Assalamualaikum..
11.46 fosterbrook neighbourhood
Seluruh badan sakit-sakit. Pagi tadi seawal 530 pagi aku sudah terjaga. Bukannya aku tak mahu menyambung tidur. Aku tersangatlah ingin tidur, terasa badan seolah digam di tilam 'empuk' milikku ini. Namun aku tiada pilihan. Ward Round colorectal teamku minggu ini bermula seawal pukul 7 pagi di hospital. Aku sampai Dublin lewat pukul 1 pagi malam tadi selepas selamat menghantar wawa menaiki airasia pulang ke Malaysia. Aaaaarrrgggghh ku gagahkan jua kudrat dan semangat bangkit dari tempat beraduku, melangkah longlai dengan mata lebam mengantuk kepenatan ke bilik air. Aku bersiap-siap, bajuku semuanya tidak bergosok kerana seharian berada di London semalam. Akhirnya aku hanya mengenakan baju berwarna pink dan tudung ungu. Sungguh tidak matching. Patutlah tiada jejaka Dublin yang mahu jatuh hati padaku, aku sangat tidak bergaya.haha Dan dalam gelap pagi subuh itu aku meredah jalanraya keseorangan dengan basikal tuaku, menuju ke hospital yang jaraknya lebih kurang satu kilometer setengah dari rumahku, berbekal permulaan,"Sahaja aku berjuang hari ini kerana Allah taala."
Pagi tadi aku berkenalan dengan team baru untuk minggu ini dan turut serta dalam ward round (even terlambat sedikit hehe), aku sempat clerking a patient dari Iraq with post laparascopic appendectomy, sempat bertemu senior registrar dari team hepatobiliary ku minggu lepas, dan ke klinik colorectal. Jam pukul 1030 pagi, okeh, aku perlu pulang kerana aku terlalu letih amat sangat. Oklah untuk hari ini, I have to go back and regain back energy for this week sebab last weekend aku tak rehat langsung.
Sampai di rumah, aku terasa sunyi. Lebih2 lagi bila aku buka pintu bilikku, wawa sudah pulang, dia tiada lagi disini. Tiada lagi orang yang boleh ku cubit bila aku bangun pagi, tiada lagi orang yang boleh kuusik manja pabila aku stress. Tiada lagi teman yang menemani aku pabila aku terasa sunyi. Hanis sudah pulang, wawa sudah pulang. Mereka sudah pulang. Aku rindu, namun aku tidak mahu menangis. Aku wanita yang tabah. Terasa seolaholah mereka masih lagi disini. Hati lebih sebak terlihat macaroni bakar dan jelly buah yang wawa buat semalam. Hati terasa pilu sebak.
Namun aku bersyukur. Sekurang2nya aku berpeluang berada disini bersama adik-adik walaupun hanya untuk sekejap. Akhirnya tercapai juga hasratku untuk berkongsi pengalaman duduk dinegara orang dengan adik2 yang aku sayang. Alhamdulillah. Pengalaman menjelajah negara orang adalah satu perkara yang aku mahu mereka timba sepanjang percutian singkat mereka disini. Namun ada satu lagi objektif yang mahu aku capai bersama mereka sepanjang kami bermusafir di London, Oxford, Bristol, Dublin dan Belfast. Objektif itu ialah, kami mahu 'berkenalan' dengan lebih rapat. Aku mahu lebih 'mengenali' adik-adikku. Dan aku mahu adik2ku lebih 'mengenali' aku.Aku mahu kami 'berkenalan' semula.
Mereka adik2 perempuanku yang semakin meningkat dewasa. Satu perkara yang mungkin sedikit aku kesalkan dalam hidupku ialah, aku tidak meluangkan banyak masa untuk mereka.Dari aku tingkatan 1, aku sudah meninggalkan rumah menuntut ilmu di asrama sehingga di tingkatan 5. Kemudian aku membuat persediaan di KMB, dan terbang ke dublin yang kini sudah dipenghujung tahun keempat disini. Aku tidak banyak masa untuk bersama mereka. Mungkin ada banyak perkara yang aku kurang kenal tentang adik2ku. Namun aku mahu mereka sentiasa tahu yang aku sentiasa dan akan selalu mengambil berat tentang diri mereka, tentang ami dan ina yang masih kecil. Aku amat menyayangi mereka dan sentiasa mengikuti perkembangan mereka walau dari jauh. Aku harap mereka sentiasa tahu.
Alhamdulillah, sepanjang jaulah kami, kami banyak berinteraksi dan berbicara hati ke hati. Kami banyak berkongsi cerita. Kami saling melindungi sewaktu di tempat kami adalah orang paling asing. Kami ketawa bersama, dan kami menangis bersama. Penat dan kelaparan pun bersama-sama. Seronok. Aku semakin dapat mendalami perasaan mereka, hidup mereka, siapa mereka. Kadngkala lawak juga sekiranya kami berborak dengan hati perasaan masing2 didalam flight dan kami mula menangis, mat saleh disekeliling kami selalu memandang kami. Pelik. haha
Untuk entry kali ni aku mahu bercerita semalam, aku dan wawa ditimpa musibah sewaktu di Kota London. Kami berdua kepenatan amat sangat, tapi kami cukup gembira. Berulang kali aku katakan pada wawa, "Kenapa kau balik wa, kenapa tinggalkan akak sorang2..Pipi sape akak nak cubit pagi2.." Wawa diam dan tersenyum, dengan mata yang bersimpati padaku. Walaupun nadaku seolah bergurau namun aku pasti dia tahu yang aku benar-benar maksudkannya.
Jam menunjukkan pukul 4 petang. Aku dan wawa bergegas ke VIctoria Coach Station untuk menaiki bas ke Gatwick Airport. Melihat ke papan kenyataan digital di entrance, aku lihat ada bas akan bertolak pada pukul 430 petang. Aku berlari ke gate yang berkenaan dan berkata kepada wawa; "Wa, kau duduk sini jaga beg2 ni, dan beg akak ni." Entah kenapa aku tinggalkan juga beg yang aku sentiasa sandang dibelakangku pada wawa. Didalam beg itu kosong, cuma terisi IPADku yang baru aku beli sebulan lalu. Aku tinggalkan wawa sebentar di gate itu, bersama beg2 kami dan terus aku berlari ke kaunter tiket.
Sebaik aku pulang kembali ke tempat aku tinggalkan wawa, aku perasan beg sandangku disebelah wawa ternganga luas. Aku bertanya kepada wawa, "Mana Ipad akak?". Wawa terkejut dan cemas. Pada mulanya aku ingatkan dia bergurau, namun aku lihat tubuhnya mula mengigil terkejut. Innalillah. Kami telah disamun. Ipadku telah dicuri. Aku melihat sekeliling, Ipadku ternyata telah hilang dan tak akan kembali padaku. Wawa seolah mahu menangis. Aku diam, aku tidak mahu memarahi wawa disitu. Jikalau aku marah sekalipun, tidak ada apa yang akan berubah, ipadku tetap sudah diambil orang. Aku diam. Cuba mengawal emosi. Bas sudah mahu bertolak. Akhirnya aku melangkah pergi ke bas dengan perasaan yang aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk aku ceritakan. Bercampur baur. Marah. Kecewa. Sedih. Blank. Berkali-kali aku berulang alik ke temapat duduk wawa tadi, namun aku tahu yang akan ada hanyalah perasaan hampa.
Didalam bas, aku dan wawa membisu. Aku tidak mahu memarahi atau menyalahkan wawa. Aku yang sepatutnya berpesan kepadanya supaya lebih berhati-hati. Mungkin salah aku kerana cuai. Tapi aku sedikit kecewa. Aku dail nombor ibu, bila aku mendengar suara ibu, aku mula menangis dan menceriatakan segalanya. Mungkin kerana aku terlalu kepenatan. Wawa masih diam disebelah memandang keluar tingkap. Tiada sepatah kata keluar baik daripada aku, mahupun wawa. Mungkin kami masih terkejut dan sedang men'digest' apa yang telah berlaku dengan redha.
Sampai di airport, sekali lagi aku ditimpa musibah. Barang aku beli berharga 80 pound rosak tiba-tiba. Sekali lagi aku rasa sangat kecewa dan sedih. Aku dan wawa masih diam antara satu sama lain, sehinggalah ada sepasang mat saleh dari Poland membantu menyelesaikan masalah beg yang baru kubeli itu. Aku sedih sangat. Terlalu banyak duit yang aku rugi semalam. Aku rasa sangat sedih dengan apa yang berlaku.
Sepanjang perjalanan ke kaunter check in, melepasi security dan ke gate perlepasan bersama wawa, aku cuba memujuk hatiku sendiri. Aku cuba mengawal perasaan pedih yang membuatkan aku rasa sangat tertekan. Aku teringat pesan-pesan ibu. Ibu selalu berpesan;
" Sekiranya kita ditimpa musibah, kita kena ingat, masih ramai lagi orang diluar sana yang musibahnya jauh lebih besar dari kita. Sekurang2nya, kita hanya hilang sedikit duit dan harta. Kita tidak hilang nyawa, kita tidak hilang nikmat pancaindera, kita tidak hilang kecantikan dan kesihatan. Jadi, sekiranya kita bersedih atas kehilangan sesuatu, sentiasa ingat balik apa yang kita masih ada, dan apa yang orang lain tidak ada.Jangan lupa bersyukur atas nikmat Tuhan yang masih banyak pada diri kita. Ingat, harta boleh dicari sekiranya ia hilang, namun jika kita hilang nikmat kesihatan, itu lebih sakit dan pedih."
Banar kata ibu. Benar kata ibu. Terima kasih ibu dan ayah atas didikan dan bimbingan kalian yang sentiasa menjadikan aku wanita yang sangat tabah dan kental dalam hidup. Ibu benar. Kenapalah aku harus terbawa-bawa dan hilang kawalan atas ujian Allah yang sekecil ini. Aku kembali beristighfar. Ampunkan hambaMu Ya Allah atas kelemahan iman dan taqwa. Seharusnya aku ingat bahawa dunia adalah pinjaman semata-mata. Harta adalah pinjaman sementara. Dari Allah ia datang, kepada Allah ia kembali. Tiada apa yang kekal milik kita didunia ini. Kita sebenarnya hanyalah hambaNya yang muflis dan hina tanpa kasih sayangNya..
Tipisnya imanku yang tidak dapat bersabar atas apa yang berlaku. Tak mengapalah Farah syazana, tak mengapa. Dari Allah hartamu datang, dan kepadaNya lah harta-harta itu kembali. Mengapa harus aku menangisi kepada harta yang pada mulanya jua tidak pernah dan semestinya bukan milikku. Subhanallah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Aku redha. Aku redha dengan kehilangan ini. Sesungguhnya tiada apa yang kekal. Aku redha ya Allah. UjianMu kali ini adalah teguran manis yang Engkau hadiahkan supaya lebih dekat aku dengan Mu. Teringat aku perkongsian kami didalam usrah dulu, " Jangan pernah kita katakan yang iman kita setinggi langit sekiranya kita belum diuji". "Ujian adalah tanda kasih sayang Allah terhadap kita".
Aku dan wawa duduk di lobi menunggu sementara gate dibuka. Perlahan aku berkata pada wawa dengan air mata yang mengalir;
"Wawa, akak tak salahkan wawa. Tapi kakak sedih sangat bila wawa dingin dengan kakak lepas apa yang berlaku, kalaulah wawa minta maaf, mungkin hati akak terasa sedikit ringan, marah akak akan sedikit reda..
Tak mengapalah jika ipad akak hilang, akak redha. Mungkin memang bukan rezeki akak nak pakai ipad tu. Ipad tu Allah punya dan bagi pinjam pada kakak sekejap, dan Dia ambil semula..
Ambil pengajaran atas apa yang berlaku. Lepas ni lebih berhati-hati. Kalaulah satu hari nanti wawa ditimpa musibah macam akak ni, ingat, yang kita kena ingat Tuhan dan bersabar, baru kita boleh tenang dan bagun semula.."
Wawa hanya diam. Aku tidak mahu menghantar dia pulang ke Malaysia dengan kemarahan atau kekecewaan. Biarpun aku sedikit terluka, namun perasaan kasihku pada nya melebihi segala-galanya.
Sebaik pintu gate airasia ke kuala lumpur telah dikeluarkan, kami bergegas ke gate wawa. Gate aku sudah lama dibuka dan membuat panggilan terakhir. Aaaahhh ku tidak peduli tentang flight aku yang lebih awal sedikit dari wawa itu. Apa yang penting, aku mahu melihat wawa selamat masuk melepasi gate terus ke dalam perut flight. Biarpun ada kemungkinan aku terlepas flight, tidak mengapa. Aku perlu menghantar wawa pulang dengan selamat. Smapi di gate sewaktu aku melepaskan wawa, kami berpelukan. Wawa memeluk erat tubuhku sambil menangis teresak2. Kuat sekali pelukannya, kuat sekali esakannya. Aku juga menangis. " Kakak, im sorry.." Pelahan dia menutur. "Its ok, akak sedikitpun tak marah. Kakak tak kisah.. Wawa jaga diri. Ingat pesan-pesan akak.." Lama kami berpelukan sampai ramai yang memandang. Terasa ingin sahaja aku ikut wawa pulang namun tidak boleh, perjuanganku disini harus diteruskan sehingga ke titik terakhir..
Wawa masuk ke flight, dan dengan perasaan yang amat berat aku melepaskannya pergi. Inilah namanya pengorbanan. Tempatku masih disini. Maafkan kakak kalau sekiranya sepanjang anis dan wawa disini, ada kekurangan dalam layanan kakak pada kamu berdua. I already did my best despite my time, my study and my money. Thats all i can give..Sepanjang perjalanan flightku pulang ke dublin ditengah2 malam tadi, aku tidak henti menitiskan air mata. Bukanlah kerana ipadku sudah hilang, tapi kerana aku terasa kehilangan. Kehilangan.
See, until now akak sedang menaip entry ini, my tears are still keep running down through my cheek. See how bad i miss all of u and how i wish i can be at home. But life is not just about what we like. Its about what we need and what we have to do.
In next entry, aku akan bercerita lagi tentang perjalanan kami yang kelakar. Kejap bergaduh, kejap seronok, kejap sedih. Sekarang kena belajar dulu. Tanggungjawab kena buat.
Lots of love my sayangs, from kakak.
... I am A restless brain ...
Monday, January 30, 2012
Saturday, January 28, 2012
me..as your big sister ( part 1 )
7 Januari 2012, 7.47 pagi..
Dublin Airport..
Aku di Airport Dublin.sebentar lagi aku akan berlepas menuju ke gatwick London untuk menjemput kedua- dua adik ku yang bakal tiba dari kuala lumpur. Tak sabar aku hendak melihat muka excited kedua- dua anak dara tu. Yelah, waktu aku mula - mula fly dulu pun jangan katalah macam mana excited nya aku..sekarang ke asyik homesick nak balik. Dah bosan agaknya. Dah empat tahun aku menetap disini, bersama tawa tangis menempuh segala onak liku sebagai seorang pelajar perubatan. Kalau ikutkan rasa hati ingin sahaja aku pulang tapi ditabahkan jua hati menempuh perjalanan ini..
Jauh disudut hati ada sedikit bimbang dan susah hati. Iyalah tanggungjawab untuk menjaga kedua- dua adik ku yang masih mentah selok belok berada di dunia barat. Teringat aku pada ibu, sejak seminggu kebelakangan ini ibu asyik bad mood. Ada sekali tu sewaktu aku sedang Skype dengan ibu, adik-adik ku macam sedang bertekak dengan ibu. Yang ibu katakan yang anis tak mahu gosok baju kerjanya, yang anis pula rasa stress kerana ibu asyik bad mood sepanjang hari. Hmmmm sebenarnya aku tahu mengapa keadaan jadi tegang tiba- tiba. Ibuku sebenarnya susah hati sekali memikirkan anak- anak perempuannya akan berjalan sendiri jauh dari sisinya, bukan jauh sedikit, jauh merentas benua. Yang si anis pula tak faham yang ibu sebenarnya bersusah hati sebab itu lah mood ibu kebelakangan ini tak berapa nak baik.
Sehari sebelum wawa dan anis bertolak, aku bersembang bersendirian dengan ibu. Kata ku, aku tahu yang ibu sebenarnya marah- marah kerana ibu bimbang. Ibu diam sahaja seolah- olah mengiyakan kata- kata ku. Aku faham keadaan ibu, walau pun aku belum mempunyai anak sendiri, even hanya sebagai kakak, aku pun sebenarnya banyak bimbangkan keselamatan adik- adik ku. Iyalah, adik- adik ku itu masih muda dan mentah. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Pengalaman belajar jauh dari keluarga banyak mengajar aku tentang erti hidup dan bagaimana untuk survive ditempat asing. Dan adik- adik ku selama ini belum pernah lagi duduk jauh dari keluarga. Jadi masakan aku, ibu dan ayah tidak bimbang..
Aku cuba memujuk ibu. Kata ku, "Ibu, adik- adik sudah dewasa.. Mereka perlu dilepaskan terbang sekiranya mereka mahu pandai untuk menjelajah dunia. Pengalaman adalah guru yang terbaik untuk mereka. Satu waktu nanti apabila mereka telah mempunyai arah tuju hidup masing- masing, kita tetap perlu melepaskan mereka pergi, sepertimana ibu telah lepaskan adik terbang tak lama dulu. Kita mungkin rasakan bahawa mereka masih kecil dan memerlukan perlindungan kita, tapi hakikat nya mereka telah dewasa.. Apa yang boleh kita lakukan ialah banyakkan bertawakal. Sesungguhnya tiada penolong yang lebih baik selain Allah swt. Ibu doakanlah semoga kami sentiasa dilindungiNya walau dimana sahaja kami berada.."
Sebentar lagi adik2 ku bakal tiba, dan aku akan memikul tanggungjawab penuh untuk melindungi mereka..
Bersambung...

Subscribe to:
Posts (Atom)