Assalamualaikum w.b.t.
****this entry is a continuation of series of thoughts. better to read it from the first entry so you can understand better =)
ENAM : kesabaran yang terhakis.
S.A.B.A.R.
Perkataan yang sangat mudah ditutur. Diucap.
Semua bibir mampu menutur kata-kata SABAR.
Tapi selagi kau belum rasakan seksanya penantian, sakitnya kenyataan hidup. Dan selagi kau belum terkena sebenar-benar UJIAN..
.. kau masih terlalu naif untuk mengenal ERTI sebuah kesabaran yang IKHLAS.
Selagi kau belum di henyak ujian yang benar-benar akan menyesakkan dada dan menggoncang keimanan yang selama ini kau bangga-banggakan..
..kau masih terlalu mentah untuk mengaku engkau telah menemui KESABARAN.
Ya.
Sudah masuk tahun ketiga, zuriat yang dinanti masih belum kunjung tiba.
KESABARAN aku sudah makin terhakis.
Aku mula hilang arah. Im losing my sanity.
For a woman with 'PRIDE', wanita yang tidak pernah membiarkan dirinya terlihat lemah dan gagal.. yet Im starting to lose myself.
Aku mula rasa takut.
I have to get a grip of myself, yet Im really going to lose my mind.
Mungkin iman di dada masih belum cukup kuat untuk menampung rasa kekecewaan yang semakin memakan diri.
ZURIAT ini ialah satu rencana yang akan menggoncang seluruh hidup ku yang 'hampir' sempurna selama ini.
Tahun pertama berlalu, kau redha. "Sabarlah, ini ujian Tuhan, mungkin tahun depan rezekinya."
Tahun kedua berlalu, kau pasrah. "Sabarlah, Allah tidak akan menguji diri kau dengan sesuatu yang tidak sesuai dengan kesanggupan kau."
Kau menanti dengan tekun. Setiap bulan. Namun kau tetap kecewa setiap kali haid menjelang.
Tahun ketiga, kau jadi marah. Kau jadi bingung. Erti sabar itu kau nampak makin samar.
Kenapa aku?
Kenapa melahirkan anak di luar ikatan akad seakan mudah sahaja?
Kenapa wanita yang membenci kandungannya sehingga tergamak mereka membuang anak mereka ke dalam tong sampah yang kau tiupkan nyawa ke dalam rahim mereka?
Kenapa? Kenapa?"
Ya, kau punya iman. Kau percaya akan qada' dan qadar Tuhan.
Namun kau manusia biasa.
Kesabaran kau tergugat apabila kau lihat rakan sekerja kau yang baru sahaja dua bulan mengikat tali pernikahan, memberitahu khabar gembira, "Aku mengandung, aku bunting pelamin!"
Di depan sahabat itu, kau ukir senyuman paling manis meraikan berita nya yang gembira.
Tapi hati kau di dalam sudah remuk redam!
Tak sempat sampai di rumah, di dalam kereta kau sudah basah dengan air mata. Hati kau luluh lagi.
'Malam ini aku akan menangis sepuas-puasnya, supaya pada hari esok aku dapat bangun dan bangkit berjuang lagi!'
See? Bukan susah untuk meremukkan hati kami.
Dan aku juga sudah menjadi wanita lembik. Penangis!
Everytime when I am about to lose my mind, aku akan ber istighfar. Ber selawat panjang ke atas Nabi junjungan.
Menarik nafas panjang dan melepas kan. Allahuakbar, sungguh aku tidak kuat.
Cepat cepat mengambil wudhu', cepat cepat solat.
Ya Allah, aku sudah makin kehilangan kesabaran!
.....BERSAMBUNG
... I am A restless brain ...
Wednesday, January 31, 2018
Tuesday, January 9, 2018
Menanti ZURIAT (LIMA) : perlukah TIMELINE kehidupan?
Assalamualaikum w.b.t..
****this entry is a continuation of series of thoughts. better to read it from the first entry so you can understand better =)
LIMA : perlukah TIMELINE kehidupan?
"TIMELINE HIDUP"
Familiar bukan?
Aku pasti, 'doktrin' timeline hidup ini ada dalam setiap diri dari kita, bezanya adalah sama ada kita cukup terjebak dengannya atau tidak.
Apatah lagi orang melayu.
Yang menetapkan apa dan bagaimana kita seharusnya pada setiap garis masa kehidupan.
Yang menghukum dan tidak meng'normal'kan sesuatu yang bagi mereka tersasar dari TIMELINE yang ditetapkan.
Contoh TIMELINE yang kerap aku dengar,
1-- Kalau kau gagal SPM, kau gagal selama-lamanya! SPM itulah penentu hidup mati kau. Tiada lagi peluang kedua.
2-- Kalau kau gagal masuk Universiti untuk ambil degree apabila umur kau dah masuk 24 tahun, bermakna terlambatlah untuk kau capai cita-cita. Lupakanlah sahaja impian kau, sebab kalau sambung degree, berapa tahun lagi nak habis belajar ni? Bila nya nak cari jodoh?
3-- Kau jatuh cinta umur kau 15 tahun, cinta dari zaman sekolah. Orang kata cinta sampai mati. Tapi sekarang kau dah umur 20 tahun, baru 3 tahun bekerja bekerja. Gaji tak besar mana. Belum mampu ada rumah dan berkereta. Terang terang lamaran kau ditolak bakal mertua. Sebab katanya kau masih terlalu muda untuk berkahwin, poket belum cukup berisi. Berapa tahun lagi nak tunggu untuk cukupkan poket ni?
4-- Kau harus kahwin sebelum usia 25 tahun, kalau kahwin lambat, lagi lagi kau seorang perempuan, kau dah masuk golongan anak dara tua. Makin lambat kau cari jodoh, orang kata makin kuranglah calon suami yang baik untuk dijadikan suami. Sedap je mulut orang kata saham kau makin merudum. Yes, bila kau masih tak kahwin masa umur 30 tahun, maka kau akan menjadi topik utama dalam perbualan mak cik-mak cik bawang. Sebab kau ANDALUSIA (anak dara lanjut usia)
5-- Kau 'wajib' dapat anak sebelum umur 30 tahun, atau, dalam setahun perkahwinan. kalau kau masih tak dapat anak, bermakna kau ketinggalan. Kau bermasaalah. Ramai lah mak cik mak cik bawang berspekulasi gaya macam diri Tuhan, marah kenapa belum berisi. Mereka fikir buat anak ni sama macam buat kuih agaknya. Bluergh.
6-- Umur semakin meningkat. Ahli keluarga makin bertambah, gaji kau pula tetap macam tu saja. Tanggungan makin bertambah. Poket makin kering, kepala makin sakit, kesihatan makin merosot. Kau nak cope dengan expectations dan impressions masyarakat sekeliling. Lama kelamaan anak anak jadi terbiar, terabai. Timbul masalah, mula salahkan kerajaan, salahkan pembangkang, salahkan mak ayah, salahkan pasangan, salahkan anak-anak. Diri sendiri tak nak pula salahkan ('_')
7-- Kau masih nak catch up dengan TIMELINE, kau kerja lebih keras. Untuk memenuhi expectations 'hidup' kononnya. At this age, mesti begini dan begini. Mesti dah ada rumah besar, kereta mesti sudah tukar, lebih mahal. Anak -anak mesti ke sekolah elit. Kerja tak seberapa, tapi mesti kena naik pangkat, naik gaji.
>>> .... kesihatan semakin lama semakin merosot. Hubungan dengan anak anak semakin renggang. Hubungan keluarga semakin tawar. Rasa cinta pada isteri semakin hilang. Akhirnya kau akan terus di mamah usia, KEPENATAN mengejar TIMELINE.
Kita merancang dan terus merancang. Kita nak keep up dengan TIMELINE yang kita assume should be applied to everyone.
Tanpa kita sedar bahawa kita lupa bahawa kisah hidup setiap dari kita telah Allah tentukan di Lauh Mahfuz lagi.
Kita lupa dalam mana kita terlalu 'taksub' dengan TIMELINE itu, kita melukakan hati ramai orang yang tersayang.
Aku tidak terkecuali. Aku juga terjebak dengan idea TIMELINE begini menyebabkan pada mulanya aku begitu tertekan.
Aku lupa bahawa hidup ini adalah satu UJIAN.
Dan bilamana UJIAN yang aku sudah jangkakan datang, AKU HILANG ARAH!!!
Kadangkala aku hilang P.E.D.O.M.A.N.
*****************************************
Berbalik kepada 'timeline' hidup aku yang serba kekurangan ini.
Sebaik tamat pengajian dan berkahwin, kami berdua telah dihantar bertugas di Hospital Melaka sebagai Doktor Perubatan Siswazah.. Alhamdulilah, kami tidak terpisah seperti sebelum perkahwinan.
Aku rasa ramai orang tahu betapa azabnya jadi doktor siswazah yang baru sahaja mula bertugas. Kalau dalam sistem kasta tu, kau adalah HIERARKI paling bawah sekali. Punyalah 'noob'.
Tapi sebab kami tempuh zaman ni bersama SUAMI ISTERI, so kami sangat strong masa houseman ni. Masa masuk kerja tu kami baru shaja 3 bulan berkahwin, so tak terfikir lagi soal anak ni. Masa sangat fokus dengan dunia 'housemanship' yang sangat mencabar tu.
Aku ni memang sejenis perempuan yang sangat lasak. Lasak bermakna aku ni bukanlah jenis perempuan yang lemah gemalai bersopan santun macam perempuan melayu terakhir tu. Aku sangat lasak dan sangat multitasking. Penting aku mentioned perkara ni, penting sangat sebab inilah yang paling aku kesalkan sangat.
Lasak aku ni meaning ;;
1) aku jenis yang buat kerja sangat laju. Laju. Contohnya aku boleh masak full set dish nasi lemak dalam masa setengah jam je. Full set meaning siap telur kacang ikan bilis nasi dengan sambal. Laju gila aku buat kerja. Sebab tulah, orang selalu kagum macam mana time aku suami isteri buat housemanship aku boleh masak breakfast lunch dinner complete walaupun aku sangat sibuk bekerja. Dulu aku ingat ia perkara yang baik, tapi benda ni lah yang banyak bagi kesan pada badan aku.
2) Aku jenis perempuan yang boleh buat kerja lelaki. Sebab apa, sebab mungkin aku ni sulung perempuan dalam keluarga, pastu sejak umur 13 tahun dah duduk asarama berdikari, then kena hantar pula duduk negara luar selama 5 tahun. So aku tak boleh jadi 'lembik'.
Masa aku belajar Dublin lah paling dasyat. Bertukang, pasal katil, pasang lampu, pasang basikal semua kena buat sendiri. Kalau nak balik Malaysia time cuti SEM tu, aku angkat beg besar 30 kg and satu hand luggage 10 kg tu seorang diri je. Memang beg tu boleh tarik, tapi kau belum rasa azabnya kena angkat dua-dua beg tu naik tangga masa kau nak naik train UNDERGROUND kat kota London. Macam nak patah pinggang seret naik tangga. Kalau ada lelaki mat saleh 'gentleman', diorang selalu tolong angkat. Aku rasa budak oversea ramai melalui benda ni.
3) Aku jenis orang yang tak boleh duduk diam. Jenis sangat OCD pula tu tentang kebersihan. Perangai aku ni, tak boleh ada rambut sikit atas lantai, mesti aku vacuum. Pinggan mangkuk tak boleh ada terbiar dalam sinki. Baju tak boleh bertimbun sikit aku pergi uruskan. So jenis yang tak reti rehat. Bayangkan kerja kat hospital sampai lebam, balik buat kerja lagi. Kesian kat badan aku ni sebenarnya.
Masa baru-baru kahwin dalam dua bulan, aku dah 'lekat' sebenarnya. Tapi disebabkan aku terlalu lasak dan gasak, satu hari masa aku sedang bertugas di wad paediatrics, tahu-tahu je seketul daging sebesar biji kacang jatuh bersama selaput, diikuti dengan bleeding semacam datang bulan. Masa tu sebab aku panik dan terlalu sibuk, aku flush je 'janin' tu dalam toilet. Masa ni aku tak beritahu suami aku sebenarnya. Aku pun tak pandai lagi, so aku basuh-basuh je and terus masuk wad sambung kerja. Kau bayangkan padahal masa tu aku 'miscarried' sebenarnya, tapi aku terpaksa sambung kerja sebab wad tak cukup orang. Gila.
Inilah kesilapan terbesar aku, yang aku sangat menyesal sampai sekarang. Aku tak pandai jaga badan aku. Aku tak pay attention pada badan aku. Aku berlagak kuat. Sampaikan dah ada benih dalam rahim aku pun, aku abaikan je. Jatuh macam tu. Lepas tu tak serik pula tu.
Masa tu aku konon-konon redha and move on. Aku cakap there will be another time. I will get pregnant again. I have told myself not to worry. Aku teruskan kerja-kerja dan rutin aku macam biasa.
Aku silap. Bulan silih berganti, aku masih lagi tidak ber'isi'. Aku yakinkan lagi diri, tapi aku makin hampa.
Hampa.
BERSAMBUNG...

Subscribe to:
Posts (Atom)