitu mengasyikkan. Dunia, hebat sungguh tipu dayamu!

Memang, memang wanita amat cantik bila dia tidak bertudung. Mana tidaknya, dengan rambut ikalnya yang beralun lembut ditiup angin, leher jinjang nya yang halus mulus, dan anting-anting labuh ditelinganya yang bergetar indah setiap kepalanya bergerak, bisa menggugat iman sesiapa sahaja yang memandang...




Malah aku akui, bila saja aku menonton drama-drama melayu yang heroinnya semua memang cantik jelitawan lah kan, dengan pakaian skirt, solekan cantik, timbul juga rasa cemburu dibenak hati. "Cantiknya dia..Cantiknya baju dia..Bestnya kalau dapat jadi cantik macam dia.." Itulah kita manusia bersifat lemah. Yang syaitan dengan seronoknya bermain-main dengan jiwa manusia yang kita yang rapuh. Bohonglah kita kalau kita kata kita tak mahu jadi cantik. Fitrah manusia suka kepada kecantikan.

Dan disinilah sebenarnya Allah menduga. Menduga keimanan kita. Sebab itulah dari awal sudah saya katakan, yang keikhlasan berhijab datang dari keyakinan dan keimanan. Siapa kata wanita berhijab tidak cantik? Dulu aku sangat mengagumi kecantikan model2 wanita yang seksi dan berhiaskan dengan solekan berinci2 itu. Namun kini tidak lagi. Aku lebih mengagumi dan mencemburui wanita bertudung labuh, terutamanya yang memakai purdah itu. Sungguh aku cemburu!


Aku selalu mengagumi wanita-wanita yang bertudung labuh kini. Jika dulu aku tidak mahu, sekarang aku jatuh cinta! Cuma mungkin aku belum sehebat mereka untuk memakai tudung besar labuh itu. Tapi aku berazam agar suatu hari nanti, aku akan menjadi salah seorang wanita bertudung labuh insyaAllah. Aku mengagumi kehebatan mereka, keyakinan mereka. Rasa cinta mereka. Rasa cinta pada Allah, pada Islam, dan pada empat golongan lelaki tadi. Subhanallah, Kau berikanlah aku kekuatan itu insyaAllah. Terima kasih kerana telah membuka mata dan hati ini, dan memberi aku peluang untuk berada dalam makrifah kasih sayangMu Ya Allah!

Hijab adalah kasih sayang dr ALLAH SWT bukan penindasan. Betapa Allah mengangkat martabat wanita ke tempat yang lebih tinggi, dengan melindungi kehormatannya. Sekiranya kita tidak mempunyai paras yang cantik dan kita bertudung, dan kita bimbang tiada siapa yang akan sedar kecantikan kita, ingatlah, Allah telah berjanji pada kita;

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Allah itu tidak akan sesekali memungkiri janji Nya pada kita. Jadi jangan kita takut. Pernah tak kalian terbaca perumpamaan ini?

" Wahai muslimah..sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah..sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah..Perhatikan wahai Muslimah, perilaku sepohon epal yang rendang.Apabila musim berbuah berkunjung tiba, akan tumbuh buah- buah ranum.Merah dan gebu.Manis sekali.Jadi pada ketika ini banayak 'tangan-tangan' yang kepingin untuk merasa, memetiknya dengan rakus.Kesemuanya berebut- rebut untuk memetik untuk merasa kemanisan epal- epal yang merah masak.

Epal- epal ini banyak dikalangannya, yang merah ranum lagi manis, dengan sendirinya dan dengan sengajanya menjatuhkan diri sendiri ke tanah.Tanpa perlu bersusah payah untuk dipetik.Tatkala epal ini jatuh ke tanah,tangan-tangan yang rakus ini dengan tangkas mencapainya dan dimamah dengan serakusnya.Ada dikalangan epal ini, yang jatuhnya tidak dihiraukan oleh tangan-tangan yang bersih,lalu dibiarkan ia membusuk di tanah,sebagai habuan tupai-tupai nakal yang berkeliaran mencari rezeki, tanpa perlu bersusah payah menggapainya sendiri.Bagi tangan-tangan yang bersih ini,epal yang baik dan berkualiti,letaknya bukan ditanah,digumpali dengan kotoran dan sampah.Hilang sudah tarikan warnanya, serta kemanisan buahnya.Mana mungkin epal sebegini menjadi pilhannya?



Nun, jauh di atas, epal yang terbaik dan yang paling ranum akan kekal ditangkai.Merah dan menggebu.Sukar untuk dilihat kerana letaknya disebalik daun-daun sebagai perlindungan.Tangkainya juga tinggi,susah untuk digapai.Hanya yang benar-benar ikhlas berhajat untuk mendapatkan epal yang terbaik ini akan berusaha untuk mendapatkannya, bukan tangan-tangan yang kasar lagi rakus kerana hanya epal yang rendah akan menjadi pilihan mereka, selayaknya bagi mereka.Walaupun kadangkala epal terbaik ini risau tidak disunting mana-mana tangan manusia.Namun dia yakin,bahawa janji Allah itu pasti.Jadi, ia akan kekal dimana tempatnya berada.

Hanya tangan yang bertuah,akan berusaha mencari dan mendapatkannya.Tidak boleh direntap begitu saja sebaliknya perlu dipetik dengan cermat agar buahnya tidak jatuh dan luka.Agar bisa dinikmati secangkir madu dari manisnya epal yang terlindung..merah..segar..dan ranum..Hanya yang bertuah akan memiliki dan hanya yang bertuah yang dapat menikmati.."

Kita tentunya mahu menjadi epal yang baik itu, sukar dilihat namun terlalu tinggi martabatnya. Subhanallah. Mari kita buka hati kita untuk memahami kasih sayang Allah kita. Ya Allah, tunjukkan kami insan lemah ini kepada jalanMu Ya Allah..


Sahabat.. Jangan tunggu sehingga esok hari, kerana siapa tahu, esok tempat kita bukan lagi didunia ini, tetapi di alam yang selepasnya. Jangan kita leka kerana persinggahan kita yang terlalu sebentar ini. Islam itu perlu dicari, dan banyak ujiannya. Aku juga tidak mendapat Islam dan keyakinan dengan tiba-tiba, tapi aku berusaha mencarinya, dan hingga kini masih berusaha. Iman tak dapat diwarisi dari ayah dan ibu yang bertaqwa. Jangan tunggu hingga esok! Sebelum aku berundur, ingin aku kongsi sebuah video yang terlalu amat amat memberi kesan padaku sehingga kini, bergetar segenap jiwa dan menggigil ketakutan bila menghayati setiap bait liriknya. Takut..Takut bila masa kita sudah habis..

Sahabat maafkan aku sekiranya ada yang terluka. Aku insan serba lemah penuh kekurangan. Doakan aku berjaya bertudung labuh itu suatu hari nanti!!






Ya ALLAH! sungguh aku telah jatuh cinta!

Saturday, October 22, 2011

bagaimana aku jatuh cinta pada'nya'... (Islam itu..TERLALU INDAH.. ) ..garapan 2..

Assalamualaikum..

sambungan garapan 1..

Sewaktu aku berusia 13 tahun, disitulah hidup aku berubah 360 darjah. Aku masuk ke MRSM Kuala Klawang, MRSM yang sangat pedalaman yang tersembunyi di pergunungan di Negeri Sembilan sana haha...Disitu aku belajar berdikari dan hidup sendiri..Dan sebagai gadis kota metropolitan (kononnya lah kan), semakin aku meningkat remaja, soal fesyen2 ini masih menjadi salah satu isu utamaku. Lebih-lebih lagi masuk ke asrama, kawan-kawan dari serata tempat, masing2 membawa perwatakan yang berbeza-beza. Ada yang cantik dan pandai bergaya, aku cemburu. Ada juga yang seperti aku, dan ada juga yang tak pandai bergaya langsung kerana ada juga yang datang dari kampung-kampuang yang di pedalaman. Jadi berbagai ragam. Dan sebagai gadis remaja yang meningkat dewasa, kami masih mencari identiti masing2. Lebih2 lagi sekolah campur kan. Yang lelaki usha2 kawan perempuan yang cantik, yang perempuan pula bergosip-gosip tentang lelaki yang hensem dan hot..hot ke? haha Kelakarlah jika diimbas semula, namun begitulah ragamnya ketika dibangku sekolah dulu..



Jadi semakin hangatlah isu identiti ini dalam kepalaku.. Dan ketika itu, auratku masih lagi cacat. Aku bertudung, namun seluar jeansku masih menjadi pilihan. Lebih fashionable fikirku. Baju pula...hmmm tidak seketat dulu, labuh lah sedikit, namun masih mengikut bentuk tubuh. Masih cacat auratku.Tambahan lagi, ketika itu aku cukup gemar dengan sebuah majalah yakni Majalah Remaja, yang aku yakin kebanyakan dari kita membacanya. Majalah yang kononnya remaja sangatlah kan.. Trend beginilah, trend begitulah.. Mengajar cara 'make up' yang sampai sekarang aku masih fail, dan tips cinta yang mengarut bagai hihi.. Lebih-lebih lagi bila aku membaca ruangan helaian pertandingan Dewi Remaja, ramailah gadis-gadis cantik dari seluruh negara menghantar penyertaan dan gambar-gambar mereka bergaya begitu begini. Dan siapa sahaja yang memenangi pertandingan dewi remaja ini pastinya menjadi terkenal seperti Juliana Banos, Scha alyahya, Neelofa, .. Dan ketika itu aku yang comot ini begitulah ingin benar cantik seperti mereka. Siapa yang tidak mahu cantik kan..Dalm hatiku terfikir, untungnya jadi orang cantik kan.. Untungnya jadi terkenal, seronoknya dapat berhias cantik-cantik begini.. Taksub sungguh aku dengan semua itu ketika itu..




Namun secara tidak sedar,dalam keghairahan aku dalam so called 'pencarian mencari identiti', Allah menegur..Perlahan namun begitu terasa.. Entah dari mana datangnya, timbul satu perasaan dalam diri yang membuatkan aku begitu cinta kepada usrah-usrah yang kerap diadakan di asramaku. Usrah-usrah mingguan yang sering menyentuh bab aurat, bab pergaulan, bab ibadah dan tentang CINTA kepada ALLAH. Selama ini aku fikir dengan title Islam yang aku miliki dalam kad pengenalanku itu, aku sudah ada cinta Allah itu. Namun ternyata aku silap. Islam itu bukanlah sekadar agama keturunan, tetapi ianya tentang pengislaman hati, dan bagaimana Islam yang kumiliki dan kufahami itu diterjemah melalui amalan dan perbuatan. Alhamdulillah, dengan jiwa lembut dan sentimental ini, hati ini begitu mudah sekali disentuh dan cair dengan setiap bait perbincangan yang kami bincangkan di dalam usrah kami. Dan air mata ini sering menitis kerana begitu malu. Ia menitis dan menitis kerana kejahilanku yang amat memalukan itu sampai terkadang aku teresak-esak didalam bilik kuliah dalam usrah..Aku pun tidak tahu mengapa aku begitu sedih..Sampai kadangkala rakan yang duduk disebelahku bertanya, "Fasya, ada masalah ke?"..Tak dapat aku jelaskan mengapa aku begitu hiba, namun aku terasa seperti sesuatu menghenyak-henyak jiwaku yang lemah..Terasa Allah seolah menyapa lembut sekeping hati rapuh ini..

Subhanallah..Aku fikir aku bijak namun aku begitu jahil..Rupanya aku pintar dalam kebodohan, menzalimi diriku sendiri..Lambat benar aku memahami cantiknya Islam itu..



Teringat suatu hari itu aku ditarbiyah tentang mulianya darjat seorang wanita itu. Kemuliaan wanita itu bukanlah dari pendidikannya yang tinggi. Bukan dari kecantikan rupa parasnya yang begitu indah. Bukan juga dari merdu suaranya yang memukau..Tapi, dari AGAMAnya.. Dari dalamnya cinta darinya buat penciptanya.. Dan hancur luluh hatiku mendengar hadis ini..

“Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid).


Jujur aku katakan sahabat, dari situlah bermulanya pencarian aku mencari Islam. Aku mencari agamaku. Rupa-rupanya aku begitu jahil dalam beragama. Sahabat..Jika kita fikir kita semua memang sudah bergelar Islam, dan kita akan mati sebagai Islam, kita silap. Jangan kita bangga dengan Islam keturunan itu. Cahaya iman itu perlu dicari. Ia perlu dicari. Dan saat ia menyentuh hati, ia menghancurkan segala riya dan kemegahan dunia yang bersarang dalam jiwa. Dan apa yang tinggal hanyalah rasa hina dan malu atas segala dosa yang menggunung. Apa yang tinggal hanyalah rasa muflis tanpa cintaNya.Apa yang tinggal hanyalah rasa begitu kerdil dan tidak punya apa-apa tanpa cintaNya..Dan itulah rasa KEHAMBAAN..Hamba yang menumpang dibumi Tuhan yang fana ini..Aku tersedar yang aku harus melakukan sesuatu untuk aku kembali kejalanNya..


Dan kini alhamdulillah, aku berjaya untuk meninggalkan zaman gelapku. Dan aku bangga dengan hijab yang aku litupi dikepalaku ini. Begitu bangga. Alhamdulillah, aku tidak lagi memakai pakaian ketat dan sendat yang menampakkan bentuk tubuh yang Allah hadiahkan istimewa buat wanita. Dan transformasi ini bukan mudah untuk aku lakukan. Aku masih ingat sewaktu aku mula-mula ingin berubah, aku tak banyak baju-baju labuh dan longgar kerana kebanyakan baju yang aku miliki ketat. Hendak merubah seluruh wardrobe (merubah identiti) bukan mudah. Aku tak mahu membebankan ibu dan ayah untuk membeli baju-baju kerana aku tahu ibu dan ayah prlu banyak berbelanja untuk pendidikan kami. Dan aku juga tidak memiliki duit sendiri. Jadi aku selalunya akn pinjam baju-baju ibu yang ala-ala mak cik tu.. Biarpun ala mak cik, yang penting aku selesa. Sekali lagi, abang sulungku selalu mengejekku, dan title perosak fesyen itu menjadi milikku. Tak mengapalah, yang penting aku yakin dengan nawaituku. Dan adik2 perempuanku yang berdua itu semakin membesar remaja, dan mereka cantik dan kurus.. Mereka sangat pandai bergaya. Dan saudara maraku selalu membanding2kan kami. Mereka selalu katakan yang adik2ku cantik dan kurus dan aku pula tidak pandai bergaya seperti mereka kerana pakaianku outdated. Labuh dan tidak menarik. Tak mengapalah. Janji aku tahu nawaituku.Malah sejak aku ke oversea, semakin labuh tudungku, semakin longgar pakaianku, sehinggakan ada yang berkata padaku, "eh ingatkan ke oversea makin fashion updated, tapi makin outdated je!".. ahaha tergelak aku mendengar statement itu, aku dalam hatiku menjawab, "Semakin bertambah pengetahuan dan pengalaman, semakin kita menjadi muslim yang sempurna".


Perlukah keyakinanku pincang dengan dugaan ini........Aku juga mahu cantik seperti adik-adikku! (T_T)

BERSAMBUNG.......

bagaimana aku jatuh cinta pada'nya'... (Aku perosak fesyen! ) ..garapan 1..

Assalamualaikum..

11.10 pagi, kota dublin..

Pagi sabtu yang murung..Langit di luar tidak secerah selalu..Matahari juga seolah-olah menyorok di celah-celah awan yang mendung..Kini cuaca sudah semakin tidak menentu..suhu sejuk serendah 3 degree baru2 ini..aaaahhh..winter yang menakutkan bakal tiba..terpaksalah lagi aku keluar seawal pagi meredah salji tebal dan angin pantai sejuk yang bakal meresap kesegenap tulang tubuhku..Namun begitulah sunnatullah..Pasrah aku tabah menempuh hari-hari yang mendatang..

Akhirnya, dapat juga aku menghadap tenang laptop miniku sambil jari jemariku menari-nari mengikut melodi fikiranku yang tidak sabar-sabar ingin meluahkan perasaan..Kali ini gelombang irama akalku tenang, sekiranya diterjemah dalam bentuk lagu, dapat juga sebuah lagu balada cinta agaknya. Cinta? Ya! Hari ini aku ingin menceritakan kepada kalian tentang kisah cintaku! (kontroversi sungguh bunyinya kan!) (^_~)v

Aku ingin menceritakan sebuah kisah cinta agung. Cinta yang terlalu agung tiada tolok bandingannya. Cinta pada siapa? Pada kekasihku? Siapa kekasihku?!! ecececece (ada gaya2 mak kassim selamat pula ye..)Bukan kisah cinta itula..Kisah itu, tidak mahu kucanang-canang pada dunia.. Bersuami pun belum, tiada pun kisah yang istimewa..

Tapi..Aku ingin ceritakan bagaimana aku jatuh cinta kepada.......sehelai kain yang kugunakan untk melitupi kepalaku...dan auratku..yakni HIJABKU..


Terasa malu sebenarnya untuk membuka pekung di dada, menceritakan betapa jahilnya aku suatu masa dahulu..Begitu jahil tentang bab aurat..Akan aku ceritakan bagaimana hodohnya kisah silamku, hingga aku akhirnya jatuh cinta kepada hijabku kini.. Terlalu jatuh cinta.. Bukan aku jatuh cinta pada hijabku kerana semua ahli keluargaku bertudung.. Bukan aku jatuh cinta kerana fesyen tudung masa kini semakin popular tudung ekinlah, wardinalah, melilit2 dikepala..Bukan juga kerana bakal suamiku lebih gemar aku bertudung..Tetapi kerana aku faham, hijab itu adalah tanda kasih cinta dan hadiah dari Allah swt untuk mengangkat darjatku dan menjagaku..

Inilah kisah cintaku..perjalananku..menacri cinta..

Aku bertudung seawal aku darjah tiga. Ketika itu aku hanya bertudung di sekolah. Aku mula memakai tudung secara terus seawal aku berusia sepuluh tahun. Ibu membelikan aku tudung yang berwarna warni ala2 mak cik gitu. Aku anak sulung perempuan ibu. Aku tiada kakak. Jadi cabaran terbesar menjadi anak sulung perempuan ini ialah proses mencari identiti. Bagaimana nak berpakaian. Bagaimana nak mengenakan tudung dengan betul. Seriusly nak kata aku ni memang sangat kurang pandai bab-bab fesyen ni. Tuhan saja yang tahu berapa juta kali agaknya aku diejek abang sulungku kerana berpakaian hodoh amat. Gelaran perosak fesyen tu memang dah jadi title aku. Umur baru nak masuk 12 tahun tapi pakaian aku memang ikut trend mak cik -mak cik. Kdang-kadang aku cemburu dengan rakan-rakanku yang pandai bergaya disekolah, mereka semua ada kakak dan ibu yang pandai bergaya. Aku jadi sedih sangat..




Aku tidak menyalahkan ibuku kerana itu, kerana aku tahu ibu juga memang sangat sederhana bab-bab fesyen ni. Dan aku sangat cinta kepada ibuku yang sederhana itu. Tapi biasalah, jiwa remaja kan, ingin nampak cantik, mahukan perhatian. Jadi mulalah aku mencari fesyen apakah yang 'suit' dengan diriku. Aku ingat lagi antara baju-baju aku sewaktu aku mengambil UPSR. Semuanya ketat-ketat belaka. Dengan jeansnya, dengan baju saiz 'S' nya.. Vogue la kononnya. Konon-kononnya tak mahu ketinggalanlah dengan rakan-rakanku yang lain. Aku juga mahu tampil cantik dan bergaya. Biar pun aku bertudung, namun auratku tidak ditutup dengan sempurna..



Bukanlah aku katakan aku ini membesar tanpa didikan agama yang cukup..Ibu bapaku telah memberikan aku ilmu agama yang cukup sempurna..cukup sempurna..Aku khatam al-quran seawal aku darjah empat, malah aku juga merupakan pelajar terbaik sijil Pendidikan Sekolah Rendah Agama (PSRA) dulu.. Tambahan lagi selepas itu, aku ditawarkan masuk ke dua buah sekolah agama terkemuka di Kuala Lumpur, salah sebuahnya ialah Sekolah agama Maahad Hamidiah Kajang. Malu sebenarnya untuk aku ceritakan disini, tapi tak mengapa, aku kongsi kebodohanku ini, untuk kita ambil pengajaran. Aku tidak mahu meneruskan pengajianku di situ lagi, kerana disitu, aku perlu memakai tudung labuh! Tudung besar yang labuhnya hingga keparas pinggang itu! Aku keluar dari sekolah itu sebaik aku ditawarkan masuk ke MRSM.. Terukkan aku? Malu mengimbas betapa jahilnya aku dulu.. Dan sayang seribu kali sayang.. Pelajar yang pintar ilmu agama ini begitu jahil tentang bab aurat...Begitu lemah sekali benteng yang didirikan untuk dirinya yang bergelar wanita..Begitu suka dia merendahkan lagi martabatnya yang telah Rasulullah perjuangkan untuk golongan wanita suatu masa dahulu.. Jahilnya aku..

Sebab itulah mengapa kita seharusnya faham, beza antara TAHU dan FAHAM. Ada antara kita yang tahu, tapi tidak faham. Ada yang tahu dan faham. Dan ada juga yang tahu dan faham, tapi buat-buat tak faham. Keras benar agaknya hati kita ini, hati manusia. Dulu, ilmu agama itu penuh di dada, namun kalau aku hanya tahu, namun tidak cuba faham, apatah lagi amalkan, ternyata ilmuku itu tidak berguna sama sekali.. Allah swt dalam buku cintaNya dalam Surah Al Hajj ayat 54,

“Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.”

Subhanallah.. Ya Allah ampunkan hambaMu yang begitu jahil ini..Cinta benar hambaMu ini pada dunia, sehingga aku leka memperagakan kecantikan rupa paras yang telah engkau berikan buat diriku..Bodoh benar aku suatu masa dahulu..Aku sedar betapa kewajiban menutup aurat itu adalah salah satu syiar dalam Islam, namun aku pandang remeh. Aku malu ditertawakan, maka aku tega memperagakan sesusuk tubuh yang sepatutnya aku lindungi. Aku begitu kisah dengan kata-kata orang, sehingga aku lupa betapa murkaNya Engkau pada diriku..


Kata orang.. Jangan lupakan sejarah kerana jika kita lupa, kita akan mengulanginya.. Dan aku tidak pernah melupakan Farah Syazana yang dulu, kerana aku sedar kerana sesungguhnya itu permulaan aku mencari cinta. Sebuah cinta yang telah menjadi sumber ketenagan hati menempuh kehidupan fana dan sementara ini. Dulu, saat aku begitu gemilang dengan setiap kejayaan yang telah aku raih, aku lupa bahawa sijil2 yang dipenuhi A itu ternyata kosong tanpa sebuah roh yang mengenali Allah dan agamanya. Dulu aku rasakan agamaku hebat kerana menjadi pelajar terbaik disekolah, namun sebenarnya diriku tika itu aku masih terlalu bodoh tentang apa itu Islam.Aku khatam berkali-kali namun aku tidak memahami setiap kalimah buku cintaku itu yakni Al-Quran..

Imam Ja’far al-Shadiq as berkata,

”Jika Allah menCINTAi seorang hamba, Allah ilhamkan kepadanya ketaatan, Allah biasakan ia dengan qana’ah (menerima apa yang ada), Allah karuniakan baginya pemahaman agama, Allah menguatkannya dengan keyakinan, Allah cukupkan baginya dengan sifat al-kafaf (merasa cukup dengan rezeki yang memadai) , Allah memakaikannya dengan sifat al-‘afaf'"

Alhamdulillah..hingga kini masih menitis air mataku kesyukuran, kerana Allah telah menyelamatkan aku.. Allah menyelamatkan aku dari kejahilan dan kebodohan yang terlalulama..Allah..Alhamdulillah.."Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan maka dijadikannya FAQIH (kefahaman yang mendalam) terhadap ilmu agama" (HR.Bukhari-Muslim)..

Dan sebaik aku melangkah masuk ke MRSM..Disinilah Allah mula menyentuh hati seorang aku, hati seorang gadis remaja mentah bodoh lagi jahil ini.. Dan disinilah kisah cinta aku bermula.....

BERSAMBUNG DALAM GARAPAN 2....

Saturday, October 15, 2011

Ayah..Bersediakah aku...

Assalamualaikum..

Jumaat, 11.22 malam, kota dublin.

Lenguh seluruh badan sejak pulang dari hospital pukul 8 malam tadi. Penat terasa disegenap sendi tubuh, rasa mahu lerai saja badan ini berbasikal meredah malam yang diiringi hujan renyai-renyai. Kuyup pakaianku namun di hati terasa riang kerana weekend yang selalu dinantikan akhirnya tiba jua..

Namun kepenatan itu tidak menghalang jari jemariku untuk ligat mencoret entry baru ini. Sudah tidak tahan untuk meluahkan apa yang berserabut dan berselirat difikiranku sejak akhir-akhir ini. Tiba-tiba satu perasaan kurang enak menjengah lantas menganggu emosi dan perasaan. Mengusik sejuta rasa yang tersimpan. Kadang-kadang aku gementar memikirkannya..Dan tertanya-tanya, apakah apa yang aku inginkan ini adalah yang terbaik buatku..

Malam ini akan aku coret..Tentang AYAH ku yang kucintai..Tentang aku..dan tentang...Dia...bakal sang suami yang akan tiba suatu hari nanti..berjuta persoalan timbul..namun hanya satu persoalan yang aku mahu jawapan darinya.."Mahukah ayah menjagaku sehingga tua sekiranya aku ditakdir tidak mengecap bahagia dalam rumahtangga yang bakal kubina kelak??....".."Mahukah ayah??"..Sebuah dendangan nasyid kegemaranku yang ingin aku kongsi dengan kalian semua..Selalu aku mainkan saat benak ini dilanda badai keresahan..



Tajuknya saat lafaz sakinah, dinyanyikan oleh kumpulan far east..Aku telah lama jatuh cinta dengan alunan lagu nasyid ini.. Setiap kali aku mendengar merdu alunan suara penyanyinya, jiwaku pasti terusik dengan bait liriknya yang begitu menyentuh perasaan..dan menusuk ke dalam. Terlalu dalam..Rasa rindu pada ayahanda kesayanganku yang kini jauh berada di Malaysia membuat mataku berkaca lantas mutiara jernih itu tidak jemu membasahi pipi..

"Heningnya..sepi suasana..lafaz sakinah bermula..
apa rasa diterjemah hanya.. sebak abah tangis ibunda.."

Sebaik bait-bait lagu ini bermula..Aku terasa sayu..Menyedari suatu ketika nanti insyaAllah..ketaatanku akan kuberi sepenuhnya kepada seorang lelaki bergelar suami.. Lelaki yang begitu asing, lelaki yang bakal menjadi nakhoda kepada bahtera kehidupanku ini. Sedar tidak sedar, aku sudah semakin meningkat dewasa..Aku bukan lagi budak perempuan comot yang menanti ibu mengambil aku dari sekolah.. Aku bukan lagi gadis remaja yang hanya ingin berseronok, ingin tampil cantik disekolah, menarik perhatian pelajar lelaki mungkin..Bukan.. Kini aku telah menjadi seorang wanita dewasa, yang matang dan telus. Yang dimindanya bukan lagi hanya ingin bersuka ria.. Namun sedar akan tanggungjawab yang harus dipikul, dan menghargai akan mahalnya nilai harga diri yang harus kupelihara sehingga aku melangkah ke suatu alam baru bernama alam perkahwinan..Dimana ketika itu, syurgaku bukan lagi di rumah tempat aku dilahirkan dan membesar..Tempat aku bermain dan tertawa..Tapi syurgaku dibawah telapak kaki seorang lelaki..Bernama suami..

"Adalah aku wali puteriku..serah kini amanahku ini padamu..
Nafkahilah dia..Curah kasih dan cinta..lebih dari yang kuberikan kepadanya..."

Dapatkah lelaki itu mengasihiku lebih darimu ayah...Sebak rasanya pabila ayah seolah memberi aku kepada yang lain.. Apa ayah tidak mahukah lagi menjaga anak perempuanmu ini..Apa ayah tidak mahukah lagi bertahan dengan kerenahku yang menyakitkan hati..Apa ayah tidak sayang lagikah kepada anak perempuanmu yang telah ayah jaga dari aku ini hanya sebesar telapak tanganmu..Ayah ingin serahkan aku kepada lelaki bernama suami..Lelaki yang masih asing lagi buatku.. Ayah ingin serahkan aku kepada lelaki yang mengganti tempatnya, untuk dicurahkan segala kasih dan cinta.. Tapi ayah, setandingkah cinta suamiku yang baru kukenali ini dengan cinta yang pernah ayah curah padaku sejak aku dilahirkan? Setandingkah sayangnya padaku nanti sebagaimana sayang ayah yang mencari rezeki buatku siang dan malam..Hebatkah kasih suami ku ini, seperti hebat kasih ayah yang mendidik aku penuh cinta dari aku tidak tahu apa-apa sehingga aku memegang segulung ijazah doktor perubatan..Yakinkah ayah bahawa cintanya akan setanding cinta dan kasih ayah pada anakmu ini.. Aku takut dia tidak seperti ayah..Aku takut dia mensia-siakan amanahmu pada dirinya..Dia akan mensia-siakan aku..Adakah kasihnya padaku nanti akan mampu melebihi kasih sayang yang telah ayah beri padaku..

"Dulu esakannya..sandar dibahuku..
Tangisan nya kini..kuserah padamu..
Bukan bermakna...Dia bukan milikku..
Fitrahnya perlukanmu.."

Seorang suami..Adalah segala-galanya bagi seorang isteri..kerana ditelapak kaki seorang suami itu, terletaknya syurga si isteri..Dialah pemimpin..Dialah sahabat setia..Jika dulu ayahlah tempat bermanja..Ayahlah tempat di adu semua rasa.. Kini sang suamilah segala-galanya..Benar kata ayah..sampai suatu masa dan ketika, aku akan ayah serah kepada seorang lelaki yang ayah percaya, untuk membimbing anak gadisnya yang telah dibesarkannya sepenuh raga..Bukan bermakna ayah tidak mahu lagi menjagaku..Namun fitrahku memerlukan sang suami ini..Aku memerlukannya..Tapi ayah..apa sekiranya dia tidak memerlukanku lagi..Ayah menunduk kepala..Kata ayah..Ayah hanya akan menyerahkanmu kepada lelaki yang ayah percaya boleh membawamu ke syurga..Namun sekiranya penilaian ayah silap, ayah menyerah tawakal ini dan segalanya pd Yang Esa..Ayah..Hanya mahu lihat kamu bahagia! Itulah kata-kata ayah..Janji ayah..

"Jadikanlah dia..wanita syurga..
mengerti benar..akan maharnya..
taat itu bukan..hanya pada nama...
indah ia pada maksudnya.."

Pesan ayah lagi..'Ini, anak gadis telah ayah besarkan..Yang telah ayah tatang bagai minyak yang penuh.. Yang telah ayah pelihara maruah dirinya.. Yang telah ayah isi dadanya dengan ilmu agama.. Yang telah ayah basahkan lidahnya dengan kalimah-kalimah suci al quran.. Yang telah ayah biasakan telapak tangan, dahi dan lututnya untuk sujud solat lima waktu, yang telah ayah latih tubuhnya untuk menunaikan puasa, yang telah ayah pastikan dia menutup auratnya dan menjaga batasannya.Inilah anak gadis yang telah ayah besarkan dengan sepenuh jiwa, menjadi bunga harum mekar..Maka jadikanlah dia..wanita yang bakal menghuni taman-taman syurga..'

Namun ayah..sang suami ini.. dapatkah dia melindungi aku dari azab api neraka..Dapatkah
sang suami yang telah ayah pilih untukku ini memandu aku menuju ke syurga..Mampukah dia ayah.. atau dialah punca yang bakal mengheret aku keneraka.. Aku takut ayah! Aku takut dia tidak mebimbing akhlakku..Aku takut dia tidak menegur kesalahanku..Aku takut dia lalai akan amanahnya ini padamu ayah.. Aku takut ketaatan yang dia mahu dariku tidak memandu ke arah keredhaan Yang Esa..

"Ku akur.. dengan pesanmu..
puterimu kini amanahku..
iringlah dengan doamu..
bahagia kami dari redha Mu.."

Namun ayah...sekiranya telah ditakdirkan bahawa lelaki ini ialah orang yang telah ditakdirkan buatku..Maka aku redha ayah...Apapun yang bakal berlaku..Aku akan berserah sepenuhnya padaNya...Hatiku gementar ayah..Bahawasanya aku sedar betapa aku tidak sempurna..Aku tidak selembut Khadijah teman setia Rasulullah yang sehingga setelah pemergiannya jua, beliau tetap masih dirindui dan menjadi igauan tidur Rasullullah sehingga dicemburui Siti Aisyah.. Aku sedar cintaku tidak seteguh Zulaikha kepada Nabi Yusuf..Yang rela menanti dan berkorban segalanya demi cintanya pada Nabi Yusuf..Aku sedar aku tidak seanggun hebat Ratu Balqis, yang menjadi suri peneman setia buat Raja hebat Nabi Sulaiman..

Aku..hanyalah wanita biasa..Penuh cacat cela dalam sifatku..Mudah menangis atas sesuatu yang mengganggu..Namun bisa tertawa walau hanya dengan secebis jenaka.. Kadang aku merajuk untuk menuntut perhatian..Dan rajukku mahu dipujuk penuh sabar..Dan kadang aku berkecil hati hanya kerana sesuatu yang tidak sepatutnya..

Ingatkah ayah dulu..sewaktu aku masih dibangku sekolah..ayah mendidik penuh tegas..dan sekiranya kita berselisih faham..aku akan sering dengan rajukku..aku tidak mahu bercakap dengan ayah..aku tidak senyum pada ayah..Rajukku buruk sekali kan ayah...Ibu selalu berpesan padaku..Aku sebagai anak, dan ayah itu sebagai orang tuaku..dan aku seharusnya beralah! Tapi ayah..buruk sekalikan rajukku..rajukku tetap aku bawa kadang2 sehingga seminggu lamanya..Bodohnya aku...

Dan ayah dirimu biarpun tegas namun penuh kasih sayang..ayah lah biasanya akan beralah..ayah akan buat aku tertawa semula..ayah akan bawa aku makan sedap2 diluar supaya rajukku reda semula..Ayah tahu bahawa anak gadisnya ini cepat benar terasa hati.. Cepat benar membawa diri..Selalu mogok lapar tidak mahu makan..Dan mengunci diri sepanjang hari..Dia hanya mahu dipujuk!.. Anak gadisnya ini manja!

Dan semakin aku meningkat dewasa meniti usia.. Terbit suatu kebimbangan dibenak ayah.. Dapatkah bakal suamiku kelak memahami jiwa anak gadisnya ini..Dapatkah sang suami ini nanti mengerti akan kepelikan fiil anak gadisnya yang paling tua ini..Anak gadisnya yang sukar benar untuk difahami..Yang mana bibirnya mengukir senyum sewaktu hatinya menangis.. Dan dia bisa menangis tiba-tiba tanpa sebarang alasan..Dapatkah sang suami ini mengerti biar bagaimanapun anak gadisnya ini memeningkan kepala, tetapi anak gadisnya ini layak dicintai sepenuh raga..

Aku gementar..seburuk manapun aku ...ayah tidak pernah kurang kasihnya buatku..namun sang suami ini nanti..apabila aku tidak lagi diperlukan..adakah aku masih dicintainya sepertimana ayah..aku gementar..gementar..

Pesan ayah.. "Puteriku ini amanahku..Kasih dan cintailah dia lebih dari aku menyintainya..dan sekiranya suatu hari nanti puteriku ini tidak lagi engkau cinta..maka pulangkan dia padaku dengan sempurna sepertimana saat aku serahkan dirinya padamu.."

Ayah..Tahukah ayah..Bahawa di dalam dunia ini..dihatiku kini hanya ada lima tempat untuk insan bergelar lelaki..Yakni Rasulullah kekasih Allah..Ayah yang telah membesarkan aku..abang sulungku..adik lelakiku najmi..dan..bakal suami ini yang masih aku ragu tentang dirinya..Namun, tak ada siapa mungkin tahu betapa istimewanya tempat ayah dihatiku...

Serahkanlah aku padanya ayah sekiranya itu yang ayah fikir terbaik buat diriku..Semoga dia mampu menjaga amanahmu ini ayah.. Hanya satu yang mahu aku pinta darimu ayah..sekiranya suatu hari nanti..sang suami ini tidak lagi menerima aku seadanya..dan tidak lagi aku ini dicintainya..sudikah ayah mengambil aku semula..mengasihiku semula sepertimana dahulu..kerana hubungan suami isteri itu bisa dipisah dengan sebuah talak..namun hubungan anak dan ayah tidak akan putus walau dicincang lumat..aku..takut benar sekiranya aku tidak mampu menjadi sang isteri yang terbaik untuk dirinya..kerana aku sedar betapa peliknya fiilku..yang mana hanya ibu dan ayah memahaminya..

"Ya Allah...Kau panjangkanlah umur ibu dan ayahku...Kau berikanlah separuh dari umur ku buat mereka..supaya disaat aku menghembus hela nafas2 terakhir kehidupanku, aku bisa berada di pangkuan ayah bondaku.."


Dari benak rasaku..terima kasih ayah kerana telah mendidik aku menjadi wanita yang sempurna........