Assalamualaikum.
Entry ini saya tulis lantaran ada beberapa requests dari sahabat handai yang bertanya tips-tips berkebun di halaman rumah di tengah-tengah kawasan bandar. Hehe.
Perlu dimaklumkan bahawa saya bukanlah seorang yang hebat dalam tanam menanam pokok ni. Kata orang saya budak baru belajar. Kerana di sebalik kesibukan saya di klinik setiap hari, saya mengisi masa lapang di rumah dengan bercucuk tanam. Dan kerana saya gila memasak, maka saya rasa bercucuk tanam sangat bermanfaat dan menjimatkan! Oleh kerana tanaman saya menjadi dengan jayanya, mari saya kongsikan sedikit tips menanam sayur ni.
Ini ialah kebun di hadapan rumah saya dengan tanah yang sekangkang kera. Dengan kebesaran saiz tanah lebih kurang 2x3 meter ini saya telah berjaya menanam lebih kurang 15 jenis tanaman bunga dan sayur.
ini di rumah sewa lama semasa saya bertugas di klinik kesihatan karak
Menanam bunga dalam pasu agak biasa. Tanam daun kari, daun kesum, daun limau purut, pokok limau, pokok cili dan daun pandan dalam pasu atau atas tanah juga adalah antara perkara yang agak common di kalangan golongan tangan-tangan hijau ini. Sebenarnya bukan susah pun nak tanam pokok pokok di dalam pasu sebegini. Pada kebanyakan beginner, anda boleh terus membeli anak pokok di pasar-pasar tani dan menjaganya hingga bertumbuh besar.
Dan kemudian saya terfikir untuk cuba menanam sayur-sayuran untuk di jadikan lauk pauk untuk di masak. Pada mulanya cuba-cuba je. Ingatkan mustahil untuk menjadi. Yang lebih mendorong saya ialah kerana berdekatan dengan tempat tinggal saya ada sebuah kedai 2 ringgit yang menjadi kegemaran rakyat jelata di sekitar bentong. Semua barang jualannya ialah 2 ringgit. Ini bukan macam kedai 2 ringgit kat KL tu. Kedai 2 ringgit ni sangat ekonomi dan menyeronokkan. Semua barangan gardening seperti pasu pelbagai saiz besar kecil sederhana panjang lebar semuanya berharga 2 ringgit. Tanah hitam 1 kg pun di jual dengan harga 2 ringgit. Benih 2 bungkus pun 2 ringgit. Barang-barang lain seperti gloves, pencedok tanah, penyiram pokok semua berharga 2 ringgit. Jadi hobi saya ni sememangnya tidak mahal langsung dengan adanya kedai 2 ringgit ini hahaha!
inilah kedai 2 ringgit kegilaan sekalian rakyat jelata bentong
Jom saya akan ceritakan secara step by step bagaimana saya melakukannya;
Pertama : NIAT
Mesti kena berniat bila kita menanam sesuatu, berniatlah untuk berbakti kepada tanah. Mulakan dengan niat yang baik. Kalau niat untuk memasak dan membantu suami berjimat cermat, Allah akan suburkan tanaman. Kalau tanam untuk mencantikkan rumah, Allah akan beri tanaman yang cantik sebagai perhiasan. Tanah ialah makhluk Allah, so bila kita menyuburkan dengan bercucuk tanam, bermakna kita berbakti kepada tanah.
Kedua : ILMU
Apa saja yang kita lakukan dalam hidup mesti dengan ilmu. Baik memasak, berkebun, memandu, berumahtangga, beranak pinak dan segala bentuk pekerjaan dan perbuatan mesti dengan ilmu. Sebab tu Rasulullah saw bersabda;
“Barang siapa yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka akan Allah mudahkan jalannya menuju surga.” (HR. Muslim)
So sebelum kami mula berkebun, kami dah mula mempelajari ilmu-ilmu berkebun dari internet lah kebanyakannya. Macam mana nak tanam, berapa kali nak siram. Kami juga siap pergi membuat lawatan sambil belajar di nursery-nursery pokok di sungai buloh dan di sekitar kawasan bentong. Setiap pokok memerlukan keperluan yang berbeza, saiz pasu yang berbeza, sukatan tanah yang berbeza.
Ini antara lawatan sambil belajar yang kami lakukan hahahahaha
INI SEMUA ADALAH NURSERY POKOK DI SUNGAI BULOH. MEMANG BEST!
Ketiga : TANAH
Rumah tempat saya membesar tidak mempunyai tanah walaupun rumah kami rumah tepi. Ayah pun dah simenkan semua kawasan tanah. Dua rumah rumah sewa saya sebelum ni pun tidak ada tanah. Rezeki saya rumah yang saya duduki yang terbaru sejak dua bulan lepas mempunyai tanah yang tidak sebesar mana, tetapi cukup luas untuk menjadikan aktviti bercucuk tanam sebagai hobi. Semasa saya masuk kerumah baru saya ini, halaman rumah penuh dengan rumput rumpai. Jadi perkara pertama yang saya lakukan pada minggu pertama saya masuk ke rumah baru ialah membersihkan semak samun. Untuk menyediakan tanah, my hubby meracun rumput rumpai ni dengan racun roundup or any racun would be fine. After meracun just gemburkan tanah pamah ni untuk mengudarakan tanah yang sekian lama mampat dan mendap ni. Ingat penggemburan tanah sangat sangat penting sebagai permulaan.
ini ialah jenis tanah hitam yang saya gunakan untuk menanam dan menyemai
Keempat : PENYEMAIAN ANAK BENIH
Proses menyemai anak benih adalah antara proses yang sangat mudah dilakukan. Ambil beberapa pasu kecil dan isikan tanah hitam lebih kurang separuh bekas. Kemudian benamkan anak benih lebih kurang 2-3 cm ke dalam tanah. Pada mulanya kesilapan saya ialah saya tidak mengambil jarak yang betul antara anak benih. Tanaman tetap menjadi tetapi apabila ia semakin besar, anda perlu cepat-cepat mengubah ke atas tanah apabila mencapai ketinggian 5-7 cm kerana pokok akan tumbuh dekat-dekat dan tanaman senang mati akibat persaingan.
Again, my beloved kedai 2 ringgit ada menjual bekas semaian dengan banyak bekas-bekas kecil seperti gambar di bawah. Untuk kangkung, masukkan dua biji benih untuk satu bekas kecil. Untuk tanaman sun choy, bayam atau sawi, anda boleh masukkan 3-4 benih di dalam bekas kecil. Again, masukkan tanah separuh kuantiti bekas dan benamkan anak benih lebih kurang 2 ke 3 cm kedalaman. Jangan masukkan terlalu dalam kerana anak benih susah untuk tumbuh. Jika di tanam terlalu dekat dengan permukaan, benih tidak akan tumbuh atau boleh hanyut apabila disiram.
Sama juga dengan pokok-pokok bunga. Cuma dari pengalaman saya pokok bunga mengambil masa yang jauh lebih lama untuk tumbuh berbanding dengan sayur-sayuran. Sebab? Saya tak pasti. Pokok-pokok bunga saya mengambil masa dua atau tiga kali ganda lebih lama untuk menjadi pokok berbanding dengan sayur-sayuran.
Nah saya sertakan sekali gambar-gambar proses penyemaian anak benih pokok-pokok yang kami tanam. Maaflah muka kami bersememeh maklumlah biasanya kami buat sejurus pulang dari kerja. Baju kerja pun tak tukar lagi hahaha
Kelima : PROSES PENYIRAMAN
Untuk penanaman sayur, air sangat penting. Kerana batang sayur-sayuran yang di tanam biasanya di penuhi oleh air untuk menyokong tegak batang pokok. Terutamanya tanaman seperti kangkung, sawi, sun choy dan banyak lagi. Kerana itulah kangkung di kampung -kampung biasanya tumbuh subur di tepi sungai-sungai. Proses penyiraman biasanya paling sedikit ialah 2 kali sehari. Satu di waktu pagi, satu di waktu petang. Ini juga terpulang, sekiranya musim hujan, I let the nature do my works. Makin lebat hujan, makin suburlah tanaman terutamanya pokok sayur-sayuran yang telahg matang.
Tetapi, jangan pula anda letakkan benih semaian di bawah hujan lebat. Nanti benih tidak akan menjadi.
Penyiraman anak pokok harus dilakukan dengan kelajuan air yang perlahan. Jangan menembak air yang deras kepada anak pokok kerana ini booleh merosakkan benih atau membuat benih hanyut. Kami menggunakan bekas ini untuk menyiram ;
Untuk pokok bunga dan kedua-kedua bonsai saya, penyiraman sekali sehari sudah mencukupi.
Sambil -sambil menanam tu bolehlah kita berselawat dan berzikir. Mak saya ajar kalau masakan nak jadi sedap kena berselawat semasa membasuh barang masakan dan ketika memasaknya. Begitu juga bercucuk tanam. Semua yang hidup yang mati yang berjalan yang berlari yang berenang semuanya di atas keizinan dari Allah, maka perbuatan yang diiringi zikir akan di beri keberkatan dan membuahkan hasil yang baik.
“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur, Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Mahatinggi lagi Mahabesar.” (al-Baqarah: 255)
hero saya siram pokok sejurus balik dari hospital haha.(^-^)
Ini saya tunjukkan sedikit anak anak benih saya yang berusia 1 ke 2 minggu.
benih kangkung saya yang berusia 10 hari ke 14 hari
ini pula pokok timun saya yang berusia 2 minggu. lambat lagi nak besar. Dah besar sedikit saya perlu letakkan pancang untuk dia menjalar. Manalah ruang nak letak ni hahahaha
ini pula adalah pokok sun choy atau bok choy eh. unsure. tapi sedap bila dimakan dan tumbuh dengan suburnya!
ini ialah pokok bayam merah dan bayam hijau yang baru saya semai. Minggu ni baru saya nak ubah ke tanah selepas kangkung dan sun choy saya habis dipetik.
Ini pula adalah pokok daun limau purut, pokok limau kasturi, daun kari dan serai. Pokok limau kasturi ni baru sahaja berbuah dapatlah tiga biji limau haha Kalau nak ia berbuah lebih banyak bolehlah di tanam di atas tanah.
Keenam : BAJA
This is our secret of success. Penggunaan baja adalah sangat penting apabila kita ingin bercucuk tanam. Kami memilih untuk menggunakan baja organik dan bukan baja chemicals. Baja organik ada banyak jenis dan seperti yang kita semua tahu baja organik ini boleh berasal samada dari najis haiwan, kulit-kulit buah-buahan, sayur-sayuran yang sudah tidak boleh di makan.
Husband saya mempunyai akuarium yang sangat besar di rumah kami dan ini merupakan kegilaan beliau sejak empat tahun yang lepas. Jadi kami menggunakan air yang dikitar dari akuarium suami sebagai baja untuk tanaman kami. Believe it or not, pokok bunga ros saya berbunga hampir 2 kali sebulan dengan menggunakan air dari akuarium suami. Dan lihatlah pokok-pokok sayur kami, bertumbuh dengan cepat kurang dari tempoh sebulan. Tetapi saya rasa menggunakan baja-baja yang dibeli dari kedai pun boleh. Biasanya experts mngesyorkan membaja hanya sekali sahaja dalam sebulan dah mencukupi. Dan again, kedai 2 ringgit pun ada menjual pek-pek baja dari najis haiwan.
Inilah akuarium my hubby di rumah. Cantik kan?
Dan punyalah bagusnya air akuarium suami saya ni, pokok-pokok bunga kami subur sesangat!
Ketujuh : PENGUBAHAN ANAK POKOK KE TANAH
Setelah anak-anak benih mencapai ketinggian 5-7 cm, anda boleh mengubah anak pokok ke atas tanah yang telah digemburkan. Kami top up sedikit tanah hitam di atas batas yang hendak dibina kerana bagi kami tanah hitam lebih sesuai dan subur berbanding tanah di halam rumah kami.
Kalau anda lihat di kebun kami, kangkung di tanam dengan cantik dan teratur oleh suami saya. Dia leraikan setiap anak pokok dan akarnya dan menanamnya dengan jarak yang amat tepat dan teratur. Dan jika anda lihat pokok sun choy di baris tengah-tengah tu, ya, itu ialah hasil kerja saya yang agak pemalas dan semberono. Saya tidak leraikan dan saya terus menanam mereka secara berkumpulan kerana nak cepat siap. Even suami saya membebel pun saya pekakkan saja telinga kerana kalaulah hendak bekerja dengan tepat dan teratur seperti suami saya, alamatnya tidak sempatlah saya memasak makan malam untuk hari tersebut. Hahaha. In the end, pokok saya yang pesat bertumbuh walaupun susunannya sangat hodoh hahahahahaha.
Anda mestilah sangat berhati-hati semasa mengubah anak pokok, pastikan sewaktu anda menarik pokok dari bekas semaian, akar mereka terjaga dan tidak rosak. Buat lubang dan tanam akar pokok dengan cermat. Ikutlah cara suami saya, susun pokok dengan jarak yang selesa supaya mereka mempunyai ruang untuk tumbuh membesar dengan sihatnya.
Ini ialah antara proses pengubahan anak pokok;
Kelapan : SERANGGA PEROSAK
Sewaktu saya membawa balik hasil tanaman saya ke rumah ayah saya, ayah saya mengesyaki bahawa saya menggunakan banyak racun perosak kerana sayur saya begitu cantik dan tidak rosak langsung! TIDAK BENAR SAMA SEKALI! (^_^)
Ramai yang memberitahu saya yang apabila tanaman saya semakin besar, serangga perosak siput babi dan segala macam makhluk akan ber'kenduri' dengan tanaman saya. Saya juga risaukan tentang itu. Setiap hari saya akan menjenguk dan menelek tanaman saya, yang bagusnya, tiada satupun siput babi atau serangga yang saya temui merosakkan tanaman saya. Alhamdulillah. Yang ada hanyalah beberapa ekor lalat gemuk yang seringkali hinggap dan mengganggu kami ketika kami hendak dinner. Mengapa tiada perosak saya tidak pasti. Maka terselamatlah tanaman saya dari cengkaman racun serangga hahahahaha. Kalau adapun kami memang plan untuk menghalau mereka secara manual sahaja dan bukan menggunakan racun. ehehehe nak mengekalkan sayur seorganik mungkin!
Ini tanaman kami sewaktu berusia 3 minggu.
Ini pula ialah tanaman kami yang berusia hampir sebulan!
Kesembilan : MENUAI TANAMAN
Yang ini baru kami lakukan 2 -3 hari yang lepas. Kalau kita lihat sayur-sayuran yang di jual di pasar, semuanya di jual bersama akar mereka. Saya dan suami sedang bereksperimen untuk hanya mencantas bahagian atas sayuran dan meninggalkan batang, sedikit daun dan akarnya intact di tanah. Manalah tahu ia kan bertumbuh semula, maka kami akan mendapat sayur-sayuran free setiap bulan hasil tanaman di depan rumah sendiri haha
Seusai menuai pesan mak saya, sedekahlah sedikit kepada jiran tetangga yang setiap hari kagum dengan tanaman kami yang subur sangat ni. Amoi-amoi dan uncle yang jogging waktu pagi di depan rumah selalu singgah dan bersembang dengan suami tentang tanaman kami. Kami yang baru belajar ni pun terkial-kial nak menjawab. Alhamdulillah, dapat ilmu dan kepakaran baru selain menjadi doktor!
bungkus sikit untuk di agih-agihkan haha
Ini pula yang dibasuh dan terus dimasukkan kedalam peti sejuk. Yang siap dimasak pun ada haha
Itu sahajalah yang dapat dikongsikan. Pokok timun dan bendi masih belum berbuah. Nanti saya akan update lagi kalau ada yang menarik untuk dikongsi. Selamat mencuba !! (^_^)