... I am A restless brain ...

Sunday, June 5, 2011

...its hurting inside...

5 june 2011, 8.56 malam

Assalamualaikum,

Aku keseorangan di rumah kini. Semua housemates ku sudah tiada, 5 mereka sudah selamat sampai di Malaysia menikmati cuti musim panas yang lama ditunggu-tunggu. Seorang lagi telah berangkat menyertai aktiviti summer camp di belfast. Tinggal aku sendirian di rumahku, bersendiri di kamar yang menjadi syurgaku. Kadangkala aku begitu suka bersendiri, tenang, damai, dan aku menemui diriku sendiri. Sambil merenung gambar ibu dan ayah yang kuletak kemas di atas meja studyku, aku membisu, dan kubiarkan hanya suara unggas-unggas yang bergerak pulang berciak-ciak sayup ke sarang sedang waktu kini semakin merangkak senja. Hari semakin sunyi, dan aku masih sendirian di kamar ini..

Dalam gelak riang aku sewaktu berbual dengan keluargaku di skype petang tadi, ada satu riak rasa, pedih dan menghiris yang kusimpan kemas, jauh disudut hati. Aku tahu keluargaku tahu aku kini sendirian tanpa teman disini, dan mereka sedayanya cuba menceriakan aku, biar dari jauh. Terima kasih keluargaku, kamu semua cukup-cukup membahagiakanku dan sentiasa berada disisi ku disaat jatuh bangun hidupku. Ibu dan ayah tahu bahawa anak gadis yang telah mereka dewasakan ini tabah hatinya, kuat jiwanya. Begitu tenang melawan ombak rasa, yang seakan tidak sabar untuk pulang kepangkuan keluarga, meninggalkan duniaku yang begitu sunyi tanpa mereka dibumi Dublin ini.Aku kesini untuk menimba ilmu, menjadi seseorang yang menjadi kebanggaan keluarga, agama dan masyarakat. Jadi biar betapa pedih hidup kesunyian di tanah asing, langkah ini tidak sekali aku longlaikan. Ia tetap kukuh bertapak di mana saja aku berdiri. Akan kugagahi jiwa ini, sehingga aku pulang membawa kejayaan yang kita semua sentiasa harapkan.

Namun masih, dalam jiwa ini ada satu kepedihan. Tidak dapat aku ceritakan pedihnya kerana apa, kerana aku bukanlah seorang wanita yang suka untuk menghebahkan kisah peribadiku pada dunia. Kisah peribadiku, kisah cintaku pada seorang insan bernama lelaki. Suatu kisah yang terlalu banyak luka, terlalu banyak penantian, namun berakhir dengan terlalu banyak kekecewaan. Aku menanti penuh setia, penuh sabar moga suatu hari, dialah yang akan menjadikan aku sayap kirinya, menjadikan aku wanita syurga. Namun ternyata aku salah penilaian. Disaat jatuhnya, akulah yang sentiasa menyokong tanpa lelah, meyakinkannya bahawa Allah itu sentiasa bersamanya dan jangan sekali-kali dia berputus asa dengan rahmat Tuhan. Disaat semua orang membencinya, akulah yang setia tidak putus menjadi suara yang meyakini akan kekuatannya, kehebatannya. Tanpa lelah. Tanpa noktah.

Permintaannya supaya aku terus menantinya, apabila dia berjaya, dia akan mengotakan janjinya, dan aku tidak ragu. Maka bertahun-tahun aku menanti. Namun ternyata, manusia bersifat annaasiah yakni manusia mudah lupa. Setelah dia bertemu dengan apa yang dicarinya, dia hilang dan pergi. Apabila keselesaan kebahagiaan singgah kembali dalam dunianya dia menyepi, meninggalkan aku tanpa sebarang belas.Meninggalkan aku yang setia menanti, tertanya-tanya, apa kurangnya aku dalam kisah ini? Sewaktu dia jatuh dan tersungkur, seakan tidak mampu lagi bangkit, dan disaat semua orang menghindari, akulah satu-satunya yang tetap setia membangkitkannya semula. Namun disaat ini, sewaktu aku dalam kesakitan, keseorangan, kepayahan, dia menghilangkan diri. Tapi tidak mengapa kerana kini, dia sudah kembali bahagia bersama keluarganya, mentaati ibu dan ayahnya. Aku harap, dia menemui apa yang diacri-carinya selama ini.

Biarpun begitu, aku tidak menuntut janjinya. Tidak aku memaksa sesiapa untuk bersusah bersamaku. Sekurang-kurangnya aku dapat melihat siapa dirinya sebelum aku tersalah lebih jauh dan menjadi suri hidupnya. Aku hanya mahu seorang insan yang dapat melindungiku, menjagaku, terasa sakit bila aku disakiti, dan akan mengesat setiap titis air mataku. Aku tidak minta kemewahan. Aku tidak minta darjat dan kedudukan. Aku hanya minta seorang insan biasa yang bisa menyayangi aku seadanya.

Sering aku berdoa pada yang Esa, sekiranya dia bukan untukku, maka pisahkan aku darinya dalam keadaan aku meredhai perpisahan itu. Jauhi aku dari kesedihan yang membelenggu dan jadikan aku hamba yang memahami dengan erti qada dan qadarMu. Maka alhamdulillah, biarpun its really hurting me inside, aku tidak membiarkan rasa itu memadam rasa tenang aku dalam menghadapi apa yang telah Engkau takdirkan buatku. Sesungguhnya manusia itu hanya mampu merancang, maka Tuhan yang menentukan segalaNya, malah Dia lebih tahu apa yang terbaik buatku. Dan aku percaya,disebalik kekecewaan ini, ada hikmah yang menanti aku menyelak kemanisannya. Dan aku tahu, sesungguhnya cinta manusia bersifat sementara, cinta pada Allah lebih membahgiakan aku dari segalaNya, dan terima kasih Ya Rabbi atas ketenangan dan kekuatan yang Engkau resapkan kedalam jiwaku sehingga aku tabah menghadapi kelukaan ini.

Cukuplah Allah bagiku. Biar tiada cinta manusia bagiku. cintaMu lebih besar bertapak dijiwaku. Dan aku percaya janji Tuhan, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Biarpun aku tidaklah sebaik mana, masih aku mengharapkan Kau berikanlah apa yang terbaik buat diriku. Dan sunyi malam yang terus mengikuti senja yang berlalu, seolah-olah terus ingin menemani aku dalam drama dunia ini. Aku terasa begitu tenang, masih tenang biar aku terasa sakitnya ujian ini..

Kualunkan lagu ini, yang sering mengubati luka dihatiku...



p/s : jangan ambil serius apa yang saya tulis di atas kerana hidup saya memang penuh drama. Apa yang penting, kita tahu bahawa hidup satu hanyalah persinggahan yang pendek. Maka akhirat jua yang kita kejar. ganbate ne! (^_^)

Thursday, June 2, 2011

"get away from me you bitch!"...(0_0) titipan perjalanan kerjayaku..(garapan 3)

1 Jun 2011, 8.53 malam

Assalamualaikum,

Laloq....laloq....masih berpinar-pinar kepalaku sewaktu aku menekan punat-punat comel laptop miniku yang berwarna putih ini. Macam biasalah aku ni.. Sebaik pulang dari hospital, lekas2 aku menunaikan solat asar dan mengisi perutku yang sudah lama berkeroncong lagu hindustan. adussss, lapar amat terasa menahan perut dari pukul 5 pagi tadi sehingga pukul 5 petang. Nasib baik sempat juga aku mencapai pastry dan sebiji pisang yang disediakan percuma setelah tamat surgery grand roundku seawal pukul 8 pagi tadi. Sekali lagi, hari yang memenatkan.

Maaf sekiranya tajuk entryku kali terasa kasar benar. Bukan niat aku untuk menuturkan perkataan kasar sebegini, namun sebenarnya, pada entry kali ini aku ingin becerita tentang dua incident kelakar yang berlaku sepanjang aku berada dalam plastic surgery team sejak minggu lepas. Nak dipendekkan cerita, team plastic surgery ni memang sangatlah sibuk ya amat. Sebabnya, orang-orang Irish ni, kulit mereka sangat2 sensitif dan ditambah pula dengan sekarang yang sudah mula memasuki musim panas, ramai antara mereka yang akan hadir di klinik dengan berbagai-bagai masalah kulit. Antara masalah yang paling common yang sering aku lihat ialah actinic keratosis (skin damaged by the sun), basal cell carcinoma dan squamous cell carcinoma. Tak kurang juga ada yang datang dengan masalah kosmetik, sekecil-kecil lebam,tahi lalat dan parut pun hendak mereka buang. Kadang2 aku terfikir, eh..dulu aku ada lebam sebegitu, tapi it never bothers me at all, sebab semakin aku membesar ia hilang sendiri. Barulah aku perasan betapa self-conciousnya orang-orang disini. Iyalah, kalau dah pakai skirt pendek hingga kepeha, mestilah kita mahu kulit kita tampak sempurna gitu.. (0_0)


Antara masalah paling common dalam klinik plastic surgery team.KELOID SCAR.





Pernah sekali ada seorang pesakit muda berusia 16 tahun, datang ke klinik dengan main presenting complaint, "I feel sticky feelings behind my ears.." Sticky feelings? Ai, pelik benar bunyinya.Memang lah belakang telinga kita melekat dekat kepala. Aku dan SHO ku pun mula menilik2 telinga gadis remaja ini, hmmm tak ada luka, sama je dua2 belah (symmetry), tak ada cacat celanya. SHO ku siap ukur lagi saiz telinga dia, dan mula membandingkan telinga gadis ini dengan ibunya yang duduk disebelahnya. Masih, kami buntu. Aku dan SHO ku kebingungan. Telinga budak ni memang normal, walaupun sebenarnya aku akuilah, telinga nya mungkin agak besar dan memanjang dari atas kebawah dan tidaklah kecil dan comel terbentuk seperti biasa (haaa apa lagi, masing2 check telinga masing2 (^-^) ). Namun masih bagiku telinganya normal. Maka SHO ku pun katalah yang telinganya normal, dan dia mula menangis teresak-esak. Sebenarnya budak ni hanya self-concious,terasa telinga yang dimilikinya tidak secomel dan secantik telinga orang lain. Akibat dari perasaan tersebut, dia tidak pernah mengikat rambutnya sejak kecil kerana malu! Subhanallah.. Maka disinilah konsep bersyukur amat dititikberatkan dalam Islam. Sekurang2nya, dia kenalah grateful mungkin telinganya tidak secantik org lain, tapi masih dia memiliki telinga yang masih dapat mendengar dengan sempurna. Tak seperti org lain yang sudah hilang keupayaan untuk mendengar dan melihat... Masalahnya mak dia pun satu hal juga, melayan je kerenah si anak tu. Masih juga nak potong2 telinga tu bagi kecik comel sikit. Aiyooo....






The main story aku hari ini ialah tentang pesakit yang telah menuturkan statement tajukku kali ini. Pada hari Isnin lepas, aku dan Edward telah dihantar untuk menghadiri minor surgery plastic team, yang mana dalam minor surgery ini, kami dapat banyak patient yang dtg kehospital untuk buang tahi lalat, buang keloid, buang skin polyp. 3 jam juga kami disitu, maka sampailah giliran pesakit kami yang terakhir, seorang wanita tua yang berusia sekitar 80 an, datang berkerusi roda. Apabila wanita tua ini masuk, aku dan Edi pun hanya melemparkan senyum tanda hormat, namun wanita ini menjeling tajam penuh benci. Terkedu kami. Maka doktor kami keluar dan berbual-bual seketika dengan wanita ini meminta consent utk mengambil sedikit sample (biopsy) dari pipinya yang di suspect mempunyai kemungkinan kanser kulit, dan aku dan edi berdiri setia memerhati doktorku menjalankan tugasnya. Dan tiba-tiba wanita ini menjeling ke arah kami, dan sekali lagi kami senyum tanda hormat. Tiba-tiba dia meninggikan suara, "Are u laughing at me?!!" dengan nada penuh marah. Aku dan Edi sekali lagi terkedu. Maka cepat2 nurse yang berugas membawa wanita ini masuk ke bilik surgery, dan kami mengekori mereka, blur dan bingung. Dan bukan kami sahaja menjadi mangsa hamburan wanita tua bengis itu, semua nurse yang berada disitu pun dimarahinya. "Get away from me bitch! Get away! Dont u dare touch me!" Begitulah gayanya dia menjerit2 seperti orang hilang pedoman dalam bilik itu. Yang kelakarnya, nak naik ke katil bedah pun dia tak mahu, semua orang ditolaknya kasar. Last2, mereka decide untuk hanya menjalankan prosedur itu di atas kerusi rodanya.






Untuk mengambil biopsy dari pipinya itu, pertama sekali doktorku perlu menyuntik ubat bius ke pipi wanita ini. Bayangkanlah betapa sukarnya nak melakukan prosedur ini ke pipinya, yang bestnya, doktor aku ni agaknya sudah mula bengang terus je cucuk jarum berisi ubat pelali itu dengan lajunya dan wanita ini menjerit sekuat hatinya, kuat gila sampai bergema satu area disitu. Aku dan Edi hanya diam tersengih-sengih di sudut bilik menyaksikan gelagat wanita ini. Memanglah kasihan, tapi aku rasa wanita ini punya masalah personaliti sehinggakan hampir semua orang disitu ditengkingnya...What a day...

Betullah, berada dalam profesion ini, kena banyak bersabar. Kadang2 pesakit kita datang dengan pelbagai masalah hidup dan tekanan, maka apapun cemuhan yang mungkin kita akan dengar, dun take it to heart. Tapi doktor juga manusia, dah kita penat2 bekerja sepanjang hari, bengang juga kalau terpaksa berhadapan dengan patient bermasalah sebegitu. Contohnya pagi tadi, patient aku boleh pula tidur sewaktu aku bersoal jawab dengannya. Sabar jelah. Apapun, that is part and parcels of life kan. Kadngkala, benda-benda sebegini buat pengalaman kita semakin menarik kerana manusia datang dengan berbagai-bagai ragam. Tapi, bagi akulah, mungkin mereka datang dengan berbagai-bagai isu kecantikan, tahi lalat ini tak kenalah, parut ini buruklah. Kalau yang datang dengan penyakit, aku tak kisahlah, tapi yang datang semata-mata nak ubah apa yang Tuhan dah bagi, aku memang tak leh tolerate. Lagipun cantik itu bukan dari luar, ia datang dari dalam. wink2!

sampai bertemu lagi. wallahualam.