... I am A restless brain ...

Sunday, February 24, 2013

...'transit' neraka untuk ke syurga...

Assalamualaikum.


Today, I am broken. Tanpa menyedari aku telah melakukan dosa-dosa kecil itu, aku terleka seketika. Bangun dari tidur, aku bergegas ke bilik air, mengambil wudhu, membentang sejadah. Sujud dalam sunyi Tahajjud. Air mata mengalir perlahan. Panas mengalir dan meluncur ke pipi. Sayup syaitan berundur dan iman menerjah. Dalam hening detik itu, dapat aku rasakan kasih sayang Tuhan memeluk perlahan. Terasa nyaman kehangatan makrifahNya, menahan aku dari jatuh tersungkur dan hilang arah.


Bagaimana bisa menjaga hati, sekiranya cinta yang paling utama itu tidak kita beri kepada Allah. Fitrah, manusia diciptakan berpasangan. Fitrah, manusia diberi rasa cinta, kasih, rindu, dendam. Fitrah, dada berdebar apabila sang adam sudah mula menawan takhta di persada hati. Tatkala cinta kasih membelai naluri, syaitan dan nafsu mula mengambil peranan. Gadis solehah bisa jadi punah. Anak perempuan yang taat bisa berpaling tadah. Purdah dan hijab membaluti tubuh bisa hilang. Kewarasan akal dan rasional hampir melayang. Yang ada hanyalah so called 'cinta suci yang membara'. Cinta I Jump You Jump. Cinta Lautan api sanggup kurenangi. Ibu bapa juga sanggup dibuang. Dek penangan cinta manusia. Hebat.


Aku masih membatu di hamparan sejadah. Mendakap makrifah Allah yang masih damai membelai. Aku memandang langit di jendela yang ternganga. Aku mencari kembali akar untuk kembali berpaut. Ya Allah, tetapkan hati ini dari jatuh ke tangan syaitan. Aku menenangkan resah hati yang cuba ditawan nafsu serakah yang jahanam. Ingat Allah.. Ingat Allah..


Manusia. Memang cepat lupa. Hari ini mereka menangis ketakutan kerana terkenangkan azab api neraka. Kononnya insaf, mahu kembali, mahu bertaubat. Hari esok mereka tertawa terbahak-bahak bagaikan hidup selamanya. Itulah aku. Itulah aku.


Aku menulis kali ini, dengan penuh rasa loya dan hiba ke atas diriku sendiri. Mengenangkan betapa cepatnya aku lupa setelah diberi peringatan. Mengenangkan betapa kadangkala aku anggap azab neraka itu hanyalah cerita rekaan. Azab kubur itu hanyalah kisah dongengan. Aku percaya azab itu pedih, tapi aku tidak berbuat apa-apa untuk menghindarinya. Jujur, ibu dan ayah mencukupkan aku dengan bekalan ilmu agama. Tafsir al-quran telah sama-sama aku telahi bersama rakan-rakan bulatan gembira. Sirah-sirah Nabi dan sahabat lancar benar dihujung lidah. Tapi mengapa hati masih terasa goyah. Mengapa nafsu juga yang mahu aku ikuti? Mengapa syaitan juga yang aku dampingi? Sungguh manusia bersifat pelupa.





Aku pelik dengan diriku. Aku pelik dengan manusia. Kenapa kita beria-ia mahu orang menyanjung, memuji, sedangkan kita biarkan Allah melaknat diri kita. Ketika aku menelusuri muka buku, aku selalu mengintai profile2 artis-artis muda yang digilai rakan-rakanku. Benar, mereka cantik, seksi, popular. Beribu-ribu like, berjuta-juta follower. Pujian cantik sudah lali di tutur, tidak kurang juga sang lelaki yang memberi komen 'kotor' dan 'bernafsu'. Namun empunya diri sudah lemas dibuai pujian, ancaman lelaki-lelaki gatal dianggap bagai tiada makna. Siapa yang tidak suka dipuji cantik. Aku pun suka dipuji cantik. Siapa yang tidak gembira digilai ramai. Benarlah, kecantikan, kemasyhuran, harta bisa menggelapkan mata. Membuatkan kita lupa. Aku juga selalu lupa.


Masalah aku dan kita sebagai manusia ialah bukan kerana kita tidak tahu azab kubur, azab neraka, timbangan amalan, dosa dan pahala. Kita semua tahu yang setiap perbuatan kita akan dibalas dengan setimpal diakhirat sana, tapi kita ada dua masalah besar yang telah memadam rasa takut kepada azab Allah;

Yang pertama, kita terlalu asyik dengan keindahan dunia yang menipu ini. Banyak kali dah Allah mentioned dalam Al Quran yang dunia ni penuh tipu daya. Dunia ini hanyalah persinggahan sebagaimana persinggahan seorang musafir yang singgah sebentar untuk berehat. Maka akhirat itu ialah abadi. Tapi kita tetap mahukan dunia ini.

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Surah al-An’am, ayat 32)

Yang kedua, kita mudah lupa. Kita insaf, kita akui kelemahan diri, kita akui kita penuh dosa. Tapi sebaik keluar dari kelompok peringatan, kita lupa Allah, lupa segala laranganNya. Yang ada didepan kita hanyalah keseronokan dunia. Dunia.


“Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: “Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka.” (Q.S Az-Zumar : 8 )

.........................

Mari sebentar kita bermuhasabah. Saya serba daif ini ingin berkongsi sedikit ilmu, hasil perkongsian bulatan gembira. Saya ingin mengenalkan semua sahabat dengan seseorang. Dia, adalah orang yang terakhir sekali akan masuk ke syurga. Tonton video ini;





Orang yang disebutkan dalam hadith ini boleh jadi diri kita sendiri. Kita semua sedia maklum yang setiap orang Islam itu pasti akan merasai syurga. Diakhirat nanti kita akan ditimbang diatas timbangan mizan, dan dihisab amalan. Selagi kita mati dalam Islam (kalau mati dalam Islam lah), kita diberi jaminan akan mendapat syurga walau apapun keputusan timbangan. Tetapi walau ada jaminan, kalau sekiranya timbangan kita berat diatas amalan kejahatan, maka kita dipersilakan merasai neraka Allah dahulu. Satu perkara yang kita selalu kena muhasabah, berapa pastikah kita bahawa pengakhiran kita nanti ialah sebagai seorang muslim?


Setelah lemah lutut mendapat amalan dengan tangan kiri, kita harus melalui sirat. Dikatakan orang yang bertaqwa dan para Nabi dan para sahabat, para ulama melalui titian sirat selaju kelajuan kilat, maka yang berdosa dan berat timbangan kiri merangkak-rangkak ketakutan melihat neraka yang mengaum dibawah titian sirat tersebut. Maka jatuhlah mereka didalam neraka, seperti yang disebutkan dalam hadith ini. Orang kuffar dan syirik, selama-lamanya menjadi bahan bakar api neraka, manakala orang islam yang berat timbangan kiri tadi, akan menjadi penghuni sementara neraka. Merekalah orang yang diceritakan dalam hadith ini, yakni orang yang terakhir yang akan memasuki syurga.


Tempoh sehari didalam neraka tidaklah sama tempoh sehari ketika didunia. Maka menderitalah orang-orang Islam yang harus transit di neraka terlebih dahulu. Ya benar, kita tidak akan membayangkan betapa azabnya api neraka kerana kita tidak pernah melihat dan merasai. Namun orang-orang yang beriman pasti tahu dan wajib percaya bahawa azab api neraka dan kenikmatan syurga itu adalah pasti. Tapi yang peliknya, mengapa aku dan manusia masih tidak takut akan apa yang telah dijanjikan. Mengapa keras benar hati kita sedangkan telah banyak kali kita diperingatkan? Ingatlah, azab Allah itu pedih.


Setelah lunyai badan diseksa dalam api neraka, barulah sang hamba tadi dapat keluar dari neraka yang penuh azab itu, untuk menuju ke syurga. Seperti dalam hadith dalam video ini, mereka diberi peluang untuk meminta dari Tuhan mereka Allah swt. Mereka memohon sepohon pokok yang mana mereka dapat berteduh dan meminum air darinya. Dan dikatakan sebelum mereka memasuki syurga, mereka telah diberikan 3 batang pokok dan pokok yang terakhir dikatakan berada dihadapan pintu syurga. Ada juga dikisahkan yang mana hamba tadi pengsan ketika dia mengintai ke dalam syurga, mungkin kerana terlalu indahnya syurga. Dan dikatakan juga tempoh untuk hamba tadi dari saat mereka keluar dari neraka, merentas tiga pokok tadi dan memasuki syurga adalah amat lama. Dan dikatakan bahawa orang islam yang terpaksa menanggung azab api neraka atas semua perbuatan mereka terlebih dahulu sebelum memasuki syurga akan mempunyai tanda berwarna hitam di dahi apabila mereka memasuki syurga yang menandakan mereka sudah menerima azab dari perbuatan mereka. MasyaAllah. Susah dan azab benar bila transit. Tapi ramai benar antara kita yang bagai menempah tiket transit ini. Sebab itulah kita ambil mudah perintah Allah, kita buat laranganNya. Bagi mereka, asal Islam, pasti merasa syurga kan..



Sahabat, kita tahu dan percaya. Tapi kita masih mahu membuat dosa. Kita tidak menjaga aurat, kita buat perkara yang Allah larang, kita abaikan solat, kita ponteng puasa, tidak tunaikan zakat, berlaku zalim kepada fakir miskin, kita merampas harta anak yatim, kita makan duit haram, kita memberi riba, kita berzina, kita perkotak katikkan agama. Tahukah kita bahawa setiap apa yang kita lakukan didunia akan dicatat dan dibalas. Walau pun sebesar zarah, tiada satupun yang akan dilepas pandang oleh malaikat raqib dan atid.



Kita berjalan dengan bongkak. Kita rasa kita mampu hidup selamanya. Kita sangka kita akan sempat bertaubat apabila kita sudah tua. Namun siapa dapat menjamin bahawa kita masih hidup sehingga hari esok? Siapa tahu yang Izrail sudah tiba dimuka pintu, ingin mencabut roh dari jasad. Siapa tahu bahawa di detik seterusnya kita sudah dibaluti kain kaffan dan taubat itu sudah tidak dapat kita lakukan? Jadi mengapa kita selalu bertangguh dalam memohon keampunan? Tidakkan kita tahu bahawa Allah itu sungguh Pengasih dan Dia sentiasa ingin mengampunkan hamba-hambaNya yang ingin kembali?



Tutuplah aurat. Solatlah. Sujudlah. Allah merindui hamba-hamba yang merinduiNya. Percayalah, bahawa api lilin pun tak mampu kita tahan, apatah lagi api neraka yang mengaum dan menyambar orang-orang yang sesat didunia.


Aku menulis kerana aku juga terlalu penuh dengan dosa. Aku menulis dengan air mata yang berlinangan, ingin memperingatkan dan diperingatkan. Aku bukan maksum. Aku juga tidak lepas dari kesilapan. Dalam terang mentari aku hilang, pabila malam sunyi aku menangis. Mengenangkan cepat benar aku terlupa. Namun aku tidak putus asa untuk kembali dan memohon ampun kerana aku tahu, Allah Maha kaya, maha pengampun. Selagi hati kita rasa resah apabila kita melakukan dosa, bermakna iman kita masih kuat untuk membawa kita kembali. Jangan terus sesat dan hanyut. Buatlah sekarang, berubahlah sekarang kerana tiada siapa pasti bahawa kita memiliki hari esok. Saat nafas terhenti, tiada apa lagi yang bisa menyelamatkan kita dari azab api neraka. Menangislah, kerana air mata itulah yang dapat menyelamatkan kita dari api neraka..




Manusia bersifat lemah dan pelupa. Tapi itu bukan alasan untuk terus hilang dalam dosa. Selalulah mendekatkan diri dengan Allah dan sahabat-sahabat yang soleh supaya kita sentiasa diperingatkan.


Ya Allah. Dengarilah kami. Kasihani kami. Sesungguhnya ketika segala perbuatan kami dibentang dihadapan seluruh manusia dipadang mahsyar, entah bagaimana kami mampu menahan malu apabila kejelekan amalan kami dipapar dihadapan seluruh manusia. Paling aku takut, sekiranya Engkau tidak mahu melihatku. Ampunkan kami. Ampunkan aku..










Saturday, February 23, 2013

..bersangka dan prasangka..

Assalamualaikum.


Dublin sejuk amat. Sejuk menggigit tulang. Menjadikan perjalanan jihad ke hospital setiap hari menjadi semakin sukar. Menjadikan setiap langkah di ganjari pahala. Moga Allah redha.


Aku ingin kongsi sebuah kisah. Moga sedikit sebanyak dapat dijadikan iktibar.


Nak kata aku tidak berpuas hati, tidaklah. Nak kata aku membenci, lagilah bukan. Nak kata aku buruk sangka, aku berusaha untuk tidak. Cuma kadangkala aku pelik dengan mulut manusia yang suka mencaci, mengadu domba, dan memburuk-burukkan orang lain? Yang lebih menghairankan aku, kadangkala, orang yang di hina itu bukanlah seorang yang memang termaktub kejahatannya, tapi orang yang sedang berjuang ke arah kebaikan. Jaga2, ingat bahawa kelak apabila kita berhadapan dengan Tuhan, hanya mulut akan dibisukan, kerana ia terlalu banyak menipu dan mendustakan. So, mulut yang terlalu banyak bercakap, I dont think ia akan banyak mengganjarkan kebaikan.






Kisahnya begini, sejak enam tahun lepas, Allah telah mentakdirkan perkenalan aku dengan mama atau lebih dikenali dengan nama Puan Norlina Alawi. Beliau telah banyak kali keluar TV atas ketabahan beliau memperjuangkan nasib anak2 anugerah beliau. Beliau merupakan pengasas rumah perlindungan yang pernah dikenali sebagai PERNIM 6 tahun yang lalu. Dimana organisasi yang ditubuhkan ini, melindungi kanak-terbiar, kanak2 yang dijangkiti HIV, dan anak2 yatim. Aku jatuh cinta pandang pertama dan sehingga kini, alhamdulillah, cinta itu terus mekar mengiring waktu. Aku telah menjadi 'anak' mama, dan kakak kepada penghuni rumah tersebut. Alhamdulillah. Dan kini PERNIM telah ditukar status menjadi sebuah rumah keluarga, yakni KELUARGA BESAR NORLINA ALAWI (KNAB). Walaupun aku jarang benar dapat melawat mama dan adik kerana jarak jauh yang memisahkan, hubungan kami tetap utuh, alhamdulillah, ukhwah kami berlandaskan cinta kerana Allah. Batas ruang dan waktu tidak memisahkan.



Mama sudah menganggap aku seperti anaknya sendiri. Setiap kali aku ingin meraikan adik2 dengan apa juga jemputan, usahaku tidak pernah ditolak mama tidak kiralah betapa sibuknya rutin beliau. Apa yang menariknya tentang mama, mama tidak pernah menggangap anak2 dibawah jagaan beliau sebagai anak yatim, anak terbiar atau anak buangan. Anak2 yang dipeliharanya adalah ANAK ANUGERAH, dan dalam usaha mama menjaga dan mendidik, beliau tidak menagih simpati atau sedekah. Kata mama, beliau tidak mengambil sebarang pemberian "sedekah" dari orang luar kecuali daripada aku dan orang2 terdekat. Mama tidak mahu anak2 anugerahnya dilabel sebagai peminta sumbangan dan simpati orang. Bagitulah mama yang aku kenal.






Mama seorang yang suka tersenyum, beliau tidak pernah lokek dengan senyuman. Namun, setiap kali aku bertemu mama, mama akan memeluk aku dan menangis. Mama menangis bercerita kepadaku tentang perjalanannya yang penuh liku, menahan cemuhan dan persepsi negatif orang tentang dirinya, tentang usahanya memperjuangkan anak2 jagaannya. Dunia, memang memeningkan. Tetap ada juga golongan manusia yang suka mencemuh dan menfitnah wanita ini yakni antara wanita yang paling hebat dan mulia yang pernah aku kenali.



Pernah suatu ketika ketika aku bertemu dengan sekumpulan rakan lama yang memang sedia tahu hubungan baik dan mama, mereka pernah membawa cerita;

A :..."Kau yakin ke mama tu betul2 nak jaga anak2 yatim? Mak aku kata dia suka cari publisiti, keluar tv sana sini. Dia boleh beli itu ini, guna duit sumbangan yang orang bagi untuk anak2 yatim yang dia jaga.."

B:..."Mak aku kata Puan Norlina tu tak jaga anak2 dia betul2 pun. Tak bagi orang rawat kanak2 yang ada HIV tu. Dia pakai cantik2 mesti guna duit sumbangan yang orang bagi kat dia.. Kau jaga2 farah, kau tu doktor, takut silap2 nanti dia gunakan kau pulak.."


Hai... Banyak sangat orang tu kata, orang ni kata. Kenapa asyik nak berkata2 saja. Buktinya ada ka? Kalau tak ada, dah boleh jatuh hukum mengumpat dan menfitnah. Dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh. Nauzubillah. Bukan sekali dua aku terdengar kata-kata umpatan dan persepsi sebegini dari masyarakat luar tentang mama. Dah banyak kali. Malah lantaran mulut2 sebegini, pertubuhan mama tidak lagi mendapat sumbangan zakat dengan alasan, tidak memenuhi syarat. Anak2 jagaan mama yang sepatutnya mempunyai bahagian dalam zakat telah dinafikan haknya. Malah kadangkala, ada juga pihak yang tidak mahu merawat anak2 mama yang sakit dek HIV. Entah jujurnya, aku tidak tahu dimana silapnya. Apakah kekangannya. Aku bukan saja mengasihani mama, malah aku sedih mengenangkan nasib adik-adikku yang dibawah jagaan mama.Yang seramai hampir 50 orang itu.





Ya, aku tidak nafikan, setiap orang boleh mempunyai persepsi dan perspektif dalam hidup. Setiap orang bebas untuk mempunyai pandangan dan telahan terhadap sesuatu. Namun, semua itu tidak memberikan hak kepada kita untuk menghukum. Dulu, apabila terlalu ramai orang mengata itu dan ini, hati aku sedikit goncang, mahu memilih kebenaran. Tapi setelah 6 tahun aku bersama keluarga besar mama, aku pasti, mama insan terpilih, insan tabah yang diberi amanah untuk memperjuangkan anak2 yang kurang bernasib baik. Beliau satu dalam sejuta.


Kalaulah benar mama mengambil kesempatan keatas anak2 jagaannya, mengapa anak2 jagaannya tidak sekalipun aku lihat berkeadaan kotor dan selekeh. Baju2 mereka baju yang berjenama bukan sekadar baju pasar malam. Mama sendiri mempunyai 7 orang anak kandung yang tinggal bersama anak2 anugerahnya yang lain, dan sekiranya sahabat ke rumah mereka, saya pasti kalian tidak boleh membezakan anak kandungnya dan anak2 yang dipeliharanya. Mama tidak pernah membezakan mereka.


Sepanjang 6 tahun, saya telah melihat 2 orang anak jagaan mama yang dijangkiti HIV pulang kerahmatullah. Dengan izin Allah, saya menyaksikan saat2 nazak kedua2 arwah. Malah saya telah memangku dan menyuapkan makanan kedalam mulut arwah. Yang paling membuatkan saya kagum tentang mama, sebagai seorang doktor saya amat tahu manifestasi penghidap HIV yang sekiranya tidak dijaga dengan baik, akan kelihatan lah banyak luka2 dan kulit mereka akan sangat mengerikan. Tapi subhanallah, disaat2 akhir pemergian Nurin, kulit Nutin sangat bersih, membuktikan betapa mama menjaga Nurin dengan penuh perhatian dan kasih sayang sehinggakan tiada satupun luka berani keluar dari tubuh kurusnya. Yang ada hanyalah luka ulcer didalam mulut, yang membuatkan Nurin sukar untuk makan dan minum. Dan di saat2 akhir pemergiannya, tidak putus2 mama memeluk dan mencium Nurin tanpa sedikitpun rasa geli atau takut dijangkiti HIV. Malah sebelum Nurin tenat, mama telah membawa Nurin ke pedalaman menaiki sampan untuk Nurin bertemu datuknya dan mama juga sempat membawa Nurin mengerjakan umrah sebelum beliau menghembus nafas terakhir. Walau Nurin bukanlah darah dagingnya. Mampukah kita melakukan yang sama seperti mama? Bahagian mana yang dikatakan mama mengambil kesempatan? Untungnya Nurin kerana ditakdirkan dipelihara mama sewaktu beliau singgah di dunia sementara ini.



Itu belum termasuk anak2 dibawah jagaan mama yang ramai mendapat keputusan cemerlang didalam upsr,pmr, dan spm. Mama tidak pernah lokek menghantar mereka kekelas tambahan. Ada antara kita dalam masyarakat yang apabila anak kandung sendiri meminta kelas tambahan pun, mereka enggan. Apatah lagi bukan darah daging. Tepuk dada, tanya iman. Sedalam manakah kita sanggup berkorban untuk saudara2 kita yang bukan darah daging sendiri. Dan kini, teganya mulut masing2 mengata nista untuk orang yang berjuang kerah kebaikan.


Selalu apabila saya bertemu mama, saya akan mengatakan ini kepada mama. "Mama, kita tidak boleh halang orang dari bercakap. Mereka akan terus bercakap untuk memuaskan hati dan hasad masing2. Apa yang penting, kita tahu, yang kita buat semua ini bukan untuk memuaskan hati mereka, kita buat semua ini kerana Allah. Kita buat semua ini kerana kita mengejar akhirat, kerana kita cintakan DIA. Mereka boleh cakap apa saja, tapi malangnya, mereka tak akan dapat jadi seperti mama. Mereka tak akan dapat menjadi ibu kepada anak2 anugerah ini seperti mama. Kita berlapang dada saja mama. Bukanlah dunia ini kita inginkan, kita kejar apa yang ada diakhirat sana".


Dan ini lah yang selalu mama katakan setiap kali saya memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sumbangan besar untuk adik2, "Farah, bila kamu dah berjaya, ambillah anak2 yatim dan jadikan mereka anak2 kamu. Itulah saham kita yang paling besar untuk akhirat. Harta tak penting dan tak akan membuatkan kamu kaya. Yang penting, kamu kaya jiwa."

"Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )


IN SHA ALLAH mama. Demi Allah yang bisa membolak balikkan hati. Tetapkan kami diatas jalanMu.


Tujuan coretan ini digarap bukanlah dengan tujuan aku untuk menyanjung2 mama atau sesiapa jua. Cuma kadangkala aku ralat dan sedih dengan dunia. Bagi yang mereka2 dan mencemar nama mama, saya cabar anda, mampukah anda menjaga dan memelihara anak2 yang dijangkiti HIV dalam rumah sendiri walau untuk tempoh sebulan? Oklah, apa kata jaga dan pelihara anak2 yatim yang sihat seperti anak sendiri yang seramai 40 orang untuk masa sebulan, dalam rumah anda sendiri? Mampukah anda? Saya tidak mampu. Saya belum setabah dan semulia mama.Kalau anda mampu mengatasi kebesaran jiwa mama, maka anda bebas untuk mengkritik. Sekiranya tidak, apa kata kita hentikan tohmahan dan prasangka dan kita doakan saja kebaikan mereka.


Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Sesungguhnya, aku telah melihat seorang lelaki berguling-guling ( bergembira ) di dalam syurga hanya kerana dia memotong dahan pokok di bahu jalan yang menganggu manusia.” ( Riwayat Muslim )





Malah secara jujurnya, kerana saya sedar saya ini insan penuh dosa, saya menceburkan diri saya dengan mama dan anak2 anugerahnya. Kerana saya suka betah cakap mak ayah saya, saya mengambil keputusan untuk kerumah anak2 yatim supaya saya boleh muhasabah diri saya dan lebih bersyukur atas kurniaan ibu dan ayah dalam hidup saya. Kerana saya sering lupa untuk bersyukur, saya kerumah mama untuk saya menyedarkan diri saya betapa banyaknya anugerah dan nikmat yang telah diberikan pada diri saya. Supaya saya sentiasa beringat dan bersyukur. Pun begitu, saya tetap kerap terlupa untuk menghargai apa yang saya miliki. Sungguh, manusia itu bersifat pelupa.



Dalam hidup ini, saya tidak nafikan ada banyak perkara yang pelik, hairan, yang kita tak suka, yang kita suka, yang kita tahu, yang kita tak tahu. Oleh itu, banyaklah persepsi yang timbul dan tercipta. Hati yang bersih, ialah hati yang bebas prasangka dan memaafkan. Sekiranya ada perkara yang kita kurang senang, maka berlapang dadalah. Manusia tidak lari dari kesilapan, tapi biarlah Allah saja yang menghukum. Mari kita sama2 sentiasa membersihkan hati dan berlapang dada. dengan hati yang bersih, hidup menjadi berkat, rezeki menjadi murah dan melimpah, ilmu pun senang masuk dan melekat. in sha Allah. semoga mulut kita tidak menjadi sebab kita diheret ke neraka. Daripada kita asyik melihat dan mencari kelemahan orang lain, baik kita memperbaiki diri sendiri dan bermuhasabah.


..."Jangan pandang remeh kepada kebaikan-kebaikan yang ‘kecil’, kerana mana tahu kebaikan-kebaikan ‘kecil’ itu lah yang akan mendatangkan pahala yang besar kerana keikhlasan kita ketika melakukannya". [QUOTED]
Semoga Allah redha.



Wednesday, January 30, 2013

please... BE PROUD TO BE MUSLIMS!

Assalamualaikum,

Im back! I have a really interesting story to share. Topic malam ini, be proud to be muslims! (^_^)



Dah sebulan lebih rasanya ruang blog ini sunyi tanpa sebarang 'contengan'. Almaklumlah pemilik blog ni sekarang berada di Malaysia. Anak manja dah pulang ke kampung halaman, memang dah tak pandang langsung laptop usang yang selama ini menjadi teman paling setia di bumi dublin! Buka laptop pun kadang2 hanya seminggu sekali, apatah lagi nak memuntahkan ilham di laman blog ini.


Bukannya apa, setiap kali aku pulang bercuti, keutamaanku tidak lain dan tidak bukan ialah keluarga. Pada aku, pada waktu cutilah satu2nya kelapangan yang Allah berikan pada aku untuk aku mencurahkan sepenuh bakti kepada keluarga yang dari kecil selalu aku tinggal2kan kerana terpaksa merantau jauh menuntut ilmu pengetahuan. Ramai yang mentertawakan aku kerana berulang alik dari dublin ke malaysia 2 kali setahun. Ada juga yang kata aku membazir duit saja. Tetapi, mereka tidak tahu nilai masa dan duit yang aku korbankan sebagai galang ganti sebuah pertemuan dengan keluarga tercinta yang jarang dapat aku bersama. Aku berharap sebelum aku bergelar isteri orang, aku sudah berusaha sedaya upaya menjalankan tanggungjawabku sebagai kakak paling sulung dalam keluarga.

gambar terbaru abg sulung saya kawen!


Alhamdulillah, hari ini, sekali lagi Allah memberi kelapangan kepadaku untuk bertemu rakan2 baikku yang jarang2 dapat aku jumpa. Almaklumlah, aku jauh di bumi dublin, masing2 juga sibuk dengan kerjaya masing2. Tapi alhamdulillah, rasa kasih sayang persahabatan bukan diukur kepada kekerapan pertemuan, tetapi ia diukur atas perasaan cinta kerana Allah. Saling mendoakan menjadi ukuran persahabatan kami.


Pada hari ini juga, saya terdengar sebuah kisah dari sahabat saya, fariza. Kisah betapa 'huduh'nya persepsi dan mentaliti seorang muslimah terhadap muslimah sendiri. Betapa 'tenat'nya kefahaman masyarakat terhadap keindahan Islam. Sedih. Memang sedih. Ini saya ceritakan.


...Fariza mendapat tawaran temuduga untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah international school di ibu kota. Nama pun 'international school' kan, ramai dari masyarakat kita yang sangat memandang tinggi institusi sebegini, walhal pada hemat saya, tiada apapun yang nak di agung2kan sangat dengan sistem kebaratan yang dibawa di international school sebegini. Sistem barat yang dibawa bukanlah extremely bagus pun jika nak dibandingkan dengan sistem pembelajaran yang diamalkan di Malaysia.

...Fariza menyambung cerita, dia sedikit kecewa kerana dia tahu yang dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut. Yang menyedihkan kami ialah, bukannya fariza tidak mendapat tempat disitu kerana dia tidak cukup bagus untuk kerja tersebut. Not to mention fariza sahabat saya ini sudah memiliki masters. Tapi besar kemungkinan fariza tidak mendapat tempat disitu kerana pemakaiannya yang dikatakan 'tidak menepati standard' international school! (-_-')

mereka my best friends. fariza yang bertudung ungu. sory ye yang kite ter'famous'kan far kat blog ni hehe

...Fariza salah seorang rakan baik saya yang sangat ayu, betudung labuh dan saya amat bangga dengannya. Saya juga berharap suatu hari nanti saya akan diberi kekuatan untuk bertudung labuh sepertinya. I am so proud of your attire my dear fariza! sweet tak? hehe. Okeh, sambung cerita. The ugliest part ever in that interview that she had ialah apabila fariza diajukan soalan begini;

"Do you wear pants ms fariza?"

"Yes, I do. But i prefer baju kurung more because I feel so comfortable in it". jawab fariza.

"But you know, in our school we have a lot of chinese, states and european students. I just think if they see their teacher in baju kurung with this 'tudung', they might think that you are a bit 'selekeh'". The interviewer replied. FYI, she did mentioned that 'selekeh' word.


Im a bit emotional with fariza's story. At first, I felt sorry for her because she didnt get the job. But seconds after that, I felt relieved because my dear friend does not have to work in such that 'annoying' institution. I asked fariza, "Is she a malay?". Fariza mengangguk, "She is a malay with skirts, looked so english-style', fariza membalas tersenyum sinis sambil menyambung dengan gurauan, "Balik pejabat kan sya, far terus tanya kawan2 pejabat far. Selama ni far selekeh ke pergi pejabat tiap-tiap hari pakai baju kurung?". LOL.



Oh please! What make she thinks that when she is wearing skirts and imitating the 'orang puteh-puteh style', she is perfectly well-dressed? Yang menyedihkan, dia menghina hijab kami sebagai 'selekeh'?.
Excuse me? Yang lebih menyakitkan, she is a muslim as well. Kalaulah kata-kata itu dikeluarkan dari mereka yang tidak mengetahui keindahan islam lainlah. Tapi ini dari mulut seorang muslimah kepada muslimah lain. Itu yang amat aku kesalkan.


Kadang-kadang aku tak faham, mengapa sesetengah masyarakat kita terlalu memandang tinggi masyarakat barat sehinggakan hendak meniru semua cara hidup mereka. Baik dari segi cara hidup, pakaian, budaya dan segala-galanya. Bagi mereka, makin kebaratan gaya hidup mereka, makin tinggilah standard mereka dari gaya hidup islam yang mungkin dianggap kuno dan 'menindas' wanita?. Tidak sedarkan kita betapa indahnya islam yang sedang kita anuti ini. Adakah kita ISLAM hanya pada nama tanpa menyedari ISLAM adalah ad-deen yakni cara hidup.


Aku pelik. Fine. Nak bekerja dalam international school yang memanglah kebanyakan studentnya ialah international kids. Orang puteh, orang hitam, dan macam-macam warna lagilah. Tapi, untuk mencabut tudung labuh dan baju kurung hanya semata-mata untuk bekerja di situ adalah ridiculous. Please people, be proud being a muslim! Mentaliti bertudung ialah selekeh dan ketinggalan zaman harus dibuang jauh-jauh dari kotak pemikiran anda.


Kalaulah aku boleh ceritakan betapa izzahnya aku bertudung di luar negara. Dulu, sebelum aku menuntut di dublin, aku juga tidak pernah benar-benar memahami nilai hijab dikepalaku ini. Benar, bila aku berhijab dalam kalangan orang-orang yang tidak mengenali islam, it really does make difference. But, the hijab does not make me lower or any lesser, it makes me stronger. What makes you different, makes you beautiful. Im so proud of it. Indeed.


Yes, wearing tudung di negara barat seperti di dublin contohnya, bukanlah tidak pernah mengundang masalah. Ada antara kami yang pernah dibaling botol, dibaling telur, dibaling batu. Lebih-lebih lagi kalau tinggal dikawasan yang ramai anak-anak dol. (anak dol = gelaran kami untuk orang puteh yang tak suka muslim). Even aku pun pernah dibaling bola ais ketika musim salji tiga tahun lalu. Dalam kelas pun, tak dinafikan kami berkawan baik je dengan rakan-rakan irish. Tapi, hijab yang dipakai secara automatik telah membina suatu batasan antara kami dan mereka. Ramai yang menginterpretasi batasan ini secara negatif. Sebagai contoh; - oh, bila bertudung orang puteh tak mahu kawan rapat dengan kita sebab kita pakai tudung, kita ni konservatif, tak open-minded and bla bla bla.


Tapi lain pula interpretasi aku. Batasan yang terbina secara automatik apabila berhijab ialah terbinanya perasaan RESPECT. Bermakna, oh, muslimah ini berhijab, secara automatik memberi mesej kepada orang sekeliling; 'I am a muslimah, please treat me with respect and dignity'. Dan rakan-rakan irishku akan lebih berhati-hati kala mereka terfikir untuk bertepuk bertampar atau memelukku seperti yang mereka lakukan kepada rakan-rakan perempuan mereka yang lain.




Ya, tak dinafikan juga ada antara mereka yang memandang rendah kepada wanita yang berhijab. Mereka berpendapat wanita berhijab ini lebih terbatas, tersekat, tertindas, terkurung, terkongkong dan segala 'ter' lah. Bagi mereka, apabila berhijab, kebijaksanaan kita terbatas. Tak dinafikan kadangkala perkara yang sama berlaku kepada saya di dublin baik ketika belajar atau ketika bergaul dalam masyarakat mereka. But, please remember, kejayaan, rahmat, kekayaan, kebijaksaan dan segala-galanya datangnya dari pencipta kita yang satu. Ask youselves again, 'Who do you want to pleased?' It's Allah! How can you ask HIM so much things, but you couldnt comply to his hijab rules?


Aku sangat izzah berjalan di bumi asing dengan hijabku. Aku tidak peduli kepada mata yang memandang atau apa juga persepsi mereka pada hijab yang aku pakai. Aku berbangga aku dapat melaksanakan kewajipan berhijab meskipun ada cabarannya. Aku tidak perlu menjadi orang lain atau mengikut cara dan gaya hidup orang lain untuk maju kehadapan, kerana aku yakin yang memegang kejayaan hidup dan matiku adalah Allah swt. Aku juga tak kisah apa juga tanggapan orang yang tak memahami islam terhadap hijabku, yang paling penting, aku memahami mengapa aku berhijab. Keyakinan. Kefahaman. Itu yang perlu kita tanamkan betul2 dalam diri. Hook up with Allah, and Allah will hook you up.


Nikmat terbesar yang kita patut syukuri ialah nikmat Islam dan iman. Rugilah kalau kita terlalu teruja untuk menggembirakan hati manusia sehinggalah kita lupa yang paling layak untuk kita gembirakan adalah Allah swt. Janganlah kita sanggup merubah identiti kita sebagai muslimah hanya untuk mengejar dunia. Apa yang berlaku kepada sahabat saya itu mungkin hanyalah ujian dariNya.


"Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah akan memberikan kefahaman kepada dirinya dalam agama".[Riwayat Bukhari dan Muslim]



Memakai hijab dengan penuh kefahaman memerlukan keyakinan yang tinggi. Kita kena faham mengapa kita berhijab. Apakah ibrah disebalik perintah hijab. Jangan bimbang kecantikan terlindung disebalik hijab itu, tapi bukankah yang cantik itu sentiasa dilindungi dan dipelihara. Jangan mengubah diri menjadi orang lain untuk terus maju. Yakinlah Allah memegang segala isi langit dan bumi.


Be proud to be muslimah, women!

Sunday, December 9, 2012

sayangnya saya sebagai sahabat

~~~sebuah kisah, sekadar buat renungan~~~
(kisah ini tiada kena mengena dengan sahabat2 saya disini, mereka semua wanita solehah, solat cukup dijaga =). ini hanyalah sebuah kisah rekaan untuk dikongsi dan direnung bersama)

Assalamualaikum,


Ini kisah saya dengan seorang sahabat. Saya harap awak tahu yang saya bersikap memaksa, saya bersikap 'pushy', saya tetap menasihati, saya tetap marah dan datang kembali bila dihindari, kerana saya amat, amat, amat kasihkan awak, kasihkan awak sebagai sahabat.


Kehadapan sahabat yang amat saya kasihi,


Entry ini saya tulis sebab saya stress sangat. Kesabaran saya dah teruji. Saya sedikit marah. Saya sangat tertekan dengan sikap awak. Saya dah tak tahu dengan cara apa lagi yang saya mampu buat untuk menyelamatkan awak dari murka Allah. Saya jadi buntu. Saya sayang sangat kat awak, saya tak nak awak masuk neraka. Saya minta maaf, saya tahu awak seorang insan yang sangat baik dan mulia. Tapi semulia manapun awak, sebaik manapun awak dengan manusia, sekiranya perkara 'yang satu' itu awak ambil ringan, awak tidak akan kemana-mana selain menuju murkaNYA.



Ini kisah sahabat saya. Dia sahabat yang paling akrab dengan saya, mendengar semua masalah saya. Menasihati saya bila saya salah. Mengesat air mata saya bila saya menangis. Dimata saya, dia seorang sahabat yang sempurna. Hatinya bersih tanpa permusuhan, malah dia tidak pernah menyakiti hati sesiapa. Dia sempurna di mata saya. Cuma, dia ada satu kekurangan.




Kekurangan sahabat saya ini ialah, beliau sangat liat bangun untuk solat subuh. Sangat liat. Sangat sangat liat. Pasanglah bom kat telinga dia pun, dia tetap liat. Dah macam tarzan saya setiap hari kejut sahabat saya ini solat subuh, tapi saya yang stress sendiri. Makin kuat saya mengejut, makin kuat lagi dengkur tidurnya. Subhanallah. Rasa-rasa kalaulah setiap hari level stress mengejut awak begini, saya boleh mati cepat sebab darah tinggi. Tapi walaupun begitu, saya tidak pernah putus asa, sudah bertahun-tahun, setiap hari, saya tetap kejut awak solat subuh, sebab bagi saya, solat subuh itu sangat besar nilainya.


Sudah berbuih-buih mulut saya menasihati awak. Sahabat, awak nak tahu tak kenapa walaupun saya tahu saya bakal dapat darah tinggi sebab stress kejut awak solat subuh tiap2 hari, saya tetap tidak berhenti? Walau saya penat jadi tarzan untuk gerak awak bangun, tahukah awak kenapa saya tetap setia ingin lihat awak menyempurnakan solat subuh awak?


Kerana solat subuh itu sangat besar nilainya. Nilai solat itu tidak tertanding harganya. Tahukah awak sahabat, bila kita dihadapkan di padang mahsyar kelak, perkara pertama yang akan dihisab ialah SOLAT kita. Sahabat, saya pernah beritahu awak, di padang mahsyar nanti ada berbillion billion manusia, dari zaman nabi Adam, hingga umat Nabi Muhammad. Ramai sangat. Matahari pula sejengkal atas kepala. Dikatakan, padang mahsyar banjir dek peluh manusia hingga ke paras kepala. Kalaulah solat kita tak jaga, bayangkanlah entah giliran keberapa kita akan terkebelakang. Saya sayangkan awak. Saya nak hisab kita mudah di mahsyar nanti. Saya nak perhitungan kita pantas disebabkan kita menjaga solat. Demi persahabatan kita, saya tak mahu awak jauh terkebelakang hanya kerana solat subuh yang awak abaikan ini.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”-Riwayat at-Tirmidzi


Sahabat, kadang2 tengah-tengah saya kejut awak, saya jadi mengamuk sangat. Dah hampir 5 tahun kerja saya tiap-tiap hari kejut awak solat, tapi awak tak pernah berubah. Kadang-kadang saya tertanya-tanya, tiadakah sekelumit rasa bersalah awak pada Allah? Kenapa sombong sangat dengan Allah? Sahabat, saya teringat bila awak dalam kesusahan, awak menangis, awak menangis sambil berdoa. Awak tanya Allah, kenapa awak diberikan ujian sebegitu berat. Tapi tidakkah awak terfikir, macammana sanggup awak tanya soalan begitu kat Allah, sedangkan hak Nya awak tak tunaikan. Hak Dia awak tak jalankan. Solat itu ialah kewajipan kita padaNya. Bukan kita kena buat 50 kali sehari macam mula2 Allah perintahkan sebelum diringankan dalam peristiwa isra' mi'raj. Hanya lima kali sehari. Apa yang susah sangat. Malulah dengan Allah. Malulah kita mampu berjalan di atas muka bumi ini dengan mendongak kepala, sedangkan kewajipan kita padanya kita lupa.. Tahukah sahabat hukum meninggalkan solat? (menurut hadis);

Sembahyang Subuh
Barang siapa meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Sembahyang Zohor

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

Sembahyang Asar

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)

Sembahyang Maghrib

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Sembahyang Isya'

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.




Sahabat, tahukah awak saya sangat-sangat kasih dan cinta pada awak. Saya nak kita sama-sama meraih syurgaNya. Kenapa bagi saya solat subuh amat penting. Kerana bagi saya, "CANTIK SOLAT SUBUH SAYA, MAKA CANTIKLAH SEPANJANG HARI SAYA". Bila solat subuh saya cantik, bermakna 'date' pertama saya dengan Allah hari itu juga cantik. Maka Allah redha dengan saya, redha Allah berpanjangan untuk sepanjang hari tersebut. Maka segala urusan saya dipermudahkan, ilmu saya diberkati, dada saya dilapangkan, dan hati saya tenang. Sebab itu saya tak mahu awak tinggalkan solat subuh awak. Memanglah kalau terlanjur tidur solat boleh diqada'kan, tapi kalau dah tiap hari, itu bermakna kita sombong dengan DIA. Angkuhnya kita! Sepatutnya badan kita akan bergegas menunaikan perintahNya, atas rasa cinta, atas keimanan dan ketaatan. Kita mulakan hari kita dengan penuh rasa cinta dan redha dariNya. Lagipun, kita diberi akal dan tubuh badan yang sempurna, apa alasan kita? Malulah dengan Allah.. Malulah..




Sebagai sahabat awak dunia akhirat, saya tak akan putus berdoa agar awak berubah. Biar akan memakan masa bertahun-tahun, saya pasti hati awak akan dilembutkan. Takutlah pada Allah. Awak boleh benci saya sebab saya menganggu tidur awak, awak boleh anggap saya penyibuk, pushy, atau apa2 pun, kerana sayang saya pada awak kerana Allah, tak sanggup saya nak tengok awak tercampak dalam neraka. Saya akan tetap setia menunggu awak berubah. Kita kena menjaga hak Allah, dan Dia akan menjaga hak kita.

Dari Abdullah bin Abbas r.a: Adalah aku berada di belakang Nabi s.a.w., lalu baginda bersabda:

Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajar kamu beberapa kalimah (ajaran agama): Jagalah Allah, (nescaya) Dia akan jaga kamu. Jagalah Allah (nescaya ) kamu akan dapati Dia di hadapan kamu. Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah, apabila kamu memohon bantuan maka mohonlah kepada Allah. Ketahuilah sesungguhnya jikalau seluruh umat berkumpul untuk memberi sesuatu manfaat kepada kamu, nescaya mereka tidak berupaya untuk memberi manfaat kepada kamu melainkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah kepada kamu. Dan sekiranya umat berkumpul untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan kamu melainkan apa yang telah di takdirkan Allah ke atas kamu. Telah di angkat pena-pena dan telah di tetapkan takdir-takdir.-HR Al-Tirmiziy


Semoga awak akan berubah. Saya sayang awak, sayang kerana Allah. Mari raih syurga bersama-sama.

Tuesday, December 4, 2012

"keANTARABANGSAan" pada hemat saya =)

Assalamualaikum wbt,


Sudah menjadi rutin 'body clock' saya, saya akan tidur hanya 6 jam dalam sehari. Jadi kalau saya tidur awal, awal jugalah badan saya automatically bangkit dan bekerja semula. Sebab itulah kadangkala rakan2 seperjuangan saya selalu gelarkan diri saya 'nerd'. Tidak kiralah sabtu atau ahad, saya tetap akan bangun awal dan bekerja. Contohnya lihatlah sekarang, malam semalam saya tidur awal kerana sakit kepala. Dan sekarang tepat pukul 1.30 pagi badan saya bangkit sendiri, menggerakkan otak saya supaya bekerja, menuntun jari jemari saya mencoret entry baru di ruang blog usang ini.


Lama sudah saya tidak menconteng disini. Ada sesuatu yang ingin benar saya tuliskan pada ketika ini. Berbicara tentang 'internationalisme'. Apa itu intenationalisme? Saya mula pertama kali terdengar-dengar istilah ini sejak saya mula membuat persediaan keluar negara di kolej mara banting (KMB) lebih kurang empat tahun setengah yang lepas. Pada ketika itu saya kurang faham pada istilah 'hebat' ini, sebab maklumlah, saya ni hanya berasal dari sebuah keluarga melayu yang sederhana-sederhana sahaja. Tiada yang 'international' nya pada diri saya ketika itu. Internationalisme ialah prinsip ke'antarabangsa'an. Di KMB, isu 'internationalisme' telah ditekankan didalam usrah kami, betapa kami perlu berhati2 dengan konsep ini. Istilahnya kedengaran bombastik sekali, namun mengapa ia begitu dititikberatkan?





Pada malam sabtu yang lepas, rakan2 batch seperjuangan saya telah mengadakan majlis "MEDBALL" atau istilah lainnya "MEDICINE BALL" di citywest hotel Dublin. Punyalah excited setiap dari mereka, apatah lagi ini adalah ball terakhir kami bergelar pelajar perubatan. Topik hangat menjelang majlis sebegini biasanya ialah berkenaan 'dress' apa yang dipakai,kasut apa hendak disarung, siapa yang hendak dibawa dan macam2 lagilah. Saya hanya tersenyum menggeleng apabila diajukan soalan, "Are you going to medball farah?", perlahan saya menjawab, "NO".


Mesti ada antara kalian berfikir, bodohnya saya mengapalah saya tidak mahu menyertai majlis sebegini. Mungkin ada juga yang akan berpendapat, saya katak di bawah tempurung, atau kera sumbang, atau mensia2kan peluang belajar di oversea yang telah diberi pada saya. Iyalah, dah duduk di oversea, tapi tak mahu join majlis yang diadakan untuk menambah kemesraan dan persahabatan antara saya dan pelajar2 tempatan irish yang lain. Membazir wang kerajaan saja duduk oversea, tapi tidak bersifat internationalisme!


Secara jujurnya, dulu masa saya kecil2, saya juga sangat excited pada perkataan 'BALL' ni. Iyalah, kalau tengok cerita2 fantasi cinderella, beauty and the beast, barbie, mesti ada scene majlis tari menari yang romantik antara prince dan princess. Pakai gaun kembang, cantik, pastu jadi point of attraction, menari pulak dengan putera kacak, wah! romantik sangatlah! Kecil2 dulu bila habis tengok cinderella, ada juga berangan2 sorang2, nak pergi ball macam dalam cerita cinderella!


Tapi itu semua dunia fantasi rekaan manusia. Dunia realiti jauh berbeza. Mengapa menghukum saya tidak 'internationalisme' hanya kerana saya enggan menyertai majlis sebegini? Saya internationalisme dengan cara saya sendiri. Saya ada sebab saya tersendiri mengapa saya tidak dapat menyertai MEDBALL, UCDBALL, atau apa2 jenis 'bola' lah yang diadakan disini.


Saya faham kadangkala rakan2 irish saya kecewa dengan saya mengapa saya tidak mahu menyertai mereka dalam acara yang sangat dinanti2kan sebegitu. Siapa kata saya tidak bergaul dan bersahabat baik dengan rakan2 irish? Saya mempunyai hubungan yang baik dengan mereka. Malah sejak setahun yang lepas, setelah saya dicampakkan ke'seorang'an (tanpa member melayu) dalam rotation2 specialties, merekalah rakan2 saya. Tempat saya bertanya, bergurau dan bersama2 menempuh speciaties2 yang cukup mencabar itu. Apabila saya dicampak ke hospital2 luar bandar yang lebih jauh dari komuniti melayu dublin, kereta mereka jugalah yang saya tumpang kesana kemari. Walau kami berlainan agama dan kefahaman, mereka cukup mengambil berat kepada nasib seorang perantau seperti saya yang kadangkala 'lumpuh' tanpa kereta sendiri.


Sudah lebih 4 tahun saya bermastautin dibumi dublin. sudah banyak pengalaman yang telah saya pelajari, namun tetap saya rasa kerdil dan daif. Namun pengalaman hidup di bumi barat memberi saya seribu satu kefahaman tentang hidup dan kehidupan. Disinilah internationalisme bagi saya. Saya banyak mempelajari tentang gaya hidup, budaya, kefahaman dan mentaliti penduduk bumi barat ini. Ada yang baik dan ada yang tidak. Sangat penting untuk setiap dari kita mempunyai 'self-filter' kepada semua kefahaman2 global yang cuba menembus dan meng'asimilasi' kedalam diri. Yang baik saya ambil dan terapkan, yang tidak baik, saya tepis. Saya tepis, berbekalkan dan bersandarkan iman dalam diri dan jati diri. In shaa Allah, saya rasakan agama saya, ibu bapa, guru2 saya sudah membina suatu benteng diri yang kukuh dalam diri saya untuk menilai yang baik dan yang buruk. Dan disinilah di mana saya meng'apply' kata-kata hikmah yang sangat saya gemari yakni,

" Jadilah seperti ikan. Ada yang hidup di air tawar, ada yang hidup di air masin bahkan ada yang hidup di lumpur tetapi cubalah rasakan bila kita makan ikan , ikan laut tidak akan menjadi masin kerana hidup di air masin, begitu pula ikan tawar rasanya tidaklah tawar kerana hidup di air tawar. Ia tetap rasa sedap!"


Mendalam bagi saya kata-kata ini (maklumlah sastera-sains girl ..lol..=p). Ikan mengembara jauh didasar lautan, tetapi kelainan suasana yang dilaluinya tidak mengubah rasa sedap bila dimakan. Bukan kerana ikan enggan mempelajari perkara baru dalam pengembaraan mereka dengan mengubah komposisi mereka, tetapi kerana komposisi sedia ada ciptaan Tuhan itulah, tubuh mereka cukup kuat untuk meng'adaptasi' kepada persekitaran yang berlainan.


Sama seperti kita, itulah peri pentingnya jati diri dan keimanan yang membuatkan kita tetap teguh di atas landasan Allah selagi kita mampu mempertahankannya. Mengapa saya tidak mahu ke MEDBALL bukan kerana saya sombong tidak mahu menyertai mereka, tetapi majlis tersebut cukup bercanggah dengan jati diri dan prinsip saya. Ini gambar sekitar MEDBALL yang diadakan baru2 ini;










I think the pictures can speak for themselves, reasoning out why i couldnt join them for this kind of things. I dont want kalian tengok who is in the pictures, but look at the environment. Mereka semua rakan2 seperjuangan saya, mereka baik pada saya. Cuma mengapa saya enggan bersama mereka dalam majlis sebegini ini ialah kerana pengendalian majlis ini cukup bertentangan dengan iman dan pegangan saya. Lihat pada botol2 arak yang bersepahan di atas meja, melihat itu saja sudah cukup buat saya takut.


Actually international coordinator kami di UCD pernah menegur pelajar2 malaysia yang selalunya enggan turut serta dalam acara tahunan kendalian universiti yang sebegini. Kadangkala mereka mengatakan yang kami malaysia especially yang muslims are shy and terlalu reserved. Tak mahu menyertai majlis2 antarabangsa dan mengurangkan peluang untuk bertukar pegangan agama dan budaya. Sampaiakan akak2 senior kami yang grad tahun lepas telah dikerah untuk menghadiri malam dinner batch sebelum graduasi kerana mereka telah ditegur oleh pihak universiti kerana batch2 sebelumnya tidak menghadiri majlis tersebut. Untuk memujuk kami menghadiri majlis ini sampaikan mereka cakap mereka akan sediakan makanan halal dan adakan meja khas untuk kami.


Benar, makanan halal itu satu isu. Tapi banyak lagi isu-isu lain yang menghalang kami. Sebagai contoh bagaimana dengan botol2 arak yang akan bersepahan dimana-mana pada malam tersebut. Bila dah ada arak, pasti akan mabuk. Kerana itulah ball2 sebegini diadakan di hotel2 yang mana kami akan terus bermalam disana setelah majlis tamat. Bila dah mabuk, yang baik dah tak akan jadi baik lagi. Yang menghormati kita ketika tidak mabuk, tidak akan menghormati lagi. Bagaimana pula dengan keadaan pergaulan berpelukan dan bagaimana saya boleh pasti dalam majlis sebegitu tubuh2 yang seharusnya kami pelihara tidak disentuh oleh mana-mana lelaki ajnabi, lebih2 lagi sekiranya meeka sudah hilang kewarasan ketika mabuk? Bagaimana soal aurat? Walaupun kita masih boleh kesana dengan menutup aurat, tapiu bagaimana pula dengan aurat2 yang kami akan lihat pada majlis tersebut?


Ada orang kata, pergi duduk makan sajalah, then balik. At least dapat beri gambaran pada orang putih yang kita tidak sombong. But, its not as easy as it says. Pada hemat saya, saya tak rasa saya perlu pergi hanya untuk meng'antarabangsa'kan diri saya. Ini semua bertentangan dengan ajaran Islam. Ada juga orang kata, pergi kesana berdakwahlah, keluar dari zon selesa. Saya tak rasa saya sudah cukup kuat untuk berdakwah dalam suasana sebegitu. Diri saya masih belum cukup kuat. Saya rasa banyak lagi cara lain untuk berdakwah. Tak mengapalah kalau mereka berkecil hati dengan saya, asalkan Allah tidak berkecil hati dengan saya.


Alhamdulillah, walaupun orang lain tidak nampak bagaimana saya meng'international'kan diri saya, tapi alhamdulillah, saya sedang membesar dan mematangkan diri saya dengan cara tersendiri. Siapa kata saya duduk oversea saya tidak menimba seberapa banyak ilmu dan pengalaman dari bumi barat ini?


Saya meng'internationalisme'kan diri saya dengan bertukar2 pendapat dan kefahaman dengan partner saya dan rakan2 irish saya dihospital tentang islam, tentang muslim, tentang negara saya, dengan budaya saya. Banyak soalan2 mereka yang perlu saya jawab. Mengapa saya bertudung? Apa perlunya saya menutup aurat. Bila saya berpuasa sunat, saya perlu terangkan mengapa saya berpuasa. Mengapa bila melihat saya bergegas solat di kaki lima, saya perlu menerangkan mengapa saya solat. Bagaimana pula arah kiblat. Lebih sekali saya perlu berdebat dengan rakan saya tentang kefahaman islam. Pernah sekali saya di rotation luar bandar, berhari-hari saya perlu berdebat dengan seorang rakan saya yang begitu kuat beragama kristian. Tentang siapa Nabi Muhammad dan Siapa jesus dalam islam. Pengalaman terpaksa bermalam di rumah2 irish diluar bandar cukup menguji kekuatan kendiri saya. Sebagai contoh, bilik saya pernah selalu diketuk diwaktu malam untuk ke pub dan sebagainya.



Malah saya meng'internationalisme'kan diri saya dengan mengahdiri talk2 dari penceramah2 islam dari seluruh dunia, dari negara2 arab. saya menghadiri debat2 universiti yang mempersoalkan Islam, debat tentang palestin dan iraq. Debat dengan atheis dan sebagainya. Sejak saya bertapak dibumi Ireland inilah saya lebih peka dengan isu umat islam, saya mengambil tahu. Dulu jujur saya amat bodoh dan lembab tentang pergolakan islam-barat, tapi kini, saya cukup fanatik tentangnya. Apa yang boleh saya buat untuk membantu, dan apa yang boleh saya sumbangkan.


Tidak kurang juga dalam arena perubatan, betapa saya amat suka budaya dan unsur-unsur hormat antara doktor-patient. Sifat professional, rendah diri, budaya ilmu yang diterapkan disini. Banyak yang telah saya pelajari. Apabila saya travel menjelajah eropah, saya melihat dunia, melihat perbezaan budaya dan bangsa membuatkan saya lebih berfikiran terbuka. In shaa Allah, saya tidak akan membazir wang rakyat yang telah meghantar saya ke mari. Saya teleh menjadi lebih baik dari dulu.


Empat tahun saya disini, tidak merubah pegangan saya. Makin hebat anasir barat menghentam saya, makin kuat saya ingin berpegang kepada ajaran agama saya, agama Islam. Alhamdulillah, tudung saya tidak saya tanggalkan atas nama internationalisme, malah makin labuh tudung saya. Makin labuh baju saya. Percaya atau tidak, walaupun kadangkala sayalah wakil tunggal dalam kelompok groupmate saya, saya tidak tertekan dek kerana saya terasa asing atau terasa berbeza. Malah saya merasa cukup IZZAH, cukup bangga dengan identiti saya. Saya merasa bersyukur dalam kalangan ramai itu, saya diberi cahaya islam. Walaupun saya terpaksa solat dikaki lima, saya merasa IZZAH kerana saya tetap dapat menunaikan kewajipan saya walau keadaan amat sukar. Tidak terluah rasa syukur saya kerana saya mendapat cahaya Islam.


Kadangkala saya rasa ralat apabila saya melihat ada event2 di malaysia yang fanatik benar dengan budaya barat. Dengan tema 'hollywood' dan kebaratan dalam menganjurkan dinner2 dan majlis2. Lihat saja pakaian artis2 malaysia ketika anugerah2,kalah pakaian artis2 di grammmy awards. Kenapa kita tidak adakan mengikut budaya, cara kita, dan berlandaskan agama islam. Saya tak rasa pun yang budaya berpakaian barat hebat. Seksi, menampakkan kulit halus wanita yang seharusnya disimpan untuk insan bernama suami. Saya tidak teruja pun dengan budaya pemakaian meraka atau cara mereka bergaul, mengapa pula kita sering terikut2?


Saya tak nafikan, fitrah, wanita suka kelihatan cantik. Siapa yang tak suka lihat wanita cantik? Pakai baju cantik2, nak pula orang puji melambung2, lagilah berbunga2 hati. Siapa kata saya tak teringin untuk kelihatan cantik? Saya juga mahu. Tapi, disinilah Allah menguji hati2 manusia. Ada sebab mengapa aurat perlu dilindungi. Kerana itulah untuk wanita yang menutup aurat, alhamdulillah hati kita kuat untuk melawan keinginan cantik kita, demi menunaikan perintah Allah pada kita. Biar kita tak cantik depan manusia, biar cantik depan Allah. Eh, wanita yang menutup aurat lebih cantik pada hemat saya. Mereka bukan cantik kerana wajah, mereka cantik kerana MODESTY dan sifat malu yang mereka ada!

"And if you are grateful (by being believers), He is pleased therewith for you." [Surah Al-Zumar, 39: 7]




Dibumi barat ini, saya belajar banyak perkara. Saya sentiasa berdoa, agar Allah menguatkan iman saya, dan melindungi iman dan diri saya walau dimana saya berada, begitu juga rakan2 saya. Kadang2 kita sibuk benar nak please kan manusia, sehingga kita lupa yang kita kena utamakan Allah dalam setiap perkara. Terima kasih ayah ibu dan guru2 saya, kerana telah membentuk jati diri saya, yang telah menguatkan kekuatan dalaman saya untuk terus berjuang mempertahankan akidah dan kafahaman saya tentang islam. Suka saya kongsikan kata2 yang amat saya gemari ini;

"Jadilah benih yang baik, dicampak kemanapun akan menjadi sebuah pulau."


Saya ke mari bukan sekadar untuk menuntut ilmu, tapi Allah hantar saya kesini dengan seribu satu tanggjawab. salah satu tanggungjawab terbesar, ialah tanggungjawab khilafah. Sebagai duta kecil Islam, untuk menyebarkan dakwah kepada rakan-rakan lain. Kalau tidak pun melalui perkataan, melalui identiti dan akhlak. Supaya mereka dapat melihat cantiknya islam itu melalui penganutnya. Jadi mengapa pula ada yang mengatakan saya tidak internationalisme kerana tidak menjadi seperti mereka? Fikir-fikirkan. Saya akan tinggalkan rakan2 kali ini dengan surah ayat dari surah annisa ini;


"Maka mengapa kamu (terpecah) menjadi dua golongan [211] dalam (menghadapi) orang-orang munafik, padahal Allah telah mengembalikan mereka (kepada kekafiran), disebabkan usaha mereka sendiri? Apakah kamu bermaksud memberi petunjuk kepada orang yang telah dibiarkan sesat oleh Allah. Barang siapa dibiarkan sesat oleh Allah, kamu tidak akan mendapatkan jalan (untuk memberi petunjuk) baginya" [4:88}

Mengapa kita tidak IZZAH dengan ISLAM? Indahnya islam yang kita miliki, mengapa kita tidak dpaat merasakannya? Fikir-fikirkan.

Sunday, November 25, 2012

::dari jauh gegaran Palestina 2012:: "satu : TIN KOSONG"

Assalamualaikum w.b.t,


Alhamdulillah dengan izinNya dapat juga saya mendapat suatu pagi jumaat yang tenang untuk menulis entry yang sudah lama ingin saya tulis. Jari saya terhalang untuk mencoret bingkisan ini kerana dalam gamat pergolakan Palestin kali ini, saya juga terpaksa berjihad di medan peperiksaan. In shaa Allah exam praktial terakhir sebelum saya melangkah ke finals untuk menamatkan pengajian saya tahun hadapan. In shaa Allah dengan izin dariNya.


Dari dulu saya tekankan, saya bukanlah siapa2 untuk mengupas isu Palestin dengan penuh ilmu, dalil dan falsafah. Saya bukanlah setanding ulama2 besar dan penulis2 hebat. Saya hanyalah insan biasa yang masih berjuang memperbaiki kelemahan diri. Namun, menyedari tanggungjawab saya sebagai seorang khalifah di muka bumi, saya perlu menggerakkan diri saya untuk membantu agama saya, menggunakan kudrat dan keupayaan kepunyaan saya. Justeru saya menganggap, pena ini salah satu senjata saya. Saya mohon maaf atas kelemahan saya, untuk menunggu diri saya sempurna untuk menulis tinta dakwah ini adalah terlalu lama. Janganlah dipandang diri saya yang hina dina ini, tapi hanya pandanglah intipati coretan yang ingin saya garap kali ini. Ingatlah kita pesan Imam Hassan Al Basri >>





Dalam entry kali ini, saya tidak akan menulis tentang berapa jumlah kematian, apa strategi peperangan atau rentetan serangan kali ini. Kerana saya pasti, semua informasi tentangnya sudah tersebar luas di internet. Semuanya berada dihujung jari, tinggal kita mahu atau tidak mahu mengambil tahu saja. Untuk kali ini, saya ingin menulis, pada kaca mata saya, tentang apa yang berlaku disebalik peperangan ini, pada KITA, umat Islam yang memerhati dari seluruh dunia. Ada TIGA points yang ingin saya utarakan.


Point PERTAMA
""saya perlu ambil tahu dan lakukan sesuatu ATAU it is none of my bussiness and there's nothing i can do about it""



Saya berada dibumi Dublin ketika bumi Palestina bergegar lagi. Pada tahun 2009 ketika saya menziarahi bumi anbiya mesir, saya masih dapat mendengar sayup-sayup bunyi bom dari tanah Palestin. Tapi kali ini, saya tidak dapat lagi mendengar jeritan dan dentuman bom dari kejauhan ini, tetapi kesakitan di hati saya jelas terasa. Sudah menyumpah2 saya dengan tentera zionists israel yang tanpa segan silu membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.


Ramai dari kita bila meniti hari-hari peperiksaan, facebook sudah di'deactivate', ruang profile sunyi sepi tanpa status, takut mengganggu fokus. Sejak berita Palestina mula ditabrak kecoh kurang 2 minggu yang lalu, saya telah menjadi pengunjung paling setia news feed di facebook saya. Page activists di Palestin yang saya follow meng'update' berita setiap 10 minit, maka alkisahnya selang setengah jam saya akan buka news feed saya. Sungguh kali ini saya kurang belajar!


Secara jujurnya saya rasa agak pening kepala juga, apatah lagi banyak gambar yang di upload ialah gambar-gambar mayat kanak-kanak dan para syuhada yang menyayat hati, berlubang di kepala, hilang kaki, dalam kambusan runtuhan bangunan. Bertambah-tambah lagilah kurang fokus saya bila elemen emosi dan kemanusiaan mula menyerang benak saya. Tapi, saya tidak peduli kerana saya perlu mengambil tahu!


Dan saya percaya rakan-rakan saya di Malaysia juga, dalam kesibukan bekerja dan belajar, kalian juga jelas mengambil peranan dalam isu ini. Mana tidaknya news feed facebook saya penuh dengan status berkenaan Palestina. Ada yang marah menyumpah seranah, ada yang sedih kecewa dengan nasib anak Palestin, ada juga yang berusaha mencari informasi untuk berkongsi dengan rakan-rakan FB. Alhamdulillah, dalam hebat virus HEDONISME menyerang Malaysia, saya masih mempunyai group of friends yang sungguh peduli hal ummah! ((( Even ada juga dalam kegamatan isu Palestin menyerang dunia, ada juga status2 jiwang kecewa cinta dan status2 cinta rindu dendam kepada kekasih terselit diantara celahan news feed, tiba2 rasa awkward terbaca status tu. buat saya tersenyum, "eh sempat lagi dia ni". Tak mengapalah, mungkin dia tak tahu perkara besar yang sedang berlaku kepada saudara2 kita, kita bersangka baik in shaa Allah )))




Tapi persoalan saya disini ialah, kita rasa marah, kita rasa sakit hati melihat Palestina di hentam lagi oleh zionist durjana. Semangat kita berkobar-kobar ketika ini. Tapi percayalah, sebulan dari sekarang news feed saya, newsfeed rakan2 akan sunyi lagi dari isu palestin. Palestina akan dilupakan lagi. Mereka harus berjuang sendirian lagi. Mengapa ini berlaku? Kerana kita tidak mempelajari apa yang berlaku disebalik peperangan ini. Kita tidak tahu sebenarnya punca dan asbab mengapa peperangan antara mereka tidak pernah habis.

...Tahukah kita sejarah siapa sebenarnya kaum yahudi, salah satu bangsa yang sering disebut Allah swt didalam al-quran, selak al quran surah al baqarah ayat 49-64. Al maidah ayat 78. Al baqarah ayat 120. Bani israel ialah kaum yang diberi banyak keistimewaan oleh Allah tetapi bangsa paling SOMBONG dan EGO dimuka bumi! Kerana itulah kerja mereka ialah membuat kerosakan dimuka bumi! Tahukah kita perancangan jahat Israel sudah lama dirancang, langkah mereka sudah lama diatur untuk menghapuskan umat Islam di muka bumi. Menjadikan Palestin sebagai negara Yahudi sudah menjadi matlamat Zionis sejak akhir kurun ke-19 lagi!


THEODOR HERZL merupakan orang Yahudi pertama yang menggerakkan POLITIK ZIONISME iaitu gerakan yang bertujuan mendirikan negara Yahudi di Tanah Israel. Pada tahun 1896, Herzi menerbitkan buku Der Judenstaat (Negara Yahudi), memaparkan visinya tentang negara YAHUDI di masa hadapan.



...Tahukah kita sejarah pembentukan negara haram ISRAEL, yang bermula dengan usul 1897 oleh seorang wartawan Palestin yang kemudiannya diikuti kongress di Basel, switzerland?Kongres tersebut dilancarkan untuk menempatkan lebih ramai Yahudi di bumi Palestin. Di dalam kongres yang sama, Organisasi Zionis sedunia (World Zionist Organization) ditubuhkan.



Tahukah kita bagaimana dengan tanpa segan silunya bagaimana bangsa israel menceroboh bumi Palestina dengan perpindahan beramai-ramai pada tahun 1904-1914?







Tahukah kita tentang perjanjian Balfour yang telah memudahkan israel mengambil peluang yang ada ketika perang dunia pertama untuk menceroboh bumi Paelstina yang di 'claim' adalah hak miliknya. Memang ada tercatat dalam al quran ketika zaman Nabi Musa dan Bani Israel dahulu, Allah telah menghadiahkan bumi Palestina untuk Israel (surah al baqarah ayat 58), tetapi mereka ini bangsa yang bongkak, mereka sombong dengan Allah yang menyebabkan mereka hilang tanah tersebut. Melalui Perisytiharan Balfour, kerajaan Britain berjanji untuk menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun 1936, Suruhanjaya Peel mencadangkan Palestin dibahagikan kepada negara untuk orang Yahudi dan negara untuk orang Arab. Cadangan ini ditolak atas alasan tidak akan berjaya oleh kerajaan Britain dan menjadi salah satu sebab kepada pemberontakan negara Arab 1936-1939 di Palestin.



Tahukah kita tentang NAKBAH PALESTIN (nakbah = malapetaka yang besar) melalui pengisytiharan negara haram israel secara rasmi 14 Mei 1948. Tahukah kita sebenarnya sejarah krisis PALESTIN-ISRAEL yang telah bermula pada tahun 1987, bilamana INTIFADAH (kebangkitan) bermula, yang mana sebuah kereta kebal israel dengan sengaja melanggar sebuah lori kecil rakyat palestin yang menyebabkan pemandunya terbunuh? Pada ketika inilah penduduk palestin bangkit menyerang secara besar-besaran ketidakadilan yang telah merampas tanah hak milik mereka.



Dan tahukah kita kisah tragedi kem shabra dan shatilla pada september 1982, yang mana pelarian Palestine di lubnan telah disembelih dan dibunuh beramai2 oleh zionist durjana?



Come on guys! Same goes to me, sebelum ini mengapa saya tidak peka dengan isu Palestin adalah kerana saya tidak tahu sejarah ummah! Saya tidak ambil pusing sejarah sistem khalifah ditumbangkan pada tahun 1924. Kita tidak belajar dari kesilapan lampau. Kita tidak mempelajari sejarah, kita terlalu sibuk dengan urusan dunia yang menyilau mata sehinggakan kita lupa tanggungjawab kita sebagai khalifah dimuka bumi. Lihat saja graf umat islam ini, kita sudah berada di bawah NEGATIF, dan kita masih tidak bangkit2 lagi. Masih belum mampu bangkit lagi!




Masayarakat yang tidak mempelajari sejarah, akan mengulangi kesilapan yang sama. Allah SWT menyebut di dalam surah Yusuf ayat 111:

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat ‘ibrah (pengajaran) bagi mereka yang sempurna akan fikirannya. Ia bukanlah bicara yang direka-reka bahkan suatu kenyataan yang mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab yang terdahulu daripadanya. Serta sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman”


So sahabat, let us do our research. Learn about things that happened, act upon it. Jangan jadi seperti tin kosong, yang bunyinya kuat, tapi isinya tiada. Sesibuk mana pun kita hari ini, kita tetap akan dipertanggungjawabkan tentang perihal ummah. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk kita mengubah graf umat islam tadi, untuk meninggalkan paras negatif dan bangkit mengembalikan kesatuan Islam dimuka bumi, menegakkan kembali sistem khalifah. Ingat, suatu masa dulu ISLAM adalah yang paling kuat dan berkuasa di atas muka bumi. Cari jalan untuk kita membantu ummat islam yang kian tenat, melalui ilmu, kepakaran, kebajikan dan teknologi. Bila kita tahu apa yang telah berlaku, hidup kita akan punya visi dan matlamat. Matlamat yang berpaksikan Allah dan berarah kepada akhirat.


Sampai disini saja untuk kali ini, lagi dua points akan saya garap dalam entry sseterusnya. in shaa Allah, dengan izinNya.


p/s : Alhamdulillah, walaupun saya tidak terlalu fokus untuk peperiksaan praktikal saya kali ini atas segala yang berlaku, pada hari exam saya tempoh hari, Allah mempermudahkan segalanya. Lidah saya fasih dan lancar, hati saya tenang dan lapang. Hati saya tidak gentar atau bimbang. Alhamdulillah.

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)

Ketika kecil2 dulu, sangat suka dengan lagu Rabbani 'INTIFADA',meremang bulu roma bila mendengar dan menyanyikannya, tapi saya tak pernah tahu maksud disebalik lagu ni.

tak sangka lirik, '...mewangikan taman yang dicemari', taman itu bermaksud palestina. Ayuh INTIFADA, ayuh mewarnai KEBANGKITAN!





Friday, November 16, 2012

I don't want a "NORMAL" life. Palestin, kami datang =)

Assalamualaikum,


Im avoiding my blog recently because my exam is just around the corner. But, I couldn't concentrate on my books and notes anymore. My head keep on thinking about things happen in Palestin at the moment. Hati terasa panas membara marah dengan tentera durjana zionis yang ketika ini sedang galak membunuh anak2 kecil Palestin. Jari pula asyik2 scrolling my newsfeed y kini penuh dengan update terkini dari bumi Palestin. Sunyi sepi malam ini tidak sedikitpun menenangkan perasaan. Bumi Palestin sedang berdarah. DURJANA kau ZIONIS! SHAME ON U MEMBUNUH KANAK2 YANG TENTU2 BUKAN LAWAN KEPADA PELURU DAN BOM YANG KAU BEDIL KETIKA INI! SHAME ON U!!!!!!


Sahabat2, dunia sedang memanggil. Dengarkah kalian semboyan Islam sedang berbunyi memanggil kebangkitan kita? Dengarkah kalian saudara2 kita di Palestin sedang melaung kehadiran kita? Mereka sedang menuntut hak mereka dari muslim sedunia. Kita tidak akan dapat lari dari tanggungjawab kita terhadap mereka. Tanggungjawab bersaudara.


Ya, pada ketika aku menulis ini seluruh rakyat malaysia sedang bangkit dari tidur yang nyenyak, masing2 berangkat ke tempat kerja dalam keadaan yang aman, harmoni. Dengan sarapan pagi enak, nasi lemak roti canai bersama teh tarik, dihirup sedap sungguh apabila ia menyentuh tekak kita. Pada bila kita menjamah makanan enak itu ingatkah kita kepada saudara2 kita dibumi Palestin yang kini sedang dihentak dan ditabrak? Sudahkah kita mendoakan mereka sewaktu kita berdoa kesejahteraan hidup kita ketika solat subuh pagi ini?


Bedilan peluru Israel tidak menyentuh bumi Malaysia. Tidak juga menempias ke bumi Dublin. Tapi darah yang mengalir dari jasad saudara2 kita disana membakar perasaan kita. Mayat2 yang terkujur menggoncang semangat kita. Luka peluru yang menembus kepala mereka menembus jiwa kita! Mereka sebahagian dari jasad kita. Israel! Jika kau sakiti tubuh2 mereka bermakna kau sakiti tubuh2 kami! Jika kau berniat untuk menjahanamkan Palestin bermakna kau juga berniat untuk menjahanamkan kami!




Kadang2 bila begini kita akan jadi helpless. Saya juga jadi sangat helpless. Saya diperkenalkan dengan Palestin sewaktu ditingkatan 1, ketika peperangan antara Israel dan Palestin sedang rancak bermula. Menonton paparan penderitaan umat Islam yang dilanggar hancur musuh2 Islam, apa yang mampu saya lakukan hanyalah menangis dan menangis. Jiwa kita marah seakan sekiranya ketika ini ada sepucuk senapang ditangan kita, dan ada pula seorang tentera ISRAEL durjana ini berdiri dihadapan kita sambil membakar anak2 Palestin, pasti sudah kita tembak2 dia hingga hancur. Tapi hakikatnya selain doa dan wang bantuan, kita rasa kita tiada upaya meringankan penderitaan Palestin dan umat Islam yang ditindas seluruh dunia.


Siapa kata kita tiada cara lain untuk kita menjalankan tanggungjawab kita untuk umat Islam dunia?? Banyak caranya, cuma kita tidak mencari bagaimana.


Sahabat. tujuan saya menulis entry kali ini, ialah untuk mengajak kalian meninggalkan kehidupan "normal" yang kita sedang lalui kini. Kehidupan normal yang saya katakan ialah mentaliti hidup kita. Impian dan cita2 kita yang biasa yakni;


LAHIR DARI PERUT IBU >> MEMBESAR >> BELAJAR>> MASUK UNIVERSITI >> KERJA >> KAHWIN + SANGAT BAHAGIA (^_^) >> DAPAT ANAK >> TAMBAH ANAK LAGI >> TUA >> PENCEN + MASA UNTUK BEREHAT >> DAPAT CUCU >> MENEMUI ALLAH.


Semua orang akan melalui fasa hidup yang sama. Saya juga akan melalui fasa yang sama seperti orang lain. Tapi kita boleh jadikannya berbeza. Break the cycle. Add some contributions to ummah. Impian dan cita2 kita selalunya akan berlegar2 untuk memenuhi keperluan dan kebahagiaan diri dan keluarga kita sahaja. Tapi jangan lupa, kita punya tanggungjawab sebagai seorang Islam. Tanggungjawab kepada saudara2 seislam yang lain. Setiap dari kita harus menyumbang walau sedikit. Sekiranya kita masih belum mampu turun ke medan perang berjihad bersama rakyat Palestin, bersama rakyat Iraq, bersama muslim Syria, kita tunaikan tanggungjawab mengikut kemampuan kita.


Kalaupun kita tidak mampu turun kesana berjuang, tidak bermakna kita boleh sahaja lepas tangan. Dalam pada kita sibuk menunaikan tanggungjawab kepada ibu ayah dan keluarga, juga pada negara, kita tidak boleh hanya menutup mata menyaksikan keadaan masyarakat dan umat yang tenat diracuni agenda barat, mengagungi HEDONISME. Kita perlu mencari inisiatif lain, berfikir dan terus mencari cara untuk menyumbang kepada Islam. Di bumi Dublin ini contohnya, banyak gerakan Islam antarabangsa yang bergerak kukuh untuk mengembalikan sistem khalifah, mewarisi perjuangan Hassan Al Banna, saya turut menyertai salah satu darinya, begitu juga rakan2 yang lain. Untuk pengetahuan rakan2 di malaysia, di luar negara biasanya mengamalkan kebebasan bersuara, jadi gerakan2 Islam contohnya dapat bergiat aktif dan berusaha membangkitkan agenda2 yang mungkin tidak dapat dilakukan secara terang2an di malaysia. Saya paling berminat dengan gerakan yang ingin membangkitkan sistem khalifah semula, berusaha membentuk generasi yang tidak hanya ingin sekadar berhibur semata. Realitinya, umat Islam kini lemah kerana terlalu disibukkan dengan perkara2 dunia.


Saya masih rasa belum cukup, hati rasa belum puas, sesuatu perlu dilaksanakan dari akar umbi. Ahli gerakan persatuan2 Islam antarabangsa biasanya terdiri daripada individu yang mantap dan mempunyai kesedaran yang tinggi, tapi saya terfikir, bagaimana pula masyarakat di luar sana yang masih jauh dari kesedaran sebegini. Bukan mereka tidak mahu, cuma mereka tidak didedahkan. Saya terfikir, perlu ada juga individu dengan kesedaran sebegini turun ke dunia sebenar dan menarik lebih ramai Muslim untuk turut sama menyumbang. Jadi saya rasakan dengan kelebihan ilmu dan pengalaman yang Allah beri sepanjang saya melihat dunia luar, saya perlu melakukan sesuatu supaya suara kebangkitan ini sampai kepada sahabat2 saya yang lain. Kerana itulah juga saya yang serba daif ini menulis entry supaya mesej ini sampai kepada sahabat2 semua.


Untuk para wanita, sudah tentunya, Allah telah beri kita cara paling direct dan mudah untuk menyumbang kepada agama, sekiranya kita tahu caranya. Jadikan diri kita ibu-ibu kepada bakal2 pejuang Islam yang bakal lahir dari rahim kita. Teringat satu quotes kegemaran saya, "You educate a man; you educate a man. You educate a woman; you educate a generation.” Jadikan diri kita ibu2 kepada pejuang2 islam. Kalau kita nak jadikan anak2 kita doktor, engineer, lawyer, jadikan anak kita doktor tahfiz, engineer tahfiz, lawyer tahfiz. Dont underestimate our power to change the generation. Rakan2 wanita, kita penuhi diri kita dengan ilmu agama, agar kita membentuk generasi Islam yang lebih kuat dan kukuh.




Ada lagi satu cara yang saya suka untuk kongsikan dengan rakan2. Lets do this together. Together, we are stronger. Sejak beberapa tahun yang lepas, saya cuba meneroka secara kecil2an dunia anak2 yatim di beberapa pusat sekitar kediaman saya, dan saya rasakan terlalu sedikit kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab mereka terhadap populasi anak2 yatim ini. Pada hemat saya, anak2 yatim ini ialah permata2 Islam yang kita selalu terlepas pandang. Mereka punya potensi yang sangat besar untuk menjadi rijal2 barisan hadapan, yang perlu digilap dan dibentuk dengan sempurna. Masalahnya cuma, mereka terlalu diabaikan oleh masyarakat, sehinggakan cahaya potensi mereka malap dan hidup mereka tiada tujuan. Sayang sangat2, sayang bakal2 pejuang Islam ini tidak dididik dan digilap dengan sempurna. Jadi sahabat2 yang bekerjaya hebat2 belaka, ayuh jalankan tanggungjawab kita, ambil inisiatif dalam kesibukan kita memenuhi keperluan diri, kita turun padang meluangkan sekali seminggu mungkin, atau sekali sebulan kalau kita terlalu sibuk. Turun memberi inspirasi, turun memberikan kasih sayang agar mereka juga terdidik menjadi insan yang membesar sempurna seperti anak2 kita sendiri.

Just remember, "There's no need to be perfect to inspire others. Let others get inspired by how you deal with your imperfections."


Kalau tak meluangkan masa, kita berikan kasih sayang. on the way pergi kerja, kita singgah beri beras, makanan, sumbangkan buku, al quran, upah guru mengaji atau kelas tambahan. Banyak yang kita boleh buat, kalau kita mahu insyaAllah.


Sebelum saya berundur, dan membuka balik nota2 study yang ditinggalkan tadi, dengan rendah hatinya, saya ingin berkongsi impian2 kecil yang saya pasang. Sekadar berkongsi, agar sama2 kita dapat usaha kearahnya. Mohon doa sahabat2 untuk impian2 kecil saya ini.


....Saya pernah memasang cita2 yang saya akan belajar bersungguh2 menjadi seorang doktor, dan menyertai misi2 keamanan bumi2 Islam bergolak. Impian saya, untuk berada di medan jihad sana dan sekiranya saya mati, saya mati dalam jihad. Kerana hakikatnya, saya berasa cemburu amat dengan rakyat palestin, yang tujuan lahirnya mereka bernafas sementara dibumi ini, adalah untuk dihantar pulang sebagai syahid. Kita rasa mereka sengsara, tapi mereka lebih rela begitu kerana dunia ini nikmatnya sementara, nikmat akhirat sana selama2nya. Jadi mengapa mereka mahu memilih dunia seperti kita kan?

....Pernah saya suarakan niat ini kepada ibu, ibu menentang keras impian kecil ini. Kata ibu, saya perempuan, bahaya, dan banyak lagi cara lain untuk membantu. Saya faham niat ibu, dia menyayangi anak perempuannya ini, dia masih tidak mampu kehilangan anak yang dicintainya. Sejak itu saya tidak lagi suarakan impian ini pada sesiapa, tetapi seandainya suatu hari seru itu memanggil, saya memohon kepada Allah agar saya diberi kekuatan untuk melaksanakannya. Demi Allah yang memegang setiap hati dan mendengar setiap bisikan.

.... Dan sekiranya saya diberi kekuatan, rezeki yang banyak, dipanjangkan umur, dianugerahkan suami yang memahami suara perjuangan saya, kalaupun saya tidak mati di medan jihad seperti rakyat palestin, saya berdoa agar Allah menetapkan hati saya, agar Allah memberi saya keupayaan untuk saya membina sebuah pusat pendidikan ISLAM untuk anak2 yatim dan miskin, agar saya dapat mendidik, menggilapkan justeru 'melahirkan' lebih ramai pejuang2 Islam yang dapat menjadi barisan hadapan sekiranya satu hari nanti kita juga perlu ke medan jihad seperti rakyat Palestin. Sekiranya saya tidak mampu ketahap itu, masih saya akan berusaha melakukan sesuatu. Ya, sesuatu. Tolong doakan saya. Doakan kita semua.


....Kerana, kita tidak mahu kitaran hidup yang NORMAL itu. KIta mahu melakukan sesuatu, yang dapat menyelamatkan diri kita yang penuh dosa ini dari jamahan api neraka. Supaya apabila kita dihadapkan dihadapan Allah, kita boleh berkata, "Ya Allah, inilah apa yang saya dapat lakukan untuk saudara2 seislam saya, saya tidak lari dari tanggungjawab saya."


Hidup ini, bukan berlegar tentang diri kita sahaja. Saya beritahu satu rahsia peribadi, saya pernah putus asa dengan cinta manusia. Tapi, apa yang membuatkan saya tidak tergolek nangis2 frust menonggeng sampai nak hancurkan pelajaran saya ialah kerana matlamat saya untuk berbakti kepada manusia lain. Saya sedar kalau saya kalah, kalau saya lemah, impian2 saya tadi akan hancur. Impian2 kecil saya itu, telah menjadi kekuatan paling kukuh dalam hidup saya.


Saya harap, mesej saya sampai kepada sahabat2. Semoga, kita sentiasa diberikan kekuatan olehnya. Dunia dan akhirat.