~~... sambungan perjalanan 2 ...~~
Aku kaget. Sebaik aku menoleh tubuh sasa itu sudah benar-benar berdiri rapat dihadapanku. Nyaris saja aku berlaga tubuh dengannya. Dan mata kami bertentangan. Mataku yang penuh api kemarahan sebentar bertukar salju ketika aku menatap terus sepasang mata bundar yang sedang juga terpaku menatap mataku. Dunia sekitar kami tika itu sunyi seketika, dan aku seolah-olah sedang terapung di awang-awangan di sebuah taman penuh bunga. Oh kacaknya...
"Cik buku..." Aku yang sedang terbang tadi jatuh terbungkam ke bumi nyata. Astaghfirullah.. Umi ajar kita orang perempuan tak boleh duduk serapat ini dengan lelaki yang bukan muhrim. Boleh membawa kepada maksiat kata umi. Umi tegah anak-anak umi bercampur bebas dengan lelaki. Kenapalah anak umi ini selalu ingkar pesan umi. Aduhai Laila Juwita..Pantas aku berundur dua tiga langkah dari tubuh sasa dan sepasang mata dihadapanku yang telah membawa aku terbang ke alam fantasi bodohku tadi.
"Apa cik buku? Awak ingat nama saya ni buku ke? Muka je hensem, pakai kemas-kemas tapi langsung tak hormat orang lain.." Tuturku marah sambil membetulkan lipatan tudungku yang senget dek aksi memalukan tadi. Nasib baik tak ada orang perasan aku buat babak hindustan kat sini, kalau tidak malu aku..
"Amboi garangnya.. Dah awak kerja kat kedai buku, tak salah rasanya saya panggil awak cik buku kan. Anyway, tak payah nak kecoh-kecoh ye cik buku. Saya nak cari Oxford Handbook untuk Clinical Medicine, boleh tolong carikan? Saya tunggu kat depan kaunter sana ye. Anyway thanks for your compliment, saya memang tau yang saya ni handsome", selamba lelaki itu membalas. Mendidih darah aku mendengar kata-kata bongkak lelaki itu. Dahlah kurang sopan, perasan, dah tu boleh arah-arah aku itu dan ini. Minta maaf tidak, terima kasih jauh sekali. Simpati aku dengan mamat poyo itu, kaya harta, kaya rupa, tapi miskin pekerti, miskin budi bahasa. Sia-sia je Allah murahkan rezeki. Panjang aku mengomel sendirian sambil meyusun langkahku mencari buku yang dimintanya tadi. Aku tahu benar buku yang dimintanya, kerana aku juga ingin memiliki buku yang sama nanti, apabila aku mendapat peluang meneruskan pengajianku sebagai doktor perubatan. Tanpa sebarang senyuman, aku memberikan padanya di kaunter pembayaran, dan lelaki itu terus hilang dari pandangan sebaik memecut laju sebuah kereta mewah Honda Accord berwarna hitam.
"Kenapa Aila..Nampak awak manyak marah saja.." Puan Ling majikanku menegur aku yang tidak habis-habis mencebik masam.
" Takda apalah Kak Ling. Saya manyak angin la sama itu orang. Takda hormat sama orang lain. Harap kaya saja, tapi manyak kurang ajar. Saya tolong dia cari buku, jangan kata mau cakap terima kasih, senyum pun takda la Kak Ling. Saya memang manyak angin sama orang ini macam.." Balasku dengan pelat-pelat cina. Kelakar juga kadangkala apabila aku berbahasa begitu, tapi aku rasa lebih mesra dengan Kak Ling apabila berborak dengan pelat seunik itu.
"Haiya Aila. Jangan marah-marah. Awak sudah manyak cantik marah bikin muka buruk saja. Itu orang nama dia Tengku Zakri. Dia punya bapak ada syarikat manyak besar punya. Manyak kayala itu orang. Anak dia belajar doktor dekat itu universiti Islam. Manyak pandailah itu budak. Dia selalu mari sini beli buku. Jangan marah la Aila.Awak punya pasal, saya bagi awak balik awal ini hari haaa...Senyumla Aila.." Panjang Puan Ling bercerita tentang Tengku Zakri yang sombong itu. Aku hanya diam dan mengiyakan saja. Bagus juga sebab aku dilepaskan awal hari ini. Dapat jugalah aku singgah di pasaraya besar dan membelikan uniform yang Mia minta aku belikan.
****************************
Pertemuan dengan Tengku Zakri itu sudah 3 minggu berlalu. Tidak aku nafikan bahawa aku terpaku juga dengan wajah kacak dan karakter yang dibawanya. Tapi aku benci kepada lelaki sombong, kaya dan tidak tahu menghormati orang lain. Bukan tidak ada orang yang meminatiku sejak aku dibangku sekolah dulu, boleh dikatakan lebih sepuluh orang lelaki pernah menagih cinta dariku. Hampir tiap-tiap hari, ada saja hadiah diletakkan di dalam mejaku. Surat, bunga malah bekal makanan yang dibekalkan oleh ibu mereka juga diberikan padaku. Tapi satu pun tidak kulayan, tidak satupun pernah aku ambil dan simpan. Kebanyakan pemberian mereka, aku letakkan kemas di meja kosong belakang kelas, dengan satu nota kecil bertulis ungkapan maaf kerana tidak dapat menerima pemberian mereka itu. Malah ada juga yang selalu menggelar aku sombong dan kera sumbang. Aku juga selalu menjadi mangsa umpatan rakan-rakan perempuanku disekolah, iyalah, siapa yang tidak iri hati apabila namaku sering menjadi menjadi pujaan lelaki. Boleh aku katakan, zaman persekolahanku dulu tidak seindah pelajar lain. Namun aku bersyukur kerana Allah masih memberikan aku peluang dan ruang untuk menuntut ilmu dan aku sering ingat pesan umi, "Kunci untuk merasa tenang dan bahagia adalah dengan sentiasa bersyukur.Kecantikan, kekayaan, kebijaksanaan semuanya adalah ujian samada kita sedar ataupun tidak. Semakin sukar ujian yang diberi, tandanya semakin sayang Allah pada kita. Walau kita miskin, sekurang-kurangnya kita semua sihat, tidak cacat, malah dapat juga umi menyekolahkan kamu semua agar jadi orang yang berguna. Jika kita susah, ada orang lain lebih susah dari kita.."
"Aila.." Tersentak aku apabila suara halus umi menegur. Aku menoleh melihat wajah umi yang putih bersih. Baru lepas mandi agaknya. Cantik benar umi walau kelihatan kedut-kedut halus dibawah mata tanda umi makin dimakan usia. " Ya umi.."
"Ini ada surat untuk kamu Aila.. Posmen baru hantar tadi. Surat dari universiti agaknya. Ini ada lambang MARA di luar surat ini.." Lembut tutur umi dan hatiku terus diserang sejuta debaran. Oh Tuhan.. Bingkas aku bangun mengambil surat tersebut dari tangan umi dan membukanya. Mataku laju membaca isi kandungan surat yang selalu kunanti-nanti itu. Terus aku memeluk tubuh umi dengan linangan mutiara jernih yang deras jatuh dari mata bundarku. "Umi.. Anak umi ini akan jadi doktor.."
Umi membalas pelukanku lebih erat. Terdengar esak tangis kegembiraannya perlahan di telingaku. Saat itu merupakan saat paling bahagia buat aku dan umi. Kalaulah walid masih ada, pasti ketika itu juga dia akan memainkan lagu kegemaran kami dengan seruling tuanya. Oh walid, kalaulah walid masih ada.. Malam itu juga umi memasakkan lauk istimewa kegemaranku, asam pedas ikan keli. Mia dan Sohan tidak putus-putus memuji kakak sulungnya ini dan mereka juga berazam kuat untuk mengikuti jejak langkahku..
*******************************
Seawal pagi lagi umi sudah sibuk di dapur menyediakan sarapan pagi. Mia dan Sohan pula tidak jemu membantu aku mengemas barang-barang keperluanku ke dalam sebuah beg baju berwarna merah hati yang kubeli di pasar borong minggu lalu, khas untuk kubawa ke tempat baru nanti. Hari ini ialah hari pendaftaranku ke matrikulasi perubatan Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah berkat doa umi dan adik-adik, aku mendapat peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang amat aku idam-idamkan sejak dulu lagi. Sebenarnya aku mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Sheffield, United Kingdom. Tapi dengan berat hatinya aku terpaksa menolak tawaran tersebut kerana tidak tergamak rasanya aku ingin meninggalkan umi, Sohan dan Mia meneruskan hidup tanpa aku disini. Sebagai anak yang paling sulung, masih jelas terngiang-ngiang pesan walid padaku dulu, "Umi, Mia dan Sohan walid pertanggungjawabkan mereka kepada Aila. Aila yang paling tua, tugas Aila ialah sentiasa berada di samping mereka di saat susah mahupun senang. Meraka semua amat memerlukan Aila. Ingat, Aila adalah tulang belakang umi dan jangan sesekali Aila tinggalkan umi keseorangan.."
Walau agak berat hatiku untuk melepaskan peluang keemasan ini, aku terpaksa memohon kepada MARA untuk menukar temapat yang ditawarkan kepada institusi didalam negara sahaja. Umi pada mulanya menentang keras keputusanku menolak tawaran biasiswa ke luar negara itu, tegas umi mengatakan bahawa umi mampu menjaga Mia dan Sohan tanpa aku. Umi mahu aku terus terbang merantau dan mengutip seberapa banyak ilmu dan pengalaman, namun akhirnya umi akur kepada keputusan yang telah aku ambil. Akulah pengganti walid, biar ke tahap manapun aku berada aku tetap akan menggalas amanah yang telah walid wasiatkan kepadaku dulu.
"Kak Aila, Mak Cik Uda dah sampai tu. Mari sini barang-barang Sohan hantar ke kereta ya.." Tegur Sohan memecah lamunanku. Disebabkan Universiti terletak agak jauh dari rumah, terpaksalah umi meminta pertolongan dari Mak cik Uda meminjamkan keretanya kepada kami sekeluarga. Kami telah banyak terhutang budi kepada Mak cik Uda yang telah banyak membantu kami sejak kami berhijrah ke Kuala Lumpur. Mak cik Uda adalah sahabat baik umi sejak di bangku sekolah dulu.
"Terima kasih adik kakak.. Nanti bila kakak ada duit kakak belikan Sohan kasut bola ya.." Balasku lembut pada Sohan. Makin kacak adik lelakiku ini. Wajahnya saling tak tumpah iras-iras wajah walid. Sohan tersenyum manja. Mia juga turut tertawa melihat gelagat kami.
Perjalanan kami memakan masa hampir satu jam. Setibanya aku di ruang universiti, aku dan umi terus masuk ke ruang pendaftaran untuk mendaftar, manakala Sohan dan Mia duduk menunggu barang di kereta. Hati yang girang dan bersemangat tadi tiba-tiba berubah menjadi gementar dan tidak enak apabila mataku liar memandang ke arah pelajar-pelajar lain yang berpakaian kemas, bersama barang-barang keperluan yang lengkap dan mewah. Ada yang datang dengan kereta-kereta mahal, mereka juga berpakaian cantik dan segak. Sedang aku tidaklah membawa barang keperluan yang banyak dan baju-bajuku juga semuanya baju lama dan agak lusuh. Kasut hitam yang ku pakai inipun ku beli dari kedai kasut murah berharga sekita lima belas ringgit sahaja. Yuran pengajianku ditampung penuh oleh MARA namun wang pedahuluan pendaftaran terpaksa aku pinjam dari Mak cik Uda. Tiba-tiba aku rasa amat rendah diri dan terasing. Layakkah aku berada disini? Senyuman yang aku ukir sejak pagi tadi hilang tiba-tiba, terasa ingin sahaja aku pulang sahaja ke rumah dan melupakan hasrat untuk bersama-sama berjuang untuk meraih gelaran doktor di sini.
"Aila dah lupa pesan umi pada Aila? Bukan kekayaan dan pangkat yang menentukan kehebatan seseorang. Manusia di mata Tuhan semua sahaja, yang membezakan kita adalah taqwa. Allah tidak akan membebani seseorang manusia dengan sesuatu yang tak mampu dipikulnya. Maka Aila sudah terpilih untuk berada disini, jadi jangan sesekali Aila terfikir untuk berundur sebelum berperang" Tegas suara umi menegur bagai memahami badai resah yang melanda jiwaku. Aku memandang wajah umi yang berjalan disisiku sambil tangan umi hangat menggengam jari jemariku. Terasa bagai ada suatu semangat dan kekuatan umi salurkan dari genggaman tangannya terus masuk lalu membakar semangatku semula. " Lakukan ini demi Allah, demi umi dan adik-adik, dan demi walid. Aila kebanggaan kami.." Kata-kata umi terus menusuk kehati kecilku. "Baik umi.." Bergetar suaraku sambil mencium tangan umi perlahan.
Sesudah selesai semua proses pendaftaran, umi, Mia dan Sohan membantuku mengemas barang-barang di asrama yang disediakan. Kami turut berkenalan dengan rakan sebilikku, namanya Zulaikha yang berasal dari Kuala Lumpur. Pada sebelah petang, umi dan adik-adik terpaksa berangkat pulang. Tiba-tiba satu perasaan sedih menyerang dan aku tidak dapat menahan dari menitiskan air mata saat aku memeluk umi, Mia dan Sohan. Mana tidaknya, sepanjang aku bernafas dibumi Tuhan ini tidak pernah sekalipun aku pernah berpisah dengan tiga insan yang amat aku sayangi ini. Walaupun umi tidak mempamerkan kesedihannya, tapi dapat kulihat umi sembunyi-sembunyi mengesat air matanya dengan hujung lengan bajunya. Aku tahu umi wanita yang tabah. Jarang sekali umi menangis di hadapan kami sekalipun aku tahu jauh disudut hatinya dia sangat merindui dan menangisi pemergian walid.
"Kalau Aila ada duit lebih, Aila akan balik jenguk umi, Mia dan Sohan ya..Sohan..Mia.. jaga umi baik-baik. Belajar pandai-pandai sayang.."Ringkas pesanan aku ucapkan dengan suara bergetar menahan tangis.Mia dan Sohan juga mula menangis. Lalu kereta mereka bergerak perlahan meninggalkan perkarangan asrama, semakin lama semakin hilang dari pandangan mata. Oh Tuhan, Kau berikan padaku kekuatan...
***************************
"Ika, kau dah siap ke belum? Slot aktviti pagi dah nak mula dah ni" Cemas aku menegur Zulaikha yang masih menghadap cermin sambil mengenakan eye liner di mata kirinya. Zulaikha memang kuat bergaya, make up sentiasa lekat pada wajahnya. Maklumlah, gadis bandar.
"Kau pergi dululah Aila, aku nak touch up sikit lagi ni. Nanti aku jumpa kau kat sana ye.." Balas Zulaikha selamba.
Aku hanya tersenyum melihat gelagat Zulaikha. Sudah lima hari aku tinggal sebilik dengan Zulaikha, aku sudah agak kenal dengan perwatakannya. Dia seorang yang mesra, cuma karakternya yang kuat melaram itu membuatkan cara kami berbeza, namun kami serasi bersama. Aku terus mencapai beg galasku dan berjalan pantas menuju ke luar asrama. Jam sudah menunjukkan pukul 8.55 pagi dan sesi pagi itu akan bermula 9.00 pagi. Minggu Orientasi pelajar baru ini akan berakhir dua hari lagi. Aku terus mempercepatkan langkah menuju ke dewan besar.
Setibanya aku di sana, aku terus meluru untuk masuk kedalam dewan, namun aku ditahan oleh beberapa orang senior di depan pintu.
"Kenapa datang lambat ni..Ohh baru lima hari disini dah tunjuk besar kepala datang lambat. Macam mana nak jadi doktor ni.." Sergah salah seorang senior perempuan yang berbadan agak gempal. Aku hanya tunduk, bagaikan pesalah yang hanya menunggu masa untuk dihukum. Sesekali aku mengangkat muka memandang satu persatu sekumpulan manusia yang berdiri dihadapanku ini, tiba-tiba mataku terhenti apabila terpandang sepasang mata bundar yang seakan-akan pernah kulihat suatu masa dulu. Ya, dialah Tengku Zakri, lelaki yang pernah kutemui di kedai buku dua bulan lalu. Dia juga memandangku sambil tersenyum sinis. Oh, kau gelakkan aku ye. Tak apa, hari ini hari kau, esok lusa kau tunggulah! Aku terus merungut sendirian.
"Ni nak hukum apa ni abang kakak semua. Adik kita yang comel ni dah pandai datang lambat.." Senior perempuan tadi terus bersuara, macam mak tiri Snow White pula.
"Nampak muka macam pandai nyanyi je..Kalau abang nak dengar adik nyanyi lagu Negaraku boleh ke adik.." Tiba-tiba Tengku Zakri bersuara. Aahhh..Ni dah kira kes naya ni. Seganlah aku kena menyanyi seorang diri depan semua senior ni. Memang cari pasal dengan aku Tengku Zakri ni. Selalunya mereka denda ketuk ketampi 20 kali saja, tiba-tiba Tengku poyo ni pulak nak suruh aku nyanyi.
"Betul-betul.. Nyanyi...Laila Juwita" Senior perempuan itu terus menyambut saranan Tengku Zakri sambil membaca nama di name tag yang tersangkut di tudungku.
Tak pasal-pasal aku malu habis hari itu. Maka terpaksalah aku menyanyi dengan sumbangnya lagu Negaraku dihadapan enam orang senior sebelum aku dapat masuk kedalam dewan. Ini semua angkara Tengku Zakri perasan handsome tu. Tak sangka pulak dia adalah salah seorang seniorku disini. Benci betul! Zulaikha juga didenda kerana datang lambat, tapi dia hanya disuruh ketuk ketampi. Aku pula yang mendapat hukuman istimewa lain dari yang lain. Selesai sesi pagi itu, aku terus menuju ke taman di belakang fakulti sambil membawa bekalan roti kosong dan air mineral yang menjadi santapanku setiap hari. Aku tidak mampu untuk berbelanja di cafe setiap hari seperti pelajar lain. Biasanya duit biasiswa yang aku dapat aku simpan untuk belanja aku pulang kerumah dan juga membeli keperluan umi dan adik-adik. Aku juga gemar duduk di taman ini pada waktu rehat sambil melihat burung-burung berkicau dan bermain-main di dahan pohonan disitu.
" Cik buku..." Tengku Zakri muncul entah dari mana. Hampir tercekik aku kerana terperanjat dengan kehadirannya secara tiba-tiba. Dia tersenyum lembut padaku.
....bERSAMBUNG..............
... I am A restless brain ...
Wednesday, February 9, 2011
Saturday, February 5, 2011
Pelangi Petang Milikku.. ~~Perjalanan 2~~
...Sambungan perjalanan 1...
Hatiku cemas bercampur takut. Difikiranku hanya ada umi. Apa yang telah berlaku pada umi? Aku bergegas menaiki tangga rumah lantas menjengah ke ruang tamu. Kulihat sekumpulan manusia duduk di perkarangan ruang tamu, bersama beberapa dulang hantaran di hias cantik berwarna ungu lembut. Mereka semua serentak memandang ke arahku yang tiba-tiba muncul tanpa memberi salam. Mataku terus mencari kelibat umi di antara kumpulan manusia yang tidak kukenali itu. Aku terlihat wajah umi yang merah padam duduk bersandar di dinding ruang tamu, membisu tanpa kata-kata. Dapat aku lihat helaan nafas umi deras turun naik bagai menahan amarah yang meluap-luap. Kelihatan juga Mia dan Sohan yang terintai-intai disebalik tirai dari dalam kamar depan teratak burukku. Aku tertanya-tanya 'acara' apakah sebenarnya yang sedang berlangsung disini? Mengapa umi masih membisu sekalipun sudah melihat aku pulang terpacak dihadapannya dan dari manakah datangnya gerombolan manusia yang tidak kukenali ini?
"Aila, mari duduk sini sebelah umi". Tiba-tiba suara umi memecah sunyi yang begitu menyeksa hatiku yang diserang seribu tanda tanya. Aku turuti perintah umi. Semua yang ada disitu masih tidak jemu melihat diriku, ada juga yang berbisik-bisik sambil tersenyum.
"Mereka ini rombongan meminang dari Orang Kaya Tuan Rahman dari kampung sebelah. Mereka datang ingin melamar kamu." Ringkas ucapan umi namun cukup membuatkan aku terasa bagai dipanah petir. Gila apa mereka ini yang ingin melamar aku yang masih belum mengahbiskan persekolahanku. Aku merenung muka umi yang dari tadi masih merah padam.
"Aila tak mahu. " Tegasku sambil terus memandang tajam wajah umi.
"Bagus." Jawab umi pendek. Bingkas umi berdiri.
"Kamu semua dengar apa jawapan kami kan? Kami tidak setuju. Tadi saya dah berikan jawapan saya dan kamu semua mahu mendengar jawapan dari mulut anak saya sendiri. Sekarang anak saya sudah menjawabnya. Sekarang saya mahu kamu semua pulang dan beritahu pada Tuan Rahman, bahawa kami terpaksa menolak". Lantang suara umi dan umi terus menyusun langkahnya ke dapur. "Aila, suruh mereka pulang". Tegas arahan umi tanpa langsung memandang kewajahku.
Aku tahu umi sedang menahan kemarahannya. Aku tahu umi merasa sangat terhina dengan lamaran tersebut. Lamaran dari lelaki tua yang sudah beristeri tiga, dan mempunyai 8 orang anak. Kini ingin pula lelaki tua itu melamar anak remaja umi yang belumpun menamatkan zaman persekolahan.Siapa yang tidak kenal perangai kasanova Tuan Rahman. Dia fikir harta kekayaannya dapat membeli maruah orang miskin seperti kami agaknya. Namun dia silap. Kami mungkin daif dan kedana, namun kami miliki harga diri yang tinggi. Semua yang hadir di situ-situ terpinga-pinga dan ada juga yang merengus marah. Mereka pulang dengan kecewa dan seribu satu cerita yang akan dicanang keseluruh kampung. Akan timbullah satu lagi cereka buruk tentang aku dan umi, dan semakin hebatlah kejian dan umpatan yang bakal kami terima selepas ini.
*****************************
Selang seminggu selepas kejadian itu, heboh satu kampung bercerita tentang aku dan umi. Ada yang mengatakan bahawa umi terlalu angkuh dengan kecantikannya dan aku sehingga sanggup memalukan Tuan Rahman. Ada yang mengatakan bahawa umi menghalau rombongan meminang Tuan Rahman dengan penyapu. Berbagai-bagai lagi fitnah dan cerca yang dicipta penduduk kampung yang sememangnya tidak senang dengan kami. Aku dan umi masih memekakkan telinga dan menjalani kehidupan kami seperti biasa. Perit lukanya hanya Tuhan yang bisa menguraikannya. SPM tinggal seminggu lagi. Dan aku terus menguatkan semangat untuk menggenggam kejayaan yang aku impi-impikan selama ini.
Tuhan itu Maha kaya dan Maha Mengetahui, aku lulus cemerlang dengan 10A1. Menitis air mata umi dek terlalu bangga dan memelukku erat. "Kita akan tinggalkan kampung ini Aila.Kita akan tinggalkan tempat ini yang telah banyak mencarik perasaan umi, Aila dan adik-adik." Aku terkejut dengan kata-kata umi. Rupa-rupanya umi sudah lama memasang niat untuk meninggalkan kampung ini dan dia hanya menunggu aku menghabiskan persekolahanku disini. Umi juga sebenarnya telah meminta bantuan seorang rakannya di Kuala Lumpur untuk mencarikan kami sebuah rumah sewa dan mencarikan pekerjaan untuk umi disana nanti. Umi juga telah menguruskan pertukaran sekolah Mia dan Sohan. Begitu tenang perancangan umi sehingga ku langsung tidak tahu menahu tentang rancangannya itu. Kata umi dia mahu kami sekeluarga berpindah secara senyap kerana tidak mahu ada sebarang masalah dengan penghijrahan kami itu. Kata umi juga dia ada mendengar ura-ura bahawa Tuan Rahman ada merancang sesuatu yang tidak baik terhadap keluarga kami untuk menebus malu kerana peminangannya kami tolak mentah-mentah.Umi tidak mahu memberitahuku semua ini kerana bimbang aku akan susah hati dan akan menganggu pembelajaranku. Seminggu setelah aku mendapat keputusan SPM, kami berpindah dari teratak kesayangan kami dengan bantuan rakan umi dari Kuala Lumpur itu. Berat rasa hati kami untuk meninggalkan teratak itu kerana terlalu banyak kenangan kami bersama walid yang ingin kami bawa bersama, namun aku tahu bahawa kami harus pergi untuk kami terus mengejar impian untuk memperbaiki kehidupan kami. Aku juga telah memohon untuk masuk keuniversiti dan juga biasiswa untuk meneruskan pengajianku dalam bidang perubatan. Aku tahu walid dan umi ingin benar melihat aku menyarung kot putih bersama suatu alat panjang yang sering aku lihat tergantung dileher doktor yang aku sendiri tidak tahu apakah namanya.Namun apa yang pasti, aku ingin menunaikan hasrat keluarga kami yang sudah lama tersimpan ini.
***********************
Kami memulakan kehidupan kami di Kuala Lumpur dengan baik. Kami menyewa di sebuah rumah kos rendah yang terletak tidak jauh dari pusat bandar. Umi mendapat kerja sebagai operator di sebuah kilang elektronik tidak jauh dari rumah kami. Mia dan Sohan juga meneruskan persekolahan mereka dengan baik. Biarpun pada mulanya kami makan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, namun semakin lama kehidupan kami semakin baik. Sementara aku menunggu keputusan permohonan universitiku, aku juga bekerja sebagai pembantu disebuah kedai buku tidak jauh dari rumahku. Dapatlah juga aku membantu umi menampung yuran persekolahan Mia dan Sohan. Setiap hari aku akan keluar bekerja seawal pukul 8.30 pagi dan pulang pada pukul 8 malam. Biarpun kehidupan kami agak susah, namun kami gembira kami dapat melepaskan diri dari tekanan penduduk kampung yang masih lagi dibelenggu pendirian iri hati dan benci. Majikanku berbangsa cina dan dia melayan aku dengan baik. Suatu hari, sewaktu aku sedang sibuk mengeluarkan stok buku-buku baru yang baru tiba dikedai, aku terlihat kelibat seorang lelaki tampan masuk kedalam kedai. Aku terpana seketika. Raut mukanya begitu bersih, baju yang dipakainya bersih dan kemas, haruman yang dipakainya dapat kuhidu walau jarak antara dia dan aku jauhnya 'sebatu'.Namun sayang, tiada satu senyuman pun terukir dibibirnya.Anak orang kaya agaknya,sombong semacam je, desas hatiku. Lantas aku menyambung semula kerja yang bertimbun dihadapanku ini. Waktu lunch dah nak masuk, nanti kalau aku tak selesaikan timbunan buku ini, alamatnya belaparlah aku sampai kemalam. Lagipun aku dah berjanji dengan Mia yang aku akan membelikannya uniform kadet polis di pasaraya besar selepas kerja nanti.
"Cik buku.." Suatu suara garau menyergah cuping telingaku, dan satu sentuhan singgah ke bahuku. Cik buku? Kurang asam punya orang, aku dipanggilnya cik buku siap pegang-pegang aku pula tu! Menyirap darahku lantas aku menoleh kebelakang ingin melihat manusia yang menggelarkan aku cik buku itu. Aku terpana dan mataku terbeliak. Aku menjerit terkejut.
...Bersambung............................

Friday, February 4, 2011
Namun Tanpa Lidah..Cinta Ternyata Lebih Terang..
Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..
Dideklamasikan oleh Ayyatul Husna
Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..
Dideklamasikan oleh Anna AlthaFunnisa
Bila hati seolah-olah lesu mengenangkan kekecewaan dan mungkin masalah yang tidak putus datang..Tiba-tiba jari -jemariku terasa untuk bersuara..Mungkin kerana seketul daging bernama hati yang bersembunyi dalam jiwa ini seolah-olah meronta ingin menyuarakan sesuatu.. Lesu aku memandang ke luar jendela..Ya..Hati ini merintih kecewa..Kecewa dengn kebodohan dan kealpaan aku dalam mengejar dunia yang serba sementara ini..Kebodohan aku dalam mengharapkan cinta manusia yang sesungguhnya tidak kekal abadi.Aku terlupa seketika akan cinta Yang Esa yang jauh lebih membahagiakan aku sebenarnya..
..
Setiap kali aku duduk termenung melayani rasa kecewa yang kosong ini..Aku suka untuk mendengar puisi yang telah dideklamasikan oleh watak anna dan ayatul Husna dalam filem ketika cinta bertasbih.. Bait-bait ayat yang dikarang oleh penyajak Persia ini,Sheikh Jalaluddin al-Rumi, membuatkan hati bagai direntap. Aku kesal kerana aku masih belum mampu menjadi pencinta Allah yang setia. Aku kesal kerana jauh tersesat dijalan yang gelap dan banyak memberi kebahagiaan palsu.Aku ingin buang jauh-jauh segala rasa kecewa ini. Dan seharusnya cinta yang aku miliki ini harus aku hadiahi buat insan yang bergelar suami. Dan dimanakah engkau berada ketika ini wahai bakal suamiku. Bilakah engkau hendak datang muncul dan melenyapkan segala resah ku dalam kesesatan ini. Sesat dalam cinta pura-pura dan tipu daya dunia..
Betul kata ayatul Husna.. Cinta adalah kekuatan..yang mampu merubah segala racun berbisa menjadi penawar paling mujarab.. Dengan cinta kedamaian bisa diwujudkan, namun dengan cinta juga, banyak kerosakan telah berlaku. Cinta didasari hanya kerana Allah menjanjikan kemanisan dalam setiap jiwa yang menikmatinya, dan cinta berlandaskan nafsu menjanjikan keenakan sementara, namun kekecewaan yang menanti bukan kepalang sakitnya..
Air mataku menitis perlahan bila aku mendengar bait-bait madah anna..sekalipun sebanyak mana madah yang kita utarakan tentang cinta..biar berjuta sajak cinta dikarang sang teruna, demi menambat hati sang dara..biar betapa banyak kata-kata manis yang ditutur jejaka demi memenangi hati sang jelita.. Namun tanpa lidah..cinta ternyata lebih terang..Cinta di bibir semanis madu, namun meracun hati dan akal. Namun cinta tanpa suara, terus menusuk kehati dan lebih besar dan hebat kuasanya.Ya Allah, temukan aku dengan cinta tanpa suara, kerana aku ingin menikmati rasa cinta itu dan tanpa sebarang dusta dan kecurangan yang bisa ditutur dengan kata-kata..
Aku letih..Terlalu letih dengan perjalanan cinta palsu sebelum berkahwin..Aku bencikannya..Ia begitu mengganggu jiwa dan merentap ketenangan dan jiwaku.. Ya Allah..Ampunkan aku atas kelemahanku..Aku mahu menghadiahkan cinta ini hanya buat insan bergelar suami..Namun dimanakah dia..Aku menantinya..Aku benci akan segala kemesraan yang wujud sebelum akad dilafaz..Namun aku bersifat lemah..Kadangkala akal dan nafsu mengatasi segala..Lalu kadangkala perlakuanku yang alpa membuatkan aku terasa jauh darimu.. Ya Allah, telah kupinta dariMu siang dan malam agar Engkau menghadiahkan aku seorang lelaki soleh yang bisa membimbing aku menjadi hambaMu yang solehah.. Namun dia masih belum kunjung tiba..Alhamdulillah selama hari ini aku masih mampu mempertahankan diri dari disentuh dan didakap sang adam yang hanya ingin mengambil kesempatan ke atas diriku..Namun aku bukan Nabi.. Kadangkala aku masih belum mampu menundukkan pandangan dan menghindar diri dari menghindari segala laranganMu baik yang kecil mahupun yang besar..
Ya Allah..aku sedar bahawa perhubungan sebelum berkahwin itu adalah ditegah..Cinta seorang wanita hanyalah untuk lelaki yang bergelar suami..Segala kecantikan dan kasih sayang seorang wanita hanya untuk lelaki yang berhak atas dirinya sahaja..Ya Allah.. ampunkan hambaMu ini andai aku seringkali menyimpang jauh dari apa yang sepatutnya..Aku masih menanti lelaki itu untuk memurnikan aku dengan mengambil aku sebagai isterinya. Namun terlalu banyak ujian dan cabaran dan sehingga kini tetap gagal..Mungkin bukan dia yang terbaik untukku. Namun aku redha Ya ALLAH kerana sesungguhnya aku amat menyedari bahawa Engkau lebih tahu apa yang terbaik buatku. Dan aku sandarkan segalanya hanya kepada Mu. Dan ingin aku nikmati keindahan tawakal itu..Ya Allah.. Jika dia bukan yang terbaik untukku, maka Engkau pisahkan kami dalam keadaan redha dan tenang. Kuatkan hati kami. Dan jika dialah yang telah Engkau takdirkan buatku..Maka satukanlah kami dalam keadaan yang halal, yang suci, dalam keadaan yang diredhaiMu...
Ya Allah..sesungguhnya kami sering terlupa bahawa cinta sesama manusia ini selalu mendatangkan kepahitan dan sengsara.. Lebih2 lagi cinta yang tidak halal.. Dan kami terlupa bahawa cintaMU tidak pernah menyakitkan. MenyintaiMu membuatkan hati terasa tenang dan aman.. Membuatkan hati terasa dilindungi. Mengapa seringkali manusia lupa dan tetap melebihi cinta lain melebihi cinta mereka kepadaMu..Semuanya seolah hanyut dan terlupa bahwa tanpa ALLAH kami tidak punya apa-apa. Dan tiada siapa yang lebih layak dicintai selain dari ALLAH..
Namun kami semua lupa..ada yang sudah ternoda dan hilang mahkota sebelum akad dilafaz..ada yang masih belum bernikah namun berpelukan dan berkucupan seolah suami isteri..sang wanita lupa bahawa semakin dia disentuh dibelai sang adam yang bukan suami, semakin turunlah harga dan nilai maruah dirinya..Dia bukan lagi wanita yang tinggi darjatnya sebagaimana dulu Rasulullah berusaha menaikkan darjat wanita yang sering ditindas ketika gelap Jahiliyah..Dan sang adam yang seharusnya menjadi pelindung kepada wanita, dengan ghairah mengambil peluang dan kesempatan menikmati dan meratah tubuh2 lembut wanita yang men'cintai'nya..Itukah cinta. Adakah sebuah cinta itu suci jika seseorang lelaki sanggup memijak maruah wanita yang seharusnya dijulang. Bukankah seorang lelaki itu dicipta untuk melindungi sang hawa.. Melindungi isterinya, ibunya, adik2 perempuannya, anak2 perempuannya...Namun mengapa tergamak mereka berkelakuan sedemikian rupa. Dan tak cukup dengan itu.. Bila sang hawa berbadan dua..mereka sanggup menjadi pembunuh..Membunuh suatu nyawa yang meminta untuk melihat dunia..Membunuh sekujur tubuh kecil yang suci dari dosa..Atas dosa dan kezaliman 'cinta', nyawa kecil itu dicampak kelongkang bagai sampah tidak bernilai..Inikah cinta yang sering kita agung2kan? Inikah cinta wahai manusia? Allah mencipta kita sebagai manusia, makhluk Tuhan paling istimewa, namun kita samakan darjat kita seperti binatang!Itukah yang dikatakan cinta suci dan beria sehidup semati.. Cinta suci seharusnya diakhiri di syurga.. Namun manusia zaman kini berluma-lumba sehidup semati hingga keneraka...
Ya Rabb..kami ini lemah ya Allah..Kami lupa bahawa setiap detik dan saat Engkau melihat kami.. Engkau mendengar bisikan hati kami..Engkau mengetahui setiap denyut nadi,setiap keinginan kami..Ya Allah kami lupa segala kecantikan, kebijaksanaan, harata dan segala nya adalah milikMU, tiada satu pun kami punya. Jika Engkau ingin menarik semuanya, sekelip mata juga bisa. Sering Engkau katakan dalam kitab sucimu, bahawa orang yang memahami Islam adalah org yang berfikir dan mengambil pelajaran dari sesuatu kejadian. Namun ramai antara kami terlalu asyik menikmati keindahan dunia yang penuh tipu daya ini Ya Allah.. Ampunkan dosa kami ini Ya Allah...
Ya Allah..soal jodoh pertemuan, aku serahkan padaMu..Engkaulah yang merencanakan semuanya ya Allah..Kami bertawakkal hanya kepadaMu..Jangan Engkau jadikan kami ini hamba yang lupa..

Subscribe to:
Posts (Atom)