Assalamualaikum,
di meja penuh buku paediatrics, tetapi tidak berusik (syndrome malas walau nak exam).
fosterbrook neighbourhood, 3.06 petang.
Sekali lagi, konflik dalaman. Biasalah aku ni, berkonflik bagai nak rak, tapi bibir masih senyum. Mungkin sebab aku penat nak menangis. Kalau aku nangis pun, bukan ada orang nak kesat,bukan ada nak pujuk. Jadi bila aku dah susah hati begini, perkara pertama aku buat, aku pergi ambil wudhu, solat. Then buka quran, baca. Hilang cinta manusia tak apa, cinta Allah mana boleh hilang kan! (^_^)
Then aku akan pergi cari bahan dalam internet yang boleh buat aku gelak. Biasanya aku cari cerita-cerita lama senario (memang peminat senario nih! haha) cari benda2 lawak atau apa2 lah yang boleh buat aku gelak sorang2 macam orang weng2. Mungkin pelik lah kan cara aku cope dengan stress ni, tapi, aku memang kena stimulate diri sendiri untuk gelak, sebab bila aku gelak, gelak kuat2, it really makes me feel better. Rasa kurang sikit sebak didada. Laughter is the medicine, which is very true. Sampai kadang2 housemate sebelah bilik naik heran asal pulalah kak fasya ni gelak bagai nak rak sorang2 dalam bilik...(^_^)
Seronok tengok kawan-kawan semua dah membina mahligai, dah berumahtanggalah maksudnya kan. Nak kata jeles, hmm jeleslah jugak. Tapi sabar jelah. Masa kita semua akan tiba. Kadang-kadang bila tengok rakan-rakan dah menjejak alam tu, diri sendiri jadi ragu-ragu, adakah aku sendiri dah bersedia untuk kearah itu. Dan adakah aku telah menemui orang yang benar-benar tepat untuk menempuh zaman itu. Hakikatnya, aku sendiri tidak yakin. Bagi aku, membina sebuah rumahtangga bukanlah perkara yang remeh temeh. Bukanlah perkara yang boleh di decide dalam masa sebulan dua. Apabila kita telah membuat keputusan untuk hidup bersama, bermakna baik buruk sepanjang laluan itu, kita harus terima dengan hati yang terbuka.. Lebih-lebih lagi menjadi seorang isteri, maka suami itu adalah syurga dunia dan akhirat buat kita.
Bila fikir-fikir balik, aku jadi takut. Bimbang. Ya memang seronok tengok orang lain dah jumpa tulang rusuk kiri masing2. Tapi tertanya-tanya, aku ni tulang rusuk kiri siapa? Dan perkara yang paling aku bimbangkan sekali ialah adakah pemilik tulang rusuk ini akan memahami dan menerima aku yang serba kekurangan compang camping ini seadanya. Kerana aku sedar, aku ni wanita yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat sukaar difahami. Tak percaya tanya ibu aku haha. Biasanya 50 % yang aku cakap berbeza daripada apa yang sebenarnya ada dalam hati. Apa yang aku buat berbeza dari apa yang aku inginkan. Kadang-kadang aku boleh jadi wanita paling kuat hati, tapi lain waktu aku pula boleh jadi wanita paling cepat menangis.
Ya, wanita, sukar difahami. Hanya lelaki yang benar-benar memahami fitrah penciptaan wanita yang bisa mengetahui isi hati seorang wanita tanpa perlu wanita itu menuturkannya. Suatu hari, aku ada membaca sebuah blog, namanya 'Blog cikgu Hairul'. Aku rasa cikgu hairul dah berkeluarga, dia bercerita tentang sifat pelik isterinya, dalam kata lain, sifat wanita yang sukar difahami. Antara yang dia tuliskan;
.............."Wanita solehah idaman setiap lelaki. Para lelaki pulak kena sedar diri. Kalau subuh pun tak solat, jangan harap nak dapat isteri solehah. Sesolehah manapun isteri tu, masih juga ada yang sukar difahami. Dah nama pun wanita. Perangai pelik dan memeningkan lelaki.
Peliknya No 1. Suka tanya benda sama banyak kali lagi-lagi tanya bab sayang. Kan pelik tu. Dulu isteri pernah tanya ‘abang sayang kat kita tak?’ dah tentu la jawapannya sayang. Pastu tanya lagi, lagi dan lagi. Ni yang buat lelaki tak faham ni.Rupa-rupanya itulah sifat wanita. Tak payah nak marah. Tak payah nak pelik. Jawab je la. Ikut kajian DMFK, wanita memerlukan 8 kali kata sayang dari suami sehari. Baru mereka puas hati. Ada juga betulnya. Pada lelaki, cukuplah cakap sekali sekala je. Sayang tak perlu diucap berkali-kali. Kerana kata-kata itu amat bermakna.
Peliknya 2. Bila bertanya mesti dah ada skema jawapan. Ni lagi satu perangai yang buat lelaki pening. Sebab tu la bila ditanya lelaki suka buat bodo je. Jawab bila perlu. Sebab kita tau, isteri memang dah ada jawapan untuk itu. Kalau jawapan tak memenuhi skema mula la membebel sepanjang hari.Situasi yang lagi teruk bila kita jawab soalan isteri tapi dia tak percaya jawapan kita. Mungkin juga tak sama macam skema jawapannya. Nak cakap benda yang betul dia tak nak percaya. Bila kita menipu, wahhh melenting pulak. Marah la pulak bila kena tipu.
Kesimpulannya, wanita itu memang pelik. Wanita pelik untuk lelaki pelik. Pelikkah aku?"................
quoted from, BLOG CIKGU HAIRUL.
Tersengih-sengih bila aku baca entry ni. Sebab perangai pelik ni dua-dua ada pada aku. Biarpun aku belum berumahtangga, perkara ni berlaku je antara aku dengan ibu dan ayah aku. Dah tentu-tentu mak ayah aku sayang sangat pada aku, tapi disebabkan sayang tu tak selalu diucap sebab mak ayah aku ada 5 lagi anak yang perlu dijaga, aku selalu berjauh hati, merajuk. Tak malukan, umur dah tua pun boleh merajuk lagi dengan mak ayah. Bila ibu tengah tidur, aku boleh merajuk kalau ibu tak layan aku diskype. Lawak sungguh bila aku fikir-fikir balik padahal umur aku ni dah boleh jadi mak orang dah! Tapi inilah yang aku takutkan, kalau aku merajuk dengan ibu dan ayah, dah tentu-tentu hubungan kami tak akan terputus, kerana kami darah daging. Tapi sekiranya telah bersuami dan suami pula tidak memahami atau tidak boleh menerima keadaan ini, mampukah ia bertahan? Bertahan dengan sifat manja ridiculous ini haha Atau perlukah sifat semulajadi ini dibuang terus demi mempertahankan rumahtanga yang dibina (T_T)?
Pasal skema jawapan tu pun sama. Aku tak tahulah wanita lain, tapi aku setuju dengan sifat pelik nombor 2 tu. Actually tak susah pun nak ambil hati seorang wanita, asalkan kena caranya, kena gayanya, tahu SKEMA nya. Pun perkara yang sama berlaku juga antara aku dan ibu. Ibu, adalah orang yang paling kenal anak perempuannya ini. Anak perempuannya yang sangat-sangat sukar difahami. Sebagai contoh, kalaulah aku sedih atau bengang sebab kena marah atau kena sembur dengan consultant di hospital, aku memang akan terus telefon ibu dan meluahkan perasaan dan aku sebenarnya mengharap ibu akan menenangkan dan menasihati aku. Like say, kalau time tu ibu tengah khusyuk tengok tv cerita favouritenya, dan ibu tidak menasihati aku seperti yang diharapkan, aku terus merajuk, kata ibu tak sayang anak ibu yang jauh ni. Tak ingat anak dia yang tercampak jauh di kota dublin ni. Lawak kan? hehe Actually aku nak dengar dialog-dialog biasa je dari ibu, contoh, "Dahlah dik, biar je. Sabar banyak-banyak.." Tapi bila ibu gagal cakap 'skema' ni, aku meragam macam budak umur 5 tahun haha. Pastu tak lama lepas tu, aku akan mohon maaf pada ibu. Itulah yang selalu berlaku. Jadi sah! Perangai pelik nombor dua tu pun aku ada =p
Itu ibu, wanita yang telah membesarkan aku dari sekecil tapak tangan hingga sekarang. Namun, pemilik tulang rusuk itu, bisakah dia memahami? Bisakah dia mengerti dan menerima? Ataukah sekali lagi, perlukah aku menjadi orang lain sewaktu mengahwininya? Maka perkahwinan itu lantas menjadi satu perkara yang sangat menakutkan bagi wanita 'pelik' seperti aku. Kerana bagiku, tiada yang lebih memahami aku selain ALLAH, ayah dan ibu.
Ahaks, tak mengapalah, pulangkan semuanya pada Allah. Sesungguhnya Allah telah merencanakan segala yang terbaik buat kita semua. Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik. Namun cukup baikkah aku untuk mendapat lelaki yang terbaik? Apa yang aku pasti, setiap wanita (walau tidak semua), bukanlah mengharapkan kekayaan, kehebatan, darjat dan pangkat dari seorang lelaki untuk membahagiakannya. Seorang teman hidup yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai.
Bak kata Datuk Ustaz Ismail Kamus: “Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka.” Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Tetapi tak semua orang memahami hakikat ini. Sebab itulah zaman kini, penceraian menjadi norma.
Aku pasti, bukan saja aku, malah semua wanita mengharapkan sebuah perkahwinan yang kekal hingga ke syurga. Namun, ada kalanya, Allah memberi kita jalan yang lebih sukar untuk menguji keimanan dan ketaqwaan. Kerana tak semua orang diberikan jalan yang mudah untuk mencapainya. Kerana bagi aku bahagianku, dan bagimu bahagianmu. Apa yang penting, kita tahu Allah ialah perencana terbaik.
Secara jujurnya, aku menulis entry ini dengan rasa penuh bimbang. Entah mengapa hari ini, aku begitu ralat dengan isu ini. Seolah-olah aku belum menemui apa yang dicari atau merasakan apa yang berlaku adalah satu kesilapan. Malah aku merasa takut adakah kita sedang membuat pilihan yang betul. Untuk wanita seperti aku, yang terlalu sukar untuk difahami, aku bimbang, pemilik tulang rusuk itu kesal kerana memilihku. Teringat kata-kata ibu, "Bukan senang untuk faham adik, dan ibu sangat menunggu seorang lelaki yang dapat menjadi teman adik sehidup semati".
“Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.” Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Ternyata untuk mengelak perkahwinan bukan suatu pilihan, tetapi hanya DOA jalan terbaik dan bertawakkal kepada Allah yang Maha Memahami. Mungkin juga perkahwinanku tidak dirai dengan paluan kompang, namun pernikahanku di alun dengan bacaan talkin, dalam pernikahan dengan sebuah kematian. Siapa tahu, usia kita setakat mana kan. Jadi aku tidak mahu hanya memikirkan dan bersusah hati kerana kebimbangan ini, lebih baik aku bersusah hati memikirkan usia yang diburu kematian. Berusaha menjadi wanita solehah bukan hanya untuk dinikahi lelaki yang soleh, tetapi berusaha menjadi hambaNya yang solehah untuk menagih cinta dariNya. Apakah yang lebih besar melainkan cinta dari Allah! (^_^)
Sebelum berundur, nak kongsi sebuah kisah,
Suatu hari empat tahun lepas, sewaktu aku pulang cuti summer, sewaktu aku dan keluargaku bersiar-siar didalam kereta, kami mendengar sebuah ceramah agama faveret ayah. Kisahnya tentang poligami. Aku tak ingat sangat the whole content, tapi yang paling aku ingat, ustaz tu ada cakap macam ni;
"Jangan suruh atau paksa seorang wanita itu untuk tidak bersedih apabila mereka terpaksa melalui poligami. Kerana walau semulia dan sebaik manapun seorang wanita itu, hati mana yang tidak akan terluka apabila terpaksa berkongsi suami. Lihat sirah bagaimana Aisyah wanita yang begitu terpuji itu juga merasa cemburu apabila Nabi Muhammad asyik menyebut-nyebut nama Siti Khadijah biarpun Siti Khadijah telah meninggal dunia. Kerana sifat cemburu itu fitrah. Baik untuk lelaki dan perempuan.
Dan.. Wahai lelaki yang telah berpoligami, jangan sesekali melupakan jasa isteri pertamamu biarpun ketika kamu mengahwini isteri mudamu, isteri pertamamu sudah tidak secantik dulu. Walaupun kadangkala dia sering mengungkit tentang motor pertamamu yang dibelinya dengan duitnya sewaktu kamu mula-mula mendirikan rumahtangga dengannya, dan kamu berasa terluka dengan ungkitannya, harus kamu ingat bahawa dia bukannya mengungkit untuk menyakiti hatimu. Dia memperingatkan kamu, bahawa betapa dialah orang nya yang telah berada disisimu, disaat-saat engkau melalui saat-saat sukar sewaktu engkau dalam kesusahan dulu, baru mula menapak untuk membina kehidupan. Hakikatnya, isteri pertamamu yang sudah tidak cantik itulah yang sentiasa berada disisimu, setia mendampingimu biarpun kamu dalam keadaan tidak punya apa-apa. Dialah sayap kirimu yang mengangkat mu setiap kali kamu jatuh. Bukan isteri mudamu yang cantik, yang menyintaimu sewaktu kamu sudah senang. Ingat, NILAI SEORANG ISTERI PERTAMA TIDAK AKAN PERNAH SAMA DENGAN ISTERIMU YANG MUDA. Kerana mereka cukup istimewa."
Habis sahaja ustaz itu berkata demikian, aku memandang ibu, kami berdua tersenyum. Ni kena bagi ayah dengar ni, jenaka kami, ketika itu ayah keluar ke tandas di stesyen petronas. Namun aku tahu, ibu adalah wanita pertama dan terakhir buat ayah <3
Akhir kalam, apakah yang lebih indah selain rasa kebergantungan padaNya. Jangan bimbang wahai hati, Allah itu lebih mengetahui. Sekiranya cintamu tidak ditemui dialam fana ini, akhirat itu menjanjikan yang lebih abadi. Maka cintailah Allah melebihi segala-galanya, maka kita tidak akan merasa apa-apa kekurangan (^_^)
Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?
JawabNya:
Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
“WANITA itu ISTIMEWA” (^_^)
2 comments:
wah kak fasya ni, nk exam pon panjang giler entry nye. hhahahhaaa. good luck akak.kahwin? insyaAllah, akan tibalah nanti. jaga diri.
haha bukan entry frust tak kawen lagi. ade konflik dlaman yang tak boleh diceritakan pada umum, tetapi intinya ada akk luahkan. akk ni memang ade syndrom, syndrome tak reti nak stop jari dari menaip. haha anyway, doakan =)
Post a Comment