... I am A restless brain ...

Showing posts with label aku dan Allah. Show all posts
Showing posts with label aku dan Allah. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

...'transit' neraka untuk ke syurga...

Assalamualaikum.


Today, I am broken. Tanpa menyedari aku telah melakukan dosa-dosa kecil itu, aku terleka seketika. Bangun dari tidur, aku bergegas ke bilik air, mengambil wudhu, membentang sejadah. Sujud dalam sunyi Tahajjud. Air mata mengalir perlahan. Panas mengalir dan meluncur ke pipi. Sayup syaitan berundur dan iman menerjah. Dalam hening detik itu, dapat aku rasakan kasih sayang Tuhan memeluk perlahan. Terasa nyaman kehangatan makrifahNya, menahan aku dari jatuh tersungkur dan hilang arah.


Bagaimana bisa menjaga hati, sekiranya cinta yang paling utama itu tidak kita beri kepada Allah. Fitrah, manusia diciptakan berpasangan. Fitrah, manusia diberi rasa cinta, kasih, rindu, dendam. Fitrah, dada berdebar apabila sang adam sudah mula menawan takhta di persada hati. Tatkala cinta kasih membelai naluri, syaitan dan nafsu mula mengambil peranan. Gadis solehah bisa jadi punah. Anak perempuan yang taat bisa berpaling tadah. Purdah dan hijab membaluti tubuh bisa hilang. Kewarasan akal dan rasional hampir melayang. Yang ada hanyalah so called 'cinta suci yang membara'. Cinta I Jump You Jump. Cinta Lautan api sanggup kurenangi. Ibu bapa juga sanggup dibuang. Dek penangan cinta manusia. Hebat.


Aku masih membatu di hamparan sejadah. Mendakap makrifah Allah yang masih damai membelai. Aku memandang langit di jendela yang ternganga. Aku mencari kembali akar untuk kembali berpaut. Ya Allah, tetapkan hati ini dari jatuh ke tangan syaitan. Aku menenangkan resah hati yang cuba ditawan nafsu serakah yang jahanam. Ingat Allah.. Ingat Allah..


Manusia. Memang cepat lupa. Hari ini mereka menangis ketakutan kerana terkenangkan azab api neraka. Kononnya insaf, mahu kembali, mahu bertaubat. Hari esok mereka tertawa terbahak-bahak bagaikan hidup selamanya. Itulah aku. Itulah aku.


Aku menulis kali ini, dengan penuh rasa loya dan hiba ke atas diriku sendiri. Mengenangkan betapa cepatnya aku lupa setelah diberi peringatan. Mengenangkan betapa kadangkala aku anggap azab neraka itu hanyalah cerita rekaan. Azab kubur itu hanyalah kisah dongengan. Aku percaya azab itu pedih, tapi aku tidak berbuat apa-apa untuk menghindarinya. Jujur, ibu dan ayah mencukupkan aku dengan bekalan ilmu agama. Tafsir al-quran telah sama-sama aku telahi bersama rakan-rakan bulatan gembira. Sirah-sirah Nabi dan sahabat lancar benar dihujung lidah. Tapi mengapa hati masih terasa goyah. Mengapa nafsu juga yang mahu aku ikuti? Mengapa syaitan juga yang aku dampingi? Sungguh manusia bersifat pelupa.





Aku pelik dengan diriku. Aku pelik dengan manusia. Kenapa kita beria-ia mahu orang menyanjung, memuji, sedangkan kita biarkan Allah melaknat diri kita. Ketika aku menelusuri muka buku, aku selalu mengintai profile2 artis-artis muda yang digilai rakan-rakanku. Benar, mereka cantik, seksi, popular. Beribu-ribu like, berjuta-juta follower. Pujian cantik sudah lali di tutur, tidak kurang juga sang lelaki yang memberi komen 'kotor' dan 'bernafsu'. Namun empunya diri sudah lemas dibuai pujian, ancaman lelaki-lelaki gatal dianggap bagai tiada makna. Siapa yang tidak suka dipuji cantik. Aku pun suka dipuji cantik. Siapa yang tidak gembira digilai ramai. Benarlah, kecantikan, kemasyhuran, harta bisa menggelapkan mata. Membuatkan kita lupa. Aku juga selalu lupa.


Masalah aku dan kita sebagai manusia ialah bukan kerana kita tidak tahu azab kubur, azab neraka, timbangan amalan, dosa dan pahala. Kita semua tahu yang setiap perbuatan kita akan dibalas dengan setimpal diakhirat sana, tapi kita ada dua masalah besar yang telah memadam rasa takut kepada azab Allah;

Yang pertama, kita terlalu asyik dengan keindahan dunia yang menipu ini. Banyak kali dah Allah mentioned dalam Al Quran yang dunia ni penuh tipu daya. Dunia ini hanyalah persinggahan sebagaimana persinggahan seorang musafir yang singgah sebentar untuk berehat. Maka akhirat itu ialah abadi. Tapi kita tetap mahukan dunia ini.

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Surah al-An’am, ayat 32)

Yang kedua, kita mudah lupa. Kita insaf, kita akui kelemahan diri, kita akui kita penuh dosa. Tapi sebaik keluar dari kelompok peringatan, kita lupa Allah, lupa segala laranganNya. Yang ada didepan kita hanyalah keseronokan dunia. Dunia.


“Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: “Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka.” (Q.S Az-Zumar : 8 )

.........................

Mari sebentar kita bermuhasabah. Saya serba daif ini ingin berkongsi sedikit ilmu, hasil perkongsian bulatan gembira. Saya ingin mengenalkan semua sahabat dengan seseorang. Dia, adalah orang yang terakhir sekali akan masuk ke syurga. Tonton video ini;





Orang yang disebutkan dalam hadith ini boleh jadi diri kita sendiri. Kita semua sedia maklum yang setiap orang Islam itu pasti akan merasai syurga. Diakhirat nanti kita akan ditimbang diatas timbangan mizan, dan dihisab amalan. Selagi kita mati dalam Islam (kalau mati dalam Islam lah), kita diberi jaminan akan mendapat syurga walau apapun keputusan timbangan. Tetapi walau ada jaminan, kalau sekiranya timbangan kita berat diatas amalan kejahatan, maka kita dipersilakan merasai neraka Allah dahulu. Satu perkara yang kita selalu kena muhasabah, berapa pastikah kita bahawa pengakhiran kita nanti ialah sebagai seorang muslim?


Setelah lemah lutut mendapat amalan dengan tangan kiri, kita harus melalui sirat. Dikatakan orang yang bertaqwa dan para Nabi dan para sahabat, para ulama melalui titian sirat selaju kelajuan kilat, maka yang berdosa dan berat timbangan kiri merangkak-rangkak ketakutan melihat neraka yang mengaum dibawah titian sirat tersebut. Maka jatuhlah mereka didalam neraka, seperti yang disebutkan dalam hadith ini. Orang kuffar dan syirik, selama-lamanya menjadi bahan bakar api neraka, manakala orang islam yang berat timbangan kiri tadi, akan menjadi penghuni sementara neraka. Merekalah orang yang diceritakan dalam hadith ini, yakni orang yang terakhir yang akan memasuki syurga.


Tempoh sehari didalam neraka tidaklah sama tempoh sehari ketika didunia. Maka menderitalah orang-orang Islam yang harus transit di neraka terlebih dahulu. Ya benar, kita tidak akan membayangkan betapa azabnya api neraka kerana kita tidak pernah melihat dan merasai. Namun orang-orang yang beriman pasti tahu dan wajib percaya bahawa azab api neraka dan kenikmatan syurga itu adalah pasti. Tapi yang peliknya, mengapa aku dan manusia masih tidak takut akan apa yang telah dijanjikan. Mengapa keras benar hati kita sedangkan telah banyak kali kita diperingatkan? Ingatlah, azab Allah itu pedih.


Setelah lunyai badan diseksa dalam api neraka, barulah sang hamba tadi dapat keluar dari neraka yang penuh azab itu, untuk menuju ke syurga. Seperti dalam hadith dalam video ini, mereka diberi peluang untuk meminta dari Tuhan mereka Allah swt. Mereka memohon sepohon pokok yang mana mereka dapat berteduh dan meminum air darinya. Dan dikatakan sebelum mereka memasuki syurga, mereka telah diberikan 3 batang pokok dan pokok yang terakhir dikatakan berada dihadapan pintu syurga. Ada juga dikisahkan yang mana hamba tadi pengsan ketika dia mengintai ke dalam syurga, mungkin kerana terlalu indahnya syurga. Dan dikatakan juga tempoh untuk hamba tadi dari saat mereka keluar dari neraka, merentas tiga pokok tadi dan memasuki syurga adalah amat lama. Dan dikatakan bahawa orang islam yang terpaksa menanggung azab api neraka atas semua perbuatan mereka terlebih dahulu sebelum memasuki syurga akan mempunyai tanda berwarna hitam di dahi apabila mereka memasuki syurga yang menandakan mereka sudah menerima azab dari perbuatan mereka. MasyaAllah. Susah dan azab benar bila transit. Tapi ramai benar antara kita yang bagai menempah tiket transit ini. Sebab itulah kita ambil mudah perintah Allah, kita buat laranganNya. Bagi mereka, asal Islam, pasti merasa syurga kan..



Sahabat, kita tahu dan percaya. Tapi kita masih mahu membuat dosa. Kita tidak menjaga aurat, kita buat perkara yang Allah larang, kita abaikan solat, kita ponteng puasa, tidak tunaikan zakat, berlaku zalim kepada fakir miskin, kita merampas harta anak yatim, kita makan duit haram, kita memberi riba, kita berzina, kita perkotak katikkan agama. Tahukah kita bahawa setiap apa yang kita lakukan didunia akan dicatat dan dibalas. Walau pun sebesar zarah, tiada satupun yang akan dilepas pandang oleh malaikat raqib dan atid.



Kita berjalan dengan bongkak. Kita rasa kita mampu hidup selamanya. Kita sangka kita akan sempat bertaubat apabila kita sudah tua. Namun siapa dapat menjamin bahawa kita masih hidup sehingga hari esok? Siapa tahu yang Izrail sudah tiba dimuka pintu, ingin mencabut roh dari jasad. Siapa tahu bahawa di detik seterusnya kita sudah dibaluti kain kaffan dan taubat itu sudah tidak dapat kita lakukan? Jadi mengapa kita selalu bertangguh dalam memohon keampunan? Tidakkan kita tahu bahawa Allah itu sungguh Pengasih dan Dia sentiasa ingin mengampunkan hamba-hambaNya yang ingin kembali?



Tutuplah aurat. Solatlah. Sujudlah. Allah merindui hamba-hamba yang merinduiNya. Percayalah, bahawa api lilin pun tak mampu kita tahan, apatah lagi api neraka yang mengaum dan menyambar orang-orang yang sesat didunia.


Aku menulis kerana aku juga terlalu penuh dengan dosa. Aku menulis dengan air mata yang berlinangan, ingin memperingatkan dan diperingatkan. Aku bukan maksum. Aku juga tidak lepas dari kesilapan. Dalam terang mentari aku hilang, pabila malam sunyi aku menangis. Mengenangkan cepat benar aku terlupa. Namun aku tidak putus asa untuk kembali dan memohon ampun kerana aku tahu, Allah Maha kaya, maha pengampun. Selagi hati kita rasa resah apabila kita melakukan dosa, bermakna iman kita masih kuat untuk membawa kita kembali. Jangan terus sesat dan hanyut. Buatlah sekarang, berubahlah sekarang kerana tiada siapa pasti bahawa kita memiliki hari esok. Saat nafas terhenti, tiada apa lagi yang bisa menyelamatkan kita dari azab api neraka. Menangislah, kerana air mata itulah yang dapat menyelamatkan kita dari api neraka..




Manusia bersifat lemah dan pelupa. Tapi itu bukan alasan untuk terus hilang dalam dosa. Selalulah mendekatkan diri dengan Allah dan sahabat-sahabat yang soleh supaya kita sentiasa diperingatkan.


Ya Allah. Dengarilah kami. Kasihani kami. Sesungguhnya ketika segala perbuatan kami dibentang dihadapan seluruh manusia dipadang mahsyar, entah bagaimana kami mampu menahan malu apabila kejelekan amalan kami dipapar dihadapan seluruh manusia. Paling aku takut, sekiranya Engkau tidak mahu melihatku. Ampunkan kami. Ampunkan aku..










Saturday, November 3, 2012

.:: dulu jahil, sekarang faham ::.

Assalamualaikum,


Syndrome malas study menyerang. Malam ni memang tak rasa nak pegang buku. Kenapalah aku jadi budak malas sejak dua menjak nih. Macam mana nak grad dengan cemerlang, kerja bagus, jadi kaya dan tolong orang kalau asyik malas gini? (-_-')


Dah lama dah nak tulis entry ni tapi asyik tak tertulis, mungkin belum sampai seru. Malam ni boleh cerita. Yang baik ambillah, yang buruk tinggalkanlah. Aku, insan lemah penuh hina dina dan kekurangan, siapalah aku hendak dibandingkan dengan kalian. Tapi, bak kata Saidina Ali Bin Abi Thalib;

"Jangan melihat siapa yang bicara tapi lihatlah apa yang dibicarakan"


Hari ni, aku nak bercerita tentang bagaimana seorang aku yang dulunya jahil, bodoh, buta hati, perasan bagus dan penuh kekhilafan, merangkak-rangkak belajar untuk bercinta dengan agamanya sendiri. Akhirnya bertemu cinta hatinya yang paling membahagiakan, yakni cinta Allah.





Orang kata, bila kita mendapat kefahaman tentang indahnya Islam itu dengan cabaran yang getir, kita akan lebih menghargai iman yang dibina itu. Agreed!! Jujurnya, masa sebelum aku fly dulu, aku tak pernah betul2 menghayati nikmat Islam yang telah Allah beri pada aku. Masalahnya, aku bukanlah orang yang jahil atau bodoh dalam agama. Ibu dan ayah memang mencukupkan aku dengan ilmu agama yang sempurna. Disamping ibu dan ayah memang dengan dedikasinya memastikan aku belajar dengan penuh tekun, mereka pastikan pada umur aku 9 tahun aku sudah khatam alquran. Waima masa aku bersekolah rendah agama dahulu, alhamdulillah aku merupakan pelajar terbaik di sekolah itu sewaktu Sijil Pelajaran Rendah Agama, dan aku ditawarkan ke Maahad Hamidiah Kajang dan Sekolah agama berasrama batu 10 di hulu langat. Pada waktu itu, konon2 aku rasa aku sudah pandai agamalah sebab dapat score dalam peperiksaan. Tapi aku tak sedar bahawa aku pandai dalam jahil. Roh ilmu agama itu masih belum besatu dengan jasad.


Banyak sebenarnya beza antara faqih dan fahim, yakni antara tahu dan faham. Pada ketika itu aku mungkin tahu, tapi aku belum faham. Malu untuk aku ceritakan, tak sampai dua minggu di sekolah itu, aku membuat keputusan untuk keluar dan terus ke MRSM setelah mendapat tawaran MARA. Aku mungkin tak pernah beritahu sesiapa, tapi sebenarnya aku memang terkena 'culture shock' sikit masa aku masuk sekolah agama, dengan bertudung labuh yang amat labuh tu, dan segala2nya yang cukup islamik, aku jadi takut. Aku takut aku tak dapat ikut rentak yang sebegitu. Mana tidaknya, dilahirkan dan dibesarkan dalam ibu kota yang cukup melalaikan, setinggi mana pun ilmu agama tetap belum teguh membenteng diri. Ketika itu aurat pun belum sempurna, amalan ibadah masih compang camping. Hubungan dengan Allah tika itu belum intim, kasih sayang pada ummat juga tidak pernah aku peduli. Aku fikir aku sudah terang dalam cahaya ilmu didada, tapi sebenarnya mata hati masih silau dan sesat. Ilmu agama yang menggunung itu belum mendidik rohani.


Hari ini, aku wanita yang berbeza. Agama itu bukan lagi hanya di atas kertas, tapi ianya ialah AD DEEN, yakni cara hidup. Ia bukan sekadar ilmu yang hanya di register dalam akal, tapi ia dihayati dengan hati dan nurani. Hari ini, solatku bukan lagi sekadar ritual, tapi pertemuan cinta dengan DIA. Ya, aku berbeza.Dan aku bersyukur, dengan cara Allah mendidik dan membimbing aku untuk mencari Nya. Aku tidak memiliki semua rasa cinta dan keyakinan hari ini dengan percuma, aku tidak lahir dalam keluarga ulama yang terus membesar menjadi wanita solehah di bawah lindungan kaabah. Ibu dan ayah ku merupakan insan yang cukup mulia. Tapi bak kata Raihan, Iman tak dapat diwarisi. Atas nama cintaNya, kefahaman dan hidayah itu dapat dan perlahan membasuh kejahilan yang memalukan itu.


Baju yang ketat aku longgarkan, yang singkat aku labuhkan. Yang pastinya, cabaran tetap ada. Dulu masa dengan kawan2 'citygirl' ku, sibuk pakaian nak ikut bentuk tubuh, seksi! Makin dipuji, fesyen jadi makin berani. Lagipun, untuk merubah identiti berpakaian bukan mudah, lebih2 lagi masa kecil poket kita bergantung pada kewangan diberi mak ayah. Nak merubah fesyen satu almari dari dunia 'vogue' ke dunia 'modest' perlukan kos. Malah, semakin aku melabuhkan pakaian, aku kadang2 di sindir sinis oleh sepupu sepapat, atau insan2 yang mungkin masih belum memahami maksud aurat. Kata mereka, aku tak cantiklah, tak nampak shape badan, tak nampak menarik. Kadang2 mmg sakit gak telinga ni orang duduk komen2, yelah perempuan sensitif kot isu2 sebegini. Tapi, kalau orang tak nampak kecantikan aku pun sebab aku tutup dan longgarkan, aku tak kisah! haha Janji, aku jelas dengan matlamat dan tujuan. Janji, Allah happy dengan aku.






Dulu aku seronok berhias untuk menjadi tatapan, bila nak bersiap, fikir cara terbaik untuk tarik perhatian. Berjam2 pilih baju, belek muka depan cermin. Iyalah, niat berhias diri bukan kerana Allah, tapi kerana manusia. Berbaloikah? Bila sang adam tertarik, apa yang aku dapat? DOSA. Kini cara aku memandang kecantikan sudah berubah. Penampilan kini bukan lagi untuk mendamba perhatian manusia, kerana cantik itu subjektif. Kalau nak nampak cantik tak payah solekan bagai nak gila; tampil sopan, bijak, confidence berserta kesederhanaan ialah kombinasi yang sempurna untuk tampil cantik. Solekan bagi aku paling berjaya ialah solekan wudhu, wajah kita akan berseri dan bercahaya. To be honest nak make up pun aku memang tak reti, dulu rasa cam sedih je nak pakai eyeliner pun tak pandai, mata asyik kelip2 je bile nak lukis eyeliner tu kat mata, sampai adik aku pun naik menyampah bila nak touch up muka ni. Sekarang rasa cam tak kisahpun aku tak pandai bermakeup! Seorang wanita yang baik, simpan segala yang cantik pada dirinya, hanya untuk yang halal buatnya. Diri kita ni mahal. Harap bakal suami tak kisah ye aku fail bab make up ni. Pakai natural beauty udah ye cik bakal suami? (^-^)


Yang ni yang aku malu nak cerita. Masa kecil2 dulu, aku ni memang cukup garang, maklumlah turun perangai ayah. Budak lelaki kata aku ni cukup sombong, pernah dapat gelaran anti lelaki. haha. Tapi jauh disudut hati aku sebagai gadis remaja yang tak matang langsung, mereka tak tahu, ada jugaklah sikit2 rasa seronok bagai kalau sekiranya kehadiran aku dapat mencuri pandangan si adam. Excited sorang2 kalau pergi kelas PREP malam2 dapat surat ka, coklat ka, bunga ka bawah meja. Makin dapat surat2 peminat, makin rasa seronok, makin nak buat perkara2 yang dapat curi perhatian. Contohnya, aktiviti usha mengusha ketika hari sukan ka, pasar malam pelajar ka, majlis2 kat sekolah ka. Tapi kini rasa teruja itu hilang. Terasa makin aku expose diri aku, makin turun nilai diri. Bukankah permata yang cantik itu, letaknya dalam cengkerang yang melindungi? Lagipun, perhatian siapa sangatlah yang harus aku curi? Perubahan paling dasyat, ketika aku di dublin. Teringat ketika aku berborak dengan seorang rakan lelaki sekelasku sewaktu aku transit di London, dah setahun satu kelas, tu kali pertama aku berbicara dengannya, dia kata semua budak lelaki kata aku sombong, sebab tak bercakap langsung dengan mereka. Aku senyum je dengar dia bercerita. Tak apalah, janji Allah tahu, aku sedang berusaha untuk menuju ke arahNya. Dapat perhatian penuh dari suami nanti sudah lebih dari cukup! (^_^)





Dulu mungkin aku bimbang, tak dapat cinta dari manusia. Hati rasa gementar bila diri masih belum dinikahi. Lebih2 lagi, kini teman2 sedang rancak membina mahligai rumahtangga. Ibu pula tak habis2 bimbang aku membujang hingga ke tua. Katanya wanita berpelajaran tinggi peluang cerah jadi andartu. hik hik comel je ibu aku ni. Dulu, ada juga rasa kelam kabut nak cari pemilik tulang rusuk ni. Yet, aku sedar. Cinta manusia, makin dikejar, makin ia menyakitkan, mengecewakan. Tak ada ke lelaki yang tak akan melukakan, yang tetap setia walau kita dalam keadaan paling buruk dan hodoh? Jawapannya, memang tak ada. Sebab hakikat kejadian manusia yang bersifat lemah dan tidak sempurna. Hakikatnya, kita manusia terlalu asyik nak kejar cinta manusia tanpa disedari, ada satu cinta yang sepatutnya kita cinta lebih dari segala-galanya. Yang tak akan melukakan, yang akan bersama kita dalam apa jua keadaan. Yakni cinta pada Pencipta kita. Yang sentiasa sayang, kasih dan cinta pada kita. Yang kasihNya, tidak terkira, tidak terhitung banyaknya. Bagaimana layaknya kita menyintai yang lain sebelum kita menghayati cinta paling agung ini? Fitrah, memang kita perlukan pasangan, sebab kita diciptakan untuk berpasangan. Tapi, selagi kita belum belajar untuk menyintai Pencipta kita sepenuh hati kita, kita tidak akan pernah benar2 memahami erti cinta sesama manusia. Kerana cinta pada Allah buat kita rasa cukup, rasa selamat, rasa berteman, rasa kita tidak keseorangan. Kerana kita yakin, selagi kita ada Dia, kita cukup segala-galanya.



Tuntasnya, setiap dari kita punya masa silam yang membentuk siapa kita hari ini. Tapi itu bukannya alasan untuk kita terus kekal dalam kesilapan, dan hanya mengambil jalan untuk menanti hidayah datang. Kita semua punya kekuatan untuk merubah kisah silam yang jahiliyah kepada masa depan yang penuh dengan cahaya islam. Ada banyak beza antara faqih dan fahim, antara tahu dan faham. Dulu aku tahu, sekarang aku faham. Kalaulah kita betul2 dapat menghayati Islam, pasti kita rasa kitalah orang yang paling beruntung sebab memilikinya. Aku rasa sangat syukur dengan Islam bila perhatikan rakan2 irish yang sesat dalam dunia mereka sendiri. Lebih2 menyedihkan kalau kita yang cukup ajaran Islam, masih degil tak mahu pulang ke jalanNya. Islam cukup sempurna. Cukup sempurna. Lebih2 lagi saat kita benar2 menghayati cinta yang agung itu, pasti tiada apa lagi yang lebih kita mahukan selain cinta dariNya. Pilihan di tangan kita. Selagi jam hayat kita masih berdetik. Sebelum terlewat.

Saturday, October 27, 2012

...tak tahu 'malu'...

Assalamualaikum,


Salam aidiladha, harap semua sahabat berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dibawah lindungan kasihNya.


Malam ni rancangnya nak study dgn dasyatnya, konon2nya lah sesudah seharian sibuk makan dan beraya sakan di Malaysia Hall. Tapi, sudah hampir 2 jam aku menghadap meja studyku sesudah aku berwudhu dan membersihkan diri, seru 'buku' itu masih belum datang. Aku menghadap screen laptop dengan fikiran kosng. Hati rasa bergetar, kadangkala terasa seperti ia sedang menangis. Sedih entah kenapa.






Bukan aku sedih kerana beraya diperantauan, aku sudah lali tentangnya. Bukan aku sedih kerana pelajaran, sudah berusaha sehabis daya, pada Allah juga kupulangkan segalanya. Bukan juga aku sedih kerana putus cinta atau tergolek kecewa, aku tahu Allah sebaik-baik Perencana.


Aku masih kaku menghadap meja studyku, masih dengan perasaan yang sama. Buku sudah ready saja didepan mata, entah, tangan ku kali ini mengikut perintah hati dan tidak akal, untuk aku terus kaku begitu. Sedih, sayu. Amat sayu. Tiba2 bahu ini seakan ada beban, terlalu berat untuk aku tampung. Mataku memandang tajam satu nota diatas kertas A4 dihadapan mejaku, yang kutampal tidak lama dulu. Cuba men'digest' mesejnya untuk jutaan kalinya. Tiap2 hari aku pandang nota ini, namun, terkesankah aku olehnya?




Tanpa disedari air mata menitis, perlahan. Terasa hangat namun ketika titisan itu mengalir, separuh beban itu seakan hilang. Aku cuba menampung air mata yang seterusnya dari jatuh, namun aku mengalah. Sekelip mata aku teresak2, sendirian. Aku menangis tanpa sebab, tapi dengan tangisan itu, ia seakan membasuh segala lelahku dan debu2 hidupku setakat aku hidup hingga hari ini.


Kehidupan,
Nama aku farah syazana. Saat air mataku masih mengalir, aku menitip nota ini. Aku tahu mengapa aku sedih. Aku tahu mengapa aku letih. Aku tahu mengapa bebanan yang berat tiba2 datang menindih. Saat aku kaku dan kelu itu, iman dan roh sedang berkomunikasi denganku. Mungkin sudah lama 'mereka' mencari peluang untuk ini, tapi selalunya gagal. Kerana aku terlalu sibuk dengan dunia. Aku terlalu sibuk bergelak ketawa. Aku busy benar dengan buku dan sains2 logika. Sibuk. Sibuk. Sibuk benar dengan dunia. Namun saat aku sendirian dan dalam damai sunyi itu, Allah menyentuh hati, meng'kaku'kan seluruh anggota, dan seolah membawa aku, mengingati kembali segala dosa dan kesilapan. Ya, mungkin ini request dari malaikat 'Atid yang mencatit khilaf dosaku, mungkin 'beliau' letih benar mencatit list2 dosaku yang bergunung tinggi, sepanjang aku bernafas kehari ini.


Kehidupan,
Aku bukan seorang manusia yang sempurna. Aku banyak dosa. Terlalu banyak dosa. Kalau dibilang pepasir di pantai itu, mungkin banyak lagi dosaku. Kalau dikira jutaan helaian daun yang gugur dibumi, berjuta lagi salahku. DIA saja tahu, betapa banyaknya dosaku. Yang TERANG, apatah lagi YANG TERSEMBUNYI. Kamu semua tak tahu, tapi DIA tahu. Larilah walau kehujung dunia, perbuatan kita takkan terlepas dari pandanganNya. Allah Maha Melihat.


Selalu, aku malu dengan DIA. Aku malu untuk menadah tangan memohon itu dan ini dariNya. Aku malu, malu sungguh. Mana tidaknya, DIA beri aku segala nikmat dunia. Namun aku selalu lupa melakukan suruhanNya, malah dengan selamba aku melakukan tegahanNya. Solatpun, khusyu'nya tenggelam timbul. Zikrullah, belum setiap saat meniti bibir. Aurat, belum sesempurna waliMu. Akhlak, belum secantik kekasihMu Ya Rasulullah. Ibu dan ayah didik aku untuk jadi insan yang tidak lupa diri, sentiasa mengenang budi, jadi anak yang taat dan berbakti. Namun mengapa kepada Allah yang telah membenarkan setiap helaan nafas ini, aku menyombongkan diri? Dah lah begitu, tidak segan silu berbuat dosa dibumi ciptaanNYA. Plus, muka tak malu, dengan nikmat yang ada lupa disyukuri, mahu diminta2 lagi itu dan ini. Nak cantiklah, nak pandailah, nak kahwinlah, nak kayalah, nak itulah nak inilah.. Aku, muka tak tahu malu.


Kehidupan,
Tiada siapa boleh beri jaminan, aku masih bernyawa pada jam seterusnya, malah, mungkinkah aku mati ada detik berikutnya. Aku akui, selama aku hidup, aku banyak tersesat dari jalanNya. Bukan setakat sesat, kadangkala hanyut, kadangkala tenggelam, tak timbul2. Namun DIA tetap terus membimbing, membawa aku kembali kepada cahaya. Manusia mungkin menyanjung, memuji, mengagumi, apa jua yang mungkin tercapai pada hari ini. Mereka kata aku beruntung, bahagia, gembira, cukup segalanya. Syukur, alhamdulillah. Alhamdulillah atas segalanya. Namun kehidupan, kadangkala aku tidak bahagia, mengenangkan banyaknya dosa. Kadangkala aku rasa aku ni hina, hina sangat. Hina, lemah, muflis. Tanpa DIA, aku tak punya apa-apa. KOSONG. ZERO. YILEK. Aku mengejar redhaNYA, aku mendamba cintaNYA.


Kadangkala aku jadi sedih sangat mengenangkan kelemahan diri. Cepat sangat lemah iman, cepat sangat terpedaya hasutan syaitan. Cepat sangat tertipu indahnya dunia. Walhal aku tahu, dunia ini sementara, kematian itu pasti. Azab kubur itu pedih, azab neraka itu masyaAllah! Aku tahu. Aku yakin semua itu benar. Tapi kenapa diri tetap lemah? Kenapaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Kenapa aku tak boleh jadi sehebat Saiditina Khadijah, seteguh Asiah, sekental Sumayyah.. Kadangkala aku terfikir, di padang mahsyar nanti, saat semua amal kejahatan dan kebaikan ditayangkan dihadapan semua makhluk, mana aku nak tanam muka aku ni sebab malu. Aku dah tak kisah pandangan manusia pada aku, tapi aku terbayang, adakah Allah akan pandang aku dengan kasih sayang, ataupun dengan kemarahan? Yang paling aku takut, Allah tak nak pandang aku langsung! Nauzubillah. Nauzubillah. Saat tu, mesti aku rasa akulah manusia paling rugi, pathetic! Kalau Allah yang Maha Penyayang pun dah tak mahu tengok aku, tiada apa lagi yang boleh selamatkan aku. Nothing.





Allah, bagi kita banyak masa. Allah, bagi kita banyak peluang. Allah, bagi kita banyak kasih sayang. Malah sebesar mana pun dosa kita melainkan syirik, Allah sedia memaafkan, asalkan kita kembali kepadaNya. Kenapa kita tetap degil? Kenapa tetap tak mahu solat? Kenapa tak mahu tutup aurat? Kenapa tetap nak buat dosa? Kenapa? Kenapa? Kenapa?!!!!!!!


Ya Allah, aku ni lemah, hina. Aku tak punya apa2. Aku tahu aku banyak buat dosa. Aku selalu kembali kepadaMu, tapi kadangkala saat mentari dunia memancar indah, aku sesat semula dari jalanMu. Ampaunkan aku Ya ALLAH. Berilah secebis cintaMU, agar aku dapat merasai nikmatNya jalanMu dan mengecap syurgaMu, yang paling penting, mencapai redhaMu.

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah menjadikan kerahmatan itu sebanyak seratus bahagian, olehNya ditahanlah yang sembilan puluh sembilan dan diturunkanlah ke bumi yang satu bagian saja. Maka dari kerahmatan yang satu bagian itu sekalian makhluk dapat saling sayang-menyayangi, sehingga seekor binatangpun pasti mengangkat kakinya dari anaknya karena takut kalau akan mengenai -menginjak anaknya itu.”


See, Allah sayang kita. Kenapa kita angkuh dengan melakukan laranganNya? Selagi jam hayat kita berdetik, kembalilah kejalan Allah swt. Allah, Maha Pengampun, Maha Penyayang. Maha Lembut, kelembutannya membelai, menenangkan. Subhanallah. Kekalkan air mata ini, agar ia menjadi perisai dari aku disentuh api nerakaMu. Selamatkan aku...(T_T)

Tuesday, June 19, 2012

..wanita berjubah hitam..

Assalamualaikum,


Hari ni aku tak ke hospital, rancangnya nak menghabiskan masa seharian untuk membuat 'pecutan' terakhir untuk exam jumaat dan sabtu ini. Dan jarang sebenarnya aku akan mencatat entry ditengah2 minggu yang sibuk begini. Apatah lagi minggu exam. Tapi penyesalan yang aku ada dalam hati ini, teramat sukar untuk aku lepaskan.


Ya, penyesalan yang tak dapat aku tebus. Moga apabila aku mencatat entry ini, ketenangan itu akan datang sedikit demi sedikit.







Kisahnya begini. Semalam aku ada exam VIVA untuk logbook paediatricsku. Alhamdulillah dengan izinNya, lancar sekali lidahku menjawab semua soalan2 yang bertubi2 diajukan oleh Prof O' sullivan dan Dr chris pitan. Alhamdulillah. Dan dalam tutorial di triage emergency department petang itu juga, aku asyik dipuji2 Dr michael barret kerana dapat membuat demonstrasi resuscitation dengan baik. Alhamdulillah.


Dengan hati yang riang dan gembira, lebih kurang 3.30 petang, aku bergerak pulang menaiki bas, niat di hati hendak ke city centre sekejap. Nak membeli barang makanan sedikit, fridge di rumah dah kontang tak ada makanan. Lagipun, housemates ku semua dah pergi bercuti, tinggal aku keseorangan melalui minggu terakhir ini.


Setibanya aku di city centre, aku tiba2 excited pula nampak kedai CLARK buat sale. Actually aku ni sebenarnya jenis yang sangat kedekut berbelanja untuk diri sendiri. Aku tak kisah nak berbelanja sakan untuk keluargaku. Biasanya duit aku akan kering je bila cuti2 begini kerana beli barangan kiriman keluarga, tapi tak mengapa, setengah aku belanja, setengah mereka bayar untuk barang yang dikirim. Lagipun aku tak kisah, kerana aku senang benar bawa barangan di sini pulang ke malaysia. Kerana aku tahu mereka akan sangat happy. Bila mereka happy, aku sejuta kali lebih happy. Jadi bila duit habis, aku tak dapat sangatlah ber shopping sakan seperti rakan yang lain. Kerana itu jugalah kot aku ni 'fashion outdated'. =p


Tiba-tiba hari ini, aku rasa macam nak beri reward pada diri sendiri untuk semester yang sangat memenatkan ini. Alhamdulillah, tiba-tiba aku nampak kasut yang idam2kan dan duk usha dari dua bulan yang lepas turun separuh harga. Selama ni aku memang asyik pergi usha je kasut tu tapi tak pernah beli sebab nak simpan duit untuk shopping keluarga. Tapi, alhamdulillah, aku akhirnya belilah last pair kasut yang aku suka sangat tu. Ini rezeki aku, aku anggap Allah mendengar isi hati aku dan memberkati usaha aku menggembirakan keluarga dengan mempertemukan aku dengan kasut itu itupun dengan harga yang murah!! (^_^)



Aku keluar dari CLARK dengan hati yang menyanyi2! Wah happy sangat ni. Iyalah, orang kedekut dengan diri sendiri beli sesuatu untuk diri sendiri hari ni! =p Dan aku juga ternampak sehelai baju labuh yang sangat cantik yang selalu aku usha juga, tapi tak pernah aku beli kerana harganya sekitar 20 euro=100 ringgit.. Tapi terasa macam nak beli pulak hari ni, hehe. 20 euro mahal bagiku, tapi disebabkan jarang benar aku nak beli barang untuk diri sendiri, aku nekad untuk tutup mata sahaja untuk 20 euro tu. Walaupun akaun ku dah kontang sangat sebab duit aku banyak yang aku dah transfer ke akaun malaysia... Namun, berlaku sesuatu selepas itu...



Sedang aku berjalan2 menuju ke pasar dublin, tiba2, aku dipertemukan dengan seorang wanita tua berjubah hitam, bertudung hitam. Pakaiannya agak kotor, tangannya menggigil2.. Dia menghulur tangan untuk bersalam denganku, aku menyambut salamannya dengan penuh keraguan. Bukannya apa, sebenarnya ramai wanita2 menyamar bertudung atau berjubah begini suka meminta2 duit pada orang ramai. Ramai antara mereka bukan muslim pun, tp sengaja bertudung, menfitnah agama islam dengan berkelakuan meminta sedekah begitu, menggunakan anak2 kecil meminta duit. Itu yang aku macam percaya tak percaya wanita berjubah hitam dihadapanku itu.






Selepas dia bersalaman denganku, dia mengeluarkan sekeping kertas buruk, yang merupakan kertas prescription ubat, aku tahu itu kertas prescription sebab aku kan dah dua tahun 'bekerja' di hospital. Dan dia memegang inhaler di tangan yang satu lagi, tangan yang terketar2. Dia seolah2 berbicara, tapi tak sebutir perkataan pun keluar dari mulutnya yang terkumat kamit. Apa yang aku faham dari perlakuannya itu, dia seolah ingin meminta aku memberikannya 20 euro untuk membelikan ubat inhaler itu. Aku kaget sebentar, tak tahu nak percaya atau tidak, sebab ini bukan kali pertama wanita yang tidak aku kenali begini meminta2 duit kerana mereka tahu aku muslimah, dan orang islam itu pemurah.


Dia terus merayu2, walaupun tanpa sebarang bunyi, hanya dengan mulut yang terkumat kamit. Aku harus buat keputusan. Percaya atau tidak. Lagipun, duit aku memang tak banyak, hanya cukup2 sampai elaun hujung bulan ni. Ini pun aku berbelanja berani mati, lagak macam duit berlambak dalam akaun. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak mempercayai wanita itu, dan berlalu dari situ.



5 minit aku berlalu dari situ, tiba2 aku dibelenggu suatu rasa aneh, seolah rasa kesal. Bayangan wanita tadi menjelma2 dalam fikiran.

Betulkah apa yang aku buat?

....Kalau aku boleh beli kasut dan baju untuk diri sendiri, apalah sangat kalau aku belikan ubat untuk wanita tadi.

....Tapi, aku bukannya banyak duit sekarang, balik malaysia ni pun aku kena buat 'projek' yang perlukan duit, so aku kena berjimat2. Dan bukan senang aku nak belikan barangan yang aku suka untuk diri sendiri setelah sekian lama, entah kenapa hari ni aku bermurah hati dengan diri sendiri. Boleh jadi hari 'non self-stingy day' ni hanya datang 3 kali je setahun.

....Tapi, bolehkah aku percaya wanita tadi, entah2 dia tipu, hanya helah mencari duit. Dulu pun aku jumpa wanita yang pura2 buat anak sakit, tapi sebenarnya mereka tipu, budak kecil itu dikongsi beramai2. 20 euro tu, banyak.. Kalu 5 euro, aku tak kisah..

....Tapi macam mana kalau wanita itu memang benar2 sakit. Inhaler tu sangat penting untuk orang menghidap asthma, mereka boleh mati tanpanya. Aku ni bakal doktor, aku sangat jelas tentang perkara ni. Macam mana kalau wanita tadi benar2 perlukannya. Berdosa aku kalau sesuatu berlaku padanya..



Hati dan jiwa aku terus berperang2 dengan perasaan. Ya Allah, inikah ujianMu Ya ALLAH.. Menguji iman ku. Antara nikmat diri sendiri atau memberi pada orang yang memerlukan. Adakah aku telah membuat keputusan yang salah..



Akhirnya aku pilih untuk mempercayai kata hatiku. Tak mengapalah, 20 euro untuk membantu wanita itu bertahan dengan penyakitnya untuk sebulan lebih besar nilainya dari mengisi keinginan 'duniawiku'. Tak mengapa aku terpaksa ikat perut sedikit, nak balik malaysia dah ni lagipun. Aku pilih untuk mempercayainya, samada dia tipu atau tidak, aku serahkan pada Tuhan, yang penting niatku ikhlas. Aku patah balik, berlari ketempat aku bertemu wanita tadi.



Malangnya, wanita tadi sudah tiada lagi disitu. Aku berjalan pantas, mataku melilau2 mencari kelibatnya kembali. Kalau aku menemuinya, aku sendiri akan bawanya ke farmasi dan membelikan ubat inhalernya itu. Aku berjalan menulusuri lorong tadi, tapi ternyata wanita itu sudah tiada lagi disitu..




Aku pulang dengan perasaan yang berat. Aku memandang sayu beg2 kertas berisi kasut, baju dan sedikit makanan. Alangkah tenangnya aku kiranya, beg2 ini diiringi dengan ubat inhaler yang dapat kubeli untuk wanita tadi. Sebaik aku menaiki bas meninggalkan city centre, mataku masih mencari kelibat wanita itu, tetapi dia sudah tidak kelihatan lagi..



Allah menguji disaat aku harus memilih diri, atau wanita tadi. Aku kesal atas kelemahan imanku. Aku tahu, wanita tadi mungkin Allah turunkan sebagai ujian, namun ternyata aku gagal. Aku minta maaf.. Aku sangat berharap, ada seseorang yang lebih mulia dariku dapat membantu wanita tadi.. Ya Allah ampunilah hambaMU yang lemah ini....







HARTA DUNIA INI TIDAK BERNILAI SEKIRANYA IA TIDAK DISUCIKAN DENGAN KEBAJIKAN. BUKAN HARTA ITU YANG KITA BAWA BERSAMA MENEMUI TUHAN, TETAPI INFAK DAN KEBAJIKAN DARINYA..


Aku kesal. Kesal yang tak dapat ditebus. Aku.. Tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama..

(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui.(Qs 2:273)

Saturday, June 16, 2012

bara perjuangan 'al kahf' ku.... =p

Assalamualaikum,



...."barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya"....(surah al Kahf : ayat akhir 110)...


tercungap- cungap aku menghabiskan ayat-ayat akhir surah al kahf di pagi sabtu yang tenang.. hai, kalau semangat tak kuat, memang dah lama aku tangguh lagi habiskan surah ni dan pergi korek isi dapur nak isi perut yang lapar sangat2 ni.. aku menarik nafas panjang. wooooaahhhhh! panjang surah ni!



aku dengar banyak kelebihan baca surah al kahf hari jumaat;
Rasulullah bersabda: "Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya". ( H.R Baihaqi)


dulu aku tak cuba nak amal, tp bila tengok sahabat2 semua amalkan, rasa mcm ketinggalan pula ( sebab tu penting bersahabat dengan kalangan orang soleh, mereka menarik kita untuk berbuat kebaikan (^_^)). So aku pun trylah nak amal baca al kahf, setiap jumaat. Masa mula-mula nak amalkan, selalu memang baca tak habis, separuh jalan je aku baca surah al kahf ni. ALASAN : busylah, balik hospital lewat petang, mengantuk nak tidur, surah ni panjang sangat, tak cukup masa dan bla..bla..bla.. Biasalah manusia kan cukup suka bagi alasan..


Then I tried harder, aku try baca al kahf setiap jumaat, then kalau tak dapat nak habiskan, aku sambung habiskan hari sabtu macam yang aku buat sekarang ni. wuuu wuuu tp still, tidak mencapai matlamat, al kahf harus dibaca setiap hari jumaat. Alasan akulah kata surah ni panjang, padahal ok je, 110 ayat je. so aku ni memang teruk, full of excuses! Lagipun sahabat2 aku semua boleh buat, kenapa aku tak boleh..kenapa aku rasa berat sangat nih... adakah aku ni seorang muslimah yang memang teruk...=(







Dulu masa mula2 nak amalkan yaseen setiap pagi pun aku rasa macam ni, nak memulakannya memang susah. banyak betul alasannya. yasin ada 83 ayat. Tapi disebabkan yaseen tu memang da kena dihafal sejak dulu, so boleh baca dengan lancar dan laju je. So setiap pagi aku just amek masa 10 minit je untuk habiskan surah yaseen setiap pagi. nak istiqamah, nak pergi berjuang, nak pergi belajar, berbekal yaseen setiap pagi, dengan harapan semoga diterangkan hati dan mudah ilmu nak masuk. sekarang kalau tak baca yaseen pagi2, hari aku akan rasa janggal, macam tak complete. satu hari serba rasa tak kena, ada je benda yang akan aku buat salah. macam tulah penangan surah yaseen yang telah jadi teman akrabku. alhamdulillah.



aku akui, mula-mula memang akan rasa berat, tp kena paksa diri. kalau kita boleh luang kan 2 jam masa kat panggung wayang, boleh tunggu 4 - 5 jam nak tonton perlawanan bola sepak kegemaran, boleh bertahan sakit kaki shopping seharian, takkan nak baca yaseen yang ambil masa lebih kurang 10 minit tu pun kita rasa payah sangat. takkan nak baca al quran kita rasa tak boleh buat. adakah kita manusia ini memang keras hati, keras kepala dan suka mencipta beribu alasan?


we always wanted Allah to pleased us dengan berbagai nikmat dan rezeki, but kenapa kite susah sangat nak pleased Allah then? What is our problems actually? what is my your problem farah?! ='(


SIGH.....................................................






selalunya orang suka cakap statement 'bila bersedia baru nak buat'. hakikatnya kita manusia memang tak pernah nak bersedia. sedia sampai bila? sampai malaikat maut panggil nak cabut nyawa? hakikatnya, nak buat kebaikan, nak perkuat amalan, kita kena paksa diri kita.



Aku tulis entry ni bukan nak hebah pada satu dunia yang aku baca al kahf hari jumaat, baca yaseen setiap pagi. bukan. nak ikutkan, aku ni memang serba compang camping, bukan muslimah yang sempurna adanya..tapi aku just nak share betapa lemahnya aku ni sebagai manusia, yang suka cipta alasan padahal Allah dah kurniakan aku banyak kebaikan. kita semua ni lemah, kalau lagu2 cinta kita boleh duk sibuk menghadap youtube menghafal lirik, apa yang duk susah sangat nak buka al quran. Padahal baca dan amalkan al quran tu lebih banyak kebaikan. contoh al mulk setiap malam, sebagai pendinding dan pagar untuk aku yang sering kena tinggal sorang2 kat rumah dublin ni. cuak juga tau macam sekarang ni housemates emua pergi bercuti, seminggu aku akan tidur keseorangan. tapi alhamdulillah, al mulk itu akan dikumandangkan setiap malam. aku rasa lebih selamat, terasa dilindungi. kan Allah itu tak pernah memungkiri janji. itu yang beri kekuatan, yang beri perlindungan. bukan lagu2 yang kita duduk menghafal siang malam tu.



Lagipun, al quran itu yang beri cahaya pada wajah, pada hati, pada seluruh hidup. seriusly, tenang baca al quran tak boleh dapat di mana-mana, takkan sama dengan tenang kita dengar lagu2 yiruma contohnya, takkan tenang dengar lagu2 cinta. lain, sangat lain.







Ya ALLAH, aku ni lemah.. teruk.. lemah sangat.. bantu aku.. bantu kami...


Ya Allah tunjukkan kami apa yang kami lupa, ajari kami apa yang kami tidak tahu. Beri kami kekuatan agar jumaat2 kami seterusnya akan diterangi surah al kahf, hingga ke akhir hayat kami. Beri kami kekuatan ya Allah! (^_^)

Saturday, May 26, 2012

When we have HIM, it makes all the DIFFERENCES =)

Assalamualaikum,


Pagi yang panas, fosterbrook neighbourhood, 11.00 pagi


Jujur aku katakan aku sudah penat. Sejak akhir-akhir ini, semangat aku menjunam turun. Setiap hari yang aku lalui tidak seceria selalu. Mungkin kah sebab aku sakit kebelakangan ini? Atau kerana banyak perkara yang telah membuat aku runsing sejak akhir-akhir ini?



Aku tidak enjoy dalam rotation paediatrics kali ini. Mungkinkah sebab ahli-ahli groupku yang tidak sebaik dulu? Ahli group aku dalam obs & gynae 2 minggu lepas, sangat baik dan best. Aku memang senang amat dengan mereka biarpun aku seorang saja pelajar bertudung dalam seluruh rotation, dan sememangnya aku berharap itu tidak menjadi alasan untuk aku terasa jauh dari mereka yang berlainan agama dan fahaman ini.. Tapi kali ini lain pula ceritanya. Dalam group aku kali ini, setiap dari mereka sedikit mengambil jarak dariku. Susah benar untuk bersembang, tak kurang juga ada antara mereka yang tidak menyenangi sesama mereka sendiri. Bila tutorial bedside, masing2 ligat mempamerkan kebijaksanaan masing2, terasa macam pertandingan pula gayanya.


Mungkin itulah sebabnya, aku sedikit berat setiap kali ingin ke hospital. Suasananya membuat aku terasa asing sekali. Nasiblah kan. Kalau dapat rakan-rakan yang baik dan ramah, kira rezeki. Bila sudah begini, apa lagi yang mampu dilakukan selain bertahan. Teringat kata-kata Nabila ketika dia menjalani rotation general practitioner 2 minggu lepas, katanya, " Seksa gak weyh bila dapat group yang ahlinya tidak friendly dan sedikit mendiskriminasi rakan-rakan berlainan agama dan cara. Aku lebih seronok bila rotation ke luar dublin yang keseorangan daripada dalam group yang ramai tapi terasa amat asing sekali".



Bila aku pulang ke Malaysia, orang selalu berkata padaku, " Wah ni dia orang oversea dah balik! Seronoknya belajar oversea kan!! ". Itulah dialog biasa aku dengar. Responku hanyalah senyuman. Bagiku, melancong ke luar negara itu seronok. Tapi belajar lama-lama di negara orang, seronoknya tidaklah seperti yang disangkakan. Lebih-lebih lagi kalau medicine clinical, bila kami harus terjun ke dalam masyarakat dan komuniti hospital di tanah barat ini. Dalam clinical, kominikasi adalah amaaaaatttt penting. Lebih sukar lagi bagi kami yang sejak kecil bertutur bahasa ibunda yakni bahasa melayu. Communication tentulah menjadi salah satu masalah terbesar bagi kami. Bagi aku. Bukan kami tak pandai bertutur. Dah empat tahun merantau, tentulah kami bisa bertutur dengan baik. Tapi, tidaklah aku bisa bercakap sepetah native speaker disini yang tuturannya selaju bullet train london-paris. Aku tentulah bertutur dengan kelajuan LRT saja.



Kadang-kadang masalah ini menjarakkan sedikit kami dari rakan-rakan disini. Ada antara mereka yang sangat baik, tapi ada juga yang tidak. Tidak kurang ada yang juga yang memperlekehkan potensi sebenar kami. Tidak kurang juga ada juga doktor-doktor yang beranggapan begitu. Mereka memandang rendah kemampuan sebenar kami. Bila ada sesi presentation atau soal jawab, selalu dibanding2kan kepetahan kami berbanding anak-anak tanah barat ini. Bagiku tidak adillah begitu kan, dah memang mereka membesar dengan bahasa Inggeris, memanglah petah dan fasih bila jawab soalan. Sepatah ditanya, sedulang dibalas. Kalau ditanya dalam melayu, jangan kan sedulang, selori pun aku boleh jawab. Sekurang-kurangnya, aku boleh menguasai bahasa mereka, bahasa melayu, bahasa arab pun aku layan. Mereka tak tahu agaknya aku bukan datang sini bodoh-bodoh je, tapi kena melalui proses penapisan yang sangat sukar. Ingat senang-senang kot nak dapat biasiswa sejuta ringgit ini. Tapi nak buat macam mana, kenalah telan. Dah aku menuntut disini kan.



Itulah antara cabaran yang sangat hebat bagi aku untuk terus survive. Sesetengah mindset doktor-doktor disini terhadap kami kadang2 amat memeritkan. Ada juga yang racist. Kadang2 yang paling teruk yang pernah aku jumpa, apabila aku attach dengan satu doktor yang memang tak suka langsung bangsa lain ni, kalau kata aku berdua dengan rakan irishku, alamatnya aku ni jadi halimunan sepanjang minggu. Kalau dia mengajar dia tak sekalipun akan pandang aku, tak sekalipun bertanya aku, as if aku memang tak wujud kat situ. Begitulah kadang2 kalau nasib aku tak berapa baik terpaksa attach dengan doktor yang agak racist dan memandang rendah terutamanya kami yang berhijab ni.



Sebab itulah aku selalu cakap pada ibu. Bukan mudah nak survive. To be honest, aku tak enjoy sangat pun menuntut di sini terutamanya bile clinical, kerana beban stressnya sangat besar. Badan penat dan letih aku tidak kisah, aku sememangnya budak nerd yang suka belajar. Cuma beban emosi, perasaan dan psikologi nya itu yang kadang2 tak tertanggung. Terutamanya bila nak exam practical, cuak sangat okayh! Takut tersasul haha Racist2 dan kena pandang rendah satu hal lah, kadang2 kami ada je tak faham apa yang diterangkan oleh doktor ketika ward round atau di OT, nak2 lagi kalau mereka bercakap laju dan perlahan sangat. Tapi kami dah biasa, balik kena baca sendirilah kan. Mungkin sebab itu jugalah kami nampak cam slow sikit, sebab communication barrier, nak2 kalau accent irish yang pekat dan laju tu. Sebab tulah aku setuju sangat dengan pendapat, sebenarnya, kita boleh memaksimakan potensi anak bangsa kita apabila mereka dididik dalam bahasa ibunda sendiri. Aku setuju sangat2. Tak caya, tengoklah orang Jepun, orang Spain, orang Italy, orang France, kebanyakan mereka mana reti cakap inggeris. Mereka rileks dan pandai je. Kita je yang duk beria2 nak lenyapkan bahasa ibunda. Jangan jadi macam orang Irish ni, bahasa Gaeillege mereka ni macam nak pupus da. Anak-anak muda memang langsung tak reti cakap Gaeillege.



Tapi aku bersyukur je dengan kelebihan yang Allah beri ni. Ini rezeki aku, ni perjalanan yang Allah dah tulis untuk aku. Setiap kali aku rasa down dan patah semangat, aku selalu ingat ayat ni;

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan, dan juga menanggung dosa kejahatan apa yang diusahakannya." (2:286)


Kalau Allah suruh aku duduk 5 tahun kat sini, bermakna aku mampu. Aku mampu! Sebab itulah walaupun memang aku tak suka duduk jauh2 dari family aku, dan berada dalam environment yang kadang2 buat aku rasa stress amat, aku tetap bertahan. Ibu selalu ingatkan aku supaya bersyukur dengan nikmat dan kelebihan ni. Tak semua orang dapat apa yang aku kecapi sekarang. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kadang-kadang to be honest, aku cemburu juga dengan budak2 medic malaysia, berada dalam komuniti bangsa sendiri, merawat bangsa sendiri, dan ada kawan2 yang semuanya saling memahami. Penting tau untuk kita enjoy apa yang kita buat. Tak ada risau2 patient tu tak suka bila tengok kita bertudung, tak ada risau2 pasal doktor, patient atau member yang racist atau ada mindset yang tak best terhadap kita. Bila stress, boleh keluar makan2, balik rumah family, jalan2 naik kereta. Tak macam aku, abes hospital balik rumah tido, bangun g hospital balik rumah tido. Tak ada life to be honest, lagi2 bila dah busy amat2 begini. Bila sedih, memang rindu sangat ibu dan keluarga, tapi apa daya, mereka jauh tak tercapai. Harus kuat! Harus kuat!






Medicine sememangnya bidang yang sangat sukar, sukaaaaaaaaaaarrr sangat. Jadi, nak menempuhnya perlukan kekuatan bukan saja dari segi kebijaksanaan, tapi juga dari segi mental dan emosi.Tapi inilah perjalanan aku. Yang Allah dah beri, aku kena tempuh, biar kadangkala hati rasa tak rela. Kadang2 air mata jatuh sendiri, tak tau apa punca. Sebab sedih? atau rindu family? Atau sunyi? Aku sendiri tak tahu apa sebabnya.




Satu lagi perkara buat aku bingung dan runsing. Pasal exam. Dalam rotation kali ini, aku tengok consultantnya semua garang2 sikit, tegas. Mereka jugalah yang akan jadi examiner. Aku harap, mereka tidak ada apa2 sentimen terhadap aku, satu2nya pelajar berhijab rotation kali ini. Ada salah seorang antara mereka yang selalu buat aku rasa terasing, kalau nama semua orang lain dia boleh ingat, nama aku jarang benar disebut. Kadangkala, from the first look dia pada aku, dia macam ada mindset pada aku. Aku boleh baca dari cara dia melayan aku dalam tutorial. Tapi aku tak pernah mengalah bila dilayan begitu, walau jauh disudut hati aku down sangat, tapi aku selalu tunjuk yang aku juga setanding dengan anak-anak bangsa bangsa tanah barat ini. Sebab itu aku masih gah berdiri diantara mereka, walaupun dengan perbezaan agama dan budaya. Dengan hijab yang amat aku izzah tentangnya. You are not dealing with the precious look that is hidden inside my hijab, u are dealing with my real potential. U might think im so down below or being oppressed with the way im covering myself, but u couldnt deny the strength i have inside. I have Allah inside.



Aku bimbang benar, kalau2 aku dapat consultant ni dalam exam nanti, takut dia bagi markah pada aku berdasarkan apa yang dia fikir tentang aku, dan bukan berdasarkan apa yang aku perform dalam exam nanti. But i might be wrong, he might be a very nice examiner. Allah knows. Aku bimbang sangat dengan exam clinical nanti. Bimbang aku tak lepas.



So the i arrived at the most important point yang aku nak sampaikan dalam entry kali ini. Hey farah syazana, apa yang kau nak bimbang sangat ha??!! Kau lupa ke siapa yang pegang kejayaan kau? Allah dan bukan examiner tu! Ya, memang zahirnya nampak cam examiner tu yang bagi markah kat kau atas kertas markah tu, tapi kau lupa siapa yang pegang hati-hati mereka? Allah! Allah! Allah! Jadi apa yang kau nak serabut-serabut bimbang exam nanti???


Astagfirullah.. Inilah akibatnya kalau iman selemah ini. Tersentak aku dalam kelemahan jiwa aku sendiri. Apa yang buat umat Islam kuat? Kerana mereka punya Allah. Subhanallah. Allah yang pegang kejayaan aku. Aku pandai mana pun macam albert einstein, if Allah say no, it means no! Kalau aku terer gila manapun, kalau kata aku tak lulus, tetap tak lulus. Kalau lah orang tu orang paling lemah sekalipun, kalau Allah kata dia cemerlang, dia akan cemerlang. Inilah keyakinan pada Allah. Inilah iman!



Tugas aku ialah, aku usaha yang terbaik. Biar perjalanan kali ini banyak likunya, banyak air mata, aku kena tetap yakin dengan Allah. Aku ada Allah, mereka tak ada Allah. Ya, aku rasa sedikit terasing kali ini, aku terasa macam diperlekehkan. Mereka mungkin anggap aku lemah kerana aku tidak dapat bertutur sefasih mereka, tapi mereka tidak tahu kekuatan yang aku miliki. Dalam perjalanan ini, kekuatan terbesar ialah taqwa ini, keyakinan pada Allah tidak berbelah bahagi. Mereka mungkin rasa simpati pada aku yang sendirian berhijab, ya , mungkin tampak sedikit menyendiri dan asing, tidak kurang juga ada yang mahu sedikit menjauh, tapi aku punya kekuatan tersendiri. Allah. Allah.


“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)


Ya Allah, Kau sebenarnya mahu menjadikan aku manusia yang lebih kuat kan? Kerana itulah Kau beri aku kesusahan dan kesukaran ini. When the going gets tough, only the tough gets going. Aku tak nak risau pasal exam lagi, aku nak usaha je yang terbaik, tawakal padaMu, aku serahkan seluruh diriku padaMu Ya Allah, Kau tetapkanlah apa yang terbaik untuk diriku. Bukan examiner tu yang tentukan aku lulus atau gagal, tapi Allah jualah datang segalanya. Aku yakin!


Leeegggaa setelah menulis. 4 minggu lagi sebelum menjejaki malaysia kembali. Ya Allah kuatkan hambaMu ini. Semoga kami semua berjaya dunia akhirat!


When we have Allah, it makes all the Differences!!!! (^_^)

Saturday, April 28, 2012

...Kasih KITA... sumber kekuatanku, yosh! (^-^)

Assalamualaikum,

Fosterbrook neighourhood, 6.15 pagi.



title yang kontroversi???





.................................



Subhanallah, pagi yang nyaman, angin sepoi2 bahasa di luar jendela. Subhanallah, asyik menyaksikan mentari yang mula malu2 menampakkan diri. Harini aku bangun awal, almaklumlah sebab semalam aku 'syahid' sangat awal dan terus lena tak sedarkan diri hingga pagi tadi. Bahana kepenatan amat menghadiri 8 lectures/tutorial back to back dr awal pagi hingga lewat petang. dan mengayuh basikal pulang sejauh 11 kilometer dari hospital (tetibe aku terasa dah boleh masuk le tour de langkawi sbb skrg mmg da jadi cyclist tegar haha)=p..... tapi balik rumah lembik jadi sayur masak lemak, penat!



sebelum aku terlupa, melakukan perkara wajib yang perlu aku buat setiap kali aku mencelikkan mata di waktu pagi;



"Alhamdulillah..syukur atas nikmat bonus kehidupan sehari lagi yang telah kau berikan buatku, buat kedua ibu bapaku, keluargaku dan seluruh umat Islam. Alhamdulillah atas nikmat nafas, nikmat pancaindera, nikmat rezeki dan nikmat akal fikiran, segala nikmatMu. Alhamdulillah, terima kasih Allah! Sahaja aku memulakan hari ini keranaMu Ya Allah! " (^_^)



Pejam celik pejam celik, dah genap sebulan aku menjalani rotation obs & gynae. Subhanallah, benarlah kata ulama, masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak pantas dan leka, ia akan memotong kita. Kurang 2 minggu lagi aku akan menghadapi peperiksaan akhir rotation.



Terasa baru semalam aku gementar. Gementar untuk melalui rotation obs & gynae ini. Mengapa? Sebab kini aku harus melaluinya tanpa rakan-rakan seperjuangan (rakan2 malaysian), yang selama ini telah banyak membantu aku menempuh hampir 4 tahun pengajianku disini. Dalam rotation sub specialties ini, kami perlu melalui 4 rotation berlainan iaitu General Practitioner (gp), pschiatry, obs & gynae dan paeds. Sebenarnya aku dan rakan2 semua pakat2 memilih gp dan pscyh, tapi dengan takdir Allah aku tercampak ke rotation obs & gynae dan kebanyakan mereka dapat buat gp & pscyh dahulu...






Pada mulanya aku mengeluh pada ibu.. Terasa tidak yakin. Yelah, ini negara asing. Bukannya aku tidak berkawan dengan orang2 putih, aku okay sahaja. Tapi persahabatan aku dengan orang disini terbatas, atas dasar pergaulan yang harus dijaga. Kalau setakat bersembang itu aku tiada masalah, tapi sorylah, peluk2, pegang2 dan ke kelab bersama memang tidaklah. Aku 'eksklusif' untuk bakal suamiku sahaja okay!! muahahahahaha =p.. Perkara inilah yang mungkin sukar sedikit untuk difahami mereka terutamanya yang lelaki. Lebih2 lagi aku berhijab, mereka sedikit skeptic. Tapi actually aku mudah sahaja untuk berkawan dengan mereka, mmg secara semulajadinya aku peramah (bueekkk =p). Tapi itulah, will meet new friends from different hospitals, cukupkah 6 minggu ini untuk aku membuat rakan2 baru dan menyesuaikan diri seorang diri???



Hujung minggu sebelum rotation bermula, seharian aku bermuhasabah diri. Bangun qiam memohon kekuatan. Aku tahu ketidakyakinan ini bakal menghancurkan. Langkah harus dimulakan dengan teguh. Yakin Allah ada bersama. Lalu sepotong ayat yang sudah lazim didengar memberi impak yang besar kepada diri, buat jutaan kalinya;


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)


Allah lebih mengetahui tahap kesediaan hambaNya. Ada kekuatan yang tersembunyi dalam diri kita, tinggal kita sahaja untuk mencari kekuatan itu. Ayat inilah yang kita akan pegang sebagai suatu tolakan dalaman untuk terus bertahan dan tabah dalam menghadapi sebarang situasi. Ya, bagaimana aku boleh terlupa sedangkan sudah jutaan kali diingatkan. Memang manusia bersifat an naasiah, bersifat PELUPA. Maka aku memulakan langkah dengan yakin. Dengan yakin, bersama Allah!



So farah syazana stop complaining and just do it!!






Alhamdulillah, pada mulanya sedikit payah. Bila didalam kelas, perkara normal yang berlaku pada setiap dari kami malaysian esp yang bertudung ialah biasanya, bila kita duduk di satu2 seat, biasanya jarang orang2 putih ni nak duduk sebelah seat yang dekat dengan kita. Melainkan kalau Irish tu mmg jenis yang baik dan tidak awkward dgn rakan berlainan agama. Tulah sebabnya kadang2, kami nampak macam 'lone ranger', sebelah seat takde orang duduk. Ini kisah benar ye, tak tahulah kalau ditempat lain, lain pengalamannya. Sebab tu apa yang aku buat selalu ialah aku selalu masuk time betul2 nak start kelas, time tu seat macam penuh2 gitu, dan aku yang memenuhkan seat yang tinggal. Tak mahulah nampak cam terasing. kih2 kantoi! =p Tapi ini aku namakan skill of survival hahahaha


Rakan2ku dalam rotation kali ini ramai muka2 baru, sebab mereka dari hospital yang satu lagi dalam rotation medicine and surgery yang lepas. Ramai canadians. Tapi canadians ni semua baik2 je. Memang aku ni semua orang kenallah, wakil tunggal yang memiliki pakaian dikepala, yakni bertudung. So semua profs and lecturers akan perasan je keberadaan aku didalam kelas tu. So aku tidoq ka, kalau aku cam mamai2 ka, atau kalau aku cam passive amat dalam kelas, confirm nama kena panggil Mereka ni tahu nama aku kay, sebab dah aku seorang je yang pakai tudung haha =)






Cam yang selalu aku ceritakan dalam status facebook aku, kadang2, ada beberapa doctors yang agak skeptic dengan orang bertudung. Maklumlah, aku akui, lidah belacan tambah gulai masak lemak ni tidak lah sehebat lidah mereka yang dah dari kecil bertutur dalam bahasa inggeris. Mereka jawab soalan lajunya macam bullet train, aku ni bertutur cam lrt sket. Bukanlah macam KTM yang super lembab tu! Fluent je, cume kadang2 bile lost word, tersangkut. haha Aku tidak malupun mengatakan yang aku ni english tidaklah sehebat mana, aku membesar guna bahasa ibunda okay! Dan aku bangga dengannya! Tengok orang2 Jepun, Italy, Spain, mereka semua tak reti cakap english, mereka bangga dengan bahasa mereka, jadi kenapa kita orang melayu ni sibuk2 nak menghapuskan bahasa ibunda sendiri?? Kalau mereka nak pandang rendah pada aku pun, sekurang2nya aku boleh bertutur bahasa mereka dengan baik okay, siap boleh belajar sini lagi! Depa boleh cakap bahasa aku?? hehe



Ada juga doctors yang suka hentam aku. Apa ku buat semua salah. To be honest, walaupun aku ni seorang je malaysian, aku ni memang jenis suka jawab soalan dalam kelas. Active student sket, dah biasa dari sekolah. Rajin bertanya gak. So aku ni bukanlah pendiam dan suka menyepi dalam kelas. Tapi itulah, mereka selalu ingat kami ni pemalu pendiam. Tapi aku ni bukan.



Being discriminated perkara biasa yang dialami oleh setiap pelajar malaysian, again especially yang berhijab. Sometimes bila mereka mengajar, kami ni macam tak ada kat situ. Halimunan. Mereka duk focus dekat pelajar local je. Mungkin sebab kami ni pendek kot haha. Tak semua doctors macam tu, tapi ada sebilangan dari mereka. Ramai je yang baik2, but what to do, these things happen.Tapi i have to say, doctors yang mengajar kat sini ramai sangat yang baik2. Tapi just ada sebilangan dari mereka yang tak suka kot orang luar. Juat a few. So Like i say, tak kiralah how good u are, depa ni memang susah nak akui yang u ni a good student. Kadang2 mereka anggap u ni tak sebagus rakan2 lain, mungkin because of communication barrier. Macam yang aku kena, kalau orang lain jawab soalan, salah pun, mereka cam sangat pat on the back sebab at least u tried to answer questions. Tapi dengan sorang tutor ni, aku jawab soalan dia cam dah betul pun, dia cam pandang aku dengan penuh skeptic. Kalau jawapan aku tak berapa tepat, memang kena slammed. hehe




Memang down, ada sekali tu aku present a case pasal twins. Mak dia ada hypertension and ada placental insufficiency. Actually nak bentang kes ni agak payah, case die complicated. But ive tried my best. Siap aku pergi jumpa consultant yang merawat wanita ni. Bila aku bentang kat tutor ni, memang terus aku kena. Sampai dia kata, "I dont understand anything from ur history"..kui3, semua kawan2 aku yang lain pandang aku penuh simpati. seharian aku moody. Lebih menyakitkan, bila tak ada kawan2 yang u can turn to when u down macam ni dalam rotation. Kena pendam, dan lepas bila skype dengan mak kat rumah.



Tapi itulah, like i said, aku ambil ini sebagai satu cabaran. Aku tak nak rasa down dan nak mengalah. Lagipun aku tahu, aku bukan sendirian. Allah ada bersama 24 jam. Kadang2 bila macam ni, aku tertanya2, boleh kah aku cemerlang dalam peperiksaan. Nak2 lagi, exam aku kali ni ada 15 stations osce, satu long case, yang semuanya ORALLLLLLLLLLL. Aku tak ada masalah nak bertutur dalam english, cuma dalam situasi exam, 4 minit setiap station, dengan seorang pateint yang datang utk counselling setiap station osce, cakap dengan spontan apa je yang terlintas difikiran dan of course berbekal knowledge, memang susah lah untuk bukan native speaker seperti aku. Betul aku cuak sangat. Bolehkah aku??



Namun sekali lagi sifat an naasiah manusia membuatkan aku lupa. Siapa yang memberi kejayaan? ALLAH. Siapa yang memberi ilham? ALLAH. Siapa yang memegang lidah manusia? ALLAH. Siapa yang menentukan aku ni cemerlang atau tak? ALLAH. Siapa yang menentukan aku ni jadi doktor ke tak? ALLAH.







Jadi apa yang aku duk runsing sebenarnya? Sedangkan aku tahu Allah yang memegang tujuh petala langit dan bumi! Sedangkan aku tahu setiap helai daun yang gugur kebumi dalam pengetahuanNya!



Ya Allah, apalah yang aku mampu lakukan tanpaMu...


Mereka boleh pandang rendah pada aku. Mereka rasa aku paling lemah, kerana aku tampak seperti sendirian. Rapuh. Tapi mereka tidak tahu betapa kuatnya aku kerana aku punya Allah, aku punya Islam. Tutor itu mungkin tidak yakin dengan kemampuan aku. Tapi aku ada Allah. Allah yang memegang kejayaan aku. Aku akan buat yang terbaik sambil aku bertawakal kepadaNYA. Memohon tanpa lelah. Allah ada bersama, jadi apa yang harus aku takutkan?? Dengan izinNYA, lidahku akan fasih dan lancar dalam peperiksaan insyaAllah. insyaAllah. Jadi aku tidak harus gentar. Dalam setiap nafas dan langkah, aku bawa Allah bersama. Tiada daya dan kekuatan bagiku melainkan dengan kasih sayang dan rahmat dariNya.



Buat tutor itu, ibu ayah selalu mendidik aku, tidak kiralah betapa tidak adilnya guru kita pada kita, kita harus sentiasa menghormati mereka, kerana berkatnya sesuatu ilmu itu, terletak pada restu seorang guru. Aku menghormati beliau. Its okay to be hard on me, u only making me tougher. Thank u for making me a stronger human being.


Aku akan berusaha yang terbaik, dan aku meletakkan segala nya padaMu. Hidup mati ibadahku segalanya untukMU. Indah hidup dalam tawakal dan cinta ini, segalanya terasa pasti dan tidak bimbang. Maka akhir matlamat kami adalah akhirat, dunia hanyalah satu persinggahan yang sebentar.


Benar, kasih ku padaMu, dan kasihMu padaku, kasih KITA, SUMBER KEKUATANKU! <3<3<3

Sunday, April 15, 2012

Maafkan jika diri.. tak sempurna menyintaiMu..

Assalamualaikum Farah Syazana Zakaria..


Izinkan iman ini bersuara padamu.. Izinkan seketul daging dalam tubuhmu ini berbicara denganmu..Aku tidak sanggup lagi melihat kau hanyut dalam duniamu sendiri.. Aku tidak tega lagi membiarkan dirimu mendekati jurang neraka yang pasti kau sendiri tak sanggup hadapi..


Waaalaikumussalam wahai qalb..Silakan wahai iman.. Selamatkan aku.. Selamatkan aku.. Tolong, tarik aku kembali.. Jangan biar aku terus hanyut begini..


Wahai qalb yang berdenyut dalam tubuh ini.. Wahai iman yang menyuluh jalan menempuh hari-hari..


..........Aku sangat kesal dengan diriku sendiri..Mengapa aku tidak sekuat Khadijah.. Mengapa aku tidak semulia Fatimah.. Mengapa aku tidak sesantun Aisyah..Mengapa imanku tidak sekental Bilal.. Mengapa tekadku tidak sekukuh Sumaiyah.. Mengapa aku tidak seteguh zinnirah.. Dan tidak seberani Asiah..


Mengapa aku hanyut sedangkan aku sedar dunia ini sementara.. Mengapa keseronokan itu buat aku terleka sedangkan tubuh tidak gagah menahan seksaan neraka..





Shame on me..
Very shame on me..
Aku tak layak diberi nikmat sedang perintah Tuhan sering aku khianati..
Biar manusia ramai meumuji namun hakikatnya diriku sendiri aku zalimi..
Manusia sekeliling mengagumi namun diri kotor penuh dosa keji..


Aku ini insan penuh dosa.. tersangat hina..
Malu untuk menyatakan kasih cinta padaNya..
Sedang diri tidak sesuci untuk berada di taman syurga..


Ya Rabb..
Tiada siapa yang memahami aku melainkan diriMu..
Tiada siapa yang mengetahui rintihan ini melainkanMu..
Aku begitu terseksa dengan dosa-dosa yang hanya Kau saja ketahui..
Aku telah cuba sedayanya untuk menjauhi...
Namun kadangkala aku tewas.. Aku tewas..
Aku lemah Ya Allah.. Aku amat lemah tanpaMu..
Kau hukumlah aku didunia ini agar di akhirat nanti aku dapat bersamaMu..


Aku tahu Kau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi..
Namun itu bukan alasan untuk aku terus berbuat dosa dan berlaku keji..
Aku tidak mampu meneruskan hidup dan langkah ini sedang aku sering mengingkari..
Maka aku relakan andai Kau menghukum aku dengan harapan akhirat nanti aku berseri..


Tuhan.. aku ini tidak layak untuk walau mengintai syurgaMu.. Namun tubuh ini tidak tegak mampu menghadapi setitis api nerakaMu..


Aku cuba menongkah arus badai berbekal iman yang hanya seteguh ranting.. Tidak kuat untuk menahan badai dosa namun masih setia mendamba cintaMu.. Kerana tiada apa lagi yang aku mahu dalam hidup ini melainkan cintaMu..


Maafkan andai diri tidak sempurna mencintaiMu..Maafkan diri ini yang terlalu lemah.. Maafkan aku Ya Allah.. Terimalah cinta dari sekeping hati hina umpama pepasir yang setia dipantai..


Ya Allah.. aku amat malu denganMu.. Lihatlah kenikmatan yang telah Engkau beri padaku.. Sedang diri lupa untuk mensyukuri.. Maafkan aku Ya Allah.. Maafkan aku wahai insan..


Maafkan aku............................

Tuesday, March 13, 2012

An awesome story. May it becomes reality. With Allah's will.

Bukan hak peribadi saya, dipetik dari sebuah sumber. Dikongsi semoga bermanfaat. An awesome story.

Menuju Ustaziatul 'Alam


Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya.

Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr. Johar, orang besar negara ini.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu mata tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang-siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka. Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladdin, budak Arab dengan lampu ajaibnya, teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar.

Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. "Assalamualaikum. Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.

Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa? Dia nak marahkan aku?

"Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan?" tanyanya angkuh.

"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh, oh maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula-Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni."

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itu pun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi Jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah! Seksa neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.

Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas. Lega. Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan, "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga. "Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki". "Ceh! Diskriminasi, double-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan".

Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".

Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan", terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni!" "MasyaAllah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah. ..." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng-gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan!" ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya! Apa peliknya?". "Baik, tuan. Tapi semua orang berebut- rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang?" tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr. Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

"Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan.

"Macam tak lalu makan saja, anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja.

"Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit. Malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita", keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Ana pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk ana daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya, saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan-lahan.

Datuk Dr. Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan, berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram. "Tuan, mana ada hospital sekarang. Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insyaAllah. Kita tak perlu hospital."

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya."

"Batalkan saja order saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang. Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya. "Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar-KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh... Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. Aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer, 'RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.. Kepala Datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?

"Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. "Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..." "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran... "Eh ...ni suara orang mengaji," "Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema, "Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta, stanza hati merindu Ilahi..."

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. "Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah" Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata "Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."

"Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka." "Ah, aku tak nak dengar semuanya. Makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.

Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Juruterbang helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas : "KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy, meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek.

Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. "Kenapa?". Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..! Datuk! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr. Johar bangun. Dia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah?" tanya Datuk Dr. Johar. "Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya.." "Habis, mereka mahu apa?". "Mereka mahu Islam, Datuk!". "Islam? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya terlihat sepanduk di hadapan tertulis, "ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI". "Pasakkan Sabat Teguhkan Istiqamah!".

"Tak mungkiiinnnn!!!". Datuk Dr. Johar jatuh pengsan.

subhanallah.

Thursday, March 8, 2012

...CUBA , ubah cara kita melihat dunia dan kehidupan...

Cara kita memandu arah hidup kita, adalah bergantung kepada bagaimana cara kita melihat dunia dan kehidupan..

Dunia, pada zahirnya memang indah. Penuh dengan keseronokan dan hiburan. Tetapi, hakikatnya, dunia ini penuh muslihat dan tipu daya.

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal" (al mukmin : 39)



Kita kadangkala tidak sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanya sekejap, hanya sekadar mengumpul bekal untuk kampung akhirat. Maka betapa ruginya orang-orang yang terlalu menyintai dunia, sehingga terlupa bekalan untuk akhirat kita masih terlalu sedikit.

Maka ubahlah cara kita melihat dunia dan kehidupan. Terlalu pasti, segala isi dunia ini satu hari nanti akan hancur berkecai dan mati, dan tidak ada yang kekal melainkan Allah Yang Satu. Biarlah kita sengsara di dunia sementara ini, namun kenikmatan menanti kita di akhirat kelak.

Sungguh! Aku cemburu pada rakyat Palestine yang setiap hari, roh-roh syuhada sedang terbang kelangit menemui RabbNya. Hakikatnya kita lihat mereka merana dan terseksa, hidup bagai tidak hidup, dan hati kita berkata, "Aku tidak mahu hidup seperti itu." Namun tahukah kalian, mereka sedang diberi Allah jalan paling mudah untuk ke syurga! Tahukah kalian betapa beruntungnya mereka! Sedangkan kita, sedikit demi sedikit sedang mengheret diri kita sendiri jatuh ke neraka!

Jangan terlalu lama terpana melihat syurga dunia. Ia tidak pernah kekal. Sedarlah, kita punya banyak tanggungjawab. Pada Allah swt, pada agama, dan pada manusia sejagat!

Jangan pernah mengaku kita ini hambaNya yang tahu apa erti SYUKUR, sekiranya kita masih hanyut dalam dunia kebahagiaan sendiri tanpa memikirkan ada insan yang bertarung nyawa setiap hari untuk sesuap nasi, malah bukan untuk diisi kedalam perutnya, tetapi anak cucunya.

We bought all the branded stuffs to make us look elegant and stylish, we only wear GUESS and LV, sedangkan dengan nilai sebuah beg tangan kita itu, kita dapat membantu menampung perbelanjaan tahunan seorang fakir miskin. Cuba. Ubah cara kita melihat dunia dan kehidupan. Ubah perspektif diri untuk mendefinisi apa erti 'elegant' dan 'bergaya' disisi Allah.

Beg tangan dan barang2 branded itu, jika dibeli, makin dipakai akan makin lusuh, satu hari ia tidak berguna lagi. Namun, sedeqah jariah dan infaq, menjadi tuaian kita di akhirat kelak, menyelamatkan kita dari panas api neraka, melindungi dari paluan dasyat di alam kubur.

Cuba. Cuba. Fikirkan dan ubah cara kita melihat dunia dan kehidupan.

Semoga kita tidak sekali-kali lalai dengan dunia ini, serahkanlah hati , diri , cinta dan segalaNya pada Allah. Kerana tanpaNya, kita tidak punya apa-apa. Tidak walau hanya satu cell di badan kita.

p/s : Sedang dalam usaha menjayakan program untuk anak-anak keluarga besar Puan Norlina Alawi (PERNIM) team jelajah di Dublin dan Malaysia. Impian ku hanya ingin melihat anak-anak suci yang kehilangan ibu bapa ini berjaya dan menjadi yang terbaik biarpun mereka di duga Allah ujian yang mungkin aku sendiri tidak mampu menghadapinya. Ya Allah, tolong berikan kami kekuatan!