... I am A restless brain ...

Thursday, March 17, 2011

...mahu garam+gula ATAU emas+permata... ??? (*0*)

Assalamualaikum..

Dan jariku terus menari menekan punat-penat kecil laptop miniku..setelah tepu otak ini diisi dengan wadah medic dan sains..Exam minggu depan...

Hmmm gelombang akalku terus memancar sinar ilham tentang sebuah topik..simple tapi wajar untuk direnungkan bersama..Jika sekiranya kita diberi pilihan untuk memilih hanya satu untuk diturunkan kebumi, samada GARAM DAN GULA, atau EMAS DAN PERMATA, mana satu agaknya yang kita mahu pilih? Jika kita memilih emas dan permata, kita tidak akan memiliki langsung garam dan gula, dan begitu jugalah sebaliknya. Okay, sebelum anda terus menulis garapan saya untuk kali ini, pastikan anda telah membuat pilihan ini. Jangan tipu, mesti pilih! (=.=)

Mari kita bincangkan bersama pilihan yang telah kita sendiri tentukan.




Sekiranya, kita memilih emas dan permata untuk diturunkan dengan banyaknya dibumi ini, tentulah peratusan kemiskinan di seluruh pelusuk benua akan jatuh diangka sifar. Tiada lagi miskin melarat, tiada lagi pengemis di jalanan, tiada lagi perbezaan kasta, tiada lagi percaturan darjat. Semua orang akan menikmati kemewahan, semua orang bisa membangunkan rumah-rumah mewah bak istana, semua orang bisa melancong kesana kesini dengan jet-jet mewah. Aaaahh bayangkan! alangkah indahnya dunia apabila semua orang mampu memiliki emas dan permata, sehingga semua orang layak menjadikan diri mereka raja dan pemerintah negara. Wanita-wanita mula mengkalungkan emas yang besar dan berat dileher-leher mereka, permata di kelima-lima jari,dari pangkal jari penuh hingga kekuku! Bukankah emas itu segalanya bagi seorang wanita? Kemewahan..Kekayaan.. Bukankah itu menjadi impian setiap manusia..Tentulah emas dan permatalah menjadi pilihan, mengapa harus pula kita memilih garam dan gula yang rendah nilainya jika nak dibandingkan dengan emas dan permata? Tidak sama sekali!




Dan sekiranya kita memilih garam dan gula, dan tidak emas dan permata.. Yang papa akan terus kekal papa..Kadar kemiskinan akan masih kritikal di banyak negara.. Di Afrika..Di India..Di Indonesia.. malah dinegara kita sendiri mungkin..Masih lagi pengemis jalanan memohon simpati masyarakat yang masih mempunyai hati murni.. Masih lagi pondok-pondok usang itu dihuni keluarga daif yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang..masih lagi nelayan tua itu menjahit pukatnya untuk berjuang di tengah lautan tak kira di waktu badai mendatang..masih lagi yang kaya akan terus memerintah, dan yang miskin akan terus ditindas..Masih lagi basikal tua dan motor usang itu melata dijalanraya, dan masih lagi anak-anak comot itu menyelongkar tong sampah mencari botol dan tin-tin kosong..masih lagi..masih lagi..masih lagi.. Namun..dengan adanya garam dan gula, kita akan masih kekal bahagia..Kerana kita dapat menjamah makanan-makanan yang lazat berperisa..Dapat menyantap hidangan enak yang menghilangkan lapar dan mengenakkan rasa..Si miskin walaupun hanya dengan lauk ikan masin dan gulai lemak pucuk paku, masih lagi gembira kerana rezeki yang dijamahnya begitu menyelerakan, menghilangkan sebentar segala perih hidup. Dengan adanya gula, kita dapat menikmati manisnya kopi dan teh, lazatnya air batu campur dan ais krim kacang merah, menyejukkan benak rasa yang mungkin sedang hangat dilanda amarah dan masalah..Si miskin jua, dengan gula dapatlah menikmati enaknya ais kepal buatan sendiri, atau mungkin kuih keria yang dibeli di warung daif dihujung desa..Walau tidak kaya, nikmatnya rasa..puasnya menghilangkan lapar dan dahaga..Dan dengan garam juga, dapatlah kapal-kapal di laut berlayar merentasi benua, dapatlah kita meneroka rahsia lautan dengan menyeberanginya, rahsia dasar lautan yang hebat dan menakjubkan!!

Jika saya, saya memilih garam dan gula. Tidak saya nafikan, emas dan permata itu tinggi nilainya. Siapa yang tidak impikan kemewahan? Bohonglah jika saya kata saya tidak pernah bermimpi untuk tinggal didalam istana, memandu sebuah kereta Ferrari, dan memiliki sebuah jet peribadi. Ya, kekayaan satu nikmat yang tiada tandingannya. Tapi, adakah kemewahan "material" semata-mata ini dapat melunaskan segala keinginan jiwa manusia? Adakah emas dan permata dapat memenuhi segala keperluan kita?Tentu sekali tidak, dan kerana itulah Allah tidak menjadikan semua manusia kaya dan berharta. Kerana itulah masih wujud kemiskinan dan kepahitan hidup. Ini tidak bermakna Allah itu tidak Adil. Kerana keadilan dan kebijaksanaan Allah jugalah, kadangkala garam dan gula yang rendah nilainya itu kadangkala menjadi lebih penting dari emas dan permata. Fikirkan, jika kita hendak Allah bersikap adil, dan mahu Allah mengurniakan kekayaan pada semua manusia, jadi di mana akan ada nilai kehidupan itu sendiri? Emas dan permata akan hilang harganya jika semua manusia memilikinya. Jadi apa lagi ukuran kita untuk menilai siapa yang lebih kaya dan siapa yang lebih miskin? Siapa yang berjaya dan siapa yang malas? Siapa yang lebih tabah hatinya dan siapa yang lebih mudah berputus asa?Jika tiada kemiskinan, bagaimana manusia hendak belajar untuk berdiri diatas kaki mereka sendiri, untuk lebih berusaha dan mencapai impiannya? Maka keindahan keazaman dan usaha itu sendiri akan hilang kerana tiada lagi struggle untuk berjuang dalam hidup. Tiada siapa yang dapat mentafsir indahnya kejayaan itu melainkan kita sendiri mengalaminya perit pahit perjuangannya.




Kadngkala manusia memandang sesuatu perkara hanya dengan mata kasar. Kekayaan material itu ditafsir sebagai kebahagiaan hidup. Cuba nilai sesuatu itu dengan mata hati. Bagi saya, saya amat memerlukan garam dan gula itu lebih dari emas dan permata. Jika saya hanya boleh pilih satu tentulah saya memilih garam dan gula. Sebab pertama mungkin kerana salah satu cara saya ingin menghilangkan tekanan belajar dan masalah hidup adalah dengan makan makanan yang saya gemari seperti kuey teaw basah, sushi, meehun sup pedas-pedas (sedapnya!!! (^_^) ) Tapi..jika tiada garam dan gula, saya akan kehilangan cara untuk terapi jiwa. Sebab kedua, salah satu cara keluarga saya merapatkan hubungan antara satu sama lain adalah dengan jalan-jalan cari makan. Boleh dikatakan setiap kali kami berpeluang berkumpul satu keluarga, kami akan makan besar, dan pada waktu itu, kami rasa sangat gembira, bahagia dan begitu rapat. Jika tiada garam dan gula, kami tak dapat lagi berbuat demikian, maka kami akan kehilangan kebahagiaan itu. Sebab ketiga,rumah saya sering dikunjungi tetamu, dan ayah dan ibu sentiasa berpesan, jika tetamu datang, maka railah kehadiran mereka, hidangkan mereka dengan apa juga yang mampu kita sediakan ketika itu, dan jika tiada garam dan gula, mungkinkah tetamu yang berkunjung kerumah saya itu akan gembira? Sebab keempat, saya dah dewasa, sebagai kakak sulung, tentulah tugas memasak itu akan jatuh kebahu saya, tentulah saja saya ingin menghidangkan makanan yang lazat kepada keluarga saya, dan apabila saya berkahwin, tentulah saya mahu suami saya makan hidangan air tangan saya, dan bila saya memiliki anak-anak, saya ingin anak-anak saya makan makanan masakan umi mereka. Dan dari air tangan seorang anak, isteri dan ibu itu, akan eratlah lagi kasih sayang yang mengalir diantaranya,akan kukuhlah rasa cinta yang wujud di antara hati-hati kita. Tapi jika tiada garam dan gula, makanan yang dijamah tiada lagi nikmatnya, semuanya hambar, semuanya tawar. Tiada senyuman puas akan terukir, tiada kegembiraan akan terlakar. Dan saya tidak dapat mencari kebahagiaan saya tanpa garam dan gula.Kerana disebalik kewujudan garam dan gula ciptaan Allah ini, ada sumber kegembiraan saya, ada sinar kebahagiaan saya. Ada punca gelak tawa saya, dan saya tak mampu kehilangannya. Bagaimana mungkin saya dapat tersenyum jika Allah tidak menciptakan garam dan gula ini. Saya masih boleh bahagia jika saya tak memiliki bongkah-bongkah emas dan permata, saya masih rasa tenteram jika saya hanya tinggal didalam rumah biasa, saya masih bergelak tawa walau hanya terpaksa berjalan kaki dan menaiki bas, tapi saya mungkin takkan rasa gembira jka garam dan gula tidak wujud!

Wahai jiwa, wahai rakan-rakan yang membaca. Kadangkala kita rasakan sesuatu yang biasa, rendah nilainya atau rendah kedudukannya tidak berguna pada kita. Kita always take things for granted untuk perkara-perkara ini. Kita selalu hanya melihat perkara-perkara besar,kita jadikan kekayaan sebagai punca kebahagiaan, dan kita kesal kerana kita tidak memilikinya.Tapi, disinilah bezanya antara insan yang menilai dengan mata kasar, dan insan yang menilai dengan mata hati. Kita bukan mahu kaya hanya pada harta, kita juga mahu kaya pada jiwa. Orang yang kaya jiwa, dapat merasa gembira dengan hanya menjamah roti canai kosong dan teh tarik di warung mamak, kerana dalam hatinya ada rasa SYUKUR,ada rasa cukup dan tidak merungut kepada yang tidak ada. Orang yang kaya jiwa tenteram hatinya. Tapi orang yang kaya harta, walaupun didepannya hidangan mewah ikan salmon dan seekor kambing panggang, tapi tenteramkah hatinya? SYUKUR itu adakah masih ada? Atau kepalanya masih ligat untuk jadi bertambah kaya? Atau dia sentiasa khuatir dirompak atau ditipu rakan seperniagaannya? Atau adakah hatinya runsing memikirkan adakah urusannya bebas riba dan rasuah?

Mak saya selalu pesan pada saya, kita yang pilih untuk merasa bahagia. Jika kita sering melihat pada kekurangan, maka hati kita akan mati, kita akan sering merasa tidak cukup, kita tidak akan pernah temu kebahagiaan. Tapi jika kita pilih untuk melihat kebaikan, maka SYUKUR itu akan datang, kita akan merasa cukup, dan kita akan gembira. Dan akhirnya saya temui kebahagiaan hidup saya, iaitu pada sebuah KESEDERHANAAN. Jika rezeki saya lebih alhamdulillah, jika tidak juga Allah lebih tahu apa yang terbaik buat saya. Tak apalah jika tak ada bongkah emas dan permata, garam dan gula pun dah cukup membahagiakan buat saya. Rakan-rakan, kadang-kadang kita selalu terlepas pandang perkara yang penting bagi kita atau mungkin seseorang yang penting buat kita. Tapi kita hanya akan merasa kepentingannya, apabila kita kehilangannya. Sesungguhnya setiap yang Allah ciptakan itu tidak sia-sia.Fikir-fikirkan.
Wallahualam

Saturday, March 12, 2011

..aku bukan PRADA...aku tak berhak bersama LOUIS VUITTON..

Semua orang dalam dunia ini suka pada kecantikan. Semua orang dalam dunia ini suka pada keanggunan, elegan dan gaya. Semua orang suka kepada status dan kemewahan. Semua orang sukakan jenama. Seperti Prada dan Louis Vuitton. Wanita kini sanggup menghabiskan empat ke lima ribu duit mereka hanya untuk membeli seutas beg tangan buatan Paris dan Italy ini. Its about the brand. Not many people afford to buy one. I bought it. It costs me about 4 thousand ringgit. I bought it for my mom. Just to make her happy. Alhamdulillah, meskipun aku masih belum bergelar doktor,dapat juga aku mengumpul simpananku sedikit-sedikit dapatlah aku memberikan ibu seutas beg tangan yang selama ini diidam-idamkannya. Lagipun bukannya selalu aku berbelanja besar untuk ibu. Menggembirakan hati ibu adalah sesuatu yang memberikan aku kepuasan tahap maksimum. Teringat aku sewaktu aku berkunjung ke Paris sebanyak 2 kali tahun lepas, masih aku ingat betapa orang beratur panjang di luar kedai Louis Vuitton di Paris untuk mendapatkan beg tangan yang sama nilainya dengan sebuah motor kapcai yang boleh dibeli di Malaysia. Seperti yang aku mentioned di awal coretan, its all about the brand. Bila jenama menjadi ukuran setiap perkara, kadang-kadang manusia lupa kepada penilaian sebenar yang lebih cantik pada dasarnya.




Aku bukan PRADA, jadi aku tak berhak bersama LOUIS VUITTON. Maksud statement aku disini ialah sesuatu yang baik dan cantik selalunya hanya boleh dipadankan dengan yang setaraf dengannya. Aku bukan hanya bercakap dalam konteks kekayaaan atau status semata-mata. Malah ia lebih dari itu. Apa kata kita lihat statement ini dari segi keinginan kepada sesuatu kebaikan haruslah didampingi dengan kebaikan juga. Hmmm Ada sesuatu yang bermain-main dikepalaku sewaktu aku ingin menitip entry ini. Apa yang ingin aku coretkan disini bukanlah hanya berkisar kepada ridiculousnya harga kedua-dua beg tangan berjenama ini. Disaat ini, kepalaku selalu berligat perkara berkisar jodoh dan aku ingin melihat isu ini, dalam konteks PRADA dan LOUIS VUITTON juga. Ya, tak dinafikan yang semua orang suka pada kecantikan. Malah Allah juga suka pada sesuatu yang cantik. Namun maksud cantik disini bukanlah sekadar kecantikan lahiriah, tetapi juga pada kecantikan batiniah. Namun malangnya manusia zaman sekrang ramai yang buta hatinya, menilai kecantikan hanyalah pada paras rupa semata-mata, namun kecantikan rohani ditolak tepi.



Semua orang inginkan pasangan hidup yang baik dan soleh. Orang yang baik dan soleh/solehah tinggi akhlaknya, baik budinya, cantik pekertinya. Ibarat barang berjenama yang mahal harganya,tahan lama, disenangi setiap mata yang memandang. Ibarat PRADA dan LOUIS VUIITON. Namun tak semua orang mampu memiliki pasangan yang baik dan soleh/solehah, ibarat tak semua orang mampu memiliki PRADA dan LOUIS VUITTON. Ia hanya mampu dimiliki oleh seseorang yang lebih berharta. Namun dalam soal memiliki pasangan yang baik dan soleh, seseorang juga haruslah mampu untuk menjadi yang baik juga. Apa yang saya ingin tekankan disini ialah, jika kita bercita-cita untuk memiliki pasangan hidup yang baik dan beriman, maka kita juga harus melengkapkan diri kita dengan kebaikan dan keimanan.

Selalu saya berbual-bual dengan rakan-rakan saya. Ada seorang rakan lelaki saya di sekolah lama dulu dan kawan saya ini amat-amat nakal sewaktu di asrama. Bertukar-tukar teman wanita telah menjadi kebiasaannya, malah kadangkala pergaulannya yang terlalu bebas membuatkan saya rasa jelak. Satu hari saya bertanya padanya, jika kau ingin memiliki seorang isteri nanti, apa agaknya ciri-ciri yang perlu ada padanya, dan ringkas dia menjawab, "Mestilah aku inginkan pasangan yang baik dan menutup aurat." Terdiam saya seketika. Dan hati saya berbisik, jika kau tidak semulia Nabi Muhammad, bagaimana engkau hendak memiliki suri sehebat Khadijah. Jika engkau mahukan sesuatu yang baik dan terpelihara, mengapa tidak kau memelihara dirimu terlebih dahulu, kalau tidak, u dont deserve the noble woman at all. Manusia memang suka kepada kebaikan dan itu ialah satu fitrah, namun harus diingat, mengejar sesuatu yang baik itu ada harganya yakni dibeli dengan kebaikan jua..





Kita selalu berdoa pada Tuhan agar diberikan pasangan yang baik, sebagai penyejuk mata, agar kita dapat meniti usia tua bersamanya, dan mati bersamanya. Seperti saya juga, saya selalu memohon pasangan yang baik untuk menjadi walid kepada anak-anak saya. Menjadi anak lelaki kepada ibu bapa saya,menjadi abang kepada adik-adik saya dan menjadi adik kepada abang saya.Saya bukanlah meminta lelaki hebat, kacak ,kaya berharta dan dapat memberikan saya sebiji banglo mewah lengkap dengan kolam renang dan sebuah kereta mercedez mata belalang. Bukan juga saya minta seorang suami seperti albert einstein atau bill gates yang menggoncang dunia dengan idea hebat dan gila lantas menjadi ternama sekelip mata. Bukan juga saya minta seorang lelaki yang menjadi gilaan dan pujaan setiap wanita yang melihatnya mungkin seperti Shah Rukh Khan atau Brad Pitt, atau juga David Beckham. Saya hanya memohon seorang lelaki yang sederhana juga gayanya, bersama seukir senyuman yang bisa mententeramkan setiap mata yang menatapnya, bersama kebijaksanaan yang disalut dengan rasa rendah hati dan kezuhudan. Saya hanya minta seorang lelaki yang teguh hatinya, yang berzikir Allah dalam setiap nafasnya, yang lembut tiap butir bicaranya, namun tegas dalam nadanya. Saya hanya minta seorang lelaki yang menjaga solatnya, yang bersih bibirnya dari kata-kata nista. Seorang lelaki yang taat pada ibu bapanya, yang pengasih pada sekitarnya. Seorang lelaki yang dapat memimpin diri saya yang penuh dosa ini kejalan menuju kesyurga. Lelaki sebegini bagaikan PRADA bagi saya, namun adakah taraf saya sudah seperti LOUIS VUITTON untuk bersamanya?

Ini membuatkan saya muhasabah kembali diri saya. Apabila saya meinginkan kebaikan yang tak berbelah bahagi dalam diri bakal teman hidup saya, tapi apakah saya telah menjalankan tanggungjawab saya untuk memperbaiki diri menjadi seorang isteri yang baik padanya juga? Layakkah saya untuknya? Allah itu Maha Adil, jika kita inginkan kebaikan dan kemuliaan, maka hadiahkanlah pada kebaikan itu dengan kemuliaan jua. Bukannya Allah mendiskriminasi manusia dengan darjat keimanan, menjodohkan yang baik dengan yang baik sahaja, tetapi pilihan untuk menjadi baik itu terletak ditangan kita. Samada kita mahukannya atau tidak.Janji Allah, lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik, dan sesungguhnya janji Allah itu pasti.Jadi, jika kita mahu PRADA,maka kita jadikan diri kita Louis Vuitton, yakni setanding dengannya juga. Renung-renungkan. Wallahualam