Assalamualaikum..
Dan jariku terus menari menekan punat-penat kecil laptop miniku..setelah tepu otak ini diisi dengan wadah medic dan sains..Exam minggu depan...
Hmmm gelombang akalku terus memancar sinar ilham tentang sebuah topik..simple tapi wajar untuk direnungkan bersama..Jika sekiranya kita diberi pilihan untuk memilih hanya satu untuk diturunkan kebumi, samada GARAM DAN GULA, atau EMAS DAN PERMATA, mana satu agaknya yang kita mahu pilih? Jika kita memilih emas dan permata, kita tidak akan memiliki langsung garam dan gula, dan begitu jugalah sebaliknya. Okay, sebelum anda terus menulis garapan saya untuk kali ini, pastikan anda telah membuat pilihan ini. Jangan tipu, mesti pilih! (=.=)
Mari kita bincangkan bersama pilihan yang telah kita sendiri tentukan.
Sekiranya, kita memilih emas dan permata untuk diturunkan dengan banyaknya dibumi ini, tentulah peratusan kemiskinan di seluruh pelusuk benua akan jatuh diangka sifar. Tiada lagi miskin melarat, tiada lagi pengemis di jalanan, tiada lagi perbezaan kasta, tiada lagi percaturan darjat. Semua orang akan menikmati kemewahan, semua orang bisa membangunkan rumah-rumah mewah bak istana, semua orang bisa melancong kesana kesini dengan jet-jet mewah. Aaaahh bayangkan! alangkah indahnya dunia apabila semua orang mampu memiliki emas dan permata, sehingga semua orang layak menjadikan diri mereka raja dan pemerintah negara. Wanita-wanita mula mengkalungkan emas yang besar dan berat dileher-leher mereka, permata di kelima-lima jari,dari pangkal jari penuh hingga kekuku! Bukankah emas itu segalanya bagi seorang wanita? Kemewahan..Kekayaan.. Bukankah itu menjadi impian setiap manusia..Tentulah emas dan permatalah menjadi pilihan, mengapa harus pula kita memilih garam dan gula yang rendah nilainya jika nak dibandingkan dengan emas dan permata? Tidak sama sekali!
Dan sekiranya kita memilih garam dan gula, dan tidak emas dan permata.. Yang papa akan terus kekal papa..Kadar kemiskinan akan masih kritikal di banyak negara.. Di Afrika..Di India..Di Indonesia.. malah dinegara kita sendiri mungkin..Masih lagi pengemis jalanan memohon simpati masyarakat yang masih mempunyai hati murni.. Masih lagi pondok-pondok usang itu dihuni keluarga daif yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang..masih lagi nelayan tua itu menjahit pukatnya untuk berjuang di tengah lautan tak kira di waktu badai mendatang..masih lagi yang kaya akan terus memerintah, dan yang miskin akan terus ditindas..Masih lagi basikal tua dan motor usang itu melata dijalanraya, dan masih lagi anak-anak comot itu menyelongkar tong sampah mencari botol dan tin-tin kosong..masih lagi..masih lagi..masih lagi.. Namun..dengan adanya garam dan gula, kita akan masih kekal bahagia..Kerana kita dapat menjamah makanan-makanan yang lazat berperisa..Dapat menyantap hidangan enak yang menghilangkan lapar dan mengenakkan rasa..Si miskin walaupun hanya dengan lauk ikan masin dan gulai lemak pucuk paku, masih lagi gembira kerana rezeki yang dijamahnya begitu menyelerakan, menghilangkan sebentar segala perih hidup. Dengan adanya gula, kita dapat menikmati manisnya kopi dan teh, lazatnya air batu campur dan ais krim kacang merah, menyejukkan benak rasa yang mungkin sedang hangat dilanda amarah dan masalah..Si miskin jua, dengan gula dapatlah menikmati enaknya ais kepal buatan sendiri, atau mungkin kuih keria yang dibeli di warung daif dihujung desa..Walau tidak kaya, nikmatnya rasa..puasnya menghilangkan lapar dan dahaga..Dan dengan garam juga, dapatlah kapal-kapal di laut berlayar merentasi benua, dapatlah kita meneroka rahsia lautan dengan menyeberanginya, rahsia dasar lautan yang hebat dan menakjubkan!!
Jika saya, saya memilih garam dan gula. Tidak saya nafikan, emas dan permata itu tinggi nilainya. Siapa yang tidak impikan kemewahan? Bohonglah jika saya kata saya tidak pernah bermimpi untuk tinggal didalam istana, memandu sebuah kereta Ferrari, dan memiliki sebuah jet peribadi. Ya, kekayaan satu nikmat yang tiada tandingannya. Tapi, adakah kemewahan "material" semata-mata ini dapat melunaskan segala keinginan jiwa manusia? Adakah emas dan permata dapat memenuhi segala keperluan kita?Tentu sekali tidak, dan kerana itulah Allah tidak menjadikan semua manusia kaya dan berharta. Kerana itulah masih wujud kemiskinan dan kepahitan hidup. Ini tidak bermakna Allah itu tidak Adil. Kerana keadilan dan kebijaksanaan Allah jugalah, kadangkala garam dan gula yang rendah nilainya itu kadangkala menjadi lebih penting dari emas dan permata. Fikirkan, jika kita hendak Allah bersikap adil, dan mahu Allah mengurniakan kekayaan pada semua manusia, jadi di mana akan ada nilai kehidupan itu sendiri? Emas dan permata akan hilang harganya jika semua manusia memilikinya. Jadi apa lagi ukuran kita untuk menilai siapa yang lebih kaya dan siapa yang lebih miskin? Siapa yang berjaya dan siapa yang malas? Siapa yang lebih tabah hatinya dan siapa yang lebih mudah berputus asa?Jika tiada kemiskinan, bagaimana manusia hendak belajar untuk berdiri diatas kaki mereka sendiri, untuk lebih berusaha dan mencapai impiannya? Maka keindahan keazaman dan usaha itu sendiri akan hilang kerana tiada lagi struggle untuk berjuang dalam hidup. Tiada siapa yang dapat mentafsir indahnya kejayaan itu melainkan kita sendiri mengalaminya perit pahit perjuangannya.
Kadngkala manusia memandang sesuatu perkara hanya dengan mata kasar. Kekayaan material itu ditafsir sebagai kebahagiaan hidup. Cuba nilai sesuatu itu dengan mata hati. Bagi saya, saya amat memerlukan garam dan gula itu lebih dari emas dan permata. Jika saya hanya boleh pilih satu tentulah saya memilih garam dan gula. Sebab pertama mungkin kerana salah satu cara saya ingin menghilangkan tekanan belajar dan masalah hidup adalah dengan makan makanan yang saya gemari seperti kuey teaw basah, sushi, meehun sup pedas-pedas (sedapnya!!! (^_^) ) Tapi..jika tiada garam dan gula, saya akan kehilangan cara untuk terapi jiwa. Sebab kedua, salah satu cara keluarga saya merapatkan hubungan antara satu sama lain adalah dengan jalan-jalan cari makan. Boleh dikatakan setiap kali kami berpeluang berkumpul satu keluarga, kami akan makan besar, dan pada waktu itu, kami rasa sangat gembira, bahagia dan begitu rapat. Jika tiada garam dan gula, kami tak dapat lagi berbuat demikian, maka kami akan kehilangan kebahagiaan itu. Sebab ketiga,rumah saya sering dikunjungi tetamu, dan ayah dan ibu sentiasa berpesan, jika tetamu datang, maka railah kehadiran mereka, hidangkan mereka dengan apa juga yang mampu kita sediakan ketika itu, dan jika tiada garam dan gula, mungkinkah tetamu yang berkunjung kerumah saya itu akan gembira? Sebab keempat, saya dah dewasa, sebagai kakak sulung, tentulah tugas memasak itu akan jatuh kebahu saya, tentulah saja saya ingin menghidangkan makanan yang lazat kepada keluarga saya, dan apabila saya berkahwin, tentulah saya mahu suami saya makan hidangan air tangan saya, dan bila saya memiliki anak-anak, saya ingin anak-anak saya makan makanan masakan umi mereka. Dan dari air tangan seorang anak, isteri dan ibu itu, akan eratlah lagi kasih sayang yang mengalir diantaranya,akan kukuhlah rasa cinta yang wujud di antara hati-hati kita. Tapi jika tiada garam dan gula, makanan yang dijamah tiada lagi nikmatnya, semuanya hambar, semuanya tawar. Tiada senyuman puas akan terukir, tiada kegembiraan akan terlakar. Dan saya tidak dapat mencari kebahagiaan saya tanpa garam dan gula.Kerana disebalik kewujudan garam dan gula ciptaan Allah ini, ada sumber kegembiraan saya, ada sinar kebahagiaan saya. Ada punca gelak tawa saya, dan saya tak mampu kehilangannya. Bagaimana mungkin saya dapat tersenyum jika Allah tidak menciptakan garam dan gula ini. Saya masih boleh bahagia jika saya tak memiliki bongkah-bongkah emas dan permata, saya masih rasa tenteram jika saya hanya tinggal didalam rumah biasa, saya masih bergelak tawa walau hanya terpaksa berjalan kaki dan menaiki bas, tapi saya mungkin takkan rasa gembira jka garam dan gula tidak wujud!
Wahai jiwa, wahai rakan-rakan yang membaca. Kadangkala kita rasakan sesuatu yang biasa, rendah nilainya atau rendah kedudukannya tidak berguna pada kita. Kita always take things for granted untuk perkara-perkara ini. Kita selalu hanya melihat perkara-perkara besar,kita jadikan kekayaan sebagai punca kebahagiaan, dan kita kesal kerana kita tidak memilikinya.Tapi, disinilah bezanya antara insan yang menilai dengan mata kasar, dan insan yang menilai dengan mata hati. Kita bukan mahu kaya hanya pada harta, kita juga mahu kaya pada jiwa. Orang yang kaya jiwa, dapat merasa gembira dengan hanya menjamah roti canai kosong dan teh tarik di warung mamak, kerana dalam hatinya ada rasa SYUKUR,ada rasa cukup dan tidak merungut kepada yang tidak ada. Orang yang kaya jiwa tenteram hatinya. Tapi orang yang kaya harta, walaupun didepannya hidangan mewah ikan salmon dan seekor kambing panggang, tapi tenteramkah hatinya? SYUKUR itu adakah masih ada? Atau kepalanya masih ligat untuk jadi bertambah kaya? Atau dia sentiasa khuatir dirompak atau ditipu rakan seperniagaannya? Atau adakah hatinya runsing memikirkan adakah urusannya bebas riba dan rasuah?
Mak saya selalu pesan pada saya, kita yang pilih untuk merasa bahagia. Jika kita sering melihat pada kekurangan, maka hati kita akan mati, kita akan sering merasa tidak cukup, kita tidak akan pernah temu kebahagiaan. Tapi jika kita pilih untuk melihat kebaikan, maka SYUKUR itu akan datang, kita akan merasa cukup, dan kita akan gembira. Dan akhirnya saya temui kebahagiaan hidup saya, iaitu pada sebuah KESEDERHANAAN. Jika rezeki saya lebih alhamdulillah, jika tidak juga Allah lebih tahu apa yang terbaik buat saya. Tak apalah jika tak ada bongkah emas dan permata, garam dan gula pun dah cukup membahagiakan buat saya. Rakan-rakan, kadang-kadang kita selalu terlepas pandang perkara yang penting bagi kita atau mungkin seseorang yang penting buat kita. Tapi kita hanya akan merasa kepentingannya, apabila kita kehilangannya. Sesungguhnya setiap yang Allah ciptakan itu tidak sia-sia.Fikir-fikirkan.
Wallahualam
5 comments:
niceee one kak farasya!! suke bace.. sy sdang bygkan kak fara cakap benda ni infront of other people.. hee ^^ sgtlah mengujakan untuk didengar. (kak fara kan pemidato hebat zaman sekolah kita dulu) =) tulis lagi kak fara! sy akan selalu bace..
hehehe mane ade hebat...biase2 aje sudah hehehe saje tulis2..lepas tensyen..tq2=) insyaAllah kalau ade lagi ilham akk tulis lagi..moga Allah ilhamkan akk tulisan2 y berguna bukan y lagha2=) all the best untuk awak slalu k!=)
kalau tak de garam dan gula semua tak selera makan. kalau tak de emas, semua orang mesti selera je makan. hehe. nice one fasya!
tq far!=)
ahaha.. mcm citer ahmad albab dlm citer p.ramlee.. bapak.. mcm inilah kasih syg sy pd bapak.. mcm gula dan garam.. tanpa kedua-duanya.. x sdplah dunia kita.. tak bermkna tnpenye.. tawar sje.. heehe :)
Post a Comment